Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


PENTAS Gegarvaganza sudah terbukti boleh menaikkan kembali nama penyanyi yang sudah lama tidak bergiat aktif dalam bidang seni nyanyian.

Antara nama yang kembali mengamit perhatian peminat dalamGegarvaganza 2 (GV2) ialah Siti Nordiana, Faradhiya dan Haiza.
Persembahan bertenaga dalam program itu ternyata berjaya membuka mata ramai orang di luar sana yang sebelum ini tidak berapa perasan kehebatan vokal yang dimiliki mereka.
Bukan sahaja berjaya menarik kembali perhatian peminat, rupa-rupanya ada seorang artis lelaki yang sudah berkahwin juga dikatakan cuba ‘mengorat’ Haiza apabila namanya kini semakin meningkat naik.
Buat anda yang kurang mengenali sisi peribadi figura genit ini, Haiza sebenarnya sudah berumahtangga dan mempunyai seorang cahaya mata.
Memetik kenyataannya dalam Mangga Online baru-baru ini, Haiza berkata, “Peminat yang mungkin tidak kenal saya sebelum ini menghantar pesanan dan mereka sangkakan saya belum berkahwin. Malah ada yang kata saya seorang janda kerana mereka tidak tahu siapa suami saya.
“Ada juga seorang artis lelaki yang sudah lama tidak berhubung dengan saya, tiba-tiba menghantar mesej. Katanya peminat saya. Dia seorang artis lelaki yang sudah pun berkahwin.
“Selain itu, ada juga rakan-rakan yang selama ini memandang rendah sudah mula melihat kemampuan sebenar saya,” katanya.
Walaupun karier seninya kini berada di puncak, namun Haiza tidak akan sesekali mempersia-siakan kepercayaan yang diberikan suaminya, Norhanapfe Omar.
Semoga Haiza terus sukses dalam kerjaya seninya dan kembali mengegarkan industri seni suara selepas berakhirnya GV2 nanti. 

Mynewshub.cc

KAMI akui, perkara seperti tertinggal dompet di rumah sewaktu hendak ke pejabat sering juga berlaku.
Ini menyebabkan aktiviti makan tengahari bersama rakan sekerja sedikit terbantut dan secara tidak langsungnya terpaksalah meminjam duit atau meminta mereka belanja dengan alasan“dompet tertinggal bro!”.
Kini dengan kecanggihan dan perkembangan teknologi, perkara seperti tertinggal dompet mungkin dapat dielakkan.

Walli merupakan sebuah dompet pintar yang mampu berhubung dengan telefon pintar anda, seterusnya menghantar notifikasi jika anda tertinggal dompet di rumah, pejabat dan sebagainya.
Memandangkan pada era kini, kita mungkin secara tidak sengaja tertinggal dompet dan kad pengenalan tetapi tidak mungkin tertinggal telefon pintar, maka penawaran dompet ini mungkin digemari sesetengah pengguna.

Dompet pintar ini juga hadir dengan beberapa ruangan kad, membolehkan anda mengetahui jika tertinggal sesuatu kad dan sebagainya. Sebagai contoh, mungkin anda mendaftar masuk ke sesuatu bangunan menggunakan lesen memandu dan terlupa mengambilnya kembali ketika keluar.
Walli akan menghantar notifikasi kepada telefon pintar jadi anda boleh pergi mengambilnya sebelum meneruskan perjalanan.
Walli turut hadir dengan perlindungan RFID untuk mengelak kandungan dompet anda diimbas penggodam, selain menggunakan bateri yang mampu bertahan sehingga 6 bulan dan boleh digantikan dengan mudah.
Buat masa ini, pembangunnya sedang mengumpulkan dana di laman Indiegogo dan anda yang berminat boleh membuat sumbangan dan membelinya melalui halaman projek berkenaan. 

PARIT – Seorang anggota komando dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas pertuduhan memiliki sehelai baju-T yang mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas Islamic State (IS).
Pertuduhan terhadap Mohd. Abu Haliff Shah Abu Bakar, 28, dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Mohd. Fitri Sadarudin namun tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang tidak diwakili peguam.
Mohd. Abu Haliff yang masih berkhidmat di Kem Tentera Sungai Udang, Melaka didakwa mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 130JB kanun yang sama.
Mengikut seksyen itu, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda jika sabit kesalahan.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan tersebut di kediamannya di No. 185/TS/10/1A, Kampung Baru, Mukim Lambor Kiri, Bota, Perak pada pukul 1.30 petang 12 November lalu.

-Kosmo Online


Kota Kinabalu: Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB), menjangkakan bilangan penumpang di Terminal Satu Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), bertambah mendadak berikutan syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia Berhad (AirAsia) mula beroperasi di situ selepas Terminal Dua ditutup, semalam.
Ketua Pegawai Operasi MAHB Datuk Abd Hamid Mohd Ali berkata, operasi hari pertama berjalan lancar dan mengikut jadual ditetapkan syarikat penerbangan masing-masing.
“Secara amnya, saya berpuas hati dengan reaksi penumpang yang menyuarakan perasaan selesa dan berpuas hati dengan kemudahan disediakan di KKIA.
“Kebanyakan penumpang memberitahu mereka mempunyai ‘tempat rehat’ yang baik sementara menunggu waktu penerbangan berbanding di Terminal Dua,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Abd Hamid berkata, kapasiti penumpang menggunakan Terminal Satu dijangka bertambah kepada 6.8 juta orang setahun, berbanding hanya 3.2 juta sebelum ini.

Hmetro Online

Beijing: Seorang lelaki berusia 26 tahun ‘meranapkan’ kereta mewah buatan Sweden, Koenigsegg Agera yang berharga 26.5 juta yuan (RM18 juta) di bandar Chongqing.
Media tempatan menyifatkan kejadian itu sebagai ‘kemalangan kereta paling mahal di China.’

Pemandu dikenali sebagai Liu itu ditahan kerana memandu dalam keadaan mabuk, lapor People’s Daily Online.

Kemalangan itu berlaku sekitar jam tengah malam di kawasan kejiranan Yubei apabila Liu dilaporkan hilang kawalan kenderaan dipandunya sebelum melanggar penghadang jalan menyebabkan kerosakan terhadap bampar serta tayar belakang.
Saksi berkata, pemandu terbabit duduk dalam kereta selama dua jam sehingga petugas datang menarik kenderaan itu.

Hmetro Online


Taman tema Salina Turda yang terletak di Transylvania, Romania, di mana taman tema ini dibina di bawah tanah pada kedalaman 120 meter yang berjaya menarik pelancong seramai 2 juta orang setahun.

Salina Turda pada asalnya adalah antara lombong garam purba yang menakjubkan berada di Romania yang terkenal dengan lagenda Dracula di mana lombong yang diberi sentuhan menjadi taman tema dan muzium.





Selalu jika kita lihat dalam filem-filem Hollywood tempat seperti ini selalu dijadikan sebagai sarang penjahat atau pengganas, tetapi idea berkenaan ditukar kepada taman tema yang berjaya menarik perhatian ramai di samping menjana pendapatan negara Romania.


Lombong yang luas ini telah dibuka semula pada tahun 1992 sebagai daya tarikan pelancong di mana terdapat bahagian-bahagian bawah tanah seperti muzium, padang golf mini, boling dan biliard atau bilik santai futuristik dan bernafas dalam aroma kemasinan garam yang banyak memberi manfaat kepada kesihatan.





Bahagian dalamannya pula kekal stabil dengan suhu 11 hingga 12 darjah Celsius dan 80 peratus kelembapan, membuatkan ia tiada sebarang alergen dan hampir tidak mengandungi sebarang bakteria, menghasilkan iklim mikro unik sebagai destinasi untuk mereka yang mengalami penyakit alahan pernafasan.

Muzium garam itu ada tiga bahagian lombong iaitu Terezia Mine yang wujud dalam bentuk kon luas dengan kedalaman sehingga 120 meter, diikuti Anton Mine pada 108 meter dan Rudolf Mine yang panjangnya 42 meter, disokong dengan pelbagai bilik dan dewan kecil yang digunakan ketika beroperasi.
Satu kawasan lagi telah dibagunkan sebagai taman teman di mana terdapat pulau terletak di tengah-tengah kolam atau lombong.












Menariknya, pembinaan ini adalah dilakukan dengan terancang di mana ia tidak merosakkan sturuktur sejarah yang terdapat pada lombong yang telah dibuka pada tahun 1690 ini.


Kredit - Siakapkeli.my

Sekitar Jumaat lalu seorang lelaki memuat naik beberapa keping foto kemalangan jalan raya yang melibatkan adiknya. Mangsa dibawa ke sebuah hospital namun doktor memaklumkan tiada kecederaan serius dan dibenarkan pulang selepas 1 malam.



Sangsi dengan penerangan daripada doktor tersebut, keluarga membawa mangsa ke hospital lain dan keputusannya sungguh mengejutkan.


Rasa tak sedap hati....
Setelah dimaklumkan adiknya dibenarkan pulang tak sampai 24 jam selepas kemalangan, keluarga mengambil keputusan untuk menghantar ke KPJ.



Hasilnya terdapat beberapa kecederaan lain. Dimaklumkan ketika dibenarkan pulang, pesakit tidak mampu berjalan lagi.

Hantar Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim Kulai Warded 1 Malam..Doctor Kata Dah Boleh Discharged..Dah X-ray Apa Semua Tak Ada Apa2 Cuma Luka2 Berjahit Dan Mata Bengkak Serta Condition Patient Dalam Keadaan Stabil.. Family Rasa Tak Sedap Hati..Terus Hantar KPJ..After Scaned 1 Badan..
Rupanya banyak lagi kecederaan

Doctor cakap Dahi Cracks,Tulang Pipi Cracks,Ada Pendarahan Belakang Mata,Tulang Selangka Bahu Patah..Jahitan Di Kepala Kena Buat Semula..Sekarang Tunggu Doctor Pakar Plastic surgery Untuk Operation Membetulkan Tulang Muka..

Syabas Diucapkan Kepada Doctor Di Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim Kulai Yang Bertugas Pada Hari Sabtu 28.11.2015 Kerana Telah Mengabaikan Tanggungjawab Anda Sebagai Seorang Doctor..

Bukan mahu mencari salah namun diharap perkongsian lelaki ini dijadikan pengajaran dan peringatan buat pembaca yang lain.

Dikhabarkan kes ini sedang di siasat oleh pihak pengurusan hospital berkenaan.

Sumber : Firdaus Parmin

PELAKON dan pelawak terkenal Hollywood, Amy Schumer antara selebriti gempal yang sanggup bergambar separuh bogel untuk kalendar Pirelli keluaran 2016.

Amy, pelakon bersaiz gemuk tampil yakin mendedahkan perutnya yang berlapis untuk menunjukkan self empowerment kepada peminatnya yang berasa kekurangan dengan tubuh badan mereka.
Selain Amy, antara selebriti lain yang terlibat ialah bintang tenis terkemuka dunia Serena Williams dan isteri mendiang John Lennon, Yoko Ono.

Kesemua gambar selebriti itu dibidik jurufoto profesional, Annie Liebovitz yang turut bertanggungjawab mengambil gambar bagi kesemua 43 edisi kalendar Pirelli yang dihasilkan khas bagi meraikan wanita yang berjaya dalam karier masing-masing.

SEOUL – Kisah cikgu wanita yang comel sering diperkatakan pelbagai pihak sejak zaman dahulu lagi sehingga pernah berlaku, ramai bapa sanggup ‘rajin’ menghantar anak ke sekolah semata-mata mahu melihat guru tersebut.
Terbaharu, beberapa foto menunjukkan seorang guru berwajah cantik yang dikatakan selama ini mengajar di sebuah sekolah menengah di Korea Selatan telah mencetuskan sensasi ramai netizen di ‘negara kimchi’ berkenaan.
Kejelitaan dan kecomelan tubuh badannya tidak hanya ‘menggetarkan jantung’ para pelajar lelakinya di sekolah yang memang pun tiada penuntut perempuan itu, tetapi juga pengguna media sosial tempatan yang melihatnya.

Wanita bernama Lee Nayeong tersebut sepatutnya menjadi seorang artis hiburan daripada berkhidmat sebagai guru, malah dilaporkan cikgu ayu ini ‘dinobatkan’ sebagai antara tenaga pendidik paling cantik di Korea Selatan.
Umumnya selama ini, kecantikan gadis tempatan selalu diragui kerana dianggap hasil pembedahan plastik yang memang cukup popular di negara tersebut dan doktor kosmetik Korea Selatan sendiri adalah terbaik di dunia.

Namun, berbeza dengan kebanyakan artis wanita, Nayeong memang memiliki kecantikan alami sejak kecil lagi sehingga pernah dilaporkan semua guru lelaki ‘suka’ memandang wajahnya yang manis secara semula jadi itu.

Ketika masih lagi belajar di sebuah universiti tempatan, Nayeong bahkan pernah berjaya masuk sehingga ke peringkat saringan kelayakan terakhir untuk pertandingan ratu cantik tahunan yang terkenal, Miss Korea.
Kecantikan dan bakat Nayeong yang dilahirkan pada 1985 itu ibarat model sensasi telah membuatkan tempat dia mengajar tersebut turut menjadi terkenal di seluruh ‘negara ginseng’ berkenaan. – Agensi

California: Seorang lelaki disyaki penyamun maut selepas tersangkut dalam serombong sebuah kediaman di California, lewat kelmarin, apabila pemilik rumah yang tidak menyedari kehadirannya menyalakan api di pendiangannya.
Syerif Daerah Fresno Leftenan Brandon Pursell berkata, seorang pemilik rumah di pekan Huron terdengar bunyi jeritan tidak lama selepas dia menyalakan api.
Lelaki itu terus menghubungi talian kecemasan selain cuba memadam api selepas rumahnya mula dipenuhi asap.
Bomba yang dikejarkan ke tempat kejadian menggunakan gerudi tukul untuk memecahkan serombong dibuat daripada batu bata itu dalam usaha menyelamatkan lelaki terbabit.
Malangnya, lelaki itu tidak sempat diselamatkan. Identitinya masih belum diketahui.
Pursell berkata, lelaki itu pada mulanya masih bernafas dan bergerak ketika operasi menyelamat dimulakan.
Portal berita KFSN melaporkan, siasatan awal menunjukkan lelaki itu memanjat masuk ke serombong itu pada malam sebelumnya untuk menyamun rumah itu.
Malangnya, dia tersangkut di dalam.
Sehari kemudian, pemilik rumah itu yang tidak menyedari kehadirannya menyalakan api di penghadang berkenaan.
Hmetro Online

SEORANG profesor sebuah universiti di Korea Selatan dihukum penjara 12 tahun setelah didapati bersalah mendera pelajarnya dari segi fizikal dan mental termasuk memaksa makan tahi serta minum air kencing.
Menurut laporan media tempatan, tertuduh yang berusia 52 tahun dan hanya dikenali sebagai Jang, melakukan penderaan itu bersama tiga lagi tertuduh selama dua tahun kepada seorang pelajar jurusan reka bentuk.
Perbuatan kejam oleh profesor berkenaan hanya terbongkar pada Julai lalu selepas pelajar yang berusia 29 tahun itu berjaya diselamatkan ketika cuba membunuh dirinya akibat mengalami trauma.
Penderitaan pelajar tersebut bermula apabila profesor berkenaan dikatakan mengambilnya bekerja dalam organisasi bukan berasaskan keuntungan yang dikelolakannya sejak tahun 2013.
Tiga lagi tertuduh juga merupakan bekas pelajar yang diambil bekerja di organisasi tersebut.
Berdasarkan laporan polis, mangsa dikatakan sering dipukul dengan kayu besbol dan pelbagai alat lain.
Selain itu, kepala mangsa pernah dibungkus dengan beg plastik dan matanya disembur dengan penyembur pemedih mata ke dalam bungkusan itu.
Paling kejam, mangsa dipaksa memakan najis termasuk meminum air kencing mereka yang dibotolkan.
Akibat perbuatan itu, mangsa mengalami kecederaan yang teruk dan terpaksa menjalani pembedahan pada tahun lalu untuk merawat kecederaan pada paha kanannya.
Difahamkan, profesor tersebut telah dibuang daripada universiti berkenaan pada Julai lalu.
Manakala, tiga lagi tertuduh dihukum penjara enam tahun kerana bersubahat. – Agensi/
Gambar Hiasan Milik: Broframestone.com

PENGGUNAAN kad prabayar Touch ‘n Go dilihat semakin meluas selepas pengumuman dibuat bahawa tiada lagi lorong tunai di beberapa tol di Malaysia.
Bagaimanapun, muncul pula cerita kurang enak yang mendakwa sistem pembayaran elektronik ini tidak telus dan menyebabkan kerugian kepada pengguna.
Antara yang berasakan dirinya menjadi mangsa, seorang pengguna Facebook yang mendakwa sistem itu telah mengenakan cas sebanyak RM6 dan bukan harga asal tol yang patut dibayar iaitu RM1.30.
Menurut Fifi Athirah, dia dikenakan lebihan cas sebanyak RM4.70.di tol Semenyih, Selangor.

“Masa lalu lorong Touch ‘n Go untuk pembayaran dia tolak RM6.00 dan baki saya tinggal RM4.10. Sepatutnya ada RM10.10 – RM1.30 = RM8.80. 
“Boleh tak saya claim balik ‘RM4.70’ = RM6.00 – RM1.30. walaupun nilainya kecil bagi orang lain, bagi saya pengguna setia tol setiap hari amat bermakna nilai tersebut,” luahnya menerusi laman Facebook.
Jelasnya, mengikut kebiasaan setiap hari dia akan membayar tol sebanyak RM9.80 untuk pulang dan balik kerja, namun akibat insiden ‘overcharge’ tersebut, pergi kerja sahaja bayaran tol yang dikenakan padanya adalah RM9.60.
Kecewa dengan hal itu, Fifi berharap sistem pembayaran diselenggara dengan lebih baik agar kejadian sama tidak berulang lagi.
Dalam pada itu di laman group Facebook ‘Semenyih’, pengguna turut meluahkan aduan sama tentang perkara tersebut.
Lebih parah, ada yang mendakwa mengalami kerugian sebanyak RM56 apabila menggunakan kad Tonch n Go.
Menurut seorang pengguna lebuhraya yang tidak mahu dikenali, kejadian ‘overcharge’ini kebiasaannya berlaku apabila skrin pada baki Touch n’ Go tidak dipaparkan.
Oleh itu, pengguna diminta berhati-hati dan sentiasa memeriksa baki Touch ‘n Go anda. – Mynewshub