Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


NAMPAK gayanya masyarakat di dunia ini semakin lama semakin hilang rasa malu untuk mendedahkan segala-galanya di khalayak ramai.
Golongan wanita yang patut menjaga maruah daripada menjadi tatapan umum terutamanya, dilihat semakin hilang perasaan malu.

Lihat saja sekumpulan wanita di China ini, tanpa segan-silu mereka sanggup berkeliaran di sekitar bandar Beijing dengan hanya berpakaian dalam.
Motif utama mereka berkelakuan sebegitu masih menjadi tanda tanya namun kesemuanya berjalan dengan tubuh ditulis “guna saya” dan corak seperti ‘kod bar’ dicop di punggung mereka.

Pihak polis yang diberitahu mengenai kejadian itu dikatakan hanya tiba di lokasi selepas kesemua wanita terbabit sudah tiada.
Walau bagaimanapun, ramai netizen membuat spekulasi bahawa ini adalah promosi yang dilakukan sebuah syarikat perisian komputer.

Kalau itulah cara untuk menarik perhatian masyarakat, ternyata syarikat itu memang berjaya.. – Agensi

KISAH percintaan seseorang boleh jadi indah dan unik jika dua insan yang dijodohkan bersama itu memahami antara satu sama lain.
Lihat sahaja pasangan dari California ini, mereka tidak memerlukan emas permata untuk jadi bukti kisah cinta mereka.
Carlee Leifkes dan Lucas Unger telah bertunang pada hari Halloween lalu dan cincin yang diberikan kepada Carlee ternyata menarik perhatian semua orang.
Pada hari bersejarah itu, Lucas melamar Carlee dan memberikan wanita itu sebentuk cincin yang diperbuat daripada gigi bongsunya.

Pasangan unik itu bertemu di festival muzik di tempat asal Lucas di Kanada.
“Bila kami bincang mengenainya, kami berasakan cincin berlian terlalu membosankan. 
“Dia tidak memerlukan berlian untuk membuktikan cintanya. Dia telah tunjukkannya dengan berpindah dari Kanada untuk bersama dengan saya,” kata Carlee.
Mereka juga menyatakan bahawa mereka tidak pernah mengikut cara tradisional dalam berpasangan dan mengapa perlu memulakannya.

Cincin bertakhtakan gigi itu diberikan di hadapan keluarga dan sanak-saudara ketika mereka sedang meraikan pesta Halloween baru-baru ini.
ATAS nama seni, seorang wanita dari London sanggup berbogel di atas bumbung rumahnya bagi melihat sendiri respons orang ramai terhadap ‘kesenian’ unik yang ingin ditonjolkannya itu.
Poppy Jackson yang duduk di atas bumbung dengan kedudukan terkangkang sementara kedua belah tangannya memegang bumbung rumah, menjadi tempat pameran untuk karya ‘seninya’.

Walaupun tindakannya itu mendapat perhatian ramai, namun ada juga individu yang kurang bersetuju dengan tingkah laku Poppy.
Seorang daripadanya Raquel Rodrigues berkata, jika berbuat demikian sudah pasti dia akan ditahan pihak polis.
“Nampak wanita berbogel tapi kami buat tak endah dan teruskan balik membuat kerja kami semua,” katanya. 



Dekat-dekat musim cuti sekolah begini, pasti ramai yang menerima undangan perkahwinan daripada saudara-mara dan sahabat handai.
Dalam meraikan para tetamu agar tidak sesat berkunjung ke tempat berlangsungnya majlis persandingan, kebanyakan pengantin sekarang menggunakan banner yang jelas terpampang gambar dan lokasi perkahwinan mereka.
Namun dalam banyak-banyak banner yang dikongsikan, banner ini yang jadi perhatian netizen gara-gara kekeliruan yang ditonjolkan secara tidak langsung.



Pernah tak anda datang ke Starbucks untuk membeli kopi dan selepas anda membayar di kaunter, anda dapati bahawa Barista salah menulis nama anda pada cawan plastik kopi? Tetapi anda sudah beberapa kali menyebut nama anda dengan jelas kepada mereka.





Kejadian seperti ini berulang banyak kali dan pernah tak anda terfikir kenapa perkara ini berlaku? Sebenarnya kesalahan ini memang disengajakan oleh “Barista” kerana ianya merupakan sebahagian dari taktik pemasaran dan promosi mereka. Misalnya dalam dunia teknologi ini, jika seorang wanita ini  dapati nama dia disalah eja, pastinya dia akan mengambil gambar dan terus memuatnaik di laman sosialnya. Tanpa dia sedari, dia telah mempromosikan jenama Starbucks kepada teman-temannya. Dengan kata lain, perhatian dan minat pembeli terhadap Starbucks pun akan meningkat. Genius kan? Hihi
Tonton video daripada Paul Gale ini yang menerangkan kepada kita sebab yang menarik kenapa Barista selalu salah eja nama anda.


BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Begitulah nasib bekas pemain dram Flop Poppy, Azman Ismail sekeluarga apabila anaknya yang baru berusia 15 hari disahkan mengalami masalah usus tidak bersambung.
Lebih perit, pendapatannya sebagai seorang pemuzik jalanan (busker) selepas empat tahun kumpulan Flop Poppy dibubarkan tidak cukup menampung kos kehidupan keluarga mereka sehinggakan Azman sekeluarga terpaksa berpindah dan tinggal di hotel bajet.
Berkongsi cerita dukanya bersama mStar Online, Azman, 43 tahun, berkata, anaknya yang dilahirkan pada 15 Oktober lalu di Hospital Kuala Lumpur (HKL) itu disahkan mengalami masalah usus selepas seminggu dilahirkan.
“Anak saya mengalami masalah usus kerana usus besarnya tidak bersambung dan harus dibedah dalam tempoh umurnya berusia tiga bulan. 
“Buat masa sekarang doktor telah menebuk perut anak saya bagi mengeluarkan najis dari perutnya,” ujarnya.
Tambah Azman, dia kini terpaksa berpindah ke sebuah hotel bajet berhampiran dengan HKL bagi memudahkan mereka untuk ke hospital, selain sedang mengumpul wang deposit untuk tinggal di rumah baharu.
“Selepas Flop Poppy dibubarkan, saya hanya jadi busker di sekitar Kuala Lumpur, jadi pendapatan tidak menentu, isteri saya yang dulu bekerja sebagai penyanyi di sebuah kelab malam terpaksa berhenti kerja bagi jaga anak kami.
 “Saya kini pindah berhampiran HKL supaya senang kami ulang alik dan disebabkan saya tiada pendapatan tetap yang memerlukan sejumlah wang deposit memasuki rumah baru, saya terpaksa tinggal di hotel bajet buat sementara,” katanya.
Berikutan itu, Azman memohon sumbangan orang ramai agar dapat membantu anaknya menjalani kos perbelanjaan rawatan dan pembedahan anaknya
Bagaimanapun, Azman berkata, pihak hospital masih belum memberitahu kos yang diperlukan untuk pembedahan usus tersebut.
Azman mendirikan rumah tangga dengan Azi Fitrah Ahmad pada tahun 2014.
Bagi yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi Azman pada nombor 011-11906910.
SEORANG wanita di China ini telah mendapat pujian oleh masyarakat di negara itu selepas gambar sebuah kerusi roda istimewa yang dihasilkan untuk kucing kesayangannya yang lumpuh tersebar luas.
Pencinta kucing itu, Xiaojiu telah mencipta sebuah kerusi roda khas untuk memberikana ‘sinar’ kehidupan baharu kepada kucingnya yang lumpuh separuh badan itu.
Kucing yang dipanggil Guolai itu tinggal bersama pemiliknya di Chongqing. Haiwan comel itu kini dilihat mampu berjalan dan bergerak dengan bantuan alat tersebut.
Menurut Xiaojiu, dia mencipta alat itu untuk memastikan kaki kucingnya itu kembali kuat dan bagi memberikan harapan untuk kepada Guolai untuk terus hidup sama seperti kucing lain. – Agensi








SEMPENA pesta tahunan Halloween yang bakal disambut beberapa hari lagi, pusat beli-belah di seluruh dunia tidak ketinggalan menawarkan bermacam-macam rekaan kostum Halloween bagi menarik hati pembeli.
Bagaimanapun, tindakan gedung serbaneka Walmart di Amerika Syarikat menjual kostum Halloween bertemakan pakaian seragam tentera Israel bagi anak kecil dan hidung palsu bagi mereka yang ingin tampil sebagai sheikh Arab mengundang kecaman dan kritikan hebat.
Ini berikutan, rata-rata menyifatkan gedung itu sebagai tidak sensitif dan biadap kerana mengeluarkan kostum Halloween dengan rekaan sedemikian rupa.

“Walmart, tahukah anda bahawa menjual pakaian seragam tentera Israel sama seperti menyokong penjajahan Israel dan pembunuhan anak-anak di Palestin,” tulis seorang netizen dengan akaun @Adeeba_.
Namun, Walmart menerusi satu kenyataan mendakwa mereka menawarkan kostum Halloween itu bertujuan supaya kanak-kanak dapat menghayati sejarah Yahudi.
Set lengkap pakaian seragam tentera Israel kanak-kanak itu dikatakan dijual dengan harga  AS$27.44 (RM118), manakala replika hidung sheikh Arab itu dijual dengan harga AS$9.52 (RM41).
Dalam perkembangan terbaharu, Fox News melaporkan Walmart pada Rabu lalu mengumumkan tidak lagi menjual kostum tentera Israel bagi kanak-kanak itu dan hidung palsu tersebut selepas menerima kecaman hebat, termasuk gesaan memboikot Walmart di media sosial. – Agensi

VIDEO sepasang kekasih melakukan hubungan seks dalam pejabat di Mexico kini tersebar dan mendapat perhatian netizen.
Aksi ranjang dua individu tersebut telah dirakam oleh dua saksi yang berada di dalam bangunan bertentangan dengan pejabat mereka.
Pasangan terbabit dikatakan begitu asyik melayan nafsu mereka di atas meja pejabat sehingga tidak menyedari ianya dirakam individu lain.
Kejadian dilaporkan berlaku di sebuah bangunan di Santa Fe, bandar Mexico. Video yang dimuat naik di laman Youtube itu telah meraih jumlah tontonan lebih 77 ribu kali. – Agensi


Mynewshub.cc

PERNAHKAH anda terbayang perasaan ibu bapa sekiranya terjumpa anak patung yang menyerupai anak mereka, comel atau menakutkan?
Itulah yang menjadi perhatian netizen kini, apabila gambar anak kecil yang menyerupai figura anak patung kegemaran mereka semakin popular.
Tidak pasti sama ada anak mereka yang menyerupai anak patung tersebut atau sebaliknya namun apa yang pasti mereka kelihatan sangat comel dan kelakar.
Dari segi rupa paras, cara berpakaian, gaya rambut dan sebagainya, semua nampak begitu seiras seperti anak kembar!
Tengok sajalah gambar-gambar mereka di bawah..











SELEPAS namanya terkait kontroversi berikutan imej seksi serta isu hangat dengan pelakon Fizz Fairuz, pelakon baru Fara Mendoza kini tampil lagi dengan isu panas terbaharu.
Menerusi gosip yang disebarkan di laman Instagram Miss Kepoh, Fara dikatakan bercium mesra dengan penyanyi baru, Zwenstar ketika penggambaran muzik video Ku Tahu yang mana dia menjadi model untuk lagu tersebut.
Tapi rasanya mereka tidak betul-betul berkucupan sebaliknya teknik trick kamera sahaja ni.. cuma agak musykil juga mengapa sampai begini aksi yang diperlukan untuk cuma sebuah video muzik. Apa-apa pun, rasanya gambar ‘panas’ di atas pasti menghangatkan lagi nama Fara di persada seni hiburan tempatan selepas ini.
Mungkin selepas melihat betapa realistiknya lakonan Fara dalam muzik video ini, pengarah dan penerbit di luar sana mula buka mata untuk mengambilnya berlakon dalam drama mahupun filem terbitan mereka selepas ini, siapa tahu? – MYNEWSHUB.CC

ARTIS pelik, Bai Ling telah menjadi tumpuan sekali lagi selepas bergambar dengan pakaian pelik yang hanya mungkin dia seorang sahaja berani memakainya.
Aktres yang berasa dari China itu mengenakan pakaian pelik itu ketika berjalan di atas karpet merah International Fashion Film Awards yang diadakan di Saban, Beverly Hills.
Dia mengenakan tulisan: “Bai Ling’s Cooki: Film Proposes: Will You Marry me? Fashion Says: YES!!!”
Jelas rekaan berkenaan tidak layak dipanggil pakaian pun kerana dia hanya menutup payu dara dan punggungnya serta mengenakan gincu merah, seperti anak patung.
Dia sempat bergambar di depan paparazzi sebelum menyampaikan anugerah