Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi

PENEMUAN objek aneh dan jijik seperti bangkai binatang dalam produk yang dibeli khususnya makanan boleh dikatakan sudah acapkali berlaku.
Tapi apa yang dialami oleh seorang isteri dan ibu di Shah Alam, Selangor ini benar-benar memeranjatkan.
Mana tidaknya, sayur bayam yang dibeli turut didatangkan khas dengan seekor anak ular!

Menurut Rafidah Yaacob, sayur bayam berisi anak ular itu dibeli di sebuah pasaraya terkenal dengan harga RM 2.04.
Namun, tidak dapat dipastikan sama ada anak ular tersebut masih hidup ataupun tidak ketika ditemui.
Apa pun, insiden ini perlulah diambil serius oleh pihak pasaraya kerana ia melibatkan keselamatan pengguna.
Bayangkan jika anak ular itu masih hidup dan mematuk mangsa. Tak pasal-pasal pulak kan.
Paling menakutkan, kalau ular itu tanpa sengaja dimasak bersama-sama sayur dan jadi santapan seisi keluarga. Kan dah jadi kes naya!
Moga-moga insiden seperti ini tidak lagi berulang dan pihak pasaraya lebih peka terhadap kualiti barangan yang dijual kepada pengguna. – MYNEWSHUB.CC
Isu Panas
SUSULAN gambar bogel Justin Bieber yang tersebar sejak dua hari lalu, pasukan perundangan penyanyi tersebut akan mengambil tindakan ke atas pihak yang bertanggungjawab.
Memetik laporan media tempatan, syarikat New York Daily News yang memiliki serta menyebarkan gambar kontroversi secara eksklusif diarah untuk menarik semula gambar tersebut di laman mereka secepat mungkin.

Pasukan perundangan pelantun lagu ‘What Do You Mean’ itu mengeluarkan surat notis kepada syarikat tersebut kerana telah mencabul privasi serta hak asasi penyanyi tersebut.
“Kami difahamkan syarikat anda telah memiliki serta menyebar gambar klien kami yang tidak sepatutnya tanpa kebenaran termasuk gambarnya tidak berpakaian,” tulis mereka.
Menerusi surat itu juga, pihak Justin menuntut gambar terbabit ditarik semula daripada web itu dalam masa 12 jam dari tarikh surat itu diterima.
Wakil penyanyi berusia 21 tahun itu juga mengugut akan menyaman syarikat berkenaan sekiranya mereka gagal berbuat demikian.
Gambar bogel Justin mula tersebar ketika dia dan rakan modelnya, Jayde Pierce, sedang bercuti di Bora Bora selasa lepas. – Agensi/
Hiburan

SEORANG pondon yang juga seorang pelacur dipukul hingga mati oleh `suaminya’ selepas lelaki berkenaan mendapati dia sedang mengadakan hubungan seks dengan pelanggannya di rumah mereka di London.
Pondan terbabit, Vanessa Santillan, dibunuh oleh Joaquin Gomez-Hernandez, 24, dalam satu kes cemburu.
Dalam kejadian berkenaan, Joaquin dikatakan telah memukul kepala dan leher mangsa sebelum keluar dari rumah. Dia kemudiannya mengunjungi pusat pelacuran dan mendapatkan khidmat dua orang pelacur.
Susulan itu Joaquin telah didakwa di mahkamah, namun dia menafikan membunuh pondan terbabit dan menuduh pelanggan Vanessa yang membunuhnya.
Dalam perbicaraan kes bunuh itu, mahkamah dimaklumkan bahawa Vanessa mengawal hidup Joaquin dan lelaki itu yang merupakan seorang penganggur kerap meminta wang daripadanya.
Pendakwaraya, Brendan Finucane QC ketika memberitahu mahkamah berkata, pada hari kejadian, Joaquin telah masuk ke dalam bilik di mana Vanessa dan pelanggannya sedang melakukan hubungan seks.
“Ketika Joaquin merenung Vanessa, mangsa membalas semula renungan itu seolah-olah memberitahu tertuduh supaya tidak menganggunya,’’ katanya.
Tertuduh, ujarnya, telah keluar dari rumah menuju ke pusat hiburan dan rakan-rakannya yang menemui Joaquin memberitahu lelaki itu membawa wang beberapa helai wang kertas dan mukanya juga terdapat kesan calar.
Perbicaraan bersambung.
Global

PASIR MAS: Tindakan seorang lelaki yang juga merupakan bekas anggota polis cuba merompak sebuah rumah di Rantau Panjang telah menerima padah apabila dia telah berjaya ditangkap oleh penduduk kampung.
Memetik laporan BH Online, penduduk kampung yang marah telah bertindak memukul suspek menyebabkannya patah tulang rusuk, cedera di muka dan turut dibogelkan.
Dalam kejadian jam 9.30 malam itu, suspek berusia 36 tahun itu bersama dua rakannya dikatakan memecah masuk rumah penduduk kampung sebelum kejadian itu disedari pemilik rumah dan penduduk.
Suspek kemudiannya dicekup dan dipukul penduduk kampung sebelum ditelanjangkan dan diserahkan kepada pihak polis.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kesemua suspek sudah ditahan.
Katanya, suspek diberhentikan kerja sebagai anggota polis sejak empat tahun kerana terbabit dalam banyak kes berkaitan jenayah. - Siakapkeli.my
Isu Semasa

TAK tau apa ada dalam fikiran pelakon baru yang juga bekas peserta Mentor 6, Tisha Shamsir ketika memuat naik gambar-gambar seksi lagi mengghairahkan dalam Instagram miliknya, dua hari lalu.
Mungkin dia berasakan tahap keyakinan dirinya sebagai perempuan jelita amat tinggi meskipun baru bangun dari tidur namun sebagai artis yang baru hendak meningkat naik menerusi drama bersiri Gerak Khas dan terbaharu Polis Evo, sudah tentu perkara sebegini menjadi hangat diperkatakan.
Tak hairanlah, gambar-gambar ini dikongsikan di laman-laman media sosial sekaligus mengundang kecaman orang ramai.
Ianya turut disiarkan semula Tisha di laman Instagramnya bersama komen klise yang akan diberikan artis bila dikritik terlalu seksi iaitu “hanya Tuhan saja yang tahu”…



Hiburan

IBARAT sudah jatuh ditimpa tangga.
Begitulah nasib seorang kerani dikenali sebagai Lily yang mendedahkan terpaksa menjadi hamba seks seorang lelaki warga Bangladesh sebanyak lima kali selepas lelaki tersebut mengugutnya akan menyebarkan video aksi panas mereka berdua kepada keluarga, rakan dan teman lelakinya.
Menurut Lily, 21, dia mengenali lelaki bernama Anwar itu dua tahun lalu ketika mereka sama-sama bekerja di sebuah kilang pemborang sayur di Simpang Pulai, Ipoh.
Bagaimanapun, Lily tidak menyangka, Anwar yang dianggap sebagai rakan sanggup memperdaya dan memperkosanya di sebuah hotel.
“Detik hitam bermula 30 Ogos lalu, kira-kira jam 12 tengah hari, ketika Anwar mengajak saya keluar minum di Gopeng. Tak lama lepas minum, saya rasa pening dan terus tidak sedar.
“Bila sedar, saya terkejut kerana berada dalam keadaan bogel di sebuah bilik hotel. Hotel tu sebelah kedai tempat kami minum.
“Masa tu, lelaki tu pun ada dalam bilik dan ugut akan sebarkan video seks kami yang dirakam gunakan telefon bimbit,” katanya memetik laporan dari Sinar Harian.
Selepas insiden itu, Lily memberitahu, Anwar menghubunginya setiap hari dan memaksanya melakukan hubungan seks jika tidak mahu video itu tersebar.
“Sepanjang tempoh itu, saya dipaksa melayan nafsu dia sebanyak lima kali dan kali terakhir pada 25 September lalu di sebuah hotel bajet di Simpang Pulai.
“Saya dah tak tahan, sebab tu saya beritahu kepada teman lelaki saya dan dia (teman lelaki) nasihatkan supaya laporkan kepada polis,” katanya.
Dalam perkembangan lain, suspek telah berjaya ditahan atas bantuan penduduk Kampung Bercham yang bertindak membantu mangsa memerangkap suspek bagi diserahkan kepada pihak polis.
Isu Semasa

Kecenderungan lelaki yang lebih gemar memilih untuk menyimpan dompet pada saku bahagian belakang seluar sehingga menjadi kebiasaan boleh menyebabkan kerosakan pada saraf-saraf utama bahagian belakang pinggul apabila mereka duduk bersama dompet tersebut.
Memetik laporan BBC News, keadaan ini sudah menjadi kebiasaan dalam kalangan masyarakat hingga diberi gelaran dengan nama hip-pocket syndrome atau wallet-neuropathy. Dan mereka yang selalu berhadapan dengan risiko ini adalah kaum lelaki yang sudah terbiasa meletakkan dompet di saku belakang seluar mereka.

Malah seorang ahli fisioterapi mengatakan terdapat peningkatan jumlah kaum lelaki yang menderita atau mengeluh sakit punggung, dan ternyata penyebab utama keadaan ini adalah masalah posisi dompet diletakkan.
“Ketika ini semakin ramai pesakit saya yang datang ke klinik mengeluh kerana berhadapan dengn penyakit ini. Keadaan ini disebabkan oleh posisi dompet yang menekan saraf di bahagian belakang tubuh hingga boleh mendatangkan rasa sakit,” ujar Julian Forth, ahli fisioterapi di Buckhurst Hill, Essex.

Dompet akan menekan saraf-saraf tubuh ketika seseorang itu sedang duduk di tempat kerja mahupun sedang memandu. Keadaan ini dapat mengakibatkan rasa sakit pada pergelangan kaki, tumit dan menimbulkan rasa sakit ketika berjalan, duduk atau baring.
Keadaan ini juga akan menyebabkan ketidakseimbangan pada otot, tulang dan yang paling penting adalah sistem saraf. Mesti ada yang tertanya-tanya tak rasa apa-apa kesan pun? Pada peringkat awal sakit itu tidak datang dan mungkin akan rasa bertahun kemudian. Sakitnya bermula di pinggang sehingga boleh dibawa ke kaki.
Informasi
Siapa yang tidak mahu berbulan madu di tempat impian? Apatahlagi di tempat-tempat terindah dan termahal di dunia seperti yang berikut.
Dari laporan Businessinsider.com, lima tempat di beberapa buah negara ini merupakan idaman kebanyakan pasangan sebagai tempat berbulan madu kerana menawarkan panorama yang mengasyikkan serta lengkap dengan fasiliti mewah.
1. Maldives

Di negara ini, percutian bulan madu anda akan menjadi kenangan yang tidak boleh dilupakan dan sangat sempurna kerana keindahan alam semula jadi yang pasti memukau mata anda serta buatkan anda lupa kerja-kerja di pejabat. Hotel-hotel mewah di sini kebanyakannya menghadap ke arah pantai dan terdapat hamparan pasir putih yang mengasyikkan. Anda boleh meluangkan masa bersama pasangan di pantai yang indah sambil menyaksikan pemandangan-pemandangan cantik di sekelilingnya.
2. Bora-bora

Setiap tahun Bora-Bora dikunjungi oleh sekitar seratus ribu pelancong dari serata dunia. Pemandangan disini didominasi oleh pantai berpasir putih yang dikelilingi oleh lagun yang berwarna biru kehijauan. Setiap pasangan akan dimanjakan dengan air laut yang berwarna biru jernih dan dapat melihat terumbu karang yang sangat cantik dan indah. Bagi penggemar sukan “surfing”, jangan risau kerana ombak di sini memang akan menjadi “sahabat” baik anda.
3. Greek Cyclades

Di pulau ini anda akan menikmati pemandangan bangunan-bangunan putih dan biru. Ianya dihiasi dengan kubah klasik ditambah lagi dengan pemandangan laut yang cantik. Di sepanjang jalan Greek Cyclades terdapat banyak restoran, kedai-kedai dan galeri lama yang boleh anda kunjungi bersama pasangan.
4. Kepulauan Fiji

Fiji adalah sebuah negara pulau. Fiji memiliki 322 pulau, 106 di antaranya adalah berpenghuni. Selain itu ada pula 522 pulau kecil. Pulau kedua terbesar adalah Viti Levu danVanua Levu yang mana penghuninya meliputi 82% dari keseluruhan penduduk negara ini. Ibu kota Fiji, Suva, terletak di pulau ini. Di Fiji banyak imigran yang berasal dari India/Pakistan.
5.Tuscany, Italy

Selain kesenian yang bermutu tinggi dan keindahan pemandangan alam, Tuscany turut memiliki pantai dan pulau yang indah terutamanya di bahagian selatan. Beberapa pantai yang perlu dikunjungi di sana antara lain adalah Taman Nasional Uccelina, Albarese, Talamone, Monte Argentario, Laguna di Orbetello, dan Castiglion della Pescaia.Pulau-pulau di Tuscany juga menawarkan keindahan tropika yang unik. Tuscany merupakan tempat lahirnya kebudayaan Renaissance yang terkenal dengan warisan sejarah. Di daerah ini anda boleh melihat unsur seni bina Renaissance di banyak tempat.
Sumber dari Business Insider
Pelancongan

Usaha murni Elizabeth Miranda untuk menyampaikan ilmu kepada anak-anak didiknya ternyata menjadi inspirasi buat pengguna dunia maya.
Demi mencurahkan ilmu kepada anak didiknya di daerah Sitio Barogante di Occidental Mindoro Filipina, guru wanita ini perlu melintasi 5 batang sungai dan berjalan kaki selama berjam- jam lamanya. Panas terik dan basah ketika melintasi sungai, tidak menjadi penghalang buat dirinya.
Video yang dimuat naik oleh akaun GMA News and Public Affairs di Youtube jelas menggambarkan betapa besarnya perngorbanan dan perjuangan Elizabeth dalam mendidik pelajarnya menjadi individu yang berguna kepada keluarga, negara dan masyarakat.
Berikut merupakan video cabaran yang terpaksa dilalui oleh Elizabeth Miranda dalam memberikan pendidikan untuk anak anak ini.
Pelbagai

HONG KONG – Seorang wanita di sini melalui pengalaman menjijikkan apabila tergigit tiga gigi palsu ketika menikmati sushi sewaktu makan malam.
Anak perempuannya dilaporkan membawa pulang sushi itu untuknya yang dibeli di sebuah restoran di kawasan Tsz Wan Shan.
Namun, wanita itu terkejut apabila tergigit sesuatu yang keras dalam hidangan ikan salmon yang dikunyahnya. Apabila diludahkan, dia melihat tiga gigi palsu di dalam makanan itu.
Anaknya mengambil gambar gigi palsu itu dan mengadu kejadian itu kepada Sushi Express.
Bagaimanapun, pengurusnya berkata pekerjanya tidak menggunakan gigi palsu selain diwajibkan memakai topeng ketika menyiapkan makanan.
Restoran Sushi Express itu kini disiasat Jabatan Kebersihan Makanan dan Alam Sekitar.
Syarikat itu berjanji menyiasat kejadian itu termasuk memastikan asal usul gigi berkenaan. – Agensi
Global

SESIAPA yang memiliki akaun laman sosial Instagram pasti pernah terjumpa atau tertengok kucing ini di situ sama ada sengaja atau tidak.
Ya! Kucing comel yang diberi nama Nala ini sememangnya antara haiwan peliharaan yang sangat popular di Instagram.
Gambar kucing itu sering dikongsikan semula oleh orang ramai atau pencinta kucing sejati kerana telatahnya yang comel dan licik itu.
Jadi tidak hairanlah haiwan kesayangan itu begitu popular serta memiliki jumlah pengikut sebanyak 2.3 juta yang jelas setaraf dengan bintang terkenal di Hollywood.
Nala yang dihantar ke pusat perlindungan haiwan sejak kecil oleh pemiliknya sebelum ini telah diambil dan dibela oleh seorang wanita, Varisiri Mathachittiphan.
Kucing itu kini sememangnya bertuah kerana boleh menikmati kehidupan yang sempurna dan mendapat perhatian yang secukupnya.
“Walaupun saya tak berniat untuk mengambil kucing pada hari itu, bila saya nampaknya, saya dapat rasakan ia adalah takdir.
“Sebab asal saya mula kongsikan gambarnya di Instagram adalah untuk keluarga dan rakan di rumah,” kata Varisiri.
Wanita itu juga menegaskan bahawa kucing serta anjing di pusat perlindungan sememangnya memerlukan teman dan penjaga kerana 75 peratus daripada haiwan itu terpaksa dimatikan akibat populasi berlebihan.
Jadi, ia juga amat penting untuk memandulkan haiwan kesayangan anda agar haiwan berkenaan tidak terbuang atau terbiar begitu sahaja.
Global

BETUL ke pelakon dan peserta program televisyen popular Running Man, Song Ji Hyo sudah memiliki anak perempuan tetapi tidak didedahkannya?
Dengan kuasa Internet yang ada sekarang, gambar seorang budak perempuan di Korea Selatan telah menjadi viral kerana rupa parasnya yang mirip sekali dengan selebriti tersebut.

Walau bagaimanapun, budak berkenaan bukanlah anak kepada pelakon berusia 34 tahun itu malah memang tidak ada pertalian darah sama sekali.
Ia mendapat perhatian netizen selepas sebuah forum online dengan tajuk ‘Anak perempuan Ji Hyo yang disembunyi’ telah membincangkan persamaan serta mirip wajah mereka seperti ibu dan anak.

Dari segi aset mata yang bulat, bulu mata melentik dan senyuman yang manis itulah yang membuatkan mereka kebetulan macam kelihatan sama seiras.
Gambar budak perempuan itu mula menular serta menjadi popular dalam kalangan masyarakat termasuk media tempatan dan luar negara.
Apa-apa pun, mereka berdua sememangnya sama-sama comel dan mempunyai senyuman yang manis! – Agensi/MYNEWSHUB.CC
Hiburan
Subscribe to:
Posts (Atom)














Recent Comments