Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
SADIS.. seorang nenek akhirnya menemui ajal di tangan cucu sendiri selepas meninggal dunia akibat disembelih, pagi tadi.
Kejadian mengejutkan ini berlaku di Kampung Surau Haji Daud, Kuala Terengganu.
Jiran yang menemui Halimah Taib, 78, kira-kira 9.30 pagi dalam keadaan sudah tidak bernyawa bertindak menghubungi pihak polis yang bergegas ke lokasi kejadian.
Difahamkan selepas membunuh neneknya, suspek yang berkain pelikat pergi ke surau sambil membawa bersamanya pisau yang berlumuran darah.
Dia dikatakan mengaku sudah menyembelih neneknya lalu ditahan oleh orang kampung.
Berdasarkan cerita jiran, suspek sudah seminggu datang ke rumah neneknya itu dan ada memanjat pokok duku untuk mengambil buahnya yang dibeli oleh peraih yang datang sebelum kejadian.
Suspek ditahan manakala mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk bedah siasat.
Kejadian disahkan Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Nik Mohd Zain Nik Omar.
Isu Semasa

Jakarta: Selepas beberapa individu di Indonesia muncul dengan nama pelik seperti Tuhan, Saiton dan Andy Go To School kini giliran seorang gadis pula yang mempunyai nama paling pendek.
Pelajar di sekolah menengah di Pemalang, Jawa Tengah ini dipercayai individu yang mempunyai nama paling pendek selepas namanya hanya D.
D yang berusia 15 tahun menunjukkan rekod sekolah yang memaparkan namanya kerana dia masih belum membuat kad pengenalan diri.
Bapanya, Mulyaji berkata, dia memberi anaknya nama D kerana gadis itu dilahirkan terlalu cepat.
“Anak saya ini adalah anak yang keempat dan saya memberi nama D sempena urutan huruf itu yang berada di tempat keempat,” katanya.
Menurutnya, hanya anak bongsunya itu diberi nama yang unik dan semua kakak D mempunyai nama biasa.
D memberitahu, dia tidak pernah menghiraukan atau berasa terganggu dengan nama yang diberikan oleh bapanya itu.
“Saya berasa senang walaupun nama berbeza dan rakan yang lain sudah biasa memanggil saya D,” katanya. - Agensi
Global

Zhytomyr Oblas (Ukraine): Kemaluan seorang kanak-kanak berusia enam tahun putus selepas digigit kuda peliharaan keluarganya.
Kejadian berlaku ketika kanak-kanak itu menunggang basikal melintasi depan kuda betina berkenaan.
Menurut laporan, kuda itu menyerang mangsa secara tiba-tiba, menyebabkan kanak-kanak itu jatuh sebelum ia menggigit kemaluannya.
Mangsa meraung kesakitan sambil berlari menuju ke arah bapanya.
Lelaki itu berkata, dia bernasib baik kerana menemui semula bahagian kemaluan anaknya yang terputus.
Kejadian aneh itu berlaku di wilayah Zhytomyr Oblas di utara Ukraine.
Si bapa yang terkejut dengan kejadian itu berkata: “Saya memberi makan kepada kuda lain apabila mendengar anak saya menjerit: ‘Dia gigit saya, dia gigit saya.’
“Saya memegang kemaluannya untuk menghentikan pendarahan dan menelefon ambulans.”
Mangsa dikejarkan ke hospital berhampiran untuk menjalani pembedahan kecemasan.
Doktor Igor Vishpinsky yang merawat kanak-kanak itu berkata, dia berdepan dengan pelbagai kes rumit sejak beberapa tahun lalu, tetapi kes kemaluan digigit kuda adalah yang paling aneh.
“Sebelum ini, kami menerima pesakit yang putus jari kerana digigit kuda atau sebagainya.
“Tetapi, ini kali pertama pesakit datang dengan kemaluan terputus kerana digigit kuda,” katanya.
Pakar bedah berjaya mencantumkan kemaluan itu, tetapi memerlukan masa untuk menentukan sama ada pembedahan itu berjaya atau sebaliknya. - Agensi
Global
MEMBUANG bayi adalah perbuatan yang sudah cukup kejam, inikan pula membuangnya dalam keadaan masih hidup dan mulup disumbat kain!
Itulah yang dilakukan terhadap seorang bayi perempuan yang mayatnya ditemui berbungkus kain batik dan mulut ditekup dipercayai untuk mengelakkan tangisannya didengar.
Mayat bayi malang itu ditemui oleh seorang penternak lembu di ladang sawit di Felda Palong 2, Negeri Sembilan pada pagi kelmarin.
Susulan kejadian itu seorang lelaki berusia 23 tahun ditahan polis di Felda berkenaan kerana dipercayai terlibat membuang bayi yang dilahirkan kakaknya itu di rumah mereka pada Khamis lalu.
Ibu bayi berkenaan yang berusia 28 tahun telah dihantar ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah untuk menerima rawatan manakala suspek ditahan reman selama 4 hari.
Kejadian disahkan Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hamzah Alias.
Isu Semasa

SEORANG wanita yang ditangkap di sebuah taman kerana melakukan hubungan seks pada waktu siang di khalayak ramai di Plymouth, kini menjadi buruan polis selepas gagal muncul di mahkamah.
Hukuman ke atas wanita itu, Gemma Pinkerton, 24, dijadual dijatuhkan semalam oleh mahkamah selepas dia mengaku salah melakukan seks dengan Darren Carter-Moore, 27, di hadapan orang ramai pada 30 Julai lalu.
Bagaimanapun Gemma tidak muncul di mahkamah menyebabkan waran tangkap kini dikeluarkan ke atasnya.
Perbuatan mereka dilaporkan oleh polis selepas orang ramai terkejut dengan perlakuan tidak senonoh berkenaan.
Pasangan itu mengaku melakukan kesalahan tersebut di mahkamah, bulan lepas.
Global
WALAUPUN kedua-duanya sudah berumah tangga, namun baru-baru ini rapper popular, Jay Z digosipkan menjalin hubungan sulit dengan sosialit terkenal, Kim Kardashian.
Memetik laporan Inquisitr, hubungan terlarang kedua-dua selebriti ini dikesan terjadi sejak beberapa bulan lalu.
Menurut sumber, Jay Z yang merupakan suami kepada Beyonce Knowles akan bertemu Kim sekitar dua kali sebulan.
“Dia (Jay Z) bertemu Kim ketika wanita itu sedang bekerja, kemudian kedua-dua mereka akan pergi berpesta hingga larut malam,” kata sumber tersebut.
Kecurangan dipercayai berlaku ketika khabar angin kuat mengatakan hubungan rumah tangga Jay Z dan Beyonce kini ibarat retak menanti belah.
Kim pula dikatakan bertindak sedemikian kerana mengetahui suaminya, Kanye West turut berlaku curang dengan wanita lain di luar sana.
Hiburan

Zaman sekarang bukanlah sesuatu yang senang untuk mendapatkan sebarang pekerjaan bukan sahaja di Malaysia malah di negara lain juga. Tekanan yang dialami apabila gagal mendapat pekerjaan yang baik biarpun lulusan universiti, membuatkan seorang gadis di Amerika Syarikat bertindak menjual sijil yang dimilikinya.
Stephanie Ritter, yang merupakan graduan Florida State University (FSU) dalam bidang teater, mengambil keputusan menjual sijil ijazahnya dengan harga AS$40,000 (RM200,677) di laman eBay.
Dia perlukan duit tersebut untuk melunaskan hutang pengajiannya yang berjumlah AS$40,000 (RM167,164).
Lulus Sarjana Muda dengan kepujian pada tahun 2011, Ritter memberitahu portal Buzzfeed, dia kecewa kerana masih gagal mendapat pekerjaan yang bersesuaian dengan kelulusan.
“Saya fikir sijil ini akan membantu saya dalam hidup, tetapi rupa-rupanya tidak,” kata Ritter.
Mereka yang membeli sijil ini juga akan memperolehi ‘pengalaman jelajah’, di mana Ritter akan membawa pembeli menjelajah sekitar kampus FSU dan merasai pengalaman seperti mana dialaminya selama empat tahun belajar di universiti itu.
“Kenapa habiskan masa untuk belajar dan peroleh ijazah jika anda boleh beli sahaja?” kata Ritter dalam deskripsi di laman eBay.
Sumber : Says.com
Pelbagai
Pernahkah anda membayangkan di dunia nyata ini, akan ada doktor dengan ketampanan seperti Patrick Dempsey dalam rancangan siri Grey’s Anatomy? Jika pernah, kini mimpi anda sudah menjadi kenyataan. Perkenalkan doktor paling hot abad ini, Dr. Mike.

Beliau adalah seorang doktor biasa, namun parasnya yang tampan membuatkan dirinya menjadi bahan perbincangan dan perhatian Netizen. Tidak hairan, dalam jangkamasa singkat sahaja Instagram miliknya mempunyai lebih dari 400,000 pengikut. Selain wajahnya yang tampan, badannya yang gagah dan “sado” menjadi daya penarik. Jom kita kenali dengan lebih dekat lagi personaliti yang bernama Dr. Mike ini.“Dr. Mike 2nd year medical resident NYC/MIA An avid explorer of life Just a man and his dog against the world,” tulisnya di bio akaun Instagram. Beliau merupakan seorang doktor yang kemungkinan besar masih lagi bujang dan sangat sayang terhadap haiwan peliharaannya.

Doktor ini memiliki seekor anjing menawan jenis Siberian Husky yang bernama Roxy. Jika anda lihat gambar di akaun Instagram miliknya, anda akan nampak banyak foto Dr. Mike bersama Roxy.
Boleh dikatakan doktor ini sangat penyayang dan juga merupakan seorang pencinta haiwan. Bukan itu sahaja, doktor ini memiliki hobi bermain tenis dan berenang. Susuk tubuh badannya yang kelihatan seperti atlet membuatkan ramai kaum wanita tergoda dengannya. Doktor Mike juga seorang yang “fashionable” dan amat menitikberatkan gaya pemakaiannya.
Dia juga sering memuatnaik gambar tubuh seksinya di laman Instagram peribadi. Jenna Mullins, yang merupakan wartawan untuk E! Online, baru-baru ini menulis dalam artikelnya menyatakan Dr. Mike adalah doktor paling menawan di Instagram. “Is He The Most Adorable Doctor on Instagram? (Answer: Probably),” tulisnya.
Pelbagai
NAMPAKNYA pelbagai cara dilakukan oleh blogger di internet untuk cepat menjadi popular dan mendapat ranking tinggi. Antaranya dengan menyebarkan berita palsu yang paling tergempar.
Kebiasaanya, selebriti adalah insan yang sering menjadi mangsa taktik kotor ini.
Jika sebelum ini berlaku kepada Adi Putra yang kononnya didakwa menghidap kanser, terbaharu menimpa pula kepada pelakon jelita Lisa Surihani apabila tersebarnya khabar angin menyatakan dia telah selamat bersalin disertakan lengkap dengan gambar bayi milik pasangan selebriti itu.
Kesal dengan berita palsu itu, Lisa yang sinonim dengan jolokan ‘Malaysian Sweatheart’ menafikan berita tersebut menerusi laman Instagramnya, sebentar tadi.
“Harap maklum, berita yang cuba disebarkan ini tidak sahih, tidak tepat dan tidak benar.
“Walaupun headline ditulis dengan ‘soalan’ , ia cukup sebagai satu taktik blogger supaya orang click untuk mereka capai hits yang diingini. Baik saya ataupun Yusry belum lagi umumkan apa-apa, saya masih belum bersalin buat masa ini.
“Terima kasih ke atas sokongan anda semua, cuma ada beberapa saudara dan rakan yang terpedaya, saya cuma nak terangkan perkara sebenar.
“Doakan supaya semua dipermudahkan dan berjalan dengan lancar ya? terima kasih,” tulisnya.
Difahamkan, laporan palsu yang menyatakan Lisa Surihani telah selamat bersalin mula disebarkan dan menjadi viral di media sosial sejak semalam.
Diharapkan semoga Lisa Surihani selamat melahirkan bayi sulungnya itu. –
Hiburan
CHENGDU – Doktor di bandar ini melakukan pembedahan ke atas seorang lelaki bagi membuang lima kilogram najis daripada tubuhnya.
Mengikut akhbar harian West China Metropolis Daily, pesakit itu berusia 27 tahun, sebelum ini mengadu sakit perut amat teruk dan mengalami sembelit sejak kira-kira 10 tahun lalu.
Selepas dimaklumkan doktor bahawa mereka gagal menemui sumber penyakitnya sedekad yang lalu, pakar perubatan dari hospital kedua di sini akhirnya menemui masalah itu selepas menjalankan ujian sinar-X.
Selepas mendiagnosis pesakit dengan penyakit “kolon mega kongenital”, doktor menemui najis amat besar yang menyebabkan ususnya membesar dua kali ganda berbanding saiz biasa, malah menyebabkan jantungnya beralih ke bahagian kanan.
Mengambil kira faktor penyakit mangsa sejak sedekad lalu, lelaki itu dianggap amat bertuah kerana tidak menemui ajal seperti nasib remaja England, Emily Titterington.
Pada Februari 2013, Titterington, 16, yang turut mengidap autisme ringan terkena serangan jantung dan maut selepas lapan minggu sembelit. – Agensi/myMetro Online
Global
Gila, hilang akal, jijik atau tidak siuman. Pilih mana satu daripada gelaran berkenaan untuk diberikan kepada seorang penuntut, Louelle Denor dari Scranton Pennsylvania yang sanggup memuatnaik gambar tuala wanitanya yang dipenuhi darah haid dalam media sosial.
Dia berbuat demikian hanya semata-mata bagi membantah tapisan darah haid dari media sosial dan mahu menyedarkan wanita bahawa mereka tidak perlu malu mengenainya.
Denor merakamkan tuala wanita dipenuhi darah yang turut mengalir melalui jarinya.
Ramai yang mengecamnya kerana bertindak demikian malah hingga ke tahap hendak membunuh Denor.
Memang gila wanita ini, tidak semua perkara perlu ditunjukkan, simpan sedikit rasa malu….
Isu Panas

Anda mampu berluncur dengan memakai kasut tumit tinggi? Jangan terkejut kerana wanita ini, Maud Le Car yang berusia 23 tahun, mempunyai cara tersendiri untuk memeriahkan sukan luncur iaitu dengan memakai tumit tinggi.
Maud yang juga peluncur profesional telah berkongsi gambar dia meluncur sambil memakai kasut tumit tinggi dalam Facebooknya di St Martin, Perancis.
Meskipun berkasut tinggi, namun Maud dapat mengimbangkan badan ketika papan luncur membelah laut biru.
Malah Maud sempat tersenyum kepada peluncur lelaki ketika bertembung dengan mereka.
Dia kini berada dalam kedudukan ke-15 di dunia. Dalam satu temubual, Maud memberitahu dia berasa bangga kerana impiannya menjadi peluncur sejak kecil telah tercapai.
“Saya sentiasa mahu menjadi peluncur dan hari ini saya gembira kerana berjaya mencapai impian tersebut,’’ katanya.
Bagaimanapun Maud bukan peluncur pertama memakai kasut tumit tinggi ketika meluncur sebaliknya, tiga peluncur wanita dari Rusia telah melakukannya ketika menyertai satu pertandingan di Bali pada 2013.
Global
Subscribe to:
Posts (Atom)












Recent Comments