Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi

Segamat: Seekor babi hutan telah berjaya ditembak mati oleh pihak polis selepas haiwan liar itu dikatakan telah menyerang sepasang suami isteri hingga mati di sebuah kawasan kebun getah di Kampung Kuala Paya, Segamat, Johor tengah hari ini.
Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 12 tengah hari tadi mengorbankan Loo See Siang, 66, dan isteri Liau Mei Lan, 65, yang sedang menoreh.
Menurut Ketua Polis Daerah Segamat, Superintenden Mohd Kamil Sukarmi berkata, pihak polis yang menerima laporan terus bergegas ke lokasi kejadian.
Berdasarkan kesan kecederaan memang disahkan mangsa mati disebabkan serangan babi hutan berkenaan.
"Haiwan liar itu berjaya ditembak mati ketika cuba menyerang anggota polis yang tiba untuk melakukan siasatan di tempat kejadian.
"Berdasarkan kesan darah kering pada haiwan itu, kita yakin ia adalah milik kedua-dua mangsa," katanya kes disiasat sebagai mati mengejut.
Isu Semasa

ALOR SETAR – Satu mayat wanita dalam keadaan separuh bogel ditemui di kawasan premis pusat mencuci kereta, Jalan Pondok Labu, Kulim tengahari ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah ACP Nashir Ya berkata, Ibu Pejabat Polis Kulim menerima maklumat mengenai penemuan mayat wanita itu menerusi panggilan 999 pada 12.15 tengah hari.
“Mayat wanita yang tidak diketahui bangsa itu dijumpai dalam keadaan separuh bogel (hanya memakai coli). Terdapat kesan cedera pada muka,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Katanya, mayat sudah dihantar ke hospital untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian. – BERNAMA
Isu Semasa

KUALA LUMPUR: Pasangan suami isteri terkejut apabila lemang yang dibelinya sebagai juadah sahur mengandungi katak mati.
Gambar lemang tersebut yang telah dimuat naik oleh pengguna Facebook, Farah Adila, telah menjadi viral di media sosial.
Menurut apa yang ditulis di ruangan kapsyen gambar terbabit, Farah berkata dia dan suami terpaksa 'membatalkan' niatnya untuk bersahur kerana lemang katak itu.
“Terbantut sahur si suami…Gara2 makhluk ni y elok parking dlm lemang y dibeli kat bazaar smlm…Kecut perut laki bini..terus loya nk mkn pe pon..", kata Farah.
Memetik laporan dari The Rakyat Post, Farah berkata dia dan suami membeli lemang tersebut di bazar Ramadan di Jalan Kuching.
"Bazar itu bazar yang sangat besar dan suami saya sukakan lemang. Kami dapati hanya satu gerai di bazar itu yang menjual lemang jadi kami membeli tiga."
"Disebabkan kami sudah berbuka puasa dengan makanan lain, kami bercadang untuk memakan lemang itu ketika sahur. Lemang yang mempunyai katak adalah yang pertama kami buka"
"Pada mulanya suami saya sangka ianya daun pisang yang terbakar, tetapi setelah kami galinya keluar kami sedar ia sebenarnya adalah katak yang telah mati", katanya. -Siakapkeli.my
Isu Panas
Mexico CIty: Datuk Bandar San Pedro Huamelula Joel Vazquez Rojas melangsungkan perkahwinan dengan seekor ‘puteri buaya’ yang dinamakan Maria Isabel dalam majlis tradisi yang disaksikan ratusan penduduk, kelmarin.
Acara tahunan itu dipercayai dapat membanyakkan ikan, udang dan haiwan laut lain untuk nelayan yang tinggal di bandar pantai Pasifik berkenaan.
Ia hari yang sibuk bagi buaya bertuah itu. Dengan pakaian serba putih dan pita dililit pada muncungnya, pengantin perempuan itu dibaptis sebelum majlis berlangsung.
Seperti majlis perkahwinan lain, acara itu juga disusuli dengan pesta besar-besaran dengan isteri baru Rojas itu dipakaikan dengan pakaian lebih berwarna-warni.
Global

Madinah: Seorang remaja di Arab Saudi mencetuskan kemarahan orang ramai apabila dia memuat naik selfie dengan mayat datuknya.
Dengan kapsyen bermaksud ‘Selamat Tinggal Datuk,’ remaja itu memuat naik gambar itu ke media sosial, menyebabkan orang ramai terkejut dengan sikap kurang sopannya.
Pihak berkuasa Saudi melancarkan siasatan berhubung tindakan remaja berkenaan selepas menerima aduan orang ramai.
Tindakan dan gayanya dianggap tidak bermoral.
Gambar itu yang dipercayai dirakam menggunakan telefon bimbitnya menunjukkan dia menjelir lidahnya dengan mayat datuknya di sebelah.
Ketua Perhubungan Awam dan Media Madinah mengesahkan pihaknya sudah mula menyiasat kes itu. - AFP
Global

Georgetown: Mahu halau nyamuk, namun dihalang lelaki amuk. Itu yang berlaku terhadap beberapa kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut apabila nyaris ditetak seorang lelaki di sebuah flat di Ayer Itam, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 6.45 petang itu, lelaki berusia 31 tahun itu dikatakan tidak berpuas hati dengan kerja semburan nyamuk (fogging) yang dilakukan kakitangan pejabat kesihatan terbabit sebelum dia mengambil parang dan mengacukan kepada mereka.
Aksi lelaki terbabit yang mengamuk memegang parang dan mengugut mahu menetak seorang inspektor kesihatan berjaya dirakam dan menjadi viral di media sosial.
Dalam video berdurasi 37 saat itu, dia yang dilihat bersinglet serta berseluar hitam memegang parang sambil menjerit memarahi kakitangan kesihatan kerana mendakwa mereka melakukan semburan asap tanpa memberikan notis.
Dia turut mempersoalkan tindakan itu dengan mengatakan semburan terbabit akan membahayakan nyawa mereka sekeluarga terutama anaknya.
Isu Semasa

SUBANG JAYA: Seorang guru maut serta-merta dalam usahanya mengelak daripada merempuh sebuah lori, menyebabkan Perodua Kancil yang dipandunya merempuh tiang di Plaza Tol Seafield di Lebuhraya Elite.
Guru berkenaan, dikenal pasti sebagai Norazwa Abd Raman, sedang memandu ke arah Kolej Kejururawatan Assunta di Petaling Jaya dari Bandar Saujana Putra apabila kemalangan itu berlaku pada kira-kira pukul 12.15 tengahari Khamis.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, guru berusia 40 tahun itu cuba mengelak daripada melanggar sebuah lori menyebabkan keretanya tidak dapat dikawal dan terbabas merempuh tiang di plaza tol.
"Dia meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di kepala. Kami telah memaklumkan kepada ahli keluarganya mengenai kemalangan itu.
"Mayatnya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat," katanya.
Penolong pengarah operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata kira-kira lapan anggota bomba telah dikerahkan ke tempat kejadian selepas panggilan kecemasan diterima kira-kira pukul 12.30 tengah hari.
"Pengendali plaza tol tidak mengalami sebarang kecederaan walaupun berada dekat dengan perlanggaran," katanya, sambil menambah ahli bomba telah mengeluarkan mayat daripada kereta Kancil.
Kes itu disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu melulu.
Mstar Online
Isu Semasa

PETALING JAYA: Pelakon Fizo Omar menganggap gelaran Datuk tidak menentukan taraf kejayaan seseorang individu, sebaliknya ia sekadar penghargaan duniawi.
Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 30, berkata, ukuran kejayaan seseorang hanya dapat dilihat daripada hasil usaha yang diperoleh dan ia dapat memberi manfaat kepada orang lain.
"Dalam perniagaan memang ramai yang mengejar gelaran Datuk untuk taraf yang lebih tinggi, namun pada saya bukan gelaran yang menunjukkan taraf kejayaan seseorang tetapi hasil usaha yang dilakukan.
"Pada saya, apa yang kita usahakan dapat memberi manfaat kepada orang lain itu lebih menentukan kejayaan bukan memandang pada status sahaja," ujarnya kepada mStar Online.
Jelas Fizo, dia lebih mengutamakan usaha untuk memajukan perniagaan dan menggalakkan lebih banyak usahawan muda agar mengikut jejak langkahnya.
Fizo kini sudah memiliki lebih 100 premis produk Hot Burger di Semenanjung dan kini dalam usaha mengembangkan cabang perniagaannya di bawah jenama FOC (Fizo Omar Company) antaranya khidmat perunding dan membuka kafe pada masa hadapan.
Dalam pada itu, Fizo berkata, dia bakal menyambung pelajaran di peringkat Sarjana dalam bidang perniagaan mulai September depan di Universiti Utara Malaysia (UUM), kampus Kuala Lumpur.
"Saya ditawarkan untuk sambung belajar selepas menerima anugerah Pembangunan Usahawan Muda Selangor 2014 pada akhir tahun lalu.
"Saya akan menyambung pelajaran di peringkat Sarjana dalam tempoh dua tahun di UUM bermula September ini, Insya-Allah selepas itu saya ingin teruskan pengajian di peringkat doktor falasafah (PhD)," katanya.
Hiburan
Rahsia disebalik kemajuan Israel yang kita tidak tahu.

Disebalik kemajuan yang dikecapi oleh mereka, dalam konteks yang lebih positif, kita perlu meneladani apa yang dilakukan oleh bangsa ini sehingga mereka mampu bangkit kejatuhan dan mencapai kemajuan diluar jangkaan manusia.
Perkongsian yang asalnya dimuatnaik di sebuah page The Patriots ini bukanlah bertujuan untuk mengiktiraf mereka (Israel), tapi apa salahnya kita gunakan sisi positif yang terdapat pada mereka untuk diaplikasikan dalam kehidupan masyarakat kita pada hari ini.
Ikuti sepenuhnya fakta pendedahan di bawah:
Apabila seseorang mengkaji tentang peredaran kemajuan dunia, semestinya nama yang merupakan sebahagian daripada teratas adalah Israel dalam berbagai-bagai sektor, seperti perbelanjaan untuk Research and Development (R&D), kepentingan ketenteraan, kekayaan negara (KDNK), pendidikan, kesihatan dan sebagainya.
Persoalannya, apakah rahsia mereka?
Tanpa henti, mereka semakin jadi gergasi dari segi inovasi dengan populasi kurang daripada 10 juta orang. Mereka sudahpun menghiasi prasarana-prasarana ekonomi mereka dengan lebih kurang 5,000 syarikat, yang kebanyakannya berteknologi tinggi. Bilangan besar inilah yang sedang membawa Israel kearah kemegahan teknologi global.
Dengan gabungan kebudayaan, persekitaran dan kerajaan yang dinamik, Israel sudah mampu menandingi Silicon Valley. Bukan sahaja bilangan syarikat mereka yang melahirkan perasaan “rambang mata” kepada masyarakat asing, tetapi hasil inovasinya yang sememangnya mengagumkan.
Tiga kejayaan besar mereka adalah:
1. Waze – perisian sistem navigasi GPS yang berjaya meraih 50 juta pengguna;
2. OrCam – teknologi yang membenarkan orang-orang buta yang mempunyai saraf mata yang sempurna untuk melihat;
3. Phinergy – bateri lithium kereta yang menggandakan jarak kegunaan kereta-kereta elektrik.
Gabungan kejayaan-kejayaan ini bersama dengan beribu-ribu lagi sedang membuatkan Israel menjadi “startup nation” yang merupakan intipati terbaik buat negara tersebut dan ekonomi global.
Bursa Saham Tel Aviv pula mempunyai senarai sebanyak 616 syarikat yang setiap syarikat tersebut mempunyai 12,500 rakyat, tetapi jauh beza dengan Amerika Syarikat yang menggabungkan 47,000 rakyat kepada setiap syarikat.
Namun, kejayaan-kejayaan ini hanyalah sejarah semata-mata. Yang melahirkan persoalan, bagaimana mereka boleh berjaya?
Secara umumnya, dunia yang membenci Israel akan berasa dengki dan mengaburkan kejayaan mereka dengan, “Amerika sedang bantu”.
Perasaan anti-Semitisme sentiasa membuak dalam darah manusia yang akan membutakan mereka sendiri daripada mencontohi kejayaan Israel walaupun menempuhi cabaran-cabaran sangat besar.

Israel – sebuah negara yang mengisytiharkan kedaulatan pada tahun 1948 boleh memenangi sebuah peperangan yang dengan mudah sahaja boleh patahkan orang lain.
Pada setiap generasi, kejayaan tersebut sentiasa bersilih ganti, sehingga hari ini, Israel telah berjaya menjadi hub berteknologi tinggi di kawasan yang sangat berbahaya dan lebih menakjubkan lagi, Israel merupakan negara yang berdikari.
Tetapi, mereka tidak menyimpan rahsia mereka. Mereka berkongsi kepada dunia bahawa kejayaan mereka merupakan hasil kepada gabungan asas-asas seperti kepintaran, kreativiti, produktiviti, kebebasan dan keazaman untuk berlawan dengan halangan-halangan mereka yang sangat besar jisimnya.
Kesemua ini diterapkan melalui sistem pendidikan mereka yang sangat aktif dari segi penyertaan.
Perkara kedua yang menjamin kejayaan negara tersebut adalah ideologi ketenteraan mereka. Ini merupakan subjek yang sangat terperinci kerana perkhidmatan tentera, dengan gabungan bahaya-bahaya yang mengancam negara tersebut telah menyemai sifat keseriusan dari segi visi dan misi kebudayaan mereka untuk menerima segala jenis risiko asalkan menang.
Mudah kata, rakyat mereka sudah tidak mahu menjadi gelandangan seperti dalam sejarah, dimana mereka dicaci, dimaki dan ditindas.
Bayangkanlah, setelah berkecainya kedaulatan mereka pada tangan Rom oleh kerana peperangan yang berlangsung selama 70 tahun yang menyebabkan musnahnya Kuil Yahudi mereka, mereka telah melakarkan berbagai-bagai usaha untuk bebas.
Apa yang tidak dicipta?
Semuanya dicipta untuk menyelamatkan diri mereka, tetapi ia mengundang daripada satu malapetaka ke satu lagi malapetaka, akhirnya berakhir pada Malapetaka Besar, dimana Adolf Hitler membunuh berjuta-juta umat mereka.
Apakah mereka akan kembali ke status gelandangan? Tidak.
Oleh itu, pada ketika sesetengah masyarakat memegang kepada sejarah untuk mengekalkan kedaulatan, Israel memegang kepada ekonomi yang membenarkan mereka memegang kuasa. Mereka mendrafkan pelaburan demi pelaburan dalam teknologi pertahanan dan sebagainya, seperti komersial.
Selain itu, Israel merupakan negara imigran dan berbilang bangsa, membenarkan perbezaan dari segi pendapat – yang memastikan kreativiti dan inovasi melalui aliran idea yang bernas dan gabung tenaga ramai orang yang mempunyai perspektif yang berbeza. Israel juga berkongsi dengan pendapat Amerika Syarikat bahawa, “kegagalan merupakan pendidikan, bukannya lencana kejatuhan maruah”.
Semangat berniaga mereka bermula daripada didikan keluarga yang senantiasa menuntut kejayaan daripada anak-anak mereka untuk bekerja keras. Dengan berbagai-bagai gabungan strategi kejayaan, tidak mengejutkanlah kenapa Israel terlalu kuat dan negara mereka mempunyai konsep yang dinamik.
Informasi

Satu bangkai makhluk laut misteri dengan "paruh" seperti burung dan bulu yang menyelimuti seluruh tubuhnya terdampar di tepi pantai Pulau Sakhalin di Rusia.
Beberapa gambar dari laman Siberian Times menunjukkan makhluk tersebut berbulu lebat. Nikolay Kim, dari Sakhalin Research Institute of Fisheries and Oceanography, yakin makhluk itu adalah ikan lumba-lumba gergasi."
"Saya ragu makhluk ini hidup di perairan kami. Kemungkinan besar, haiwan ini dibawa arus laut. Kadang-kadang, ada spesies tropika dan sub tropika yang terdampar di sini dan mati," kata Nikolay Kim.

Walaupun meyakini makhluk itu adalah lumba-lumba, Kim masih belum boleh menjelaskan dari mana bulu-bulu itu berasal. "Ini sangat luar biasa. Ikan lumba-lumba tidak berbulu," jelas beliau.
Gambar makhluk ini mencetuskan kekecohan di media sosial Rusia. Salah satu netizen berkata: "Seperti monster mutan laut raksasa dengan paruh."
Ada juga beberapa netizen yang mendakwa ia adalah ikan lumba-lumba dari Sungai Gangga, yang banyak dijumpai di India, Pakistan, Nepal dan Bangladesh.
Pelbagai

SEORANG murid Tahun 4 berketurunan Orang Asli dari suku kaum Temiar dilaporkan telah diikat, dipukul dan ditendang oleh tiga guru lelaki selepas dituduh mencuri wang salah seorang guru berkenaan.
Kejadian yang berlaku pada 15 Jun lalu ini mengejutkan ramai setelah didedahkan oleh Centre for Orang Asli Concern’s (COAC) menerusi laman Facebok.
Akibat kejadian tersebut, mangsa yang dikenali sebagai Siti Nur Azdilia dari Sekolah Kebangsaan Kuala Betis di Gua Musang, Kelantan mengalami lebam di wajah, lengan dan paha.
Penyelaras COAC, Dr. Colin Nicholas berkata tindakan menghukum kanak-kanak perempuan itu tanpa usul periksa adalah perbuatan yang tidak wajar.
“Dia dituduh mencuri. Kami tidak tahu jika ia benar tetapi kalau benar pun, ini bukan cara yang betul mengendalikannya,” kata Nicholas dalam posting di laman Facebook COAC.
Berikutan itu, keluarga mangsa telah membuat laporan polis pada 27 Jun lalu.
Hal tersebut membuatkan wakil pihak sekolah dan guru besar memohon keluarga mangsa menarik balik laporan polis berkenaan.
Atas perbincangan bersama keluarga mangsa, wakil suku kaum Temiar dan pemimpin masyarakat Kampung Parik, mereka turut melaporkan perkara tersebut kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menerusi pemimpin Jaringan Orang Asal SeMalaysia (JOAS) pada 23 Jun 2015.
Memetik laporan The Malaysian Insider, sumber polis mengesahkan kejadian dan ia kini sedang disiasat.
Sementara itu, Kementerian Pendidikan hari ini telah mengarahkan satu siasatan dijalankan ke atas dakwaan ini.
Timbalannya, P. Kamalanathan berkata dia telah mengarahkan pegawai pendidikan untuk menyiasat dan menghantar laporan interim secepat mungkin.
Isu Semasa

SEBELUM ini, tindakan tidak senonoh sekumpulan pelancong asing yang berbogel di atas Gunung Kinabalu telah mencetuskan amarah masyarakat setempat.
Namun seakan seperti trend pula, kini berlegar di laman sosial beberapa keping gambar menunjukkan kelibat seorang lelaki mengambil gambar bogel di atas Gunung Irau yang terletak di Cameron Highlands, Pahang.
Tidak dapat dipastikan sama ada dia merupakan pelancong tempatan atau asing, namun gambar tersebut kini giat kongsikan di media sosial.
Menerusi gambar, lelaki berkacamata itu dilihat mengambil beberapa keping gambar dirinya berlatar belakangkan bendera Malaysia dan papan tanda bertulis Brinchang 2.35KM.
Dia turut menggayakan pelbagai aksi dalam keadaan bogel termasuk menutup bahagian sulitnya dengan papan tanda Gunung Irau.
Perbuatan seperti ini amatlah tidak senonoh dan seakan ingin menaikkan kembali isu melibatkan pelancong asing berbogel di Gunung Kinabalu.
Isu Panas
Subscribe to:
Posts (Atom)




Recent Comments