Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


KUALA LUMPUR – Dua beranak yang berpakat mempromosi dan memberikan sokongan kepada perbuatan keganasan kumpulan pengganas Islamic State (IS) di negara ini dijatuhi hukuman penjara masing-masing 18 tahun dan 12 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam.
Hakim Kamardin Hashim menjatuhkan hukuman itu terhadap Murad Halimuddin Hassan, 49, dan anaknya, Abu Daud Murad Halimuddin, 25, setelah mereka mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan.
Kedua-dua tertuduh didakwa bersama-sama mempromosikan perbuatan keganasan di Malaysia yang bertentangan dengan Seksyen 130G(a) Kanun Keseksaan di No. 61, Pengkalan Batu Hampar, Mukim Air Putih, Pendang, Kedah antara 30 Januari hingga 5 April lalu.


ARIZONA, Amerika Syarikat – Seorang bayi di sini mula meminati aktiviti lasak memanjat tembok sejak berumur lapan bulan iaitu dua bulan sebelum dia mampu berjalan.
Bayi tersebut, Ellie Farmer yang berumur 20 bulan merupakan anak kepada pasangan pendaki berbakat, Rachael dan Zak Farmer telah didedahkan dengan aktiviti itu semasa dalam kandungan lagi apabila ibunya tetap memanjat tembok walaupun ketika hamil.
Ellie kini digelar bayi berbakat luar biasa apabila rakaman video dia memanjat batu telah ditonton lebih satu juta kali.

"Dia adalah sebahagian daripada komuniti pendaki sejak dilahirkan. Ketika dia mula membuka mata, dia berada di gim dan melihat pendaki," ujar bapa bayi itu, Zak kepada CNN.
Oleh kerana Ellie terlalu kecil untuk memakai abah-abah keselamatan, dia mendaki tanpa menggunakan tali untuk pendakian rendah. Menurut ibu bapanya, kaki Ellie juga dilindungi kasut kulit lembut bertumit dan tidak pernah memanjat tembok yang lebih tinggi daripada 2.1 meter. - AGENSI




Beijing: Sebanyak satu pertiga Tembok Besar China musnah yang berpunca bukan sahaja daripada elemen semula jadi tetapi akibat aktiviti manusia. Kurangnya pengawasan di binaan era Dinasti Ming itu menyebabkan orang ramai mencuri batu bata pada tembok berkenaan untuk membina rumah.

Kesan cuaca turut menjadi penyebab lokasi pelancongan popular dan Tapak Warisan Dunia Unesco itu runtuh. Tembok Besar China terdiri daripada beberapa bahagian dan mengunjur dari wilayah Shanhaiguan hingga ke hujung Gurun Gobi.

Walaupun pembinaan tembok itu bermula pada abad ketiga Sebelum Masihi tetapi bahagian sepanjang 6,437 kilometer termasuk yang terletak di utara Beijing dan sering dikunjungi pelancong dibina ketika Dinasti Ming.

Laporan terbaru oleh Beijing Times menganggarkan 1,931 kilometer daripada tembok itu musnah sejak beberapa kurun lalu. Menurut kajian oleh Pertubuhan China Tembok Besar, sebahagian binaan itu mula runtuh dan tumbuhan yang tumbuh di tembok mempercepatkan proses berkenaan.

Penduduk kampung miskin di daerah Lelong di utara Hebei juga didapati memecahkan tembok itu bagi mendapatkan batu bata untuk membina rumah. Batu bata yang mempunyai ukiran pula dijual oleh penduduk dengan harga 30 yuan (RM18.24). - Agensi


Buckenburg (Jerman): Seorang wanita cuba menamatkan hubungan sulitnya dengan berpura-pura mati.
Dia berusaha meyakinkan kekasih gelapnya bahawa dia sudah mati dengan mengguna sos tomato sebagai darah dan menghantar imejnya dengan ‘darah’ itu kepada lelaki berkenaan.
Pasangan itu yang masing-masing sudah berumah tangga, menjalinkan hubungan sulit selepas berkenalan menerusi Internet.

Tetapi apabila wanita itu cuba menamatkan hubungan mereka, kekasihnya berang dan menghantar imej berahi mereka kepada suaminya.

Sebagai tindak balas, dia dan suaminya mengambil keputusan untuk berpura-pura mati, kononnya dalam satu kejadian ngeri, dan menggunakan sos tomato sebagai darah.
Mereka kemudian menghantar gambar itu kepada lelaki berkenaan.

Bagaimanapun, rancangan itu gagal apabila lelaki terbabit menelefon polis untuk melaporkan ‘kemalangan itu.’
Polis melancarkan siasatan dan dalam masa singkat mengesahkan imej itu palsu. - Agensi


Medan: Empat puluh sembilan mayat mangsa pesawat Hercules C130 milik Tentera Udara Indonesia yang terhempas ke kawasan penempatan di Medan tengah hari tadi, sudah ditemui namun jumlah kematian dipercayai sekurang-kurangnya 116 orang.

Pemerintah Tentera Udara Indonesia, Marshall Udara Agus Supriatna, berkata berdasarkan senarai penumpang, pesawat itu membawa 113 orang iaitu 12 anak kapal dan 101 penumpang dan setakat ini tiada tanda ada yang terselamat.
"Tidak, tidak. Tiada yang terselamat. Saya baru saja kembali dari tempat kejadian," katanya kepada AFP.

Menurutnya, sehingga jam 8 malam tadi, 49 mayat sudah ditemui dan dibawa ke hospital.
Ramai penumpang dalam pesawat itu ialah ahli keluarga anggota tentera dan pasukan penyelamat sudah menemui satu mayat kanak-kanak.

Pasukan penyelamat menyatakan tiga penduduk kawasan penempatan itu terbunuh apabila pesawat berusia 51 tahun berkenaan terhempas menghempap rumah sebelum terbakar, mengenai satu pusat urutan dan sebuah hotel kecil.

Menurut Agus, juruterbang memberitahu menara kawalan pesawat itu perlu berpatah balik kerana mengalami masalah enjin.
“Pesawat terhempas ketika ia berpusing ke kanan untuk berpatah balik ke lapangan terbang,” katanya.

Pesawat itu berlepas pada jam 12:08 tengah hari waktu tempatan dari pangkalan tentera udara di Medan dan terhempas dan meletup dengan api menjulang kira-kira-kira dua minit kemudian, kira-kira lima kilometer dari pangkalan itu.

Ia adalah tragedi kedua dalam masa 10 tahun pesawat terhempas di Medan. Pada September 2005, pesawat Boeing 737 milik Mandala Airlines terhempas ke atas kawasan perumahan sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Polonia, Medan, membunuh 143 orang, termasuk 30 mangsa di darat.

Medan yang mempunyai 3.4 juta penduduk ialah bandar ketiga terbesar Indonesia selepas Jakarta dan Surabaya. - Agensi

WAH! Uniknya tema yang digunakan untuk mengabadikan kenangan foto pertama anak pemain pasukan Johor Darul Takzim Safee Sali, Shanika Salsabilla yang dilahirkan di Hospital Colombia Asia, Johor Bahru pada tanggal 15 Jun lalu.
Ini merupakan cahaya mata pertama Safee daripada perkahwinan keduanya dengan wanita berketurunan Indonesia, Sasha.
Jungle Theme diilhamkan oleh Camora Arts Photography bagi menzahirkan keterujaan pasangan bahagia itu di atas kelahiran bayi perempuan mereka.
Pelbagai props telah digunakan antaranya sarang bunga yang ditempah khas dari Ismail Ishak, set patung dari NanaAlyaDanis dan kostum singa dari Knitwie dan Peacock.
Malah pihak Camora Arts turut menyiapkan set buaian bayi yang ditempah khas dari Custom Frame Malaysia bagi menjayakan tema fotografi kali ini.
Jom kita tengok hasil menarik yang dihasilkan oleh Camora Arts Photography dalam membidik foto keluarga bahagia Safee Sali! –














Phrae (Thailand) – Penduduk kampung di daerah Nong Muang Khai yang terjejas teruk akibat kemarau, kelmarin menggunakan patung kartun Doraemon dalam satu upacara untuk memanggil hujan.
Mereka menggunakan patung watak kucing robot popular itu bagi menggantikan kucing hitam untuk mengelak dituduh mendera haiwan.
Pengusaha ladang jagung di Wang Luang meletakkan patung Doraemon itu dalam satu sangkar kayu sebelum diarak sekeliling kampung untuk meminta hujan.
Seorang penduduk, Rattakarn Jantanu berkata, mereka bersetuju untuk membuat upacara tradisi bagi meminta hujan itu selepas wilayah berkenaan terjejas teruk akibat kemarau.
Mengikut upacara itu yang asal, mereka sepatutnya meletakkan seekor kucing hitam di dalam sangkar kayu sebagai korban untuk meminta hujan.
Bagaimanapun, kerana bimbang tindakan itu akan mencetuskan kemarahan orang ramai, mereka mengambil keputusan untuk menggunakan patung kucing.
“Kami akhirnya terpaksa menggunakan patung Doraemon kerana sukar untuk mencari patung kucing,” katanya.
Ujarnya, sangkar itu dibawa ke lima lokasi yang dipercayai didiami oleh nenek moyang mereka diikuti satu acara keagamaan di sebuah kuil.
“Walaupun upacara itu tidak membawa hujan tetapi penduduk tetap gembira dan ia membantu menenangkan mereka ketika ini,” jelasnya. – Agensi/myMetro Online

GAMBAR pemandangan yang telah ditangkap dari seluruh negara ini sangat menakjubkan.
Namun apa yang lebih menariknya lagi, di dalam setiap gambar ini sebenarnya ‘terselit’ beberapa orang model yang sedang berbogel, betul ke?
Jika diamati dengan teliti, memang terdapat beberapa orang model yang berbogel dan disembunyikan melalui teknik solekan serta penyamaran yang hebat.
Gambar kreatif ini merupakan hasil kerja seorang pelukis atau artis dari Switzerland, Filippo Loco yang sanggup melancong ke luar negara untuk mencari tempat paling sesuai untuknya berkarya dalam gambar.'









SEMPENA Hari Keputeraan Tunku Mahkota Johor (TMJ) yang ke-31 hari ini, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dilaporkan menerima sebuah jet peribadi sebagai hadiah daripada ayahanda, Sultan Ibrahim Ismail.
Beberapa keping foto yang dikongsikan di laman Facebook rasmi Johor Southern Tigers memaparkan TMJ dan ayahandanya bergambar berlatar belakangkan sebuah jet.
Malah menerusi foto-foto lain, kedua-dua figura kesayangan rakyat Johor itu dilihat bersiar-siar dalam pesawat tersebut.
Titah TMJ menerusi laman sosial berkenaan, “Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada semua yang telah mengucapkan selamat dan mendoakan saya sempena hari keputeraan saya.”
Sementara itu, TMJ turut bermurah hati mengagihkan lembu di setiap daerah di Johor untuk majlis berbuka puasa, serta menghulurkan sumbangan buat anak-anak yatim dan golongan kurang upaya.
“Saya telah membuat keputusan, setelah menerima pandangan dan nasihat DYMM Tuanku, untuk mengagihkan lembu di setiap daerah untuk berbuka puasa, selain menghulurkan sedekah kepada anak-anak yatim dan golongan yang kurang berkemampuan di seluruh Johor.
“Demikianlah niat saya. Selamat menjalani ibadah puasa kepada seluruh muslimin dan muslimat.”
Rata-rata rakyat turut mengucapkan selamat hari lahir buat TMJ dan berkongsi kegembiraan dengan baginda di ruang komen di laman berkenaan. 
PENYANYI Elizabeth Tan tetap bertegas bahawa kenyataan yang diberikannya sebelum ini berhubung isu putus tunang di antara Adira dan jejaka dikenali sebagai Shahrul Nasrun adalah benar belaka.


Menurutnya, dia tidak mendapat apa-apa kepentingan sekiranya bercakap bohong mengenai perkara tersebut kerana langsung tidak mempunyai sebarang kaitan dalam hal mereka.
Elizabeth atau lebih senang dipanggil sebagai Lizzy mendedahkan, sebelum ini Shahrul pernah flirting dengan dirinya ketika masih lagi bergelar tunangan Adira.
“Kalau dia (Shahrul) nak nafikan, nafikanlah. Apa yang saya cakapkan sebelum ini adalah benar. Saya tak buat apa-apa pun,” katanya ketika dihubungi Mynewshub sebentar tadi.
Menurut Lizzy, selepas mengeluarkan kenyataan kepada media mengatakan dia bukan punca masalah putusnya ikatan pertunangannya, Adira ada menghubunginya.
“Adira ada telefon, kami bercakap mengenai perkara itu dan dia langsung tidak menyalahkan saya.
“Adira juga ada menyatakan punca sebenar kenapa pertunangan mereka terputus tetapi saya tak boleh nyatakan di sini, rasanya lebih baik bertanya pada Adira sendiri,” katanya lagi.
Sementara itu ketika ditanya mengenai kehadiran Shahrul pada satu majlis pelancaran produk yang mana Lizzy menjadi dutanya di sebuah universiti di Cyberjaya, beberapa bulan lalu, penyanyi berketurunan Cina itu berkata dia langsung tidak mengetahui apa tujuan Shahrul hadir pada masa itu.
“Saya tak tahu peranan dia (pada majlis itu), saya tanya juga pada penganjur adakah dia terlibat dengan majlis tersebut tapi mereka mengatakan dia langsung tiada kena mengena,” ujarnya.
Selain itu, Lizzy turut menegaskan sebarang khabar angin sebelum ini yang mengatakan Shahrul menaja kos penerbitan muzik video Knock Knock adalah tidak benar sama sekali.
Oh my gosh, cerita tu tak betul, dia tak menaja video muzik lagu saya. Cerita yang cakap saya pergi anugerah AJL pakai baju warna sedondon dengan dia pun tak betul, apatah lagi yang mengatakan saya berkunjung ke butik Rizalman dengannya. Seumur hidup, saya tak pernah lagi berjumpa dengan Rizalman,” jelas penyanyi kelahiran Kuala Lumpur ini.
Lizzy seterusnya mengatakan dia enggan memanjangkan lagi cerita sebaliknya mahu memberikan lebih fokus terhadap kerjaya seninya.
Selepas single Knock Knock berjaya mencuri perhatian peminat muzik tempatan, Syawal ini Lizzy bakal muncul dengan single kedua berjudul Mama yang sudah direkodkannya beberapa bulan lalu. 

BRASILIA – Sepasang kekasih melakukan aksi lagak ngeri dengan berpaut dan bergayut pada sebuah tebing batu pada ketinggian 843 meter tanpa menggunakan sebarang peralatan keselamatan.
Leonardo Edson Pereira, 23, dan kekasihnya, Victoria Medeiros Nader, 18, melakukan aksi berani mati tersebut di kawasan pergunungan Pedra de Gavea, dekat bandar raya Rio de Janeiro.
Satu gambar itu memaparkan Nader yang memakai bikini berwarna merah jambu tergantung pada tebing itu sambil memaut tangan kekasihnya.
Dalam foto lain, Pereira pula dilihat berpaut pada tebing batu itu tanpa menggunakan sebarang peralatan keselamatan dengan panorama indah sekitar Rio de Janeiro menjadi latar belakangnya.

“Saya tahu orang ramai menganggap tindakan ini bukan sahaja tidak munasabah tetapi membahayakan diri sendiri. Namun, lagak ngeri itu membuatkan saya berasa teruja.
“Tebing batu itu sememangnya tinggi namun, saya hanya menggunakan kekuatan tangan untuk berpaut. Apa yang penting, saya percaya kepada diri sendiri bahawa saya tidak akan terjatuh ke bawah,” kata Pereira.

Ini bukan kali pertama Pereira melakukan aksi merbahaya itu memandangkan dia pernah memanjat beberapa tebing tinggi lain di sekitar Rio de Janeiro. – Agens



PETALING JAYA: Pelakon Erra Fazira mendapat beberapa tawaran untuk menjadi duta kepada pakaian muslimah dan tudung sejak tampil dengan imej berhijab pada awal Jun lalu.


Erra atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chek, 41, bagaimanapun berkata, dia hanya akan mempertimbangkan tawaran menjadi jurucakap kepada produk yang sesuai dengan cita rasanya sahaja.

"Sejak bertudung ini memang ada yang tawarkan saya untuk jadi duta produk, maklumlah sekarang ini peniaga lagi banyak daripada pembeli. Tetapi bagi saya, kalau saya mahu memperagakan tudung atau baju mereka mestilah sesuai dengan cita rasa dan fesyen saya sendiri.

"Saya tidak mahu menggayakannya dengan keadaan terpaksa jika saya tidak gemar tentang rekaan itu," ujarnya kepada mStar Online.



Sementara itu, Erra berkata, dia juga belum mempunyai perancangan untuk membuka label tudungnya sendiri seperti yang dilakukan kebanyakan artis bertudung lain.

Katanya, buat masa ini dia masih meneruskan perniagaan tudung yang diambil daripada peniagaan lain.

"Saya buka bisnes tudung sudah lama beberapa tahun lepas lagi, tetapi perniagaan itu diusahakan oleh kawan baik saya dan saya hanya beri modal sahaja.

"Kami ambil daripada peniaga lain yang dirasakan cantik dan jual semula. Saya belum lagi terfikir untuk buat tudung dengan jenama saya sendiri. Saya tidak mahu bisnes kerana terikut-ikut trend semasa," ujarnya.

Dalam pada itu, Erra berkata, dia ada beberapa kali dipanggil untuk terlibat dalam program-program motivasi untuk berceramah dan berkongsi pengalaman kepada orang ramai.

Katanya, ia bercakap tentang apa yang dilaluinya dalam keraya seni sehingga mengambil keputusan untuk berhijab.

"Saya bercakap tentang diri saya dan pengalaman yang saya lalui hingga saya berhijap sahaja, saya tidak bercakap tentang agama atau luar bidang pengetahuan saya.

"Alhamdulilah ada juga beberapa kali hadiri undangan motivasi dan semoga perkongsian saya itu dapat memberi inspirasi kepada mereka," ujarnya.

Mstar Online