Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

‹
›

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


KUALA LUMPUR: Selepas 30 tahun bersiaran, program Nona yang cukup sinonim di TV3 pernah mencipta sejarah apabila hosnya berbadan dua contohnya seperti Ezzah Aziz Fawzy dan Nurfarahim Jamsari.
Kini hosnya, Fouziah Gous turut mengikuti jejak yang sama selepas disahkan hamil tiga bulan. Ia berita baik buat Fouziah kerana tanggal 21 September ini akan genap dua tahun usia perkahwinan dengan Md Zhafran Md Yusof.
Bagi Fouziah berita kehamilan itu dilihat kena pada masanya kerana dalam tempoh hampir dua tahun mendirikan rumah tangga, ia menjadi ruang terbaik untuknya dan isteri mengenali antara satu sama lain. Ia umpama fasa berbulan madu bagi mereka kerana kedua-duanya bercinta selepas berkahwin.
"Nona kini pun sudah sebati dengan saya. Malah selama ini pun tumpuan saya lebih kepada pengacaraan untuk program Nona dan tidak menerima tawaran berlakon. Produksi Nona pun sangat menyokong dan saya berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada program ini.
"Jadi selama berbadan dua ini, perkembangan saya boleh dilihat menerusi program ini setiap Ahad di TV3," kata Fouziah Gous yang menjadi wajah ilham rekaan lebaran House Of Cosry, Blanc & Noir Raya 2015 Jumaat lalu ketika berlangsungnya pertunjukan fesyen itu di Hotel Royale Chulan.
Ketika ini, Fouziah mengakui masih berhati-hati bercerita mengenai berita kehamilannya kerana ia masih di peringkat awal. Dia mengakui berasa selesa tidak terlalu teruja bercerita. Malah sebelum ini sempat pergi bercuti seperti biasa seperti tiada apa yang berlaku.
Cuma dia sedar, tetap perlu menerima hakikat itu dan tidak perlu berselindung kerana hal itu pasti akan diketahui juga.
"Gembira saya memang bukan kepalang. Siapa yang tak gembira kalau dapat tahu mengandung bukan? Cuma dalam apa sudut perasaan pun, saya tidak mahu terlalu beriya-iya bercerita. Saya tak putus berdoa hari-hari supaya anak yang bakal dilahirkan ini akan sihat dan sempurna. Insya-Allah," katanya sambil menambah suami turut memanjat kesyukuran selepas dimaklumkan berita gembira itu.
"Bayangkan sejak berbadan dua ini, setiap malam sebelum tidur dia akan sapukan minyak di kaki saya selain mengusap perut. Pendek kata, apa saja permintaan saya ketika ini pasti dipenuhi. Macam puterilah ibaratnya. Perempuan mengandung memang kuat makan. Mintalah apa saja, dia akan layan dan penuhi," katanya.
Mengenai jantina anak yang bakal dilahirkan kelak, Fouziah mahupun suaminya tak kisah.
"Anak pertama ini, saya dan suami terima saja rezeki yang akan dikurniakan kepada kami nanti. Tak ada nak 'gaduh' mahukan anak lelaki atau perempuan. Janji sihat dan cukup sifat," katanya.
PETALING JAYA: Pelawak Zizan menyifatkan kontroversi terhadapnya yang muncul silih berganti baru-baru ini bukanlah petanda popularitinya mula jatuh seperti yang diperkatakan beberapa pihak.


Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abd Razak, 31, berkata, istilah zaman kejatuhan tidak boleh digunakan kerana ia merupakan ketentuan takdir Tuhan terhadap manusia.

"Kita tidak boleh kata seseorang itu sedang berdepan dengan zaman kejatuhan kerana jatuh bangun seseorang itu adalah ketentuan Allah.

"Saya pun tidak boleh bercakap adakah saya melalui fasa kejatuhan atau tidak kerana semua itu adalah rezeki. Dan Alhamdulillah, sehingga kini tawaran kerja masih lagi ada," katanya kepada mStar Online.

Kontroversi Zizan mula tercetus selepas hubungan cintanya dengan aktres Emma Maembong terputus gara-gara kehadiran pihak ketiga pada hujung tahun lalu.



Pelawak itu kemudiannya dituduh sebagai individu yang menghantar mesej lucah kepada beberapa wanita.

Belum surut tuduhan itu, Zizan dikatakan telah melanggan pelacur ketika berada di Indonesia dan kerana kontroversi yang tercetus tanpa henti, difahamkan stesen televisyen Astro telah merehatkan Zizan daripada muncul dalam mana-mana program stesen televisisyen berkenaan sementara waktu.

Bagaimanapun Zizan kini sedang terlibat sebagai juri tetap program Ceria Popstar menerusi siaran  Astro Ceria (saluran 611) dan Maya HD (saluran 135).

Sementara itu  Zizan memberitahu, dia enggan kontroversi yang terpalit itu dikenangkan sebaliknya mahu memberi fokus terhadap kerjaya seni.

"Benda yang lepas biarlah ia berlalu. Saya anggap ia sebahagian dugaan yang perlu dilalui.

"Yang penting saya perlu lalui dugaan-dugaan ini dengan tenang dan pada masa sama fokus terhadap kerja. Saya terima saja sama.orang.luar di sana suka saya atau tidak," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Zizan akan terlibat dengan penggambaran super telefilem berjudul Strawberi Karipap untuk siaran Astro.

Mstar Online


KUALA LUMPUR: Penyanyi Stacy semakin hampir ke arah untuk memeluk agama Islam dalam usaha menerima kekasihnya, Akim Ahmad sebagai suami.

Perkara itu disahkan oleh Akim, 24, yang juga sudah bersedia untuk mendidik wanita itu agar menjadi muslim sejati.

"Dia (Stacy) sudah makin hampir kearah itu (untuk memeluk agama Islam) dan Alhamdulillah family sudah boleh menerima hubungan antara kami berdua.

"Sebenarnya untuk saya mendidiknya tiada masalah, untuk kata saya ini sempurna tidak juga tetapi hasil daripada didikan yang diberikan oleh keluarga saya, cukup lengkap dan saya tahu batas-batas serta hukum kerana apa yang penting adalah niat," jelasnya kepadamStar Online.

Akim ditemui pada majlis Sinari Kemulian Ramadan Bersama Yeo's Beramal Bersama Bintang & Menang Duit Raya di Grand Ballroom, Aloff KL Sentral, Kuala Lumpur di sini, Isnin.


Antara artis yang hadir ialah Atikah Suhaime, Ajak Shiro, Nad Zainal, AG (Hot FM) dan Heliza Helmi.

Ditanya mengenai perancangan perkahwinan mereka Akim berkata, buat masa ini dia sedang berusaha untuk memenuhi beberapa perkara lain sebelum benar-benar sedia menggalas tanggungjawab bergelar suami.

"Sebenarnya untuk ke peringkat seterusnya saya perlu menyiapkan banyak benda dalam  kehidupan. Apabila berkeluarga kita perlu bataskan segala kemahuan kita, jadi perkara seperti itu saya belum bersedia kerana masih ada lagi keinginan yang perlu dipenuhi," katanya.

Tambah Akim, dia tidak mahu keinginannya itu terhalang selepas berumah tangga jadi dia mengambil pendekatan untuk memenuhi segala kemahuannya  sebelum mengakhiri zaman bujangnya.

"Mungkin apabila kita masih single segala kemahuan serta kehendak diri dapat dipenuhi dan saya terpaksa menarik handbreak apabila sudah berkeluarga nanti," katanya.


Dalam perkembangan lain, Akim bersama kumpulannya Akim & The Majistret dalam proses mengeluarkan album terbaharu bertajuk Patriot pada tahun ini.

Bercerita mengenai Sinari Kemulian Ramadan Bersama Yeo's Beramal Bersama Bintang & Menang Duit Raya, seluruh warga Malaysia bersama bintang-bintang terkenal akan melakukan kerja amal dengan memberi sumbangan kepada golongan memerlukan dengan pembelian produk air minum kotak Yeo’s.

Resit hasil daripada pembelian harus disertakan dan penyertaan perlu dilakukan melalui aplikasi WeChat untuk memenangi hadiah bernilai RM300,000.

Kempen berkenaan bermula pada Khamis ini sehingga 5 Julai depan.
Mstar Online
1.Pissing Day


Hari : Minggu kedua setiap bulan Mac
Lokasi: Princeton, New Jersey
Perayaan: Semasa perang revolusi di Princeton, askar British yang kalah dan bertaburan lari daripada askar Amerika. Kerana mereka takut dan melarikan diri, mereka dikencing oleh askar Amerika. Selepas itu, setiap tahu, di Nassau St. jalan tersebut ditutup atas memperingati hari bersejarah itu dan mereka semua akan kencing dijalan tersebut.
Sebab: Kerana kebebasan!

2. Nyepi (sepi) day

Hari: Tahun Baru Bali (21 mac 2015)
Lokasi: Bali, Indonesia.
Perayaan: Hari tiada sebarang kebakaran, tiada permainan, hari tidak boleh bercakap juga tidak boleh makan dan minum dari 6 pagi sehingga 6 petang. Waktu ini, semua jalan akan kosong sehinggakan lapangan terbang juga ditutup.
Sebab: Agama hindu menggalakkan muhasabah diri dengan berdiam diri.

3. La tomatina

Hari: Rabu terakhir dalam bulan Ogos
Lokasi: Bunol, Spain
Perayaan; 20 ribu orang akan berkumpul dijalan sambil membaling 120000 paun tomato mentah kepada satu sama lain, tradisi ini bermula dengan penyertaan 9 ribu orang pada 1945.
Sebab: Saja seronok-seronok!

4.Kanamara Matsuri 

Hari: Minggu pertama setiap April
Lokasi: Kawasaki, Jepun.
Perayaan: Meraikan kemaluan lelaki! Kesemuanya berwarna merah jambu dari topi, kimono dan segala bentuk yang boleh anda bentukkan menjadi kemaluan lelaki!
Sebab: Pada abad ke 17, ada lagenda mengatakan pelacur jepun harus berdoa kepada Kanayama Shrine supaya dijauhkan dari penyakit. Dan hari ini, ia dirayakan untuk meningkatkan kajian atas HIV.

5.Tomb Sweeping Day

Hari: Hari ke 104 selepas Winter Solstice
Lokasi: China
Perayaan: Hari yang juga dikenali sebagai Qingming, hari cuti umum buat orang China untuk melawat kubur, membersihkannya, mempersembahkan makanan, nyanyi dan juga menari.
Sebab: Untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan dan juga meraikan musim luruh. Aneh!
Seperti yang diketahui ramai, Jepun ialah sebuah negara yang dipenuhi dengan warga yang penuh adab tatatertib. Kecantikan budaya melahirkan pembentukan diri yang cantik. Beberapa perkara yang kita boleh belajar daripada negara Jepun:

1. Murid-murid Jepun mencuci sekolah mereka setiap hari selama 15 minit bersama guru mereka, dan membentuk generasi Jepun yang bersederhana dan menjaga kebersihan.
2. Warga Jepun yang membawa anjing berjalan-jalan mesti membawa beg plastik untuk membawa pulang najis anjing mereka. Kesungguhan menjaga kebersihan adalah sebahagian daripada etika bangsa Jepun.
3. Pekerja kebersihan di Jepun dipanggil “Jurutera Kesihatan” dan boleh meminta gaji sehingga USD 5000 ke USD 8000 sebulan dan mereka harus menghadapi ujian bertulis dan ujian lisan sebagai temuduga.
4. Jepun tidak mempunyai sumber semula jadi, dan mereka terdedah kepada ratusan gempa bumi setahun tetapi itu tidak menghalang negara ini daripada menjadi antara ekonomi terbesar di dunia.
5. Hiroshima kembali berkembang pesat menjadi pusat ekonomi hanya dalam masa 10 tahun selepas peristiwa kejatuhan bom atom.
6. Penggunaan telefon bimbit dilarang dalam keretapi dan restoran.
7. Pelajar sekolah rendah tahun pertama sehingga tahun keenam perlu belajar etika berurusan dengan orang lain.
8. Walaupun negara Jepun merupakan salah satu negara terkaya di dunia tetapi mereka tidak mempunyai pembantu rumah. Ibu bapa bertanggungjawab dalam pengurusan rumah dan kanak-kanak.
9. Tiada peperiksaan untuk pelajar sekolah rendah tahun pertama sehingga tahun ketiga, kerana matlamat pendidikan mereka adalah untuk menanamkan konsep dan pembentukan peribadi, bukan hanya peperiksaan dan indoktrinasi.
10. Purata kelewatan kereta api di Jepun ialah 7 saat setahun! Mereka amat menghargai nilai masa, sangat menepati masa sehingga ke tahap minit dan saat.
11. Anak-anak Jepun membersihkan gigi mereka selepas makan di sekolah; Mereka menjaga kesihatan dari usia muda.
12. Pelajar diberi masa setengah jam untuk menghabiskan makanan supaya penghadaman berjalan lancar. Apabila ditanya mengenai situasi ini, mereka berkata: Pelajar-pelajar ini adalah masa depan Jepun.


SAO PAULO - BRAZIL. Tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu. Barangkali inilah perumpamaan paling sesuai bagi menggambarkan nasib seorang pengutip sampah yang berubah menjadi model iklan kerana kejujurannya.

‎Ana dos Santos Cruz, 23, terpaksa bekerja sebagai pengutip sampah 10 jam setiap hari di Barrestos, dekat Sao Paulo di selatan Brazil untuk menyara diri dan anak lelaki berusia 3 tahun.

Namun nasibnya berubah selepas menemui sampul surat yang mengandungi sekeping cek di dalam sebuah plastik hitam.

Cek yang bernilai ‎£52,000 (RM198,000) yang ditemuinya itu adalah untuk didermakan kepada Barrestos Cancer Hospital.

Ana kemudiannya bertindak memulangkan semula cek tersebut kepada pengarah hospital berkenaan pada keesokan harinya.

"Saya tidak mahu mengambil cek tersebut kerana ada lagi ramai pesakit yang memerlukan dana tersebut daripada saya", katanya dipetik sebuah stesen TV tempatan.

Tindakannya itu mendorong sebuah pusat membeli-belah untuk menjemput Ana untuk menjadi model dalam kempen publisiti di TV dan papan iklan di bandar itu.

Kemunculannya itu turut mendapat perhatian dan kini dia turut ditawarkan untuk menjadi model di bawah sebuah agensi model tempatan.

"Ini adalah apa yang diimpikan selama ini. Impian menjadi kenyataan," katanya dipetik Mirror.uk

Ana terpaksa bekerja sebagai pengutip sampah September lalu kerana suaminya dipenjarakan atas kesalahan dadah dan  hanya memperoleh pendapatan sekitar ‎£2 (RM8) sehari.

Sebuah foto ikan yang kelihatan mempunyai dua kaki muncul di dunia maya.

Ikan bertubuh besar berwarna perak, dengan dua kaki seperti reptilia, ditemui sudah mati di pinggir sebuah kolam di Colorado, Amerika Syarikat.

"Jiran saya menjumpainya dekat kolam di Colorado, makhluk apa ini?" tanya Bobby Kent, orang yang memuat naik foto itu ke imgur, seperti dipetik Mirror.co.uk, Isnin (18/5/2015).

Beberapa pengguna internet membuat spekulasi. Sebahagian menyebut makhluk itu sebagai haiwan purba yang keluar dari lautan menuju ke daratan.

"Entah itu salamander gemuk, atau bukti dari evolusi," ucap seorang netizen.

Pengguna internet lain berkata: "Ia sukar dipastikan tanpa ada gambar lain dari sudut berbeza. Kelihatan seperti mutasi dari spesies biasa."

Ada juga orang yang memanggilnya sebagai haiwan axolotl yang telah mati dan tubuhnya membengkak.

Axolotl, atau dikenali juga sebagai "ikan berjalan," sebenarnya adalah binatang amfibia. Haiwan asal Mexico ini kerap disimpan warga sebagai peliharaan.

Rusia – Hari perkahwinan sepatutnya menjadi hari yang paling bahagia dalam hidup seseorang namun dari raut wajah gadis ini, dapat dilihat bahawa dia amat sedih dan tidak gembira dengan perkahwinannya.
Gadis itu, Kheda ‘Luiza’ Goilabiyeva, yang baru berusia 17 tahun, telah dipaksa berkahwin dengan ketua polis Chechen, Nazhud Guchigov yang berusia 30 tahun lebih tua daripadanya.
Nazhud yang sudah beristeri turut mengancam akan menculik Kheda jika perkahwinan itu tidak diteruskan.

Menurut laporan, Kheda ditanya sebanyak tiga kali semasa proses pendaftaran sama ada dia mahu berkahwin dengan Nazhud, yang sebelum ini mendakwa dia tidak pernah memaksa keluarga Kheda menyerahkan anak perempuan mereka untuk perkahwinan berkenaan.
Poligami dibenarkan di bawah undang-undang Rusia namun usia sah untuk perkahwinan adalah 18 tahun. Bagaimanapun ia boleh diketepikan sekiranya pihak berkuasa memutuskan perkahwinan itu boleh dilaksanakan.
Perkahwinan itu didedahkan oleh seorang wartawan penyiasat Rusia, Elena Milashina, yang menulis mengenainya dalam surat khabar Novaya Gazeta, April lalu.
Dalam tulisannya, Elina mendakwa Nazhud memberi kata dua kepada keluarga Kheda sama ada menyerahkan anak mereka atau berdepan dengan sesuatu yang buruk.

Venezuela – Meskipun bergelar Ratu Cantik dan mempunyai ijazah dalam bidang undang-undang, namun Damarys Ruiz, 68, melalui kehidupan yang menyedihkan.
Dia ditemui meninggal dunia di sebuah kawasan selepas 15 tahun hidup sebagai gelandangan.
Ruiz, menempa nama sebagai Miss Venezuela pada 1973 ketika berusia 26 tahun.
Namun selepas memenangi pertandingan itu, dia gagal menuju ke puncak malah Ruiz juga enggan meneruskan kerjaya dalam bidang perundangan sebaliknya menjual barangan kemas dan kraf di Caracas.
Ruiz juga tidak mempunyai teman lelaki yang sempurna dan menetap bersama dengan abangnya. Namun menurut rakan-rakannya, abangnya itu amat cemburukannya dan tidak memberikan kebebasan kepadanya.
Dalam satu temubual pada 2005, Ruiz berkata, abangnya itu sering membiarkan dia kebuluran dan selalu memukulnya.
Atas sebab itu dia melarikan diri dari rumah.
Namun selepas kematiannya Ruiz, lebih malang lagi tiada seorang pun anggota keluarganya yang menuntut mayat Ruiz di hospital.

(Berikut adalah penafian oleh polis Selangor berhubung dakwaan berkenaan)
Susulan penyebaran mesej dari Pegawai Kanan Polis Selangor – Malaysia yang menjadi viral di laman sosial Facebook dan applikasi Whatapps sejak semalam, sehingga kini pihak Polis Selangor tidak menerima sebarang laporan polis berkaitan kejadian tersebut oleh mana-mana pihak yang terlibat.
Sehubungan itu, pihak polis ingin memberi amaran kepada mereka yang tidak bertanggungjawab ini agar berhenti menyebarkan sebarang berita sebegini serta merta.
Namun, jika kejadian tersebut benar-benar berlaku, pihak polis mewar-warkan kepada mana-mana pihak yang terlibat untuk tampil ke hadapan membuat laporan polis untuk tujuan siasatan.
KETUA POLIS SELANGOR

Sumber: Mynewshub.cc

“SAKITNYA tuh di sini… di dalam hati ku..” itulah antara bait lirik lagu penyanyi Indonesia, Cita Citata yang amat popular di seberang dan di negara ini juga.
Tidak dinafikan, irama lagu tersebut yang agak catchy antara faktor ia mendapat sambutan hangat malah liriknya terutama part “sakitnya tuh di sini” sering dijadikan bahan troll netizen di media sosial.
Namun disebabkan lagu ini jugalah, seorang doktor wanita membuat laporan polis gara-gara sijil cuti sakit yang dikeluarkan oleh kliniknya telah diubah sesuka hati dengan memasukkan alasan, ‘1 hari MC kerana sakit nye tuh di sini‘.
Memetik laporan Harian Metro, Dr Asmah Ghazali, 57 menyatakan perkara tersebut yang mungkin dianggap sebagai gurauan boleh menjejaskan reputasinya yang sudah bertahun-tahun menjadi doktor.
“Gurauan ini memalukan dan menjatuhkan kredibiliti profesion saya sebagai seorang doktor perubatan,” jelasnya.

Menurut Dr Asmah, dia mula menyedari gambar sijil cuti sakit itu tersebar setelah diberitahu oleh adik iparnya di Johor Bahru, melalui WhatsApp.
“Saya diberitahu oleh adik ipar pada jam 1.45 petang kelmarin. Adik ipar saya mahukan kepastian berhubung perkara itu kerana nama saya turut tersebar pada gambar berkenaan.
“Pada mulanya saya sangkakan ia satu bentuk gurauan yang tidak mendatangkan kesan. Namun saya terkejut apabila orang ramai turut menghubungi saya dan bertanyakan perkara yang sama,” katanya.
Mynewshub.cc

SEOUL – Sebuah syarikat di sini memaparkan satu inovasi baharu apabila berjaya mencipta sebuah televisyen paling nipis setebal satu milimeter dengan berat hanya 1.9 kilogram baru-baru ini.
Syarikat tersebut, LG Display menggunakan bahan polyimide bermolekul tinggi ketika menghasilkan panel fleksibel berbanding penggunaan plastik konvensional bagi mencapai lekuk yang maksimum sekali gus mengurangkan ketebalan televisyen yang dinamakan sebagai OLED TV.
Prototaip skrin paparan OLED TV yang dipaparkan oleh syarikat tersebut boleh melekat dan ditanggalkan pada dinding menggunakan pad magnet.
Syarikat itu percaya OLED TV mampu mengungguli semua teknologi televisyen pada masa hadapan dengan warna yang terang, kontras yang cemerlang dan saiz lebih lebar.
“Kami akan memasarkan televisyen ini pada Julai atau Ogos depan dan berharap dapat meningkatkan pengeluaran serta promosi pada suku ketiga tahun ini,” ujar Ketua Unit Perniagaan LG Display, Sang-Deog Yeo.