Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


TINDAKAN pantas anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjadi bidan terjun kepada seorang wanita yang hendak bersalin di Balai Polis Kampung Tawas, Ipoh, Perak telah berjaya menyelamatkan dua nyawa, petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.14 petang itu, wanita terbabit selamat melahirkan bayi perempuan dengan bantuan anggota polis wanita dari balai berkenaan.
Difahamkan, semasa kejadian wanita hamil itu sedang dalam perjalanan ke hospital sebelum memasuki kawasan balai polis apabila berasakan dia sudah tidak tahan hendak bersalin.
Dua beranak itu kemudian dikejarkan ke hospital menggunakan ambulans untuk rawatan lanjut.

Sekalung tahniah diucapkan kepada warga PDRM yang sanggup menghulurkan bantuan kepada orang awam tanpa mengira tugas dan tanggungjawab.
Inilah yang dikatakan anggota polis serba boleh!

Mynewshub.cc
SERAMAI 300 lelaki telah mengejutkan penumpang komuter di pusat bandar London apabila berpakaian seperti tentera Sparta dalam filem epik 300: Rise of The Empire lalu menaiki pengangkutan awam tersebut.
Memang luarbiasa, mungkin inilah pakaian cosplay terbaik setakat ini, seronoklah kaum hawa di situ sebab sambil naik komuter dapat cuci mata sekali.. memandangkan kesemua mereka berada dalam kategori lelaki ‘sado’.
Mungkin hilang sekejap tekanan ‘kakak-kakak’ yang mengharungi hari memenatkan di tempat kerja selepas tengok sekumpulan lelaki hot tampil berpakaian seperti itu.
Jom kita tengok sama-sama..












CHINA – Seorang bayi berjaya diselamatkan meskipun ditanam selama lapan hari di sebuah kawasan perkuburan oleh ibu bapanya selepas bayi itu dilahirkan dengan bibir sumbing.
Bayi itu terselamat selepas seorang wanita dalam pertengahan usia mendengar bunyi tangisannya ketika dia sedang mengutip daun herba di kawasan berkenaan.
Wanita itu kemudiannya berlari mendapatkan bantuan sami budha yang menjaga tempat tersebut.
Dengan bantuan sami itu, Zhao Shimin, bayi berkenaan diselamatkan.
Dia ditanam di satu tempat yang tidak mempunyai penanda.
Bayi malang itu dimasukkan ke dalam kotak kertas sebelum ditanam pada kedalaman hanya lima sentimeter sahaja.
Selimut dan baju bayi berkenaan turut ditemui dalam kotak tersebut.
Menurut doktor, bayi itu bernasib baik kerana air hujan telah melembabkan kawasan sekitar tanah perkuburan itu.
Dia dimasukkan ke unit rawatan rapi dan diletakkan dalam inkubator selama beberapa hari.
Polis berjaya mengesan ibu bapa bayi itu namun mereka tidak ditangkap kerana tidak mempunyai bukti yang kukuh.

KEMALANGAN jalan raya melibatkan lori simen dan beberapa kenderaan lain di Jalan Tun Razak berhampiran Institut Jantung Negara (IJN) sebentar tadi menyebabkan kesesakan jalan raya dari arah Ampang menuju ke ibu kota.
Memetik kenyataan di laman mikro Twitter Bernama, pihak polis trafik sudah dikerah ke tempat kejadian bagi mengawal lalu lintas di sana.
Daripada pemerhatian menerusi gambar, dapat dilihat lori simen berkenaan mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapannya.


BAGAI tidak serik, Wak Doyok sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila sengaja memuat naik gambar separuh bogelnya di laman Instagram.
Tindakan ikon fesyen itu berkongsi gambar tidak berpakaian yang menampakkan putingnya menarik perhatian ramai peminat yang kelihatan teruja dan tidak kurang juga yang mengkritik.
Bagaimanapun, komen ‘berani mati’ seorang peminat dikenali sebagai Syasya Mahmud yang memberi komen berahi mengejutkan sesiapa sahaja yang membacanya.
“Mestilah suka dan gatal @Wakdoyok. Tak tahan tengok!” tulis Syasya.
Tambah sensasi, Wak Doyok dilihat ‘melayan’ dan saling berbalas komen bersama gadis berkenaan.

Tak pasal-pasal tindakan Wak Doyok bersama gadis itu dikecam ramai kerana dianggap tidak bersesuaian dengan budaya Timur.
Sebagai public figure, Wak Doyok sepatutnya lebih peka dengan penerimaan peminat di luar sana apatah lagi dia pernah terpalit dengan isu komen ‘merecik’ yang dibuatnya terhadap Kilafairy. Erm, takkan nak ‘pisang berbuah dua kali’ kot?- MYNEWSHUB.CC

PARIS: Seorang jutawan daripada China, telah membelanjakan 33 Juta Euro atau bersamaan RM132.83 juta untuk membawa 6,400 orang kakitangannya bercuti selama empat hari ke Perancis.

Dia berbuat demikian bagi menghargai pekerjanya sempena menyambut ulang tahun ke 20 syarikatnya iaitu Tiens Group Company.


Memetik laporan DailyMail, Pengerusi Kumpulan Tiens, Li Jinyuan, 57, merupakan antara individu terkaya yang disebut oleh majalan Forbes, memberikan kejutan istimewa dengan menempah sebanyak 4,760 bilik dari 79 buah hotel bertaraf empat dan lima bintang di Cannes dan Monaco.

Tiens Group Company adalah merupakan syarikat konglomerat antarabangsa yang menjalankan perniagaan berkaitan bioteknologi, pengurusan kesihatan, e-dagang, perhotelan dan pelancongan.

Kumpulan besar pelancong dari China ini turut mencipta rekod baru Guinness World Record kerana menggunakan khidmat 147 buah bas untuk mengambil mereka dari hotel ke Promenade des Anglias di Nice.



Syarikat dibawah kendalian Jinyuan ini itu menghabiskan 13 juta Euro (RM52.33juta) di Paris dengan melawat Menara Eiffel, Arc De Triomph dan Louvre.

Sementar di Nice pula dia membelanjakan 20 juta Euro (RM80.50 juta) untuk pekerja-pekerjanya menginap di hotel Cannes dan Monaco, di mana tempat tersebut merupakan lokasi tumpuan orang kaya dan terkenal dari seluruh dunia.


Orang-orang yang berada di penerbangan ini terkejut melihat beberapa penumpang aneh dalam pesawat tersebut. Penumpang aneh itu ialah burung helang yang di tempatkan tempat duduk penumpang.


Penerbangan  dari Casablanca ke Abu Dhabi, dan pada mulanya adalah seperti biasa, sehingga semua orang melihat sesuatu yang pelik. Bagaimana burung ini boleh di tempatkan di bahagian tempat duduk penumpang, dan dari sumber yang di perolehi tidak menjelaskan bagaimana kejadian ini berlaku...





MUNGKIN sudah hilang sifat malu atau mahukan aksi seks lebih ekstrem, sepasang kekasih atau mungkin pasangan suami isteri bagai sudah hilang akal apabila melakukan hubungan seks siang-siang hari buta di balkoni kediaman mereka.
Tindak-tanduk mereka kemudiannya dirakam penduduk di sekitar Bangsar South, Kuala Lumpur sebelum dikirim kepada akhbar berbahasa Cina, Guang Ming Daily.
Susulan insiden memalukan itu, Ketua Jabatan Pengaduan dan Khidmat Awam MCA Datuk Seri Michael Chong mengutuk perbuatan pasangan terbabit.
Michael turut menyarankan penduduk apartmen tersebut agar membuat aduan kepada pihak polis dan pengurusan kediaman mereka untuk mengambil tindakan terhadap perilaku tidak bertamadun pasangan tersebut.
– MYNEWSHUB.CC


Dua beradik dari Florida, Amerika Syarikat, Mike dan Maria Lopez menemui peti harta karun di bahagian loteng rumah datuk mereka di Tampa, Florida.

Di dalam peti tersebut terdapat beberapa syiling lama, potongan tangan yang telah diawet, peta Sungai Hillsborough dan cincin bertuliskan, Gaspar melingkar di salah satu jari di tangan tersebut.

Mike Lopez mengatakan, datuk dan neneknya, Eve dan Ernesto Lopez sering bercerita mengenai penemuan harta karun milik lanun lagenda Jose Gaspar, yang beroperasi di pantai barat Florida dari akhir abad ke-18 hingga awal abad ke-19.

Kedua beradik itu membawa penemuan mereka kepada Rodney Kite-Powell, kurator Pusat Sejarah Tampa Bay, .

Setelah meneliti barang milik Lopez bersaudara itu, Kite-Powell mengesahkan bahawa wang syiling Sepanyol yang berada di dalam peti harta karun itu adalah palsu.

"Ia sedikit nipis jika dibandingkan dengan syiling Sepanyol atau syiling-syiling lama pada umumnya. Secara umumnya syiling lama jauh lebih tebal," tutur Kite-Powell.

Manakala peta Sungai Hillsborough yang ada di dalam peti harta karun itu menurutnya berasal dari tahun 1920 hingga 1930-an.

Ujian lebih lanjut akan dilakukan terhadap potongan tangan yang dijumpai di dalam peti harta karun, untuk memastikan ke otentikannya. 

Adik beradik Lopez pula merancang untuk menyimpan harta karun yang mereka temukan tersebut.

KUALA TERENGGANU – Tempah iphone 6, dapat biskut! Itulah nasib yang menimpa seorang pengguna yang bukan sahaja hanya berangan memiliki telefon bimbit tersebut, malah turut berputih mata apabila terpaksa menanggung kerugian RM890.
Menceritakan bagaimana kejadian itu boleh berlaku, mangsa yang mahu dikenal Nor, 40, berkata, pada pertengahan April lalu, dia ada menjalankan urus niaga membeli telefon bimbit jenama iphone 6 terpakai secara online, untuk dihadiahkan kepada anaknya.
“Pada awalnya si penjual meletakkan harga RM2,050, namun dia sendiri secara sukarela hendak memberi diskaun barang tersebut dengan harga RM1,890 sekiranya saya berminat.
“Setelah bertanyakan beberapa soalan bagi meyakinkan saya memandangkan sebelum ini anak pernah tertipu, jadi saya bersetuju kerana si penjual ini pandai berkata-kata seolah-olah sudah memiliki pengalaman yang luas,” katanya kepada Sinar Harian.
Nor berkata, apabila kedua-dua pihak bersetuju, dia telah memasukkan RM300 seperti yang diarahkan kononnya sebagai bayaran tempahan dan bayaran baki perlu dijelaskan apabila barang diterima.
“Namun, semasa barang saya hendak dihantar, si penjual sekali lagi menghantar gambar bungkusan tersebut kononnya barang sudah dipos sebelum meminta saya memasukkan lagi RM590.
“Jadi, saya tanpa berfikir panjang, yang dengan melihat bukti gambar yang dihantar itu, saya terus memasukkan wang seperti yang diminta ke akaunnya,” katanya.
Jelasnya lagi, setelah hampir enam hari menunggu, barang yang dijanjikan pun tiba.
Namun alangkah terkejutnya Nor apabila mendapati di dalam bungkusan itu hanya ada beberapa kepingan biskut yang diletakkan di dalam kotak iphone 6 itu.
“Bagi mengaburi mata kami dan mungkin ingin menyedapkan hati, si penjual telah menggunakan kotak iphone 6, namun isi di dalam kotak tersebut digantikan kepada beberapa kepingan biskut.
“Hanya ALLAH SWT yang tahu perasaan saya ketika melihat kepingan biskut di dalam kotak tersebut, mahalnya nilai biskut ni, RM890,” katanya.
Sebaik menyedari dirinya tertipu, Nor tidak terus melatah dan cuba bertanyakan khabar barang yang ditempah itu kepada si penjual yang memperkenalkan namanya Hafriz dan berasal dari Kangar, Perlis.
“Tapi, sehingga ke saat ini saya masih belum mendapat jawapan yang memuaskan, malah sehingga hari ini, dia masih lagi aktif kerana laman web dan instagram yang digunakan berurus niaga dengan saya masih lagi ada,” katanya.
Demi mempertahankan haknya sebagai pengguna dan memastikan pengguna lain tidak mengalami nasib yang sama dengannya, Nor mengambil keputusan membuat laporan di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). – Sinar Harian
Bagaimana agaknya pandangan pelancong luar kepada Malaysia? Adakah bagus atau negatif sepanjang masa?

Lain orang lain pendapat dan pandangannya. Kali ini kami bawakan 10 perkara tentang Malaysia dari kacamata Vaughan dan Lauren Manuel McShane – pasangan suami isteri dari Afrika Selatan yang suka mengembara.

1. Pantai di Malaysia memang sangat teruk.
Semestinya ini bukanlah pantai yang best untuk dijadikan lokasi bercuti. Pulau Besar, Mersing.
Terserlah wajah kecewa di sini. Lagi di Pulau Besar, Mersing.
Warna air kebiru-biruan yang mengecewakan. Salang, Pulau Tioman.
2. Rakyat Malayia yang pemalas.
Tengoklah pakcik tua ni habiskan masa tua main tolak-tolak dengan kotak saja berbanding isi masa lapang dengan kerja berfaedah. Melaka.
Yang ini pula sedang bagi makan kat ikan sambil ajar anak dia bagaimana ca bagi ikan makan. Endau, Rompin.
3. Malaysia adalah lokasi paling buruk untuk suasana waktu matahari terbenam.
Tengoklah, tak ada siapa nak selfie kat sini masa sunset. Tekek, Pulau Tioman.

Entah di manalah letaknya keindahan pemandangan di sini. Air Papan, Johor.


Sekadar waktu matahari terbenam biasa-biasa saja.
4. Tiada sebab untuk bangun pagi dan lihat matahari naik
Wanita kesepian di Juara, Tioman.
Pagi-pagi dah panas. Teluk Cempedak, Kuantan, Pahang.
Sunyi sepi di Pantai Teluk Cempedak, Kuantan, Pahang
5. Malaysia – negara yang miskin dengan budaya dan tiada sejarah
Adegan ngeri di tokong cina paling tua di Melaka.
St Paul Melaka. Dibina pada tahun 1521.


Ayah dan anak di upacara perkahwina masyarakat India.
6. Hutan semua dah hilang kena tebang. Yang tinggal hanya kebun kelapa sawit.
 Pokok tinggal berapa batang je kat sini. Taman Negara Kubah, Sarawak.


Safari Sungai Kinabatangan, Sabah. Safari?

7. Rakyat Malaysia sombong dan tak mesra pelancong.
Kanak-kanak Malaysia sedang bergaduh.

Sungguh tidak peramah. Pulau Tengah, Johor.
8. Tiada budaya minum kopi di Malaysia.
Tak ada yang pandai buat kopi sedap di sini. Melaka.

Dan tak ada cafe menarik untuk lepak-lepak. Limau Limau, Melaka.
9. Menara Berkembar Petronas dan Kuala Lumpur yang overrated
Lihatlah lampu yang malap dan langsung tak menarik di waktu malam. Siapalah tertarik untuk ke sini.

Bandar yang tiada seniman jalanan. Bayang pelukis pun susah nak nampak. Pasar Seni, Kuala Lumpur.
10. Tiada aktiviti ‘outdoor’ yang boleh dilakukan di Malaysia.
Air tak cukup jernih untuk snorkeling. Salang, Pulau Tioman.

 Bosan dan tiada aktiviti menyeronokkan. Juara, Pulau Tioman.


Pengalaman paling ngeri kena panjat bukit di Batu Caves, Kuala Lumpur.


Harus kanak-kanak ni ingat kami gila sebab buang masa di tasik yang membosankan ini dengan Oxbold Adventures.
Nampaknya pasangan ini tertinggal satu lagi perkara paling membosankan sewaktu mereka berada di Malaysia. Tiada pilihan makanan langsung, kedai susah nak jumpa dan semuanya tak sedap.


P/s Jika anda berfikir negatif, sila faham maksud utama post ini.. :) 
ProudtobeMalaysian