Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

Nina Mufleh, yang berpindah dari Timur Tengah dan sudah menetap di San Francisco selama setahun, benar-benar mahu bekerja untuk Airbnb. Beliau sudah cuba untuk berhubung dengan syarikat itu melalui e-mel dan tawaran kerja kosong tetapi masih tidak bernasib baik. Lalu, beliau mengambil keputusan untuk ke tahap seterusnya dengan mewujudkan resume online dengan reka bentuk laman web Airbnb.


Mufleh telah menghantar resume ini kepada kawannya pada Isnin lepas untuk maklum balas dan telah menghantarnya ke Airbnb pada hari Selasa, dan telah menarik perhatian bukan sahaja dari syarikat itu, tetapi juga kepada orang awam.
Apa yang menarik, resume beliau tidak menceritakan tentang pengalaman lampaunya (yang boleh didapati dari profil LinkedIn beliau), tetapi mengisahkan apa yang beliau tahu tentang industri pelancongan, apa yang beliau boleh sumbang kepada Airbnb dan apa yang beliau fikir syarikat itu perlu buat pada masa hadapan.
Mufleh telah berusaha menghubungi syarikat ini buat berbulan-bulan lamanya. Meskipun berjaya bertemu dengan wakil syarikat, namun tidak pernah satupun bertukar menjadi tawaran pekerjaan kepada beliau. Kakak beliau telah menasihati untuk melupakan hasratnya kerana beliau telah melakukan segala yang terdaya.
“Saya benar-benar fikir saya belum buat semua yang saya mampu lakukan,” kata Mufleh. “Saya telah melakukan perkara yang sama berulang kali, tetapi saya belum melakukan sesuatu dengan pendekatan baru.”
Berikut adalah beberapa screenshot dari resume beliau, yang kelihatan seperti profil tuan rumah Airbnb. Anda boleh melihat resume beliau sepenuhnya di laman web beliau Nina4Airbnb.com.

Beliau bukan sahaja menarik perhatian CEO dan CMO Airbnb, tetapi beliau akan menghadiri temuduga dengan recruiter dari syarikat itu minggu ini. Beliau mengambil masa seminggu untuk menyediakan resume, termasuklah mengumpul data, menyelidik pasaran, dan bekerja dengan pereka laman web.
Maklum balas dari CEO Airbnb

Maklum balas dari CMO Airbnb
Mufleh terpesona dengan budaya dan pelancongan sejak belia bekerja denngan Permaisuri Rania Al Abdullah, permaisuri Jordan, dari tahun 2006 hingga 2009.
“Beliau memberi tumpuan kepada dialog pelbagai budaya, dan itu sesuatu yang memandu kerjaya saya,” kata Mufleh.
Maklum balas yang diterima selepas dia menghantar resume adalah mengejutkan.
“[Ini adalah] keputusan yang saya harapkan,” katanya. “Tetapi sebahagian daripada diri saya tidak menyangka ia akan menjadi sebegini cepat dan menyeronokkan.”

Kisah ini berlaku di Jepun, sebuah negara yang memang sangat ke depan dalam bidang teknologi.
Seorang wanita dapat tau teman lelakinya bermain kayu tiga di belakang. Bengang dengan sikap teman lelakinya, dia mengambil keputusan untuk balas dendam dengan cara paling epik.
Eh, bukan potong anu, tapi wanita ini merendam semua koleksi gajet jenama Apple kepunyaan bekas temannya itu di dalam jakuzi yang terdiri dari Macbook, iPad dan iPhone. Kemudian ambil gambar dan hantar kepada satu-satunya gajet Apple yang dibawa bersama lelaki itu.
Gambar yang sama juga dimuat naik ke Twitter dan menjadi viral. Paling best tindakan wanita ini mendapat sokongan padu dengan kata-kata semangat ; “the best revenge” dan “You Go Girl!”
Tapi reaksi sebaliknya pula diterima dari peminat tegar Apple. Mereka tidak bersetuju dengan tindakan wanita ini.
Kalau dah geram macam ni lah jadinya.Pesanan mesra kami – setialah pada yang satu dan janganlah ikutkan hati.
Masih ingatkah anda beberapa perkara ketika zaman kanak-kanak dulu. Beberapa perkara kecil yang mengembalikan memori manis apabila diimbas kembali. Ikuti penulisan di bawah.


 1. COkelat Duit

Cekelat duit ini ada bermacam rupa sebenarnya. Ada juga yang berbentuk duit syiling sebenar. Tetapi ini paling famous sebab murah dan boleh dapat banyak.

 2. Kotak Pita Video

Selain dijadikan bekas pita video. Ia juga dijadikan sebagai bekas pensil. Untuk lebih thrill, ada juga kanak-kanak jadikan sebagai gelanggang untuk lawan labah-labah. Ini kerana lawan dalam kotak mancis terlampau kecil.



 3. Jajan Serbuk
Jajan serbuk juga mempunyai beberapa jenis. Lagi satu jenis dalam paket kecil sebesar duit kertas. Kemudian perlu sedut dengan straw. Jajan serbuk ini juga selalu dicampur dengan air dan juga ditabur atas aiskrim.



4. Kereta Dash Yonkuro
Ada dua jenama Dash Yonkuro yang perlu anda tahu, satu Tamiya dan satu lagi Auldey. Dua jenama ini menjadi kegilaan kanak-kanak 90an kerana kualitinya amat bagus. Perlu tahu juga, kereta dash yang pakai enjin warna hitam adalah paling hebat.


5. Cyberpet
Atau nama komersialnya Tamagochi. Sebuah alat mainan yang sangat ringkas. Kena jaga haiwan secara digital. Tak boleh biarkan haiwan tersebut lapar atau dikelilingi tahi. Nanti dia sakit, kemungkinan boleh mati.



6. Gula-gula Nanonano
Didatangkan dengan 3 rasa serentak, masam-masin-manis. Gula-gula ini menjadi popular kerana selalu ada iklan dalam TV.



7. Kamera 3D.
Biasanya kamera ini akan dijual kat tempat pelancongan dan tumpuan ramai dalam dunia. Hanya letakkan kamera depan mata dan anda dapat lihat suasana ditempat tersebut.



8. Kaya dengan permainan papan.
Ini kerana permainan ini dicipta untuk melatih kanak-kanak supaya bersifat keusahawanan. Jenama terkenal ketika 90an adalah Monopoli dan harga agak mahal. Namun ada syarikat dapat selesaikan untuk pasaran kanak-kanak yang kurang berkemampuan dengan jenama Jutaria kerana ianya murah. Dan ianya lebih bersifat tempatan.



9. Kaset
Konsep sama juga dengan pita video, kaset berfungsi untuk mendengar lagu artis kegemaran.



10. Permainan video
Sebelum hadirnya Play Station yang menggunakan cakera padat. Permainan video menggunakan pita sebesar kaset. Ada pita khas untuk satu game sahaja. Ada juga hadir dengan kompilasi.
Siri permainan paling mendapat perhatian adalah Super Mario, Kontra, Bomberman, Donkey Kong, Tetris dan lain-lain.




10. Belon gam
Belon gam biasanya boleh ditiup sebesar mana yang anda mahu. Untuk yang kreatif, mereka akan bentukkan belon tersebut dengan pelbagai rupa.

Biasanya pelantar minyak yang tidak lagi boleh digunakan untuk menggali minyak di lautan dibiarkan usang dan ditinggalkan begitu saja. Tapi pendekatan yang berbeza telah dilakukan bagi pelantar minyak ini.
Terletak tidak jauh dari Pulau Mabul, Sabah – Seaventures Dive Rig Resort menawarkan pengalaman berbeza untuk anda. Jika selama ini hanya mereka yang bekerja di pelantar minyak saja yang merasai suasana tinggal di sana, kini anda juga berpeluang untuk merasai suasana ini.

Menawarkan 27 bilik serba lengkap termasuk bilik dengan 2 katil dan bilik untuk keluarga, hotel pelantar minyak ini juga menyediakan wifi percuma dan berbagai aktiviti menarik buat mereka yang berkunjung ke sini.

Seaventures Dive Resort berasal dari pelantar minyak yang tidak lagi digunakan untuk industri minyak dan gas. Ia ditunda ke perairan Sabah, di renovasi bahagian dalamnya dan ditukar menjadi hotel.
Menawarkan 27 bilik termasuk bilik untuk keluarga, bilik dengan 2 katil dan juga asrama.

Anda pastinya tak bosan tinggal di sini walaupun dikelilingi laut sahaja. Berbagai kemudahan disediakan termasuk bilik menonton TV, bilik karaoke, meja pool dan tenis, kedai cenderamata dan bilik mesyuarat yang boleh memuatkan hingga 60 orang.
Pendek kata jika nak buat company trip pun boleh.

Setiap bilik di sini juga ada penghawa dingin. Tak lah anda kepanasan nanti.
Barbeque juga diadakan seminggu sekali beserta persembahan live band oleh band The Sea Gypsies. Mereka ni sebenarnya adalah pasukan menyelam skuba di sini. Aha, pandai menyelam dan pandai main live band – menarik!
Tapi sebenarnya yang paling menarik di sini adalah dunia bawah airnya. Sebaik saja anda berada di sini, akses untuk menyelam adalah mudah kerana hotel ini menyediakan elevator yang membawa anda turun ke bawah.
Dunia bawah air di sini memang cantik. Ianya sesuatu yang tak dapat disangkal lagi. Anda akan dikelilingi oleh berbagai jenis ikan sebaik saja mula menyelam scuba di sini.
Antara spesis ikan dan hidupan laut yang boleh ditemui bila menyelam di sini adalah barakuda, ikan kerapu, sotong, penyu, morays gergasi, belut reben dan berbagai jenis ikan lagi. Sekali sekala jika anda bernasib baik anda mungkin dapat melihat jerung yang melintas di sini. Terumbu karang di sini juga menarik dan cantik. Ditambah pula airnya yang jernih dan bersih.
Jika anda inginkan kelainan di samping menikmati damainya laut serta jauh dari hiruk pikuk manusia, Seaventures Dive Rig Resort adalah jawapannya.
Disamping menawarkan aktiviti menarik bagi mereka yang gila menyelam scuba dan bilik yang selesa, makanan yang disediakan di hotel pelantar minyak ini juga semestinya sedap. Apatah lagi hidangan makanan lautnya masih fresh!
Bagi yang berminat untuk ke sini, hotel ini hanya boleh di akses dengan menaiki bot. Meskipun pelantar minyak ini mempunyai helipad (platform mendarat helikopter) tetapi ianya telah ditukar menjadi sundeck.







Buat masa ini 2 pakej ditawarkan di sini iaitu Non Diving Package dan Standard Diving Package. Anda boleh ke website mereka diSeaVenturesDive.com untuk maklumat lanjut.
Oh ya! Khabarnya ini adalah satu-satunya hotel pelantar minyak di dunia yang menyediakan aktiviti sebegini termasuk terjun bungy dan ianya terdapat di Sabah, Malaysia. 
Sumber: DailyMail.co.uk

CUBA bayangkan, tiba-tiba jiran anda memberi sms untuk minta maaf kerana sudah terlanjur dengan isteri anda selama berbulan-bulan tanpa pengetahuan.
Guna siang dan malam pulak tu, pergh! Menyirap tak darah anda bila dengar pengakuan berani macam tu.
Seorang suami ini mengalami nasib malang selepas jirannya membuat pengakuan berani tersebut, selepas jirannya berbulan-bulan menggunakan ‘wife’-nya ketika dia tiada dirumah.
Selama ini si suami mati-mati ingat isterinya setia, berang dengan pengakuan jirannya itu si suami segera balik ke rumah.
Tak cakap banyak terus dipukul isterinya itu lalu ceraikannya dengan talak tiga.
Tapi tak lama lepas tu si suami menerima sebuah lagi mesej…

Haha, rupa-rupanya jiran dia ni typo je.. Nak tulis wifi tapi tersilap tulis wife!
Haaa, tak pasal-pasal je si isteri lelaki itu jadi mangsa keadaan.-MYNEWSHUB.CC


Kerja-kerja seni ni merangkumi pelbagai cabang, tapi apa yang pasti tiap satu hasilnya pasti memukau dan membuatkan kita kagum dengan ketajaman minda dan kedalaman maksud setiap kerja. Dalam posting kali ni, admin nak kongsikan hasil kerja Slinkachu. Hasil seninya memang unik kerana gambar-gambarnya dilihat sekali, pasti tidak akan perasan ada benda yang tersembunyi disebalik 'framing' gambar tersebut, apakah benda yang tersembunyi tu?