Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

‹
›

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


Gambar Hiasan

Kajang: Misteri kehilangan pelajar perempuan tingkatan satu yang didapati ‘ghaib’ sejurus pulang dari kelas tuisyen terjawab apabila mangsa disorok dan diperkosa teman lelaki di sebuah hotel murah.

Sumber dari HarianMetro memberitahu, mangsa yang berusia 13 tahun didakwa gagal pulang ke rumahnya selepas tamat kelas tambahan di bandar Kajang jam 10 malam Rabu lalu.

Pelajar tingkatan satu itu dipercayai termakan pujuk rayu suspek yang baru dikenali di kedai menjual telefon bimbit di sini.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, bapa mangsa mula cemas selepas anaknya tidak pulang ke rumah dengan menaiki van seperti kebiasaannya.

“Bapa mangsa yang risau dengan kejadian itu cuba menghubungi telefon bimbit mangsa, namun gagal.

“Dia kemudian berusaha mencari anaknya di merata lokasi termasuk rumah rakan mangsa,” katanya.

Menurutnya, lelaki itu bagaimanapun terserempak anaknya bersama seorang lelaki tidak dikenali di sebuah pusat beli-belah di ibu kota Sabtu lalu.

“Marah dan kesal dengan insiden itu, bapa mangsa membawa anaknya pulang ke rumah dan memaksa mangsa menceritakan kejadian sebenar.

“Selepas dipaksa berulang kali mangsa memberitahu tinggal di sebuah hotel di bandar Kajang bersama teman lelakinya itu. Malah, dia dirogol berulang kali hingga mengakibatkan kecederaan,” katanya.

Menurutnya, bapa mangsa yang marah dengan kejadian itu membawa mangsa ke hospital dan pemeriksaan mendapati wujud kesan koyakkan pada kemaluan mangsa.

“Dia (bapa mangsa) membuat laporan di Balai Polis Kajang di sini. Susulan itu pihak polis menahan suspek di sebuah rumah di Semenyih di sini, 3 pagi,” katanya.


Menurut Ab Rashid, suspek terbabit ditahan untuk membantu siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
Seorang lelaki yang dipercayai sedang mabuk menerima padah apabila maut sehingga putus kepala dalam satu kemalangan di Sungai Tua, Ulu Yam malam tadi.
Akibat rempuhan itu, mangsa yang sedang menunggang motosikal dipercayai terbabas dan terpelosok di bawah kereta sebelum badan mangsa terpelanting beberapa meter.
Seorang saksi yang menggunakan nama akaun Facebook, Putera Srikandi Melaka menyifatkan insiden itu sesuatu yang amat ngeri.
Menerusi gambar yang dikongsi di laman Facebook Daily Traffic Report, kereta tersebut mengalami kerosakan yang teruk.
Setakat ini, kami belum menerima maklumat lanjut mengenai kemalangan ini. 




NEW DELHI, India – Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun di sini menghidap sejenis penyakit ganjil menyebabkan kepalanya dalam keadaan tergantung di tubuhnya.
Kanak-kanak itu, Mahendra Ahirwar yang berasal dari Madhya Pradesh, tengah India bukan sahaja tidak mampu berdiri atau berjalan, malah tidak boleh duduk lama akibat tulang belakangnya yang lemah.
Keadaan itu menyebabkan Mahendra hanya mampu merangkak dan memerlukan bantuan untuk makan atau ke tandas.
Bapanya, Mukesh Ahirwar, 40, berkata, dia telah merujuk kepada lebih 50 doktor di seluruh negara, namun mereka tidak dapat mengesahkan penyakit anaknya itu yang mula dikesan ketika dia berusia enam bulan.
“Dia tidak mampu membuat apa-apa dengan sendiri. Bayangkan, dia hanya mampu duduk di satu sudut sepanjang hari. Jika doktor tidak boleh merawatnya, lebih baik tuhan mengambilnya,” katanya.
Sementara itu, seorang pakar telinga, hidung dan tekak Hospital Artemis, Dr. Shashidhar Tatavarthy berkata, kanak-kanak itu mungkin mengalami masalah gangguan otot.
“Ia merupakan salah satu kes yang paling luar biasa. Kepalanya tergantung mungkin kerana masalah tulang belakang atau gangguan otot,” katanya. – Agensi

PASANGAN lesbian dan selebriti terkenal Jepun, Akane Sugimori, 28 dan Ayaka Ichinose, 34 telah selamat melangsungkan perkahwinan sama jenis mereka pada hari ini.
Walapun Jepun merupakan sebuah negara yang mengharamkan perkahwinan homoseksual dan tidak akan mengiktiraf pasangan ini, mereka masih meneruskan upacara perkahwinan bagi menentang undang-undang sedia ada itu.
Mereka menggenakan pakaian putih sewaktu upacara perkahwinan dan hadirin majis merupakan saudara-mara dan kenalan rapat.
“kami adakan majlis perkahwinan ini agar ia menjadi pemangkin kepada pasangan sama jenis yang lain buat masa akan datang,” kata Sugimori kepada sebuah akhbar.
Beliau juga menegaskan akan mendaftar perkahwinan mereka di Pejabat Pendaftaran walaupun seakan sudah mengetahui jawapan ‘ditolak’ yang bakal diterima oleh mereka


PETALING JAYA: Pelakon Amar Baharin mengalami cedera di bahagian kening  akibat ditumbuk ketika menjalani penggambaran drama Jalan Cinta Ke Syurga di Rawang pada pagi Ahad.

Amar, 30, berkata, kejadian berlaku ketika dia bersama 10 pelakon tambahan berlakon dalam babak aksi dan ketika penggambaran berlangsung, dia terkena tumbukan daripada salah seorang daripada mereka, seorang pelakon baharu bernama Redza.

"Ketika kami sedang berlawan, saya tidak sempat untuk menepis tumbukan lawan saya. Tetapi masa itu saya tak rasa sakit.

"Dua jam selepas kejadian barulah saya ke Hospital Pakar KPJ Rawang untuk mendapatkan rawatan dan doktor memberitahu luka saya agak dalam dan ia perlu dijahit," katanya kepada mStar online yang dihubungi pada petang Ahad.


Bagaimanapun kata Amar, dia meminta doktor tidak menjahit luka tersebut sehinggalah dia selesai menjalani penggambaran drama arahan Rashid Sibir itu.

Sementara itu, Amar memberitahu dia bakal terlibat dengan penggambaran drama yang diadaptasi daripada novel berjudul Cik Bunga Encik Sombong pada Isnin, namun dia terpaksa berbincang dengan pihak produksi untuk menunda penggambaran tersebut sehingga lukanya sembuh.

"Mengikut kata doktor, saya perlu berehat sekurang-kurangnya dua hingga tiga minggu sehingga kesan koyak itu pulih.

"Apapun terpulang pada pihak produksi adakah mereka mahu menunda penggambaran tersebut," ujarnya.

Dalam pada itu, Amar menyifatkan kejadian tersebut memberi pengajaran kepadanya dan pada masa akan datang, dia akan memastikan  mempunyai teknik dan latihan yang cukup sebelum melibatkan diri dalam babak-babak aksi.

mSTAR
BERCAKAP tentang Thailand, pasti terbayang keindahan pulau dan populasi transgender di sana.
Negara yang diberi jolokan Gajah Putih ini cukup terkenal sebagai lokasi pembedahan menukar jantina.
Meskipun negara tersebut menerima kehadiran golongan transgender namun rakyatnya tetap patuh terhadap undang-undang dijalankan.
Buktinya golongan ini tetap melaporkan diri untuk berkhidmat selama dua tahun dalam Khidmat Negara.
Kalau korang nak tahu, di Thailand setiap pemuda berusia 21 tahun wajib mengikuti Khidmat Negara tidak kira mereka transgender atau tidak.
Yang kelakarnya, melihat suasana ketika proses melaporkan diri.







SEORANG lelaki sering dilihat bersiar-siar dengan haiwan kesayangannya di sekitar kawasan berlainan oleh penduduk di Tsukishima, Tokyo.
Apa yang menarik, situasi itu bukan satu kebiasaan apabila lelaki itu membawa bersamanya seekor kura-kura gergasi Afrika.
Adakah dia lelaki paling penyabar di dunia.. bagaimana dia boleh berjalan dengan haiwan yang paling perlahan pergerakannya berbanding haiwan lain itu?
Melihat pada gambar, semestinya kura-kura gergasi itu sudah dibela, dimanja serta dicurah dengan kasih sayang sejak kecil lagi.
Kita juga boleh rasakan keakraban kura-kura dan tuannya itu apabila ia siap dipakaikan pakai baju lagi.
Ternyata, apa jenis haiwan sekali pun boleh dijadikan teman baik manusia dan akan setia di samping tuan di sepanjang perjalanan apabila kasih sayang dicurahkan.




BIRMINGHAM – `Saya sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan semula berat badan 171 kilogram,’’ ujar seorang gadis yang kini menjadi kurus dengan berat hanya 50 kilogram.
Bagi Amelia-Jane Harris, 20, berat badannya yang baru kini yang disifatkan ramai orang sebagai berat badan idaman merupakan satu mimpi ngeri.
Ini kerana, Amelia yang menghidap penyakit Crohn tidak boleh makan dan akan mengalami kesakitan sepanjang masa hingga memaksanya menelan 70 pil setiap hari dan jika keadaan bertambah teruk, dia terpaksa mengambil hingga 100 pil.
Keadaan ini mengakibatkan Amelia tidak dapat menikmati makanan dan jarang dapat keluar makan bersama keluarga atau rakan-rakannya.
Selain itu, penyakit Crohn juga menyebabkan badannya menjadi tidak bermaya kerana kurang khasiat selain rambut gugur dan kuku menjadi rapuh.
“Saya mendapat pujian ramai kerana berat badan yang baru ini namun saya sebenarnya mengalami kesakitan yang sangat. Saya tidak lagi boleh menikmati makanan kerana setiap kali makanan perut saya akan kejang dan sakit,’’ katanya.
Akibat penyakit itu juga, dia kehilangan berat badan sebanyak 114 kilogram dalam masa 20 bulan.
Menurut Amelia ketika zaman kecilnya, dia adalah seorang kanak-kanak yang sihat dan badannya juga menjadi gemuk hingga diejek oleh rakan-rakannya.
Namun apabila usianya meningkat 17 tahun, dia mula muntah sebanyak 10 kali sehari dan kehilangan berat badannya yang banyak.
Amelia kemudiannya mendapat rawatan doktor dan selepas pemeriksaan dia dikesan menghidap penyakit berkenaan. Penyakit itu tidak dapat diubati dan dia terpaksa menanggungnya seumur hidup.-

WARSAW — Sekumpulan saintis arkeologi Poland berjaya menemui sebuah alat bantu seks purba yang berusia lebih 300 tahun dari sebuah tandas zaman kuno di kota Gdanks, kira-kira 415 kilometer ke utara ibu negara Poland, Warsaw.
Alat bantuan perangsang nafsu berbentuk batang kemaluan lelaki itu berukuran panjang 20 sentimeter dan dijumpai secara kebetulan ketika penyelidik arkeologi tempatan mencari gali di tapak sebuah sekolah lama dibina sekitar kurun ke-18.
“Zakar tiruan ini ditemui di sebuah tandas dan dipercayai berasal pada lewat abad ke-18,” kata seorang jurucakap pejabat Pemuliharaan Monumen Wilayah Pomerania di Gdanks, sebuah bandar pelabuhan terbesar di utara Poland.

“Objek bersejarah ini cukup besar dan tebal, diperbuat daripada kulit dan berisi bulu, serta memiliki bahagian yang berasal daripada kayu dengan keadaannya sangat baik, mungkin untuk bantu wanita mudah melancap,” katanya lagi.
Pakar sejarah Poland percaya, seseorang mungkin menjatuhkannya secara tidak sengaja ke dalam lubang tandas namun, alat bantu seks itu sudah dibawa ke makmal saintifik untuk diteliti dan mendapatkan proses rawatan lebih lanjut.
Benda berbentuk penis atau disebut juga dildo sudah banyak ditemui sepanjang sejarah manusia purba dan penyelidik tidak menolak kemungkinan zakar palsu itu popular digunakan wanita yang mungkin bertugas sebagai pelacur.
Penyelidik Eropah pernah menemui sebuah patung permainan seks di Jerman berusia 28,000 tahun selain beberapa kondom kurun ke-17 di England yang menjelaskan manusia pada zaman dahulu pernah mencipta alat kelamin tertentu.
Selain menemui alat bantu seks kuno itu, saintis Poland juga menjumpai sejumlah pedang purba di Gdansk yang memberi gambaran tempat tersebut dahulunya adalah sebuah sekolah untuk latihan ahli pedang profesional. – Agensi/A.AMREE
CHINA – Seorang wanita menjadi sensasi internet apabila kisah hidup sehariannya bersama dengan babi kesayangannya yang dijadikan sebagai binatang peliharaan dimuat naik dalam media sosial.
Wanita itu, Zhu Chou, 27, telah menjadikan babi tersebut yang digelar sebagai Zhu Diandian atau babi gila bukan sahaja tidur sekatil dengannya setiap malam malah turut dipakaikan baju.

Zhu dan babi itu turut berkongsi selimut. Namun ketaksuban Zhu terhadap babi berkenaan tidak dicemburui oleh suami Zhu malah dia sanggup bertolak ansur demi babi tersebut.
Menurut Zhu untuk memastikan babi itu mandi setiap hari, dia akan meletakkan sayur di atas lantai dari katil hingga ke bilik mandi. Hanya dengan cara itu barulah babi gila itu akan bangun untuk mandi.
Babi berkenaan turut dibawa ke taman untuk bersiar-siar.
Binatang itu dipelihara sejak kecil dan kini babi berkenaan mempunyai ukuran berat lebih 80 kg.
Zhu yang merupakan pelajar lulusan komunikasi kini berkhidmat di sebuah syarikat penerbitan dan mempunyai lebih 40,000 pengikut di Weibo.

NEW YORK – Sikap mesra yang ditunjukkan oleh Presiden Ecuador, Rafael Correa memakan diri apabila beliau dimalukan dengan tulisan yang tertera pada baju seorang kanak-kanak.

Correa dikatakan sebelum itu menerima permintaan seorang kanak-kanak untuk merakam gambar kenangan tanpa menyedari tulisan pada baju yang dipakai oleh kanak-kanak itu tertulis Saya bersama si ***** dengan anak panah yang ditujukan kepada pemimpin No. 1 Ecuador itu.

Gambar tersebut kemudian menjadi viral di media sosial dan tersebar dengan begitu meluas di bawah hashtag #IAmWithStupidMashi iaitu merujuk kepada akaun Twitter beliau yang menggunakan nama @mashirafael.

“Seorang pengintip CIA kanak-kanak telah cuba menjejaskan nama baik kerajaan,” komen seorang pengguna Twitter terhadap gambar berkenaan.

Para penyokong Presiden Ecuador itu bagaimanapun telah bertindak balas dengan menyebarkan kembali kempen di bawah hashtag #WeAreWithYouMashi bagi menunjukkan sokongan ke atas Correa. 

CALIFORNIA– Remaja ini, Chanel baru berusia 19 tahun namun ketakutan utamanya adalah menjadi tua. Justeru pelbagai cara dilakukan yang didakwanya dapat mengekalkan keremajaannya termasuk mandi darah babi.
Kaedah jijik dan pelik ini dilakukan oleh Chanel yang juga seorang model sambilan, kerana dia percaya manusia zaman purba dulu melakukan perkara sama dan ia menunjukkan kesan kepada mereka.
“Ketakutan utama saya adalah menjadi tua, mempunyai kedut dan kulit mula menggeleber jadi untuk mengelakkan perkara itu saya mesti melakukan apa sahaja,’’ katanya.

Chanel mendapatkan darah babi itu dalam kuantiti yang banyak di pusat penyembelihan dan kemudiannya memasukkannya dalam tab mandi dan berendam di dalamnya.
Meskipun neneknya cuba memujuknya supaya tidak melakukan perkara itu, namun dia tidak berjaya.
Chanel mendakwa dengan mandi darah babi itu, bahagian kulit yang kasar di badannya kini menjadi semakin lembut.
Selain darah babi, Chanel juga mencuba pelbagai kaedah lain termasuk menggunakan serbuk bawang putih dan minyak zaitun.
Dia juga mencuci mukanya sebanyak lapan hingga 10 kali sehari.
Meskipun tiada bukti bahawa mandi darah dapat mengembalikan keremajaan, namun pada zaman dahulu, seorang ratu Hungary, Elisabeth Bathory, dikatakan telah membunuh beratus-ratus gadis bagi membolehkannya mandi darah anak dara, semata-mata untuk mendapat awet muda.