Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi

LELAKI transgender ini mungkin akan menjuarai pencarian model cover majalah Men’s Health2015 yang sedang berlangsung sekarang ini.
Aydian Dowling yang dahulunya wanita sebelum melakukan operasi, kini mendahului carta dengan lebih 20 ribu undian, meninggalkan calon yang berada di tangga kedua yang hanya memperoleh lebih 7 ribu kutipan undian setakat ini.

Menurut sumber, Aydian mula mengungguli carta selepas komuniti transgender dan sekutu lain di laman sosial seperti Tumblr bersatu memberi sokongan padu dengan mengundinya.
Aydian berkata dia sangat terkejut dengan sokongan diterima kerana tidak sangka akan mendapat sokongan daripada komuniti itu.
“Saya mengamalkan gaya hidup yang sihat dan fit selalu, selain itu saya juga amalkan cara pemakanan sihat untuk kekalkan kecergasan,” katanya.
Model lelaki yang dicari untuk mengisi ruangan muka depan majalah Men’s Health itu perlu memenuhi ciri-ciri tertentu termasuk memiliki fizikal yang cergas, mengamalkan gaya hidup sihat dan berjaya dalam bidang yang diceburi.
Global
SUSULAN satu kenyataan Twitter oleh seorang lelaki yang mendakwa pernah menjadi ‘skandal’ kepada ikon fesyen Wak Doyok, Mynewshub cuba mengatur pertemuan dengan figura berusia 35 tahun itu untuk mendengar sendiri penjelasan daripadanya.
Namun Wak memaklumkan, dia kini berada di Johor Bahru atas tuntutan kerja.
Berkaitan isu di atas, Wak telah memberikan komen bahawa ianya satu fitnah dan akan membuat laporan polis tidak lama lagi.
Laporan polis bakal dibuat Wak memandangkan tohmahan dilemparkan individu dikenali sebagai Zaheed Shah Jaafar di laman makro itu dianggap keterlaluan dan menjejaskan nama baiknya.
Terkilan dengan semua kontroversi dan fitnah yang tak henti-henti melanda diri akhir-akhir ini, Wak menerusi akaun Instagram menyatakan kekesalan dan kesedihan hatinya..
“Apalah nasib aku ini satu demi satu haters nak menjatuhkan aku. Aku famous macam ini selama tiga tahun bukan aku yang minta jadi sampai sekarang. Ini semua dah ditentukan oleh Allah yang mana kita mahu mengubah nasib sendiri atas kerja keras aku.
“Untuk membahagiakan keluarga aku tak pernah kacau hidup orang, selama ini ada orang yang susah kita sesama Islam bantulah sedikit sebanyak. Dalam hal yang berlaku dalam hidup ini pasti ada hikmahnya sekiranya kita berlaku baik, adil dan saksama.
“Bukan aku mintak nak jadi famous hinggakan orang benci tuduh aku yang bukan-bukan kerana aku sudah berjaya,” luah Wak.
Sebelum ini, Wak atau nama sebenarnya Muhammad Azwan Shah Mohd Nor pernah terpalit isu panas gara-gara komen berbaur lucah yang ditinggalkan pada gambar aktres seksi Kilafairy.
Tak diam di situ, timbul pula isu mengatakan Wak Doyok mengamalkan hubungan songsang atau dalam kata mudah meminati kaum sejenis iaitu gay.
Mungkin hanya dengan mengambil pendekatan membuat laporan polis nama Wak Doyok yang kini sedikit sebanyak tercemar dengan isu-isu panas boleh dibersihkan.
Apa pun terkait dengan isu-isu kontroversi yang boleh menjatuhkan nama seperti ini pastinya sesuatu yang akan cuba dihindari oleh seseorang yang bergelar selebriti dan public figure.
– MYNEWSHUB.CC
Hiburan
SEBUAH pesawat komersial Air Malta dikesan melakukan dua bentuk ‘love’ gergasi di udara yang berjaya dikesan oleh Flightradar24 di Kepulauan Mediterranean.
Berikutan tindakan itu, ramai pemerhati penerbangan bingung dengan tindakan juruterbang pesawat jenis AMC14JC itu.
Terdapat juga daripada mereka yang menyifatkan tindakan itu sebagai publisiti merbahaya yang dianjurkan oleh syarikat penerbangan tersebut.

Tindakan itu dipercayai dilakukan secara sengaja oleh Air Malta kerana syarikat itu telah mengadakan promosi ‘Penerbangan Cinta’ pada Februari lalu sebagai cara istimewa dan unik untuk menyambut hari kekasih.
Ketika pesawat itu dirakam melakukan dua bentuk ‘love’ gergasi, terdapat dua penerbangan komersial lain menuju ke lokasi tersebut dan ia boleh menimbulkan bahaya.
Syarikat Air Malta yang diminta memberi respon terhadap insiden itu bagaimanapun dilapor mendiamkan diri ketika ini.
Global
BERTELANJANG bulat mungkin bukan sesuatu yang memalukan buat seorang wanita yang menetap di negara jiran Singapura ini.
Manakan tidak, dia mempunyai hobi berbogel di tempat awam sebelum berkongsikan gambar tersebut dengan bangganya di laman Tumblr.
Terbaharu, aksi wanita tersebut dikongsikan di forum-forum dan laman web Stomp,bergambar tanpa seurat benang pun di beberapa kawasan awam termasuk di tengah-tengah jalan sekitar Singapura.
Terdapat saksi mengatakan, wanita itu yang turut disertai pasangannya, bukan sahaja bergambar bogel malah melakukan aksi seks di kawasan awam terbabit.
Begitu pun kebanyakan anggota masyarakat yang menyaksikan perlakuan tersebut dikatakan mengambil keputusan untuk tidak mengendahkan mereka dan beredar walaupun terkejut.
Sebelum gambar ‘siri bogel’ di atas, wanita sama pernah mencetuskan kontroversi dalam kalangan netizen seberang apabila aksinya berbogel dan hanya memakai topeng Santa di satu kawasan parkir awam tersebar.
Kami syak mungkin wanita ini rasa ‘hot’ bila gambarnya sebelum ini menjadi viral jadi dia nak mengulang kemasyhuran dengan cara sama la kot.. harap-harap jangan ada lak orang Malaysia yang tiru ye?
– MYNEWSHUB.CC
Isu Panas

AKSI Madonna mencium bibir penyanyi rap Drake selesai mereka membuat persembahan di Festival Muzik Coachella 2015 baru-baru ini telah menjadi viral serata dunia.
Selain terkejut melihat Madonna tiba-tiba mencium Drake, ramai berasa pelik dengan respon Drake tak lama selepas ciuman itu yang seolah-olah kesal dengan insiden berkenaan.
Susulan itu Drake tampil memberi penjelasan mengenai reaksi yang ditunjukkan olehnya itu menerusi Instagram.
Bersama gambarnya bercumbu dengan Madonna di atas pentas Drake menjelaskan situasi sebenar yang dia alami.
‘Don’t misinterpret my shock!! I got to make out with the queen Madonna and I feel 100 about that forever. Thank you Madonna.’
Itulah yang ditulis oleh Drake, dalam erti kata lain dia berharap peminat tidak salah anggap terhadap reaksinya selepas adegan cumbu itu kerana perasaannya terkejut dan bercampur baur selepas dicium oleh ‘diva’ seperti Madonna.
Bagaimanapun menurut sumber, Drake mengekspresikan reaksi sebegitu kerana gincu yang dipakai oleh Madonna.
Ramai berpendapat adegan itu sudah dirancang tetapi ia dinafikan Drake.
Hiburan
SEORANG gadis berusia 15 tahun menjadi kegilaan netizen di China selepas dia menjalani pembedahan kosmetik untuk mengubah seluruh wajahnya.
Gadis tersebut yang berasal dari wilayah Henan, dikategorikan sebagai 'terlampau cantik untuk dilihat' oleh pemilik media sosial yang menyimpan gambarnya.
Lebih mengejutkan apabila gadis yang bernama Lee Hee Danae mempunyai pengikut seramai 400,000 di akaun Weibo (laman sosial terkenal China) malah turut memberitahu tarikh hari lahirnya iaitu pada Mei 1999.
Menurut satu agensi berita tempatan China, Shangaiist, gadis bawah umur tersebut mendapat lebih 24,000 'likes' di dalam satu portal internet China, Tencent.
Tambah akhbar itu lagi, gadis tersebut bertindak melakukan pembedahan kosmetik untuk memenangi semula hati bekas kekasihnya, lapor laman web China, Cbg.cn.
Bagaimanapun, ada pihak yang berpendapat bahawa gambar tersebut adalah penipuan semata-mata atau disunting secara digital.
Dalam pada itu, pembedahan plastik seperti pembedahan kelopak mata dah Rhinoplasty (pembedahan hidung) semakin popular di kalangan penduduk China.
Malah, ramai wanita yang menjalani pembedahan garisan-V untuk memberi garisan yang cantik pada rahang sehingga menjadi bentuk 'love' (hati).
Pembedahan paling popular yang diminati wanita China adalah melebarkan mata dan mengecilkan muka dengan dagu yang lebih runcing.
Global

China – Seorang wanita yang juga guru di sebuah sekolah menengah, Zhao dinobatkan sebagai wanita paling bertuah di China. Apa tidaknya, kerana sayangkannya, suami Zhao telah memasak makanan yang mencukupi untuk keperluan isterinya itu selama setahun.
Suaminya, Yin Yunfeng merupakan seorang anggota tentera yang bertugas di Tibet.
Memandangkan dia hanya pulang setahun sekali sahaja, maka Yin memasak makanan yang disejuk beku untuk tempoh setahun.

Isterinya hanya perlu memanaskan makanan berkenaan dalam ketuhar setiap kali dia ingin makan.
Yin terpaksa berbuat demikian kerana bimbangkan isterinya yang kerap makan mi segera, jadi dengan memasak pelbagai jenis makanan dan menyimpannya dalam kontena sejuk, maka Zhao tidak perlu lagi makan makanan segera.
Menurut Zhao, dengan tugasnya sebagai guru, dia amat sibuk dan tidak mempunyai masa untuk memasak makanan segar.
Zhao hanya makan makanan segar apabila suaminya pulang bercuti, iaitu sekali dalam setahun.
“Meskipun saya telah mempersiapkan mental saya apabila mengahwininya, namun ia bukan mudah kerana setiap kali cuti suami saya berakhir, saya akan menangis.
“Tetapi saya akan terus memberikan sokongan terhadap kerjayanya sebagai anggota tentera dan akan menjaga keluarga kami,’’ katanya.
Zhao memberitahu, suaminya juga membeli banyak makanan ringan dan akan menyimpannya di merata tempat di rumah mereka.
Setiap hari, Yin akan menghantar mesej kepada isterinya untuk mencari makanan segera itu.
Yin berharap dengan berbuat demikian, dia berharap semua makanan itu akan habis dimakan isterinya dalam masa setahun sebelum dia kembali semula ke rumah mereka.
Global
SEBAGAI ibu bapa, menjadi perkara yang penting bagi seorang Muslim untuk memberikan nama yang baik buat anak yang baru dilahirkan.
Sebuah nama sememangnya memberikan maksud yang sangat penting, kerana dalam nama itulah terkandung doa dan harapan bagi mereka.
Namun, hendak dikata apa kalau dah ibu bapa sendiri yang memberikan nama yang tersangat pelik kepada anaknya dalam sebuah kes ni.
Sejak dari semalam, tersebar sekeping gambar salinan sijil kelahiran di mana sepasang suami isteri memberikan nama yang agak ‘luar biasa’ kepada anak perempuannya yang baru lahir.
“Yeayyyyy.. akhirnye kite da ada baby cbst… Tq ****** n ******** sudi bg nama special ni…”
Berdasarkan gambar, bayi perempuan mereka dilahirkan pada 30 Mac lalu pada jam 10.25 pagi di Hospital Sultan Haji Ahmad Temerloh.
Nama bayi itu diberikan nama Siti Nur CBS@t binti *********.
Dikatakan, nama itu diberikan kerana minat melampau pasangan terbabit terhadap ‘Car Boot Sale’ mengundang kritikan negatif dari netizen.
Ramai netizen melahirkan rasa simpati dan kasihan mereka terhadap bayi berkenaan kerana bimbang nama itu akan menyebabkannya diejek oleh orang ramai apabila dewasa kelak.
“Kan ada banyak nama-nama yang indah dengan makna-makna yang baik. Kenapalah letak nama macam ini pada si kecil? Astagarafirullahhadzim,” keluh seorang pengguna Facebook.
Lemparkan pandangan yang berbisa sekali pun, pemberian nama itu telah diputuskan dan juga telah didaftarkan pada Jabatan Pendaftaran Negara tanpa sebarang bantahan.
Apa-apa pun, orang ramai terutamanya yang beragama Islam tidak digalakkan memberi nama yang tidak mempunyai makna serta yang pelik kepada anak-anak mereka.
Islam telah menganjurkan pemilihan nama yang baik, kerana ia lambang identiti seseorang dan nama itulah ia akan dikenali sepanjang hayat dan menjadi sebutan sampai ke hari akhirat.
P/S: Lepas ni jangan letak nama Siti Nur GST pulak, haru dibuatnya.
-MYNEWSHUB.CC
Isu Panas
TAK tau malu.. itulah yang boleh dikatakan terhadap seorang wanita yang selamba mengunjungi sebuah pusat beli belah di Singapura dengan hanya memakai baju jarang tanpa mengenakan seluar dalam.
Menerusi beberapa keping gambar yang dikirimkan kepada laman Stomp Singapura, seseorang dikenali sebagai Ash mendakwa menyaksikan sendiri wanita terbabit berpakaian ‘seksi maut’ begitu ketika mengunjungi Mustafa Centre.
Dalam keadaan menarik perhatian banyak mata, wanita itu dikatakan tidak menunjukkan rasa segan langsung apabila berlegar di serata mall termasuk menaiki eskalator dan pergi ke bahagian kanak-kanak.
Malah dalam salah satu gambar, wanita tersebut dirakam menonggek di bonet teksi seolah-olah sengaja mempamerkan punggungnya yang terdedah.
Antara komen diberikan Ash selaku saksi kejadian ini kepada Stomp adalah:
“The woman was not wearing any panties and attracted a lot of attention from other shoppers. Under the bright lights, she appeared to be almost naked. I think she is an exhibitionist. Who else would dress in translucent clothes without underwear?”
Ataupun jika dialih bahasa ianya berbunyi lebih kurang begini:
“Perempuan tu tak pakai seluar dalam langsung sampai menarik perhatian pekedai kat situ. Dia nampak macam telanjang dah bila berdiri bawah cahaya. Rasanya dia ni sengaja nak menayang. Siapa je yang sanggup pakai baju jarang begitu tanpa memakai seluar dalam kan?”
– MYNEWSHUB.CC
Isu Panas
KEJAM! Itulah yang tergambar dalam fikiran penulis saat melihat gambar yang dikongsikan seorang pengguna Twitter ini.
Tergamak individu yang tidak bertanggungjawab membuang kucing yang dah mati dalam plastik sampah dan dilonggokkan dengan sampah-sampah lain di sebatang jalan.
Kalau ikutkan, binatang pun perlu dikebumikan dengan baik sekiranya sudah mati.
Mereka pun makhluk Tuhan juga.. hai manalah perginya sivik masyarakat kita ni kan..
Isu Panas

New Delhi: Dengan hanya bersenjatakan kayu pencuci pakaian, seorang ibu nekad bergelut selama 10 minit dengan buaya sepanjang empat meter untuk menyelamatkan anak perempuannya dari mulut buaya.
Diwalinen Vankar, 58, bersama anaknya Kanta, 19, sedang mencuci pakaian di Sungai Vishwamitri, 40 kilometer dari Vadodara di barat India apabila buaya itu menyambar kaki kanan remaja berkenaan dan cuba mengheretnya ke dalam sungai.
Diwalinen mencapai tangan anaknya untuk menyelamatkannya tetapi cengkaman reptilia itu amat kuat.
Diwalinen berkata: “Saya mengerah seluruh kekuatan menarik Kanta, tetapi buaya itu terlalu kuat. Saya dapat rasakan Kanta akan ditarik masuk ke sungai.”
Dia bagaimanapun tidak berputus asa dan nekad melawan buaya itu dengan menggunakan kayu pencuci pakaiannya.”
Untuk beberapa minit Diwalinen cuba menarik anaknya dan apabila dapat mencapai kayu itu dia mengetuk sekuat hati kepala haiwan berkenaan.
“Pada masa sama Kanta meraung kesakitan. Dia cuba berpaut pada tebing sungai tetapi tidak terdaya.
“Saya mengambil masa 10 minit memaksa buaya itu melepaskan anak saya,” kata Diwalinen. - Agensi
Global

SINGAPURA – Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, tersenarai sebagai pemimpin negara yang memperoleh gaji tahunan paling tinggi di kalangan pemimpin dunia sebanyak AS$1.7 juta (RM6.1 juta).
Laporan International Business Times menyebut pendapatan Hsien Loong itu dianggap tinggi untuk pemimpin sebuah negara yang kecil.
Ia memerlukan gabungan pendapatan pemimpin Perancis, Jerman, Itali, Jepun dan United Kingdom (UK) untuk menyamai pendapatan Hsien Loong.
Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama berada di tempat kedua dengan pendapatan sebanyak AS$400,000 (RM1.4 juta) setahun, diikuti Perdana Menteri Kanada, Stephen Harper dan Canselor Jerman, Angela Merkel dengan masing-masing memperoleh pendapatan tahunan sebanyak AS$260,000 (RM942,232) dan AS$234,400 (RM849,459). – Agensi
Global
Subscribe to:
Posts (Atom)














Recent Comments