Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
![]() |
| Gambar Hiasan |
KOTA BHARU – Dua gadis terpaksa meringkuk di penjara selepas masing-masing gagal membayar denda RM900 dan RM800 yang dijatuhi Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam atas kesalahan berkhalwat dengan tiga pemuda pada Khamis minggu lalu.
Hakim Syarie Zahari Mohd. Yusof menjatuhi hukuman tersebut terhadap Nur Syafiqah Sari, 18, dan rakannya Fatin Nadia Mohd. Zulkafli, 17, selepas mereka didapati bersalah melakukan perbuatan khalwat di sebuah rumah di Kampung Kenali, Kubang Kerian di sini kelmarin.
Bagaimanapun, kedua-dua gadis yang mempunyai rekod kesalahan sama sebelum ini gagal melunaskan denda itu menyebabkan mereka terpaksa menjalani hukuman penjara masing-masing tiga bulan dan dua bulan.
Sementara itu, Zahari memerintahkan Ahmad Syamil Zakiran Zuhaimi, 20, Mohammad Sulazmie Che Hassan, 20, dan Khairul Anam Ramli, 31, yang ditangkap bersama dua gadis itu masing-masing dijatuhi hukuman denda RM600.
Ketiga-tiga pemuda itu membayar denda tersebut.
Ahmad Syamil, Sulazmie dan Khairul didakwa mengikut Seksyen 9(3) Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan yang membawa hukuman denda maksimum RM1,000 atau penjara maksimum tiga bulan atau kedua-duanya jika disabitkan.
Kosmo Online
Isu Semasa

Port Dickson: Seramai 30 individu berusia 17-42 tahun ditahan ketika asyik menari dalam satu parti liar di apartment di Batu 6, Jalan Pantai, dekat sini, semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Zulkifli Adamsah berkata, serbuan dibuat pada 9.30 pagi selepas mendapat maklumat orang awam yang mendengar bunyi bising di tempat mereka berpesta.
Katanya, operasi diketuai oleh Inspektor Norsaiful Mohd Najih bersama enam anggota turut menemui dua biji pil ekstasi dan beberapa gram dadah ganja bersama alat menghisap ganja.
"Semua mereka, 20 lelaki dan 10 perempuan itu dibawa ke Ibu Pejabat Daerah Port Dickson untuk siasatan.
"Mereka ditahan reman bermula hari ini sehingga 2 April depan," katanya dalam sidang media di IPD Port Dickson, sebentar tadi.
Hmetro Online
Isu Semasa

SEEKOR anjing baka Rottweiler digelar ‘Robodog’ kerana menggunakan empat kaki palsu selepas kakinya dipotong kerana penyakit radang dingin.
Penyakit yang selalunya memberi kesan kepada hidung, kuku, jari dan kaki ini telah mengakibatkan kaki anjing tersebut dipotong.
Anjing yang diberi nama Brutus, merupakan anjing kedua yang mengunakan kaki palsu.
Brutus yang berusia 2 tahun mula menggunakan kaki palsu tersebut beberapa bulan lepas dan kini kelihatan semakin biasa serta memperbaiki gerak-gerinya.
Laura Aquilina, penjaga Brutus di Loveland, Colorado berkata, “Dia mula membiasakan diri dengan keempat-empat kaki barunya itu dan dapat menyelesakan dirinya dengan cepat.
“Dia boleh berjalan dengan kaki palsu itu, tapi tidak selalu sempurna.”
“Kami hanya mahukan dia menjadi seperti anjing lain, main bersama-sama dan mendaki gunung seperti anjing normal,” kata Laura.
Senaman dan bermain membuatkan Brutus kian pandai mengimbangkan dirinya selain hasil terapi fizikal di Colorado State University’s Veterinary Teaching Hospital di Fort Collins, Colorado.
Global

BAYANGKAN ketika sedang bersiar-siar di sebuah pusat beli-belah, tiba-tiba anda terjumpa sebuah kotak yang mengandungi satu set telefon pintar iPhone yang masih baru.
Apa yang anda akan buat? Tepuk dada tanya iman.
Tidak tergugat dengan gajet bernilai tersebut, seorang gadis bertindak memuat naik status Facebook memaklumkan tentang penemuannya itu. Respek betul dengan kejujurannya, kan?
Sikap terpuji tersebut dilakukan Asma Asmie (nama akaun Facebook) setelah dia terjumpa satu set iPhone 6+ yang masih berbalut di dalam kotak ketika berada di IOI Mall, Puchong.
Tulisnya, “Kepada sesiapa yang bernama Taufiq Abdullah, IPhone 6+ gold 128gb anda tercicir kat IOI City Mall.
“Baru beli, tak sempat setting apa-apa lagi. Harap jangan cuai lepas ni dan cepat-cepat tuntut.”
Lantas, sikap jujurnya dipuji netizen di laman sosial, malah entri tersebut dikongsikan ramai pihak bagi membantu Asma menghubungi pemiliknya yang bernama Taufiq.
Apa yang menarik, ada pihak turut mencadangkan agar si pemilik iPhone tersebut tak melepaskan gadis itu kerana kejujurannya.
“Tuan phone, kalau pergi ambil phone tu boleh buat calon bini (kalau tak berpunya lagi). Bukan senang nak jumpa jujur macam ni. Hahaha,” ujar komen tersebut.
Apa-apapun, tindakan gadis tersebut membuktikan bahawa masih terdapat individu yang jujur, punyai moral tinggi serta tidak mudah terpedaya dengan kebendaan pada zaman sekarang.
Isu Panas
SEORANG pelancong warga Australia bernasib baik apabila dapat melepaskan diri daripada dibaham singa yang menyerang kakinya melalui tingkap kereta.
Brendan Smith diserang seekor singa semasa menerokai hutan Safari di Jonhannnesburg, Afrika.
Smith menerusi laman sosial Facebooknya mendakwa, ketika kejadian, dia baru tiba di Afrika untuk melawat hutan tersebut. "Saya baru berada di sini selama 36 jam dan kini saya berada di hospital kerana diserang seekor singa yang menggigit kaki saya," katanya.
"Saya mengalami kecederaan tapi bernasib baik kerana masih hidup dan orang ramai di sini juga kelihatan teruja untuk bertemu dengan saya setelah apa yang berlaku"."Kejadian itu boleh mengancam nyawa saya tapi kecederaan yang dialami tidak begitu teruk dan para wanita akan terpegun melihat kesan parut ini". Smith juga menyiarkan beberapa gambar semasa berada di hutan Safari itu.
Salah satu gambar menunjukkan kesan gigitan yang besar di bahagian kaki, dan terdapat beberapa gambar sekumpulan singa yang sedang duduk di atas rumput. - mStar Online
Global

MUNGKIN kubur seorang wanita bernama Nancy Kerlin Barnett ini boleh dikira paling raredalam dunia!
Disebabkan kesungguhan waris-warisnya sebelum ini, kuburnya tidak jadi dipindahkan oleh pihak berkuasa bandaraya Indiana, Amerika dan kekallah kuburnya seorang di situ.
Nancy dilaporkan meninggal dunia ketika usianya 37 tahun pada tahun 1831. Mendiang meninggalkan seorang suami dan 11 anak.
Menunaikan hasrat mendiang isterinya yang ingin dikebumikan di tempat idamannya, di sebuah bukit kecil yang pada masa itu tidak lagi dibangunkan sehinggakan lama-kelamaan penduduk di sekitar itu pun menjadikan kawasan tersebut sebagai tapak perkuburan penduduk-penduduk di situ.
Beberapa tahun kemudian selepas itu, pihak pemaju berniat untuk membangunkan sebuah jalan raya di situ sehingga memaksa kubur-kubur di situ dipindahkan ke satu lokasi lain.
Berpendirian teguh enggan membenarkan kubur mak dan nenek mereka dipindahkan, waris Nancy menentang keras cadangan itu sehingga memaksa pihak pemaju beralah dengan permintaan mereka itu.
Lalu hanya tinggal kubur Nancy di tengah-tengah jalan tersebut.
Untuk mengelakkan berlaku kekeliruan kepada pemandu-pemandu, waris Nancy telah menaikkan satu papan tanda yang menceritakan mengenai sejarah kubur tersebut di situ.
Pelbagai
GEORGETOWN – Mayat seorang lelaki berkopiah putih tanpa dokumen pengenalan diri ditemui di tepi jalan berhampiran Empangan Teluk Bahang dekat sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supt Lai Fah, Hin berkata mayat yang lengkap berpakaian dan berkain pelekat putih serta ditutup dengan dua helai kain selimut itu ditemui orang awam yang melalui kawasan itu pada jam 10.47 pagi.
“Lelaki itu dipercayai meninggal dunia di tempat lain sebelum mayatnya dibuang di kawasan itu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata, berdasarkan fizikal mayat, polis percaya lelaki itu rakyat Bangladesh atau Myanmar dan tiada sebarang kecederaan luaran ditemui pada tubuhnya.
Mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Balik Pulau untuk bedah siasat dan polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. – BERNAMA
Isu Semasa

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad mengesahkan kejadian ini, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu yang dibuat oleh ibu mangsa pada jam 8.49 malam tadi di Balai Polis Rawang di sini.
Bayi tersebut telah dihantar oleh ibunya ke taska tersebut yang terletak di Rawang pada pagi semalam.
"Ibu mangsa bagaimanapun mendapat tahu kejadian itu selepas dihubungi pengusaha taska melalui telefon.
"Berdasarkan siasatan awal, kejadian melecur itu berlaku pada jam 4 petang semalam. Mangsa segera dibawa ke klinik berhampiran oleh pengusaha taska sebelum dirujuk ke Hospital Selayang," katanya.
Bayi tersebut sekarang dirawat di Hopital Selayang dan dilaporkan stabil. Pihak polis kini sedang menyiasat punca sebenar tentang kejadian tersebut.
"Setakat ini belum ada tangkapan dilakukan dan polis akan melakukan siasatan terperinci sama ada kejadian itu disengajakan atau sebaliknya," katanya.
Susulan itu pihak polis akan menyiasat kejadian itu mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Isu Panas

TAIYUAN – Mungkin ini adalah tandas paling pelik di dunia. Apa tidaknya, patung-patung wanita yang mengenakan pakaian seksi diletakkan di tempat buang air kecil lelaki.
Tandas berkenaan dibina di sebuah restoran di China dengan patung itu dihiasi dengan pakaian dalam wanita, skirt pendek dan baju yang seksi sertai pakaian jarang.
Ia diletakkan dalam bilik kaca dan menghadap kaum lelaki ketika mereka kencing.
Menurut salah seorang pelanggan di restoran berkenaan, Sun Kao, 24, pada mulanya dia menyangka dia memasuki bilik air yang salah selepas melihat patung tersebut sekali imbas.

“Tetapi apabila saya menyedari bahawa ia merupakan tandas lelaki, saya cuba kencing namun agar sukar apabila diperhatikan oleh patung berkenaan,’’ katanya.
Namun pemandangan berkenaan bukan sesuatu yang baru bagi kebanyakan penduduk di situ kerana sesuai dengan temanya sebagai restoran tandas, maka banyak benda pelik disediakan.
Restoran tandas itu yang dibuka pada bulan Ogos tahun lepas dilengkapi dengan peralatan tandas termasuk tempat duduk yang berupa mangkuk tandas.
Di atas mangkuk tandas itu, disediakan kusyen berbentuk najis
Pelbagai

CHINA – Penderitaan yang dialami oleh dua ekor anak kucing ini memang menyakitkan. Apa tidaknya, kedua-duanya telah diperlakukan dengan kejam oleh `orang gila’ yang mengecat badan mereka dengan cat berwana kuning.
Bukan itu sahaja, kedua-dua ekor kucing itu kemudiannya dimasukkan ke dalam kotak dan ditinggalkan di tepi jalan.
Nasin baik seorang lelaki, Yue You Meng menemuinya dan kemudian membantu merawatnya.
“Saya sangat terkejut apabila membuka kotak berkenaan dan mendapati dua ekor anak kucing diselaputi dengan cat warna kuning.

“Cat itu hampir kering. Kedua-dua kaki kucing berkenaan melekat manakala mata mereka turut diselaputi cat tersebut. Ketika itu ia berada dalam kesakitan dan hampir mati,’’ katanya yang kemudiannya cuba membasuh kucing tersebut.
Selepas usaha Yue untuk membuang cat itu tidak berjaya, dia terpaksa membawa kedua-dua anak kucing berkenaan menemui doktor haiwan, dan akhirnya dengan menggunakan gunting, bulu kucing terbabit dibuang.
Anak kucing terbabit kini semakin sembuh dan sudah mampu bergerak ke sana ke sini.
Cat itu juga tidak memberikan kesan buruk kepada mata serta telinga anak kucing itu.
Global

Menurut Dailymai.uk, model berkenaan yang dipamerkan Selasa lalu, digerakkan oleh tenaga elektrik dan mampu mencapai kelajuan 40 km/j dalam sebuah ujian.
Antara bahan yang digunakan adalah filamen Tyrant Gold, bahan-bahan komposit yang kemudian digabungkan dengan komponen-komponen asas sebuah kereta.
Kereta tersebut yang dinamakan 'Shuya' dicetak dalam masa lima hari adalah hasil dari Sanya Si Hai 3D.
Sebelum ini, syarikat Local Motors 3D dari Amerika mengumumkan kereta cetakan pertama mereka, Strati pada September lepas.
Global

PARIS – Beberapa buah helikopter telah mula memindahkan cebisan mayat mangsa dari tapak nahas Penerbangan 4U9525 Germanwings di pergunungan Alps Perancis pada petang kelmarin, kata satu sumber pasukan penyiasat kepada agensi berita AFP.
Bagaimanapun, sumber berkenaan menjelaskan operasi untuk mencari mayat 150 penumpang dan anak kapal pesawat Airbus A320 itu terpaksa dihentikan pada sebelah malam.
Tapak nahas yang berada pada ketinggian 1,500 meter itu hanya boleh dinaiki menggunakan helikopter ataupun pendakian sukar.
Sekurang-kurangnya 51 warga Sepanyol dan 72 warga Jerman terbunuh dalam nahas tersebut.
Penerbangan 4U9525 merempuh kaki pergunungan Alps Perancis pada pagi Selasa lalu selepas menjunam tanpa sebab selama lapan minit tetapi anak kapalnya tidak menghantar sebarang isyarat kecemasan.
Syarikat Lufthansa yang merupakan pemilik syarikat tambang murah Germanwings berkata, penerbangan tersebut membawa rakyat dari 18 buah negara. Ahli keluarga mangsa dijangka berkumpul berhampiran tapak nahas mulai semalam. – AFP
Global
Subscribe to:
Posts (Atom)





Recent Comments