Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

PETIKAN video yang menujukkan kanak-kanak Indonesia sertai IS viral di laman sosial.

Nilai: Tidak mustahil ada kanak-kanak negara ini yang berada di Syria direkrut menganggotai kumpulan militan Negara Islam (IS).
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, beberapa kanak-kanak berusia antara empat bulan hingga 12 tahun dibawa keluarga mereka ke sana.

Beliau berkata, demikian ketika diminta mengulas mengenai penyebaran video yang menayangkan kanak-kanak dilatih menggunakan senjata dan mempelajari seni mempertahankan diri dipercayai menggunakan bahasa Indonesia.

"Memang ada kanak-kanak Malaysia sudah berada di Syria kerana turut dibawa keluarga ke sana. Bagaimanapun, kita tidak dapat mengesahkan sama ada mereka termasuk dalam kumpulan yang dipaparkan dalam video berkenaan," katanya pada sidang media selepas memberi taklimat mengenai ancaman gerakan IS di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di sini, sebentar tadi.

Video bertajuk '170315 IS Indon' berdurasi dua minit itu dipercayai mula dimuat naik di laman Youtube semalam, sebelum tersebar di laman sosial Facebook.

HMETRO ONLINE

Siapa tidak terkejutkan jika melalui saat-saat seperti ini apabila kenderaan yang dipandu terdapat 'benda' tumpang.

Inilah yang berlaku kepada seorang pemandu teksi di Tok Jiring Kuala Terengganu yang nyata terkejut apabila mendapati terdapat seekor ular sawa berlingkar di atas enjin teksinya.

Beliau menyedari akan kehadiran ular sawa tersebut ketika ingin mengisi gas Ngv disebuah stesen minyak.

Bagaimanapun pihak bomba telah berjaya menangkap ular tersebut. 






UMUM mengetahui tempat letak kenderaan khas yang disediakan adalah untuk memudahkan pengguna orang kurang upaya (OKU).
Namun, kesedaran terhadap kemudahan ini nampaknya masih kurang memuaskan berdasarkan wujudnya penyalahgunaan dalam kalangan masyarakat.
Iyalah, bukan sekali dua kita mendengar isu pengguna normal meletakkan kenderaan mereka di parking yang dikhaskan ini.
Sebut pasal ‘pengguna normal’ ni, apa pendapat anda apabila menyaksikan gambar yang kami kongsikan ini?
Amat terang lagi bersuluh kesalahan motorsikal yang dipakir oleh pegawai pengguatkuasa Majlis Perbandaran Jasin ini telah menyalahi undang-undang.
Menurut maklumat pengirim, gambar ‘penguatkuasa OKU’ tersebut dikatakan berada di Medan Selera Bukit Kepok, Merlimau, berhampiran dengan UITM Jasin.
Hmm…gara-gara gambar ini, ramai turut mempersoalkan kewibawaan anggota penguatkuasa majlis perbandaran yang dikatakan begitu cepat mengeluarkan saman jika perkara sama dilakukan pengguna kenderaan lain.
Mungkin pegawai penguatkuasa ini merupakan ahli OKU juga, manalah tahu kan.
-MYNEWSHUB.CC

Keluarga selebriti terkenal di Hollywood, ‘The Kardashians’ tentunya teruja dengan siri televisyen popular mereka ‘Keeping Up With The Kardashians’ yang kini sudah masuk musim yang ke-10.
Namun, tiada siapa yang dilihat lebih teruja daripada suami salah seorang keluarga Kardashians itu, Kanye West yang sangat gembira dengan isterinya, Kim Kardashians, dengan berkongsi gambar separuh bogelnya di laman sosial twitternya.
Penyanyi rap yang terkenal dengan lagu ‘Heartless’ itu memuat naik beberapa keping gambar tersebut untuk menzahirkan betapa bertuahnya dia kerana memiliki Kim.




Disamping itu, Kanye yang kini popular dengan lagunya bersama Rihanna, turut mengucapkan tahniah kepada isterinya kerana mencapai jumlah pengikut seramai 30 juta di twitter semalam.
Masih menggunakan gambar bogel isterinya, dia juga ucap tahniah di atas premier program televisyen mereka yang ke udara semalam.

Baru sahaja berusia 29 tahun, seorang wanita yang mempunyai dua anak bakal menjadi nenek paling muda di Ireland.Wanita Irish yang melahirkan anak sulung ketika berusia 14 tahun itu mendapat tahu bahawa anak perempuannya yang kini berusia 15 tahun itu hamil selepas dia memuat naik status di laman sosial mengenai berita itu.

Remaja berusia 15 tahun yang masih menuntut di sekolah menengah Belfast di Ireland itu mengumumkan berita ‘gembira’ itu di Facebook dengan status ‘I can’t wait to be mum’ yang bermaksud ‘Saya tidak sabar untuk menjadi ibu.’
Teman lelakinya yang dipercayai berusia 17 tahun itu juga turut berkongsi berita gembira itu di laman sosialnya.
Memberi komen di bawah gambar ‘scan‘ anak mereka, lelaki itu menyatakan dia mengharapkan bayi lelaki namun teman wanitanya tidak kisah, apa yang penting bayi pasangan remaja itu sihat.
Pihak Sunday Life cuba mendapatkan informasi lebih daripada mereka minggu lalu telah berjumpa dengan bakal nenek yang berusia 29 itu namun wanita berkenaan tidak mahu memberi apa-apa komen mengenainya.

HANOI – VIETNAM . Seorang kanak-kanak lelaki lima tahun maut selepas terjatuh dari layang-layang gergasi di bandar Ho Chi Minh, Vietnam, menurut pihak berkuasa, kelmarin.
Kemalangan pada Ahad lalu itu berlaku selepas kanak-kanak terbabit dikatakan tersangkut pada tali ketika ahli Kelab Layang-Layang Saigon sedang bersiap sedia untuk melancarkan layang-layang berukuran 18 meter.
“Mangsa dikejarkan ke hospital tetapi disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian,” menurut pegawai polis daerah Hoc Mon. – DPA

BAGHDAD – Tentera kerajaan Iraq dilaporkan berjaya menangkap sejumlah anggota pengganas kumpulan IS yang dipercayai cuba melarikan diri daripada terlibat dalam kancah pertempuran sengit di wilayah utara negara itu.
Paling kelakar, militan ‘brutal’ terbabit ditahan dalam keadaan lucu: mereka cukur licin misai dan jambang di muka selain berpakaian seperti perempuan dengan harapan dapat meloloskan diri daripada pemeriksaan tentera Iraq.
Pihak keselamatan Iraq menyiarkan beberapa foto eksklusif menerusi laman Instagram memaparkan anggota tentera negara itu membuka burqa selain terpaksa melucutkan coli dipakai ekstremis IS itu yang menyamar sebagai pondan.
Salah satu daripada foto tersebut mendedahkan ‘keayuan’ wajah seorang remaja lelaki militan IS yang sanggup belot dan berpaling tadah dengan mengenakan solekan lengkap ‘eyeshadow’ berwarna merah pada kelopak matanya.
Media tempatan pada Isnin berkata, tentera Iraq enggan membocorkan maklumat bila dan di mana gambar-gambar tersebut dirakamkan kerana bimbang ia boleh menjejaskan proses siasatan pihak agensi perisikan negara berkenaan.
Anehnya pada minggu lalu, tiga lelaki yang didakwa sebagai homoseksual telah dipenggal kepala mereka di salah sebuah wilayah dikuasai IS, bahkan ada dicampak dari bangunan tinggi atas kesalahan liwat walaupun suka sama suka.
IS yang mendakwa mereka berpegang teguh kepada ajaran Islam menyelar kelompok gay sebagai golongan dilaknat Allah SWT dan dikutuk Rasulullah SAW sebagaimana pengamal seks songsang yang popular dalam kalangan kaum Sodom ketika zaman Nabi Luth AS.
Sumber keselamatan memberitahu agensi berita antarabangsa, golongan perempuan yang menyertai IS dilarang keras ikut bertempur di medan perang malah, anggota militan amat bimbang jika tewas di ‘tangan’ tentera perempuan.
Ironinya di sisi lain, IS berjaya mempengaruhi ramai belia dan kanak-kanak lelaki dari seluruh dunia termasuk Malaysia untuk turut bertempur di barisan hadapan, kononnya demi menegakkan sistem pemerintaan khalifah Islam. – Agensi

NAMPAKNYA karenah remaja zaman sekarang makin parah. Mana taknya, sudahlah melakukan dosa tergamak pula membuat pengakuan terbuka tentangnya di laman sosial Facebook tanpa segan silu.
Di page Facebook USM love confession (satu laman yang disediakan buat pelajar Universiti Sains Malaysia meluahkan pengalaman cinta mereka), pengendalinya telah memuatnaik pengakuan ‘berani mati’ seorang penuntut perempuan berkenaan aktiviti sumbang dengan teman lelakinya. Adoi!

Dalam entri yang dimuatnaik beberapa hari lalu, penuntut tersebut mengakui bahawa kekasih hatinya merupakan individu yang baik dan sabar dengan karenahnya.
“Boifren aku seriusly baik, pandai, anak mak. Selalu jaga aku time aku perlu. Tak pernah marah2 and sabar je dengan perangai merajuk aku. Aku nak kahwin dengan dia,” tulisnya.
Tapi, penuntut tersebut mula membuka pekung sendiri apabila mengakui melakukan aktiviti ringan-ringan dengan teman lelakinya.
Tapi past two years dia ajak ringan-ringan. Aku ikut sbb suka. Sapa x suka peluk sayang weyy.”
Tak terhenti di situ, siswi terbabit terus ‘bikin panas’ apabila mengakui teman lelakinya kini mula mengajar dia melakukan ‘blowjob’!
Tapi recently dia ajar aku blowjob. Aku tak suka. Tapi aku buat sebab sayang dia.”
Sayang? Inilah yang dipanggil sayang tak kena tempat cik adik oii…
Apa lagi, ruangan komen terus dibanjiri luahan tidak puas hati terhadap tindakan siswi tersebut kerana sanggup membuat pengakuan mengaibkan itu untuk dibaca oleh orang lain.

Banyak pihak turut menghentam pengendali laman tersebut kerana semberono memasukkan pengakuan tanpa membuat tapisan terlebih dahulu.
Yelah, page Facebook itu kan mewakili suara pelajar USM, dah tentulah universiti tersebut turut menerima akibatnya. Orang cakap seekor kerbau membawa lumpur, habis semua terpalit…
- MYNEWSHUB.CC

MUNGKIN kisah yang dikongsikan ini akan membuatkan anda kecut perut pada permulaannya tapi selepas mengetahui cerita sebenar, anda pasti berdekah-dekah ketawa.
Senang cakap, inilah contoh individu yang suka membuat andaian tanpa menyelidik dahulu. Hanya kerana satu imej kabur muncul dalam foto yang diambil, mudah betul si penyebar mengatakan ia adalah penampakan entiti paranormal!
Dimuat naik dalam akaun Facebook Sukan Star TV, seorang individu menceritakan pengalamannya yang menyeramkan ketika melakukan riadah di sebuah kawasan di Simpang Pulai, Perak.
Selang beberapa minit selepas mengambil foto di sekitar kawasan tersebut, dia kembali melihat imej-imej itu. Namun, ada sesuatu yang menaikkan bulu romanya. Nak tahu apa?
Menurut si tukang cerita, satu entiti aneh dikesan dalam foto sedangkan ketika kamera diklik, ‘makhluk’ tersebut langsung tak kelihatan. Paling menakutkan adalah keadaan kakinya yang boleh menimbulkan pelbagai andaian.
Selepas mengesan imej ‘seram’ dalam foto itu katanya, dia melihat keadaan sekeliling untuk mencari kot-kot dia salah lihat tapi memang sah ‘makhluk’ tersebut tak ada di sekitar kawasan tersebut.
Nah, kita kasi zoom sikit…

Pengalaman seram yang dikongsikan di Internet ini apa lagi… dengan pantas menerima pelbagai reaksi netizen yang turut kecut perut dan sama-sama meneka apakah sebenarnya ‘makhluk’ itu.
Namun tak lama kemudian, kisah tersebut bertukar menjadi kelakar apabila ada pihak berkongsikan satu gambar sebijik rupa ‘makhluk’ yang muncul secara tak sengaja dalam foto diambil si pengadu.
Rupa-rupanya, ia bukanlah penampakan hantu seperti yang diperkatakan individu tersebut. Imej itu hanyalah seorang lelaki yang memakai seluar celoreng jingga.

Adoi, tak pasal-pasal abang tu dapat title jembalang hanya kerana imejnya tidak jelas dan kelihatan aneh…
Kes seperti ini sebenarnya sering terjadi. Sebelum ini, terdapat beberapa laporan yang kononnya imej hantu dikesan dalam foto diambil, namun setelah diselidik ia hanyalah kesan pantulan cahaya, trick kamera mahupun kesilapan-kesilapan lain.
Jadi lain kali, pastikan ‘hantu betul’ baru kongsi di laman sosial kalau anda tak nak dapat malu seperti ini!
- MYNEWSHUB.CC


KUALA LUMPUR:  Pelakon Erra Fazira tetap dengan pendirian untuk tidak mendedahkan identiti kekasihnya kepada umum memandangkan perhubungan yang dijalinkan itu  masih lagi baharu.

Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 40, berkata, individu itu merupakan seorang yang mempunyai ciri-ciri lelaki idaman iaitu lebih berilmu pengetahuan berbanding dirinya.

"Saya akan dedahkan siapa pasangan saya apabila perhubungan itu ke fasa seterusnya. Yang penting dia bujang dan saya tidak mencari orang yang berharta.

"Cukuplah jika dia boleh membimbing saya dan berpengetahuan serba serbi lebih daripada saya," katanya kepada mStar Online.

Erra ditemui pada majlis pelancaran teater Takhta 3 Ratu di Bora Ombak di sini pada Rabu. 


Pelakon Awie, Soo Wincci, Izreen Azminda, Beto Kushairy dan Datuk Rahim Razali turut hadir pada majlis tersebut.
Terdahulu Erra pernah berkahwin dengan Engku Emran Engku Zainal Abdin pada 25 Oktober 2007 dan  bercerai pada 18 Februari. Hasil perkahwinan itu mereka mempunyai seorang anak bernama Engku Aleesya yang kini berusia lima tahun.


BINTANG terkenal Hollywood, Kim Kardashian membelanjakan hampir AS$500 (RM2,000) demi mendapatkan rambut berwarna putih keemasan seperti penyanyi Madonna.

Menurut laporan E Online, Kim sanggup menghabiskan masa hampir empat jam untuk melalui proses mewarnakan rambut yang menggunakan bahan terbaik agar dapat menyerupai penyanyi itu.

Bagaimanapun selepas empat hari, Kim tidak berpuas hati dengan gaya rambutnya itu dan mewarnakan sekali lagi untuk mendapatkan hasil lebih baik.

Meskipun dikritik hebat oleh peminat fesyen, Kim bagaimanapun tidak menghiraukan pandangan negatif tersebut malah berasa bangga kerana sudah lama menginginkan gaya rambut seperti Madonna.

Isteri kepada penyanyi Kanye West itu sentiasa menjadi perhatian umum apabila sering menggayakan fesyen terkini.
Mstar Online

Sik: “Saya cuma membaca petikan ayat al-Quran sebelum menjinakkan ular tedung selar itu walaupun pergelangan tangan kiri kesakitan akibat dipatuk, ” kata Zahhariman Abdul Razak, yang ‘bertarung’ selama 10 minit untuk menewaskan ular tedung yang cuba masuk ke rumahnya di Kampung Belantik, dekat sini, kelmarin.

Kejadian berlaku kira-kira jam 9.30 malam ketika bekas kakitangan FELCRA itu keluar ke halaman rumah sebelum menyedari kelibat reptilia sepanjang 4.2 meter dengan berat kira-kira sembilan kilogram itu sedang menyusur di tepi dinding.

Zahhariman, 54, berkata, dia terkejut melihat seekor ular di luar rumah lalu mengacah menangkapnya tetapi dipatuk pada pergelangan tangan kiri.
Menurutnya, pada masa sama dia langsung tidak mengendahkan kesakitan dan berusaha menangkapnya sambil membacakan petikan ayat al-Quran untuk menjinakkan ular berkenaan walaupun berdepan kesukaran.

“Ular itu cuba mengelak menyebabkan saya membaca ayat al-Quran dan menghembus ke arahnya menyebabkan reptilia itu menjadi lemah sebelum saya mencekak dan dimasukkan ke dalam guni.

-