Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

Gambar Hiasan: Tanjung Aru, Sandakan

SANDAKAN: Mayat seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) ditemui dalam keadaan tertiarap di pesisir pantai Tanjung Aru di sini awal hari ini, kata pemangku Ketua Polis Daerah Sandakan, Supt Fadzil Mohd Ali.
Beliau berkata, mangsa dikenali sebagai Koperal Hasmadi Hasnan, 32, anggota di Pos Kawalan PGA Tanjung Pasir di sini. Mayatnya ditemui penduduk kampung jam 5 pagi setelah dilaporkan hilang sejak semalam.
Katanya, kehilangan mangsa disedari selepas isterinya, berusia 29 tahun datang ke pos kawalan PGA Tanjung Pasir semalam, untuk memastikan suaminya berada di situ selepas keluar dari rumah untuk balik ke pos kawalan itu Selasa lepas pada jam 2 petang.
Menurut beliau, penduduk kampung menemui bot yang dipercayai dinaiki Hasmadi berada dalam keadaan bocor dan tidak ada enjin, berserta kelengkapan lain seperti kasut, tangki minyak dan air di kawasan perairan Tanjung Aru pada 1.30 tengah hari, semalam.
"Laporan yang diterima menunjukkan Isnin lepas, mangsa balik ke rumahnya di Tanjung Aru dari pos kawalan PGA Tanjung Pasir dan dihantar dengan menaiki sebuah bot oleh rakan setugasnya serta memaklumkan akan kembali bertugas semula pada esoknya (Selasa)," katanya di sini.
Fadzil berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut tetapi siasatan dijalankan bagi mengenal pasti punca kematian mangsa.
Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Duchess Of Kent Sandakan dan diserahkan kepada anggota keluarga untuk urusan pengebumian di Tanjung Aru.
Hasmadi yang berasal dari Perak meninggalkan isteri dan seorang anak lelaki berusia tiga tahun.
- BERNAMA

KALAU dah namanya selebriti terkenal, pasti apa sahaja yang dilakukan mendapat tumpuan orang ramai lebih-lebih lagi benda-benda yang negatif.
Macam yang dibuat ikon fesyen berjambang Wak Doyok yang telah memberikan komen berbaur lucah dalam sekeping gambar yang dikongsikan oleh Kilafairy.
Foto tersebut yang menunjukkan punggung seksi Kilafairy mendapat perhatian Wak Doyok sekali gus dia meninggalkan komen berbunyi, “alamak #merecik”.


Komentar yang ditinggalkan Wak Doyok kemudiannya mendapat kecaman daripada pengikut Kilafairy yang menyifatkan selebriti berusia 35 tahun itu seorang yang pervert dan gila seks.


Mynewshub.cc

Gempar… seorang lelaki ditemui dalam keadaan paling sadis dipercayai membunuh diri selepas jatuh dari tingkat 3, Aeon Bukit Tinggi, Klang.
Gambar kejadian ini dikongsi di Facebook Daily Traffic Report didakwa dikirim oleh seorang sumber yang berada di tempat kejadian.
Manakala seorang lagi saksi mendakwa adik mangsa yang turut berada di tempat kejadian menangis dan meraung-raung melihat keadaan abangnya.

Jelas saksi, adik mangsa menyatakan abangnya menghidap penyakit misteri yang dipercayai angkara buatan orang.
Tambahnya, sebelum kejadian abangnya kelihatan normal namun entah kenapa secara tiba-tiba abangnya berlari naik ke tingkat atas dan terjun daripada bangunan pasar raya berkenaan.
Orang ramai yang terkesima dengan kejadian itu turut mengerumuni mangsa sebelum ketibaan pihak polis dan ambulans.
Mangsa dilaporkan mengelupur kesakitan hinggakan kepala dan mukanya berlumuran darah dipercayai akibat hentakan yang kuat.
Bagaimanapun, kami sendiri tidak dapat memastikan sama ada mangsa berjaya diselamatkan ataupun tidak. 


Jika baru-baru ini, pelawak Jep Sepah dan Achey Bocey terlibat dalam kemalangan, terkini pelakon Dazrin Kamarudin turut terlibat dalam kemalangan jalanraya. 

Menerusi laman Instagramnya, Dazrin telah memuat naik beberapa keping gambar yang menunjukkan keretanya yang remuk teruk disebabkan kemalangan tersebut. 

Meskipun cedera ringan di kepala dan dibenarkan pulang oleh pihak hospital, namun Dazrin tetap bersyukur kerana terselamat daripada mengalami kecederaan yang lebih parah. 

"Despite the tragic incidence.. i am back on set," ujarnya ringkas. 








SINGAPURA – Seorang pekerja binaan warga Malaysia dipenjara tiga minggu kerana mengambil video di bawah skirt seorang wanita di eskalator stesen MRT di sini.

Cheong Chap Mun, 38, yang bekerja di Singapura memasang perakam video di telefon bimbitnya dan meletakkannya secara menghadap ke arah atas, di dalam sebuah beg, yang diletakkan di antara kaki wanita berkenaan.

Insiden pada 1 Jun 2012 itu akhirnya terbongkar selepas dia ditahan selepas 11 hari kejadian berlaku.

Ini berikutan seorang penumpang mendapati Cheong mengambil sekeping gambar bahagian atas badannya dengan menggunakan telefon bimbit di dalam sebuah bas.

Wanita itu kemudiannya bersemuka dengan Cheong dan mendapatkan bantuan daripada pemandu bas. Pemandu tersebut kemudiannya memaklumkan kepada kakitangan perkhidmatan bas supaya menghubungi polis.

Mereka kemudiannya merampas telefon bimbit Cheong dan menemui video yang merakamkan bawah skirt wanita.

Timbalan Pendakwa Raya, Lin Yinbing pada Rabu berkata, terdapat risiko di mana video itu boleh disebarkan, yang akan mengaibkan mangsanya.

Cheong turut pernah disabitkan bersalah kerana memiliki sebuah filem lucah pada 2007.

Tiga pertuduhan lain diambil kira ketika menjatuhkan hukuman ke atas Cheong.

Cheong yang tidak diwakili peguam meminta supaya hukuman diringankan, dengan mengatakan bahawa dia menyedari kesalahan yang dilakukan dan akan memperbaiki kesilapan itu.

Tambahnya, dia akan berkahwin pada Mei depan dan perlu menjaga ibunya yang sudah tua.

Hakim, Crystal Ong berkata, beliau bersetuju dengan pihak pendakwaan.

Katanya, dia boleh dihukum penjara sehingga setahun dan didenda di atas kesalahan menghina kehormatan wanita. – The Straits Times/ANN

PERSOALAN mengenai seks di kalangan masyarakat Barat bukanlah suatu perkara taboo untuk dibincangkan secara terbuka.
Keterbukaan itulah yang membuatkan, sebuah program realiti bertindak melampau baru-baru in apabila memaparkan pasangan kekasih melakukan seks dalam satu kotak bertutup sebelum keluar selepas selesai, untuk tampil dalam segmen ala talk show.
Pasangan ini kemudiannya berkongsikan permasalahan mereka dengan tiga pakar seks yang seterusnya memberikan sesi terapi bagi mengembalikan semula kehangatan seks pasangan terbabit.
Bermotokan ‘most radical therapy ever seen on television’, program ini dijangka bakal mencipta fenomenanya yang tersendiri di Amerika Syarikat.

GARA-GARA berbual dengan teman, seorang remaja terpaksa menanggung kesakitan melampau apabila jarinya dimamah mesin pemerah tebu.
Kejadian ngeri yang berlaku di Taman Gurun Jaya, tengah hari tadi melibatkan seorang remaja, Mohd Faizullah Norazham, 18, ketika sedang berniaga di kawasan perumahan tersebut.

Ketika kejadian berlaku, mangsa dilaporkan sedang berborak dengan seorang rakan yang datang ke gerainya.
Tanpa sedar, tiba-tiba pergelangan tangan kiri mangsa termasuk ke dalam bahagian pemerah tebu.
Mangsa yang panik hanya mampu menjerit meminta bantuan sebelum punca elektrik yang menghidupkan mesin tersebut ditutup. Akibat dari insiden itu, empat jarinya dilaporkan hancur.
Susulan kecederaandialami, Faizullah dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim oleh ambulans bagi mendapatkan rawatan lanjut.

California – Bayangkan dua remaja ini baru berusia 15 dan 14 tahun namun mereka telah melakukan jenayah yang amat mengejutkan serta disifatkan oleh pendakwaraya sebagai yang terburuk pernah dikendalikan.
Ruben Jose Melanson dan Raymond Michael Miranda, yang masing-masing berusia 15 dan 14 tahun itu sanggup menyerang serta merogol seorang wanita warga emas berusia 87 tahun.
Lebih kejam, Ruben dan Raymond turut mendera dan mencurahkan dua botol peluntur ke atas badan serta leher warga emas itu.
Dalam kejadian pada April tahun lepas, remaja terbabit telah memecah masuk ke dalam sebuah kompleks warga emas ketika mangsa sedang tidur.
Kedua-duanya kemudian mengikat wanita tua terbabit lalu melakukan perbuatan terkutuk berkenaan.
Mangsa berjaya menekan loceng dan dia diselamatkan oleh pasukan paramedik yang terpaksa menggunakan kaedah CPR ke atasnya.
Ketika mangsa hadir di mahkamah bagi memberikan keterangan, dia terpaksa menggunakan kerusi roda.
“Saya mahu mereka melihat saya. Saya mahu mereka mengingati saya kerana mereka sudah memecah masuk ke dalam pangsapuri saya dan merampas kebebasan saya.
“Anda telah melakukan perbuatan keji,” katanya kepada remaja terbabit.
Ruben kemudiannya meminta maaf kepada mangsa kerana memecah masuk dan merogolnya.
Kedua-duanya kemudian telah dihukum penjara selama 30 tahun.
Mereka akan dihantar ke penjara juvana sehingga usia 18 tahun sebelum dipindahkan ke penjara dewasa bagi menjalani baki hukuman.

SYDNEY – Seorang pencari gali di Australia menemui ketulan emas seberat 2.7 kilogram ketika sedang mengimbas sebuah kawasan di Wedderburn, Victoria, menurut media, semalam.

Agensi berita The Age melaporkan, pada awalnya Mick Brown menyangka ia adalah gumpalan besar tembaga lebur ketika alat pengesan logamnya mengesan objek itu beberapa minggu lalu.

“Selepas menggali lebih dalam, permukaan objek jelas menunjukkan ia adalah emas. Saya ingin jual ia kepada pengumpul peribadi dan wang itu akan digunakan untuk membayar hutang serta belanja isteri dan anak-anak,” katanya.

Difahamkan, ketulan emas berkenaan dianggarkan bernilai AS$103,400 (RM 382,000). –DPA

TAK tahulah apa nak jadi dengan budak-budak sekarang ni.. belum lagi jadi laki bini dah seronok sembang hal kemaluan.
Tengok je lah petikan perbualan di aplikasi mesej yang semakin tersebar di laman-laman sosial di bawah ini.
Baca sendiri bagaimana pasangan kekasih yang dipercayai masih lagi bersekolah berborak. Memang seram habis kalau ibu bapa baca!
Tersalah potong bulu k**e pun nak dikongsikan dengan girlfriend.. motif..?!
Adoi, man up lah dik.. tak malu ke kongsi cerita dalam seluar.
Yang awek pula bukan main melayan, kalau dekat dah ditolongnya boyfriend tu potong bulu k**e katanya.
Memang parah… anak siapalah agaknya ni. Daripada tolong benda tak semenggah macam itu lebih baik tolong mak masak kat dapur atau menyapu laman ada jugak faedahnya.

Mynewshub.cc

KUALA LUMPUR – Tindakan penganjur sebuah kejohanan sukan di Johor memaksa pelajar perempuan beragama Islam memakai seluar pendek semasa menyertai acara lumba jalan kaki bertentangan dengan syariat Islam.
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Suhaizan Kayat berkata, pelajar perempuan itu tidak semestinya perlu memakai seluar pendek semata-mata untuk memastikan pengadil perlawanan itu dapat melihat lengkukkan lutut peserta.
“Mengikut peraturan acara lumba jalan kaki, pengadil memerlukan untuk melihat lengkukkan lutut peserta untuk membezakan di antara berjalan kaki atau berlari.
“Cara yang paling mudah adalah dengan meminta peserta memakai seluar pendek. Ini bertentangan dengan syariat Islam khususnya peserta wanita Muslim. Kementerian Pendidikan perlu memberi perhatian berkenaan isu ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Suhaizan berkata, pihak penganjur sepatutnya meminta pelajar perempuan terbabit memakai set lengkap ketat berwarna gelap dan berseluar pendek yang longgar.
Beliau semalam memaklumkan telah mengarahkan Pemuda PAS Johor membuat siasatan dan mengadakan pertemuan dengan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk membuat teguran.
- MYNEWSHUB.CC


LONDON – Seorang penyampai TV, Dr Michael Mosley akan melakukan satu eksperimen yang agak `menjijikkan’ iaitu makan puding yang diperbuat daripada darahnya sendiri.
Ujian berkenaan akan dilakukan dalam satu dokumentari The Wonderful World of Blood bagi melihat darah dengan lebih mendalam dari aspek perubatan.
Dalam ujian yang dilakukan itu, beliau akan menjalani enam eksperimen dengan menggunakan darahnya termasuk menyuntik bisa ular untuk melihat bagaimana darah membeku dalam masa beberapa saat.
Beliau juga akan terlibat dalam dokumentari 9 Months That Made You yang akan memperlihatkan bagaimana pembentukan bayi.
Dr Mosley yang merupakan bekas eksekutif bank, sebelum ini telah mencipta diet intermittent fasting yang turut diikuti oleh selebriti seperti Jennifer Aniston, Gwyneth Paltrow dan Jennifer Lopez.
Dalam rancangannya di televisyen sebelum ini. Dr. Mosley yang mendapat pendidikan di Universiti Oxford telah mengkaji dunia parasit bagi menentukan bagaimana kesihatan manusia terjejas sebaik sahaja keluar dari perut ibu.