Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi



ALOR SETAR: Wanita yang terjun dari kereta bekas suaminya dan kemudian dilanggar sebuah kereta lain pada 26 Februari lepas meninggal dunia petang Isnin.


Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Adzaman Mohd Jan berkata Rosniza Fadzil, 30, meninggal pada pukul 4.06 petang di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.

Beliau berkata kes tersebut akan siasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Dalam kejadian 6.30 pagi itu, mangsa yang bekerja sebagai tukang masak di Kepala Batas dekat sini koma akibat cedera di kepala dan badan dalam kejadian di Bukit Pinang.


Dia dikatakan sedang menunggang motosikal untuk ke tempat kerjanya sebelum dilanggar dari belakang oleh bekas suaminya sebelum dia ditarik masuk ke dalam kereta tersebut.


Mangsa yang cuba melepaskan diri dikatakan melompat keluar sebelum dilanggar sebuah kenderaan lain.

Pihak polis menahan bekas suaminya di Baling tiga hari lepas.

Menurut kakak mangsa, Rosliza, 35, adiknya kerap digangu bekas suaminya selepas mereka bercerai buat kali ketiga akhir tahun lepas.

Jenazah mangsa akan dikebumikan di Bukit Pinang awal pagi Selasa.

Mangsa mempunyai dua orang anak lelaki berumur lima dan 11 tahun.

Mstar Online


Kota Kendari, Sulawesi Tenggara: Tindakan seorang ustaz berkhutbah secara melampau - sehingga memanjat mimbar - mengundang kritikan ramai, termasuk di media sosial.
Aksi Nur Maulana yang terkenal dengan gimik “jemaah, oh jemaah” itu dianggap keterlaluan dan tidak sesuai dengan situasi semasa.

Melalui gambar yang disebar di media sosial, Nur Maulana dilihat sedang berceramah di Masjid Agung Khairah Ummah di Kolaka.
Berdasarkan keterangan pada gambar, kejadian berlaku pada 26 Februari lalu.
Seorang pengguna Facebook yang memuat naik gambar Nur Maulana berkata, ketika itu ustaz terbabit menyeru pendengar supaya beristighfar.

Namun pengguna lain dikenali dengan nama Yayuk Hannan memberi komen di bawah gambar itu: “Ya Tuhan, ini terlalu berlebihan dan seolah-olah ahli sarkas.”
Siti Fatimah pula menulis: “Tiada lain kehidupan di dunia ini melainkan kesenangan yang menipu. Semoga Tuhan memberikan petunjuk dan taufik hidayah kepada ustaz, serta menghilangkan segala keburukannya. Semoga ustaz kembali ke jalan lurus dan diredai.”
Nur Maulana, 40, adalah pendakwah kelahiran Makassar yang disenangi ramai kerana sering menggunakan bahasa biasa ketika berceramah.

Dia mendapat pendudukan di Pondok Pesantren an-Nahdah di Makassar pada 1994.
Selain berceramah, dia juga mengajar di sebuah sekolah rendah Islam di situ.
Sementara itu, seorang ustaz pula menegur Nur Maulana secara sindiran.

Abduh Zulfidar Akaha berkata, aksi itu sangat bahaya dan berharap tiada mana-mana pihak menirunya.
“Itu aksi khusus untuk pelaku lagak ngeri profesional,” katanya.



Pontiac (Amerika Syarikat): Mayat seorang wanita dijumpai mereput di dalam kereta di rumahnya selama lima tahun dan kematiannya hanya disedari selepas rumahnya dirampas pihak bank baru-baru ini.

Kehilangan wanita itu, Pia Farrenkopf tidak disedari keluarga dan rakan-rakannya kerana dia memang suka menyendiri.
Aktiviti terakhir Pia adalah pada 25 Februari 2009 apabila dia mengeluarkan wang berjumlah AS$1,500 (RM8,374) dari akaun banknya.

Pia yang bekerja sebagai pengatur cara perisian komputer membayar bayaran ansuran perumahannya secara automatik dari akaun banknya.
Wang di dalam akaun banknya dilaporkan habis pada 2013 dan pihak bank bertindak merampas semula kediaman wanita itu.
Menurut laporan Detroit Free Press, mayat wanita berkenaan hanya dijumpai dua pekerja yang diupah membaiki bumbung rumah itu yang bocor pada Disember tahun lalu.
Mayat wanita itu yang hanya tinggal tulang, dijumpai terbaring di tempat duduk belakang sebuah jip di dalam garaj di rumah berkenaan.
Mayat Pia ditemui bersama sejumlah surat yang masih belum dibuka, beberapa kotak rokok kosong dan sebotol wain.

Botol-botol kosong, pakaian dan sampah juga dijumpai bersepah di dalam rumah wanita berkenaan.
Seorang rakan mangsa, Joan Gill Strack berkata, keadaan rumah itu bertentangan dengan sifat Pia yang suka rumahnya bersih dan kemas.
Jurucakap polis, Michael Bouchard berkata, tiada kesan kecederaan yang ditemui pada mayat mangsa.

“Ini menunjukkan kemungkinan mangsa mati akibat sakit atau dia membunuh diri,” katanya.
Pasukan penyiasat juga menolak wanita itu mati akibat keracunan gas karbon monoksida kerana kenderaan mangsa masih berisi minyak. - Agensi


Ranchi (India): Seorang bayi perempuan berusia 10 bulan di sini dianggap sebagai antara kanak-kanak seusianya yang paling berat di dunia apabila memiliki berat badan mencecah lebih 17 kilogram.
Bayi itu, Aliya Saleem dilahirkan dengan berat empat kilogram tetapi berat badannya naik mendadak selepas berusia empat bulan.
Ketika ini Aliya mempunyai berat badan yang hampir menyamai berat badan kanak-kanak perempuan berusia enam tahun.
Keadaan itu menyebabkan ibu bapa Aliya bimbang dengan kesihatan anaknya selepas seorang lagi anak mereka meninggal dunia ketika berusia setahun enam bulan akibat mengalami masalah berat badan berlebihan.
Ibu Aliya, Shabana Parveen, 25, berkata, beberapa bulan selepas dilahirkan berat badan anaknya itu meningkat dengan mendadak.


Padawan: Lebih 1,000 penduduk daripada 260 keluarga terputus hubungan selepas Jambatan Sungai Merah menghubungkan empat kampung di Annah Rais di sini, runtuh, semalam.
Jambatan kayu itu dikatakan runtuh ketika dilalui sebuah lori lima tan, namun pemandu berusia 56 tahun bernasib baik kerana tidak cedera selepas menyelamatkan diri.
Kejadian itu menyebabkan lori mangsa terjatuh dan terbalik dalam sungai berkenaan.
Kampung terjejas ialah Kampung Sadir dan Kampung Simuti, masing-masing membabitkan 80 keluarga dan Kampung Sibuang dan Kampung Sebekar yang membabitkan 50 keluarga.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak Farhan Sufiyan Borhan berkata, ketika ini, ada penduduk pergi ke kampung mereka dengan berjalan di sebalik runtuhan jambatan.

PARIS, Perancis – Sekumpulan pakar arkeologi di sini tidak menyangka akan menemui lebih 200 mayat manusia yang sudah tinggal rangka dalam keadaan tersusun rapi di bawah sebuah pasar raya baru-baru ini.

Kumpulan arkeologi itu dipanggil pihak pengurusan Pasar Raya Monoprix untuk menjalankan pemeriksaan sebelum proses pembinaan dilakukan di kawasan tersebut.

Pengarah pasar raya tersebut, Pascal Roy berkata, pihaknya terkejut apabila menemui sebuah perkuburan komunal yang mayatnya ditanam secara tersusun.

“Kami menyangka kawasan ini hanya terdapat beberapa rangka tulang kerana ia merupakan bekas tapak perkuburan. Tetapi, apa yang berlaku agak memeranjatkan,” katanya.

Dahulu, kawasan itu merupakan tanah perkuburan sebuah hospital yang beroperasi pada kurun ke-12 hingga 17. Bagaimanapun, mayat-mayat yang ditanam di lokasi terbabit dipercayai sudah dipindahkan ke kawasan di bawah pasar raya berkenaan.

“Apa yang menarik adalah mayat-mayat ini bukannya dicampak ke dalam kubur tersebut tetapi ia disusun rapi. Mayat-mayat individu disusun secara selang seli kerana dipercayai untuk menjimatkan ruang kubur itu,” kata ahli arkeologi, Isabelle Abadie. – Agensi

BAKAL hot mummy meletup!
Itu gambaran yang tepat dalam mendefinisikan pengacara cantik, Elaine Daly yang masih lagi mampu kelihatan hot berbikini biarpun dirinya kini sedang berbadan dua!
Pergh memang boleh bikin cemburu wanita-wanita di luar sana tengok body Elaine yang masih lagi meletup bak model biarpun kini sedang hamil lima bulan.

Elaine, hos program tv Bella kini sedang hamil anak sulung dan menyatakan perasaan terujanya mengandung di kala usianya kini sudah pun mencecah 35 tahun ke atas.
Untuk makluman, Elaine berkahwin dengan seorang doktor kelahiran Afrika Selatan pada 4 Disember lalu selepas hampir lapan bulan berkenalan.
Tahniah diucapkan buat Elaine dan suami! – MYNEWSHUB.CC

SOSIALIT Kim Kardashian West ada caranya yang tersendiri bagi meraikan jumlah pengikut Instagramnya yang kini sudah pun mencecah sebanyak 27 juta.
Kim berkongsikan gambar seksi dan menggodanya yang hanya mengenakan pakaian dalam berwarna merah, menyerlahkan lagi ‘asetnya’ yang menjadi pujaan ramai lelaki di luar sana.
Dalam pada itu, Kim dan ahli keluarganya yang membintangi siri realiti Keeping Up With The Kardashians dilaporkan sudah menandatangani kontrak terbaharu siri tersebut yang memberikan pulangan sebanyak RM361 juta buat mereka sekeluarga.
Program realiti popular itu turut dibintangi ibu Kim, Kris Jenner, dan adik-beradik Kim iaitu Kourtney, Khloe, Kendall Jenner dan Kylie Jenner sehingga kini masih lagi menjadi program nombor satu di Saluran E! yang membawa keuntungan buat stesen televisyen tersebut. 

BEIJING – Perayaan Tahun Baharu Cina yang akan berakhir dengan sambutan Chap Goh Mehminggu hadapan mencetuskan sensasi di China gara-gara foto seekor babi gemuk kelihatan bersujud di depan sebuah kuil Buddha, lapor media tempatan.
Kejadian berlaku di pekarangan kuil berkenaan di Wenzhou, wilayah Zhejiang pada Selasa lalu, malah ramai pelawat mengambil peluang memuat naik beberapa gambar dan video aksi selamba babi tersebut yang dianggarkan seberat 150 kilogram.

Paparan foto dan visual haiwan najis mughallazah itu tersebar pantas menerusi media sosial sekali gus mencetuskan perdebatan soal apakah sebenarnya dilakukan mamalia tersebut kerana tiada seorang pun berkesempatan tanya babi berkenaan.
Apa yang pasti, babi montel tersebut tampak bersujud dengan dua kaki depan dilipat, dan ia dikelilingi ramai pengunjung, dan kebetulan insiden berlaku ketika satu upacara ritual keagamaan Buddha sedang berlangsung di dalam kuil itu.
Uniknya ia dilaporkan dalam posisi bersujud selama beberapa jam dan hanya meninggalkan tempatnya bersujud setelah sekelompok sami keluar dari dalam kuil dan kemudian terus melantunkan beberapa kalimah daripada kitab suci Buddha.


Para pengguna media sosial WeiBo di China; seumpama Twitter, yakin babi itu sedang berziarah ibadah dan mencari berkat tahun baharu di kuil itu manakala ada mengesyaki haiwan itu cuma cari makan atau beristirahat setelah penat berjalan.
Bahkan ada pengguna WeiBo yang memberikan penjelasan secara ilmiah bagi mengulas peristiwa unik itu dengan mendakwa si babi mungkin menderita kurang vitamin E yang boleh melemahkan kemampuan berdiri dengan empat kakinya.
Setelah foto itu tersebar luas, akhirnya pemilik haiwan haram tersebut, Huang tampil memberi penjelasan bahawa babi montok itu hilang dari ladang ternakannya pada pagi 22 Februari pagi ketika ia sedang leka mencari makan.
Malangnya, dia yang tidak sedar kisah babi itu menjadi sensasi di laman internet dilaporkan sudah memotong haiwan tersebut untuk dimakan dan jika Huang tahu peliharaannya sudah menjadi bintang terkenal, pasti babi itu masih hidup.
“Saya sudah memelihara babi ini bertahun-tahun, tetapi belum pernah melihat hal semacam ini. Saya sepatutnya tidak memotongnya,” kata Huang yang sangat terkesima melihat foto-foto aksi bersahaja babinya itu yang tersebar viral menerusi internet.
Penternak itu malah mendakwa, tiada seekor pun babi ternakannya menghidap penyakit tetapi hairan, jika haiwan tersebut berasa takut, ia seharusnya tidak bersujud manja dan membiarkan orang di sekeliling melihatnya sedemikian rupa.
Bayangkanlah, jika babi tersebut masih hidup lagi, haiwan itu pasti terkenal dan dikunjungi ramai peminatnya dari seluruh China yang tentunya berebut-rebut mengambil gambar selfiedan autograf daripada binatang berkenaan. – Agensi

TIADA angin tiada ribut, tup-tup pelakon jelita yang baru beberapa bulan pulang ke tanah air, Juliana Evans dikatakan sedang hangat menjalinkan hubungan cinta dengan penyanyi rap, Sone One.
Walaupun masing-masing masih berdiam diri daripada mengulas khabar angin yang bertiup kencang ini, beberapa siri gambar Juliana dan Sona One di laman Instagram didapati telah dijadikan ‘bahan’ oleh rakan mereka untuk mengusik.


Usikan bertambah rancak apabila jawapan Juliana terhadap komen Marina Juki seperti mengiyakan usikan rakan-rakan yang mengatakan dia dan Sona One sedang bercinta.
Rata-rata peminat Juliana turut memberi komen, mereka secocok dan kelihatan ‘cool’bersama apatah lagi secara kebetulan, masing-masing mempunyai darah campuran Melayu-Inggeris.
Bak kata pepatah ‘kalau tak ada angin, masakan pokok bergoyang’ kan?

RUSIA – Seekor kucing yang diwarnakan merah jambu oleh pemiliknya yang obses dengan warna berkenaan, telah mati akibat mengalami keracunan toksid daripada pewarna tersebut.
Pemilik kucing berkenaan, Lena Lenina yang juga seorang penulis, mewarnakan kucing itu dengan warna pink bagi mengikut tema dalam satu parti yang dianjurkannya iaitu parti merah jambu, dengan semua tetamu diwajibkan memakai baju berwarna merah jambu.
Namun selepas parti berakhir, Lena mula hilang minat dengan kucing berkenaan dan membiarkannya. Kucing itu kemudiannya jatuh sakit dan mati.

Pemeriksaan doktor mendapati kematiannya kucing berkenaan akibat toksid yang dikeluarkan pewarna berkenaan selepas kucing itu menjilat bulunya.
Meskipun Lena sebelum itu dikritik hebat akibat perbuatannya, dia mempertahankan diri dengan menyatakan tindakannya itu mendapat kebenaran doktor haiwan kerana ia memberi manfaat kepada kucing tersebut.
“Warna merah jambu itu dipilih kerana ia dapat memperkuatkan bulunya,’’ kata Lena.
Bagaimanapun orang ramai telah melancarkan petisyen secara dalam talian bagi meminta polis menyiasat perbuatan kejam ke atas haiwan tersebut.-

LULUH hati pasangan Tanya dan Adam Philips apabila kekurangan yang ada bayi perempuan mereka dipandang sinis oleh orang ramai.
Honey-Rae yang berusia 18 bulan dilahirkan dengan tanda lahir kekal yang agak banyak di bahagian tubuh sebelah kanannya.
Tidak mahu anak mereka berasa tersisih dengan keadaan dirinya, pasangan itu membuat keputusan yang cukup luar biasa iaitu mencacah tatu yang hampir serupa dengan tanda lahir anak mereka.
Menurut Tanya, pengalamannya membawa Honey-Rae keluar bersiar-siar tanpa menutup tanda lahir di kakinya begitu mengecewakan apabila orang ramai memandang dan berbisik tatkala melihat bayinya.
“Biarpun ramai yang mengatakan tindakan kami agak ekstrem, tetapi kami perlu lakukan sesuatu agar Honey-Rae tahu bahawa dia amat disayangi meskipun berbeza daripada orang lain,” ujarnya, memetik laporan Mirror.
Walaupun Tanya mengakui pada mulanya kulit mereka mengalami kesakitan dan bengkak akibat tatu tersebut, dia tetap yakin bahawa itulah keputusan terbaik demi anak mereka.