Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

Gambar Hiasan

Miri - Seorang wanita yang terjaga dari tidur selepas seseorang menanggalkan pakaiannya tidak membantah, menyangkakan lelaki itu adalah suaminya, lapor China Press.

Dalam kejadian pada malam Ahad, suspek telah menyelinap ke dalam bilik tidur di mana suri rumah yang berusia 31 tahun sedang tidur nyenyak.

Suami wanita itu keluar minum bersama kawan pada masa kejadian.

Apabila suspek berusia 34 tahun itu mula mencumbui dan menanggalkan pakaiannya, wanita itu yang dalam keadaan mengantuk (ataupun kesedapan), tidak membantah menyangka itu adalah suaminya.

Apabila suaminya pulang ke rumah, dia terkejut melihat lelaki yang sedang 'kekenyangan' berbaring bogel bersama isterinya.

Si suami berjaya menangkap suspek, mengikatnya sebelum menyerahkan kepada polis. Wanita itu kemudian dibawa ke Hospital Miri untuk pemeriksaan.

Walau bagaimanapun, apabila kisah kejadian ini dimuat naik di Internet, ramai netizen berasa ragu mengenai dakwaan wanita itu, menyatakan ianya sukar untuk dipercayai. - The Star

China – Ia merupakan mimpi ngeri bagi dua beranak ini apabila tangan mereka tersepit di eskalator yang sedang bergerak selepas seorang lelaki secara cuai telah menjatuhkan beg ke atas mereka di sebuah pusat beli belah..
Kejadian berlaku ketika Liu Chao, 27, bersama anak perempuannya yang berusia dua tahun menaiki escalator, apabila tiba-tiba sebuah beg menimpa mereka.
Anaknya kemudian jatuh bergolek dan tangannya telah tersepit. Liu cuba membantu menyebabkan tangannya juga tersepit pada eskalator tersebut.

Tangga itu bergerak selama beberapa saat sebelum seseorang menekan butang kecemasan sementara Liu menjerit-jerit meminta tolong.
Bomba terpaksa mengambil masa selama 45 minit untuk mengeluarkan tangan kedua beranak itu.
Sementara lelaki yang menjatuhkan beg berkenaan pula melarikan diri dengan menaiki bas di luar pusat beli belah berkenaan.
Meskipun pekerja di situ cuba mengejarnya namun mereka gagal.

KUALA LUMPUR: Satu rangka manusia yang dipercayai mayat seorang lelaki ditemukan dalam sebuah tong di tepi kolam di Kampung Timah, Bukit Beruntung dekat sini, Rabu.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supt R. Supramaniam berkata, pihak polis menerima panggilan daripada orang awam kira-kira pukul 12.15 tengah hari berhubung penemuan rangka berkenaan di tepi kolam berhampiran Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Bukit Beruntung itu.
"Pemberi maklumat yang berada di tempat kejadian telah menunjukkan lokasi kejadian kepada pihak polis dan menemukan rangka tulang dipercayai tulang manusia yang telah disimen dalam satu tong biru. 
"Jarak jalan masuk ke tempat kejadian ke jalan besar lebih kurang 4.4km," katanya dalam kenyataan, di sini malam Rabu.
Susulan itu, Pasukan Bomba Kuala Kubu Bharu bergegas ke lokasi kejadian dengan tujuh orang anggota dan sebuah jentera, katanya.
"Pihak bomba memberi bantuan dengan memotong tong ... kira-kira 4.35 petang, tong plastik berjaya dipotong dua, setelah simen itu dipecahkan terdapat tengkorak kepala di bahagian bawah tong dengan simen keras sementara badan melunjur ke atas," katanya.
Supramaniam berkata, mayat dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat.
Polis meminta sesiapa mempunyai sebarang maklumat berhubung perkara berkenaan supaya menghubungi ASP Raduan Mohamad di talian 019-2810193 atau ASP Manimaran di talian 013-6879955.
Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung perkara itu kira-kira 3.15 petang Rabu dan bergegas ke lokasi kejadian bersama-sama tujuh anggota.


PELAKON Yoon Eun Hye enggan membuat kemunculan dalam program popular Running Man biarpun telah dipujuk beberapa kali oleh pihak penerbit.

Soompi melaporkan Eun Hye memberi alasan jadualnya ketat dan tidak boleh memberi komitmen kepada program itu biarpun ramai peminat mahu melihatnya beraksi dalam rancangan berkenaan.

"Dia sentiasa memberi alasan sibuk dengan kerjayanya walaupun telah beberapa kali dipujuk oleh pihak penerbit sendiri.

"Bagaimanapun pihak kami masih berharap dia akan bersetuju," kata salah seorang krew produksi Running Man.

Dalam pada itu, timbul desas desus mengatakan Eun Hye menolak tawaran itu kerana gosip cintanya dengan salah seorang artis yang turut terlibat dalam Running Man iaitu Kim Jong Kook.

Hubungan mereka dikatakan rapat selepas sama-sama membintangi program X-Man.

Tokyo: Kajian terbaru ke atas 618 pelajar dari seluruh Jepun mendedahkan, secara purata pelajar perempuan menghabiskan tujuh jam sehari menggunakan telefon mudah alih dengan 10 peratus daripada mereka menghabiskan masa untuk peranti itu selama sekurang-kurang 15 jam.

Kajian melalui Internet itu dikendali firma keselamatan maklumat Digital Arts mendedahkan, secara bandingan kanak-kanak lelaki seusia mereka pula menggunakan telefon mudah alih hanya lebih empat jam sehari.
Kajian itu juga mendedahkan punca remaja menggunakan telefon mudah alih mereka.
Kebanyakannya menggunakan peranti itu untuk mengakses media sosial seperti Line, aplikasi mesej dan rangkaian telekomunikasi, selain permainan telefon pintar dan menghasilkan video.

Keputusan kajian itu dikeluarkan ketika penularan gejala tidak sihat semakin meningkat dalam kalangan remaja penagih teknologi mudah alih.
Keadaan hampir sama berlaku di China apabila didapati golongan remaja menjadi pengguna melampau telefon pintar.
Kata penganalisis, kecenderungan itu bakal mencetuskan perubahan neurologi dalam badan, sama seperti alkohol dan kokain.

Menurut firma itu, 96 peratus pelajar sekolah tinggi Jepun mempunyai telefon mudah alih, berbanding 60 peratus pelajar sekolah menengah.
Kajian juga menunjukkan hampir setiap empat daripada 10 kanak-kanak di tahun awal sekolah rendah - berumur seawal 10 tahun - menggunakan telefon genggam.


MENGEJUTKAN! Pastinya ramai tertanya-tanya betul ke pasar raya terkemuka Tesco menjual daun ketum?
Mana taknya, tumbuhan tersebut diketahui ramai dilarang pengambilannya kerana sering digunakan untuk tujuan khayal.
Malah pada awal September 2014, Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengumumkan bahawa penyalahgunaan daun ketum bakal diwartakan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.
Secara logiknya, kalau benarlah Tesco menjual tumbuhan tersebut kepada pengguna maka mereka telah mencabuli undang-undang dan perlu dikenakan tindakan!
Ops, nanti dulu…sebenarnya pasar raya tersebut tidak melakukan penjualan daun ketum.

Gambar yang disebarkan hanya salah faham sahaja.
‘Daun ketum’ berharga RM1.14 dalam resit di atas, sebenarnya singkatan daripada ‘daun ketumbar’.
Oleh kerana ruang yang disediakan untuk ejaan nama item terhad, maka perkataan ‘ketumbar’ terpaksa dipendekkan menjadi ‘ketum’ sahaja.

Sumber -  Mynewshub.cc

SEORANG wanita dari Indiana, Amerika Syarikat dijatuhi hukuman penjara dua tahun oleh mahkamah atas kesalahan menyerang bekas kekasihnya pada Mac 2012.
Dalam kejadian itu, Christina Lorena Reber, 46, bertindak mengoyakkan kerandut zakar lelaki berusia 60 tahun itu di kediamannya hanya dengan menggunakan tangannya, memetik laporan Mail Online.
Ia berpunca daripada keputusan mangsa mahu berpisah dengan Christina beberapa hari sebelum itu.
Laporan polis menyebut, wanita itu telah memecah masuk ke dalam rumah mangsa sebelum menumbuk kepala dan menarik kerandut zakarnya.
Christina kemudiannya membenamkan jarinya ke dalam kerandut tersebut sebelum memulasnya sekuat hati sehingga menyebabkan mangsa mengalami kesakitan melampau.
Dalam pergelutan itu, kedua-duanya terjatuh dan situasi itu akhirnya memberi peluang kepada mangsa untuk melepaskan diri.
Mangsa kemudiannya dikejarkan ke hospital untuk pembedahan bagi memulihkan semula bahagian zakarnya yang cedera teruk akibat serangan itu.
Sehingga kini, mangsa dilaporkan masih mengalami kesakitan berterusan akibat perbuatan Christina. 


WOW ~! terlopong seketika kami tatkala melihat gambar pelakon senior, Raja Ema bergaya sakan dengan koleksi baju tidurnya!
Dalam usia yang hampir mencecah 50-an, ternyata dia masih mampu bergaya penuh confidentdan ‘mengancam’ setanding dengan artis-artis wanita muda sekarang. Tengoklah rambutnya tu, blonde abis .. sekali pandang dah macam Eina Azman lak kan.
Oh ya, jangan salah sangka pula…
Raja Ema bukan saja-saja mengenakan baju tidur tersebut, sebaliknya ia untuk tujuan promosi perniagaan ‘Raja Ema Sleep Wear Collection 2015′.
Jadi, kalau ada wanita-wanita yang mahu tampil menggoda bak Raja Ema, mungkin koleksi ini sesuai untuk anda gayakan.







BONUS daripada pihak syarikat pastinya amat ditunggu-tunggu sesiapa sahaja yang bergelar kakitangan atau pekerja.
Jika di China, kebiasaannya ia akan diberi dalam bentuk wang ringgit ataupun kereta.
Namun, berbeza pula dengan sebuah syarikat teknologi di Beijing, Qihoo360 apabila pihak pentadbir dikatakan menawarkan peluang bermalam dengan pelakon lucah Jepun, Julia Kyoka kepada kakitangan yang ‘bertuah’.
Khabar itu tersebar selepas satu senarai pilihan bonus syarikat tersebut disiarkan di Internet.
Bagaimanapun, ia dinafikan oleh pihak Qihoo360 dan mendakwa ia merupakan senarai palsu.

DETROIT – Seorang pekerja kilang, James Robertson yang berjalan kaki lebih daripada 32 kilometer (km) setiap hari untuk ke tempat kerja hampir sedekad yang lalu menerima kejutan apabila dihadiahkan sebuah kereta Ford model terbaharu.
Robertson yang menjadi sensasi di internet dan media massa mengenai kegigihannya berjalan kaki setiap hari untuk bekerja turut menerima sumbangan daripada orang ramai lebih AS$310,000 (RM1.1 juta).
Dia terpaksa berjalan kaki berikutan tidak mampu membeli kereta baharu selepas keretanya rosak sejak sembilan tahun lalu, manakala laluan ke tempat kerja tidak mempunyai kemudahan pengangkutan bas.
Walaupun wang sumbangan yang dikumpulkan bertujuan untuk membolehkan dia membeli sebuah kereta baharu, pengedar kereta memutuskan memberikan sebuah kereta model terbaharu, Ford Taurus bernilai AS$37,000 (RM132,357).
“Sejak kereta rosak, saya memang tidak mampu untuk membeli yang baharu. Oleh itu, saya terpaksa berjalan kaki sejauh 32km setiap hari demi meraih pendapatan sebanyak AS$10.55 (RM37.70) untuk satu jam di sebuah kilang,” katanya.
Sumbangan kereta berkenaan diberikan oleh wakil pengedar Ford, Blake Pollock, manakala inisiatif dana bantuan pula dilakukan oleh seorang pelajar universiti, Evan Leedy.
Wang sumbangan pula akan dijadikan dana bagi perubatan, penyelenggaraan kereta dan kos petrol Robertson. – Agensi

KES wanita ‘bersiar-siar’ dalam keadaan bogel bukanlah sesuatu yang luar biasa di negara kita biarpun ia boleh dianggap sebagai kes terpencil.
Hari ini, tersebar satu lagi video berdurasi 13 saat yang memaparkan seorang wanita bogel sedang diawasi oleh dua anggota polis trafik.
Wanita tersebut dilihat berjalan pantas di atas jalan raya tanpa memperdulikan kenderaan yang lalu-lalang di sekelilingnya.
Ramai yang mengandaikan dia mengalami masalah mental dan tindakan itu dilakukan di luar kewarasannya.
Hasil carian kami di Twitter mendapati kejadian tersebut berlaku di Kuala Lumpur, namun lokasinya tidak diketahui secara tepat.


SUMBER - Mynewshub.cc



TULSA, Oklahoma – Sebuah pesawat American Airlines melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Tulsa dan dikosongkan selepas asap dilaporkan dalam kokpit.

Jurucakap pihak berkuasa lapangan terbang, Alexis Higgins, berkata pesawat berkenaan yang dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Dallas-Fort Worth ke Cedar Rapids, Iowa, dikosongkan di landasan pada jam 6.15 petang selepas mendarat dengan selamat.

Higgins berkata, tiada daripada 67 penumpang dan kru pesawat berkenaan yang cedera.

Katanya, punca asap itu masih belum diketahui.

Jurucakap American Airlines, Victoria Lupica, berkata pihak syarikat masih menyiasat puncanya. – AP