Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


Seorang peneraju stesen radio berita negara ini mendakwa anak lelakinya yang berusia setahun disyaki didera oleh sebuah pusat asuhan di Kelana Jaya, dua hari lepas.
Menurut Penerajuk Bernama Radio24 itu, Nazira Noran, 35, suaminya Muhammad Farid Samsuddin, 41, pada mulanya menyedari ada kesan gigitan dan cakaran pada lengan tangan dan kiri, belakang badan serta dari anaknya.
Kesan itu disedari selepas menjemput anaknya itu dari pusat berkenaan pada petang Khamis.
“Kerana tidak berpuas hati, saya telah ke taska itu untuk mendapatkan pengesahan namun penyelianya memberi alasan ia luka lama.


“Namun setelah membuat pemeriksaan di sebuah pusat rawatan swasta, doktor mengesahkan ada kesan cakaran kuku saiz orang dewasa,” katanya.
Nazira dan suaminya kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Petaling Jaya, kelmarin.
“Ini kali pertama kejadian ini berlaku setelah lebih setahun anak saya ditempatkan di situ,” katanya.
Nazira berkata, anaknya itu kini berada dalam keadaan stabil dan buat masa ini anak bongsu daripada tiga beradik itu dijaganya sendiri susulan insiden berkenaan. - Mynewshub

Havana: Seorang penerbit video muzik dari Cuba ditangkap kerana 'terlampau cerdik' menayangkan kekayaan diraih hasil kegiatannya mencuri identiti pelbagai mangsa di media sosial.

Gilberto Martinez, 28, memuat naik pelbagai gambar serta video ke laman web seperti Facebook dan YouTube menunjukkan kereta serta motosikal mewah, pakaian berjenama dan gajet terkini termasuk iPhone.

Dia juga memulakan kerjaya muzik menggunakan nama 'Gilbertman.'

Dua minggu lalu segalanya berakhir apabila rumahnya diserbu polis Cuba dan dia ditangkap.
Jirannya yang enggan dikenali berkata, penahanan Martinez amat dramatik. - Agensi


Miri: Akibat mabuk, seorang lelaki cedera dilibas dengan parang selepas membelasah isteri rakannya sehingga pengsan alam kejadian di sebuah rumah pekerja di tapak binaan di Riam, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam, mangsa berusia 30-an ditumbuk di kepala dan muka bertubi-tubi sehingga pengsan manakala suaminya berusia 28 tahun terpaksa menyerang semula suspek bagi mempertahankan diri.

Suami wanita itu yang hanya mahu dikenali sebagai Thomas berkata, ketika kejadian dia sedang tidur sebelum dikejutkan dengan kehadiran suspek berusia 40-an yang memecah masuk kediamannya.

“Mulanya, saya cuba menenangkan rakan saya itu, namun dia bertindak agresif menyerang isteri saya. Saya terpaksa melawan bagi mempertahankan diri.
“Saya mengambil parang diletakkan di luar bilik dan melibas suspek sehingga cedera di rusuk kirinya,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan di Balai Polis Pusat Miri, di sini, semalam.

Menurutnya, suspek terbabit dibawa ke Hospital Miri untuk rawatan selepas menerima panggilan kecemasan berikutan kejadian itu.
“Akibat pergelutan dengan lelaki itu, saya juga mengalami kecederaan di tangan dan kaki. Saya tidak tahu kenapa dia menyerang saya, namun ketika kejadian dia sangat mabuk,” katanya.

Sementara itu, jurucakap polis berkata, pihaknya sudah menerima laporan kes berkenaan manakala keterangan wanita terbabit dan suaminya sudah diambil bagi membantu siasatan.
Katanya, suspek ketika ini masih menerima rawatan di hospital dan dilaporkan stabil. -Hmetro Online



Alor Setar: "Seluruh badan dan muka saya pedih seolah-olah 'terbakar' akibat melecur serta melepuh selepas mengambil dua jenis pil dari sebuah klinik swasta di Perlis, minggu lalu.
"Akibatnya, saya kini menanggung penderitaan apabila seluruh badan sakit dan hanya mampu terlantar di atas katil sejak Khamis lalu disebabkan masalah kulit ini," kata pesakit yang dipercayai alah dengan pengambilan ubat berkenaan.

Wanita berusia 35 tahun yang enggan identitinya didedahkan itu dikatakan mendapatkan rawatan di klinik berkenaan Selasa minggu lalu dan diberi dua jenis pil itu untuk membantu meredakan masalah kebas yang dialaminya.

Dia yang menghidap kencing manis sejak dua tahun lalu dikatakan baru pertama kali mendapatkan rawatan di klinik berkenaan walaupun sebelum ini sering ke hospital kerajaan untuk membuat pemeriksaan.

Akibat masalah itu, seluruh wajahnya membengkak dan melecur yang disertai air bisa, kulit badannya berbintik di seluruh badan.


Hmetro 
Lakaran wajah lelaki pertama yang dikehendaki bantu siasatan polis.

BATU PAHAT - Dengan hanya bermodalkan sebuah cawan berisi air, tiga individu berjaya memperdaya seorang suri rumah sehingga kerugian RM42,000.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.17 petang, Isnin lalu, mangsa berusia 60 itu, didatangi seorang suspek yang memperkenalkan diri sebagai tabib ketika berada di hadapan sebuah klinik di Jalan Kluang, di sini.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, tabib berkenaan mendakwa dirinya mampu mengubati pelbagai jenis penyakit, termasuk penyakit ‘berbahaya’ yang dihidap suri rumah itu.

“Setelah berbual-bual berkaitan penyakit dihidap, dua lagi suspek menghampiri lokasi berkenaan, di mana mereka meyakinkan mangsa yang suspek pertama sememangnya seorang tabib handal.

“Untuk meyakinkan mangsa, suspek pertama menyuruh suspek kedua memasukkan jarinya ke dalam cawan berkenaan, namun air itu tidak berubah warna.

“Tetapi berbeza setelah mangsa memasukkan jarinya ke dalam cawan sama, di mana air terbabit berubah menjadi kekuningan dan suspek memberitahu penyakit mangsa berada di tahap bahaya,” katanya.

Menurut Din, suspek kemudiannya memberitahu dia mempunyai ubat penyakit tersebut, namun menyatakan ubat berkenaan terlalu mahal sehingga mencecah RM50,000.

Katanya, disebabkan bimbang dengan kesihatannya, mangsa memberitahu mempunyai sekitar RM40,000 dan suspek bersetuju dengan jumlah itu

“Mangsa mengeluarkan RM42,000 daripada sebuah bank dan menyerahkannya kepada suspek.

“Suspek pertama kemudiannya menghantar mangsa pulang ke rumah dan berjanji menghantar ubat itu ke rumah mangsa secepat mungkin, namun tidak muncul," katanya.

Berikutan itu, pihaknya meminta orang ramai yang mengenali suspek memberikan maklumat kepada pihak polis.

“Ini bukan kejadian pertama di sini, kita minta orang ramai berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan sebarang taktik penipuan,” katanya. - Sinar Online

PENDUDUK Pulau Pinang dikejutkan dengan berita mengenai Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBA) mengenakan caj ‘tersembunyi’ sebanyak 90 sen bagi pengguna yang membayar bil air di Pejabat Pos Malaysia.
Pengerusi Jawatankuasa Perwakilan Penduduk Bandar Sri Pinang, Soon Kok Wah berkata penduduk negeri itu keliru dengan caj tambahan yang dikenakan ketika membayar bil air di Pos Malaysia mulai 1 Jan lepas.
Difahamkan, PBA mendakwa caj tersebut telah dikenakan oleh Pos Malaysia dan bukannya pihak mereka.
Namun yang menjadi persoalan adalah, jika benar Pos Malaysia yang mengenakan caj tersebut mengapa ia tidak diumumkan dan dilaksanakan di seluruh negara?
Adakah PBA cuba menyembunyikan ‘tangan’ apabila menuduh caj tersebut dikenakan oleh Pos Malaysia? Atau adakah Pos Malaysia cuba bersekongkol dengan PBA dalam caj tersembunyi ini?
Menerusi laporan Bernama, seorang pengguna meluahkan perasaan terkejut setelah menerima penyata bil yang sampai ke rumahnya 16 Januari lalu.

Menurutnya, pada bil tersebut tertera bahawa mulai 1 Januari 2015 caj sebanyak 90 sen akan dikenakan apabila membuat bayaran bil air melalui pejabat Pos Malaysia.
“Selalunya kalau bayar bil air di pejabat pos, tiada caj pun yang patut dibayar, tapi tahun ini lain pula jadinya. Saya paling senang kalau bayar bil dekat pejabat pos, hendak pergi tempat lain jauh, mana ada kenderaan, sekarang dicaj macam ini pula,” luah pengguna tersebut.
Caj tersembunyi itu nyata membebankan rakyat di negeri Pulau Pinang dan jika benar PBA dan Pos Malaysia telah bersekongkol dalam perkara ini, maka ia adalah sesuatu yang tidak boleh diterima akal khususnya bagi rakyat berpendapatan rendah di negeri terbabit.
-MYNEWSHUB.CC

ALAHAI, macam tak ada topik lain yang boleh dibincangkan oleh artis penuh kontroversi, Zarina Anjoulie di laman Twitter sampaikan topik ‘buah dada’ juga yang jadi pilihannya.
Apa lagi, perlakuan Zarina ini mengundang komen daripada peminat lelaki.
Ia bermula apabila bekas model Playboy ini memuatnaik status mempersoalkan tentang perkataan ‘tetek’ yang dianggapnya seperti perkataan murahan.
Maka berbondong-bondonglah idea yang keluar termasuklah menggantikan tetek dengan ‘payudara’, ‘nenen’ dan ‘kopek’.
Tapi paling tak boleh blah, Zarina sendiri telah mencadangkan perkataan ‘mahligai’ sehingga salah seorang peminat lelaki memberikan komen berbunyi:
“Baiklah Zarina. Tapi ‘mahligai’ Zarina mimpi indah saya. Semoga dapat ditunaikan.”




Australia: Menakjubkan, seorang ibu, Gerri Wolfe, 41 yang mempunyai sembilan orang anak telah menarik sendiri bayi dari perutnya ketika menajalani pembedahan caesarean untuk melahirkan bayi kembar.

Dia mengambil keputusan itu kerana bosan dengan prosedur pembedahan baisa yang dijalani sebelum ini.

Pembedahan itu bukanlah pembedahan  caesarean yang pertama kali yang dijalani olehnya, malah ianya adalah kali ke lima.

Dia terpaksa melahirkan melahirkan kembar tersebut selepas mengalami masalah pada minggu ke-36 pada kandungan tersebut.

“Saya kecewa apabila dimaklumkan perlu menjalani pembedahan lagi.

Selepas dibedah saya terpaksa berbaring di rumah sahaja sedangkan orang lain bebas bergerak.

“Justeru saya mahu melakukan sesuatu yang istimewa dan selepas membaca mengenai bantuan kelahiran ketika caesarean, maka saya tekad melakukannya,’’ katanya yang mengakui yang pada mulanya doktor enggan melakukan prosedur tersebut.

Namun, Gerri tetap bertegas sehingga doktor tiada pilihan dan pada hari pembedahannya dia dipakaikan sarung tangan dan dibius separuh badan.

“Saya tidak dibenarkan bergerak dan menyentuh atau melakukan apa-apa sehingga disuruh.

“Doktor kemudiannya menyuruh saya memasukkan tangan dalam perut dan menarik sendiri bayi saya.

“Beberapa minit kemudian saya disuruh memasukkan tangan sekali lagi dalam perut dan dengan bantuan doktor, saya berjaya menggapai kepala seorang lagi bayi kembar,’’katanya.

Kembar yang dilahirkannya itu, Matilda 3.04kb, dan Violet 2.54kb selamat dilahirkan. Gerri berada di hospital selama seminggu untuk rawatan sebelum dibenarkan keluar.

ANGGOTA Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sememangnya dikenali dengan ketangkasan dan kecekapan mengendalikan kes mencemaskan tidak kira kebakaran atau kemalangan.
Selain itu, anggota bomba juga membantu menyelesaikan masalah binatang berbahaya masuk ke kawasan kediaman orang awam.
Di laman Facebook JBPM, dipaparkan beberapa keping gambar seorang anggota bomba wanita yang manis tetapi ligat bermain dan memegang ular Tedung Selar bersaiz agak besar tanpa rasa takut.


Gambar itu diambil ketika pasukan bomba membuat demonstrasi persembahan di hadapan murid di sebuah sekolah.
Penulis sendiri naik gerun melihat salah satu gambar memperlihatkan anggota bomba wanita berkenaan mencium rapat ular tanpa ada rasa bimbang dan gementar.
Bagaimanapun seperti pesanan JBPM di Facebook, aksi tersebut dilarang sama sekali untuk ditiru kerana ia dilakukan pegawai bomba yang berkelayakan dan bertauliah, juga diselia oleh Wira Penyelamat.
Dalam pada itu, laman media sosial rasmi bomba menggelarkan anggota wanita berkenaan sebagai Queen Cobra. -MYNEWSHUB.CC


TEXAS – Selepas 65 tahun menyimpan duit syiling, akhirnya seorang nenek berusia 81 tahun telah mendepositkan duit berkenaan sebanyak hampir RM3,000 ke dalam bank tempatan dalam bentuk syiling.
Ira Keys yang berasal dari Slaton berkata, dia tidak lagi menggunakan duit syiling sejak 1952 ketika berusia 17 tahun dan menyimpannya.
“Saya sentiasa ingat pesanan bapa, walau apa pun yang saya lakukan, pastikan saya menyimpan duit,’’ katanya.
Jelas Keys, memandangkan dia tidak mempunyai wang yang banyak ketika mula-mula menyimpan dahulu maka dia hanya menyimpan duit syiling.
Berat semua syiling yang dideposit dalam bank adalah 226 kilogram hingga memaksa beberapa pekerja bank mengira semua syiling berkenaan.
Dalam pada itu, seorang kakitangan bank memberitahu, kebanyakan individu suka mengambil mudah apabila mereka menemui syiling dan kadang kala membiarkannya sahaja di atas lantai.
“Apabila kita melihat duit syiling di atas lantai, kita langsung tidak mengendahkannya namun lelaki ini telah mengumpulnya dan lihatkan betapa banyak wang yang diperolehinya,’’ katanya.

BEIJING – Gara-gara menyarungkan kulit tembikai di kepala ketika menaiki keretapi, seorang lelaki kini menjadi selebriti media sosial.
Lelaki itu turut menebuk lubang di bahagian mata dan hidung ketika menyarung tembikai tersebut hingga mengundang ketakutan kepada penumpang keretapi terbabit, terutama pada waktu tengah malam.
Penduduk tempatan cuba mengenalpasti identitinya namun belum berhasil.
Manakala penumpang yang ketakutan dengan imej menakutkan itu telah memaklumkan kepada pengawal keselamatan dan kemudiannya melaporkan kepada polis.
“Lelaki itu menaiki keretapi dengan topeng tembikai di muka bersama dengan botol minuman keras di tangannya.
“Adalah jelas dia sebenarnya mabuk,’’ demikian komen penumpang keretapi tersebut yang terpaksa menaiki keretapi itu bersama lelaki tembikai berkenaan.

Singapura – Seorang jurugambar miang akhirnya bertemu buku dengan ruas apabila keghairahannya merakam imej seksi model Singapore Motorshow 2015 dibongkar oleh model itu sendiri.
Menggunakan rangkaian media sosial, Miki Ace berkata, insiden itu berlaku ketika dia bertugas sebagai model kereta di pameran berkenaan.
Katanya, dia melihat jurugambar terbabit bukan mengambil gambar seperti sepatutnya, malah menumpukan lensa kamera ke bahagian dada dan pahanya.
“Saya dapat merampas kameranya untuk melihat gambar yang diambil.
“Saya sangat terkejut kerana dia mengambil gambar dada dan seluar dalam setiap model yang ada di pameran ini,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Miki Ace, itu bukanlah kali pertama lelaki terbabit menyalahgunakan kameranya.
“Saya tak sangka kerana dia juga memiliki gambar sebegitu untuk ekspo tahun lalu!” katanya.
Pendedahan Miki Ace itu ternyata cepat menarik perhatian pengguna Facebook dan imej berkenaan dikongsi ramai dalam tempoh singkat.
Kata Miki Ace, dia mengakui dibayar untuk berpakaian menarik dan melayan permintaan pengunjung untuk bergambar.
“Tetapi ia tidak bermakna kami berhak dilayan begini,” katanya.
Menurut Miki, dia berharap semua lelaki dapat menghormati wanita sewajarnya.
Bagaimanapun, ada juga pengguna Facebook menganggap model seperti Miki Ace memang layak dilayan begitu.
Hujah mereka – model terbabit tidak boleh mengeluh berdasarkan sifat pakaian mereka yang mencolok mata. – Agensi