Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


TRAGEDI berdarah di Perancis pada minggu lalu membabitkan serangan ke atas pejabat majalah Charlie Hebdo yang meragut 12 nyawa pada Rabu, diikuti drama tebusan di sebuah pasaraya mini Kosher yang terletak Porte de Vincennes, timur Paris pada Jumaat yang mengorbankan 4 tebusan, kini jadi polemik berkaitan ekstremis paling hangat diperkatakan masyarakat dunia.
Meskipun tiga suspek utama yang bertanggungjawab melakukannya berjaya ditembak mati, seorang lagi suspek berjaya meloloskan diri dan kini masih diburu pihak berkuasa Perancis.

Dia adalah wanita jelita bernama Hayat Boumediene, 26, yang didakwa merupakan teman wanita atau isteri suspek yang ditembak mati di pasaraya Kosher, Amedy Coulibaly.
Bagaimana Hayat dapat melepaskan diri mengejutkan banyak pihak namun pihak polis memberi gambaran bahawa wanita ini amat licik, berbahaya dan dipercayai masih berada di Perancis.



Susulan itu, gambar Hayat yang didakwa gemar berbikini sebelum memakai jubah dan jilbab selepas melibatkan diri dalam aktiviti ekstremis bersama Coulibaly mulai tersebar.
Sejauh mana kesahihan gambar ini tak dapat dipastikan, ia memaparkan Hayat yang cuma memakai bikini melingkarkan tangannya pada badan Coulibaly ketika mereka berada di pantai.
Gambar lain yang didakwa diperoleh daripada sumber risikan pula, menunjukkan sisi berbeza Hayat apabila dirakam sedang beraksi menggunakan senjata jenis panah dikenali sebagaicrossbow, di samping satu gambar dirinya memakai jilbab bersama Coulibaly dipercayai dirakam sekitar tahun 2010.
Coulibaly diyakini mempunyai kaitan dengan dua beradik yang melakukan serangan terhadap Charlie Hebdo iaitu Cheris and Said Kouachi namun penglibatan Hayat dengan kedua mereka masih disiasat. 

AKIBAT terlalu sedih dan berang terhadap seekor buaya yang telah membaham isterinya ketika sedang sarat mengandung, si suami bertindak membalas dendam dengan membunuh buaya tersebut.
Suami mangsa, Mubarak Barambuze, 57 tahun dari Kampung Kibuye, Uganda dikatakan membunuh buaya itu menggunakan lembing paling tajam yang ditempah khas dari tukang kayu untuk membunuh haiwan reptilia itu.
Buaya seberat 1,000 kilogram ini kemudian diangkat ke daratan atas bantuan lima nelayan yang lain.
Ekoran terbunuhnya haiwan berbahaya itu, Mubarak telah diangkat sebagai hero oleh penduduk kampung kerana berjaya menyelesaikan permasalahan yang menghantui kampung tersebut.

Menyingkap sebelum kejadian, isterinya yang sedang hamil, Demeteriya Nabrie dikatakan hilang ketika sedang mencari kayu api berdekatan pesisir sungai Nawaikoke di Uganda.
Pihak penduduk yang menjalankan operasi mencari kemudiannya digemparkan dengan penemuan selipar milik wanita hamil itu beserta jari kaki dan tangan yang berlumuran darah di kawasan berkenaan.
Ini sekaligus menjawab persoalan yang wanita hamil itu hilang akibat dibaham buaya yang dianggar sepanjang 20 kaki itu.
Sebelum ini, buaya itu juga dikaitkan dengan kematian enam wanita dan kanak-kanak yang dilaporkan hilang sejak setahun lalu.

DALANG disebalik tragedi nahas pesawat MH17 yang mengorbankan kesemua 298 penumpang dan anak kapal masih belum terjawab meskipun spekulasi terus tersebar dengan pelbagai dakwaan tertentu.
Terbaharu, pemberontak pro-Rusia bertindak mendedahkan buat pertama kalinya foto dan identiti juruterbang Ukraine yang dituduh sebagai individu bertanggungjawab menembak jatuh pesawat milik Malaysia Airlines MH17.
Pihak Jawatankuasa Siasatan Rusia juga telah menggesa dan meminta suspek, Kapten Vladislav Voloshin menjalani ujian poligraf (mengesan penipuan) dan sesi soal siasat rasmi dengan badan siasatan yang setaraf dengan FBI ini.
Penglibatan Voloshin dalam tragedi nahas pesawat tersebut didedahkan selepas seorang ‘saksi rahsia’ tampil dalam sebuah rancangan temu bual, ‘Malaysian Boeng case’.
Lebih mengejutkan, saksi telah mendedahkan secara terperinci perihal insiden berkenaan, termasuk mengenai juruterbang itu merungut berkaitan sebuah ‘pesawat’ (dipercayai sebagai MH17) ‘berada di tempat dan masa yang salah’.
Kenyataan saksi tersebut dipercayai boleh diterima pakai selepas lulus menjalani ujian poligraf oleh Jawatankuasa Siasatan yang diketuai Alexander Bastrykin.

Namun Voloshin menafikan kepada pihak atasan yang dia bertanggungjawab dalam insiden nahas itu.
Portal Mail Online melaporkan, Ukraine pula dilihat terus menyalahkan Rusia dan menuduh ini adalah propaganda yang dicipta bagi menyalahkan juruterbang mereka.


Kuala Lumpur: Hampir 95 peratus kes individu Malaysia yang terbabit menyertai kumpulan militan Negara Islam (IS) di Syria adalah melalui media sosial termasuk Facebook (FB).

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kumpulan miltan IS memiliki ribuan ‘cyber trooper’ yang digunakan untuk berinteraksi dengan masyarakat Islam sedunia bagi mempromosikan ideologi kumpulan itu.

Beliau berkata, mereka menyasarkan belia berusia 20-an dan awal 30-an daripada pelbagai latar belakang.
“Ada yang bekerja sebagai guru agama, kakitangan kerajaan, ada yang tiada pekerjaan dan ahli perniagaan.
“Setakat ini 59 rakyat Malaysia sudah kita tahan. HmetroONLINE


Klang: Polis menahan 19 lelaki dan 10 wanita kerana terbabit dalam pesta dadah dan seks di bilik hotel di Jalan Batu Tiga Lama, Klang, awal pagi tadi.

Serbuan kira-kira 3 pagi itu, dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara selepas menerima maklumat awam.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohamad Shukor Sulong berkata, semua yang ditahan berusia 20 hingga 37 tahun termasuk dua daripadanya bekerja sebagai anggota polis bantuan sebuah bank.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut di dalam bilik berkenaan kemudiannya menemui pelbagai jenis dadah seperti eramin, ketamin dan ekstasi serta satu botol berisi air ketum.

"Siasatan lanjut mendapati, mereka mengadakan parti berkenaan untuk menyambut ulangtahun kelahiran seorang daripada individu yang ditahan dan mereka kemudiannya di bawa ke IPD Klang Utara untuk siasatan lanjut," katanya kepada Harian Metro. - Harian Metro

Sebuah akhbar bahasa Inggeris tempatan, The Star dalam satu laporannya hari ini berkata, terdapat sebuah kedai di Bandar Baru Bangi menjual barangan militan tanpa mempedulikan kemungkinan bakal ditahan.
Saya lakukannya kerana Allah dan oleh sebab saya lakukan untuk-Nya, saya tak perlu takut,” ujar peniaga tersebut kepada pemberita akhbar itu.
Wartawan tersebut turut menceritakan, keadaan luar kedai tidak nampak mencurigakan namun di dalamnya, terdapat pelbagai barangan kontroversi yang dijual.
Antara barangan yang terdapat di kedai tersebut adalah bendera berkonsep militan, topi dan baju. Selain itu, ia juga membekalkan barangan yang memaparkan kumpulan militan terutamanya Negara Jajahan Islam Iraq dan Syria (ISIS) serta taliban.
Menurut peniaga itu lagi, kedainya mula beroperasi sekitar tiga bulan lalu dan barangan yang dijualnya diimport dari Indonesia.
Barangan seperti ‘sticker’ bercorak ISIS dijual pada harga RM5 sehingga RM10 manakala T-shirt ISIS pada harga RM59.
Selain itu, ada T-shirt yang tertulis ‘Mujahideen Cyberspace’ dan ‘We Declared War Against The Zionists’.
Permintaan tinggi untuk barangan itu serta perniagaan bertambah baik sejak ia dibuka tiga bulan lalu.
Ramai bertanya sama ada kami bimbang menjalankan perniagaan itu selepas diberikan persepsi negatif.
Namun saya diberi jaminan oleh abang saya yang perniagaan ini dijalankan dengan nama Allah dan tiada apa yang perlu ditakutkan.” – MYNEWSHUB.CC


Tidak habis lagi rupanya kisah lamaran Hanis Zalikha dan Hairul Azreen ini,

Terbaru Hanis Zalikha telah mempersoalkan kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Ustaz Zulkefli Hamat yang juga pengacara program Pencetus Ummah yang mengatakan tindakan Hairul Azreen melamarnya di konsert akhir Gegar Vaganza boleh memesongkan akidah.

Beliau telah memuat naik status di laman Twitter miliknya yang mempersoalkan kenyataan Ustaz Zulkefli tersebut.

Hanis telah memuat naik satu status di akaun Twitter miliknya yang mempersoalkan kenyataan tersebut. Beliau seperti tidak bersejutu dengan kenyataan Ustaz Zulkefli dan telah menulis "Apo Ustaz? Sebab dia serious nak nikahlah dia lamar". Bagaimanapun status tersebut telah dipadam oleh Hanis.

Sebelum ini, Uztaz Zulkifle Hamat telah tampil membuat kenyataan bahawa lamaran Hairul Azreen tersebut boleh memesongkan akidah dan cara tersebut boleh menjatuhkan maruah seorang wanita jika belum nikah melainkan lamaran tersebut disusuli terus dengan majlis akad nikah.

Terdahulu semasa konsert akhir Gegar Vaganza Hairul Azreen telah melamar Haniz Zalikha secara langsung dengan ditonton seluruh Malaysia dan telah mendapat kritikan ramai kerana perlakuan tersebut tidak sesuai dengan tuntutan agama dan adat ketimuran.

SHAH ALAM - Selera seorang lelaki terbantut sewaktu menikmati makan tengah hari di sebuah kedai selepas menemui pembalut penutup luka terpakai dalam masakan sayur lemak pucuk paku, hari ini.

Menurut lelaki tersebut yang enggan dikenali itu, kejadian tersebut begitu menjijikkan hingga membuatnya termuntah.

“Saya makan tengah hari di kedai itu dan mengambil lauk termasuk sayur lemak pucuk paku. Selepas tiga suapan, saya ternampak sesuatu yang pelik dan bila dilihat rupa-rupanya benda itu adalah pembalut penutup luka yang telah terpakai,” katanya kepada Sinar Online.

Akui kesal dengan kejadian tersebut, beliau membuat aduan kepada pengurusan kedai tersebut.

“Saya kecewa dengan amalan kebersihan kedai makan yang sepatutnya diamalkan oleh pekerja kedai tersebut.

“Peniaga sepatutnya menjaga kebersihan dalam menyediakan makanan kerana apa yang kita makan ini akan jadi darah daging,” katanya.

Beliau berharap peniaga tersebut mengambil pengajaran daripada kejadian tersebut dan menitik beratkan soal kebersihan pada masa akan datang.-Sinar Harian

Sebelum ini tersebar seantero Malaysia kisah pelawak popular Zizan Razak yang telah putus cinta dengan aktress jelita Emma Membong dimana kisah mereka telah menjadi buah mulut peminat mereka.
Ada yang mengatakan punca putusnya hubungan mereka adalah kerana orang ketiga dan ada juga mengatakan kerana Emma melarang Zizan membeli kereta berkuasa tinggi.

Hari ini dikejutkan pula apabila terlihat di laman Instagram milik Zizan telah memuat naik semula gambarnya dengan Emma dengan meletak kepsyen “Alhamdulilah, terima kasih Allah.. terima kasih doa-doa yang baik dari anda semua… I love you sayang.”


Nampaknya kisah cinta mereka berdua ini sudah terjalin kembali terjalin semula dengan ayat romantik itu sudah pasti di tujukan kepada Emma kerana Zizan turut memuatnaik gambar beliau bersama teman wanitanya itu.

Ramai peminat di laman Instagram Zizan memberi kata-kata semangat kerana malam ni Zizan akan  beraksi dalam Maharajalawak Mega pada malam ini.

Ada juga yang menasihatkan Zizan supaya cepat-cepat masuk minang, Emma dah bagi "Hint" tak bagi beli kereta berkuasa tinggi sebab suruh simpan duit.


PERNAHKAH anda terfikir di dalam sebuah penjara terdapat sebuah restoran mewah bertaraf 5 bintang?
Mungkin agak pelik jika difikirkan namun tidak di Penjara HMP Brixton, London.
Restoran yang dinamakan The Clink Charity ini didirikan untuk mengurangkan kadar jenayah dalam kalangan banduan dan supaya mampu mendorong mereka membuat perkara lebih baik.
Pekerja di restoran ini terdiri daripada banduan daripada pelayan hinggalah ke tukang masak.

Walaupun chef restoran ini seorang banduan namun masakannya adalah setaraf dengan chef di restoran mahal lain.
Restoran ini sudah mempunyai tiga cawangan setakat ini iaitu di penjara Brixton, London dan dua lagi di penjara yangterletak di Surrey dan Cardiff, Wales.
Walaupun pengunjung yang ingin menjamu selera di restoran harus melalui pemeriksaan ketat termasuk memberi cop jari dan gambar, jumlah yang datang amat memberangsangkan malah pelanggan harus menempah meja 72 jam sebelum datang.
Bukan itu sahaja, usia pengunjung juga terhad, hanya yang berusia 18 tahun ke atas sahaja boleh memasuki restoran ini dan tidak dibenarkan sama sekali menggunakan telefon bimbit di dalamnya.
Beg dan dompet juga, harus ditinggalkan di atas meja penyambut tetamu. 

HAHA! Tergelak besar kami tatkala membaca notis arahan seorang bos kepada para pekerjanya ini.
Tulisnya:
“Semua pekerja tolong lapor diri di kaunter semasa waktu kerja/rehat/keluar daripada tempat kerja walaupun 10 min. (Tolong maklum di kaunter). Jika sesiapa mengingkari arahan kemungkinan akan dibuang kerja atau digantung sampai mati atau gaji & pangkat akan diturunkan…”
Amboi, ganas sungguh bos ini ya.
Ini mesti kes pekerja selalu keluar lama-lama tapi tak maklumkan pergi ke mana, betul tak?
Walaupun ada selitan lawak di situ, jangan ambil ringan ya pekerja-pekerja semua.
Nanti betul-betul dibuatnya, naya korang! - MYNEWSHUB.CC

JIJIK! Portal news.com melaporkan, gigi manusia telah ditemui dalam bekas kentang goreng yang dijual kepada pelanggan restoran makanan segera terkemuka, McDonalds di Jepun.
Insiden ini menambahburukkan lagi jenama tersebut di Jepun setelah laporan tentang penemuan plastik dalam nugget dan kekurangan bekalan kentang sebelum ini.
Menurut timbalan presiden McDonalds Corp, Hidehito Hishinuma, gigi tersebut ditemui pelanggan yang membeli makanan dari cawangan restoran di Osaka.
“Kami tak pasti bagaimana gigi boleh masuk ke dalam kentang tersebut,” ujarnya yang pasti bahawa ia tidak dimasak bersama-sama makanan ringan itu.
Pelanggan terbabit mendakwa, “Saya hanya akan menerima permohonan maaf mereka andai pengurusnya datang sendiri ke sini.
“Pengurusnya tak banyak bercakap bagaimana gigi boleh termasuk dalam makanan tersebut dan tindakan yang bakal mereka ambil pada masa hadapan.
“Saya mempunyai anak kecil dan ia menakutkan andai anak saya tercekik gigi itu ketika dia menelan makanan yang dibeli.”
Menurut McD, siasatan mendapati mereka tidak mempunyai pekerja yang kehilangan gigi di cawangan tersebut dan kemungkinan amat rendah untuk menyatakan bungkusan kentang goreng yang dibekalkan kilang di Amerika Syarikat telah tercemar dengan gigi. –MYNEWSHUB.CC