Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


TANAH MERAH - Seorang bekas anggota tentera ditemui mati dalam keadaan misteri bersama bangkai seekor lembu di sebuah kandang di Kampung Panglima Bayu, dekat sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang, mayat Mohd Azhar Abdul Halim, 44, ditemui pemilik lembu dalam keadaan tanpa pakaian bersama seekor lembu yang sudah mati dalam kandang berkenaan.

Pemilik lembu terbabit, Mohamad Husin, 61, berkata, dia bersama seorang rakan mencari lembunya yang hilang, kemudian ditemui mati itu tidak jauh dari kandang tersebut sejak awal pagi.

"Kami cari di tempat biasa lembu ini ditambat tetapi tidak ada, kemudian saya cuba cari di kawasan lain dan ketika melalui kandang, saya ternampak ada lembu mati dan mayat mangsa.
"Saya terus panggil rakan untuk lihat sendiri kejadian sebelum buat laporan di Balai Polis Batu Gajah kira-kira jam 4.15 petang," katanya ketika ditemui di tempat kejadian, kelmarin.

Sementara itu, adik mangsa, Mohd Abdul Halim, 30, memberitahu, abangnya menghidap beberapa penyakit seperti jantung, paru-paru berair dan asma serta pernah dimasukkan ke hospital sebelum ini.

"Saya dapat tahu dia meninggal dunia dalam kandang lembu selepas dimaklumkan seorang jiran. Arwah tidak ada di rumah sejak jam 10 malam semalam dan isterinya cuba cari dengan menghubungi rakan arwah tapi gagal," katanya.

Sementara itu Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim mengesahkan kejadian dan mengklasifikasikan  kes sebagai mati mengejut. - SinarharianONLINE


Seorang lelaki dari Guangzhou yang bekerja di sebuah syarikat permainan video menggunakan 500,000yuan (RM273,232) untuk membeli 99 buah iPhone 6 bagi tujuan hiasan ketika dia meluahkan cintanya kepada seorang rakannya sekerjanya.





Lelaki tersebut, yang telah menggunakan duit simpanannya yang bernilai dua tahun, menyusun kesemua 99 buah iPhone baru itu menjadi sebentuk hati ditengah-tengah tempat parking ketika waktu rehat.

Rakan sekerja wanitanya, yang diminati oleh lelaki terbabit , tiba di tempat tersebut setelah dipujuk dan ditekan dari rakan sekerja yang lain, tetapi tidak memberi sebarang respons luahan cinta lelaki itu lagi. 

New York - Seorang lelaki mabuk disini telah menaiki kereta api dan yang membuatkan dia lain dari lelaki mabuk yang lain adalah, dia dalam keadaan berbogel ketika menaiki keretapi terbabit.

Dia menaiki keretapi tersebut dengan hanya memakai kasut dan stokin sahaja.

Perlakuannya itu telah menyebabkan penumpang lain terkejut dan menjauhkan diri dari lelaki tersebut kerana dikhuatiri dia akan bertindak ganas.

Gambar lelaki berkenaan dalam keadaan bogel di atas keretapi telah dirakam oleh seorang editor majalah fesyen Daily Front Row, Peter Davis. Davis bertindak memuatnaik gambar berkenaan ke dalam akaun Twitter, Facebook dan Instagramnya.

“ Lelaki tersebut berada di dalam keretapi sekurang-kurangnya enam stesen dan ketika itu terdapat kira-kira 30 penumpang lain,’’ katanya Davis. -


CHICAGO: Satu rakaman video CCTV di dalam balai polis telah bocor dan menunjukkan seorang wanita telah ditolak dan terhantuk di kerusi konkrit yang mencederakan mukanya nyata mengejutkan ramai pihak.

Video tersebut dikeluarkan oleh peguam yang mewakili Feuerstein yang ingin mengambil tindakan undang-undang ke atas pegawai yang melakukan perbuatan itu terhadapnya.Kejadian itu bermula apabila wanita itu ditahan pihak polis atas kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol.

Melalui rakaman itu, Feuerstein yang pada mulanya berada di dalam lokap itu dibawa keluar selepas itu pegawai tersebut dilihat menarik wanita itu masuk semula ke dalam lokap sebelum menolaknya kuat sehingga tersembam ke bangku konkrit itu.




Selepas terhantuk ke dinding Feuerstein dilihat tersembam dengan darah di atas lantai sebelum beberapa pihak polis memberi bantuan perubatan ke atasnya.Menurut peguamnya, wanita itu mengaku bersalah atas kesalahan alkoholnya, namun kini menfailkan pula dakwaan ke atas pegawai yang mendatangkan kecederaan terhadapnya.

Wanita itu, Cassandra Feuerstein, 47, mengalami keretakan tulang di bahagian muka dan terpaksa menjalani pembedahan untuk memperbetulkan semula struktur tersebut. Menurut doktor, tulang mukanya tidak dapt diperbetulkan dan perlu diganti dengan plate titanium.

AWAL tahun 1999. Seorang demi seorang penduduk Kampung Sungai Nipah, Negeri Sembilan mula jatuh sakit dan mati tanpa sebarang penjelasan.

Satu wabak misteri mula menyerang kampung itu dan merebak ke kampung berdekatan termasuk Kampung Bukit Pelanduk.

Kawasan dihuni masyarakat majmuk yang hidup penuh harmoni itu kini diselubungi panik, kekecohan dan bunyi tangisan penduduk yang meratapi kematian ahli keluarga dan jiran mereka setiap hari.

“Mereka genggam tangan saya dan kata ‘Manikam, saya pasti mati’. Memang sedih. Satu hospital penuh orang kita.”

Ketua Kampung Bukit Pelanduk, Manikam Nagamalay ditemui Sinar Harian baru-baru ini menceritakan semula detik itu.

Walaupun sudah 15 tahun berlalu, wabak virus Nipah masih segar dalam ingatan penduduk kampung terlibat.

Manikam yang baru dua tahun menjadi ketua kampung waktu itu menyifatkannya sejarah terburuk dalam hidup.

“Sekarang pun boleh menangis, macam terngiang-ngiang di telinga saya kata-kata akhir diucapkan penduduk kampung semasa saya melawat di hospital,” kata Manikam.

Manikam berkata, kebanyakan penduduk mulanya mengalami sakit kepala, kemudian merebak ke belakang leher sebelum demam dan meninggal dunia, hanya dalam tiga atau empat hari.

Pegawai Kementerian Kesihatan kemudian datang ke kampung itu untuk menyembur ubat nyamuk bagi menghentikan penyebaran virus yang disangka JE itu.

“Tak cukup alat sembur (dibawa kerajaan), kami beli sendiri. Ada pemilik kandang khinzir beli ubat lebih mahal supaya lebih berkesan. Nyamuk semua mati. Tetapi lepas itu, khinzir semua masih sakit dan mula mati,” katanya.

Katanya, seluruh kampung  mula panik.

“Kami tak tahu apa nak buat, ke mana nak pergi. Kedai semua tutup,” katanya.

Menurutnya, kerajaan juga memberi  suntikan vaksin JE kepada penduduk.

“Selepas setengah bulan kejadian bermula, ada media antarabangsa datang buat liputan, mereka kata virus ini boleh kena semua orang, semua akan mati kalau tak keluar dari kampung ini,” katanya.

Sejurus amaran itu sampai ke telinga penduduk kampung, kebanyakan mereka terus berpindah keluar.

Katanya, terdapat 42 keluarga ditempatkan di Hospital Port Dickson (kini dikenali sebagai Klinik Kesihatan Port Dickson) sebagai pusat perlindungan sementara manakala penduduk lain berpindah ke rumah sanak saudara di negeri atau daerah berbeza.

Manikam yang turut membantu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) semasa krisis itu terpaksa tidur dalam kereta selama sebulan di pekarangan Hospital Port Dickson kerana perlu bersedia untuk membawa penduduk ke Hospital Seremban menggunakan keretanya sendiri jika mereka mula jatuh sakit.

Katanya, selepas semburan ubat nyamuk tidak berkesan, askar mula masuk ke kampung itu untuk menghapuskan ratusan ribu khinzir.

“Semua khinzir di kampung ini ditembak mati oleh tentera dan ditanam dalam lubang besar yang dikorek berdekatan setiap kandang. Tapi tak dapat tembak semua khinzir kerana terlalu banyak. Ada yang mati dalam kandang sebab tak dapat makanan atau sakit,” ceritanya.

Menurutnya, selepas lebih tiga bulan kampung itu sunyi tanpa penghuni, penduduk mula kembali namun dengan hati yang tidak tenang kerana takut virus itu kembali.

“Hari pertama saya kembali ke kampung ini, saya terkejut tengok ada seekor khinzir sedang merayau di tengah jalan. Saya cepat-cepat panggil askar untuk tembak khinzir itu,” katanya.

Menurutnya, sepanjang krisis itu, penduduk mendapat bantuan daripada kerajaan serta banyak pertubuhan lain.

Namun, bagi Manikam, pertolongan terbesar yang diterima penduduk kampung itu adalah daripada Tuhan.

“Masa itu musim panas luar biasa, lebih kurang enam bulan tak ada hujan, selalunya tidak begitu. Memang Tuhan tolong kita. Kalau hujan semasa wabak itu berlaku, mungkin kampung ini tidak dapat dimasuki semula sampai bila-bila kerana air yang mengalir daripada lubang di mana khinzir ditanam akan cemarkan segala-galanya,” katanya.

Wabak itu mengubah sama sekali kehidupan di kampung tersebut.

Menurut Manikam, disebabkan kerajaan menghalang penternakan khinzir di kawasan itu, penduduk bertukar kepada penanaman kelapa sawit, menternak lembu dan kambing serta keluar mencari kerja di tempat lain.

“Kalau boleh nak lupa terus, tak mahu ingat lagi,” katanya apabila ditanya sama ada penduduk kampungnya masih bercakap mengenai virus Nipah. - Sinar Harian

MANJUNG – Tindakan berani seorang kanak-kanak berusia 12 tahun berjumpa kenalan yang baharu dikenali menerusi aplikasi sosial WeChat membawa padah apabila dia dirogol lelaki berkenaan di Pantai Remis, dekat sini, Khamis lalu.

Pelajar tahun enam yang baru mengenali suspek berumur 27 tahun tak sampai 24 jam telah menjemput lelaki itu bertemu dengannya di kampung mangsa di Beruas kira-kira jam 12 tengah malam.

Tindakan berani itu menyebabkan mangsa dirogol kenalan baharunya dalam sebuah kereta di tepi pantai.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Tengku Mohd Zailan Tengku Mohd Shah berkata, mangsa dikatakan telah keluar bersama rakan baharunya itu dengan menaiki kereta jenis Proton Wira milik suspek, kononnya untuk bersiar-siar.

Bagaimanapun, menurutnya, suspek berusia 27 tahun itu berjaya diberkas  anggota Balai Polis Pantai Remis beberapa jam kemudian.

“Hasil siasatan mendapati suspek yang bekerja sebagai juru pendawaian di Selangor itu mendakwa mengenali mangsa melalui WeChat pada hari sebelumnya.

“Mengikut pengaduan mangsa, lelaki itu merogolnya di dalam kereta yang diberhentikan di tepi pantai di Pantai Remis sebelum menghantar pulang mangsa ke rumah keluarganya,” katanya.

Tengku Mohd Zailan berkata, suspek yang juga berasal dari Pantai Remis direman selama tujuh hari untuk meneruskan siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan merogol.

“Mengikut seksyen berkenaan, suspek boleh dikenakan penjara sehingga 20 tahun dan sebat jika didapati bersalah,” katanya. - Sinar Harian

Sejak penampakan hantu dalam foto yang diambil cucunya di bilik hospital, keadaan kesihatan Bob Large yang dinyatakan menderita kanser pundi kencing dan kegagalan buah pinggang semakin bertambah baik sejak keluar dari hospital.

Semasa Bob membuat pemeriksaan di hospital di Chester, Cheshire, United Kingdom, doktor berkata, lelaki berusia 76 tahun itu hanya mempunyai beberapa hari lagi untuk hidup. Sehingga Chriss Leadbetter memutuskan untuk mengambil foto datuknya menggunakan kamera telefon bimbit.

Dipetik dari Mirror, Selasa 4 November 2014, Chris mengaku hasil foto yang dianggap akan menjadi gambar terakhir datuknya itu mengejutkan semua orang kerana memperlihatkan sosok wanita, yang kemudian dianggap oleh Bob sebagai malaikat penolong mereka.

Terkejut melihat foto di telefon bimbit beliau, Chris memperlihatkan kepada kakitangan  hosptal yang menganggapnya perkara biasa. 

"Oh, perempuan itu. Ramai pesakit pernah melihat dia dekat katil mereka," kata Chris mengulang jawapan yang diperolehinya.

Chris yang berusia 20 tahun menunjukkan foto itu pada ahli keluarga lain, yang juga merasa takut. "Beberapa orang menganggap itu seperti satu bayang, tapi tidak ada sesuatu baik cermin, kaca atau apa-apa yang boleh memantulkan bayangan," katanya.

Seorang kakitangan hospital yang dibina sejak 1829, berfungsi sebagai rumah sakit jiwa itu, berkata ada beberapa penampakan lagi selain hantu perempuan seperti yang ada pada gambar Chris.

"Datukku masih hidup hingga saat ini, walau doktor mengatakan ketika itu hidupnya tinggal beberapa hari," ucap Chris, menambah bahawa keadaan kesihatan datuknya kelihatan semakin bertambah baik selepas keluar dari hospital.


Sumber: Viva news


Katarina Sreckovic yang bekerja di CEN Sports dilantik menjadi presenter untuk program  tentang kelab bola sepak ternama Serbia, Red Star Belgrade.

Namun di awal dirinya menjadi presenter program tersebut, wanita berumur 25 tahun itu dianggap sebagai gangguan bagi para pemain pasukan tersebut kerana kecantikannya. Para pemain sukar menumpukan perhatian dengan kehadiran dirinya.

Katarina memberitahu, dirinya beberapa kali diarah meninggalkan padang semasa pasukan tersebut berlatih.

"Saya akui bahawa awalnya ini jadi masalah, namun saya fikir mereka sudah terbiasa dengan saya sekarang," tutur wanita rupawan itu.

Katarina merupakan peminat setia pasukan Red Star Belgrade dan dia gembira dengan pekerjannya itu.






KUALA LUMPUR: Polis sudah mengenal pasti remaja yang memakai singlet hitam yang menjadi perbualan hangat di facebook baru-baru ini.Rujuk SINI

Penolong Ketua Urus Setia KPN(Komunikasi Koperat) ibu pejabat polis Bukit Aman Datin Asmawati Ahmad,Berkata kejadian tersebut adalah kejadian lama yang barlaku di Pontian,Johor pada tahun 2010.

"Hasil semakan pihak sekolah pelajar tersebut telah lama di buang sekolah iaitu pada ogos 2011 kerana masalah disiplin.

"Beberapa suspek lain dan mangsa sudah dikenal pasti,Bagaimanapun pihak polis belum menerima sebarang laporan daripada mangsa ataupun keluarga dan pihaknya juga tidak menerima sebarang laporan daripada mana-mana pihak tentang kejadian ini.

Pihak sekolah tersebut hanya baru mengetahui selepas video tersebut tersebar luas di laman sosial dan menjadi perbincangan hangat seluruh negara.

Baru-baru ini pengguna laman sosial begitu terkejut dan marah dengan kejadian ini dan berharap pihak polis dapat menyelesaikan kes ini dengan membawa pembuli-pembuli ke muka pengadilan


BRASILIA – Sebuah stesen televisyen di Brazil menayangkan siaran langsung detik cemas seorang wanita yang dijadikan tebusan oleh penagih dadah yang bersenjatakan sebilah pisau di ibu kota Brazil di sini.

Paparan langsung tersebut menunjukkan penagih dadah, Matthew Robson, 33, meletakkan pisau di leher mangsa, Jurema Assuncao, 29, di hadapan sebuah pejabat kerajaan, Selasa lalu.

Seorang jurucakap polis berkata, ketika kejadian Robson berada di bawah pengaruh dadah. Pihak berkuasa tidak pasti motif suspek menjadikan wanita berkenaan sebagai tebusan.

“Kami berunding dengan suspek hampir satu jam dan lelaki itu yang khayal membuat beberapa permintaan pelik termasuk mahu bertemu dengan Presiden Brazil, Dilma Roussef.

“Kami dapat menyelamatkan mangsa selepas beberapa anggota polis berjaya menghampiri suspek sebelum menembaknya dengan pistol renjatan dan peluru getah,” katanya.

Menurutnya, wanita itu dibawa ke hospital tetapi dia tidak cedera manakala suspek ditahan oleh pihak berkuasa. – Agensi


KULIM - Seorang kakitangan awam terkejut setelah dia secara tidak sengaja merakam objek aneh berhampiran bilik mayat di sebuah hospital menggunakan kamera telefon bimbitnya malam kelmarin.

Menurut kakitangan awam tersebut, kejadian berlaku ketika dia dalam perjalanan keluar ke tempat parking kereta dan ingin mengambil kerusi roada bagi tujuan sumbanngan, memetik laporan dari Sinar Harian.

Setelah sampai ke rumah, dia melihat semula beberapa gambar yang telah dambilnya dan terkejut dengan penampakan objek asing seperti pocong di sebuah gambarnya berdekatan dengan bilik mayat berkenaan.

NEGARA bernama Mikronesia negara kepulauan yang terletak di Lautan Pasifik ini merupakan Negara yang terdiri daripada beribu-ribu pulau kecil .
Mikronesia sendiri berasal dari bahasa Yunani Mikros yang bermaksud kecil dan nesos yang bererti pulau. Nama Mikronesia sendiri pertama kali dicadangkan oleh Jules Dumont d’Urville pada tahun 1831.
Negara yang mempunyai banyak keunikan ini ternyata mempunyai penduduk yang majoriti berbadan gemuk. Jika diteliti, hampir seluruh penduduk di Mikronesia bertubuh besar.
Tidak hanya kaum lelaki saja, namun kaum wanitanya juga mempunyai saiz badan yang sama. Sebuah penetilian dari London School of Hygiene of Tropical Medicine, kira-kira 92 peratus penduduk di Mikronesia mengalami obesiti dan terancam mengalami diabetes.
Hal itu bukan tanpa sebab, kerana  makan segera dan pola hidup tidak sihat dari penduduknya, menjadi faktor utama penduduk di Negara ini bertubuh gemuk dan besar. Disamping itu, adanya sudut pandang berbeza dari penduduk Mirkonesia tentang wanita cantik.