Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi

Sejak penampakan hantu dalam foto yang diambil cucunya di bilik hospital, keadaan kesihatan Bob Large yang dinyatakan menderita kanser pundi kencing dan kegagalan buah pinggang semakin bertambah baik sejak keluar dari hospital.
Semasa Bob membuat pemeriksaan di hospital di Chester, Cheshire, United Kingdom, doktor berkata, lelaki berusia 76 tahun itu hanya mempunyai beberapa hari lagi untuk hidup. Sehingga Chriss Leadbetter memutuskan untuk mengambil foto datuknya menggunakan kamera telefon bimbit.
Dipetik dari Mirror, Selasa 4 November 2014, Chris mengaku hasil foto yang dianggap akan menjadi gambar terakhir datuknya itu mengejutkan semua orang kerana memperlihatkan sosok wanita, yang kemudian dianggap oleh Bob sebagai malaikat penolong mereka.
Terkejut melihat foto di telefon bimbit beliau, Chris memperlihatkan kepada kakitangan hosptal yang menganggapnya perkara biasa.
"Oh, perempuan itu. Ramai pesakit pernah melihat dia dekat katil mereka," kata Chris mengulang jawapan yang diperolehinya.
Chris yang berusia 20 tahun menunjukkan foto itu pada ahli keluarga lain, yang juga merasa takut. "Beberapa orang menganggap itu seperti satu bayang, tapi tidak ada sesuatu baik cermin, kaca atau apa-apa yang boleh memantulkan bayangan," katanya.
Seorang kakitangan hospital yang dibina sejak 1829, berfungsi sebagai rumah sakit jiwa itu, berkata ada beberapa penampakan lagi selain hantu perempuan seperti yang ada pada gambar Chris.
"Datukku masih hidup hingga saat ini, walau doktor mengatakan ketika itu hidupnya tinggal beberapa hari," ucap Chris, menambah bahawa keadaan kesihatan datuknya kelihatan semakin bertambah baik selepas keluar dari hospital.
Sumber: Viva news
Semasa Bob membuat pemeriksaan di hospital di Chester, Cheshire, United Kingdom, doktor berkata, lelaki berusia 76 tahun itu hanya mempunyai beberapa hari lagi untuk hidup. Sehingga Chriss Leadbetter memutuskan untuk mengambil foto datuknya menggunakan kamera telefon bimbit.
Dipetik dari Mirror, Selasa 4 November 2014, Chris mengaku hasil foto yang dianggap akan menjadi gambar terakhir datuknya itu mengejutkan semua orang kerana memperlihatkan sosok wanita, yang kemudian dianggap oleh Bob sebagai malaikat penolong mereka.
Terkejut melihat foto di telefon bimbit beliau, Chris memperlihatkan kepada kakitangan hosptal yang menganggapnya perkara biasa.
"Oh, perempuan itu. Ramai pesakit pernah melihat dia dekat katil mereka," kata Chris mengulang jawapan yang diperolehinya.
Chris yang berusia 20 tahun menunjukkan foto itu pada ahli keluarga lain, yang juga merasa takut. "Beberapa orang menganggap itu seperti satu bayang, tapi tidak ada sesuatu baik cermin, kaca atau apa-apa yang boleh memantulkan bayangan," katanya.
Seorang kakitangan hospital yang dibina sejak 1829, berfungsi sebagai rumah sakit jiwa itu, berkata ada beberapa penampakan lagi selain hantu perempuan seperti yang ada pada gambar Chris.
"Datukku masih hidup hingga saat ini, walau doktor mengatakan ketika itu hidupnya tinggal beberapa hari," ucap Chris, menambah bahawa keadaan kesihatan datuknya kelihatan semakin bertambah baik selepas keluar dari hospital.
Sumber: Viva news
Misteri Sejarah
Namun di awal dirinya menjadi presenter program tersebut, wanita berumur 25 tahun itu dianggap sebagai gangguan bagi para pemain pasukan tersebut kerana kecantikannya. Para pemain sukar menumpukan perhatian dengan kehadiran dirinya.
Katarina memberitahu, dirinya beberapa kali diarah meninggalkan padang semasa pasukan tersebut berlatih.
"Saya akui bahawa awalnya ini jadi masalah, namun saya fikir mereka sudah terbiasa dengan saya sekarang," tutur wanita rupawan itu.
Katarina merupakan peminat setia pasukan Red Star Belgrade dan dia gembira dengan pekerjannya itu.
Pelbagai
Penolong Ketua Urus Setia KPN(Komunikasi Koperat) ibu pejabat polis Bukit Aman Datin Asmawati Ahmad,Berkata kejadian tersebut adalah kejadian lama yang barlaku di Pontian,Johor pada tahun 2010.
"Hasil semakan pihak sekolah pelajar tersebut telah lama di buang sekolah iaitu pada ogos 2011 kerana masalah disiplin.
"Beberapa suspek lain dan mangsa sudah dikenal pasti,Bagaimanapun pihak polis belum menerima sebarang laporan daripada mangsa ataupun keluarga dan pihaknya juga tidak menerima sebarang laporan daripada mana-mana pihak tentang kejadian ini.
Pihak sekolah tersebut hanya baru mengetahui selepas video tersebut tersebar luas di laman sosial dan menjadi perbincangan hangat seluruh negara.
Baru-baru ini pengguna laman sosial begitu terkejut dan marah dengan kejadian ini dan berharap pihak polis dapat menyelesaikan kes ini dengan membawa pembuli-pembuli ke muka pengadilan
Isu Panas

Paparan langsung tersebut menunjukkan penagih dadah, Matthew Robson, 33, meletakkan pisau di leher mangsa, Jurema Assuncao, 29, di hadapan sebuah pejabat kerajaan, Selasa lalu.
Seorang jurucakap polis berkata, ketika kejadian Robson berada di bawah pengaruh dadah. Pihak berkuasa tidak pasti motif suspek menjadikan wanita berkenaan sebagai tebusan.
“Kami berunding dengan suspek hampir satu jam dan lelaki itu yang khayal membuat beberapa permintaan pelik termasuk mahu bertemu dengan Presiden Brazil, Dilma Roussef.
“Kami dapat menyelamatkan mangsa selepas beberapa anggota polis berjaya menghampiri suspek sebelum menembaknya dengan pistol renjatan dan peluru getah,” katanya.
Menurutnya, wanita itu dibawa ke hospital tetapi dia tidak cedera manakala suspek ditahan oleh pihak berkuasa. – Agensi
Global

Menurut kakitangan awam tersebut, kejadian berlaku ketika dia dalam perjalanan keluar ke tempat parking kereta dan ingin mengambil kerusi roada bagi tujuan sumbanngan, memetik laporan dari Sinar Harian.
Setelah sampai ke rumah, dia melihat semula beberapa gambar yang telah dambilnya dan terkejut dengan penampakan objek asing seperti pocong di sebuah gambarnya berdekatan dengan bilik mayat berkenaan.
Isu Semasa

NEGARA bernama Mikronesia negara kepulauan yang terletak di Lautan Pasifik ini merupakan Negara yang terdiri daripada beribu-ribu pulau kecil .
Mikronesia sendiri berasal dari bahasa Yunani Mikros yang bermaksud kecil dan nesos yang bererti pulau. Nama Mikronesia sendiri pertama kali dicadangkan oleh Jules Dumont d’Urville pada tahun 1831.
Negara yang mempunyai banyak keunikan ini ternyata mempunyai penduduk yang majoriti berbadan gemuk. Jika diteliti, hampir seluruh penduduk di Mikronesia bertubuh besar.
Tidak hanya kaum lelaki saja, namun kaum wanitanya juga mempunyai saiz badan yang sama. Sebuah penetilian dari London School of Hygiene of Tropical Medicine, kira-kira 92 peratus penduduk di Mikronesia mengalami obesiti dan terancam mengalami diabetes.
Hal itu bukan tanpa sebab, kerana makan segera dan pola hidup tidak sihat dari penduduknya, menjadi faktor utama penduduk di Negara ini bertubuh gemuk dan besar. Disamping itu, adanya sudut pandang berbeza dari penduduk Mirkonesia tentang wanita cantik.
Pelbagai
KEBANYAKAN wanita pastinya menginginkan bentuk Buah Dada yang cantik dan berukuran besar. Bahkan keinginan ini sehingga membuat banyak wanita nekad menggunakan cara segera iaitu pembedahan plastik.
Namun, di antaranya ada juga yang menggunakan cara tradisional yang menerima perkhidmatan untuk memperbesar payudara secara tradisional dan tidak melalui pembedahan.

Seperti perkara yang dilakukan oleh wanita berasal dari Zhejian, China ini yang menggunakan perkhidmatan urutan payudara untuk memperbesar payudara.
Wanita yang bernama Cao ini akhirnya menjalani rawatan tersebut yang telah semuanya betul saiz payudara yang awalnya berukuran B menjadi berukuran C.
Cao pun percaya dan mahu menjalani rawatan selama setahun. Namun, bukannya malah payudara Cao yang besar, tetapi Cao malah mengalami iritasi pada bahagian payudaranya.
Cao malah mengalami iritasi pada bahagian payudaranya semenjak melakukan urutan di bahagian payudaranya tersebut.
Kemudian, Cao meminta pelayannya untuk menukar minyak yang digunakan untuk memicit payudaranya tersebut. Setelah diganti Cao malah merasakan iritasi yang berlebihan. Ia tidak hanya merasa sakit tetapi juga ditumbuhi rambut yang lebat dibahagian payudaranya.
Cao pun merasa rugi setelah ia mengeluarkan wang sebanyak 437.000 yuan untuk rawatan mingguan selama satu tahun tersebut dan akhirnya membawa kes ini ke mahkamah.
Cao menuntut atas haknya tersebut dan meminta pihak jasa urutan payudara itu menukar semua wang yang sudah dikeluarkan. Pihak perkhidmatan urutan tersebut pun harus mengembalikan wang Cao kerana memang ini salah mereka telah menempah minyak dari Jepun yang tidak iktiraf.
Tapi, sayangnya Cao harus membayar dengan wangnya sendiri untuk merawat rambut hitam yang tumbuh dipayudaranya tersebut.
Pelbagai

PETALING JAYA: Penyanyi Kaka Azraff menjelaskan lakaran yang terdapat di kaki kanannya hanyalah sekadar lukisan yang dilakukan secara suka-suka dan ia tidak kekal lama.
Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff, 25, berkata, lukisan itu dibuat oleh seorang rakannya yang pandai melukis dan menjalankan perniagaan lukisan inai.
"Ia bukan tatu tetapi lukisan daripada dakwat pen yang dibuat oleh seorang kawan. Kami bila bertemu memang akan buat perkara-perkara pelik.
"Kawan saya ada kedai inai dan dia seorang yang pandai melukis, jadi saya muat naik gambar itu sebab segaja menghargai hasil kerja seni dia. Saya belum gila lagi untuk buat tatu kekal di kaki," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Khamis.
Kaka diminta mengulas tentang gambar lukisan di kaki yang dimuat naik di laman Instagramnya pada Rabu.
Gambar tersebut telah menerima kecaman daripada pengikut-pengikut Instagram yang menyangka ia sebagai lukisan tatu yang kekal.
Manakala, ada beberapa pengikut yang menganggap lakaran tersebut tidak sesuai dimuat naik kerana menyerupai lambang sebuah agama.
Dalam pada itu, Kaka turut menafikan lukisan kompas itu ada kaitan dengan agama yang dimaksudkan.
"Lukisan itu ialah bentuk kompas dan tiada kaitan dengan mana-mana agama. Saya tidak ada niat pun untuk membuat lukisan yang menyentuh sensitiviti masyarakat atau mana-mana agama.
"Mereka tiada apa ingin komen dan sengaja jadikan perkara itu sebagai sesuatu yang nampak seperti isu besar," katanya.
Sementara itu, Kaka berkata, dia sudah menjelaskan perkara tersebut di ruang komen pada gambar yang dimuat naik itu bagi mengurangkan perbalahan sesama pengikutnya.
Hiburan

Brownville: Seorang wanita mengadapi tuduhan cuba mengupah seorang lelaki untuk membunuh bekas kekasih anak perempuannya dan memberi buaya memakan mayat mangsa.
Polis menahan Melisa Schonfield (gambar), 57, yang menetap di bandar Brownville beberapa hari lalu atas tuduhan cuba melakukan jenayah.
Jurucakap pejabat syerif Jefferson County, Dave Pustizzi berkata, Melisa didakwa menemui seorang detektif yang menyamar pembunuh upahan untuk mengupahnya membunuh seorang lelaki berusia 36 tahun yang kemudian disahkan bekas kekasih anaknya.
Melisa dituduh menyerahkan wang berjumlah AS$5,500, separuh daripada jumlah upah yang dipersetujui untuk melakukan pembunuhan itu.
Apabila detektif itu bertanya bagaimana untuk melupuskan mayat mangsa, Melisa mencadangkan supaya ia diberikan kepada buaya untuk dimakan.
Melisa dikatakan bertindak demikian ekoran pertelingkahan dengan bekas kekasih anak perempuannya itu, berkait dengan seorang kanak-kanak hasil hubungan lelaki itu dengan anaknya.
Melisa yang ditahan di penjara hujung minggu lalu bagaimanapun dibebaskan kelmarin selepas diikat jamin sebanyak AS$500,000 (RM1.66 juta). - Agensi
Global
Dubai: Seorang penjual daging dituduh memenggal teman sebiliknya selepas tersebar khabar angin yang mendakwa mangsa memeliwatnya ketika dia tidur.
Akhbar Al-Bayan melaporkan, warga Mesir itu didakwa melakukan perbuatan itu di bilik mereka di Al-Qusais Jun lalu.
Ketika dibicarakan semalam, tertuduh mengaku menyerang mangsa tetapi menafikan ia merancang pembunuhan itu. Katanya, dia tidak berniat membunuh rakannya itu.
Siasatan polis mendedahkan, lelaki itu duduk sebilik sejak dua tahun lalu dan tertuduh berang apabila rakannya yang lain menggelarnya ‘pengantin perempuan.’
Dia memberitahu mahkamah, beberapa rakannya menuduh dia diliwat oleh mangsa. Dia juga mendakwa menyedari perubahan pada tubuhnya apabila bangun pagi pada hujung minggu dan berkata, mangsa mengambil kesempatan ketika dia mabuk.
Lelaki berkenaan memberitahu mahkamah, dia membeli pisau untuk membunuh mangsa tiga hari sebelum melakukannya.
“Saya menolak hingga dia jatuh dan mengelar lehernya. Dia menggelupur dan saya keluar membeli air dan menghisap rokok sementara menanti polis tiba,” kata lelaki itu. - Agensi
Global

Jakarta: Seorang warga emas mendakwa, dia boleh bertelur sejak 1998 dan setakat ini tiada siapa tahu punca fenomena itu.
Kata Sinin, 62, polis juga pernah menyoal siasat - dan mengambil telurnya - selepas penduduk setempat kecoh mengenai ‘kelebihan’ dimilikinya.
“Mula-mula telur itu keluar dari dubur saya tiga bulan sekali, tetapi kini saya bertelur lebih kerap,” katanya.
Kini menetap di Penjaringan di Jakarta Utara, Sinin berkata, sehingga kini menurutnya, dia sudah mengeluarkan 202 biji telur, termasuk 100 biji yang keluar pada tahun 2000.
Kata Sinin, sesetengah telurnya dibuang begitu saja, manakala sebahagian lagi diberi kepada sesiapa yang berminat.
Menceritakan pengalamannya bertelur, Sinin berkata, mula-mula dia berasa sakit seperti memulas pada perut.
Lama-kelamaan, menurutnya, dia akan mengeluarkan telur melalui proses sama seperti orang membuang air besar.
Sehingga kini Sinin masih bingung untuk menjelaskan bagaimana kejadian itu berlaku.
“Cuma dulu saya pernah bermimpi ada seseorang memberi saya telur.
“Tiba-tiba saya boleh bertelur,” katanya.
Bagaimanapun, telur Sinin yang mirip seperti telur ayam tidak boleh keras apabila direbus.
Anak Sinin, Sunarto, 40, berkata dia pernah cuba merebus telur bapanya tetapi selepas satu jam, ia kekal seperti asal.
Global

Satu pendedahan yang agak menggemparkan
muncul pada tahun 2006 (laporan dari sumber asal) apabila Institut
Kajian Aero dan Angkasa Malaysia (IKAM) menemui fakta-fakta menarik di
sebalik kajian IKAM terhadap data sejarah Operasi Divisyen Hanzar!
Pendedahan itu menimbulkan kekeliruan mengenai siapakah sebenarnya Adolf Hitler?
Adolf Hitler
Dalam banyak catatan sejarah, tidak ada yang positif bagi menggambarkan
pemimpin Jerman semasa Perang Dunia Kedua ini. Bukan sahaja negatif
malah namanya masih dicaci sehingga hari ini kerana tragedi holocaust.
Jutaan orang Yahudi mati dipercayai kononnya angkara perintah Hitler.
Bagaimanapun, sesuatu yang menghairankan sebaliknya terjadi. Hitler
didapati masih mempunyai nilai toleransi yang tinggi dengan membenarkan
penubuhan beberapa divisyen tentera beragama Islam di dalam kem atau
menjadi sebahagian daripada bala tentera nazi Jerman.
Menurut Jeneral Leon Degrelle, seorang komander divisyen Waften SS
(askar rakyat) Jerman, ada tiga divisyen Waffen SS yang 90 peratus
anggotanya beragama Islam. Jumlah anggota dalam ketiga-tiga divisyen ini
pula berjumlah 60,000 orang.
Antara tiga divisyen tentera beragama Islam Waffen SS ini, divisyen
tentera paling terkenal adalah Divisyen ke-13 Waffen SS Hanzar. Divisyen
ini beroperasi di Balkan dengan 90 peratus anggotanya berbangsa
Albania, Bosnia dan Croatia yang beragama Islam. Bakinya orang Croat
beragama Kristian Katolik yang berjumlah 21,000 orang.

Divisyen Ke-13 Waffen SS Hanzar
Operasi Divisyen Hanzar mendapat perhatian IKAM kerana ia sesuatu yang
sangat unik dan menakjubkan. Operasi tentera udara sukarela Croatia
berjaya menembak jatuh hampir 300 kapal terbang tentera udara Rusia
(komunis) sedangkan kapal terbang mereka yang dimusnahkan tentera udara
Rusia kurang daripada 10 pesawat ketika Perang Dunia Kedua tercetus di
Balkan.
Hanzar adalah perkataan Arab, Bosnia dan Croatia yang bermaksud parang.
Parang hanzar ini dipilih sebagai nama rasmi dan juga simbol bagi
Divisyen ke-13 Waffen SS.
Pakaian rasmi Divisyen Hanzar pula sama seperti pakaian rasmi Waffen SS
yang lain. Cuma bezanya, anggota tentera Divisyen Hanzar memakai tarbus.
Dari segi persenjataan, anggota pasukan ini juga dilengkapkan dengan
senjata seperti anggota Waffen SS lain.
Namun IKAM mendapati apa yang lebih menarik ialah terdapat seorang tokoh
Islam yang mampu menjalinkan hubungan baik dengan Hitler. Dia turut
berperanan sebagai pemimpin Divisyen Hanzar.
Beliau ialah Mufti Besar Baitulmaqdis, Haji Amin Al Husseini. Beliau
ialah pemimpin yang berpengaruh di Wilayah Arab terutama di kalangan
pemimpin Arab Palestin.

Haji Amin Al Husseini
Sepanjang Perang Dunia Kedua itu, Amin Al Husseini menetap di Jerman
bagi menentukan pembentukan koordinasi antara fahaman Nazi dan polisi
Arab sehingga membawa kepada pembentukan Divisyen Hanzar pada Februari
1943.
Divisyen Hanzar dihantar mengikuti latihan ketenteraan di Perancis
sebaik sahaja penubuhannya. Ia mula beroperasi di Balkan pada Februari
1944. Divisyen ini beroperasi dengan jayanya menentang gerila komunis
Partisan pimpinan Josip Broz Tito dan juga tentera Rusia.
Walaupun jawatan Muftinya dilantik oleh kerajaan British yang ketika itu
menjajah Palestin, namun Amin Al Husseini merupakan seorang yang sangat
membela Islam. Beliau juga bertanggungjawab menyekat kemaraan dan
kemasukan beramai-ramai Yahudi ke Eropah setelah kaum itu gagal di sekat
memasuki wilayah Palestin.
Generasi sekarang hanya mengenali Hitler namun ketokohan Amin Husseini
sebagai pejuang Islam pada Perang Dunia Kedua sangat jarang diketahui.
Malah beliau seorang yang banyak berjasa menggerakkan kebangkitan orang
Islam selepas kekalahan kerajaan Uthmaniah (Ottoman) di Palestin diikuti
Mesir dan Iraq.
Malah beliau merupakan mentor perjuangan kepada pemimpin Pertubuhan
Pembebasan Palestin (PLO), Allahyarham Yassier Arafat dan ketua pemimpin
dan pejuang Islam yang lain.
Walaupun ada laman web yang memburuk-burukkan nama Amin Al Husseini
kerana dituduh terlibat dalam pembunuhan orang Kristian di Balkan namun
paparan gambar sepanjang hayat beliau jelas menunjukkan tokoh ini mampu
menerokai hubungan antarabangsa yang cukup luar biasa terutama berjaya
menjalinkan satu hubungan dengan Hitler.
Presiden IKAM, Norul Ridzuan Zakaria berkata, adalah satu isu yang
sangat menarik apabila Hitler memberikan persetujuan untuk menubuhkan
Divisyen Hanzar dan toleransinya terhadap kegiatan anggota divisyen
berkenaan yang majoritinya terdiri daripada orang Islam.
“Sebelum ini begitu banyak fakta menjelaskan bahawa Hitler adalah
seorang diktator yang kejam dan tidak bertoleransi terhadap keagamaan,
apa tah lagi Islam,” katanya dalam satu rencana yang disiarkan dalam
sebuah akhbar tempatan baru-baru ini.
Menurut Norul Ridzuan, setiap batalion atau rejimen dalam Divisyen
Hanzar akan dilengkapi seorang imam dan seorang guru agama yang bertugas
untuk memastikan setiap anggota divisyen ini terus mengekalkan cara
hidup sebagai muslim.
“Di samping itu, divisyen ini kerap menerima kunjungan Mufti
Baitulmaqdis Imam Amin Al-Husseini yang melengkapkan pengisian rohani
anggota divisyen ini,” katanya.
Sebagaimana fakta sejarah merekodkan kekalahan tentera-tentera Nazi
dalam Perang Dunia Kedua itu, begitu juga nasib yang diterima oleh
tentera Divisyen Hanzar yang terpaksa menyerah diri pada Mei 1945
apabila pasukan tentera Jerman berundur dari Balkan. Lebih malang lagi
kesemua mereka kemudian dibunuh oleh diktator Tito yang disokong oleh
British dan Rusia.
Mungkin satu semakan semula sejarah Hitler perlu dibuat. Ini kerana
hubungan baik Hitler dan Amin Al Husseini tentunya tidak terhad atas
kepentingan politik dan mengembangkan pengaruh masing-masing.
Pasti masih ada sesuatu yang telah disembunyikan daripada pengetahuan
umum di sebalik Hitler yang sering diburukkan dengan holocaustnya itu.
Benarkah beliau sekejam itu?
Persoalan ini ditimbulkan oleh Pesiden Iran, Ahmadinejad pada tahun 2006
(laporan sumber asal) mengenai sejauh mana kebenaran holocaust. Ujar
pemimpin itu, jika benar ia wujud maka itu sepatutnya menjadi dosa orang
Eropah.
“Tetapi mengapa rakyat Palestin dan umat Islam yang terpaksa
menanggungnya. Namun, kita meyakini Barat sebenarnya telah berjaya
diperalatkan oleh Yahudi untuk menghancurkan negara Islam demi
kelangsungan rejim dan puak Israel,” katanya.
Sumber: UtusanMalaysia
Misteri Sejarah
Subscribe to:
Posts (Atom)





Recent Comments