Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi



Satu pendedahan yang agak menggemparkan muncul pada tahun 2006 (laporan dari sumber asal) apabila Institut Kajian Aero dan Angkasa Malaysia (IKAM) menemui fakta-fakta menarik di sebalik kajian IKAM terhadap data sejarah Operasi Divisyen Hanzar!
Pendedahan itu menimbulkan kekeliruan mengenai siapakah sebenarnya Adolf Hitler?

Adolf Hitler
Dalam banyak catatan sejarah, tidak ada yang positif bagi menggambarkan pemimpin Jerman semasa Perang Dunia Kedua ini. Bukan sahaja negatif malah namanya masih dicaci sehingga hari ini kerana tragedi holocaust. Jutaan orang Yahudi mati dipercayai kononnya angkara perintah Hitler.
Bagaimanapun, sesuatu yang menghairankan sebaliknya terjadi. Hitler didapati masih mempunyai nilai toleransi yang tinggi dengan membenarkan penubuhan beberapa divisyen tentera beragama Islam di dalam kem atau menjadi sebahagian daripada bala tentera nazi Jerman.
Menurut Jeneral Leon Degrelle, seorang komander divisyen Waften SS (askar rakyat) Jerman, ada tiga divisyen Waffen SS yang 90 peratus anggotanya beragama Islam. Jumlah anggota dalam ketiga-tiga divisyen ini pula berjumlah 60,000 orang.
Antara tiga divisyen tentera beragama Islam Waffen SS ini, divisyen tentera paling terkenal adalah Divisyen ke-13 Waffen SS Hanzar. Divisyen ini beroperasi di Balkan dengan 90 peratus anggotanya berbangsa Albania, Bosnia dan Croatia yang beragama Islam. Bakinya orang Croat beragama Kristian Katolik yang berjumlah 21,000 orang.
Divisyen Ke-13 Waffen SS Hanzar
Operasi Divisyen Hanzar mendapat perhatian IKAM kerana ia sesuatu yang sangat unik dan menakjubkan. Operasi tentera udara sukarela Croatia berjaya menembak jatuh hampir 300 kapal terbang tentera udara Rusia (komunis) sedangkan kapal terbang mereka yang dimusnahkan tentera udara Rusia kurang daripada 10 pesawat ketika Perang Dunia Kedua tercetus di Balkan.
Hanzar adalah perkataan Arab, Bosnia dan Croatia yang bermaksud parang. Parang hanzar ini dipilih sebagai nama rasmi dan juga simbol bagi Divisyen ke-13 Waffen SS.
Pakaian rasmi Divisyen Hanzar pula sama seperti pakaian rasmi Waffen SS yang lain. Cuma bezanya, anggota tentera Divisyen Hanzar memakai tarbus. Dari segi persenjataan, anggota pasukan ini juga dilengkapkan dengan senjata seperti anggota Waffen SS lain.
Namun IKAM mendapati apa yang lebih menarik ialah terdapat seorang tokoh Islam yang mampu menjalinkan hubungan baik dengan Hitler. Dia turut berperanan sebagai pemimpin Divisyen Hanzar.
Beliau ialah Mufti Besar Baitulmaqdis, Haji Amin Al Husseini. Beliau ialah pemimpin yang berpengaruh di Wilayah Arab terutama di kalangan pemimpin Arab Palestin.
Haji Amin Al Husseini
Sepanjang Perang Dunia Kedua itu, Amin Al Husseini menetap di Jerman bagi menentukan pembentukan koordinasi antara fahaman Nazi dan polisi Arab sehingga membawa kepada pembentukan Divisyen Hanzar pada Februari 1943.
Divisyen Hanzar dihantar mengikuti latihan ketenteraan di Perancis sebaik sahaja penubuhannya. Ia mula beroperasi di Balkan pada Februari 1944. Divisyen ini beroperasi dengan jayanya menentang gerila komunis Partisan pimpinan Josip Broz Tito dan juga tentera Rusia.
Walaupun jawatan Muftinya dilantik oleh kerajaan British yang ketika itu menjajah Palestin, namun Amin Al Husseini merupakan seorang yang sangat membela Islam. Beliau juga bertanggungjawab menyekat kemaraan dan kemasukan beramai-ramai Yahudi ke Eropah setelah kaum itu gagal di sekat memasuki wilayah Palestin.
Generasi sekarang hanya mengenali Hitler namun ketokohan Amin Husseini sebagai pejuang Islam pada Perang Dunia Kedua sangat jarang diketahui. Malah beliau seorang yang banyak berjasa menggerakkan kebangkitan orang Islam selepas kekalahan kerajaan Uthmaniah (Ottoman) di Palestin diikuti Mesir dan Iraq.
Malah beliau merupakan mentor perjuangan kepada pemimpin Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), Allahyarham Yassier Arafat dan ketua pemimpin dan pejuang Islam yang lain.
Walaupun ada laman web yang memburuk-burukkan nama Amin Al Husseini kerana dituduh terlibat dalam pembunuhan orang Kristian di Balkan namun paparan gambar sepanjang hayat beliau jelas menunjukkan tokoh ini mampu menerokai hubungan antarabangsa yang cukup luar biasa terutama berjaya menjalinkan satu hubungan dengan Hitler.
Presiden IKAM, Norul Ridzuan Zakaria berkata, adalah satu isu yang sangat menarik apabila Hitler memberikan persetujuan untuk menubuhkan Divisyen Hanzar dan toleransinya terhadap kegiatan anggota divisyen berkenaan yang majoritinya terdiri daripada orang Islam.
“Sebelum ini begitu banyak fakta menjelaskan bahawa Hitler adalah seorang diktator yang kejam dan tidak bertoleransi terhadap keagamaan, apa tah lagi Islam,” katanya dalam satu rencana yang disiarkan dalam sebuah akhbar tempatan baru-baru ini.
Menurut Norul Ridzuan, setiap batalion atau rejimen dalam Divisyen Hanzar akan dilengkapi seorang imam dan seorang guru agama yang bertugas untuk memastikan setiap anggota divisyen ini terus mengekalkan cara hidup sebagai muslim.
“Di samping itu, divisyen ini kerap menerima kunjungan Mufti Baitulmaqdis Imam Amin Al-Husseini yang melengkapkan pengisian rohani anggota divisyen ini,” katanya.
Sebagaimana fakta sejarah merekodkan kekalahan tentera-tentera Nazi dalam Perang Dunia Kedua itu, begitu juga nasib yang diterima oleh tentera Divisyen Hanzar yang terpaksa menyerah diri pada Mei 1945 apabila pasukan tentera Jerman berundur dari Balkan. Lebih malang lagi kesemua mereka kemudian dibunuh oleh diktator Tito yang disokong oleh British dan Rusia.
Mungkin satu semakan semula sejarah Hitler perlu dibuat. Ini kerana hubungan baik Hitler dan Amin Al Husseini tentunya tidak terhad atas kepentingan politik dan mengembangkan pengaruh masing-masing.
Pasti masih ada sesuatu yang telah disembunyikan daripada pengetahuan umum di sebalik Hitler yang sering diburukkan dengan holocaustnya itu. Benarkah beliau sekejam itu?
Persoalan ini ditimbulkan oleh Pesiden Iran, Ahmadinejad pada tahun 2006 (laporan sumber asal) mengenai sejauh mana kebenaran holocaust. Ujar pemimpin itu, jika benar ia wujud maka itu sepatutnya menjadi dosa orang Eropah.
“Tetapi mengapa rakyat Palestin dan umat Islam yang terpaksa menanggungnya. Namun, kita meyakini Barat sebenarnya telah berjaya diperalatkan oleh Yahudi untuk menghancurkan negara Islam demi kelangsungan rejim dan puak Israel,” katanya.
 

Ketika sedang berjoging dan bersenam di Jalan Kebun Bunga, Pulau Pinang, seorang wanita dikejutkan dengan penemuan sebuah beg pakaian berisi mayat tanpa kepala dan kaki.
Pada mulanya, dia melakukan rutin senaman seperti biasa di kawasan itu sehinggalah tercium bau busuk dari sebuah beg pakaian yang ditinggalkan di sebuah surau.
Curiga dengan kandungan di dalamnya, wanita tersebut bertindak membuka begi itu lantas menemui sepasang tangan terjulur keluar selain kesan darah.
Lantas, dia memaklumkan kepada anggota polis yang bertugas di pondok berdekatan sebelum membuat laporan rasmi di Balai Polis Pulau Tikus, Georgetown.
Tidak lama selepas itu sepasukan anggota forensik tiba di tempat kejadian dan membuat pemeriksaan terhadap mayat mangsa yang berada di dalam beg.
Memetik kenyataan Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Farid Al-Atrash kepada portal The Rakyat Post,  beliau mengesahkan penemuan tersebut dan siasatan terhadap kes itu sedang dilakukan.
Berdasarkan keadaan mayat, beliau percaya mangsa telah dibunuh dan mayatnya dipotong di tempat lain sebelum bahagian badan tersebut dibuang di situ.
Setakat ini, bahagian kepala dan kaki masih belum ditemui. Mayat mangsa telah dihantar di Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.


Mungkin kedengaran pelik, namun seorang bakal pengantin disyaki berpakat bersama pengapitnya mencuri beberapa helai gaun pengantin dan gaun bagi para pengapitnya.
Kejadian curi yang dirancang rapi oleh bakal pengantin dan pengapitnya ini dilaporkan berlaku di sebuah butik pengantin di Croatia.
Menurut pemilik butik tersebut, Danijela Jelencic, pada awalnya dia menyangka pelanggannya itu ingin mengadakan satu majlis perkahwinan yang besar namun perkara sebaliknya berlaku.
Ketika kejadian, bakal pengantin dikatakan berpura-pura sedang mencuba dan menyalin beberapa baju ditemani seorang pengapit yang memegang beberapa gaun pengantin.
Tiba-tiba, pengapit terbabit bertindak melarikan diri bersama-sama gaun dipegangnya menuju ke sebuah kereta BMW yang sudah menunggu, diikuti bakal pengantin yang kelam kabut dalam keadaan separuh bogel.
Pemilik dan pekerja dikatakan tidak sempat berbuat apa-apa dan tergamam melihat kejadian ini.
Susulan itu pihak berkuasa Croatia sedang melakukan pemeriksaan di semua majlis perkahwinan yang bakal diadakan pada waktu terdekat bagi mencari suspek yang mungkin akan memakai gaun dari butik pengantin yang dicuri. 

Ikan Kelah di dalam gambar di atas berharga RM550 dan seberat 2 kilogram menjadi hidangan buat wakil media yang berada di Terengganu sempena program Sahabat Media – Terengganu di lokasi penginapan hari kedua iaitu di Warisan Pahlawan Resort di Kuala Berang.
Selain ikan eksotik berkenaan, wartawan dijamu dengan makanan seperti daging dan ayam yang dimasak di dalam buluh termasuk lemang.
Menurut pemilik resort Tuan Mohd Anuar Tuan Ahmad, ikan berkenaan memang susah dicari dan hanya seekor berjaya dibeli daripada seorang penjual sebelum ketibaan wakil media.




Ikan yang sukar untuk diperolehi itu dibakar dan wartawan dari pelbagai agensi begitu berselera dan berebut-berebut mengambil ikan berkenaan yang habis dalam masa hanya beberapa seketika.
Selain makanan tradisi Kuala Berang, Persatuan Kebudayaan dan Muzik Melayu Nusantara Malaysia atau Kumpulan Dendang Anak turt memberikan persembahan warisan alam Melayu di resort berkenaan kepada wakil media.
Mereka turut memberikan hadiah berupa tanjak untuk wartawan lelaki manakalah selendang untuk wartawan wanita.
Persatuan Dendang Anak merupakan pasukan yang menggabungkan bunyi alat-alat muzik tradisional dan moden bagi melahirkan irama tradisional yang segar dan hidup untuk menarik khalayak tua dan muda.
Lagu-lagu yang dinyanyikan pada malam tadi bersifat tradisional dan banyak berkisar tentang sejarah dan perjuangan orang Melayu serta memasukkan elemen gerak tari tradisional terkawal.
Selain itu, malam tadi Dendang Anak turut membuat persembahan lagu tradisional Terengganu yang mempunyai pelbagai versi cerita dan mitos iaitu lagu Ulik Mayang.
Majllis persembahan malam ini turut dihadiri Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Terengganu; Mohd Sabri Zakaria selaku penganjur bersama program bersam dengan Tourism Malaysia dan majalah Santai Travel. - Mynewshub

BAGAIMANA rasanya apabila diri ditelan dan kemudian berada di dalam perut ular? Itulah cuba dirasai seorang pakar hidupan liar terkenal, Paul Rosolie yang sanggup menjadikan dirinya sebagai bahan uji kaji untuk mengetahui suasana di dalam perut reptilia itu.
Pakar hutan Amazon yang baharu berusia 22 tahun ini dilaporkan bakal berkongsi keadaan sebenar perut ular terbesar dunia daripada spesies anaconda menerusi dokumentari khas yang akan disiarkan menerusi stesen Discovery Channel pada 7 Disember.
Rosolie yang juga penerbit filem dokumentari alam sekitar terkenal dikatakan menempah sejenis suit khas kalis ular seumpama pakaian angkasawan yang akan disarung sebelum tubuhnya ditelan anaconda bagi merakamkan gambaran di dalam perut haiwan itu.
Meskipun berpengalaman menjalankan pelbagai ekspedisi saintifik di hutan India, Indonesia, Brazil dan Peru; Rosolie menerima kritikan pelbagai badan hak asasi haiwan yang bimbang dengan nasib ular terbabit jika ia cedera sewaktu penggambaran tersebut.
Namun Rosolie dalam reaksi balasnya mendakwa, dia tidak berniat untuk melukakan reptilia itu malah mengajak mereka menanti tayangan dokumentari bertajuk Eaten Alive bulan depan bagi menilai sendiri bagaimana rasanya ditelan seekor ular gergasi. – Agensi

Puchong – Serbuan sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Imigresen Selangor bukan sahaja menahan warga asing, tetapi turut membawa kepada penemuan sebuah lokasi memproses rojak dan cendol dalam keadaan menjijikkan yang tersorok di sebuah kawasan pembinaan di pinggir bandar ini, awal pagi semalam.
Dalam serbuan kira-kira jam 3 pagi itu, didapati kawasan pemprosesan makanan itu seolah-olah seperti tempat pembuangan sampah kerana dipenuhi sampah serta air bertakung selain berbau busuk.
Difahamkan, kawasan pemprosesan itu sudah beroperasi lebih setahun lalu turut menggaji warga asing sebagai penjual cendol dan rojak dengan menaiki motosikal serta lori di sekitar daerah ini dan beberapa daerah berdekatan.
Lebih menjijikkan, perkakasan yang digunakan untuk menyediakan rojak dan cendol turut dijadikan tempat merendam seluar dalam milik pekerja dan diletakkan hampir antara satu sama lain.
Selain itu, keadaan dapur yang dijadikan tempat membuat kuah rojak pula dipenuhi sampah dan tidak diurus dengan baik sehingga boleh menyebabkan tahap kebersihannya diragui. –myMetro Online


KOTA KINABALU, 6 Nov - Sebuah kebakaran telah berlakukan berhampiran dengan persisiran pantai di kawasan perumahan dekat Pulau Gaya berdekatan dengan pusat bandar hari ini.

Menurut anggota bomboa, mereka telah menerima laporan kebakaran pada jam 11.32 pagi dan tiba di tempat kejadian pada 11.45 pagi.




Susulan dari kebakaran itu, tiga buah rumah dilaporkan terbakar, memetik dari laporan Harian Metro.

Sebelum ini, kes yang sama telah berlaku pada bulan Julai lepas yang melibatkan kira-kira 50 buah rumah



Baru-baru ini, gambar seorang individu didakwa mirip seorang pelakon wanita tersebar di laman sosial. Pelakon wanita yang dimaksudkan itu adalah Tiz Zaqyah.

Gambar yang menunjukkan Tizz Zaqyah sedang nyenyak tiduk dengan memakai topi jururawat di kepalanya tersebar. Tidak diketahui pula sama ada gambar itu dirakam oleh tuan empunya badan atau rakan sendiri.




Namun setelah memeriksa akaun instagram rasmi Tizz Zaqyah, tiada pula gambar berkenaan dimuat naik di laman instagramnya.

Menurut sumber, Tizz Zaqyah tertidur dilokasi pengambaran. Ada rakannya yang nakal bertindak merakam gambar Tizz yang sedang lena tidur dalam kepenatan.

Bagaimanapun, para peminat sempat meberikan pandangan Tizz Zaqyah kelihatan sedikit gemuk dan tembam. Namun tetap kelihatan comel dan cantik.

Sumber: My Media Hub

Pihak berkuasa tempatan (PBT) di Kelantan mencetuskan satu lagi kontroversi dengan memberi amaran bahawa mereka akan menguatkuasakan kod pakaian Islam kepada kumpulan yang terlibat dalam perniagaan.

PBT Kelantan memulakan Operasi Gempur Aurat iaitu mengenakan denda maksimum RM500 terhadap peniaga dan pekerja wanita yang tidak menutup rambut mereka dan memakai pakaian ketat.

Keputusan itu berlaku untuk wanita yang bekerja di pasar basah, pasar raya, pasar raya besar, kedai makanan dan pusat-pusat komersial lain yang memerlukan lesen operasi daripada PBT.

Pengusaha bukan Islam juga berisiko didenda jika pekerja mereka yang beragama Islam tidak mematuhi peraturan pemakaian seperti jika majikan mengarahkan pekerjanya untuk memakai pakaian seragam ketat dan berlengan pendek.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Belia dan Wanita Majlis Perbandaran Kota Baru (MPKB), Nor Azariza Mohd Alawi berkata tindakan keras itu adalah tindak balas kepada aduan orang ramai.

"Peraturan pakaian ini adalah salah satu syarat untuk mendapatkan permit perniagaan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan," katanya.

Tambah Nor Azariza, peraturan itu hanya dikenakan ke atas orang-orang 'berinteraksi' dengan orang ramai.

Sejak Ops Gempur Aurat dimulakan pada September lalu, 34 pesalah telah didenda.

Beliau berkata tindakan keras di Kota Baru itu akan berakhir pada Disember depan.

Pengarah Jabatan Pembangunan Islam MPKB, Ropein Hassan berkata, permohonan untuk melonggarkan syarat itu tidak akan dilayan kerana kod pakaian itu ditetapkan dengan jelas dalam permit perniagaan.

Beliau berkata pihaknya juga telah mewajibkan peniaga, termasuk bukan Islam untuk menghadiri kursus tentang cara-cara untuk menjalankan perniagaan dari perspektif Islam.

"Kami telah mengambil inisiatif untuk mendidik mereka terlebih dahulu sebelum menguatkuasakan undang-undang kecil ini (pada pakaian)," katanya.

Beliau berkata seramai 3,000 peniaga telah mengambil bahagian dalam kursus itu dengan masih terdapat lebih 10,000 senarai menunggu.


Pada November 2012, PBT Kelantan mengejutkan banyak pihak apabila menguatkuasakan sekatan ke atas tukang gunting rambut untuk memberi khidmat kepada pelanggan berlainan jantina


Jika baru-baru ini satu video seorang pencuri motosikal dipaksa berjalan itik sehingga ke balai polis lebih dari satu jam, kini terdapat pula gambar seorang pencuri dibelasah dan dibogelkan oleh penduduk kerana cubaan mencuri motosikal yang gagal.

Tiada apa-apa maklumat yang dilampirkan bersama gambar ini. Tetapi mengikut kepada model dan jenama motornya, sah yang perkara ini berlaku di Malaysia. Pencuri terbabit dibogelkan dan dipaksa duduk atas motosikal dalam keadaan telanjang sambil beberapa penduduk mengambil gambar dan video si pencuri ini.








Tak tahulah tepat atau tidak tindakan penduduk ini. Tetapi perkara ini sepatutnya menjadi pengajaran kepada pencuri-pencuri motor sekalian supaya berfikir dahulu sebelum membuat dosa sebegini



PETALING JAYA: Pelakon Fiza Halim melalui satu detik ngeri apabila nyaris dibuli pemandu teksi di lebuhraya Selayang-Kepong dekat sini minggu lalu.

Fiza atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim, 33, berkata, semasa melalui jalan berkenaan bersama seorang anak saudaranya, tiba-tiba muncul sebuah teksi yang berhenti secara mengejut lalu menghalang kereta dipandunya.

"Seorang pemandu teksi berlaku kurang ajar ditengah jalan, sudahlah membawa teksi seperti orang gila, selepas itu dia boleh halang kereta saya dengan berhenti secara tiba-tiba.

"Kalau ada lori datang daripada belakang memang kena langar jawabnya kereta saya. Pemandu teksi itu kemudian keluar dan marah-marah, dia fikir saya seorang sahaja dalam kereta itu.


"Nasib baik ada anak buah saya yang berbadan besar keluar untuk selesaikan perkara itu, terus dia kecut perut," ujarnya kepada mStar Online di sini pada Selasa.

Fiza juga berkata, disebabkan perangai seorang pemandu teksi yang tidak bertanggungjawab itu, ia telah memberi persepsi buruk terhadap perkhidmatan pemandu teksi lain.

"Tolonglah jangan jadi pembuli jalan raya terutamanya kepada kaum wanita. Saya akan laporkan perkara ini ke pihak yang berkenaan.

"Disebabkan seorang pemandu teksi berperangai sebegini akan menyebabkan orang beri persepsi buruk kepada semua pemandu teksi lain," katanya yang tertanya-tanya apakah kesalahannya sehingga terjadinya insiden sedemikian.

Sementara itu, suaminya penyanyi Adam (AF) berkata, dia bersyukur isterinya tidak diapa-apakan dalam kejadian tersebut.

Adam berkata, dia tidak berada ditempat kejadian ketika itu kerana menyelesaikan perkara lain.

"Alhamdulillah dia tidak diapa-apakan, dia ada beritahu saya dan menceritakan hal tersebut. Saya hanya nasihatkan dia supaya bersabar dan lebih berhati-hati selepas ini terutama jika keluar bersendirian.

"Setakat ini, kami tidak ambil apa-apa tindakan lagi, cuma saya harap tiada lagi kejadian sebegini berlaku," ujarnya ketika dihubungi mStar Online.

Sumy (Ukraine): Seorang lelaki meletakkan kepalanya di antara pagar besi kemudian memulas badannya hingga lehernya patah di luar sebuah restoran di sini, semalam.
Lelaki berkenaan sebelum itu dilihat beratur dalam restoran, tetapi keluar sebelum tiba gilirannya.

Saksi, Murat Laginov berkata, kejadian berlaku ketika pelanggan berbaris untuk membeli piza dan burger di restoran berkenaan.
“Keadaan agak sibuk di dalam restoran. Saya melihat dia berdiri di belakang pekerja yang menyajikan makanan dan bercakap dalam telefon dengan nada agak kuat, mengenai pekerjaan.

“Mungkin ibu atau teman wanitanya. Dia kemudian keluar dari restoran itu dengan masih bercakap menerusi telefon.
“Tidak lama selepas itu, saya mendengar orang menjerit. Di luar restoran, saya melihat lelaki itu tergantung pada pagar dengan lehernya terkulai,” kata Laginov.
Menurutnya, lelaki itu dipercayai memasukkan kepalanya di antara pagar itu dan kemudian memulas badannya, hingga menyebabkan lehernya patah.
“Keadaan sungguh mengerikan,” kata saksi itu.

Sumy terletak berhampiran kawasan ketegangan etnik yang menyebabkan Ukraine berpecah kepada wilayah yang dikuasai Russia dan Ukraine.
Peperangan yang berlaku memusnahkan ekonomi serantau dan menyebabkan ramai yang menganggur.

Polis sehingga ini masih belum dapat mengenal pasti lelaki yang berusia kira-kira 30-an itu.