Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


Port Dickson: Empat wanita dipercayai pelancong asing selamba berjemur separuh bogel di Pantai Saujana, Batu 4, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 2 petang itu, mereka yang dianggarkan berusia antara 20-an dan 30-an berjemur di atas tikar di pantai dalam keadaan cuaca panas terik.

Bagaimanapun, gelagat mereka disedari seorang pengunjung, Chow Weng, 30-an, yang mandi di laut di pantai berkenaan.

Menurut Chow, pada mulanya dia terpandang empat pelancong terbabit menghampiri pantai dengan memakai bikini sebelum berbaring di atas tikar.

"Tidak lama kemudian, saya terkejut melihat mereka selamba menanggalkan coli yang dipakai.

"Saya segera naik ke pantai dan membersihkan diri di tandas sebelum mengambil kamera di dalam kereta dan merakamkan beberapa gambar sebagai bukti pelakuan pelik mereka kerana mahu pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pelancong yang berkelakuan tidak senonoh di tempat awam.

Sumber: myMetro


Georgetown – Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun menempuh pengalaman memeritkan apabila besi penyangkut buaian yang baru sebulan dibeli putus sebelum menikam mata kanannya ketika dia berada dalam buaian berkenaan dalam kejadian di rumahnya di Seberang Jaya, dekat sini, tengah malam Sabtu lalu.

Kejadian berlaku pada jam 12.30 tengah malam ketika mangsa, Muhammad Adam Mukris Faizal, leka berayun di dalam buaian berkenaan sambil bermain permainan komputer menerusi telefon bimbit.

Bapa mangsa, Faizal Sikh Mohd, 36, berkata, kejadian berlaku ketika dia baru pulang dari berniaga dan bersiap-siap untuk mandi.

Beliau berkata, ketika itu, Adam berada dalam buaian sambil memegang telefon bimbit dan tiba-tiba satu daripada dua besi spring buaian putus mengakibatkan ia melantun dan mengenai mata kanan anak ketiga daripada lima beradik itu.

“Saya yang terperanjat terus menghampiri Adam dan melihat darah mengalir keluar dari matanya, manakala kelopak mata pula menonjol keluar. – myMetro Online



Dua gadis nekad melompat keluar dari teksi dinaiki yang sedang bergerak selepas 'ditawan' pemandu bersenjatakan pistol selama hampir 30 minit.

Dalam kejadian jam 11.30 malam kelmarin, mangsa berusia awal 20-an diculik seorang pemandu teksi di kawasan Bukit Bintang di sini, sebelum dilarikan sejauh 16 kilometer ke Batu Cave, Gombak. Sumber polis berkata, kejadian berlaku sejurus mangsa menahan teksi itu untuk pulang ke rumah.

"Namun, sebaik masuk ke dalam teksi, pemandu itu terus mengacukan pistol dan mengarahkan mangsa tidak melawan. "Suspek terus memecut laju teksinya ke arah Batu Caves. Suspek kemudian memaksa mangsa menyerahkan barangan berharga dibawa ketika itu.

"Mangsa yang ketakutan selepas diacu pistol akur dan menyerahkan barangan mereka dan merayu dilepaskan," katanya.

Sumber berkata, suspek bagaimanapun tidak melepaskan mangsa sebaliknya meneruskan perjalanan ke lokasi tidak diketahui.

"Mangsa yang ketakutan kemudian bertindak berani membuka pintu kenderaan sebelum melompat keluar.
"Akibatnya mangsa bergolek beberapa meter di atas jalan raya. Mujur mangsa tidak dirempuh kenderaan lain yang berada di belakang teksi itu.

"Mangsa yang terselamat bagaimanapun cedera di badan, kaki dan tangan. Susulan itu mangsa tampil membuat laporan di Balai Polis Tun HS Lee di sini, untuk tindakan lanjut.

"Mangsa yang masih menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) kerugian RM3,000 selepas beg tangan mengandungi wang tunai dan telefon bimbit dirampas suspek," katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainol Samah mengesahkan menerima laporan kejadian itu. - Harian Metro


Moscow - Satu iklan yang menunjukkan seorang perempuan sedang memegang payudara dengan tangan dikatakan penyabab 500 kemalangan yang berlaku dalam masa sehari.

Iklan yang sama diletakkan pada 30 lori itu bagaimanapun tidak mempamerkan puting payudara tersebut kerana telah ditapis menggunakan garisan biru.

Pengguna jalan raya yang tidak senang dengan iklan itu telah membuat laporan polis bagi membuang iklan tersebut dari jalan-jalan di Moscow.

Seorang penunggang motor, Ildar Yuriev, 35 berkata, "Saya sedang dalam perjalanan ke perjumpaan bisnes dan ternampak satu gambar payudara yang besar tertampal di bahagian tepi lori".

"Kemudian saya dilanggar oleh sebuah kereta dari belakang yang mengatakan fokusnya lari apabila ternampak lori tersebut.", tambahnya lagi.

Syarikat pengiklanan yang terbabit dalam isu ini, Sarafan Advertising Agency berkata mereka terjejas kemalangan disebabkan gambar itu akan diberikan wang pampasan sekiranya tidak dibayar oleh insuran mereka.


KUALA LUMPUR: Apple Inc. (AAPL) didakwa secara tidak sengaja mendedahkan ciri dan keperincian terbaru iPad mini 3 nya sebelum tarikh rasmi pengumuman tablet itu.

Imej-imej iPad, iPad Air 2 dan iPad mini 3 diungkap di laman sesawang iTunes pada hari Rabu, sehari sebelum pelancarannya.

Kesilapan ini merupakan sesuatu yang mengejutkan bagi penggemar Apple kerana gergasi teknologi dan komunikasi ini amat terkenal dengan sifat berahsia dan misteri dalam mengumumkan keperincian dan wajah produknya.

Imej-imej itu menunjukkan versi terbaru panduan pengguna Apple untuk iOS 8. Selain daripada sensor jari ataupun TouchID yang ada pada iPhone, rekacipta bentuk dan fizikal terbaru tablet-tabletnya tidak mempunyai banyak perubahan seperti sebelumnya.

Namun, imej-imej yang ditemui oleh sebuah laman sesawang berita teknologi, 9to5Mac itu yang kemudiannya diturunkan, tidak menunjukkan matlumat lengkap dan menyeluruh.

Apple dijangka membuat pengumuman rasmi produk terbarunya itu bersama pengumuman rasmi tarikh pengeluarannya di sidang media pada Khamis bersama Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tim Cook di ibu pejabat Apple di Cupertino, California. - Astro Awani


SEORANG lelaki tidak menyangka akan menemui bangkai anak tikus di dalam cawan kopi selepas habis menghirup air tersebut yang dibeli dari sebuah restoran makanan segera.


Ron Morais dari Frederiction, Kanada, berkata, anak tikus itu hanya ditemui selepas dia selesai minum kopi tersebut.

“Ketika mula minum, saya menggunakan penutup cawan, tetapi ketika buka penutup itu untuk menghirupnya sehingga habis, saya menemui anak tikus,” katanya kepada BBC.

Ron mendakwa, dia kecewa dengan perkhidmatan restoran makanan segera yang terdapat di seluruh dunia itu kerana menyajikan minuman tersebut.

Sementara itu, ibu pejabat rangkaian restoran makanan segera itu telah memulakan siasatan terhadap dakwaan berkenaan.

“Kita akan meneruskan siasatan sehingga mengetahui kebenaran dakwaan tersebut, selain mengambil sampel bukti,” jelasnya.


Kerana terlalu cintakan kereta, seorang lelaki mengaku telah melakukan seks dengan lebih 700 buah kereta. Edward Smith mendedahkan perangai peliknya itu dalam satu rancangan Televisiyen bertajuk This Morning di U.K.

Edward mengaku dia mula meminati kereta ketika masih kecil, menyebabkan dia kehilangan terunanya kepada sebuah Volkswagen Beetle ketika remaja.


Tapi bagaimanakah Edward melakukan hubungan intim dengan kereta? Edward menjelaskan cara dia melakukannya adalah dengan memeluk dan memegang bentuk badan kereta dan seterusnya melakukan kepuasan fizikal yang lain..

Edward mengaku pernah 'tidur' bersama Jaguar dan Mustang. Selain itu dia juga mendakwa pernah melakukan 'threesome' di dalam bilik pameran kereta selain dari pernah melakukan seks dengan sebuah helikopter.



LOS ANGELES – Seorang jurugambar dan isterinya sanggup berdepan bahaya dengan mengejar ribut dan puting beliung semata-mata untuk merakamkan gambar pemandangan yang menakjubkan itu, lapor MailOnline kelmarin.
Jurugambar tersebut, Nicolaus, 34, dan Daow Wegner, 32, berkata, mereka tidak gentar untuk berada berdekatan cuaca buruk berkenaan kerana ia sering memberikan imej yang menakjubkan.
Nicolaus berkata, mereka menggunakan alatan kaji cuaca untuk meramal di mana ribut atau puting beliung akan berlaku sebelum bergegas ke lokasi berkenaan.
“Saya cuba mengambil gambar secepat mungkin sebelum ribut menghampiri kami dan keadaan sangat bahaya jika ada kilat berhampiran kami,” katanya.
Menurut Daow, pada mulanya dia berasa sangat gementar tetapi akhirnya perasaan itu bertukar menjadi sangat mengujakan.
“Pengalaman ini sangat mengujakan dan saya cuba menikmati situasi ini sebaik mungkin,” jelasnya. – Agensi












PETALING JAYA: Pelakon Rozita Che Wan, 41, bersyukur kerana bakal menerima tajaan bersalin kelas pertama  daripada Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri dekat sini yang dijangka dalam waktu terdekat.

Rozita atau Che Ta berkata, dia juga bakal mendapat rawatan susulan secara percuma selepas kelahiran berkenaan.

"Alhamdulillah, saya kira ini rezeki anak. Tidak sangka pihak hospital sudi menaja segala kos bersalin dan termasuklah rawatan susulan.

"Bolehlah wang perbelanjaan bersalin yang kami simpan dilaburkan dalam simpanan untuk anak pula," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Rabu.

Rozita dijangka bakal bersalin pada bila-bila masa sahaja dalam tempoh masa dua minggu ini.

Sementata itu, Rozita berkata, dalam perasaan teruja menanti kelahiran anak, dia turut   berdebar untuk menempuh proses kelahiran itu.

"Doktor jangkakan saya bersalin dalam tempoh masa dua minggu lagi. Tetapi nak ikutkan bila-bila masa saja saya akan bersalin.

"Diharap semuanya berjalan lancar. Berdebar juga dibuatnya walaupun saya tidak sabar untuk melihat anak yang bakal lahir," ujarnya.

Rozita bernikah dengan aktor Zain Saidin, 30, pada 11 Disember 2013.

Perkahwinan pasangan itu turut mendapat tajaan pelbagai pihak yang mana kos keseluruhan berjumlah RM13 juta termasuk kelengkapan barang kemas Habib Jewel bernilai RM10 juta.

Rozita turut mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan terdahulunya iaitu  Ammar Effendy, 18, dan Aniq Ezzra yang berusia 16 tahun.


Ohio (Amerika Syarikat): Seorang pengantin lelaki terbunuh pada hari perkahwinannya selepas lori pikap yang membawanya terbabas.
Andrew Bloomfield, 27, dan rakannya Elizabeth Shelton, 26, maut dalam kejadian berkenaan manakala isteri Bloomfield, Ruth Driskill, 37, dan pemandu, Timothy Tebbe, parah.

Syerif Michael R Hetzel berkata, pemandunya berkemungkinan mabuk ketika kejadian namun perkara itu masih belum dapat disahkan.
Menurutnya, empat rakan berkenaan dalam perjalanan ke majlis resepsi sempena perkahwinan itu tidak jauh dari rumah Tebbe.

Malangnya, Tebbe hilang kawalan kenderaannya dan terbabas sebelum melanggar tebing jalan serta tiang telefon dan bergolek beberapa kali.

Menurut penyiasat, semua mangsa didapati tidak menggunakan tali pinggang keledar.
Ruth dan Tebbe terpaksa dikeluarkan daripada kenderaan yang remuk teruk sebelum dibawa ke hospital. Elizabeth mati serta-merta manakala Bloomfield disahkan mati di hospital.

Rakan Bloomfield, Jessica Lehner berkata, kejadian itu berlaku hanya tiga jam selepas majlis perkahwinan dilangsungkan. - Agensi



Melaka: Seorang pengawal keselamatan terpaksa menahan kesakitan sehingga tidak sedarkan diri lebih empat jam sebelum ditemui terbaring berlumuran darah dengan kedua-dua tangan dan kedua-dua ibu jari kaki diikat, manakala mulutnya ditampal dengan pita pelekat dalam kejadian di sebuah sekolah memandu di Kandang, di sini, semalam.
Mangsa dikenali sebagai Omar, 60-an, ditemui pengusaha kantin di sekolah memandu itu jam 7.30 pagi.

Menurut sumber, mangsa dipercayai dipukul dengan kayu di belakang kepala oleh seorang daripada tiga lelaki yang menceroboh sekolah memandu itu dengan memanjat pagar jam 3.30 pagi hari sama.

"Dipercayai ketika itu mangsa yang duduk di depan kaunter dipukul di belakang kepala oleh seorang daripada penjenayah sebelum dua yang lain termasuk seorang daripada mereka masuk dengan membawa senjata disyaki pedang samurai.

"Mangsa dipercayai diseret sehingga ke depan bilik kuliah sebelum tangan dan kedua-dua kakinya diikat, manakala mulutnya ditampal dengan pita perekat dan dibiarkan terbaring di kaki lima sebelum ditemui pengusaha kantin," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

HmetroOnline

Jasin: Peniaga burger cedera di kaki kanan apabila menjadi korban tembakan rambang ketika cuba menangkap dua penjenayah dalam cubaan samun kedai runcit di Taman Bukit Tembakau Indah, Umbai, di sini, malam tadi.

Penjual burger berusia 29 tahun itu terkena tembakan di buku lali kaki kanannya yang dilepaskan seorang daripada penjenayah ketika mereka hendak melarikan diri, dalam kejadian kira-kira 8.30 malam.

Mangsa bertindak demikian selepas dia yang bersama isteri dan anaknya yang berada di gerai burger tidak jauh dari kedai runcit itu, terdengar jeritan wanita daripada premis berkenaan.
Dia kemudian mencapai kayu dan berlari ke arah kedai runcit berkenaan serta sempat membelasah seorang daripada penjenayah itu yang ketika itu hendak membonceng motosikal rakan jenayahnya.

Berikutan terkena hayunan kayu daripada penjual burger itu, seorang daripada mereka melepaskan tembakan dan terkena kaki mangsa.
Sebelum itu, kedua-dua penjenayah berusia lingkungan 20-an cuba menyamun kedai runcit tetapi gagal apabila pemiliknya menjerit meminta tolong dan menyembur ubat nyamuk ke arah seorang daripada mereka.

Berikutan tindakan itu, seorang daripada penjenayah itu mengetuk kepala wanita itu menggunakan pistol menyebabkannya cedera.
Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Nur Hishamudin Hashim mengesahkan kejadian dan berkata, penjual burger dan taukeh kedai runcit itu dihantar ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut. Hmetro Online