Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi




KUALA LUMPUR: Seorang jurukamera Radio Televisyen Malaysia (RTM), Lutin Ahmad, mendakwa dirinya dikasari, ditendang dan diugut seorang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia yang mengiringi lima pegawai lain yang berdepan pertuduhan menerima rasuah.

Dalam kejadian pada kira-kira 12 tengah hari di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini, pegawai itu dikatakan tidak berpuas hati dengan tindakan Lutin, 39, merakam visual semua tertuduh ketika mereka dibawa keluar dari mahkamah selepas prosiding pendakwaan selesai.

Ketika dihubungi BERNAMA, Lutin, 39, memaklumkan pegawai itu menghalang beliau daripada merakam visual dan berlaku tolak-menolak sehingga menyebabkan dia jatuh terlentang.

"Kalau dia marah dengan tindakan saya itu, tidak patut dia tarik saya sampai jatuh, kenapa perlu dia bertindak terlalu agresif," katanya sambil menyifatkan tindakan itu tidak wajar meskipun beliau tidak mengalami kecederaan yang serius.

Lutin berkata, beliau akan membuat laporan polis berhubung kejadian itu. ─ BERNAMA



PETALING JAYA: Bekas suami kepada artis Abby Abadi iaitu Muhammad Noor Farhan Che Bakar mendedahkan dia pernah cuba untuk menjelaskan sebahagian hutangnya namun ditolak wanita itu.

Muhammad Noor Farhan, 24, berkata, Abby enggan menerima wang berkenaan iaitu sebanyak RM5,000 kerana tidak bersetuju dengan jumlah tersebut sebaliknya menuntut dia melangsaikan semua hutang berkenaan sekali gus.

"Saya pernah minta untuk bayar sebahagian wang berkenaan tetapi dia enggan menerimanya dengan alasan jumlahnya terlalu sedikit. Saya benar-benar kesal dengan sikapnya itu," katanya kepada mStar Online yang dihubungi menerusi pesanan mesej aplikasi WhatsApp di sini pada Isnin.

Muhammad Noor Farhan bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah sebenar hutangnya terhadap pelakon itu.




Terdahulu, Abby dalam sebuah laporan akhbar mendedahkan, dia telah membuat satu laporan polis terhadap Muhammad Noor Farhan berikutan sikap lepas tangan bekas suaminya dalam soal hak milik kereta dan wang.

Dakwa Abby, Muhammad Noor Farhan telah meminjam wangnya dipercayai berjumlah puluhan ribu ringgit bagi membeli sebuah kereta untuk adik pemuda itu.

Dalam pada itu, Muhammad Noor Farhan berkata, tuduhan Abby adalah bersifat untuk mengaibkannya sedangkan jumlah hutang berkenaan tidak mencecah puluhan ribu ringgit.

"Tidaklah sampai berpuluh ribu ringgit dan saya bukannya anak orang kaya sehingga sanggup berhutang dengan jumlah yang banyak tambahan pula gaji saya tidak tetap. Dakwaannya itu sengaja untuk merosakkan reputasi dan memalukan saya," katanya.


Sementara itu, Muhammad Noor Farhan berkata, dia masih mampu bersabar dengan segala tuduhan dilemparkan Abby dan tidak mahu terlalu mengikut kata hati sebelum membuat sesuatu tindakan.

Malah seboleh-bolehnya dia mahu mempertahankan diri daripada terus difitnah namun tidak mengetahui saluran yang betul untuk berbuat demikian.

"Saya masih bersabar dengan segala tindakannya kerana memikirkan dia mempunyai anak-anak dan saya tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.

"Hendak melawan semula saya tidak tahu untuk pergi ke saluran mana tambahan pula faktor kewangan yang terhad," katanya.

Abby atau atau nama sebenarnya Arbaiyah Abd Manan, 37, dan Muhammad Noor Farhan bernikah pada 9 Julai 2013 di Selatan Thailand.

Pasangan itu disahkan bercerai pada 9 Mei lalu.



PETALING JAYA: Pelakon Den Wahab sudah malas untuk memikirkan dan mengharap wang sebanyak RM15,000 yang pernah dipinjam oleh penyanyi ND Lala, kira-kira 14 tahun lalu.

Bagaimanapun, Den atau nama sebenarnya Zaharudin Abdul Wahab berkata, perkara tersebut tidak bermakna dia menghalalkan hutang tersebut walaupun setelah sekian lama tidak diselesaikan."Entahlah, kalau dia rasa hutang itu penting dia akan bayar. Saya sudah malas nak fikir dan berharap dia akan membayarnya walaupun dia sudah kaya sekarang.

"Tetapi bagi saya hutang tetap hutang dan saya tidak boleh lupa masa dia susah dulu merayu meminta tolong daripada kawan-kawan," ujarnya kepada mStar Online, ketika dihubungi  di sini pada, Isnin.

Den berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan kontroversi hutang yang dipinjam ND Lala sebanyak RM15,000 sekitar tahun 2000 bagi merakam lagu untuk sebuah parti politik.

Katanya, bapa kepada penyanyi Shila Amzah itu tidak pernah menghubunginya selepas berjanji memulangkan wang tersebut secara ansuran.Malah, katanya, ND Lala atau nama sebenarnya Amir Hamzah Salleh, 52,  cuba melarikan diri apabila ternampaknya di majlis hiburan.



"Saya tahu nilai tersebut tidak banyak tetapi sebagai orang Melayu beragama Islam, kita sepatutnya berpegang kepada janji.

"Apa yang saya kesal dia rosakkan nilai persahabatan dan orang yang ikhlas membantu dia ketika susah.

"Saya pernah ternampak ND Lala semasa satu persembahan di Istana Budaya dahulu, tetapi dia cuba mengelak selepas terserempak dengan saya," ujarnya.

Mengimbau waktu itu, Den berkata, dia sudah dinasihatkan rakan-rakan artis yang lain agar tidak membantu penyanyi tersebut.Namun, dia tidak sampai hati dan sentiasa berfikiran positif untuk membantu sesama bangsa.

Dalam perkembangan lain Den turut mengulas tindakan Shila Amzah yang mempersoalkan kredibiliti media Melayu sebagai sesuatu perkara yang tidak mengejutkannya.

Tambahnya, sebagai artis berpengalaman dia menasihatkan agar penyanyi itu sedar tindakan yang dilakukan wanita itu akan merosakkan reputasinya sendiri.

"Bila saya tahu cerita tentang Shila yang menempelak media sebagai tidak menyokong kerjayanya, saya tidak terkejut langsung.

"Dia tidak sedar tindakan itu seperti kacang lupakan kulit dan merosakkan reputasi dia sendiri. Susah kalau orang sudah berada di puncak dan mereka selalu lupa orang yang tolong mereka ketika di bawah," katanya.  Mstar

Ampang: Terpukau dengan tindakan seorang kenalan baru wanita yang berbogel di laman sosial Skype menyebabkan seorang pemuda diperangkap sebelum dipaksa membayar RM1,500.
Dalam kejadian jam 10.30 malam kelmarin, mangsa berusia 25 tahun dikatakan menggunakan laman sosial itu untuk berbual dengan suspek warga Filipina.
Sumber polis berkata, mangsa bagaimanapun teruja apabila wanita terbabit tiba-tiba berbogel dan mengajak mangsa turut melakukan tindakan sepertinya.
“Mangsa bagaimanapun enggan melakukan perkara itu dan cuba menamatkan perbualan mereka namun dia mendakwa bagai dipukau dan tidak menyedari turut sama berbogel.
“Mangsa kemudian menerima mesej melalui laman sosial Facebook empat jam kemudian meminta dia membuka pautan yang diberikan suspek,” katanya. Sumber berkata, mangsa bagaimanapun terkejut apabila aksi dia berbogel dirakam di dalam laman You Tube menyebabkan dia panik. “Suspek kemudian sekali lagi menghubungi mangsa dan mengugut bayaran wang RM1,500 jika dia tidak mahu video aksi itu disebarkan.
“Mangsa diarahkan membuat bayaran ke akuan bank diberikan wanita itu sebagai ‘tebusan’ bagi memastikan video itu dipadamkan,” katanya.

Ampang: “Saya sedih kerana kakak, Nurain Othman, 27, dan adik bongsu, Nuramanina Aminah Othman, 11, tenggelam lemas ke dasar kolam tanpa disedari orang ramai yang turut berenang di kolam sama,” kata Muhd Iqbal Nazmim, 23.
Dalam kejadian jam 2.30 petang kelmarin, mangsa dua beradik itu lemas ketika melakukan aktiviti riadah di sebuah kelab renang di Taman Melawati, Hulu Klang di sini.
Iqbal berkata, kejadian itu hanya disedari salah seorang adiknya, Muhd Alif Haziq, 12, sebelum bertindak meminta bantuan orang ramai yang berada berhampiran kolam itu.

“Walaupun berjaya ditarik keluar dari kolam namun semuanya sudah terlambat,” katanya ketika ditemui wartawan semalam.

Dia mendakwa lebih kecewa apabila pihak pengurusan kolam renang seakan-akan menyalahkan adik dan kakaknya itu kerana tidak mengikut prosedur. HMetro

Kangar: Seorang lelaki warga emas terpaksa melupakan hasratnya untuk berkahwin ketika muda semata-mata mahu menjaga ibunya yang uzur.
Che Ramli Che Osman, 63, berkata, dia pernah terlintas untuk mendirikan rumah tangga, tetapi apabila mengenangkan nasibnya dan keluarga, dia terpaksa melupakan hasrat itu.
Menurutnya, dia yang tinggal di Kampung Sena di sini, pernah dikeji, malah diherdik kerana tidak bergaji besar oleh wanita yang cuba dikenalinya dan dia sedar dirinya tidak seperti orang lain kerana hanya bekerja kampung.

“Dulu ketika berusia 30-an memang saya ingin berumah tangga seperti lelaki lain, tetapi kini segala perasaan itu sudah tiada dan sudah tidak mahu berkahwin.

“Ditambah pula selepas kakak, Norliah Che Osman, 60, berkahwin dan tiada siapa menjaga ibu Chah Hamzah, 86,” katanya ketika ditemui, semalam. HMetro


SEREMBAN – Gara-gara ditegur ibu bapa agar menjaga pergaulan dengan lelaki, seorang pelajar tingkatan lima bertindak lari dari rumah pada awal pagi Rabu lalu.


Chen Shu En,18, merupakan pelajar tingkatan lima di sebuah sekolah di Seremban 2, di sini, dipercayai lari dari rumah bersama kekasihnya yang baru dikenali beberapa hari lalu.

Bapa, Chen Chee Ming, 42, berkata, anak kedua daripada empat beradik itu dikesan keluar rumah kira-kira jam 3 pagi Rabu lalu.

“Saya mula sedar Shu En tiada di rumah ketika mahu mengejutnya pagi itu kira-kira jam 7 pagi. Saya terperanjat melihat dia tiada di bilik seperti biasa.

“Kakaknya ada mendengar bunyi pintu rumah dibuka sekitar jam 3 pagi namun tidak menyangka adiknya yang keluar rumah,” katanya ketika ditemui pemberita di Pejabat Adun Bukit Kepayang, di sini, semalam.

Menurutnya yang tinggal di Garden Avenue, Seremban 2, di  sini, berkata, malam sebelum kejadian, dia ada memarahi anaknya itu supaya menjaga pergaulan.

“Saya memarahinya kerana sayangkan dia, saya tidak mahu dia berkawan dengan mana-mana lelaki kerana dia masih sekolah lagi.

“Saya tidak sangka tindakan saya memarahi anak menyebabkannya sanggup lari dari rumah,” katanya.

Ibu mangsa, Pang Yok Mei,40, berkata, dia berasa bimbang dengan keselamatan anaknya itu kerana Shu En meninggalkan rumah dengan hanya membawa dompet dan telefon bimbit sahaja.

“Saya cuba menghubunginya banyak kali namun talian telefon ditutup. Saya sangat bimbang keselamatannya.

“Saya bertanya kepada rakan-rakannya turut tidak tahu di mana Shu En melarikan diri,” katanya.

Yok Mei berkata, dia mengesyaki anaknya itu melarikan diri bersama teman lelaki yang baru dikenali beberapa hari sebelum kejadian.

Sementara itu, Adun Bukit Kepayang, Cha Kee Chin berharap remaja itu pulang segera tanpa memikirkan pertelingkahan keluarga yang berlaku.

“Kita akan bekerjasama dengan polis bagi mengenal pasti di mana dia berada dan bersama siapa.

“Orang ramai yang melihat Shu En bolehlah menghubungi balai polis berhampiran ataupun menghubungi pejabatnya di talian 06-6015557,” katanya.



NAFSU tidak mengenal pangkat serta pekerjaan. Sibu, Sarawak, Seorang guru wanita sudah berani berasamara dengan seorang lelaki yang dikenali melalui WeChat.

Bagaimanapun selepas bersasmara dengan lelaki tersebut, telefon bimbit guru berkenaan telah hilang dipercayai telah dicuri oleh lelaki berkenaan.

Berang dengan perbuatan lelaki yang berusia 20an ketika di sebuah hotel bandar tersebut lalu guru itu membuat laporan polis.

Tidak sangka juga apabila sudah menjadi seorang guru yang mendidik anak bangsa masih tiada motivasi diri.



Baru-baru ini, Apple Inc telah merasmikan gadget terbaru mereka iPhone 6 dengan harga US$ 649 atau sekitar RM 2,400 bagi pasaran Malaysia.

Tapi tahukah anda berapakah sebenarnya kos yang ditanggung oleh Apple bagi sebuah iPhone 6? Baru-baru ini, blog teardown.com telah membongkar berapakah kos sebenar yang ditanggung oleh Apple bagi sebuah iPhone 6.

Teardown.com telah membuka iPhone 6 dan meneliti satu persatu komponen dalam gadget tersebut dan membandingkan harga komponen itu dengan harga pasaran. Berikut adalah senarai harga komponen secara kasar oleh teardown.com.

Processor Apple A8 (Qualcomm) - US$ 59.5 (RM192)
Skrin Sesentuh - US$ 41.5 (RM 134)
Komponen perhubungan (Wifi, Bluetooh, cellular, etc) - US$ 40.5 (RM130)
Kamera - US$ 16.5 (RM53)
Memori & Storage - US$14 (RM45)
Bahan luaran & kos produksi - US$ 77 (RM249)

Anggaran kos bagi sebuah iPhone 6 adalah hanya RM 803! Dan dalam matawang dollar, hanya US$ 249. Jika benar kos yang dibongkarkan oleh Teardown.com, ini bermakna Apple menawarkan harga dua kali ganda lebih mahal dari harga kos!

Tapi perlu juga diingat kos seperti warranti dan juga penyeliaan juga diambil kira dalam RM 2,400 yang dilaburkan atas sebuah iPhone 6


Masih ingat lagi dengan Vivian? Rasanya satu Malaysia tidak akan lupa dengan isu dia dengan pasangannya Alvin, atau lebih terkenal dengan nama 'Alvivi' membuat poster 'selamat berbuka puasa' yang dihiasi dengan gambar mereka sedang menjamah daging babi.

Pasangan itu kini dikatakan sudah berpisah pada Januari lepas. Setelah itu tiada khabar dari mereka.

Tetapi, baru-baru ini, melalui sebuah forum Malaysia, seorang pengguna forum tersebut telah berkongsi satu gambar yang menunjukkan profil Vivian di dalam laman AshleyMadison.com, sebuah laman web dating atau mencari teman.

Di dalam gambar tersebut, Vivian dilihat menawarkan kepada sesiapa yang ingin bersamanya dengan kadar bayaran RM 1,300 selama satu jam.

Adehh..mahalnya.. Tapi siapa tahu mungkin ada juga yang sanggup??

AshleyMadison.com merupakan servis dating online yang mana membolehkan orang ramai menempah untuk keluar dengan pengguna di laman tersebut.



Mr Bean.. Siri komedi lawak yang akan sentiasa membuat anda tak kering gusi kerana ketawa yang berlebihan. Nak buat macam mana.. tengok saja muka dah nak tergelak..

Tapi siapa sangka, disebalik muka yang sentiasa membuat orang ketawa, Mr. Bean mempunyai seorang anak gadis yang cun melecun, Lily Atkinson.

Anak gadis Mr Bean ini pernah muncul dalam filem lakonan Mr. Bean, Johnny English Reborn pada tahun 2011.




Mr. Bean atau Rowan Atkinson mempunyai dua orang anak hasil dari perkahwinannya dengan Sanstry pada 1990. Seorang lagi anak Mr. Bean adalah Benjamin yang kini berusia 20 tahun.


“Jangan sebut nama Allah kuat-kuat, nanti saya takut dan tak jadi menyamun kakak.” Itu kata seorang daripada dua penjenayah bertopeng kepada Ramlah Tahir, 53, ketika memecah masuk rumah mangsa yang juga ibu tunggal di Kampung Gelang Chin-Chin di sini, kelmarin.

Menurut Ramlah, seorang daripada dua lelaki yang turut bersenjatakan parang itu meminta dia berhenti menyebut perkataan Allah kerana mendakwa takut selain tahu perbuatannya itu menyalahi ajaran agama.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.45 pagi, Ramlah berkata, dia terkejut apabila disergah seorang lelaki bertopeng sebaik membuka tingkap bilik tidurnya selepas curiga dengan bunyi bising di kaki lima rumahnya.

“Lelaki itu kemudian cuba masuk dengan mengumpil jeriji besi pintu depan.

Walaupun saya menjerit meminta tolong, tetapi tidak diendahkan mereka,” katanya ditemui di rumahnya, semalam.

Katanya, tanpa disedarinya, pada masa sama, seorang lagi rakan penjenayah sudah memasuki rumah melalui tingkap dapur dan bersembunyi di bawah meja makan.

Menurutnya, tiba-tiba penjenayah itu keluar dari bawah meja makan dan meluru membuka pintu depan bagi membolehkan rakannya masuk ke dalam rumah.

“Pada masa sama, anak perempuan (Norazila Aziz, 22) yang tidur di bilik bersebelahan terjaga selepas mendengar jeritan dan menyangkakan saya diserang asma,” katanya.

Katanya, kedua-dua penyamun kemudian mengarahkan mereka berdua duduk di ruang tamu sambil memberi amaran tidak membuat bising.

“Kami berpelukan kerana ketakutan dan pada masa sama saya tidak putus menyebut Allah hingga seorang daripada penjenayah datang dan mengacukan parang ke leher anak supaya saya berhenti menyebutnya.

“Lelaki itu beritahu jika mahu menyebut ‘Allah’, lakukan dalam hati kerana dia takut mendengarnya selain bimbang tak jadi menyamun dan pulang tangan kosong,” katanya.

Ramlah berkata, pada masa sama, seorang lagi penjenayah menggeledah bilik tidurnya dan mengambil barangan kemas seperti cincin, gelang, rantai leher, satu komputer riba serta tabung syiling dari dalam almari membabitkan kerugian kira-kira RM6,000.

“Selepas menggeledah kira-kira 30 minit, kedua-dua mereka melarikan diri ke dalam belukar berdekatan rumah,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Segamat Deputi Superintendan M Anuar Ismail ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata, siasatan lanjut masih dijalankan. ─ myMetro online