Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

‹
›

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi



Baru bulan lepas penyanyi dangdut dengan imej murahan dari Indonesia, Julia Perez atau Jupe mencetuskan kontroversi apabila memuat naik gambar dia bergomol dengan anjing di bulan Syawal.

Kini dia tampil dengan kontroversi baru apabila gambar payu daranya diramas ‘teman tapi mesra’ tersebar di internet.
Apabila ditanya berkaitan isu ini oleh Kapanlagi.com, Jupe yang beragama Islam nyata tergamam.

Tanpa menafikan gambar itu memang asli Jupe menyatakan dia sedang berfikir bagaimana gambar yang dipos di Path untuk tatapan kawan-kawan terapat itu boleh tersebar ke pengetahuan umum.



Justeru, dia akan bertanya kepada pengurusnya bagaimana hal tersebut berlaku.
Menyentuh tentang lelaki yang melakukan aksi lucah bersamanya dalam gambar tersebut, ia tidak lain tidak bukan merupakan Diego yang sering dikaitkan bercinta dengan Jupe namun pelantun Aku Rapopo ini bertegas mereka hanya kawan biasa.



Kegilaan selfie budak-budak zaman sekarang memang kadang-kadang boleh buat kita geleng kepala.

Tapi bagi gambar lucah sambil memakai telekung di atas, ia bukan lagi tahap melampau tapi dah dikira mempermainkan agama Islam.

Tak tahulah apa motif perempuan yang mengambil gambar ini tapi kalau dia seorang muslimah semoga Allah berikan hidayah kepadanya supaya simpan sikit kebodohan itu di rumah.
Kot ye pun nak bergurau bila dah babitkan agama macam ini memang sengaja nak menempah tiket ke neraka namanya!


Kami tahu terdapat ramai wanita di luar sana yang cukup berbangga andai dapat menjadi model.
Tapi dalam keterujaan tersebut silalah berhati-hati kerana sejak dulu lagi dah ramai perempuan yang terperangkap gara-gara keinginan mahu popular seperti ini.

Contoh lelaki berhidung belang yang mahu mengambil kesempatan dapat dilihat dalam print screen yang disiarkan ini.

Berlagak konon juru gambar (entah betul entah tidak), lelaki ini meminta mangsa merakam gambar seksi lalu dihantar kepadanya.

Bagi menyembunyikan niat jahatnya dia berselindung di sebalik pujukan mahu mencari model muslimah dan wanita tersebut tidak perlu menanggalkan tudung.
Model muslimah kehapa kalau diminta bergambar persis pelakon lucah?





Jadi kepada kaum hawa di luar sana, berwaspadalah dan jangan terlalu teruja bila ada lelaki kononnya juru gambar menghampiri anda lalu menyatakan hasrat mahu menjadikan anda seorang model.
Silap-silap anda cuma bakal menjadi model lucah untuk tatapan dirinya yang sangap!


Seorang lelaki dilaporkan mati bunuh diri dilanggar kereta api yang dipandu bekas teman wanitanya di Scotland, semalam.

Gary Wells, 36, dikatakan kecewa dan mula tidak tentu arah selepas ditinggalkan Diane MacDonald, 29, sejak tiga minggu lalu.
Gary mati serta merta selepas dilanggar kereta api yang dipandu Diane dengan kelajuan 60kmj.

Diane merupakan pemandu wanita pertama untuk perkhidmatan kereta api West Highland Line berasa sangat terganggu dengan insiden tersebut sehingga terpaksa mengambil ubat tidur untuk menenangkan dirinya.
 
 


ACAP kali kita diingatkan supaya tidak memandu dalam keadaan mabuk kerana ia boleh mengundang malapetaka terhadap diri dan orang lain.

Semalam, menerusi Facebook Daily Traffic Report, seorang lelaki yang memandu dalam keadaan mabuk telah merempuh beberapa kenderaan di sebuah bangunan letak kereta.
Melalui gambar yang dikongsikan, kira-kira lima kereta mengalami kerosakan akibat rempuhan itu.

Lelaki tersebut juga dilihat mengalami kecederaan di kepalanya.
Hai, tak pasal-pasal dah menyusahkan orang lain…






 


KALAU sahihlah aduan yang diterima menerusi Facebook Oh!Media ini, mungkin ini antara penemuan bendasing paling ekstrem dalam makanan.

Menurut pengadu yang dikenali sebagai Fatihah Fauzi itu, rakannya telah membeli nasi bungkus dan menemui kepala ular di dalamnya.

Kalau diteliti, memang ia menyerupai kepala ular yang bersaiz kecil.

Jika benar, pelanggan boleh membuat aduan kepada pihak berwajib kerana dikhuatiri kepala ular ini boleh mendatangkan risiko jika termakan.

Manalah tau, mungkin ia mengandungi racun berbisa yang boleh membawa maut…

 


SEBENARNYA, kami agak pelik dengan Hans Isaac yang beria-ria mengatakan tindakan Neelofa (Lofa) mendedahkan hubungan mereka sudah berakhir awal tahun lalu menjejaskan imejnya.

Menerusi Murai.com, dia berkata, sebelum ini mereka sudah sepakat untuk tidak membuka mulut mengenai perkara itu.

“Apabila berita tersebut keluar ianya memberi kesan terhadap diri saya kerana sedia maklum saya berada juga bekerja dalam bidang korporat dan ianya tidak menunjukkan imej yang baik buat syarikat saya. Ianya menjadi bahan jenaka dikalangan rakan-rakan korporat saya,” katanya.

Alahai Hans…apa salahnya kalau Lofa memberitahu perkara sebenar kepada media?
Bukankah itu lebih baik daripada terus berahsia dan membuatkan para peminat terus tertanya-tanya status hubungan mereka.

Nanti, kalau Lofa dilihat bersama lelaki lain, tak pasal-pasal pula dia difitnah curang.
Pada masa yang sama, Hans mengakui dia masih menyayangi Lofa, namun sekadar rakan sahaja.

Ditanya mengenai gosip pengacara itu dilamar kerabat diraja, ini jawapannya:
“Saya tidak mengiyakan atau menafikan tentang berita tersebut. Tetapi mungkin ada kebenarannya sebab jika tidak, kenapa gosip tersebut boleh tersebar luas? Dan mengapa Neelofa harus tunggu sehingga dua bulan baru ingin keluar kenyataan mengenai berita tersebut?”

Senang cerita, tak perlulah lagi Hans mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai kisah percintaan yang tak kesampaian dengan Lofa.
Lagipun, ia sudah berlalu dan peminat pun mungkin sudah tidak berminat untuk ambil tahu mengenai perkara itu lagi…




Bukan sebab nak kahwin, tetapi tiada alasan tertentu untuk perubahannya itu. Demikian komen Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi mengenai imej terbarunya yang kekal bertudung.
Menurut Naib Juara Akademi Fantasia musim kelapan itu, hasratnya tersebut lahir dari hati yang ikhlas.

"Baru tiga hari saya mengenakan tudung. Ia terjadi atas kehendak diri dan doa semua yang mengharapkan kebaikan saya.
"Peminat pun barangkali tak tahu dengan perubahan ini. Biarlah mereka tahu sendiri," katanya yang menafikan ia ada kaitan dengan soal perkahwinan.



Tidak tahulah benar atau tidak berita yang disampaikan oleh portal hiburan ini.
Khabarnya, Nabila Huda sebenarnya sudah berbaik dengan ayahnya, Amy Search kerana mahu menamatkan zaman jandanya. Betul ke?

Apa tidaknya, selepas beberapa tahun solo dan rumahtangga yang tidak menjadi, akhirnya beliau bakal bergelar isteri sekali lagi.


Khabarnya, Nabila sudah pun memohon restu dan perbincangan sudah dilakukan bersama ayahnya, Amy Search di Johor Bahru.

Ramai pihak mengatakan jejaka itu merupakan pengurus sebuah restoran di ibu negara biarpun identitinya dirahsiakan.

Namun, selagi Nabila Huda sendiri tidak tampil memberikan kenyataan secara rasmi, kita tidak bolehlah sahkan apa-apa.
Kita tunggu dan lihat saja. Jika benar, tahniah kami ucapkan. Sejuk hati kami melihat hubungan Nabila dan Amy sudah beransur pulih. Air dicincang memang tidak akan putus.




Ragam terkini Dayang Nurfaizah dan rakan seperjuangannya yang sedang 'hot' diperkatakan di laman sosial. Entah kenapa, gambar yang dimuat naik itu menjadi kritikan dan 'sakit mata' segelintir pihak yang amat prihatin tentang 'cleavage’.
Nampak macam tak ada apa-apa je? Mungkin mata kami kurang jelas agaknya. Heh. 




Bagi kebanyakan lelaki, mencari perempuan idaman hati memerlukan masa bahkan sehingga bertahun-tahun. Namun, di Jepun, perempuan idaman itu boleh muncul di depan pintu rumah anda dalam masa beberapa hari.

Malangnya, perempuan idaman itu hanyalah sebuah boneka yang diperbuat daripada getah. Namun, syarikat pembuat anak patung ini, Orient Industry, mendakwa bahawa boneka perempuan ini lain daripada yang lain.

Boneka ini sangat mirip manusia sebenar dengan mata yang hampir seperti mata manusia dan kulit yang hampir sama dengan kulit perempuan yang halus.

Bahkan Orient memastikan pelanggan boleh menempah boneka perempuan ini sesuai keinginan. Pelanggan boleh menempah boneka dengan saiz dada, warna rambut, warna mata, dan lain-lain sesuai selera. Pelanggan juga boleh menempah boneka yang jari jemarinya boleh digerakkan.
Orient Industry mengatakan, boneka-boneka keluarannya dibuat dari silikon berkualiti tinggi sehingga sangat mirip perempuan sebenar. Orient mengatakan, setiap lelaki yang telah mempunyai anak patung ini akan berhenti mendamba seorang kekasih.

Boneka ini dijual dengan nama "Dutch Wife" yang dalam istilah bahasa Jepun bermakna boneka seks. Boneka ini dijual dengan harga sekitar US$1,500 sebuah dan ternyata sangat diminati para lelaki Jepun.

Bukan hanya itu, para boneka perempuan ini dilengkapi pakaian seksi yang membuat pemiliknya tak perlu menahan malu kerana harus membeli pakaian dalam perempuan.

"Dua perkara yang masih perlu perbaikan dari boneka ini adalah kulit dan mata. Namun, saat ini saya rasa kami sudah memberikan yang terbaik yang hampir sama dengan manusia sebenar," kata jurucakap Orient Industry, Osami Seto.

Boneka-boneka ini adalah sebahagian dari industri teknologi tinggi Jepun yang terus mencari cara mencipta mainan seks yang semakin mendekati bentuk asalnya. Bahkan kini boneka Dutch Wife ini dengan sendi yang boleh digerakkan sehingga pembeli boleh meletak "kekasihnya" dalam kedudukan yang diinginkannya.

Selepas rujuk semula sebagai suami isteri pada 17 Julai lalu, nampaknya cahaya kebahagiaan kian menerangi rumah tangga Adam AF dan Fiza Elite.
Semalam menerusi akaun Instagram Fiza memuat naik beberapa gambar sambutan hari lahirnya yang dibuat di sebuah restoran Arab.




Fiza kelihatan tenang dan gembira di samping Adam, anak-anak dan rakan terapat termasuk pelakon veteran, Aznah Hamid yang hadir meraikannya.



Kami doakan semoga bersama pertambahan usia ini Fiza akan semakin matang melayari alam rumah tangga dan beroleh kebahagiaan hidup yang sejati.