Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi

TOKYO – Pembedahan kelopak mata menjadi trend yang popular untuk wanita
Asia bagi mendapatkan kelopak menarik. Namun kini terdapat kegilaan baru
yang menjanjikan alternatif lebih mudah dan tidak menyakitkan iaitu
tampalan pelekat di kelopak mata.
Tujuan utamanya adalah membentu kelopak mata berganda secara semula
jadi. Ia hanya menggunakan tampalan pelekat yang berharga RM19
berbanding kos pembedahan kelopak mata yang dianggarkan RM16,000.
Trend itu diperkenalkan di Jepun dan menyebabkan penduduknya terutama remaja yang bemata sepet menjadi obses.

Malah satu majalah Scawaii Beauty, menyifatkan bagaimana trend
memotong pelekat itu kepada cebisan kecil dan melekatnya di kelopak
mata, menjadikan mata pemakainya lebih besar, sama seperti kelopak mata
orang barat.
Kegilaan ini bermula di Korea Selatan dan merebak dengan cepat di Jepun.
Pelekat itu turut dijual di Amazon, di mana ia disifatkan sebagai gred perubatan, menjadikan mata lebih besar dan jelas.
Bagaimanapun kegilaan itu dikritik oleh warga tua di Jepun kerana ia
merompak identiti masyarakat Jepun yang terkenal dengan mata sepet.
“Bagaimana anda menggelar diri anda sebagai orang Jepun jika anda
menjadikan diri sendiri seperti orang lain,’’ itu antara persoalan yang
dibangkitkan oleh warga tua di negara berkenaan.
Pelbagai

Antara acara yang dianjurkan adalah pertandingan memanjat tiang licin yang disertai oleh beratus-ratus banduan termasuk wanita.
Dalam pertandingan tersebut, beberapa kumpulan banduan termasuk warga asing di Penjara Kerobokan akan memanjat tiang yang telah disapukan gris untuk mengambil hadiah dan bendera yang diletakkan di atas tiang.
Turut menyertai pertandingan tersebut beberapa banduan asing termasuk wanita. - AFP
Global

“Zaman dahulu kami mengangkat senjata. Saya sendiri menyertai tujuh operasi sekitar tahun 1970-an untuk menjaga keselamatan negara daripada ancaman komunis.
“Setiap kali masuk hutan, kami akan menyertai operasi selama tiga bulan dan pelbagai pengalaman pahit manis telah dilalui atas rasa tanggungjawab dan amanah memelihara kedaulatan negara,” katanya ketika ditemui Bernama di rumahnya di Kampung Tok Dor, Ajil dekat sini semalam.
Isu Semasa

KUALA LUMPUR: Aktres Liyana Jasmay mengakui akan menetap di Sabah
sepenuhnya hujung tahun ini. Malah beliau yang ditemui hari ini (16
Ogos) pada majlis Aqiqah anaknya Sofia Arissa dan sekali gus
menganjurkan rumah terbuka di kediaman keluarganya di Kemensah tidak
ralat berbuat demikian.
Berlakon di usia remaja, isteri kepada Fathuddin Mazlan sudah
melalui zaman kegemilangannya dan selesa memberi ruang kepada pelapis
baru dalam dunia seni untuk berkongsi bakat mereka. Dalam hal ini,
Liyana sanggup berkorban termasuklah mengorbankan kecintaannya terhadap
dunia lakonan.
"Rumah kami di Sabah masih dalam proses pengubahsuaian. Kata
suami saya, berkemungkinan besar hujung tahun ini depan, insya-Allah
akan lengkap rumah itu untuk didiami. Dalam hal ini, saya tak kisah
untuk korbankan minat berlakon. Tapi kalau ada tawaran yang sesuai saya
tak kisah untuk pulang ke ibu kota.
"Ramadan lalu pun saya pernah terdetik untuk berhenti berlakon dan
memberi perhatian kepada kerja penerbitan di syarikat sendiri, Mermaid
Studios saja. Tengoklah macam mana nanti... belum ada keputusan
muktamad. Saya pun sudah mencapai apa yang diingini dalam kerjaya
lakonan.
"Selama ini pun saya ada juga berulang alik menemani suami ke
Sabah. Suami pun kadang-kadang perlu berulang alik dari Sabah ke Kuala
Lumpur untuk bersama saya dan anak. Jadi untuk memudahkan hal ini saya
perlu menetapkan satu pendirian iaitu berpindah. Lagipun suami saya
bekerja di Sabah," katanya.
Tambah Pelakon Filem Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH
(ABPBH) 2009, beliau sudah menetapkan syarat dalam lakonan apatah lagi
dengan statusnya sebagai isteri orang.
"Watak yang saya bawa tidak boleh lagi ada babak pegang tangan
atau nampak hubungan intim. Saya perlu bertegas dalam hal ini kerana
hati suami perlu dijaga. Macam produksi sendiri, kalau saya berlakon,
saya boleh letak garis panduan sendiri. Cuma kalau ada produksi luar nak
ambil saya berlakon mereka kena terima syarat itu," katanya.
Hiburan
PETALING JAYA: Pelakon Aishah Ilias, mengakui sedia
berdepan dengan kontroversi walaupun masih lagi baharu di dalam dunia
seni hiburan tempatan.
Aishah berkata, sebagai seorang pelakon, dia harus bersedia menerima risiko itu memandangkan ia sudah menjadi lumrah apabila terlibat dengan mana-mana dunia seni hiburan.
"Jangan salah faham, bersedia untuk berdepan dengan kontroversi bukan bermaksud saya mahu terbabit dengan isu-isu panas. Tidak.
"Sebaliknya, saya hanya mahu bersedia daripada segi fizikal dan mental, jadi jika diri ini terpalit dengan kontroversi, saya tidak mudah melatah. Itu sahaja.
"Lagipun, itulah risiko utama yang perlu difikirkan sebelum melangkah ke dunia seni hiburan," kata gadis berusia 26 tahun itu.
Aishah yang sebelum ini bekerja sebagai setiausaha di sebuah syarikat swasta pernah terbabit dengan beberapa drama bersiri terbitan RTM, selain drama popular di TV3 seperti Mak Nak Madu dan Love You Mr Arrogant serta sebuah filem, Paku Pontianak.

Terbaharu, Aishah kini terbabit dengan penggambaran telenovela baharu siaran Astro Prima, Cinta Ibadah yang bakal ditayangkan setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 5 petang bermula 8 September 2014.
Kata Aishah, telenovela tersebut antara drama yang mencabar baginya
apabila menggalas tanggungjawab memainkan dua watak berbeza iaitu
sebagai Siti dan Rina, digandingkan dengan aktor Fattah Amin.
"Apabila menggalas dua watak, saya sampaikan bercakap seorang diri, tidak kira di mana saja saya berada bagi menjiwai karakter yang diberi.
"Tidak dinafikan, saya agak tertekan sehinggakan pernah keliru dan tertukar watak ketika penggambaran dijalankan. Mujurlah, atas bantuan pengarah, saya mampu membawa kedua-dua watak dengan baik.
"Setakat ini, sudah 80 episod saya bersama pelakon lain menjayakan telenovela ini. Alhamdulillah, saya semakin serasi dengan dua watak tersebut," ujarnya.
Selain Aishah dan Fattah, pelakon Raja Ilya, Sherry Ibrahim, Nor Albaniah, Shahronizam dan Ziema Zin turut membintangi telenovela tersebut.
Ia mengisahkan tentang kehidupan pasangan suami isteri iaitu Siti (Aishah) dan Hafiz (Fattah) yang mula goyah apabila Siti disahkan menghidap penyakit barah. Siti mengambil keputusan untuk merahsiakan penyakit yang dihidapinya daripada pengetahuan Hafiz.

PETALING JAYA: Penyanyi Iqa (Velvetband) berang apabila kasut yang dibeli secara online menerusi laman Instagram masih belum diterimanya walaupun sudah membuat tempahan sejak sebulan lalu.
Berusia 28 tahun, Iqa atau nama sebenarnya Nursyafiqah Nasratullah Mohd Nor berkata, kejadian itu membuatkan dia meminta peniaga tersebut memulangkan wangnya, bagaimanapun hingga kini pelbagai alasan diberikan peniaga tersebut.
"Saya sememangnya seorang pembeli barangan online tegar dan tidak pernah mempunyai masalah dalam urusan jual-beli.
"Tetapi lain pula kali ini apabila kasut yang saya beli hingga kini masih belum diterima. Macam-macam alasan peniaga itu beri.
"Kemudian saya memutuskan untuk meminta peniaga berkenaan memulangkan semula wang saya. Itu pun dilengah-lengahkan. Kononnya duit saya sudah dikembalikan menerusi transaksi bank, tetapi apabila disemak, tiada sebarang transaksi dilakukan," katanya yang dihubungi mStar Online.
Bagaimanapun, tambah Iqa, kejadian ditipu itu tidak pernah membuatkan dia serik untuk membeli barangan secara online lagi.
Katanya, dia yang turut mempunyai barangan jualan di laman Instagram iaitu Therockingdollshop percaya, tidak semua peniaga online yang mengambil kesempatan terhadap pembeli.
"Dari dulu lagi, saya lebih senang membeli belah menerusi internet. Cuma silapnya, saya mudah mempercayai orang dan yakin tiada yang akan menipu berkaitan urusan jual beli.
"Ini juga pengajaran buat diri supaya lebih berhati-hati selepas ini.
"Tetapi tidaklah sampai serik nak membeli di internet. Saya yakin masih ramai lagi yang jujur berniaga. Cuma sebagai pembeli, saya perlu teliti dengan setiap transaksi dan bukti pembelian yang dibuat," ujarnya.

Dubai: Pihak berkuasa Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai semalam
melarang lelaki warga Jerman, Rolf Buchholz, memasuki negara itu,
sebaliknya mengarahnya menaiki pesawat untuk pulang dari tempat dia
berlepas.

Menurut laporan akhbar Emarat Al Youm, Rolf dihantar semula ke Turki.
Sumber yang dipetik laporan itu menyatakan, muka lelaki itu penuh
dengan tindikan, berlubang dan juga mempunyai dua ‘tanduk’ pada dahinya.
“Orang ramai di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai ketakutan melihat penampilannya,” menurut laporan itu.
“Orang ramai di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai ketakutan melihat penampilannya,” menurut laporan itu.
Buchholz dikatakan datang ke Dubai untuk muncul di satu pertunjukan kelab malam yang mempamerkan orang paling ganjil di dunia.
Dia hadir sebagai orang paling banyak lubang pada muka, telinga dan anggota tubuh lain - 453 semuanya.
Menurut laporan media, Buchhoz, pengatur cara komputer, menjalani pembedahan plastik besar-besaran untuk mendapatkan penampilan sedemikian.
Dia diiktiraf oleh Buku Rekod Guinness pada 2012 selaku lelaki paling banyak bertindik di dunia.- Agensi
Global

Kuala Kangsar: Percutian lima beranak ke sebuah pusat peranginan di
Bukit Merah di sini, berakhir tragedi apabila dua daripada mereka
terbunuh dalam kemalangan di Kilometer 231.8, Lebuhraya Utara-Selatan
(PLUS) arah Selatan, berhampiran susur Kuala Kangsar, kelmarin.
Dalam kejadian jam 11 malam itu, mangsa, Muhamad Hafeez Hadzry
Ismail, 9, maut di tempat kejadian manakala adiknya, Afrina Nur Jameela
Ismail, 6, meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital
Taiping.
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Ghuzlan Salleh
berkata, kemalangan berlaku apabila kereta Toyota Vios yang dipandu
bapa mangsa, Ismail Mohammad Saat, 33, gagal dikawal sehingga terbabas
ke kiri jalan.
“Lima beranak dari Kuantan, Pahang itu dikatakan dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan mereka di Bukit Merah selepas keluar ke pekan Changkat Jering, dekat sini.
“Lima beranak dari Kuantan, Pahang itu dikatakan dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan mereka di Bukit Merah selepas keluar ke pekan Changkat Jering, dekat sini.
“Bagaimanapun, sebaik melepasi Plaza Tol Changkat Jering, kereta yang
dipandu Ismail yang juga pengurus cawangan sebuah syarikat
telekomunikasi di Kuantan itu tersalah arah dan ingin membuat pusingan
‘U’ di Plaza Tol Kuala Kangsar. Bagaimanapun, setibanya di tempat
kejadian kereta yang dipandunya hilang kawalan lalu terbabas merempuh
pembahagi jalan di sebelah kiri jalan,” katanya.
Menurutnya, kesan rempuhan itu menyebabkan dua anak Ismail tercampak ke luar hingga menyebabkan seorang daripadanya maut di tempat kejadian manakala seorang lagi meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Taiping.
“Kedua-dua mayat dibedah siasat di Hospital Taiping sebelum dituntut keluarga mangsa untuk urusan pengebumian,” katanya.
Ghuzlan berkata, Ismail bersama anak bongsunya,Muhammad Hareez Hafiey, 4, cedera ringan manakala isteri Ismail, Idayu Sulaiman, 31, patah bahu kanan. HM
Isu Semasa

The Hague: “Dalam tempoh 28 hari selepas pesawat penerbangan MH17
terhempas, rata-rata kami (penuntut Malaysia di Belanda) tidak percaya
arwah Mohamed Ali Salim, 30, terbunuh sehingga kami melihat keranda dan
melakukan sembahyang jenazah ke atas jasadnya,” kata Pengerusi Persatuan
Pelajar Malaysia di Belanda (MAS-NL), Mohd Sharil Abdullah.
Dia berkata, tragedi menimpa rakan karibnya itu sukar untuk
dipercayai walaupun media melaporkan semua 298 penumpang di dalam
penerbangan MH17 terkorban dalam nahas di timur Ukraine pada 17 Julai
lalu.
Menurutnya, Ali yang juga memegang jawatan wakil penuntut daerah
Rotterdam, di sini, disifatkan sebagai penuntut Melayu genius dan amat
komited untuk menamatkan pengajian Ijazah Kedoktoran ‘Development
Neuropsychopathology’ di Erasmus University Of Rotterdam di sini.
“Sebaik mendengar berita nahas itu, saya enggan percaya Ali terkorban. Saya harapkan berlaku keajaiban (Ali terselamat).
“Sebaik mendengar berita nahas itu, saya enggan percaya Ali terkorban. Saya harapkan berlaku keajaiban (Ali terselamat).
“Sebelum ini, pernah juga berlaku mangsa nahas pesawat yang terselamat dan saya berharap perkara sama berulang terhadap Ali.
Global

Nak diikutkan memang pelik bunyinya tapi sebuah pusat beli belah
besar yang boleh dikira baru dibuka di Seremban dikhabarkan tidak
meletakkan cermin di dalam tandasnya.
Dengar khabar ada cerita mistik di sebalik tindakan ini iaitu
mengelak gangguan yang gemar muncul jika terdapat cermin dalam tandas.
Mengikut cerita yang kini tersebar di laman sosial, kisah seram di
tandas pusat beli belah ini bukan rahsia lagi malah ia pernah disiarkan
sebuah akhbar berbahasa Cina.
Selain tandas, pengunjung juga didakwa mengalami gangguan aneh ketika
menonton wayang termasuk kaki tiba-tiba ditarik atau rambut terasa
seperti diusik.
Benarkah dakwaan ini atau ia sekadar untuk menjejaskan pusat beli
belah yang terbengkalai selama 10 tahun sebelum beroperasi ini?
Hanya mereka yang pernah mengalami pengalaman seram di sini dapat memberikan kepastian
Misteri Sejarah
Rabu lalu, masyarakat Singapura hangat memperkatakan tentang gambar
seorang wanita pendatang asing dari China membuang air besar di tempat
awam secara selamba yang menjadi viral di laman siber.
Rata-rata berasa marah dengan insiden ini dan menyifatkan mereka sudah muak dengan perangai pendatang asing China yang gemar berkelakuan tidak beradab dan mencemarkan keindahan negara mereka.
Rungutan rakyat ini nampaknya diambil serius oleh Kerajaan Singapura
yang segera mengadakan mesyuarat bagi membincangkan cara penyelesaian.

Hasilnya satu sidang media diadakan semalam bagi mengumumkan hukuman
baru jika membuang air kecil mahu pun besar di tempat awam sekitar
Singapura berkuat kuasa mulai hari ini (15 Ogos 2014) iaitu:
1) Denda $1000 (RM2537) jika ditangkap buang air di khalayak ramai.
2) Penjara 12 bulan atau lebih dan 6 sebatan bagi kesalahan kali kedua.
3) Pesalah akan dihantar menjalani Corrective Training di
mana mereka dikehendaki mencuci tandas awam di tempat paling sibuk di
Singapura selama sebulan. Jika tidak memuaskan, tempoh cuci tandas awam
ini akan dilanjutkan.
4) Orang ramai digalakkan merakam pesalah yang membuang air
di tempat awam dan bakal menerima voucer bernilai $100 sebagai
penghargaan selepas pesalah berjaya diberkas.
Hai, macam-macam kan?
Mujurlah berak merata-rata bukan salah satu masalah yang perlu
diselesaikan Malaysia berkaitan isu pendatang asing di negara ini.
Pelbagai
Seorang perempuan baru-baru ini dirakam berjalan-jalan di Kuala
Lumpur dengan memakai tudung dan berbaju labuh tapi tidak memakai
seluar.
Bagi kami ada beberapa teori yang boleh menerangkan senario ini,
antaranya perempuan tersebut mungkin pelancong asing yang menyangka
tudung adalah fesyen seumpama topi di negara ini. Jadi dia turut
mengenakannya tanpa berasa janggal.
(Hakikatnya satu dunia tahu kot, hijab atau tudung biasa dikenakan wanita beragama Islam).
Teori lain adalah perempuan ini memang ada masalah lupa yang kronik
sampai tak ingat mahu memakai seluar ketika keluar rumah dan satu lagi
kemungkinan, dia kurang siuman.
Apa pun alasannya, semoga selepas ini perempuan terbabit diberikan
kesedaran bahawa tudung digunakan bagi menutup aurat oleh wanita Islam.
Jadi mengenakannya di kepala tapi membiarkan bahagian bawah dalam
keadaan telanjang adalah sesuatu yang amat tidak kena. - MYNEWSHUB.MY
Isu Panas
Subscribe to:
Posts (Atom)

Recent Comments