Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

‹
›

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi



Mencacah alis mata ialah sesuatu yang dilakukan oleh wanita yang tidak mahu melukis alis mata setiap hari. Di bawah ialah beberapa cacah alis mata yang bukan sahaja huduh tetapi kelakar.
 





 


perempuan terangsang. Lalu apa saja tanda-tanda yang muncul ketika tubuh perempuan sedang terangsang?

Beberapa perempuan kadang memiliki titik rangsangan yang berbeza-beza, namun sebahagian besar perempuan mudah teransang ketika diberikan rangsangan seksual dan hanya sedikit orang yang sulit terangsang.

Dr Andri Wanananda, MS dalam tulisannya menuturkan ada 2 perubahan yang terjadi pada perempuan ketika sedang terangsang, iaitu perubahan di organ genital serta di tubuhnya.

Perubahan yang terjadi pada organ genital:
1. Sekitar dua pertiga bahagian dalam vagina memanjang dan merekah
2. Lubrikasi dari vagina secara automatik meningkat
3. Warna vagina boleh berubah menjadi agak gelap seperti ungu
4. Serviks dan tubuh rahim (uterus) akan tertarik ke belakang dan terdorong ke atas hingga ke dalam rongga panggul (pelvis)
5. Bibir vagina dalam (labia minora) dan bibir vagina luar (labia majora) akan meningkat ke atas dan terbuka
6. Klitoris akan membesar dan menegang

Perubahan yang terjadi pada tubuh:
1 . Pupil mata akan melebar
2. Keringat yang keluar akan meningkat
3. Puting susu mengalami ereksi atau tegang
4. Frekuensi nafas meningkat
5. Denyut jantung menjadi lebih cepat
6. Payudara akan membesar

Umumnya respons pertama yang muncul ketika perempuan menerima rangsangan seksual adalah adanya perasangan hangat yang menjalar di seluruh tubuh, yang nantinya diikuti oleh perubahan tubuh lainnya.

Jika rangsangan ini terus berlanjut, maka akan lebih mudah bagi perempuan untuk mencapai orgasme saat berhubungan seksual. Ketika seseorang mencapai orgasme maka beberapa hormon di tubuh akan turut aktif seperti prolaktin, serotonin, oksitosin, endorfin, adrenalin dan phenylethylamine. Namun hal itu belumlah berakhir, sebagian besar perempuan akan mendapatkan manfaat lain berupa perasaan lebih bahagia dan juga santai serta lebih mudah menerima rangsangan.


Seorang remaja Palestin berusia 16 tahun menjadi terkenal dalam laman media sosial, Twitter selepas dia mencapai sejumlah 166,000 pengikut berikutan mesej tweetnya yang menceritakan keadaan kronik di Gaza dan kesengsaraan yang ditanggungnya akibat serangan tentera Israel.

Farah Baker yang merupakan seorang pelajar sekolah tinggi tinggal berhampiran Hospital Shifa, membolehkan dia memberi gambaran sebenar tentang perang yang melanda wilayah Palestin berkenaan.

Menerusi nama Twitter, @Farah_Gazan, dia juga sering merekod video bagi menunjukkan keadaan huru-hara akibat serangan tentera Zionis secara sepintas lalu.
Farah Baker

“Saya cuba untuk memberitahu kepada dunia tentang perasaan saya dan apa yang sedang berlaku di tempat saya.

“Saya tidak menjangka akan menerima ramai pengikut. Saya cuma mempunyai sebilangan kecil rakan dalam laman web itu, dan jumlah pengikut semakin bertambah,” katanya.

Farah berkata, dia juga ingin orang lain merasai pengalamannya berada di Gaza dan diserang oleh tentera Israel menerusi tweetnya.

“Saya rasa hanya dengan cara ini saya dapat membantu Gaza. Kadang-kala saya menangis kerana terlalu takut ketika menulis tweet, tetapi saya tidak akan berhenti,” katanya.

Farah mengimpikan untuk menjadi seorang peguam dan berharap cita-citanya itu akan tercapai untuk membela penduduk Gaza yang tersepit ekoran penindasan Israel. – REUTERS

Dipetik dari: UtusanMalaysia



MUNGKIN ramai yang tidak tahu ini adalah antara kaedah menjimatkan ruang letak kereta di sesetengah bangunan pejabat.

Gambar di atas merupakan keadaan di tempat letak kereta valet di Leisure Commerce Square, Petaling Jaya.

Susunan kenderaan ini dikendalikan oleh pekerja valet profesional yang akan bertindak menolak kenderaan yang telah diturunkan brek tangan secara manual.

Jika pemilik mahu masuk ke dalam kenderaannya, pekerja berkenaan akan menolak keluar terlebih dahulu kereta tersebut dari ruang sempit itu.
Bijak bukan?


Bukan sekali suami selebriti Daphne Iking iaitu Joe Lebosi mencetuskan kontroversi di laman Instagram.

Sebelum ini, nama Joe hangat disebabkan isu pemakaian rantai yang bentuknya seakan-akan salib, menyerupai simbol keagamaan penganut Kristian.

Terbaharu, nama Joe kembali diperkatakan apabila dia mengeluarkan satu caption yang kedengaran agak lucah menerusi satu gambar dalam Instagramnya.



Merujuk isterinya sebagai model untuk dirinya, isteri serta ibu kepada anak-anaknya, Joe juga menulis Daphne sebagai tempat untuk anu…
Ha, yang inilah jadi persoalannya.

Memang tak dinafikan buat sesiapa yang mengikuti laman sosialnya pasti tahu sikap gila-gila Joe dalam setiap postingnya sebelum ini.

Tapi yang ni dah macam too much information pulak lah..
Tak tahu lah kalau tempat untuk anu yang dimaksudkan Joe itu membawa maksud yang lain pulak yang tidak kita ketahui..



Kuala Lumpur – Seorang bayi perempuan yang dipercayai mangsa dera akhirnya menghembuskan nafas terakhir pada jam 7 pagi tadi di Hospital Sungai Buloh, dekat sini, selepas tidak sedarkan diri sejak Khamis lalu.

Bapa saudara kanak-kanak terbabit yang mahu dikenali sebagai Helmi berkata, mangsa Nurain Damia Mohamad Naqiuddin berusia setahun dua bulan sebelum itu menjalani pembedahan mengeluarkan darah beku di kepala selepas dikejarkan ke hospital pada Khamis lalu dan berada dalam keadaan koma selama enam hari.

“Buat masa ini jenazah Damia sedang menjalani proses bedah siasat dan dijangka dikebumikan di Cheras iaitu di kawasan perumahan neneknya,” kata Helmi ketika dihubungi Harian Metro.

Nurain Damia disahkan mengalami pendarahan otak selepas didakwa terjatuh daripada kerusi ketika di bawah jagaan pengasuhnya

Bagaimanapun ibu mangsa kemudian membuat laporan polis selepas mengesyaki anaknya didera dan mendakwa sebelum ini ada kesan lebam pada badan bayi itu.
Damia sudah dua bulan diletakkan dalam jagaan pengasuh berusia 30-an yang turut menjaga seorang lagi kanak-kanak lelaki. – Harian Metro


AMBOI…bukan main santai kaum lelaki di Beijing ini mandi bogel di sebuah kolam yang ditinggalkan.

Kebanyakan mereka terdiri daripada golongan tua yang mahu menyejukkan badan kerana cuaca yang agak panas di sana.

Mujurlah tiada yang menjadikan air kolam itu sebagai sumber minuman.
Iyalah, kalau di tempat awam pun rakyat negara itu boleh membuang air sesuka-hati, apatah lagi dalam kolam seperti ini…


NIBONG TEBAL – Polis mengesahkan menyiasat seorang pelajar tingkatan lima mengikut Akta Hasutan 1948 berikutan tindakannya yang dikatakan menyukai negara Israel.

Pelajar yang mendakwa tidak menekan butang ‘ Like’ I Love Israel di laman sosial Facebook sehingga menimbulkan kontroversi di kalangan warga sekolahnya sudah membuat laporan polis, kelmarin.

Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi, berkata pihaknya membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan 1948.

Beliau berkata, setakat ini, pihaknya sudah merakamkan keterangan pelajar dan seorang guru berhubung kes berkenaan di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Prai Selatan, di sini.


Terkejut penulis apabila menerima gambar petikan skrin dari laman sosial Facebook berkenaan seorang remaja yang marahkan ibunya kerana mencabut pokok ganja yang ditanamnya.

Biarpun ganja dikenali sebagai dadah yang diharamkan penggunaannya di Malaysia, tetapi remaja itu seperti tidak mengendahkannya sebaliknya bebas berkongsi berkenaan pokok ganja tanamannya itu di Facebook.
“Hari ini ibu saya cabut pokok ganja diam diam, maka saya membakar dua televisyen di rumah saya terang-terang.



“Ibu menangis tengok keadaan saya… Saya kelu,” katanya dalam status berkenaan.
Daripada apa yang dikongsikan, gambar pokok ganja atau Marijuana itu dilihat sudah pun besar dan ditanam di satu lokasi yang kelihatan seperti halaman rumahnya.

Diharapkan pihak berkuasa Polis Diraja Malaysia akan membuka mata dalam isu ini kerana jika benar, jelas remaja ini mempunyai sumber bekalan benih anak pokok ganja dan dari mana dia mendapatkannya akan mencetuskan kebimbangan.

Jelas juga kebimbangn apabila timbul tanda tanya, adakah itu kali pertama remaja itu menanam ganja atau sebelum ini dia pernah melakukan perkara sama.
Dibimbangi juga, tujuan remaja itu menanam pokok ganja adalah dengan bertujuan untuk diproses dan diedarkan kepada penagih yang memerlukannya.



Menanam pokok ganja walaupun sepohon adalah salah mengikut Seksyen 6B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan pesalah boleh dihukum penjara seumur hidup atau disebar tidak kurang daripada enam sebatan.





Hah, biar betul Rozita Che Wan buat ‘love bite’ atau gigitan cinta kat suaminya, Zain Saidin?
Dah la tu, Zain tak malu pula tayangkan gambarnya dilove bite kat pengikut laman Instagramnya.
Jangan salah sangka, Rozita Che Wan atau Che Ta sebenarnya buat rawatan bekam kepada Zain dan yang kelakarnya Zain sendiri memuat naik caption ‘apabila Rozita Che Wan buat love bite’.



Mungkin Zain saja nak mengusik pengikutnya yang sering memberikan sokongan terhadapnya dalam bidang kerjaya dan juga hal peribadinya.

Apa-apa je la Zain, yang penting memang nampak bahagia hubungan Che Ta dan Zain, dan pastinya pasangan ini dah tak sabar nak timang cahaya yang dijangka dilahirkan pada hujung tahun ini.


Seorang lelaki mencium isterinya selepas perselisihan antara mereka selesai di mahkamah majistret, di sini, pagi tadi.

Tindakan spontan itu dilakukan Roslan Ismail, 38, di luar mahkamah selepas Majistret, Nik Habri Muhamad melepas dan membebaskannnya dengan kompaun RM500 selepas perkara itu dipersetujui oleh mangsa sendiri.

Roslan mengaku salah pada tuduhan pilihan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dengan sengaja mencederakan isterinya, Rosnah Abdullah, 35, di alamat Kampung Babong, di sini, pada jam 11.30 malam, 28 Mac 2014.

Tertuduh pada asalnya didakwa menyebabkan kecederaan kepada mangsa dengan menggunakan ranting pokok, tali pinggang dan mencucuhnya dengan api rokok pada alamat, masa dan tarikh sama sebelum mengaku pada tuduhan pilihan itu.

Kejadian berlaku ketika mangsa yang berada di rumah berselisih faham dengan suami kerana mendapat tahu mangsa membuat perhubungan dengan kawan-kawan lelaki lain.
Mangsa dimarahi dan dipukul hingga mengalami lebam di lengan, bahu dan paha kiri serta lebam di belakang bahu kiri selain melecur di lengan kanan.- Sinar Harian

HAI…apa kes sampai anak kucing pun boleh jadi anak susuan ni?
Memang mengarut sungguh status Facebook ini.

Hasil tinjauan kami, akaun ini memang wujud, namun ia tidak disetkan untuk tatapan umum. Justeru, kami tidak dapat mengesahkan sama ada ia sengaja ditulis untuk tujuan bergurau atau telah disabotaj.

Apapun, memang tak senonoh langsung…