Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
KUALA LUMPUR: McDonald’s Malaysia hari ini meluahkan rasa kekecewaannya kerana
beberapa premisnya telah mengalami vandalisme yang mengancam
keselamatan pekerjanya, ekoran gesaan pelbagai pihak untuk memboikot
syarikat.
McDonald’s Malaysia menegaskan bahawa ia tidak meyalurkan hasil jualan, keuntungan atau yuran francais untuk menyokong apa-apa sebab politik atau kepada mana-mana bahagian di dunia.
“Nilai-nilai teras kami ialah menjalankan perniagaan kami secara beretika dan dan dengan standard tertinggi. Tidak ada apa-apa kebenaran dalam dakwaan di internet yang mencadangkan sebaliknya.
“Setakat ini, terdapat kesan yang minima kepada perniagaan kami dan kami komited untuk berkhidmat kepada pelanggan-pelanggan kami dan memberi balik kepada masyarakat sebagaimana yang kami buat untuk 30 tahun yang lepas di Malaysia,” kata syarikat di dalam satu kenyataan media.
McDonald’s Malaysia turut menafikan berita yang tersebar di laman media sosial mengenai pemberian burger dan minuman percuma di beberapa masjid terpilih pada Jumaat.
“Kami menggesa semua pelanggan dan rakyat Malaysia melawat laman Facebook rasmi kami dan laman web korporat kami untuk mengesahkan apa-apa maklumat dan pengumuman rasmi yang dibuat oleh McDonald’s Malaysia.”
Sebelum ini, terdapat gesaan di laman media sosial untuk memboikot McDonald’s kerana dakwaan ia adalah penyokong Israel. – Astro Awani
McDonald’s Malaysia menegaskan bahawa ia tidak meyalurkan hasil jualan, keuntungan atau yuran francais untuk menyokong apa-apa sebab politik atau kepada mana-mana bahagian di dunia.
“Nilai-nilai teras kami ialah menjalankan perniagaan kami secara beretika dan dan dengan standard tertinggi. Tidak ada apa-apa kebenaran dalam dakwaan di internet yang mencadangkan sebaliknya.
“Setakat ini, terdapat kesan yang minima kepada perniagaan kami dan kami komited untuk berkhidmat kepada pelanggan-pelanggan kami dan memberi balik kepada masyarakat sebagaimana yang kami buat untuk 30 tahun yang lepas di Malaysia,” kata syarikat di dalam satu kenyataan media.
McDonald’s Malaysia turut menafikan berita yang tersebar di laman media sosial mengenai pemberian burger dan minuman percuma di beberapa masjid terpilih pada Jumaat.
“Kami menggesa semua pelanggan dan rakyat Malaysia melawat laman Facebook rasmi kami dan laman web korporat kami untuk mengesahkan apa-apa maklumat dan pengumuman rasmi yang dibuat oleh McDonald’s Malaysia.”
Sebelum ini, terdapat gesaan di laman media sosial untuk memboikot McDonald’s kerana dakwaan ia adalah penyokong Israel. – Astro Awani
Isu Semasa
Ni artis mana ni? Katanya bergelar datin…

Gambar dimuat naik sempena raya katanya…
Punggung, kaki semua nampak jelas… mesti banyak publisiti murahan kan…
Artis yang cipta nama cara murah ni sebenarnya tidak akan kekal lama pun…
Hiburan

Tidak kiralah apa pun kesalahan mangsa buli di atas dia tidak sepatutnya diperlakukan begitu.
Tak cukup dengan mencederakan, pembulinya bertindak memasukkan pula gambar aib mangsa di laman sosial.
Begitu pun pemilik Facebook ini didapati sudah pun memadam akaunnya
dipercayai selepas menyedari tindakannya ini mendapat kecaman ramai.
Diharapkan pihak berkuasa dapat menyiasat seterusnya memberi hukuman
setimpal terhadap pembuli muda ini kerana meskipun usianya masih mentah
namun jika perbuatan sebegini tidak dikawal ia akan kembali melahirkan
budaya buli di asrama.
Sepatutnya adik-adik yang suka membuli di luar sana ambil pengajaran
daripada banyak kes buli yang berakhir dengan kematian mangsa seterusnya
membawa mereka ke dalam jeriji besi sekali gus merosakkan masa depan
sendiri.
Isu Panas
AGAK jarang sebenarnya gaya dan pemakaian pengacara dan pelakon Hanis Zalikha dikecam oleh peminat.
Ini kerana, dia tidak terlalu kerap memakai pakaian yang mencolok mata seperti yang dilakukan oleh sesetengah selebriti wanita.
Bagaimanapun, menerusi beberapa portal hiburan, satu gambar Hanis
bersama pelakon Hairul Azreen tiba-tiba menjadi panas gara-gara baju
putih tanpa lengan yang dipakainya.
Gambar yang dimuatkan di Instagram itu juga dilihat menampakkan bentuk pakaian dalam yang dipakainya.
Ia sekaligus mengundang kritikan daripada para peminat yang menyifatkan Hanis semakin seksi sejak popularitinya meningkat.
Menerusi tinjauan kami di akaun Instagramnya, gambar tersebut sudahpun dipadamkan.
Harapnya selepas ini Hanis akan lebih berhati-hati dalam berpakaian
kerana statusnya bukan sahaja sebagai selebriti, tetapi juga blogger
yang diminati ramai dan menjadi contoh kepada remaja di luar sana.
Hiburan
SEBENARNYA, tidak susah pun untuk memahami kaedah ‘boikot’ produk yang menyumbang kepada dana kewangan kepada Israel.
Hanya perlu berhenti membeli, itu sahaja.
Tetapi, ada rakyat Malaysia yang menggunakan peluang ini untuk
menunjukkan kebiadapan mereka terhadap para pekerja restoran segera
sehingga sanggup menghina mereka.
Menerusi status Shazwan Sazali yang dikongsikan di Facebook Friends of BN – Barisan Nasional,
dia menegur perbuatan individu yang bertindak meludah pekerja Starbucks
hanya kerana mahu menunjukkan protes terhadap restoran itu.
Setahu kami, Islam langsung tidak mengajar umatnya untuk menzalimi orang
lain, apatah lagi orang yang langsung tidak berdosa terhadap kita.
Kalau beginilah gayanya, nampaknya kempen menjatuhkan Israel mungkin
akan bertukar menjadi kempen menjatuhkan nama baik umat Islam…
Isu Panas
Semalam, Mynewshub.my menemui satu iklan berkaitan usaha
seorang bapa mencari seorang lelaki dipercayai tunang kepada anaknya
dengan tawaran RM10,000 tunai.
Kisahnya, lelaki itu diburu kerana melarikan diri daripada tanggungjawab untuk berkahwin.
Makluman meminta bantuan orang ramai untuk mencari lelaki berkenaan
dimuatnaik di Facebook dan ia sudah pun tersebar di merata-rata alam
siber.
“Ganjaran RM10,000 tunai jika berjaya mencarinya kerana melarikan diri dari bertanggungjawab untuk berkahwin.
“Bertolong-tolonglah kamu dalam urusan kebaikan dan jangan
kamu bertolong-tolong dalam dosa dan permusuhan,” bunyi makluman
berkenaan.
Pencari yang mendakwa sebagai bapa kepada anak perempuannya
itu turut mendedahkan alamat tetap, alamat terkini, no plat kenderaan
dan juga no kad pengenalan lelaki berkenaan.
Mynewshub.my tidak mengetahui secara jelas adakah iklan
sebegitu sahih dan kami telah pun menghubungi nombor telefon yang
tertera namun panggilan tidak dijawab.
Sebaliknya, sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar kepada nombor tersebut dibalas dengan kata-kata yang betul-betul jujur dan bunyinya agak menggelikan.
“Ye, kami sanak saudara cari (nama lelaki) yang pancut air maninya
dalam mulut tunangnya tapi tak nak kahwin, pelbagai alasan diberi,”
katanya.
Nah, itu dia sebabnya lelaki yang tinggal di sekitar Kelantan itu
diburu lelaki ini. Jika benar, eloklah si lelaki itu kembali kepada
tunangnya dan menyelesaikan segala-galanya dengan baik, barulah anak
jantan.
Jika perkara ini merupakan satu gurauan melampau, eloklah
diberhentikan kerana ada alamat dan identiti seseorang telah didedahkan
dan mereka boleh mendapat aib yang tidak diundang.
Apapun, pencarian lelaki seperti ini memang unik dan siap ditawarkan
ganjaran untuk diberikan kepada sesiapa yang berjaya menemui lelaki yang
dicari itu.
Isu Panas
CALIFORNIA – LOS ANGELES. Komuniti masyarakat di selatan California
gempar dengan kehadiran seekor binatang misteri berjalan-jalan di
sekitar kawasan perumahan di pinggir bandar Norwalk, Los Angeles.
Kelibat binatang tersebut dirakamkan oleh kamera litar tertutup (CCTV), awal pagi pada Jumaat lepas.
Dalam rakaman tersebut, binatang tersebut dilihat berjalan tenang melepasi kawasan parkir kereta di kejiranan tersebut.
Memetik laporan oleh sebuah portal hari ini, haiwan tersebut
mempunyai saiz sebesar anjing dewasa, berkaki empat dan mempunyai
ciri-ciri seperti harimau atau singa gunung.
Namun kenyataan tersebut disangkal oleh Jabatan Ikan dan Hidupan Liar California bahawa ia bukan dari jenis singa gunung.
Dalam pada itu, seorang Professor dari Pusat Penyelidikan Universiti
Minnesota, menyokong kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Ikan dan Hidupan
Liar California.
Menurutnya, haiwan tersebut tidak mempunyai persamaan dari jenis
harimau kumbang atau singa gunung namun ia lebih menunjukkan ciri-ciri
seperti singa Afrika.
Menurut jurucakap Zoo San Diego, haiwan itu digambarkan sebagai salah
satu daripada haiwan jenis ‘kucing besar’ namun tidak dapat dipastikan
sejauh mana kebenarannya.
Pihak peronda sudah diarah untuk melakukan rondaan dan kawalan di
kawasan kejiranan tersebut dan para penduduk yang melihat kelibat haiwan
tersebut pada masa akan datang diminta untuk menghubungi pihak berkuasa
dengan segera.
Global
PENGGUNA Twiiterdogmaticfan mempersoalkan, ”apakah wanita itu dari Hamas?”
Entah apa kaitannya seorang wanita
berpakaian serba hitam dengan konflik Israel dan Hamas Palestin di tanah
Gaza.
Tapi sejumlah orang ramai memperkatakannya sebagai sosok misteri.
Mereka menyebutnya sebagai “hantu Gaza”. Foto-foto wanita berpakaian
hitam itu merebak dan ramai membicarakan di media sosial, baik Twitter
dan Facebook.
Perempuan itu diketahui berkelana di Amerika Syarikat. Asal usulnya
mula dipersoalkan. Tapi wanita itu khabarnya kini berada di Winchester,
Virginia, AS.
Seperti dimuat Al-Arabiya , Minggu (3/8/2014), ada yang meyakini
perempuan itu jelmaan korban di Gaza dan menyebutnya sebagai hantu, “The
#gaza jalur ghost”.
Pengguna lain, seperti dogmaticfan , mempersoalkan, “Apakah wanita itu dari Hamas?
Pengguna internet yang lain mempersoalkan agama seorang wanita itu,
“Apakah ia seorang Muslim atau bukan, pakaian apa yang ia pakai itu?”
Seseorang telah membuat fanpage bertajuk
“Where is the woman in black?”.
Sudah hampir sebulan laman Facebook itu diwujudkan, dan sudah mmpunyai 77 ribu followers.
Sementara itu dalam laman Sydney Morning Herald , wanita itu
disebutkan bernama Elizabeth Poland. Wanita berusia 54 tahun itu telah
menempuh perjalanan kaki menuju rumah ayahnya di Winchester.
Dia adalah seorang janda, ditinggalkan suaminya pada 2008 Menurut
adiknya, Raymond Poles, ia merupakan veteran perang Amerika Syarikat.
Tempat tinggal terakhirnya adalah rumah sakit Veterans Affairs hospitals.
Berkaitan Gaza, tentera Israel saat ini menyerang sekolah PBB di Rafah, Gaza Selatan.
Akibatnya sebanyak tujuh orang yang berada di dalam tempat pendidikan
itu tewas. Israel berdalih, ada pasukan Hamas yang berkubu di sekolah
tersebut, sehingga mereka terpaksa menyerangnya.
Belum ada pengesahan dari Hamas soal insiden itu Serangan terbaru ini menambah senarai korban tewas di Gaza.
Hingga kini, korban jiwa mencapai lebih dari 1.700 orang. Sementara, 63 tentera dan 3 orang awam dari Israel tewas
Pelbagai
BARU-baru ini, beberapa keping gambar seorang wanita
berbaju kebaya dan lengkap bertudung yang dimuat naik ke laman Facebook
telah menarik perhatian pengguna laman sosial.
Wanita berkenaan, yang hanya dikenali sebagai Fatin Ilani membawa
mesej Save Gaza, Justice For MH17 dan Pray For MH17 rela gambarnya
diambil di sudut-sudut berbahaya di sebuah bangunan tinggi yang tidak
diketahui lokasinya di Kuala Lumpur.
Bukan wanita biasa
Jurugambar yang mengambil gambar-gambar tersebut, Keow Wee Loong
memberitahu bahawa beliau terkejut Fatin Ilani bersetuju untuk memanjat
bangunan tersebut dengannya.
Untuk rekod, Wee Loong merupakan jurugambar ‘Spiderman’ yang didenda
RM1,000 beberapa minggu lalu kerana memanjat bangunan setinggi 33
tingkat hanya untuk mengibar Jalur Gemilang.
Wee Loong merupakan jurugambar rasmi kepada ahli politik, Nurul Izzah
Anwar. Menurutnya, beliau bertemu dengan Fatin Ilani sekitar tahun 2013
di sebuah acara Nurul Izzah.
“Untuk Wee Loong”
Menurut Fatin Ilani, beliau bersetuju untuk memanjat bangunan
berkenaan kerana jurugambar berkenaan, dan tidak mungkin melakukannya
jika ianya disebabkan orang lain.
“Saya masih tak percaya saya berjaya sampai ke puncak,”
Dengan berbaju kebaya, Fatin Ilani mengambil masa 45 minit untuk memanjat bangunan tersebut.
Untuk kesedaran
Menurut Fatin Ilani, tindakan beliau memanjat bangunan tinggi
berkenaan adalah respon kepada tindakan kebanyakan anak-anak muda yang
hanya mengambil ‘selfie’ ketika himpunan solidariti ‘Save The Children
Of Gaza’ yang diadakan pada Dataran Merdeka pada 2 Ogos lalu.
“Mereka hanya mengambil ‘selfie’ bersama selebriti dan kemudian balik
ke rumah,” dipetik dari komen beliau di laman sosial Facebook.
Isu Panas
GEORGE TOWN – Rakaman klip video bertajuk Malaysia Nude Sports Games
2014 yang memperagakan aksi-aksi sekumpulan 18 orang terdiri daripada
lelaki dan wanita berbogel melakukan aktiviti riadah di Pantai Teluk
Kampi, Teluk Bahang di sini tersebar semalam.
Video berdurasi lima minit 49 saat yang mengemparkan itu bermula
dengan beberapa keping gambar deretan sampan di jeti Taman Negara Teluk
Bahang dan bangunan pejabat di situ.
Selepas itu ia disusuli dengan tayangan video kumpulan terbabit yang
dipercayai bukan rakyat Malaysia sedang berbogel di sebuah dewan binaan
kayu di pantai berkenaan dengan beberapa individu lain melakukan
aktiviti mengecat badan masing-masing. - Kosmo
Isu Semasa
PETALING JAYA: Pelakon Ramona Zamzam menjelaskan hubungannya dengan pelakon Dazrin Kamaruddin renggang selepas kontroversi gambar mesra mereka yang dimuat naik di laman Instagram dicerca peminat.
Ramona atau nama sebenarnya Ros Ramona Qadira Mohd Zamzam, 24, berkata, disebabkan perkara itu, dia langsung tidak berhubung dan bertegur sapa dengan Dazrin kerana begitu marah dengan cercaan itu.
"Saya terkejut mendengar berita tentang Dazrin dan tunangnya Amyra Rosli membatalkan perkahwinan mereka dan saya sudah menjangkakan akan menjadi mangsa dituduh sebagai pihak ketiga kerana saya orang terakhir yang digosipkan dengan dia.
"Saya tidak takut berhadapan dengan media kerana saya tidak bersalah dalam hal ini, selepas gambar kami menjadi isu saya sangat marah dan tidak berhubung langsung dengan Dazrin hingga hari ini," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Selasa.
![]() |
| Gambar yang menjadi punca kontroversi ini telah dipadam daripada akaun Instagram Ramona selepas dihentam oleh peminat. |
Ramona berkata demikian ketika diminta mengulas apabila namanya
dikaitkan sebagai punca pembatalan majlis perkahwinan pelakon Dazrin dan
Amyra Rosli yang sepatutnya berlangsung pada Jumaat ini.
Pada dua minggu lalu, gambar Ramona dengan Dazrin di lokasi penggambaran telefilem Bingkai Kaca, menjadi kontroversi apabila Ramona dikatakan mengganggu hubungan pasangan berkenaan.
Pada dua minggu lalu, gambar Ramona dengan Dazrin di lokasi penggambaran telefilem Bingkai Kaca, menjadi kontroversi apabila Ramona dikatakan mengganggu hubungan pasangan berkenaan.
Gambar yang menjadi punca kontroversi ini telah dipadam daripada akaun Instagram Ramona selepas dihentam oleh peminat.
Tambah Ramona, dia tidak pernah beniat untuk mengganggu hubungan tersebut malah sudah mengenali Dazrin sejak beberapa tahun sebelum dia mengikat tali pertunangan dengan Amyra lagi.
Jelasnya, gambar tersebut juga bukanlah aksi yang keterlaluan sebaliknya gambar ketika di lokasi penggambaran yang mana ketika itu Dazrin datang membawa shisha.
"Saya dan Dazrin sudah kenal lama sejak saya masuk dalam industri lagi malah kami sering kali digandingkan untuk berlakon bersama sebagai pasangan kekasih.
"Kalau benar-benar saya ingin menganggu hubungan mereka ia pasti sudah lama berlaku, apa yang saya marah apabila peminat Amyra menghentam saya di Instagram dengan pelbagai kata-kata kesat sehingga saya terpaksa padamkan gambar tersebut agar ia tidak berpanjangan," katanya.
Sementara itu, ditanya sama ada dia ada berhubung dengan Amyra selepas kejadian itu, Ramona berkata, dia tidak mengenali wanita itu secara dekat dan mereka tidak pernah berhubung.
Jelasnya, biarpun sering dihentam oleh segelintir peminat Amyra di laman sosial, dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan wanita itu.
Lepas gambar tu keluar Amyra senyap sahaja, dia tidak pula hubungi saya untuk minta penjelasan jika dia tidak puas hati tentang gambar berkenaan," katanya.
Hiburan
Beijing: Sepasang warga tua dibunuh oleh anak kandung mereka yang
bersekongkol dengan kawannya sebelum mayat mangsa dikerat serta dimasak
di dalam ketuhar gelombang mikro.
Pegawai pendakwa Michael Arthur berkata, Henry Chau Hoi-leung, 30,
dan rakannya Tse Chun-kei, 36 merancang melakukan pembunuhan itu lebih
dari tiga bulan lalu dengan membeli pisau, peti sejuk dan ketuhar
gelombang mikro khas untuk tujuan berkenaan.
Selepas ditangkap Chau dan Tse mengaku membunuh Chau Wing-ki, 64, dan isterinya Siu Yuet-yee, 63, pada 1 Mac tahun lalu kerana mereka berasakan “telah bersedia.” Bagaimanapun, di mahkamah semalam kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah. Menerusi rakaman litar tertutup mangsa dilihat kali terakhir memasuki bangunan di Tai Kwok Tsui bersama anak sulung mereka itu.
Tertuduh dilihat keluar bersendirian dari bangunan itu 20 minit kemudian.
Arthur berkata, Henry mungkin melakukan pembunuhan pada waktu itu.
“Pembunuhan ini sangat terancang. “Mereka merangka tindakan itu sejak Januari sebelum melaksanakannya pada 1 Mac,” katanya. Anggota badan pasangan malang yang dikerat itu ditemui di dalam flat berkenaan pada 15 Mac dengan kepala mereka ditemui di dalam dua peti sejuk berasingan. - Agensi
Global
Subscribe to:
Posts (Atom)














Recent Comments