Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi



KUALA LUMPUR: McDonald’s Malaysia hari ini meluahkan rasa kekecewaannya kerana beberapa premisnya telah mengalami vandalisme yang  mengancam keselamatan pekerjanya, ekoran gesaan pelbagai pihak untuk memboikot syarikat.

McDonald’s Malaysia menegaskan bahawa ia tidak meyalurkan hasil jualan, keuntungan atau yuran francais untuk menyokong apa-apa sebab politik atau kepada mana-mana bahagian di dunia.

“Nilai-nilai teras kami ialah menjalankan perniagaan kami secara beretika dan dan dengan standard tertinggi. Tidak ada apa-apa kebenaran dalam dakwaan di internet yang mencadangkan sebaliknya.

“Setakat ini, terdapat kesan yang minima kepada perniagaan kami dan kami komited untuk berkhidmat kepada pelanggan-pelanggan kami dan memberi balik kepada masyarakat sebagaimana yang kami buat untuk 30 tahun yang lepas di Malaysia,” kata syarikat di dalam satu kenyataan media.

McDonald’s Malaysia turut menafikan berita yang tersebar di laman media sosial mengenai pemberian burger dan minuman percuma di beberapa masjid terpilih pada Jumaat.

“Kami menggesa semua pelanggan dan rakyat Malaysia melawat laman Facebook rasmi kami dan laman web korporat kami untuk mengesahkan apa-apa maklumat dan pengumuman rasmi yang dibuat oleh McDonald’s Malaysia.”

Sebelum ini, terdapat gesaan di laman media sosial untuk memboikot McDonald’s kerana dakwaan ia adalah penyokong Israel. – Astro Awani
Ni artis mana ni? Katanya bergelar datin…



Gambar dimuat naik sempena raya katanya…

Punggung, kaki semua nampak jelas… mesti banyak publisiti murahan kan…
Artis yang cipta nama cara murah ni sebenarnya tidak akan kekal lama pun…


Tidak kiralah apa pun kesalahan mangsa buli di atas dia tidak sepatutnya diperlakukan begitu.

Tak cukup dengan mencederakan, pembulinya bertindak memasukkan pula gambar aib mangsa di laman sosial.
Begitu pun pemilik Facebook ini didapati sudah pun memadam akaunnya dipercayai selepas menyedari tindakannya ini mendapat kecaman ramai.

Diharapkan pihak berkuasa dapat menyiasat seterusnya memberi hukuman setimpal terhadap pembuli muda ini kerana meskipun usianya masih mentah namun jika perbuatan sebegini tidak dikawal ia akan kembali melahirkan budaya buli di asrama.

Sepatutnya adik-adik yang suka membuli di luar sana ambil pengajaran daripada banyak kes buli yang berakhir dengan kematian mangsa seterusnya membawa mereka ke dalam jeriji besi sekali gus merosakkan masa depan sendiri.
AGAK jarang sebenarnya gaya dan pemakaian pengacara dan pelakon Hanis Zalikha dikecam oleh peminat.



Ini kerana, dia tidak terlalu kerap memakai pakaian yang mencolok mata seperti yang dilakukan oleh sesetengah selebriti wanita.
Bagaimanapun, menerusi beberapa portal hiburan, satu gambar Hanis bersama pelakon Hairul Azreen tiba-tiba menjadi panas gara-gara baju putih tanpa lengan yang dipakainya.
Gambar yang dimuatkan di Instagram itu juga dilihat menampakkan bentuk pakaian dalam yang dipakainya.

Ia sekaligus mengundang kritikan daripada para peminat yang menyifatkan Hanis semakin seksi sejak popularitinya meningkat.

Menerusi tinjauan kami di akaun Instagramnya, gambar tersebut sudahpun dipadamkan.
Harapnya selepas ini Hanis akan lebih berhati-hati dalam berpakaian kerana statusnya bukan sahaja sebagai selebriti, tetapi juga blogger yang diminati ramai dan menjadi contoh kepada remaja di luar sana.


SEBENARNYA, tidak susah pun untuk memahami kaedah ‘boikot’ produk yang menyumbang kepada dana kewangan kepada Israel.
Hanya perlu berhenti membeli, itu sahaja.

Tetapi, ada rakyat Malaysia yang menggunakan peluang ini untuk menunjukkan kebiadapan mereka terhadap para pekerja restoran segera sehingga sanggup menghina mereka.

Menerusi status Shazwan Sazali yang dikongsikan di Facebook Friends of BN – Barisan Nasional, dia menegur perbuatan individu yang bertindak meludah pekerja Starbucks hanya kerana mahu menunjukkan protes terhadap restoran itu.



Setahu kami, Islam langsung tidak mengajar umatnya untuk menzalimi orang lain, apatah lagi orang yang langsung tidak berdosa terhadap kita.

Kalau beginilah gayanya, nampaknya kempen menjatuhkan Israel mungkin akan bertukar menjadi kempen menjatuhkan nama baik umat Islam…


Semalam, Mynewshub.my menemui satu iklan berkaitan usaha seorang bapa mencari seorang lelaki dipercayai tunang kepada anaknya dengan tawaran RM10,000 tunai.

Kisahnya, lelaki itu diburu kerana melarikan diri daripada tanggungjawab untuk berkahwin.

Makluman meminta bantuan orang ramai untuk mencari lelaki berkenaan dimuatnaik di Facebook dan ia sudah pun tersebar di merata-rata alam siber.

“Ganjaran RM10,000 tunai jika berjaya mencarinya kerana melarikan diri dari bertanggungjawab untuk berkahwin.

“Bertolong-tolonglah kamu dalam urusan kebaikan dan jangan kamu bertolong-tolong dalam dosa dan permusuhan,” bunyi makluman berkenaan.
Pencari yang mendakwa sebagai bapa kepada anak perempuannya itu turut mendedahkan alamat tetap, alamat terkini, no plat kenderaan dan juga no kad pengenalan lelaki berkenaan.

Mynewshub.my tidak mengetahui secara jelas adakah iklan sebegitu sahih dan kami telah pun menghubungi nombor telefon yang tertera namun panggilan tidak dijawab.

Sebaliknya, sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar kepada nombor tersebut dibalas dengan kata-kata yang betul-betul jujur dan bunyinya agak menggelikan.
“Ye, kami sanak saudara cari (nama lelaki) yang pancut air maninya dalam mulut tunangnya tapi tak nak kahwin, pelbagai alasan diberi,” katanya.

Nah, itu dia sebabnya lelaki yang tinggal di sekitar Kelantan itu diburu lelaki ini. Jika benar, eloklah si lelaki itu kembali kepada tunangnya dan menyelesaikan segala-galanya dengan baik, barulah anak jantan.

Jika perkara ini merupakan satu gurauan melampau, eloklah diberhentikan kerana ada alamat dan identiti seseorang telah didedahkan dan mereka boleh mendapat aib yang tidak diundang.

Apapun, pencarian lelaki seperti ini memang unik dan siap ditawarkan ganjaran untuk diberikan kepada sesiapa yang berjaya menemui lelaki yang dicari itu.


CALIFORNIA – LOS ANGELES. Komuniti masyarakat di selatan California gempar dengan kehadiran seekor binatang misteri berjalan-jalan di sekitar kawasan perumahan di pinggir bandar Norwalk, Los Angeles.

Kelibat binatang tersebut dirakamkan oleh kamera litar tertutup (CCTV), awal pagi pada Jumaat lepas.

Dalam rakaman tersebut, binatang tersebut dilihat berjalan tenang melepasi kawasan parkir kereta di kejiranan tersebut.

Memetik laporan oleh sebuah portal hari ini, haiwan tersebut mempunyai saiz sebesar anjing dewasa, berkaki empat dan mempunyai ciri-ciri seperti harimau atau singa gunung.
Namun kenyataan tersebut disangkal oleh Jabatan Ikan dan Hidupan Liar California bahawa ia bukan dari jenis singa gunung.

Dalam pada itu, seorang Professor dari Pusat Penyelidikan Universiti Minnesota, menyokong kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Ikan dan Hidupan Liar California.
Menurutnya, haiwan tersebut tidak mempunyai persamaan dari jenis harimau kumbang atau singa gunung namun ia lebih menunjukkan ciri-ciri seperti singa Afrika.

Menurut jurucakap Zoo San Diego, haiwan itu digambarkan sebagai salah satu daripada haiwan jenis ‘kucing besar’ namun tidak dapat dipastikan sejauh mana kebenarannya.
Pihak peronda sudah diarah untuk melakukan rondaan dan kawalan di kawasan kejiranan tersebut dan para penduduk yang melihat kelibat haiwan tersebut pada masa akan datang diminta untuk menghubungi pihak berkuasa dengan segera.


PENGGUNA  Twiiterdogmaticfan mempersoalkan, ”apakah wanita itu dari Hamas?” 
Entah apa kaitannya seorang wanita berpakaian serba hitam dengan konflik Israel dan Hamas Palestin di tanah Gaza.

Tapi sejumlah orang ramai memperkatakannya sebagai sosok misteri. Mereka menyebutnya sebagai “hantu Gaza”. Foto-foto wanita berpakaian hitam itu merebak dan ramai membicarakan di media sosial, baik Twitter dan Facebook.



Perempuan itu diketahui berkelana di Amerika Syarikat. Asal usulnya mula dipersoalkan. Tapi wanita itu khabarnya kini berada di Winchester, Virginia, AS.

Seperti dimuat Al-Arabiya , Minggu (3/8/2014), ada yang meyakini perempuan itu jelmaan korban di Gaza dan menyebutnya sebagai hantu, “The #gaza jalur ghost”.

Pengguna lain, seperti dogmaticfan , mempersoalkan, “Apakah wanita itu dari Hamas?

Pengguna internet yang lain mempersoalkan agama seorang wanita itu, “Apakah ia seorang Muslim atau bukan, pakaian apa yang ia pakai itu?”  Seseorang telah membuat fanpage bertajuk

“Where is the woman in black?”.



Sudah hampir sebulan laman Facebook itu diwujudkan, dan sudah mmpunyai  77 ribu followers.

Sementara itu dalam laman Sydney Morning Herald , wanita itu disebutkan bernama Elizabeth Poland. Wanita berusia 54 tahun itu telah menempuh perjalanan kaki menuju rumah ayahnya di Winchester.

Dia adalah seorang janda, ditinggalkan suaminya pada 2008 Menurut adiknya, Raymond Poles, ia merupakan veteran perang Amerika Syarikat.

Tempat tinggal terakhirnya adalah rumah sakit Veterans Affairs hospitals.
Berkaitan Gaza, tentera Israel saat ini menyerang sekolah PBB di Rafah, Gaza Selatan.

Akibatnya sebanyak tujuh orang yang berada di dalam tempat pendidikan itu tewas. Israel berdalih, ada pasukan Hamas yang berkubu di sekolah tersebut, sehingga mereka terpaksa menyerangnya.

Belum ada pengesahan dari Hamas soal insiden itu Serangan terbaru ini menambah senarai korban tewas di Gaza.
Hingga kini, korban jiwa mencapai lebih dari 1.700 orang. Sementara, 63 tentera dan 3 orang awam dari Israel tewas





BARU-baru ini, beberapa keping gambar seorang wanita berbaju kebaya dan lengkap bertudung yang dimuat naik ke laman Facebook telah menarik perhatian pengguna laman sosial.
 
Wanita berkenaan, yang hanya dikenali sebagai Fatin Ilani membawa mesej Save Gaza, Justice For MH17 dan Pray For MH17 rela gambarnya diambil di sudut-sudut berbahaya di sebuah bangunan tinggi yang tidak diketahui lokasinya di Kuala Lumpur.

Bukan wanita biasa

Jurugambar yang mengambil gambar-gambar tersebut, Keow Wee Loong memberitahu bahawa beliau terkejut Fatin Ilani bersetuju untuk memanjat bangunan tersebut dengannya.
Untuk rekod, Wee Loong merupakan jurugambar ‘Spiderman’ yang didenda RM1,000  beberapa minggu lalu kerana memanjat bangunan setinggi 33 tingkat hanya untuk mengibar Jalur Gemilang.

Wee Loong merupakan jurugambar rasmi kepada ahli politik, Nurul Izzah Anwar. Menurutnya, beliau bertemu dengan Fatin Ilani sekitar tahun 2013 di sebuah acara Nurul Izzah.

“Untuk Wee Loong”

Menurut Fatin Ilani, beliau bersetuju untuk memanjat bangunan berkenaan kerana jurugambar berkenaan, dan tidak mungkin melakukannya jika ianya disebabkan orang lain.
“Saya masih tak percaya saya berjaya sampai ke puncak,”
Dengan berbaju kebaya, Fatin Ilani mengambil masa 45 minit untuk memanjat bangunan tersebut.

Untuk kesedaran

Menurut Fatin Ilani, tindakan beliau memanjat bangunan tinggi berkenaan adalah respon kepada tindakan kebanyakan anak-anak muda yang hanya mengambil ‘selfie’ ketika himpunan solidariti ‘Save The Children Of Gaza’ yang diadakan pada Dataran Merdeka pada 2 Ogos lalu.

“Mereka hanya mengambil ‘selfie’ bersama selebriti dan kemudian balik ke rumah,” dipetik dari komen beliau di laman sosial Facebook.


GEORGE TOWN – Rakaman klip video bertajuk Malaysia Nude Sports Games 2014 yang memperagakan aksi-aksi sekumpulan 18 orang terdiri daripada lelaki dan wanita berbogel melakukan aktiviti riadah di Pantai Teluk Kampi, Teluk Bahang di sini tersebar semalam.

Video berdurasi lima minit 49 saat yang mengemparkan itu bermula dengan beberapa keping gambar deretan sampan di jeti Taman Negara Teluk Bahang dan bangunan pejabat di situ.

Selepas itu ia disusuli dengan tayangan video kumpulan terbabit yang dipercayai bukan rakyat Malaysia sedang berbogel di sebuah dewan binaan kayu di pantai berkenaan dengan beberapa individu lain melakukan aktiviti mengecat badan masing-masing. - Kosmo


PETALING JAYA: Pelakon Ramona Zamzam menjelaskan hubungannya dengan pelakon Dazrin Kamaruddin renggang selepas kontroversi gambar mesra mereka yang dimuat naik di laman Instagram dicerca peminat.

Ramona atau nama sebenarnya Ros Ramona Qadira Mohd Zamzam, 24, berkata, disebabkan perkara itu, dia langsung tidak berhubung dan bertegur sapa dengan Dazrin kerana begitu marah dengan cercaan itu.

"Saya terkejut mendengar berita tentang Dazrin dan tunangnya Amyra Rosli membatalkan perkahwinan mereka dan saya sudah menjangkakan akan menjadi mangsa dituduh sebagai pihak ketiga kerana saya orang terakhir yang digosipkan dengan dia.

"Saya tidak takut berhadapan dengan media kerana saya tidak bersalah dalam hal ini, selepas gambar kami menjadi isu saya sangat marah dan tidak berhubung langsung dengan Dazrin hingga hari ini," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Selasa.

Gambar yang menjadi punca kontroversi ini telah dipadam daripada akaun Instagram Ramona selepas dihentam oleh peminat.

Ramona berkata demikian ketika diminta mengulas apabila namanya dikaitkan sebagai punca pembatalan majlis perkahwinan pelakon Dazrin dan Amyra Rosli yang sepatutnya berlangsung pada Jumaat ini.
Pada dua minggu lalu, gambar Ramona dengan Dazrin di lokasi penggambaran telefilem Bingkai Kaca, menjadi kontroversi apabila Ramona dikatakan mengganggu hubungan pasangan berkenaan. 

Gambar yang menjadi punca kontroversi ini telah dipadam daripada akaun Instagram Ramona selepas dihentam oleh peminat.

Tambah Ramona, dia tidak pernah beniat untuk mengganggu hubungan tersebut malah sudah mengenali Dazrin sejak beberapa tahun sebelum dia mengikat tali pertunangan dengan Amyra lagi.

Jelasnya, gambar tersebut juga bukanlah aksi yang keterlaluan sebaliknya gambar ketika di lokasi penggambaran yang mana ketika itu Dazrin datang membawa shisha.

"Saya dan Dazrin sudah kenal lama sejak saya masuk dalam industri lagi malah kami sering kali digandingkan untuk berlakon bersama sebagai pasangan kekasih.

"Kalau benar-benar saya ingin menganggu hubungan mereka ia pasti sudah lama berlaku, apa yang saya marah apabila peminat Amyra menghentam saya di Instagram dengan pelbagai kata-kata kesat sehingga saya terpaksa padamkan gambar tersebut agar ia tidak berpanjangan," katanya.

Sementara itu, ditanya sama ada dia ada berhubung dengan Amyra selepas kejadian itu, Ramona berkata, dia tidak mengenali wanita itu secara dekat dan mereka tidak pernah berhubung.

Jelasnya, biarpun sering dihentam oleh segelintir peminat Amyra di laman sosial, dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan wanita itu.

Lepas gambar tu keluar Amyra senyap sahaja, dia tidak pula hubungi saya untuk minta penjelasan jika dia tidak puas hati tentang gambar berkenaan," katanya.


Beijing: Sepasang warga tua dibunuh oleh anak kandung mereka yang bersekongkol dengan kawannya sebelum mayat mangsa dikerat serta dimasak di dalam ketuhar gelombang mikro.

Pegawai pendakwa Michael Arthur berkata, Henry Chau Hoi-leung, 30, dan rakannya Tse Chun-kei, 36 merancang melakukan pembunuhan itu lebih dari tiga bulan lalu dengan membeli pisau, peti sejuk dan ketuhar gelombang mikro khas untuk tujuan berkenaan.

Selepas ditangkap Chau dan Tse mengaku membunuh Chau Wing-ki, 64, dan isterinya Siu Yuet-yee, 63, pada 1 Mac tahun lalu kerana mereka berasakan “telah bersedia.” Bagaimanapun, di mahkamah semalam kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah. Menerusi rakaman litar tertutup mangsa dilihat kali terakhir memasuki bangunan di Tai Kwok Tsui bersama anak sulung mereka itu.

Tertuduh dilihat keluar bersendirian dari bangunan itu 20 minit kemudian.

Arthur berkata, Henry mungkin melakukan pembunuhan pada waktu itu.

“Pembunuhan ini sangat terancang. “Mereka merangka tindakan itu sejak Januari sebelum melaksanakannya pada 1 Mac,” katanya. Anggota badan pasangan malang yang dikerat itu ditemui di dalam flat berkenaan pada 15 Mac dengan kepala mereka ditemui di dalam dua peti sejuk berasingan. - Agensi