Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


Perbuatan tidak senonoh penduduk di Tanah Besar China memang sudah diketahui..
Ada yang selamba buang air besar di tempat awam seperti di perhentian bas dan lif.

Namun, menerusi satu laporan dari China Press, pebuatan tidak senonoh itu turut dibawa oleh sekeluarga dari China yang dengan selamba membiarkan anak lelaki mereka membuang air besar di tempat duduknya dengan hanya berlapikkan surat khabar dalam kapal terbang yang dinaiki mereka.

Perbuatan menjijikkan itu ternyata menganggu penumpang lain yang berang dengan kejadian tersebut.
Penerbangan yang dinaiki mereka sekeluarga ialah perjalanan dari Beijing ke Detroit menggunakan syarikat penerbangan Amerika Syarikat, Delta Air Lines.

Sebelum itu, ada penumpang dilaporkan menasihatkan datuk kanak-kanak itu untuk membawa cucunya ke tandas namun si datuk bertegas untuk membiarkan cucunya berak di tempat duduknya.


Stesen televisyen VH1 menayangkan sebuah reality show bagi mencari jodoh. Uniknya, rancangan berjudul Dating Naked menghendaki peserta tidak mengenakan baju sama sekali.

Acara Dating Naked mempunyai persamaan dengan Bachelorette Party seperti pelbagai aktiviti berupa berkuda, flying fox namun harus dilakukan dalam keadaan telanjang tanpa pakaian.

"Acara ini bukan tentang bagaimana tampil tanpa pakaian, tapi bagaimana kita menjadi jujur ​​dengan orang lain," ujar VH1 Executive Vice Presiden Susan Levison. "Apabila kita menyingkirkan segala prekonsepsi dan mekanisme melindungi diri-yang biasanya membuat kita tidak menunjukkan diri yang sesungguhnya, kita boleh menjadi diri kita yang sebenarnya dan orang lain melihat itu. Tidak ada yang boleh disembunyikan," tambahnya.

Di episod perdana Dating Naked memaparkan peserta bernama Christina Porcelli dari Canarsie yang kini tinggal di Nashville, Amerika Syarikat. Christina yang telah memasuki usia 36 tahun merasa hampir putus asa mencari pasangan hidup.

"Pastinya saya gementar ketika berbogel. Tapi ketika kita tampil tanpa pakaian, itu akan memaparkan sisi lain dari diri, kelemahan dan keterbukaan," katanya. "Apabila kita berpakaian, kita menutup diri," tambahnya.

Dalam masa singkat sejak tayangan perdananya, program mencari jodoh ini terus mendapat banyak perhatian dari penonton tv Amerika. Demikian laporan dari Detik, Sabtu (19/7/2014).


Taiwan – Seorang pemain bola tampar dari Kazakhstan kini dipinggirkan oleh ahli pasukannya kerana wajah cantiknya itu menyebabkan dia menjadi tumpuan setiap kali perlawanan diadakan.

Sabina Altynbekova, 18, dan menyertai pertandingan Bola Tampar bawah 19 tahun untuk Kazakhstan di Taiwan.
Namun disebabkan kecantikannya itu, media tempatan lebih banyak menulis mengenai dirinya berbanding dengan perlawanan tersebut.

Keadaan itu mengakibatkan teman-teman seperjuangannya berasa tidak puas hati, malah media di negaranya juga telah mengkritik pihak lain yang obses dengan kecantikan Sabina.

“Penonton hanya merenung dia dan mereka tidak lagi berminat dengan pertandingan,’’ demikian lapor seorang wartawan , Vesti dari akhbar terkenal Kazakhstan iaitu Kazakh.

Malah jurulatih Sabina turut merungut mengenai keadaan tersebut.
“Ia menyukarkan kita untuk beraksi. Hanya dia seolah-olah pemain di situ,’’ kata Nurlan Sadikov.
Setiap gambar yan disiarkan dalam Facebook mendapat perhatian beribu-ribu pengikutnya dengan kebanyakannya adalah dari China, Vietnam, Taiwan, Jepun, Korea Selatan, Malaysia dan Filipina.



Beijing – Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun kini digelar budak kucing selepas badannya dipenuhi bulu lembut hitam.

Namun, itu bukan satu-satunya masalah Zhao Xinrui.

Sejak menunjukkan tanda-tanda mengalami keadaan kulit pelik itu tahun lalu, dia ditinggalkan ibunya.
Keadaan tidak dapat dijelaskan pakar perubatan itu bermula dengan tompokan kecil rambut halus berwarna gelap pada belakang badannya.

Lama kelamaan tompokan itu memenuhi hampir seluruh belakang serta punggungnya dan kini menunjukkan tanda naik ke muka, lengan dan bahunya.
Menurut keluarga Zhao, masalah kulit itu menimbulkan ketakutan dalam kalangan penduduk di perkampungan mereka di Changshan berhampiran bandar Luzhou di wilayah Sichuan.

Bagaimanapun, guru Zhao membantu memastikan dia tetap diterima rakan sekolahnya apabila mereka memberitahu tompokan itu cuma tahi lalat.

Sementara itu Zhao pula sentiasa memastikan badannya ditutup untuk mengelak diejek.
Neneknya Henghui berkata, mereka pada mulanya dimaklumkan doktor bahawa tompokan itu tanda lahir.
“Mereka tetap menegaskan ia tanda lahir walaupun selepas mula merebak. Kini hampir separuh badannya dipenuhi ‘tanda lahir’ itu,” katanya.

Ayah Zhao, Lai, 45, berkata, mereka merayu sesiapa saja yang mampu memberi bantuan perubatan untuk mengawal pertumbuhan tompokan itu.
“Kasihan anak saya. Luluh hati kami melihat penderitaannya. Kami dimaklumkan dia tidak boleh dibedah sehingga berusia lima tahun.
“Kini dia sudah cukup besar, namun kami pula tiada wang walaupun kami menabung sejak tahun lalu,” katanya. Menurutnya, walaupun ditinggal isteri, dia berazam untuk membesarkan anaknya itu dengan bantuan ibu bapanya.


Scotland – Pakar bedah di sebuah hospital terkejut selepas mendapati mainan seks sepanjang lima inci berada di dalam vagina seorang wanita.

Lebih memeranjatkan apabila mainan seks itu sudah berada di situ selama 10 tahun.
Wanita berusia 38 tahun itu bagaimanapun tidak menyedari mengenainya dan dia mengaku menggunakan alat berkenaan ketika melakukan hubungan seks dengan pasangannya 10 tahun lalu.

Namun disebabkan mabuk, dia tidak menyedari sama ada alat itu sudah dikeluarkan atau tidak.
Akibatnya, dia mengalami penurunan berat badan, menggigil dan mengalami masalah kawalan kencing selama beberapa minggu.

Hanya selepas doktor melakukan imbasan, barulah mereka melihat alat mainan seks itu.
Selepas pembedahan dijalankan, alat berkenaan dikeluarkan dan doktor turut membetulkan kerosakan dalam bahagian vagina dan pundi kencing wanita berkenaan yang rosak disebabkan oleh alat mainan seks berkenaan.


China – Dia digelar sebagai lelaki gelandangan paling bergaya di China. Meskipun tidak berbaju dan hanya memakai kain tetapi nampak bergaya dengan cermin mata hitam.

Lelaki itu, yang tidak dikenali, dirakamkan gambarnya ketika dia merayau di sekitar bandar.
Imejnya itu telah dimuat naik dalam Weibo dan berjaya menarik perhatian beribu-ribu pengguna media sosial.

Keadaan sama pernah berlaku kepada seorang lelaki gelandangan yang berusia 34 tahun, Cheng Guorong apabila gambarnya dirakamkan pada 2012.

Guorong kemudiannya menjadi terkenal dan membintangi filem.
Dia menjadi gelandangan selepas dipecat dan wang simpanannya dirompak.


Terdapat banyak dakwaan menyatakan barangan mangsa nahas pesawat MH17 yang terhempas selepas ditembak jatuh di Ukraine 17 Julai lalu telah dicuri oleh puak pemisah dan penduduk tempatan.
Terbaru, gambar sebatang maskara yang dikongsikan di laman sosial Instagram membuktikan perkara ini memang berlaku.

Seorang remaja tempatan sana menggunakan nama “Zolotasya” dikesan memuat naik gambar alat solek dari Eropah berjenama Catrice. Berdasarkan lokasi yang dikongsikan pada sesetengah gambar gadis ini tinggal di Torez, sebuah bandar di Timur Ukraine yang terletak berdekatan lokasi nahas MH17.

Dalam komen di Instagram yang diterjemahkan, Zolotasya memberitahu maskara itu diberikan kepadanya oleh seorang rakan.

Apabila perkara ini tersebar di laman sosial, Zolotasya dikecam ramai rakyat Ukraine. Gadis ini kemudiannya dikatakan mengaku dia berpihak pada puak pemisah pro-Rusia yang turut dikaitkan sebagai pihak yang bertanggung jawab menembak jatuh MH17.

Apa pun, kes kecurian barangan milik mangsa nahas pesawat MAS ini sebenarnya sudah mula disedari oleh banyak pihak termasuk keluarga mangsa.
Antara bukti lain adalah laporan The Daily Mail tentang penggunaan kad kredit milik salah seorang penumpang MH17 yang terkorban didapati telah dilakukan di Ukraine sejak hari nahas berlaku.


Baru-baru ini seorang pengguna Twitter yang menjawab soalan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin (KJ) menerusi laman mikro tersebut telah menarik perhatian ramai.

Puncanya, soalan serius KJ yang berbunyi “Dimanakah venue Sukan Komanwel pada 2010?” telah dibalas oleh pemilik twitter handle @syasyamahmud atau Ratu Selfie dengan jawapan romantik “di dalam hati kita berdua…”.



 Jawapan ini boleh dianggap cuma satu gurauan nakal memandangkan semua wanita Malaysia sudah tahu bahawa KJ merupakan menantu bekas PM kita, Pak Lah namun ia tetap menarik perhatian hingga mendapat banyak retweets.

Namun apabila KJ memberikan respon bahawa dia sendiri terhibur dengan usikan tersebut dengan mengarahkan supaya wanita ini diberikan hadiah berupa baju Malaysian Heroes, penyiasat tak bertauliah di media siber mula menyelidik pemilik akaun Twitter tersebut.

Hasilnya adalah gambar-gambar Ratu Selfie atau Syasya Mahmud dalam pelbagai persalinan yang diambil daripada laman sosial miliknya.





Erm, comel juga Ratu Selfie yang begitu berani mengorat KJ ini kan?

Kalau tak dapat KJ pun awek ni tak perlu risau sebab ramai lagi jejaka lain pasti sanggup untuk memenangi tempat di taman hatinya..




New York –Kara Dudley menjadi terkenal secara tidak sengaja. Semuanya selepas dia tersalah sangka bahawa paparazzi mahu merakamkan gambarnya.
Hakikatnya paparazzi tersebut mahu mengambil gambar supermodel Karlie Kloss, yang ketika itu berada di belakang Dudley, tanpa disedarinya.

Dudley hanya menyedari bahawa dia menjadi terkenal selepas keesokannya menyaksikan gambarnya yang sedang berposing sakan itu disiarkan dalam sebuah akhbar.
Namun Dudley menyatakan dia tidak malu dengan kejadian yang menimpanya itu.

“Saya tidak tahu apa yang paparazzi itu lakukan tetapi saya membuat keputusan untuk berposing ketika mereka mengambil gambar,’’ katanya yang langsung tidak menyedari bahawa Kloss berada di belakangnya.

Dudley yang baru berpindah ke New York untuk mengembangkan kariernya dalam bidang peragaan dan lakonan itu berkata, dia memasuki pusat beli belah berkenaan selepas melihat penyanyi Taylor Swift berada di dalamnya.

Selepas melihat Swift meninggalkan pusat beli belah itu, dia melihat paparazzi di depannya, namun menyangka mereka sedang mengikut Swift. 
 
“Saya sempat menghubungi kawan-kawan saya untuk memberitahu bahawa saya melihat Swift dan terkejut apabila saya melihat gambar saya itu pada keesokannya,’’ kata Dudley.


SEORANG ibu akhirnya dapat bertemu semula dengan anak lelakinya yang diserahkan kepada keluarga angkat 28 tahun lalu, selepas menjejakinya di laman sosial Facebook.
Lesley Thompson menyerahkan James Robert Turner yang ketika itu berusia lima tahun untuk dijadikan sebagai anak angkat dan kemudiannya menyedari anaknya itu telah berhijrah ke New Zealand bersama keluarga baharunya.
Bimbang tidak dapat berjumpa lagi dengan anak lelakinya, Lesley terdesak dengan memulakan pencarian.
Dia seharusnya berterima kasih dengan Facebook yang membawa kepada pertemuan semula dengan James selepas berjaya menghubungi anaknya itu.
Lesley, 52, dari Benwell, Newcastle, memberitahu Newcastle Chronicle: “Saya telah mencari James sejak lama dan melakukan kesemua cara yang saya fikirkan sehingga saya bertemu dengan seseorang di Facebook yang menyatakan akan membantunya.
“Dia menjejaki James dan memberikannya mesej daripada saya untuk berhubung. Suatu hari apabila saya membuka komputer, saya mendapat mesej daripada James. Pada mulanya, saya ingatkan seseorang mahu bergurau tetapi mesej itu sebenarnya daripada James.
“Saya masih tidak mempercayainya,” katanya.
Misi pencarian itu merupakan kepentingan buat Lesley, yang tinggal bersama dua anak perempuannya, Jacqueline dan Carly.
Anak lelaki pertamanya, Darren, telah diambil oleh khidmat social daripada jagaannya, dan apabila dia cuba untuk menghubunginya, anak lelakinya itu didapati maut kerana mengambil dadah berlebihan.
Insiden itu menaikkan semangatnya untuk mencari James, yang kini berusia 33 tahun kerana dia tidak mahu hidup tanpa mengetahui tentang keadaan anaknya.
“Saya mengalami masalah keganasan rumah tangga apabila saya melahirkan Darren,” jelas Lesley.
“Ini bermakna apabila saya melahirkan James, saya perlu menjalani pemeriksaan perubatan tetapi akhirnya dia perlu diserahkan sebagai anak angkat.
“Ketika kami berbual, dia menanggil saya ‘mum’ dan berkata dia sentiasa mahu menghubungi saya. Pada mulanya kami hanya berbual menerusi kiriman mesej dna kini kami bercakap menerusi webcam.
Bagi Lesley, langkah seterusnya ialah pergi mencari James dan berhadapan dengan anak lelakinya itu dengan segera.
“Saya mahu bertemu dengannya sebelum terlambat kerana kita tidak tahu apa yang bakal berlaku.
“Saya tidak fikir James dapat pergi ke UK (United Kingdom) ekoran masalah yang dihadapinya akibat terbabit dalam satu kemalangan teruk ketika berusia 15 tahun.
“Jadi, saya berharap sekiranya sesiapa di luar sana dengan murah hati dapat memberikan sumbangan untuk membantu membayar tiket penerbangan saya untuk bertemu dengannya.
“Ia benar-benar akan membuatkan hari saya bermakna dan impian saya menjadi kenyataan,” katanya. - mirror.co.uk


PELAKON dan penyanyi Marshanda Indonesia, mengejutkan para peminatnya apabila mengambil keputusan untuk tidak lagi berhijab selepas bercerai dengan  uaminya, Ben Kasyafani bulan lalu.
Portal Kapan Lagi melaporkan dia mengambil tindakan tersebut kerana dikatakan tidak rasa terhubung dengan penamilannya sejak empat tahun lalu itu dan ingin berasa bebas selepas bercerai.

Marshanda dalam satu entri di laman sosial Instagram menegaskan dia tidak peduli dengan pandangan orang tentang keputusannya dan bahagia dengan kehidupannya sekarang.

Wajah terbaharu Marshanda atau lebih mesra dengan sapaan Cha yang dimuat naik ke laman Instagram miliknya.

"Saya tidak perlu perhatian daripada anda semua kerana saya tidak peduli dengan apa juga yang anda ingin katakan tentang keputusan saya.

"Kebahagian saya terletak dalam tangan saya sendiri dan bukannya ditentukan oleh orang lain," katanya.

Keputusan Marshanda itu turut mendapat pelbagai reaksi daripada peminatnya di Indonesia yang terkejut dengan tindakannya membuka tudung.

"Cha, dulu saya tidak meminati anda tetapi selepas kamu berkahwin dan mempunyai anak, saya mulai suka dengan kehidupan baharu kamu.
"Tapi hari ini, kekaguman saya untuk kamu sudah hilang," kata salah seorang peminatnya di laman sosial Instagram.

Bagaimanapun ada peminat yang mempertahankan tindakan pelakon itu dan menganggap ia adalah pilihan Marshanda dan tiada siapa boleh memaksanya.

"Jangan terlalu cepat menilai kerana dia lebih tahu apa yang sedang dilakukannya. Sebagai peminat adalah lebih baik kita mendoakan agar dia terus diberikan hidayah," kata peminatnya.
Dalam pada itu, peguam bela Marshanda, Afdal Zikri menegaskan tindakan pelakon itu tidak mempunyai sebarang kaitan dengan perceraian tersebut.

Jelas Afdal, keputusan tersebut dilakukan adalah pilihannya sendiri tanpa paksaan daripada mana-mana pihak.

"Itu keputusan dia, kita harus hormati pilihan yang dia buat dan dia sudah matang untuk menentukan apa yang terbaik," katanya.


Pegawai Perisik Amerika Syarikat mendedahkan, Moscow bertanggung jawab mencipta keadaan yang menyumbang kepada insiden pesawat MH17 ditembak jatuh puak pemisah di Timur Ukraine 17 Julai lalu.
Russia didakwa memberikan latihan ketenteraan kepada puak pemisah termasuk cara menggunakan peluru berpandu yang telah digunakan untuk menembak hampir dua belas pesawat dalam beberapa minggu kebelakangan ini.
Sedangkan tentera Ukraine yang memerangi puak pemisah pro Russia ini, dikatakan tidak pernah melakukan serangan ke udara memandangkan peperangan mereka dengan puak pemisah hanya melibatkan pertempuran di darat.
Antara bukti dibentangkan pihak perisik AS bagi menyokong kenyataan mereka termasuk status di Facebook yang sudah dipadamkan puak pemisah berkaitan pelancaran peluru berpandu Buk (SA-11) dan tembakan yang dilepaskan pada pesawat oleh mereka pada hari kejadian.
Malah di saat tumpuan dunia tertumpu pada kaitan hubungan antara Moscow dan puak pemisah di Ukraine, perisik AS mendakwa negara ini masih terus menyalurkan senjata termasuk pelancar roket dan kereta kebal selain latihan ketenteraan.

Begitu pun pihak kedutaan AS dilihat cuba menghentikan kritikan terbuka perisik mereka terhadap Russia apabila mengeluarkan satu kenyataan rasmi semalam bahawa laporan penyiasatan mendapati pesawat MAS kemungkinan ditembak jatuh tanpa disengajakan.
Dari segi lain, kenyataan dikeluarkan ini mengesahkan maklumat diberi duta AS ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Samantha Power,  Jumaat lalu bahawa peluru berpandu anti-pesawat Buk (SA-11) adalah senjata yang digunakan puak pemisah untuk menembak jatuh MH17 adalah sahih. 
Sumber: The Guardian