Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


Keganasan rumah tangga bukanlah sesuatu yang kelakar. Tetapi kes yang melibatkan Sadie Bell (58) dari Michigan USA ini boleh dikategorikan sebagai kelakar dan aneh. Sadie dijatuhkan hukuman penjara empat tahun atas kesalahan menembak kekasih Edward Lee (60) beliau di bahagian perut. Edward ditembak kerana Sadie tidak puas hati dengan kemampuan di ranjang kekasih beliau. Menurut laporan polis Sadie mengamuk apabila mendapati Edward tidak mengeluarkan air mani yang banyak selepas inzal ketika melakukan hubungan kelamin. Beliau yakin kekurangan air mani ini berlaku kerana Edward mempunyai hubungan intim dengan wanita lain selain diri beliau.

Kes ini menjadi semakin aneh kerana Sadie sendiri adalah perempuan simpanan Edward. Edward sudah mempunyai isteri dan hubungan terlarang mereka ini sudah berlarutan selama 15 tahun. Akibat daripada tembakan Sadie, Edward terlantar di hospital selama5 minggu dan memerlukan pembedahan bagi memperbaiki kederaan pada hati, pankres, usus dan buah pinggang. 

Ini memang sebuah kes gila. Siapa sangka ketidakmampuan menghasilkan pancutan seperti Book Worm Bitches featuring Peter North boleh mengakibatkan anda ditembak oleh kekasih. Oleh itu pastikan anda membeli produk tongkat Ali. Takut ada pula kes di Malaysia lelaki ditikam kerana masalah kegagalan menghasilkan isipadu yang memuaskan!


MESKIPUN pengacara dan pelakon Ifa Raziah sudah menjelaskan pembedahan yang dilakukan pada awal Ramadan lalu adalah disebabkan jangkitan yang dialamai di payudaranya, namun masih ada pihak yang kurang senang dan mengadakan cerita pembedahan itu sebenarnya untuk menambah silikon bagi membesarkan asetnya.
Ifa Raziah berkata meskipun menyedari hal itu, dia sendiri tidak mengambil pusing dengan kata-kata setengah pihak kerana mereka tidak faham kesakitan yang dilalui.
“Orang tak faham apa yang saya lalui dan kesakitan yang betul-betul saya alami. Jadi tak perlulah saya nak bertegang urat dengan mereka diluar sana untuk menjelaskan segalanya.
“Jika saya ceritakan yang betul pun mereka tetap mengutuk dan menghina saya. Jadi tidak perlu nak ambil kesah sangat dengan cerita seperti itu.
“Yang penting saya bertambah sihat dan kehidupan bertambah ceria disamping keluarga tercinta,” katanya kepada murai.com.my menerusi aplikasi WhatsApp.
Ifa Raziah telah selamat menjalani pembedahan untuk membuang ketulan di payudaranya akibat virus di Beverly Willshire Medical Centre, Jalan Tun Razak pada jam 12 tengahari pada 8 Julai lalu.
Bercakap mengenai perkembangan kesihatannya kini, Ifa memberitahu dia kini semakin pulih dan sudah pun keluar bekerja menghadiri majlis korporat.
“Sebenarnya masih sakit lagi dan terus makan ubat yang doktor beri. Jahitan pun tak buka lagi. Doktor pun sebenarnya suruh rehat selama sebulan.
“Tapi setelah 14 hari saya cuba kembali aktif dan bila berjumpa dgn peminat-peminat semua hilanglah rasa sakit tu sekejap,” luahnya lagi.
Ifa memberitahu dia kini terus bekerja seperti biasa walapun tidak seaktif dahulu hingga malam raya di Singapura.-Murai

KEKEJAMAN seorang bapa tiri di China yang sanggup memotong tangan anak lelaki tirinya dan kemudian merebus tangan itu di dalam sebuah periuk air yang sedang mendidih terbalas apabila dia dijatuhkan hukuman penjara 11 tahun.
Ketika kejadian, Wang Xinyu, 31, dipercayai mengalami pertengkaran kecil dengan isterinya di dalam telefon berhubung masalah kewangan.
Sejurus selepas perbualan dimatikan, suspek hilang sabar dan bertindak merotan anaknya Xiao Jun, 9, sebelum memotong tangan kanak-kanak itu dengan pisau pemotong daging dan mencampakkannya ke dalam periuk bagi menyukarkan ia disambung kembali lapor Mirror Daily.
“Saya dengar kanak-kanak itu merayu, ayah jangan ayah. Kemudian dia menjerit, tetapi saya tidak menyangka ia akan menjadi insiden yang dahsyat begini,” menurut jiran suspek.
Bagaimanapun, selepas kejadian itu suspek sendiri menelefon polis untuk mengaku apa yang telah dilakukan dan membawa kanak-kanak malang tersebut ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

GERIK: “Saya sempat membekalkan arwah dua bekas agar-agar kegemaran untuk juadah berbuka bersama-sama rakan sekerja.
“Namun, dia tidak sempat menjamah apabila lehernya tersepit di besi lif pemunggah barang di tempat kerjanya semalam (kelmarin),” kata Radziyah Khamis, 61.
Radziyah, ibu kepada Noor Shamila Abu, 19, dari Kampung Batu 6, Bandariang di sini, meninggal dunia di tempat kejadian apabila tengkuknya tersepit di lif berkenaan ketika cuba mengambil barang di tingkat atas sebuah kedai menjual barang runcit dan ubat di pekan Gerik.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam itu, mangsa dikatakan menjenguk ke bawah dari lif yang dinaikinya seorang diri di tingkat satu kira-kira lebih empat meter tinggi dan pada masa sama dia tertekan butang turun menyebabkan tengkuknya tersepit.
Lebih memilukan kejadian berlaku lima minit sebelum waktu berbuka puasa.
Radziyah berkata, anak bongsu daripada sembilan beradik itu sempat mengucapkan selamat tinggal kepadanya dan adik-beradik yang lain ketika mahu menaiki motosikal ke tempat kerjanya kira-kira jam 8.30 pagi kelmarin.

Sharmila bekerja sementara sejak sebulan lalu sebelum dijangka memasuki universiti pada September depan selepas menamatkan kursus Matrikulasi di Kolej Matrikulasi Johor, Tangkak.-HM

Segamat: “Saya tampil hanya untuk kepentingan anak tunggal kami yang tidak sempat pun melihat bapanya,” kata Nabilah Yusra Mohamad Din, 25, bekas isteri Hasni Hardi Parlan, 30, penumpang pesawat MAS penerbangan MH17 yang terhempas baru-baru ini.
Nabilah Yusra berkata, dia terpaksa tampil memberikan penjelasan berhubung status arwah selepas beberapa pihak menyatakan arwah masih bujang sedangkan pernah berkahwin dengannya dan dikurniakan seorang anak. 
Katanya, mereka berkahwin pada Disember 2012 sebelum berpisah September tahun lalu, tetapi ketika bercerai dia sudah disahkan mengandung dan tertulis dalam sijil cerainya. 

“Selepas berpisah, saya bekerja sebagai jururawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) manakala bekas suami bekerja di Belanda sebagai jurutera syarikat perkapalan.

“Ketika mendaftar perceraian di Mahkamah Syariah Segamat, arwah pernah berkata ingin melihat anaknya dan dia sepatutnya berbuat demikian ketika pulang 17 Julai lalu.


GARA-gara berang dengan tindakan pihak berkuasa merampas tanah dan merobohkan kediaman mereka, sebuah keluarga dari Beijing, China bertindak melakukan percubaan bunuh diri beramai-ramai dengan meminum racun perosak di luar ibu pejabat syarikat sebuah akhbar.

Sekumpulan dua wanita dan lima lelaki dari wilayah Jiangsu melakukan bantahan selepas kehilangan tempat tinggal apabila kediaman mereka dirobohkan lima tahun lalu dan tidak pernah diberikan apa-apa pampasan sebagai balasan.

Saksi kejadian berkata kepada Daily Mail, dia melihat bagaimana kumpulan itu menjerit menuntut keadilan sebelum mengeluarkan botol plastik dan minum kandungan cecair serta jatuh ke tanah sambil memegang leher dalam keadaan kesakitan.

"Saya dengar mereka jerit tuntut keadilan tetapi tiada siapa yang memberi perhatian. Kemudian mereka minum sesuatu dan rebah dengan mulut berbuih. Situasi itu adalah sangat mengejutkan," katanya.

Difahamkan, sebelum cubaan bunuh diri mereka ada mengedarkan risalah dan poster dalam usaha untuk mendapatkan sokongan dan bantuan, namun usaha mereka gagal dan menyebabkan mereka mengambil jalan terakhir iaitu mengadakan demonstrasi di luar pejabat akhbar China Youth Daily.

Polis memaklumkan, empat daripada mereka kini semakin stabil manakala tiga yang lain berada dalam keadaan kritikal. - Sinar Harian



Dah lama juga kita tak dikejutkan dengan benda bukan-bukan dilakukan remaja kita di media siber.
Tup-tup di bulan suci ini, tersebar pula gambar sepasang budak sekolah bercumbu sambil melakukan selfie.
Tak pastilah jika perbuatan selfie itu memang dilakukan mereka untuk kongsi gambar tersebut di laman sosial tapi yang pasti, ia sudah pun tersebar.
Apa yang menyedihkan pelajar perempuan dalam gambar ini masih memakai uniform sekolah lengkap bertudung dengan lencana sekolah.

Jadi kepada adik-adik di luar sana, janganlah melakukan perbuatan tidak bermoral seperti ini kerana bila kantoi yang menerima kesannya bukan kita sahaja tetapi ibu bapa juga.

MENERUSI Facebook Sarawak Update, seorang lelaki yang dikenali sebagai Thomas Loh meluahkan rasa kesalnya terhadap sikap pilih kasih sebuah hospital swasta dalam menerima pesakit.
Menurutnya, satu kemalangan motosikal telah berlaku di Jalan Pedada, Sibu yang melibatkan tiga beranak.
Dalam keadaan cemas, dia segera pergi ke sebuah hospital swasta berdekatan bagi memaklumkan kejadian itu dengan harapan mereka akan menerima ketiga-tiga mangsa sebagai pesakit.
Malangnya, jururawat yang bertugas menolak permohonannya dan memberitahu mereka bimbang tiada siapa yang akan bertanggungjawab untuk membayar bil rawatan para mangsa.
Tambahnya lagi, hospital kerajaanlah yang sepatutnya bertanggungjawab untuk kes itu.
Justeru, Thomas mengecam sikap pihak hospital tersebut yang dianggap lebih mementingkan keuntungan berbanding tanggungjawab untuk menyelamatkan pesakit.

Nampaknya, hospital kerajaan jugalah yang mengangkat tahap kesihatan lebih tinggi daripada wang ringgit…


SUBANG – Sebuah lori membawa muatan tanah bersama tiga kereta musnah terbakar dalam kemalangan di Plaza Tol Sunway, petang tadi.

Kejadian kira-kira jam 4 petang itu berlaku selepas lori terbabit gagal dikawal dan melanggar tiga pembahagi jalan di plaza tol berkenaan sebelum merempuh tiga kereta dan sebuah kenderaan pelbagai guna di laluan yang sama.
Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul berkata, akibat rempuhan, lori terbabit terbakar bersama tiga kenderaan yang dilanggarnya.

“Pemandu ketiga-tiga kereta berkenaan termasuk seorang jurutol yang sedang bertugas di plaza tol berkenaan sempat menyelamatkan diri,” katanya.
Difahamkan jurutol berkenaan bersama dua pemandu yang cedera dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya akibat kecederaan yang dialami. Manakala pemandu lori berkenaan tidak dapat dikesan dipercayai melarikan diri.

“Sepasukan anggota dari Balai Bomba Penchala dan Puchong dikejarkan ke lokasi kejadian dan api dapat dipadam sepenuhnya dalam tempoh 10 minit,” katanya.


BOLEH dikatakan, kemelut rumah tangga Ezany Nizariff sudah diketahui ramai selepas tersiar di akhbar utama dan turut dilaporkan Mynewshub semalam.
Kes rumahtangga pelakon yang turut dikenali sebagai usahawan belacan ini menjadi panas apabila dia mengaku membuat laporan polis bahawa isterinya, Lizda Nuryanti Abidin lari mengikut lelaki lain dan hanya disedari ketika dia bangun untuk bersahur beberapa hari lalu.
Nampaknya mungkin kerana terlalu tertekan, Ezany dilihat berkongsi perasaan dan perkembangan ‘kes’ isterinya dan lelaki tersebut menerusi laman sosial Facebook.
Hari ini sahaja, Ezany telah memuat naik beberapa pos termasuk gambar isterinya bersama seorang lelaki dipercayai pihak yang didakwa telah melarikan isterinya selain menceritakan apa telah berlaku pada dirinya.

Selain itu, Ezany dipercayai telah pergi mencari lelaki tersebut di tempat kerjanya berdasarkan satu lokasi yang dikongsikan.

Tak dinafikan, memang hebat sungguh dugaan yang terpaksa ditempuh Ezany pada bulan mulia ini.
Namun diharapkan dia tidak mengikut perasaan marah kerana Islam telah menyediakan garis jelas apa perlu dilakukan suami isteri apabila berlaku masalah rumah tangga.
Justeru diharapkan segala-galanya dapat diselesaikan dengan baik apatah lagi Ezany dan isteri mempunyai dua cahaya mata bersama yang perlu difikirkan agar mereka tidak menjadi mangsa keadaan.
- MYNEWSHUB.MY





SEOUL: Polis Korea Selatan dipercayai menemui mayat jutawan yang dikehendaki sejak beberapa bulan lalu berikutan tragedi feri Sewol yang meragut 300 nyawa, April lalu.
Jika mayat itu seperti yang dijangka, ia akan menamatkan pemburuan untuk mencari jutawan, Yoo Byung-Eun, 73, yang keluarganya memiliki syarikat yang mengendalikan feri Sewol, Chonghaejin Marine Co.
Mayat yang sudah reput itu dijumpai dalam keadaan terbaring dan berpakaian jaket musim sejuk serta topi pada 12 Jun lalu di sebuah ladang plum di Suncheon, kira-kira 300 kilometer di selatan Seoul.
Bagaimanapun, setakat ini, polis belum menemui sebarang petanda yang menunjukkan punca kematian.
Keadaan reputnya teruk hinggakan pihak polis perlu menjalani ujian DNA bagi mengesahkan identitinya, lapor agensi berita Yonhap.
Ujian DNA yang dipadankan dengan abang Yoo menjurus kepada keyakinan bahawa mayat itu adalah jutawan terbabit.
Mayat itu dibawa ke Seoul untuk ujian lanjut forensik. Jutawan itu melarikan diri selepas feri Sewol tenggelam pada 16 April lalu dengan 476 penumpang, termasuk 325 pelajar sekolah.
Jumlah kematian yang disahkan ialah 294 orang, dan 10 mangsa lagi masih belum dijumpai.
Kapten feri itu dan 14 anggota krunya kini sedang menghadapi perbicaraan mahkamah. Satu perintah saman dikenakan ke atas Yoo selepas kejadian itu, tetapi dia enggan menyerah diri kepada polis dan melarikan diri.  -  mStar


Taipei: Doktor yang melakukan X-ray ke atas seorang wanita yang mengalami sakit perut sejak enam bulan lalu terkejut apabila menemui sebatang pen di dalam perutnya.

Shing Fang, 20, menjalani pemeriksaan di hospital di Taipei selepas mengalami sakit perut yang berpanjangan sehingga menyebabkan dia tidak boleh makan.

Malah Shing turut disahkan menghadapi kemurungan selepas doktor gagal mencari punca penyakitnya.

Apabila doktor melakukan endoskopi - memasukkan kamera melalui mulut hingga ke perutnya, mereka menemui objek panjang berkarat.

Selepas gambar yang diambil oleh doktor dengan melakukan X-ray, mereka terkejut mendapati objek itu pen.

Tanpa berlengah, Shing dibedah untuk mengeluarkan objek berkenaan.

Shing bernasib baik kerana jika dibiarkan lebih lama ia boleh menyebabkan kematian.

Wanita itu berkata, dia tidak ingat pernah tertelan pen itu.

Bagaimanapun, Shing mengaku dia mungkin tertelan pen itu ketika mabuk semasa meraikan keputusan peperiksaannya. - Agensi