Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi



GELENG kepala kami dibuatnya tatkala meninjau akaun Facebook dengan nama  ‘Legasi Kongsi Gelap Melayu 3 (LKGM3)’ yang baru diwujudkan pada 26 Jun lalu.
Entah apa masalah pengendali akaun tersebut sehingga sanggup menghina penduduk Sabah dan Sarawak khususnya yang berbangsa Dayak dengan kata-kata kesat dan memainkan sentimen agama.
Terdapat beberapa pengendali yang menggelarkan diri mereka dengan nama ‘Abang Long Rafie’, ‘Brader Don’ dan ‘Ayah Bos Plg’.
Apa yang peliknya, statusnya dilihat bercelaru sehingga menyebabkan kami agak keliru apa sebenarnya matlamat LKGM3?
Sebagai contoh, status ini dilihat cuba memperlekehkan orang bukan Islam.

Tetapi, pada masa yang sama, ia turut menghina mereka yang beragama Islam di negeri-negeri tersebut.



Justeru, kami yakin akaun ini sengaja diwujudkan bagi menimbulkan prasangka buruk di kalangan penduduk Sabah dan Sarawak supaya saling bermusuhan.
Setakat ini, akaun tersebut telah mendapat 563 ‘likes’ daripada pengguna Facebook yang lain.
Diharap tidak ada pihak yang akan terpengaruh dengan status menghasut LKGM3 ini kerana ia hanya memberi kemenangan percuma kepala pengendalinya yang kami yakin mungkin sedang mengalami masalah jiwa.
Sebaiknya, buatlah laporan kepada pihak Facebook agar akaun ini dapat disekat daripada terus beroperasi!



KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri menafikan laporan yang tersebar di media sosial kononnya terdapat kes penculikan kanak-kanak di Malaysia bagi tujuan penjualan organ manusia di dalam dan luar negara.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata sehingga kini, pihak polis tidak menerima sebarang aduan daripada mana-mana pihak berhubung kes penjualan atau pembelian organ berkenaan.
“Dakwaan terdapat kanak-kanak diculik dan organ mereka diambil untuk dijual seperti yang tersebar di laman sosial khususnya di Facebook dan WhatsApp sejak kebelakangan ini merupakan khabar angin semata-mata.
“Risikan mengesahkan tiada maklumat diperoleh sama ada di dalam atau di luar negara berkaitan sindiket penjualan atau pembelian organ oleh mana-mana pihak dari negara ini,” katanya pada persidangan Dewan Negara, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Senator Datuk Raja Roopiah Raja Abdullah yang ingin tahu mengenai dakwaan berkenaan serta apakah perancangan kerajaan untuk menangani masalah itu.
Wan Junaidi berkata, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, proses perolehan organ melibatkan prosedur klinikal yang perlu dijalankan dengan penuh teliti mengikut garis panduan tertentu dan dilakukan penuh terhormat, tidak seperti yang disebar dan digambarkan di dalam media sosial.
Katanya, proses perolehan dan pemindahan organ melibatkan prosedur pembedahan yang kompleks dan ia memerlukan penglibatan pakar perubatan berkemahiran tinggi mengikut bidang kepakaran masing-masing seperti urologi (saluran kencing), pembedahan hepatobiliari (hati), kardiotorasik (jantung) dan anaestesiologi (organ dalaman) serta rawatan rapi.
Jelasnya, proses penyimpanan organ juga rumit iaitu disimpan di dalam cecair pengawet khas pada suhu yang tertentu supaya ia berada dalam keadaan optimum sebelum dipindahkan kepada penerima dengan secepat mungkin.
“Sekiranya tempoh masa untuk penyimpanan dan pemindahan organ tidak dipenuhi, organ yang diperoleh tidak dapat digunakan kerana ia tidak akan berfungsi dengan sepatutnya,” katanya.
Justeru, Wan Junaidi menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah mempercayai maklumat itu yang disebarkan individu tidak bertanggungjawab untuk menakutkan orang ramai.
Menjawab soalan tambahan Raja Roopiah mengenai jumlah kes culik kanak-kanak di Malaysia setakat ini, Wan Junaidi berkata Jan hingga Jun tahun ini sebanyak lima kes culik dilapor dan tiga daripada kes itu berjaya diselesaikan. – BERNAMA




Baru-baru ini, berlaku satu kemalangan di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) membabitkan kereta jenis Toyota Hilux dengan sebuah lori tangki. Kemalangan tersebut telah mengorbankan seorang peronda lebuhraya yang sedang bertugas. 


Untuk info, kenderaan peronda tersebut yang menghala ke Kuala Terengganu telah berhenti di lorong kecemasan, di mana secara tiba-tiba sebuah lori tangki minyak sawit yang hilang kawalan merempuh kereta peronda hingga mengakibatkan seorang anggota Razali Ishak, 44, maut tersepit. 



Komen Pengguna Laman Sosial





NAMPAKNYA, tidak semua percubaan membunuh diri oleh seseorang individu itu akan mendapat simpati dan halangan daripada orang awam.
Di Wilayah Shaanxi, China, seorang wanita cuba terjun dari bumbung sebuah menara bangunan akibat tekanan hutang.
Pihak polis cuba menenangkannya dan memintanya turun dari bumbung tersebut.
Pada masa yang sama, orang ramai juga sudah berkumpul di bawah bangunan untuk menyaksikan ‘drama’ yang sedang berlaku.
Bagaimanapun, tiba-tiba sekumpulan kanak-kanak sekolah rendah yang baru tamat sesi persekolahan menghampiri tempat itu dan mula menjerit, “Terjun! Cepat terjun untuk kami!”.
“Ini sesuatu yang menyeronokkan,” tambah mereka.
Walaupun wanita itu berjaya diselamatkan, tindakan kanak-kanak itu menaikkan kemarahan orang ramai kerana dianggap melampau.
Kalau kecil-kecil sudah hilang sifat perikemanusiaan, tak tahulah macam mana kalau sudah dewasa nanti…



Tak tahulah apa yang penulis tengok ni betul ke tidak.
Ada kemungkinan akaun wanita ini telah digodam oleh pihak yang mahu mengenakan dirinya.
Kalau itu hakikatnya, mungkin dia patut buat laporan polis.
Admin memilih untuk tidak menutup nama, gambar dan nombor telefon untuk entri ini kerana bahan ini sudah tersebar terlalu meluas di Facebook.
Namun, andai status ini datang dari empunya badan…entah la nak kata apa.
Dah la terlanjur, ada hati nak memilih … India tak nak… nak Melayu/Islam sahaja…


DI Shanghai, China, seorang lelaki pertengahan usia sempat melalui empat stesen komuter dalam keadaan bogel sebelum ditahan pihak polis.
Menurut saksi, lelaki itu pada mulanya berpakaian lengkap sebelum menanggalkannya satu persatu.
Tindakan itu menyebabkan dia berjaya ‘menguasai’ satu barisan tempat duduk dalam komuter yang agak sesak itu kerana tiada siapa berani menghampirinya.
Beberapa netizen kemudiannya merakam gambar lelaki itu dan memuatnaiknya di laman sosial, sekaligus mencetuskan persoalan seperti:
“Adakah Shanghai terlalu panas?”
“Mungkinkah dia kehilangan segala-galanya dalam pertaruhan Piala Dunia?”
Lelaki itu akhirnya ditahan oleh pihak berkuasa di stesen Century Avenue selepas berlakunya pergelutan antara mereka.

MEXICO– Sekeping gambar yang menunjukkan bagaimana seorang budak lelaki diikat kaki dan tangannya dengan kejam di gril tingkap rumahnya, telah mengejutkan penduduk Mexico.
Gambar itu dirakamkan oleh jirannya, Mariza Guerrero, 55, dan mereka kemudian memuat naik dalam internet.
“Ia menakutkan apabila melihat ibunya mengikat budak lelaki berkenaan di tingkap tersebut sementara bapanya hanya memandang.
“Dia diikat dengan menggunakan kain skaf,’’ kata Mariza.
Susulan itu, polis telah menyerbu rumah keluarga terbabit di bandar Xalapa, yang terletak di timur wilayah Veracruz.
Pihak berkuasa kini sedang mengesan sama ada ia merupakan satu upacara ritual atau sebaliknya. 
Dalam serbuan berasingan di sebuah hotel di Jalan Putra, anggota JAIK turut menahan beberapa pasangan lain.


ALOR SETAR: Di kala umat Islam menyambut kedatangan Ramadan dengan melakukan solat Tarawih dan amal ibadat, lain pula yang terjadi di Alor Setar, Kedah.
Seorang model sambilan dicekup berkhalwat bersama pasangannya di sebuah hotel di Lebuhraya Darulaman, Alor Setar, malam tadi.
Wanita berusia 24 tahun itu dipercayai berasal dari Selangor dikatakan datang ke Kedah semata-mata untuk menemui kekasihnya yang berusia 25 tahun yang menetap di Langgar, Alor Setar.
Menurut pasangan itu mereka bercadang untuk berkahwin pada penghujung tahun ini  dan memberi alasan mereka sedang bersiap untuk menonton bola sepak Piala Dunia di sebuah restoran 24 jam sebelum mereka dicekup berkhalwat.
Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa Undang-Undang Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK), Syeikh Mohd Roshidi Mahmud yang mengetuai operasi itu berkata, pasangan itu ditahan dalam operasi bermula jam 11 malam hingga 2 pagi tadi.
Hasil soal siasat, pasangan itu mengaku tidak mempunyai sebarang ikatan yang sah.
Dalam serbuan berasingan di sebuah hotel di Jalan Putra, anggota JAIK turut menahan beberapa pasangan lain.
Kesemua mereka dibawa ke Pejabat Majlis Agama Islam Kota Setar untuk disiasat dan direkod keterangan, sebelum dibebaskan dengan jaminan keluarga.
Mohd Roshidi berkata, pihaknya akan meneruskan operasi membanteras kegiatan maksiat walaupun pada bulan puasa untuk membendung gejala tidak bermoral di kalangan remaja dan umat Islam di negeri ini.
Sehubungan itu, beliau meminta supaya orang ramai tidak mengambil kesempatan melakukan maksiat di bulan Ramadan ini kerana anggotanya akan terus bertugas setiap hari. -awani


SEREMBAN – Seorang wanita terkejut apabila dua pekerja warga asing sebuah restoran, di sini dengan berani memeluk dan mengusap anak perempuannya berusia 10 tahun secara tiba-tiba ketika dia sedang membeli air, Khamis lalu.

Ibu mangsa berusia 30-an yang enggan dikenali berkata, ketika kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu anaknya turun membeli air seorang diri di restoran berkenaan.

Menurutnya, dia memberhentikan kenderaannya di hadapan kedai makan terbabit dan hanya menunggu di dalam kereta bersama seorang lagi anak perempuannya berusia enam tahun.

“Saya suruh anak sulung turun seorang diri kerana hanya mahu membeli air. Malah kereta saya diparkir betul-betul berhadapan kedai makan berkenaan.

“Dari dalam kereta saya lihat pergerakan anak. Tapi tiba-tiba saya pelik apabila salah seorang pekerja di situ memeluk anak saya dari belakang,” katanya.

Malah katanya, seorang lagi pekerja turut bertindak di luar batasan apabila dengan sengaja mengusap leher dan pipi anaknya.

Berang dengan keadaan itu, dia membunyikan hon kereta beberapa kali sebagai tanda amaran sebelum pekerja terbabit melarikan diri dan bersembunyi di bahagian belakang kedai.

“Saya turun berjumpa dengan penyelia restoran terbabit kerana tidak berpuas hati dengan tindakan kurang sopan tersebut.

“Tapi dia memujuk saya agar tidak membesarkan hal itu dan meminta maaf mewakili pekerjanya. Saya memang bengang sangat sebab dia berani usik anak perempuan saya macam itu. Memang dia masih kanak-kanak tapi janganlah sesuka hati mahu memeluk dan mengusik anak orang,” katanya.

Sebaik sahaja pulang ke rumah, dia memaklumkan perkara itu kepada suaminya sebelum membuat laporan di Balai Polis Senawang.

Sementara itu, Sinar Harian mendapati, gambar dua lelaki warga asing dengan tangan bergari dipercayai suspek  mula disebarkan di laman Facebook, sejak Khamis lalu.

Malah ia turut mendapat pelbagai maklum balas orang ramai yang ternyata sangat terkejut dan tidak berpuas hati dengan kejadian yang berlaku.

Chukai: “Hati bapa mana tak sebak apabila melihat tubuh anak tersangkut dan melekat pada besi penghadang pembahagi lebuh raya,” kata Shafie Bilal Ismail, 43, bapa kepada Muhammad Shafiq, 15, yang maut dalam kemalangan di Kilometer 302.6 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 2, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 6 petang, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala selepas motosikal Yamaha LC ditunggangnya bertembung dengan sebuah motosikal Honda EX-5 ditunggangi seorang buruh ladang warga Indonesia, Muhsan, 47, yang turut meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala. 
Difahamkan, ketika kejadian, mangsa yang juga anak ketiga daripada lima beradik menunggang secara berkumpulan dengan beberapa rakannya. 

Akibat kejadian itu, Muhammad Shafiq tercampak dari motosikalnya sejauh lima meter lalu tersangkut pada besi penghadang pembahagi lebuh raya.

Shafie berkata, kali terakhir dia berjumpa arwah jam 1 tengah hari ketika anaknya memaklumkan mahu solat Jumaat sambil menyatakanmaklumkan tidak tahu bila akan pulang.
KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan penyanyi rock terkenal, Awie atau nama sebenarnya Azhar Othman, 45, sedang disiasat atas dakwaan sengaja mencederakan isteri sendiri.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Mohd. Adnan Abdullah berkata, penyanyi dan juga pelakon yang terkenal menerusi filem Zombie Kampung Pisang itu ditahan sebelum kenyataannya diambil untuk siasatan.
“Awie kemudian dibebaskan dengan ikat jamin... dia kini disiasat kerana disyaki dengan sengaja mendatangkan cedera kepada isterinya,” kata beliau ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.





BELO HORIZONTE, Brazil - Seorang penyokong Brazil mati selepas mengalami sakit jantung semasa menyaksikan detik-detik cemas sepakan penalti yang membawa kemenangan kepada pasukan tuan rumah, lapor media semalam.
Lelaki berusia 69 tahun itu sebelum kejadian dikatakan mengadu tidak sihat semasa menyaksikan perlawanan berkenaan yang ketika itu Brazil terikat 1-1 dengan Chile sehingga membawa kepada masa tambahan dan akhirnya kemenangan terpaksa ditentukan melalui sepakan penalti.
Detik sepakan penalti menjadi saat paling mendebarkan dan tegang kepada penyokong Brazil sebelum negara itu berjaya melangkah ke suku akhir Piala Dunia menerusi kelebihan gol penalti 3-2 ke atas Chile.
Penyokong tersebut yang mempunyai masalah diabetes meninggal dunia sebaik sahaja dibawa ke hospital, menurut portal berita G1 dan laman web akhbar Estado de Minas.
Akhbar tersebut turut melaporkan pegawai-pegawai kesihatan tempatan merawat lebih 100 orang sepanjang perlawanan itu berlangsung termasuk seorang wanita berusia 50 tahun yang juga mengalami sakit jantung, manakala seorang pemuda dirawat apabila patah hidung kerana bergaduh. - AFP