Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi



Pagi tadi lebih kurang pukul 10.30 aku singgah sarapan di bazar batu buruk sementara menunggu interview di steten minyak kerana sudah tiada kerja di Terengganu yang menggunakan Ijazah aku ini. Sewaktu makan, mata ni terpandang seorang pakcik yang "lusuh " karekternya.. Bau busuk, baju koyak, pakai kain pelikat singkat, tak beralas kaki, tapi berkopiah.

Duduk bersandar di tiang bazar dekat dengan kerusi aku. 

Terdetik dalam hati, apa pakcik ni kelaparan. Orang gila pun lapar, masih tetap manusia. Aku pesan satu lagi nasi minyak. Pesanan aku sampai ke meja. Terus aku beri pada pakcik tadi. 

Tuan kedai terkejut dan mengangkat tangan melambai seolah² memanggilku. Aku pun balas tunggu skejap.

Pakcik tadi tenung aku sambil berkata,

"pakcik dah makan nak.. terima kasih nak.." 

Dalam hati terdetik sungguh indah bahasa pakcik yang ku sangka gila tadi. Aku bangun dengan kecewa kerana pesanan aku tidak dijamah oleh pakcik. Lalu aku pergi kepada tuan kedai yang memanggil ku tadi.

"Ada apa pakcik?"

Pakcik kedai balas:" Jangan bagi dan suruh dia makan kat sini, nanti customer pakcik lari."

Aku tersentap. Dan spontan aku membalas. 

"Jika orang ini ayah kandung pakcik, pakcik halau tak dia?" 

Pakcik tu diam. Takpe pakcik, saya akan bayar ansuran kalo pakcik rugi hari ni. Saya nak tanya, betul ke pakcik td tu sudah makan? 

Pakcik kedai jawab, tidak. Dari mula pakcik buka kedai pukul 6.30 tadi pakcik kopiah tu duduk kat tiang tu.

Dalam hati kecil ni cakap, tak pernah aku jumpa pakcik gila semulia ini. Tidak mengemis, tidak pula meminta. Aku pegi semula pada pakcik kopiah tu. 

"Pakcik, saya sunyi makan sorang2, pakcik teman saya makan jom." 

Pakcik tu akur dengan pelawaan aku kerana kesungguhan aku. Ramai yang beralih meja kerana bau pakcik tu, namun kerana ingin menjaga hati orang tua yang aku tak kenal, aku tahan bau itu.

Lega tengok pakcik tu makan dengan sangat sopan. Aku lontarkan beberapa soalan pada pakcik tu. 

Pakcik dari mana, tinggal dimana? 

Pakcik tu jawab. Pakcik merantau cari redha Allah. Aku terkejut. Dalam hati aku dah syak bukan2. Kot2 wali ke ni? Mana keluarga pakcik?

Pakcik dibuang oleh keluarga pakcik kerana sekeping geran tanah. 

Kenapa pakcik? Apa masalahnya? 

Pakcik sedekahkan geran itu untuk seseorang untuk dibangunkan pondok2 mengaji. Keluarga pakcik terus buang pakcik. Allah...

Pakcik tinggal dimana? Pakcik tu diam tak menjawab. Masa terlalu singkat untuk aku menyambung urusan kerja. Aku panggil pakcik kedai untuk kira. Semuanya berharga RM 11.60. Aku celup dompet aku, dan aku lupa yang aku hanya bawa RM 5.00. Aduh.... Pakcik tu nampak raut wajah muka aku seolah2 melihat masalah dalam dompetku. Pakcik tu mencelah. Nak, ambil duit ni, pakcik bayarkan.

Nak tau ape? pakcik keluarkan satu sampul surat sebagai dompet dia (macam dompet TGNA), dalam tu duit seratus setebal setengah inci, dan satu kad BSN dan i.c lama (pakcik tu bekas tentera laut).. Satu kedai dia bayarkan. Allah.. Satu kedai hairan apabila pakcik kedai tu announce yang makanan semua sudah dibayarkan oleh pakcik kopiah tadi. Masing2 semua pandang aku dan pakcik kopiah. Dengan tiba2 pakcik kopiah angkat tangan dan berdoa dengan suara yang agak sederhana kuat, aku pun turut angkat sama. Dan paling terharu apabila aku dengar suara "amin....." dengan suara yang ramai. Bila aku berpaling ke belakang, satu kedai mengangkat tangan bersama pakcik kopiah tu.. Ada yang bangun mendekati kami berdoa dekat2.

Terasa sangat gemuruh dan terharu dengan keperibadian orang yang ku sangka gila ini rupanya seorang guru agama!! Ada yang menangis kerana doa oleh sang guru itu sungguh merdu.. Kecoh seketika.. Selesai berdoa, aku bersalam dengan pakcik tadi dan ucap terima kasih dengan harapan dapat jumpa lagi. Aku terus berjalan ke motor aku. Aku berpaling ke belakang, semakin ramai yang berkerumun pada pakcik tadi. Aku senyum tanda puas bahawa orang sekeliling mula mendekati pakcik. Aku buka semula dompet aku kerana aku simpan kunci motor dalam tu.

Nak tau apa? Aku terkejut kerana ada 2 keping duit seratus dan satu nota kecil yang bertulis: "Ambil duit ni buat beli susu anak dan buah delima untuk orang rumah anak yang mengidam.." Aku terkaku, dan terus pandang ke arah tempat pakcik tadi. Beliau sudah tiada disitu. Aku terus pakai helmet dan tutup pemuka helmet. Aku menangis kerana terharu dan sangat bersyukur. Bagaimana dia tahu aku dalam kesusahan...
Ya Allah.. Kau peliharakanlah pakcik itu.. - WARTA HATI


Sebagai seorang selebriti, sememangnya segala tindak-tanduk yang dilakukan akan menjadi perhatian orang ramai. Begitu juga Nelydia Senrose, artis muda yang meningkat naik namanya ketika ini menimbulkan satu lagi kontroversi buat dirinya apabila dia hanya memakai 'shortpant' ketika keluar bersiar-siar di pekan. 

Nelydia mengongsi gambarnya berfesyen berkenaan menerusi akaun Instagram miliknya. Perkara ini mula menjadi kontroversi apabila ada suara-suara komen yang kurang manis dilontarkan kepada artis selepas memuat naik gambar tersebut. 

Inilah dia gambar yang bikin panas tersebut: 





DiJamaica, ada api yang menyala di atas air.Anehnya, pengunjung boleh berendam di air tersebut anpa sebarang kecederaan.

Tidak jauh dari Kota Saint Ann Teluk di Middlesex, Jamaica, ada kolam  unik yang bernama Windsor Mineral Spring. Ini adalah kolam air panas semulajadi yang mempunyai fenomena aneh. Daripada Jamaica Travel and Culture, ada api yang menyala tepat di atas permukaan air kolam tersebut.




Bukan kerana berunsur ghaib, fenomena ini terjadi kerana tingginya tahap gas sulfur yang keluar dari dasar kolam semulajadi ini. 

Seperti kebanyakan kolam air panas yang mengandungi belerang, air di sini dipercayai boleh menyembuhkan pelbagai penyakit. Dalam sejarahnya, kolam ini sudah digunakan sebagai pusat rawatan selama berabad-abad lalu oleh penduduk sekitar.

Bagi pelancong yang ingin ke sana, biasanya akan disambut oleh komuniti di Windsor Mineral Spring. Disana, pengunjung akan ditawarkan untuk berjalan di kolam air panas tersebut. Ada juga massage api yang boleh dicuba pelancong.

Terkini, dan ini yang paling unik, pemandu pelancong akan memasak di atas air yang mengeluarkan api tersebut.

Nama Jasmin Hamid sememangnya tidak asing lagi dalam industri hiburan tanah air. Beliau yang kini mencecah 42 tahun usianya kelihatan semakin mengancam. Artis ini begitu pandai menjaga kecantikan dirinya sehinggakan wajah dan susuk tubuhnya kelihatan baru berusia 30-an.

Inilah dia fesyen terbaru Jasmin Hamid. Di musim Piala Dunia 2014 ini, pelakon ini tampil dengan begitu menawan.

Seorang pelajar perempuan Universiti Malaya (UM) berang dengan tindakan kakitangan UM mengarahkannya menanggalkan purdah.

Zulaikha Adam diarahkan keluar dari dewan peperiksaan untuk menanggalkan purdah ketika dia sedang sibuk menjawab soalan peperiksaan.

Zulaikha mempertikaikan kenapa tiada notis di pintu masuk yang mengatakan "NO Niqab" atau amaran lisan sebelum dia masuk ke dewan peperiksaan.

Zulaikha juga turut mempersoalkan mengapa pelajar-pelajar lain yang berpakaian seksi tidak dikenakan sebarang tindakan dari pihak UM.



Untuk pengetahuan, mana-mana peperiksaan ini melibatkan identiti dan boleh je berlaku penipuan dengan mengupah orang lain masuk exam bagi pihak calon. - My Media Hub



P. Ramlee telah kembali ke Rahmatullah pada pagi Selasa yang bertarikh 29 Mei 1973 ketika berusia 44 tahun akibat sakit jantung semasa mahu tiba di Hospital Kuala Lumpur dan jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

P.Ramlee atau nama sebenarnya Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh dilahirkan di Pulau Pinang pada pagi Hari Raya Aidilfitri bersamaan Rabu , 22 Mac 1929.

Bapanya seorang ahli pelayaran yang berasal dari Lho’Seumawe , Acheh telah berkahwin dengan Che Mah binti Hussien pada tahun 1925 di Kubang Buaya , Butterworth.

P.Ramlee telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Jawa dan seterusnya di Penang Free School sehingga meletusnya Perang Dunia Kedua.

Semenjak di bangku sekolah lagi, P.Ramlee telah menunjukkan minat dan bakat dalam bidang seni, terutamanya dalam seni muzik.

Di Penang Free, P.Ramlee belajar seni muzik dengan Encik Kamaruddin iaitu pemimpin Brass Band di sekolah tersebut.

Semasa pendudukan Jepun di Malaya, P.Ramlee pernah memasuki sekolah tentera laut Jepun ( Kaigun ).

Di sini beliau berpeluang mempelajari lagu-lagu Jepun.


PERMULAAN KERJAYA SENI

Beliau mula bermain peralatan muzik yang bernama ukulele dan akhirnya beralih kepada gitar dan biola di bawah bimbingan Encik Kamaruddin yang merupakan seorang pemimpin brass band di Penang Free School. Beliau juga pernah menyertai Orkes Teruna Sekampung dan kemudian Sinaran Bintang Sore. Beliau pernah menjadi juara bagi pertandingan nyanyian anjuran Radio Pulau Pinang pada tahun 1947 dan terpilih sebagai Bintang

Penyanyi Utama Malaya. Dalam pertandingan itu, beliau menggunakan huruf "P" (bagi Puteh) di awal namanya dan nama "P. Ramlee" itu kekal hingga ke akhir hayatnya.
Filem pertama lakonan P. Ramlee ialah Chinta, sebuah filem yang dikeluarkan pada tahun 1948. Beliau memegang peranan sebagai penjahat dan nyanyian latar. Kejayaannya terus berkembang dan telah berjaya berlakon di dalam 27 buah filem di antara tahun 1948 hingga 1955.

Salah seorang pendorong dan guru beliau dalam dunia perfileman Melayu ialah Tan Sri L. Krishnan yang merupakan pengarah bagi filem Melayu sekitar tahun 1950-an hingga 1960-an. Gaya lakonan beliau yang amat berjaya itu adalah hasil inspirasi daripada dua pelakon yang terkenal dari India Selatan iaitu MGR dan Sivaji Ganesan.

Filem terakhir lakonan beliau ialah Laxmana Do Re Mi pada tahun 1972 manakala lagu dan lirik terakhirnya ialah Air Mata di Kuala Lumpur pada tahun 1973 sebelum beliau menghembuskan nafas terakhirnya.


PERKAHWINAN

P. Ramlee pernah berkahwin tiga kali. Kali pertama beliau berkahwin dengan Junaidah Daeng Harris pada 1950 tetapi perkahwinan mereka menemui kegagalan pada tahun 1954. Perkahwinan kedua beliau adalah dengan Noorizan Mohd. Noor pada 6 Februari 1955 yang merupakan seorang kerabat diraja bagi negeri Perak yang sanggup meninggalkan kehidupan di istana demi cintanya itu. Walaubagaimanapun, Norizan mengharapkan sesuatu yang lebih dari perkahwinan mereka tetapi beliau lebih menumpukan hidupnya kepada kerjaya seni yang menyebabkan perkahwinan mereka berakhir pada tahun 1961. Kali terakhir adalah dengan Saloma pada 21 November 1961 dalam satu majlis yang sangat sederhana bersama rakan-rakan terdekatnya.

Wanita yang mencintai beliau mempunyai sebab-sebab yang berbeza. Isteri pertama beliau, Junaidah, menyintainya ketika masih belum terkenal. Seterusnya, Norizan pula mencintainya sebagai seorang seniman dan pembikin filem yang terkenal.

Walaubagaimanapun, Saloma mencintainya dengan seadanya iaitu sebagai seorang seniman dan sebagai seorang yang biasa. Perkara ini yang menyebabkan Saloma menjadi teman hidup sehati sejiwa beliau sehingga ke akhir hayat.


ANAK-ANAK

P. Ramlee mempunyai ramai anak yang dijaga beliau dan tetapi hanya dua orang sahaja yang merupakan anak kandungnya hasil perkahwinan beliau dengan Junaidah. Anak-anak beliau banyak membantu beliau dalam kerja seperti menjadi penyanyi latar kanak-kanak (contohnya lagu Tolong Kami Bantu Kami daripada filem Tiga Abdul) dan pelakon kanak-kanak tambahan (contohnya Sazali yang berlakon sebagai anak pekerja ladang dalam Anak Bapak).

Berikut merupakan anak-anak yang pernah dijaga beliau:

1. Mohd Nasir : Anak kandung bersama Junaidah (1953-2008)
2. Arfan : Anak kandung bersama Junaidah (1954-1998)
3. Sazali : Anak angkat (lahir 1958)
4. Abdul Rahman : Anak tiri (anak Junaidah)
5. Norma : Anak tiri (anak Noorizan)
6. Armali : Anak tiri (anak Saloma dan A.R.Tompel)
7. Betty : Anak angkat
8. Zakiah @ Zazaloma : Anak angkat (lahir 1963)
9. Sabaruddin @ Badin : Anak angkat (1966-2007)
10. Salfarina @ Dian : Anak angkat (keturunan Cina)







Mungkin lama sudah tidak kedengaran cerita tentang Tiz Zaqiyah. Kali ini artis ini muncul lagi dengan satu gambar kontroversi yang dikongsinya menerusi Instagram. Gambar tersebut memaparkan Tiz sedang memegang seekor Godzilla yang comel.

Namun, apa yang menimbulkan kontroversi adalah fesyen Tiz Zaqiyah ketika itu. Di mana fesyennya tersebut jelas menampakkan tali bra yang dipakainya.


Inilah dia gambar yang bikin panas tersebut:





Chukai: Seorang pekerja maut manakala tiga rakannya mengalami sesak nafas selepas terkena gas bocor ketika sedang membaik pulih paip gas di loji gas Petronas di Kertih, di sini, malam tadi.
Dalam kejadian jam 11.15 malam itu, mangsa, Muhammad Firdaus Hassan, 26, bersama tiga rakannya rebah di lantai sebaik terkena semburan gas yang bocor itu. 
Ketua Polis Daerah Kemaman Superintenden Che Suza Che Hitam berkata, hasil siasatan polis mendapati mangsa yang cedera di muka dan leher itu meninggal dunia di tempat kejadian. 
"Mangsa dibawa keluar dari kawasan loji berkenaan kira-kira jam 2.30 pagi selepas melepasi beberapa kawalan keselamatan pihak Petronas sebelum mayatnya dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk bedah siasat.

"Jenazah mangsa yang berasal dari Kampung Pulau Serai, Dungun itu dituntut ibu bapanya kira-kira jam 9.00 pagi untuk urusan pengebumian," katanya.

China – Disifatkan sebagai perayaan paling kejam di dunia, penduduk di Yulin kini mula menyambut perayaan musim panas lebih awal, dengan hidangan utama ialah anjing.
Penduduk di kawasan berkenaan telah mula berkumpul hujung minggu lalu untuk makan anjing yang kebanyakannya dipanggang.
Mereka menyambutnya lebih awal kerana ingin mengelakkan festival tersebut menjadi sasaran kemarahan aktivis dan orang ramai melalui media sosial, seperti yang berlaku tahun lepas.
Namun media berjaya merakamkan gambar sekumpulan penduduk Yulin menghidangkan daging anjing serta gambar anjing yang dilapah serta dipamerkan di tepi jalan.
Gambar berkenaan kini tersebar di media sosial.

Mengikut tradisi penduduk Yulin, makan anjing dan buah laici bersama arak boleh menjadikan seseorang itu sihat sepanjang musim sejuk.
Tetapi tidak diketahui sama ada dakwaan `khasiat’ berkenaan akan berkesan jika ia dimakan lebih awal sebelum musimnya.
Sebenarnya apa yang menjadi kebimbangan aktivis ialah mengenai aspek kesihatan penduduk jika mereka makan anjing-anjing tersebut memandangkan kebanyakannya adalah anjing liar, maka ia mungkin menghidap penyakit berjangkit.
Selain itu, anjing-anjing berkenaan juga sering diracun dengan bahan kimia bagi membunuhnya, sekali gus boleh menjejaskan kesihatan manusia.

Ketika rakyat Malaysia masih menunggu saat dan ketika untuk mula melawat dua ekor beruang panda gergasi Fu Wa dan Feng Yi di Zoo Negara, penyanyi tersohor negara di China Shila Amzah telah pun berpeluang melihat panda.
Video Shila memeluk seekor beruang panda yang comel dan sedang memakan buluh dimuatnaik di laman video YouTube semalam.
Para peminat Shila pastinya cemburu apabila penyanyi yang sedang menjalani kerjaya sebagai penyanyi di China itu dilihat begitu dekat dengan panda dan dapat memeluknya.
Panda berkenaan juga dilihat tiada masalah dipeluk oleh Shila sambil terus memakan buluh yang sememangnya makanan asas mereka.
Untuk rekod, beruang panda hanya boleh ditemui di China dan tiada di mana-mana negara lain di dunia. Beruang jenis itu yang berada di zoo seluruh dunia adalah hasil pinjaman dari negara China untuk tempoh tertentu.
Malaysia baru sahaja menerima panda pinjaman mereka bulan lepas yang bernama Fu Wa dan Feng Yi. Mereka dijangka akan mula dapat dilawati orang ramai tidak lama lagi.
Nama mereka juga akan ditukar selepas ini dan nama baru pasangan panda berkenaan akan diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Fu Wa dan Feng Yi kini berada di pusat khas perlindungan Panda yang dibina khusus di Zoo Negara. 

KEJADIAN ini mengemparkan dunia apabila seekor naga putih yang dikatakan terjatuh dari langit telah ditemui di Apartment Tanjung Puteri Johor Bahru.
Menurut beberapa blog di laman sosial, naga putih tersebut dikatakan telah mati sebaik sahaja terjatuh. Dikatakan pihak kerajaan katanya telah mengambil bangkai naga putih tersebut untuk di analisa.
Sebenarnya ini adalah satu pembohongan dan ramailah yang telah tertipu dengan berita palsu naga putih di Johor Bahru ini.
Sebenarnya gambar naga putih yang disebarkan ini telah lama tersebar di laman sesawang Weibo iaitu laman sesawang seperti Twitter di China. Naga putih ini juga (dengan gambar yang sama) turut dikatakan ‘ditemui’ di Thailand.
Laporan ini sebenarnya dipetik dari laman sosial The Wolrd Of Chinese yang menyatakan ia dijumpa oleh seorang lelaki di penempatannya.
Lelaki tersebut menyangkakan ianya seekor burung, tetapi beliau terkejut apabila mendapati ianya seekor naga.
Perkara tersebut mendapat perhatian apabila lelaki ini memuat naik gambar tersebut di laman sosial.
Bagaimanapun sejauh mana kebenaran kejadian ini masih diragui ramai penguna sosial.
 
A Man Found a “dragon” on his backyard :
 
The Chinese weibo and weixin are circulating the images of the “dragon”, it is yet unknown if the dragon is real, or if it’s not whatever animal this is
 
The man that found it, says that he heard weird bird noises in his yard when it was raining, he thought a bird might be hurt, but the man was surprised, when he saw ” a dragon” when he arrived at the scene.
 
It is not known whether the animal is a real dragon or a strangely mutated animal, but the fact remains that the animal was hurt, it is still alive, and a man that posted his pictures on his social media is asking people if they think it is indeed a dragon, and even if its not how to treat him, we all hope that that “animal” will recover soon. – TheWorldofChinese



Berikut berupakan gambar Zizan semasa zizan muda-muda dulu. Amacam hensem tak? Ke lawak muka zizan? hahaha ternyata gambar artis-artis dulu kebanyakkannya kelakar. Apa pun admin tetap respect dengan zizan kerana dianya asal dari kampung tetapi mampu menaikkan namanya hingga ke rantau asia. Memang gempak la zizan ni kan? Apapun jom kita tengok gambar zizan semasa muda di bawah ini :