Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi



Masa aku belajar kat UITM Sri Iskandar, Perak dulu, 3 tahun aku tinggal dalam kolej.. Kolej tu sama dengan hostel la. Pelajar² UITM tau la kot kan.. Kisah seram ni jadi masa aku semester 1.. Budak baru lagi la… Tak tau lagi kisah² hantu jembalang kat hostel lagi… Aku tinggal blok Kekwa masa tu..
Kisah seram aku bermula pada satu malam. Aku dengan kawan² aku bosan duduk dalam bilik, Jadi kitorang decide nak lepak kat bawah atas kerusi meja batu tu, macam taman la kat situ.. Tak ada bumbung pun, hanya berbumbungkan langit yang gelap dan bintang bulan je…
Jadi, kitaorg pun lepak la sama²… Ada kawan, aku mula on9 la, kat bawah ni line wifi senang dapat.. Dekat dengan modem.. Aku dengan kawan aku Feya ni pun dok menyembang… Sembang punya sembang, aku rase tengkok aku ni sengal²… Aku pun dok pusing² la tengkok aku kasi hilang sengal… Lepas tu, aku dongak kepala tengok langit… Masa aku dongak tu, aku terkejut ada sepasang burung dok terbang atas kepala aku… Burung tu terbang buat macam pusaran atas kepala aku… Aku tengok betul², dalam kepala otak aku ni fikir burung je… Burung tu dua² warna putih… Bila tenung lama², tak macm brung pun… Macam kain putih melayang² atas kepala aku nih…
Aku dah mula seram..
Lepas tu aku suruh kawan² aku yang lain tengok atas jugak… Diorang semua terkejut… Aku dah mula langkah nak lari dah, tapi kawan aku dengan pantas lari dulu naik bilik… hampeh punya kawan… haha Tinggal la aku dengan si Feya nih terhegeh-hegeh nak lari dari situ… Masa nak lari tu, aku dengar hantu tu mengilai… Burung tu la kot yang mengilai… Aku dengan Feya apa lagi, pecut dengan pantas nya lah…
Kisah Seram Misteri Hostel UITM Sri Iskandar Toilet
Lepas tu selang beberapa hari lepas kejadian burung terbang tu, Aku dah tak rasa dan fikir apa² dah… Sampai la satu malam ni roomate aku si Qila ajak aku pi teman dia nak sewa broadband kat bilik kakak senior ni kat aras 1. Bilik aku aras 2. Penat woo naik tangga hari².. Si Qila ni cakap dia dah bagitau kakak tu nak sewa broadband pukul 3… Lepas tu Qila ajak aku teman kan die amik broadband kat bilik akak tu… Aku tak kisah sangat… Aku pun teman la… Aku tau si Qila malas nak ajak Pieja teman kan… Pieja roomate aku lagi sorang nih… Jadi aku pun teman la dia… Malam tu aku tido dulu sementara nak tunggu jam 3 pagi kan… Jadi aku tido la…
Dah pukul 3 pagi tu Qila kejutkan aku ajak teman dia pergi aras 1 bilik kakak broadband tu… Jadi, aku pun bangun, kitorang turun aras1 tu… Sampai bilik kakak broadband tu, si Qila pun ketuk bilik kakak tu.. Kakak tu bukak pintu terus bagi broadband… Dah dapat broadband tu, kitorang nak naik bilik balik…
Tapi nak di jadikan cerita, aku ni tak tahan nak terkucil pulak… Masa nak keluar tak ada pulak rasa nak terkucil bagai ni… Aku pun fikir la… Kalau pergi tandas aras aku tu, jauh dari bilik pulak… Jadi, aku pun cakap la kat Qila… “Jom teman pi tandas kat sebelah bilik akak broadband tu…” Qila pun ok je, dia pun nak terkucil rupanya… Jadi, aku dengan Qila pun masuk la tandas pagi² buta tu… Sunyi sangat.. Tak ada orang pun dalam tandas… Aku dengan Qila je… Selesai je urusan aku, aku pun keluar la dari toilet, terus ke singki nak cuci tangan aku ni…
Memang aku pasti sangat, aku dengan Qila je dalam tandas masa tu.. Ye la pukul 3 pagi kan.. Sape pulak yang berjaga… Lepas tu, aku pun ke singki, basuh tangan terus aku cuci muka aku sekali… Aku pun tunduk nak cuci muka… Lepas aku curah air kat muka aku, aku nak angkat muka nak tengok cermin… Tapi aku tengok cermin, kat dalam cermin tu aku nampak sorang perempuan tengah basuh baju… Rambut panjang serabut sampai ke pinggang, berkain batik, baju lusuh… Aku terkjut sampai speechless… Kawan aku kat dalam toilet lagi… Buat apa ntah… Aku buat rilek lagi nampak perempuan tu. Perempuan tu tengah gonyoh baju dengan tangan dia.
Yang aku pelik, kain tu tak basah, dan tak bersabun… Aku usha dari cermin tu la… Aku tak berani nak toleh… Lepas tu Qila keluar dari toilet… Dia tengok muka aku pucat, dia terus angkat kening kat aku, konon tanya kenapa la kan… Aku suh dia tengok kat cermin… Dia pun terkejut… Aku sempat tanya si Qila, “kita kuar tadi pukul berapa??” Qila ckp, “pukul 3 weh…”
Aku dah telan air liur dah… Aku pun berani kan diri nak toleh… Masa aku toleh tu, perempuan tuh pun toleh dalam masa yang sama… Dia pandang aku dengan Qila dengan jelingan yang tak puas hati… Sambil tangan dia menggonyoh kain tu dengan kuat… Dia pandang lama… Aku dengan Qila pun kelam kabut lari keluar dari toilet tu… Berlari kitorang ke bilik aku aras 2 tu…
Sampai bilik je kitorang senyap… Tak bukak cerita pun…Aku senyap Qila pun senyap… Dia pun cucuk broadband nak online… Aku pun dah tak boleh tido… Aku pun teman kan Qila… Dalam tengah dok teman Qila tu, aku dengar bunyi orang mengilai kat luar tingkap bilik aku… Sangat kuat sebab aku dengan Qila tengah online kat meja yang mengadap tingkap tu… Aku terkejut gila… Baca jela surah apa yang aku teringat dalam otak masa tu… Aku cakap kat Qila… “Aku tido dulu la… Aku dah seram giler nih…” Qila mati² tak bagi aku tido suruhh teman dia… Akhirnya Qila pun redha je la aku tido, tinggal la Qila online sorang²…
Sampai je esok pagi… Qila ajak aku hantar broadband kat bilik kakak tu… Aku pun teman la dia.. Sampai kat bilik kakak tu, aku tanya kat kakak tu, “ Akak, kat bilik air akak tu, selalu pukul 3 pagi ada budak yang rajin cuci baju pagi² tak??” Kakak pun jawab dengan muka pelik “ ish dik nih… mana ada orang cuci baju pukul 3 pagi dik oi… hantu je yang basuh baju pukul 3 pagi dik oi..” Dengar je akak tu panya jawapan, aku dengan Qila berpandangan la… Seram satu badan…
Lepas tu aku tak puas hati lagi… Aku nak pastikan, semalam tu orang ke cik pontianak… Aku pun tanya lagi “Akak, aras 1 ni, bilik² area akak ni, ada tak perempuan rambut panjang kusut² sampai ke pinggang, dan pakai kain batik malam²??” korang nak tau kakak tu jawab apa.. “Ish, mana ada dik… Tak ada sorang pun kat bilik area sini rambut sampai pinggang… Semua rambut lurus… Tak ada kusut² pun… Ish, korang ni nampak apa kat bilik air semalam nih??? Akak dengar pun seram… korg ni laa..” Aku dengan Qila pun sengih²… Tak nak la cerita kat kakak tu… Kang takut pulak dia…
Lepas hari tu, aku cari jugak perempuan yang macam aku nampak tu. Memang tak wujud perempuan rambut panjang kusut² tu… Jadi, sampai sekarang aku tak pasti yang aku nampak manusia ke atau makhluk dari alam lain… wallahua’lam…
sumber: baca-blogspot.blogspot.com
API misteri membakar papan seterika secara tiba-tiba ketika wartawan berada di rumah Nurfizah di Kampung Sungai Kuning, Selama, Perak semalam.

LARUT - Sebuah keluarga kini kebingungan apabila kediaman rumah kayu mereka di Kampung Sungai Kuning, Rantau Panjang dekat sini kerap diserang api misteri sejak sebulan lalu.
Terbaharu api tersebut muncul dan membakar sejadah serta papan seterika ketika wartawan Kosmo! Ahad melakukan tinjauan di rumah berkenaan semalam.
Seorang penghuni yang mahu dikenali sebagai Nurfizah Ahmad berkata, pelbagai ikhtiar telah dilakukan bagi mengatasi masalah tersebut termasuk menggunakan khidmat bomoh tetapi gagal.
"Api misteri muncul di banyak tempat terutama bilik secara mengejut pada waktu siang.
"Kadangkala ia membakar plastik, rak pakaian, buku sekolah, sejadah dan sebagainya," katanya kepada Kosmo! Ahad semalam.
Beliau berkata, dalam kejadian semalam segumpal rambut turut ditemui salah seorang anak saudaranya, Norain Nabila.
"Selain itu baju dan surat misteri yang entah dari mana datangnya turut dijumpai di kawasan rumah kami menyebabkan kami menjadi sangat takut," katanya.


Kosmo

Chennai: Sepasukan doktor di sini berjaya melakukan pembedahan rumit ke atas seorang wanita untuk mengeluarkan ketumbuhan dalam rahim seberat 14 kilogram dan berukuran lilit 53 sentimeter, yang terbesar dalam dunia.
Wanita berusia 52 tahun itu yang dikenali sebagai Latha, menghadapi masalah untuk bernafas dan sentiasa letih selama beberapa tahun, tetapi tidak menyedari ketumbuhan sebesar buah tembikai itu membesar dalam rahimnya.
Dia hanya mendapatkan rawatan di Hospital Kumaran selepas mengalami pendarahan teruk sebulan lalu.

Doktor yang menjalankan ujian mendapati dia terlalu lesu sebelum mengesan ketumbuhan besar pada permukaan luar rahim yang menyebabkan tekanan pada tubuhnya.
Ketua Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, Dr Mani Mekalai berkata, pihaknya terkejut menemui ketumbuhan sebesar itu.

Menurutnya, fibroid terbesar pernah dikeluarkan pakar perubatan sebelum ini ialah di Afrika yang seberat 10 kilogram.

“Berdasarkan saiz fibroid pada Latha, ia mungkin sudah berada di situ lebih 20 tahun lalu,” kata pakar itu. Mani juga berkata, tanda-tanda ketumbuhan biasanya berkait dengan lokasi fibroid.
“Memandangkan ia tumbuh di luar rahim, pesakit tidak menyedarinya,” kata Mani.

Latha menjalani pembedahan dua hari selepas dimasukkan ke hospital.
Pakar bedah, Dr Shiva Kumar berkata, pasukan empat doktor mengambil masa tiga jam setengah untuk membuang fibroid berkenaan.

Mereka terpaksa membuang uterus bersama-sama ketumbuhan itu bagi mengelaknya tumbuh semula.

Menurut Mani, walaupun ketumbuhan dalam rahim adalah perkara biasa, tetapi fibroid yang dibuang biasanya tidak sebesar itu. - Agensi

Moscow: Seorang lelaki Russia yang mengaku membunuh dan memakan mayat rakannya dibebaskan oleh mahkamah semalam.
Saki-baki mayat Andrei Kurochkin ditemui di pedalaman wilayah Amur di timur jauh Russia sejurus selepas dua rakannya diselamatkan pada 29 November 2012.
Alexei Gorulenko, 39, mengaku tidak bersalah atas tuduhan membunuh, tetapi dikenakan hukuman tertunda kerana menyebabkan kecederaan, lapor akhbar Siberian Times.

Lelaki ketiga, Alexander Abdullaev, 38, hanya dipanggil untuk menjadi saksi walaupun dia mengaku kepada mahkamah bahawa dia memakan mayat Kurochkin, tetapi bukan kerana lapar. “Saya ada alasan lain,” katanya.
Balu Kurochkon, Olga Kurochkin, berang dengan keputusan mahkamah.

“Saya terkejut dengan keputusan itu. Tidak ada siapa yang menyangka kes ini akan berakhir sebegini. Orang yang makan mayat suami saya bebas dengan hukuman tertunda. “Saya tidak dapat mengagak apa yang berada dalam fikiran hakim,” katanya.

Pendakwa raya sebelum ini mendesak mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun ke atas Gorulenko. Undang-undang Russia tidak menganggap amalan kanibal sebagai jenayah. - Agensi

Xinxiang: Seorang lelaki dan ibunya mati selepas cuba mengambil telefon bimbit yang jatuh ke dalam tandas di rumah mereka.
Menurut laporan, telefon milik isteri lelaki berkenaan yang berharga kira-kira RM1,030 terjatuh ke dalam tandas itu. Dalam usaha mencari telefon berkenaan, suaminya masuk ke dalam lubang najis di luar rumah, tetapi pengsan kerana bau yang sungguh kuat. Ibunya kemudian memasuki lubang itu untuk membantu anaknya. Bagaimanapun, dia juga pengsan.
Kemudian, wanita yang terjatuh telefon berkenaan cuba membantu suami dan ibu mentuanya. Malangnya dia juga mengalami nasib yang sama sebaik berada di dalam lubang berkenaan, begitu juga dengan nasib bapa mentuanya yang turut cuba membantu. Dua jiran turut mengalami nasib sama dalam lubang berkenaan.

Penduduk kampung akhirnya terpaksa menggunakan tali untuk menarik keenam-enam mangsa keluar dari lubang itu.
Apabila berjaya ditarik keluar, dua mangsa lelaki itu dan ibunya sudah tidak bernyawa.

Seorang jiran yang terselamat berkata: “Bau di dalam lubang itu terlalu kuat. Saya pengsan sebelum dapat melihat apa-apa.” - Agensi

Port Dickson: Sekumpulan 20 pelajar dan pekerja swasta, termasuk tujuh wanita, sanggup datang dari Kuala Lumpur dan Selangor serta menyewa sebuah bilik dengan harga RM1,800 di sebuah hotel di sini, semata-mata untuk mengadakan pesta liar.
Bagaimanapun, tindakan mereka menjerat diri apabila ditahan polis ketika berkhayal dan menari dalam parti liar itu, awal pagi semalam.
Mereka dipercayai sanggup berkunjung ke bandar peranginan ini untuk berkumpul dan menganjurkan pesta maksiat sambil menggunakan dadah bagi mengelak perbuatan itu diketahui keluarga.

Namun, hasil maklumat awam, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson menyerbu bilik itu jam 1.50 pagi dan berjaya menahan mereka serta menemui tiga peket dadah.
Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintendan Abd Wahab Harun berkata, serbuan dijalankan oleh 10 pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, manakala 13 lelaki dan tujuh wanita berusia antara 19 hingga 28 tahun ditahan ketika menari dalam bilik itu.

“Hasil pemeriksaan, lapan adalah penuntut institut pengajian tinggi awam (IPTA) dan kolej swasta, manakala selebihnya pekerja swasta.

“Dalam serbuan itu juga, kita merampas dua peket dadah disyaki ganja anggaran seberat tujuh gram (g) dan sepeket dadah jenis ketamin dianggarkan seberat 1.34 g,” katanya ketika dihubungi pemberita semalam.

Katanya, semua yang ditahan dibawa ke IPD Port Dickson untuk soal siasat dan ujian air kencing.

Kuala Lumpur: Cubaan seorang penarik kereta mengambil sebuah kereta Proton Persona selepas mendapat arahan mahkamah kerana bayaran tertunggak tiga bulan mengundang padah apabila diserang dan ditetak seorang lelaki, dipercayai kenalan pemilik kereta terbabit.
Mangsa dikenali sebagai Wong, 37, cedera di kepala, dada dan tangan selepas diserang suspek yang mengamuk sebelum berjaya diselamatkan polis.
Dalam kejadian jam 4.30 petang kelmarin, mangsa membawa lori tunda untuk menarik kereta terbabit di kawasan flat Jalan San Peng, di sini.

Menurutnya, selepas membawa kereta itu sehingga ke kawasan Kenanga Wholesale City (KWC), di sini, tiba-tiba tiga lelaki menaiki motosikal menahan dan menyuruhnya berhenti.

“Seorang daripada mereka kemudian terus mengambil kunci lori saya dan merampas telefon bimbit.

Punca kering adalah Sebab Turki memotong air untuk Syria 

SubhanAllah ini perkara yang luar biasa..Sungai Efrat kering adalah perkara yang amat menakutkan kita semua..Inilah Tanda kiamat yang semakin jelas YANG kita lihat.. 

Rasulullah SAW bersabda, Hari Kiamat tak akan terjadi sebelum Sungai Eufrat mengering dan menyingkapkan ‘gunung emas’ yang mendorong manusia berperang. 99 dari 100 orang akan tewas (dalam pertempuran), dan setiap dari mereka berkata, ‘Mungkin aku satu-satunya yang akan tetap hidup’. (HR Bukhari). 




Dalam riwayat lainnya, Rasulullah bersabda, Sudah dekat suatu masa di mana Sungai Eufrat akan menjadi surut airnya, lalu tertampak perbendaharaan daripada emas, maka barang siapa yang hadir di situ janganlah ia mengambil sesuatu pun daripada harta itu. (HR Bukhari Muslim). 



Imam Bukhari juga meriwayatkan hadis lainnya, Rasulullah SAW bersabda, Segera Sungai Eufrat akan memperlihatkan kekayaan (gunung) emas. Maka, siapa pun yang berada pada waktu itu tidak akan dapat mengambil apa pun darinya. Imam Abu Dawud juga meriwayatkan hadis yang sama. 

Dalam hadis itu, Rasulullah pernah bersabda bahwa sungai yang mengalir di tiga negara besar, Turki, Suriah, dan Irak itu pada saatnya nanti akan menyingkapkan harta karun yang besar berupa gunung emas. Selain itu, dalam kitab Al-Burhan fi `Alamat al-Mahdi Akhir az-Zaman diungkapkan bahwa keringnya Sungai Eufrat merupakan saat datangnya al-Mahdi sebagai akhir zaman. 

Kredit Blog: OpenMinda

ADUHAI, boleh tahan juga kerosakan ruang tamu sebuah rumah yang disebabkan oleh rempuhan kereta BMW ini.
Menerusi maklumat yang disertakan oleh Facebook Daily Traffic Report ini, kejadian ini berlaku di Ulu Yam, Selangor.
Ia berpunca akibat kereta yang dipandu laju dan gagal dikawal lalu merempuh rumah tersebut.
Tidak diketahui sama ada terdapat mangsa yang cedera atau tidak dalam kejadian ini.
Apapun, pemandu ini bukan sahaja perlu menanggung kerugian akibat kerosakan keretanya, tetapi juga membayar ganti rugi rumah yang telah dirempuhnya




SEORANG amah bukan sahaja bertindak memakan anak kucing majikannya hidup-hidup, malah dia turut menggigit pokok hiasan dan juga lengan seorang anggota polis dalam kejadian amuk di Sibu, Sarawak, semalam.
Kronologi kejadian itu bermula apabila majikannya menemui bangkai anak kucing tersebut di depan rumahnya sebelum menyoal amah tersebut.
Dia mengakui telah memakan haiwan itu sebelum mengamuk secara tiba-tiba sehingga majikannya terpaksa mengikat dan meletakkan dia di dalam kereta kerana bimbang keselamatan keluarganya.
Keesokan harinya, majikannya membawa dia membeli nasi ayam yang diinginkannya.
Bagaimanapun, amah itu dikatakan enggan masuk ke dalam kereta sehingga mencetuskan kekecohan.
“Dia tiba-tiba mengamuk kemudian masuk ke dalam kereta semula dan membuang barang keluar dari kereta. Dia juga menggigit pokok hiasan,” kata majikannya, memetik Utusan Borneo.
Pihak polis yang dihubungi kemudiannya bergegas ke tempat kejadian, namun terpaksa berdepan dengan tindakan agresif amah itu yang meludah dan menggigit lengan salah seorang anggota mereka.
Dia akhirnya dibawa ke balai polis sebelum dihantar ke Hospital Sibu untuk pemeriksaan.

PARIT BUNTAR – Ketiadaan ibu bapa di rumah diambil kesempatan oleh dua beradik dengan membawa pulang teman lelaki untuk melakukan maksiat.
Perbuatan tidak bermoral remaja yang masih bersekolah itu bagaimanapun berjaya dihidu pihak berkuasa dan mereka ditahan bersama pasangan masing-masing ketika serbuan pencegahan maksiat di sebuah rumah di Taman Kerian Permai, awal pagi 2 Jun lalu.
Setiausaha Pertubuhan Sukarela Keselamatan dan Kebajikan Kerian (PSKKK), Abdul Sukur Ahmad berkata, serbuan pada kira-kira jam 2.20 pagi itu dilakukan oleh 20 anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kerian (PADK) dengan kerjasama PSKK) dan polis setelah menerima aduan daripada orang awam.
Difahamkan, kedua-dua remaja perempuan itu berusia 15 dan 17 tahun dan mereka masih bersekolah di sebuah sekolah menengah di Parit Buntar.
“Dua remaja perempuan terbabit hanya membuka pintu selepas kira-kira setengah jam anggota penguat kuasa PADK meminta mereka berbuat demikian.
“Hasil pemeriksaan kami, terdapat dua lelaki berusia lingkungan 18 dan 20 tahun yang tidak mempunyai hubungan mahram dengan kedua adik-beradik terbabit ditemui dalam rumah,” katanya kepada Sinar Harian.
Abdul Sukur berkata, keempat-empat pasangan remaja ditahan itu dibawa ke Balai Polis Parit Buntar dan kemudiannya dihantar ke Pejabat Agama Daerah Kerian untuk tindakan susulan.
Beliau berkata, golongan remaja diingatkan supaya tidak melakukan sebarang perlakuan tidak bermoral manakala ibu bapa diminta sentiasa mengawasi pergerakan anak-anak mereka.
“Paling penting, kami minta kerjasama orang ramai untuk turut serta membanteras gejala sosial dan maksiat terutama menjelang Ramadan yang semakin hampir.
“Sebarang aduan melibatkan gejala sosial boleh disalurkan terus kepada anggota penguat kuasa PADK atau menghubungi pihak kami untuk tindakan sewajarnya,” katanya. - Sinar Harian Online

CERITA penemuan ‘benda asing’ dalam makanan yang dihidangkan di restoran bukanlah sesuatu yang baru.
Serangga, rambut, malah kondom pun pernah ditemui menerusi aduan yang disiarkan di internet sebelum ini.
Terbaru, seorang pelanggan menemui mata kail dalam hidangan kari kepala ikan yang dipesannya di sebuah restoran mamak di Kuantan.
Statusnya telah dikongsikan menerusi Facebook Oh!Media dan turut disertakan dengan gambar.

Apa yang dikesali, pekerja restoran berkenaan tidak menganggap ia sebagai perkara yang serius, malah mengambil sikap menyalahkan orang lain pula.
Beberapa komen yang diterima menyatakan bahawa restoran tersebut memang terkenal dengan tahap kebersihan yang teruk.

Hai, mujurlah tak tertelan mata kail tu, kalau tidak memang naya dibuatnya!
Rasanya, kalau sudah begini, tak perlulah lagi pergi ke restoran tersebut.
Banyak lagi restoran yang lebih bagus perkhidmatannya di luar sana, tak gitu? - Mynewhsub