Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


INDONESIA -Bagi yang mementingkan kesihatan - Telur semut yang kaya dengan protein, penuh dengan vitamin, rendah lemak, dan yang penting dari sumber semula jadi. 

Penternakan semut: tetapi tidak ramai orang di dunia bagaimana semut di ternak untuk mendapatkan telurnya. 




Walau bagaimanapun perniagaan semakin pesat membangun untuk penternakan semut di Indonesia, dengan permintaan pasaran tempatan untuk semut dan telur mereka di Indonesia pada paras paling tinggi. 

Penternak boleh menghasilkan 300 pound telur dan beratus-ratus ribu semut sebulan. Ianya kemudian dibungkus dan diedar ke pasaran tempatan di Bogor, Indonesia, di mana permintaan adalah tinggi. Telur-telur semut merupakan makanan alternatif yang kaya dengan protein dan vitamin. 




Ianya boleh digunakan dalam pelbagai resipi - sesetengah orang mendidihnya di dalam sup - '. 
Satu lagi cara yang popular untuk menggunakannya adalah dengan meletakkan beberapa sudu dalam salad dan campurannya ke dalam daun. 

Semut menjadi sebahagian daripada hidangan dalam pelbagai budaya - semut honeypot yang digali dari tanah dan dimakan mentah oleh orang asli di Australia.











Ramai suami isteri pada masa kini tidak mengetahui sama ada air mani isteri mereka sudah keluar ataupun tidak semasa bersetubuh. Bagaimanakah rupa air mani perempuan? Bagaimana hendak memastikan dan mengetahui air mani isteri telah keluar?

Soalan

Tuan, saya ingin dapatkan kepastian tentang mani perempuan. Sepertimana yang diketahui, apabila keluar mani lelaki atau perempuan mereka wajib mandi hadas biarpun tanpa persetubuhan.

Walau bagaimanapun, sepanjang perhubungan saya suami isteri, kami belum dapat kenal pasti bagaimanakah rupa mani perempuan.

Oleh itu sukar untuk ditentukan sama ada isteri saya wajib mandi atau tidak apabila ia telah mendapat kepuasan melalui istimta’ tanpa bersetubuh tetapi keadaannya umpama orang kepuasan setelah disetubuhi.

Adakah mani perempuan sama seperti mani lelaki dan apakah tanda-tanda seseorang perempuan itu telah keluar mani?
Adakah wajib mandi apabila seseorang perempuan itu telah kepuasan seks melalui hubungan istimta’ sahaja tanpa disetubuhi dan tiada tanda-tanda ia telah keluar mani?
Harap tuan dapat jelaskan dengan terperinci. Terima kasih.

Jawapan

Keluar mani dengan apa cara sekalipun sedikit atau banyak, warna biasa atau warna darah dalam keadaan jaga atau tidur, dengan syahwat atau tidak kecuali mani jimak yang keluar semula dari faraj wanita selepas mandi junub, ia tidak wajib mengulangi mandi lagi jika keluarnya tidak dengan syahwat.

Mani ini dapat diketahui dengan memancut keluar atau dengan merasa lazat, atau berbau tepung ketika ia masih basah atau berbau putih telur ketika keringnya sekalipun keluarnya tiada memancut.

Mani wanita sama juga, kadang-kadang tiada dapat diketahui melainkan dengan merasa lazat sahaja ketika keluarnya.

Imam Ahmad dan Nasa’i meriwayatkan: “Khaulah pernah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang wanita yang bermimpi seperti yang dialami oleh lelaki. Nabi menjawab: ‘Dia tidak wajib mandi sehinggi ia keluar mani seperti juga lelaki juga tidak wajib mandi apabila ia tidak keluar mani ‘. “.

Oleh kerana biasanya keluar mani wanita sukar untuk dikesan, maka memadailah dengan merasakan lazat dan kenikmatan atau kepuasan itu membuktikan bahawa wanitanya telah keluar mani.

Jika demikian maka perlulah ia mengerjakan mandi wajib.

Dengan demikian lebih selamat dan terhindar dari was-was.

SEORANG lelaki berseluar pendek menimbulkan kegemparan dalam kalangan jemaah yang sedang tawaf di Kaabah apabila mengamuk di Hijir Ismail.
Lelaki berbangsa Afrika tersebut naik ke atas platform sebelum bertindak ganas memecahkan lampu menggunakan kerusi seterusnya terjun ke bawah menyebabkan jemaah ketakutan sekitar jam 10 pagi, Ahad lalu.
Melihat keadaan itu pengawal keselamatan Masjidil Haram segera bertindak menahan lelaki yang dipercayai kurang siuman tersebut dan membawanya beredar.
Hijir Ismail adalah satu kawasan lengkungan berbentuk separa bulatan yang terletak di bahagian utara Kaabah.
Video yang dikongsikan oleh Saudi Gazette ini bagaimanapun mendapat komen pelbagai.
Walaupun subjek utama adalah lelaki kurang siuman, rata-rata pelayar tidak setuju dengan wanita yang melakukan rakaman ini kerana dia sanggup mencarut di hadapan tempat semulia Kaabah. 

RIHANNA sudah tidak asing dengan kontroversi. Kali ini, Beliau diberi penghormatan pada Anugerah Icon Fesyen di Majlis tahunan Pereka Fesyen Amerika Syarikat pada hari Isnin lalu. Rihanna berjaya memastikan semua mata memandang ke atas beliau di majlis itu. 

Penyanyi 'THE DIAMONDS' jadi tarikan kerana memakai dress LUTSINAR dihiasi dengan berlian dengan potongan mengikut bentuk tubuhnya.

Dress yang dinamakan "The naughty outfit" - Direka oleh Adam Selman dan terdiri daripada 216,000 jumlah kristal Swarovski - 

Jom lihat beberapa gambar beliau yang menjadi kontroversi.










Seram! rakaman video CCTV di sebuah bulatan yang agak sibuk, kejadian ini dikatakan di rakam di Kuala Lumpur pada 29 Apr 2014. Dalam kesibukan kota raya Kuala Lumpur kelihatan seorang tua sedang duduk di kerusi sambil menjual suratkhabar.


Dalam rakaman CCTV kelihatan ada pelanggan yang membeli akhbar yang dijual oleh orang tua misteri itu. Apa yang menyeramkan...cuba anda perhatikan baik-baik rakaman video ini...tiba-tiba orang tua yang menjual akhbar itu ghaib secara tiba-
tiba dengan meja dan akhbar-akhbarnya sekali tanpa di sedari oleh orang ramai.

Siapakah si penjual akhbar misteri ini? adakah hantu atau roh yang tidak tenteram sedang berkeliaran...



TINDAKAN seorang pelajar perempuan berusia 13 tahun menemani saudaranya memadu kasih dengan teman lelaki di sebuah bilik hotel murah di Jalan Jedok, di sini membawa padah apabila dia turut ditahan sepasukan anggota Skuad Amru, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik) Tanah Merah.
Dalam serbuan jam 4.15 pagi itu, pelajar ditahan lengkap berpakaian jubah dan bertudung itu melutut dan merayu kepada anggota penguat kuasa supaya tidak melaporkan kejadian berkenaan kepada keluarganya.
Difahamkan, pelajar yang tinggal di Tumpat itu mengikuti saudaranya dan teman lelakinya, masing-masing berusia 22 tahun dari Pasir Mas ke Tanah Merah, sebelum menyewa bilik di sebuah hotel murah.
Sumber berkata, serbuan dilakukan tiga anggota Skuad Amru selepas mendapat maklumat daripada orang ramai jam 4 pagi.
Katanya, sebaik tiba, pihaknya terpaksa mengetuk pintu bilik hampir 10 minit sebelum seorang lelaki berusia 22 tahun membuka pintu.
“Lelaki terbabit yang ketika itu memakai baju-T dan berseluar pendek kelihatan menggigil ketakutan.
“Pemeriksaan di dalam bilik yang disewa RM40 semalam itu mendapati ada dua wanita bersama lelaki terbabit. Seorang berusia 13 tahun ditemui lengkap berpakaian jubah dan bertudung rnanakala seorang lagi berusia 22 tahun, memakai baju-T dan berseluar pendek,” katanya.
Siasatan awal mendapati pelajar 13 tahun itu belajar di sebuah sekolah menengah di Tumpat manakala wanita berusia 22 tahun mendakwa sudah berumah tangga, tetapi dalam proses perceraian dan bekerja di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur.
“Siasatan mendapati pelajar berusia 13 tahun itu dibawa saudaranya bagi mengaburi pihak berkuasa jika bilik hotel mereka diserbu. Semua yang ditahan dibawa ke pejabat Jaheaik Tanah Merah untuk disiasat. Pelajar terbabit dibebaskan selepas diambil keterangan,” katanya.
Sementara itu, pegawai Jaheaik Tanah Merah, Nik Ahmad Zuhdi Nik Yaacob ketika dihubungi mengesahkan penangkapan itu.
“Pasangan berusia 22 tahun itu akan didakwa mengikut Seksyen 9 (3) (4) Kanun Ienayah Syariah Kelantan dan jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak lebih RM1 ,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya,” katanya.

WISCONSIN – AMERIKA SYARIKAT. Akibat terpengaruh dengan kisah hantu di internet, dua kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dituduh mengumpan seorang rakan mereka dan menikamnya sebanyak 19 kali di sebuah hutan.
Ketua Polis Bandar Milwaukee, Russell Jack berkata, mangsa yang berumur 12 tahun berada dalam keadaan stabiI .Mangsa terselamat apabila orang awam menjumpai basikalnya di sebuah jalan di Waukesha
Dua suspek berkenaan ditahan sejurus selepas mangsa dijumpai dan didakwa cuba membunuh dengan niat, lapor CNN.
Morgan Geyser dan Anissa Weier akan  didakwa sebagai orang dewasa dan muncul di Mahkamah pada Isnin.
Suspek dan mangsa belajar di sekolah yang sama.Mahkamah menetapkan ikat jaminAS$500,000 (RM 1.6 juta) setiap seorang.
Menurut Jack, kedua-dua suspek terpengaruh dengan sebuah karekter di sebuah laman web cerita hantu.Menurut siasatan awal, suspek telah merancang sejak Februari lalu.

Pada 2 Jun 2014 jam lebih kurang 4.07 petang pihak polis telah menerima maklumat menyatakan ada orang jatuh dari bangunan Pusat Komuniti, Bandar Tun Razak.
Sebaik sahaja menerima maklumat tersebut pihak polis telah bergegas ke tempat kejadian. Hasil siasatan awal pihak polis di tempat kejadian percaya mangsa didapati terjatuh dari tingkat 7 bangunan tersebut. Saksi awam yang berada berhampiran tempat kejadian sebelum itu nampak mangsa kelihatan sedang berjalan seorang diri.
Keadaan mangsa ketika ditemui dalam keadaan tertiarap. Mangsa dikenali sebagai Woo Kwan Ti (P) berumur 26 tahun dan masih bujang, tinggal di Taman Mulia Bdr Tun Razak Cheras KL. Simati juga tidak bekerja.
Menurut keterangan emak mangsa, simati ada mengalami sakit psikiatri sejak 5 tahun yang lalu dan sering mendapatkan rawatan ulangan di PPUKM. Simati juga sebelum ini pernah beberapa kali cuba membunuh diri tetapi dapat diselamatkan oleh ahli keluarganya.
Mayat simati telah dibawa ke PPUKM pada 3/6/14 untuk tujuan bedah siasat.
Kes telah diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

SEBUAH laman Facebook Listen Listen Original pada 31 Mei lepas mempersoalkan beberapa keping gambar yang memaparkan beberapa anggota tentera yang tidak diketahui daripada negara mana menikmati makanan di dalam hutan.
Menurut Facebook berkenaan, ia mendakwa anggota tentera berkenaan mungkin dari Malaysia dan dilihat menjalani latihan memakan benda ‘haram’ sebagai latihan ketika darurat.
Gambar itu dikatakan dipaparkan pada mulanya di laman web maahadsas.edu.my mengatakan bahawa para anggota itu diberi latihan kelangsungan hidup atau bagaimana cara untuk menangkap, memasak serta memakan.
“Antara binatang yang kelihatan ialah monyet, katak dan beberapa binatang liar yang lain,” katanya.
Di status Facebook berkenaan turut dipaparkan persoalan apakah tujuan sebenar latihan sebegitu diadakan dan ia dirujuk pula kepada kemungkinan latihan seorang ibu yang terdesak masalah kewangan untuk menjadi pelacur.
“Adakah ini latihan untuk menghadapi situasi darurat atau terdesak? Apakah selepas ini akan ada pula latihan melacur untuk ibu yang terdesak keputusan bekalan susu anak.
“Dr Mashitah dalam ruang soal jawab akhbar Harian Metro bertarikh 19 Jun 2005 mengatakan, dalam keadaan biasa memang melacur itu haram, tetapi jika terdesan dan darurat ia dimaafkan,” katanya.
Selepas puas memberikan soalan berbaur provokasi baru laman Facebook itu memohon pencerahan daripada Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dalam isu gambar anggota tentera memakan haiwan yang pelik-pelik yang didakwa haram itu.
“Apakah perlu dilatih makan benda haram dalam keadaan darurat? Bagaimana pula jika latihan terebut dalam bulan Ramadhan, kerana orang berpuasa dalam bulan Ramadhan pun dibolehkan berbuka puasa sekiranya dalam keadaan darurat?,” katanya.-mynewshub

SEBUAH kemalangan berlaku di Jalan Raja Uda berdekatan dengan Restoran Pizza Hut.
Kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan iaitu Perodua Kancil, Perodua Myvi dan motosikal milik Pizza Hut yang digunakan untuk menghantar pizza yang ditempah secara online.

Punca kejadian masih belum diketahui & trafik perlahan di lokasi kejadian.
Laporan penuh menyusul.





Pelakon dan pelawak Zizan Razak berasa pelik bagaimana boleh timbul isu kekasihnya, Emma Maembong diberitakan bakal disaman oleh pihak pengurusan WireFame Entertainment (WFE). Sedangkan dia selaku pemilik bersama syarikat tersebut kurang jelas dan tidak tahu menahu mengenai hal itu.
“Saya pun sebenarnya pelik macam mana cerita saman itu boleh timbul. Setahu saya kalau diikutkan, kontrak Emma tamat sehingga bulan Jun ini. Jadi kenapa pula ada keluar cerita saman ini.
“Bagi saya, pihak pengurusan sepatutnya tak perlu lah nak besar-besarkan lagi perkara yang dah hampir nak selesai. Kontrak Emma pun dah hampir tamat”, kata Zizan ketika diminta mengulas mengenai hal tersebut ketika ditemui pada majlis Astro Meraikan Media yang diadakan di hotel Le Meridien, Kuala Lumpur, semalam.
Menyatakan yang dia tidak menyokong mana-mana pihak, bintang filem ‘Abang Long Fadil’ itu bagaimanapun berharap agar konflik di antara Emma dan WFE tidak berpanjangan dan dapat diselesaikan secara baik.
Malah kata Zizan, kalau ditanyakan keputusannya selaku pemegang saham dalam syarikat tersebut, dia bersedia untuk membebaskan pelakon cantik Emma Maembong daripada syarikat sebaik saja tempoh kontrak Emma dengan WFE betul-betul tamat.
“Bagi saya, daripada menyusahkan kedua-dua pihak dan mungkin akan timbul lagi macam-macam masalah, saya akan release-kan (lepaskan) Emma. Saya harap perkara ini boleh selesai secara baik lah.
“Saya sendiri hendak berjumpa dengan pihak WFE untuk membincangkan beberapa perkara yang melibatkan diri saya. Sayangnya buat masa ini saya tidak ada ada peluang lagi kerana jadual saya terlalu padat”, ujarnya yang kini telah menjadi artis naungan Astro.
Zizan yang dahulu juga merupakan artis dibawah naungan WFE, difahamkan sehingga kini masih kekal sebagai pemilik saham terbesar syarikat berkenaan iaitu sebanyak 70%.
Sementara ditanya mengenai perkembangan hubungan dengan Emma, jejaka kelahiran Terengganu ini berkata dia ada memikirkan untuk menyunting aktres itu menjadi isterinya namun setakat ini tiada sebarang perbincangan yang serius.
“Tarikh kahwin tak ada lagi. Belum bincang apa-apa lagi. Saya sibuk dengan kerja saya, dia sibuk dengan kerja dia. Lagipun hal ini bukan tentang kami berdua sahaja tapi melibatkan kedua-dua belah pihak keluarga”, katanya yang turut meluahkan rasa gembira kerana ramai peminat yang merestui hubungan mereka berdua. - Malaysian Digest

HAI, tak tahulah sama ada hendak kasihan atau tidak jika sudah begini gayanya.
Menerusi gambar yang dikongsikan di Facebook Daily Traffic Report, seorang penunggang motosikal dilihat begitu bangga menunjukkan aksinya di atas jalan.
Bukan sahaja membuat ‘wheelie’, malah dia turut berdiri di atas motosikal yang sedang bergerak.