Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


LOS ANGELES - Model Victoria's Secret, Candice Swanepoel dinobatkan sebagai Wanita Paling Seksi di Dunia 2014 oleh majalah Maxim, sekali gus mengenepikan saingan daripada penyanyi pop terkemuka, Miley Cyrus.

Swanepoel, yang menceburkan diri dalam dunia model sejak berusia 15 tahun, turut mengatasi beberapa selebriti terkenal lain seperti Scarlett Johansson, Katy Perry. Jennifer Lawrence, Mila Kunis dan Jessica Alba.

Menurut laporan Yahoo yang memetik kenyataan Pengarah Kreatif Maxim, Paul Martinez, pemilihan Swanepoel sebagai wanita terseksi kerana model berusia 25 tahun itu berpontensi besar dalam penjelmaan yang ideal bagi jenama baru Maxim.

"Selain kecantikannya, dia juga mempunyai ciri-ciri yang sangat menakjubkan, moden dan elegan.

"Malah kepintaran Swanepoel sangat dikagumi selepas menjadi seorang daripada model yang terkenal di dunia," katanya.

KEBELAKANGAN ini, isu kenderaan bercermin gelap yang melanggar peraturan undang-undang jalanraya Malaysia semakin hangat diperkatakan.
Puncanya, apabila Unit Trafik PDRM dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan melakukan operasi khas bagi membanteras kesalahan ini.
Ramai pengguna yang memiliki kenderaan bercemin gelap menganggap undang-undang ini tidak relevan di negara bercuaca panas selain pencegahan sepatutnya dibuat dengan menghalang jualan cermin gelap di kedai-kedai aksesori terlebih dahulu.
Tup-tup, tersebar gambar sebuah kereta yang didakwa milik ‘orang besar’ JPJ sedang menjadi viral dan hangat diperbualkan.
Kami di Mynewshub.my tidak bercadang untuk menjatuhkan hukuman terlalu awal kerana difahamkan memang ada peruntukan untuk bos nombor satu JPJ dan timbalannya memasang cermin gelap untuk kereta jabatan yang diperuntukkan kepada mereka.
Ia dibenarkan setelah mendapat kebenaran daripada Menteri Pengangkutan.
Jadi lebih baik kita tunggu penjelasan daripada pihak JPJ dulu sebelum membuat kesimpulan.
Rasanya JPJ hanya menjalankan tugas dan tidak mengambil kesempatan di atas peraturan sedia ada…kalau anda lihat kenderaan penguatkuasa mereka pun, tidak ada satu pun yang bercermin gelap…jadi jangan marah-marah dulu…kita tunggu kenyataan daripada jabatan tersebut. – mynewshub.my

SEORANG wanita terkejut tatkala menyedari dirinya menjadi mangsa rakaman seorang lelaki di tandas pusat membeli-belah, SSTwo Mall, Petaling Jaya, beberapa hari lalu.
Menerusi salinan laporan polis yang disiarkan di akaun Facebook Malaysian Crime Awareness Campaign, wanita yang dikenali sebagai Tan, 28, itu ternampak sebuah telefon bimbit sedang dipegang di bahagian bawah pintu.
Terkejut, dia terus berdiri, namun lelaki berkenaan segera melarikan diri, memetik maklumat dari The Star.
Sebelum kejadian, Tan melihat seorang lelaki Cina berkepala botak berjalan ke arah tandas, namun menyangka dia mahu ke tandas lelaki.
Teman lelakinya yang dikenali sebagai Cheah memberitahu, sejurus selepas kejadian, dia melihat lelaki berkenaan berlari ke arah pintu kecemasan, namun berkunci.
Suspek kemudiannya melarikan diri menggunakan anak tangga lain.
Rakaman kamera pengawasan yang diletakkan berhampiran tandas tersebut berjaya merakamkan imej lelaki berkenaan.
Diharap kejadian ini akan menjadi peringatan buat para wanita untuk lebih berhati-hati sewaktu ke tandas bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang.

Kota Bharu: Seorang jurujual lelaki berusia 28 tahun dikhuatiri lemas apabila dilihat terjun dari Jambatan Sultan Yahya Petra ke dalam Sungai Kelantan di sini, malam tadi.

Dalam kejadian 9.20 malam itu, mangsa dikatakan memandu Honda City sebelum memberhentikan kenderaannya di tepi jambatan berkenaan.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azham Othman, berkata saksi yang melalui lokasi kejadian melihat mangsa kemudian terjun ke dalam sungai.

"Sejurus mendapat maklumat polis dan bomba terus bergegas ke lokasi kejadian. Setibanya di lokasi kejadian, hanya kenderaan mangsa berada di tepi jambatan," katanya.

Azham berkata, sejurus selepas itu usaha mencari dan menyelamat dijalankan di sekitar lokasi kejadian.

"Sehingga ini, mangsa yang dikhuatiri lemas masih belum ditemui. Motif kejadian masih dalam siasatan," katanya.


Beijing - Adegan dramatik dua lelaki China menangkap seorang bayi yang jatuh dari ketinggian , terakam video . Untungnya , bayi lelaki tersebut berjaya ditangkap dengan baik oleh kedua-dua lelaki tersebut .

Seperti dilapor AFP , Jumaat ( 23/5/2014 ) , dalam video yang dikeluarkan oleh media nasional tempatan , terlihat ada seorang lelaki yang bergegas dan berlari mendekati sebuah bangunan di tengah hujan lebat . Rupanya lelaki ini melihat ada seorang bayi yang memanjat tingkap tingkat dua di salah satu pangsapuri .

Dalam rakaman video tersebut , kelihatan juga ada seorang lelaki lain yang ikut menyertai . Kedua lelaki tersebut merenggangkan tangan mereka ke depan , dalam kedudukan siap menangkap bayi berusia 1 tahun tersebut .

Kelihatan raut wajah yang tegang pada kedua lelaki tersebut . Sedangkan beberapa warga lain yang ada di sekitar mereka hanya boleh berdoa . Beberapa saat kemudian , bayi itu jatuh ke bawah , tepat di lengan kedua lelaki tersebut .

" Saya tidak banyak berfikir ketika itu . Saya hanya takut gagal menangkapnya , " ucap salah satu lelaki yang menyelamatkan bayi tersebut .

Insiden tersebut berlaku pada Ahad ( 19 / 5 ). Tidak disebutkan lebih lanjut di mana ibu si bayi berada semasa insiden ini terjadi . Namun usai si bayi berjaya ditangkap dengan selamat , terlihat seorang wanita mendokong dengan penuh kelegaan.

SUBANG JAYA – “Sumpah saya tak minum, datang sini pun nak dengar lagu saja,” kata seorang gadis selepas dicekup mabuk meneguk minuman keras di pub sebuah hotel terkenal di sini, awal pagi semalam.

Dia yang bermati-matian menafikan meneguk minuman terlarang itu dilihat beristighfar beberapa kali kononnya untuk meyakinkan anggota penguatkuasa, dia tidak menikmati minuman tersebut.

Bagaimanapun, tindakannya tidak berhasil apabila ujian air kencing dijalankan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) terhadapnya selepas itu mendapati dia positif alkohol.

Jurucakap Jabatan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) berkata, operasi bersepadu dilaksanakan pihaknya bersama Jais selepas mendapat laporan terdapat pengunjung Islam bebas menikmati minuman keras di pusat hiburan tersebut.

Ketika serbuan, sembilan pengunjung cuba melarikan diri menggunakan pintu belakang namun usaha tersebut gagal.

Anggota penguatkuasa terlebih dahulu  mengawal dan mengunci kesemua laluan keluar masuk ke pusat hiburan dan pusat karaoke yang terletak bersebelahan.

Hasil pemeriksaan lanjut, empat pengunjung lelaki dan tiga wanita didapati positif ujian alkohol.

Kesemua mereka bakal didakwa di bawah Seksyen 18 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995.

Manakala 19 lagi pengunjung berusia lingkungan 20 hingga 40-an diambil keterangan dan dikenakan notis untuk menghadiri kaunseling kerana melakukan kesalahan menyebabkan agama Islam dipandang hina.


Minggu lalu, riuh juga mengenai pelawak terkenal, Zizan Razak yang keluar daripada syarikat pengurusannya, Wire Fame Entertainment Sdn Bhd sebab bernaung di bawah pengurusan syarikat yang lebih besar iaitu Astro. Syarikat lama itu adalah syarikat beliau sendiri yang diwujudkan dengan rakan kongsinya, Marina Juki.

Kak Pora hairan sebab Zizan keluar daripada syarikatnya sendiri. Mungkin, dia tidak mahu lagi dibayangi dengan kekasihnya, Emma Maembong yang turut diurus Wire Fame. Namun, pemilik Wire Fame khabarnya masih lagi atas nama Zizan bersama Marina. Mungkin juga Zizan nak beralih angin dan balas jasa Astro yang mula menaikkan namanya menerusi program Raja Lawak dulu. BH

MUAR: Seorang lelaki mati manakala seorang lagi parah selepas kedua-dua mereka dikatakan bergaduh menggunakan senjata tajam dalam kejadian membabitkan menantu dengan bapa mentua di sebuah rumah di Jalan Kim Kee, di sini, semalam.
Dalam kejadian pada jam 1 pagi itu, Lim Wei Kuan, 34, ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah di bahagian dapur rumah teres satu tingkat itu dengan empat kesan tikaman di badan manakala bapa mentuanya yang berusia 60-an turut cedera ditetak empat kali di badan dan leher.
Difahamkan, sebelum kejadian, warga emas itu yang ditemani beberapa lelaki pergi ke rumah berkenaan bersemuka dengan menantunya itu bagi mendapatkan penjelasan berkaitan masalah rumah tangga anak perempuannya.
Malangnya, pertengkaran berlaku sebelum seorang daripada mereka mula menyerang menggunakan senjata tajam dipercayai pedang samurai.
Pergaduhan yang membabitkan menantu dan bapa mentua itu menyebabkan mangsa ditikam empat kali termasuk dua terkena jantung manakala warga emas itu ditetak empat kali di badan dan leher.-HM

anpa belas kasihan, seorang wanita muda tergamak memukul warga emas hingga lebam semata-mata kerana berebut bas di Singapura.
Menurut seorang pembaca Stomp dikenali sebagai Eenieza, dalam kejadian 12 Mei lalu ibunya yang berusia 57 tahun baru hendak menaiki bas di Tampines Interchanges apabila seorang gadis memaki hamun dan berkasar atas alasan ibunya memotong barisan.
Hakikat sebenarnya, ibu Ernieza sudah lama beratur namun beranjak ke tepi bagi memberi laluan kepada pengguna komuter sebelum itu menaiki bas perantara yang sesak.
Sesudah bas itu lepas, dia kembali memasuki barisan lalu menaiki bas yang tiba dan duduk di kerusi depan.

Gadis yang beratur di belakangnya kemudian naik lalu mula menjerit kepada ibunya kerana menganggap dia memotong barisan.
Tidak tahan terus dijerit ketika dalam bas, ibu Ernieza membalas dengan menyatakan dia tidak memotong barisan, membuatkan gadis berusia dalam lingkungan 20 hingga 30 tahun itu tambah naik angin.
Dia kemudian datang ke tempat duduk ibu Ernieza lalu menumbuk muka dan lengannya sekuat hati.
Hal ini membuatkan mangsa memberitahu pemandu bas bahawa dia mahu membuat laporan polis.
Menurut Ernieza gadis berkenaan terus menunjukkan samseng meskipun ketika dia dan ibunya menuju ke pejabat syarikat bas tersebut, SBS untuk membuat laporan apabila terus mengugut akan menumbuk ibunya.
Kejadian ini membuatkan ibu Ernieza mengalami trauma hingga sukar untuk tidur dan menggigil setiap kali mengingati kejadian ini.
Bahagian muka dan lengan yang ditumbuk gadis samseng tersebut pula kini kelihatan lebam teruk


Kita semua tahu bahawa MALAYSIA ialah nama negara kita setelah berlaku percantuman antara 11 negeri-negeri Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak. Sebelum penubuhan Malaysia, kita di Semenanjung Tanah Melayu memanggil negara kita Persekutuan Tanah Melayu. Semasa negara kita merdeka dari British pada tahun 1957, nama negara kita pada masa itu ialah PERSEKUTUAN TANAH MELAYU. 

Persekutuan Tanah Melayu telah ditubuhkan pada tahun 1948 oleh penjajah British, dengan persetujuan Raja-Raja Melayu dan UMNO(United Malays National Organisation). Sebelum itu, negeri-negeri yang tergabung di dalam Persekutuan Tanah Melayu di panggil negeri-negeri TANAH MELAYU sahaja. Di dalam bahasa Inggeris, negeri-negeri Tanah Melayu dipanggil ‘Malay States’, sementara Persekutuan Tanah Melayu di panggil ‘Federation of Malaya’, atau ‘Malaya’ sahaja. 

Persoalannya, bagaimana timbul nama MALAYSIA, iaitu gabungan nama-nama MALAYS dan ‘IA’. Dan kenapa pemimpin-pemimpin kita terdahulu menamakan nama negara kita MALASIA. Apakah dengan pertukaran nama dari Persekutuan Tanah Melayu kepada MALAYSIA, terhapuslah kata asal MELAYU sebagaimana dalam nama Persekutuan Tanah Melayu? 

Kalau kita kaji nama-nama negara-negara di dunia, terdapat nama-nama utama negara dunia, iaitu yang berakhir dengan ‘land’ , ‘tan’ dan ‘ia’. Semuanya membawa maksud yang hampir sama, bermaksud ‘tanah’. ‘Land’ ialah dari bahasa Inggeris/Eropah, ‘tan’ dari bahasa Farsi, dan ‘ia’ dari bahasa Latin. 

Antara nama-nama berakhir dengan ‘land’ ialah England(Tanah bangsa Angels), Iceland(tanah air batu atau ‘ice’), Scotland(tanah bangsa Scots), Swaziland(tanah bangsa Swazis), Finland(tanah bangsa Finns) dan sebagainya. Tidak lupa juga nama Thailand(tanah bangsa Thai). 

Antara nama-nama negara berakhir dengan ‘tan’ ialah Pakistan(tanah suci), Tajikistan(tanah bangsa Tajik), Afghanistan(tanah bangsa Afghan) dan Kirgyztan(tanah bangsa Kysgyz). Lain-lain nama termasuk Baluchistan, Kazakhstan, Turkemanistan. 

Hampir separuh nama-nama negara dunia berakhir dengan perkataan ‘ia’. Antaranya termasuk Russia(tanah bangsa Ross), Somalia(tanah bangsa Somali), Algeria(tanah bangsa Algiers), Bolivia(tanah bangsa Bolivars), India(tanah sungai Indus), Columbia(tanah Columbus), Mongolia(tanah bangsa Mongols), Ethiopia(tanah bangsa kulit hitam) dan sebagainya. 


Dari paparan di atas, jelaslah nama MALAYSIA adalah versi ‘latinised’ berpangkalkan perkataan MALAYS, ungkapan dalam bahasa Inggeris bagi perkataan MELAYU. Jadi MALAYS-IA bermakna LAND OF THE MALAYS, atau lebih tepat, TANAH BANGSA MELAYU

Kebiasannya kita hanya mengambil berat cara pemanduan tanpa mempedulikan faktor-faktor lain yang juga boleh menyumbang kepada terjadinya sesuatu insiden kemalangan jalan raya.
Seperti video yang ingin dikongsikan di bawah ini menunjukkan situasi seorang pemandu teksi yang melanggar pintu belakang sebuah teksi lain yang dibuka oleh penumpangnya untuk keluar.
Ramai mengatakan penumpang itu bersalah kerana tidak keluar menggunakan pintu sebelah kiri sementara ada juga yang menyalahkan pemandu teksi tersebut yang memandu laju sehingga tidak sempat menekan brek.
Pengajarannya di sini, sentiasalah berhati-hati walaupun anda hanyalah penumpang.
Sebelum nak buka pintu, tengok dulu arah belakang, mana tahu ada kereta yang tiba-tiba laju, tak semena-mena habis kopak pintu kereta dan sentiasa menjaga jarak selamat anda dengan kenderaan di hadapan ya

Seorang pelajar perempuan di Universiti Wisconsin, Amerika Syarikat, Alyssa Funke nekad mengambil nyawanya sendiri selepas tidak tahan dibuli rakan-rakannya berhubung video seks yang dilakonnya.
Alyssa, 19, yang merupakan seorang pelajar cemerlang dalam bidang akademik dikatakan cuba mengejar impiannya untuk bergelar pelakon popular dan buat permulaan dia mengambil langkah dengan berlakon dalam video seks amatur.
Untuk tujuan itu, dia telah menghadiri sesi temu duga syarikat Casting Couch Videos dan kemudiannya terus merakam video seksnya dan tidak sampai dua minggu selepas videonya tersebar, Alyssa nekad membunuh diri selepas tindakannya itu diejek rakan sekuliah.
Alyssa membunuh diri dengan menembak dirinya sendiri di sebuah tasik di Minnesota dengan menggunakan senapang yang dibelinya, baru-baru ini.