Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi


Bandar Ronda yang terletak di dalam kawasan pergunungan, bandar yang indah ini juga merupakan salah satu yang paling indah di negara ini, apatah lagi hakikat bahawa ia sebenarnya berpecah kepada 2 Sungai GuadalevÃn. Sungai dengan kedalaman lebih 328 kaki. Sememangnya, geografi laman ini agak menakutkan. Bandar Ronda dikaitkan dengan 3 jambatan berasingan yang juga untuk mewakili beberapa tarikan yang paling ketara. Jambatan Puente Nuevo adalah yang tertinggi antara 3 kerana ia terletak 390 kaki di atas ngarai, dan walaupun namanya menyatakan bahawa ia adalah "jambatan baru", Puente Nuevo sebenarnya agak lama kerana ia telah dibina di antara 1751 dan 1793. Yang lain 2 jambatan dipanggil Puente Viejo (Jambatan Lama) dan Puente Romano (Roman Bridge).
Bandar Ronda adalah sebuah bandar Sepanyol dengan akar sejarah yang mendalam, ia mungkin akan mengejutkan anda bahawa bandar Ronda adalah tuan rumah satu pertandingan manusia melawan lembu tahunan dipanggil corrida Goyesca, yang juga menarik sebilangan yang pelawat tempatan dan asing, Ia adalah salah satu daripada arena perkelahian manusia melawan lembu tertua di Sepanyol:
Plaza de Toros de Ronda, yang dibina pada 1784 oleh José Martin de Aldehuela dengan gaya seni bina neoklasik. Peminat sejarah juga mungkin ingin melawat Baths Arab terkenal yang berada di bawah bandar dan kembali ke abad ke-13 dan ke-14.



Pelbagai

Kalau gambar pelakon itu menangis atau bersedih memang banyak bertebaran di laman maya termasuklah gambar Erra menangis ketika lafaz cerai oleh Engku Emran di mahkamah dua bulan lalu.
Buat mereka yang belum pernah melihat bagaimana bentuk paras rupa Erra Fazira ketika sedang marah melampau, mari layan sekeping gambar di bawah.
Memang menakutkan, tak gitu?
Seram pula penulis tengok lirikan mata aktres berusia 40 tahun itu.
Hiburan

Jurufoto terkenal tanah air, Eddie Putera dalam Facebook beliau berkongsi tiga keping gambar yang menunjukkan tingkah laku seorang pramugari yang amat jarang dilihat di dalam sebuah pesawat yang dinaiki beliau.
Eddie yang dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur menaiki pesawat Garuda Indonesia Airlines menceritakan pengalaman beliau memerhatikan seorang pramugari mengerjakan sembahyang ketika berada di udara.

"Don't judge a book by its cover"
Dalam Caption gambar yang dikongsikan Eddie, beliau bersoloroh mengatakan sengaja mengambil tempat duduk belakang berikutan peluang yang tinggi untu memikat pramugari yang lalu lalang dikawasan itu. Apapun, perkongsian gambar oleh beliau sememangnya membuka persepsi baru terhadap para pramugari yang sering tercalit dengan pandangan buruk ekoran pemakaian mereka yang agak mencolok mata. - TengokTVonline

Pelbagai

Dalam foto tersebut memperlihatkan seorang wanita yang tidak diketahui namanya ini sedang mendukung bayinya di dalam kereta . Namun , wanita itu seolah-olah ditemani oleh sosok yang diduga hantu di kerusi belakang dengan pose yang sama seperti wanita itu .
Foto yang mengejutkan ini mengundang pelbagai komen para pengguna internet . Banyak yang tidak percaya keaslian foto tersebut dan mengatakan bahawa gambar ini adalah hasil editan .
" Kami kebetulan memakai kereta ini pada hujung minggu dan memutuskan untuk mengambil gambar , namun hasilnya jadi sangat menakutkan , " keterangan pada foto hantu tersebut , seperti dilapor oleh Stomp , Selasa ( 6/5/2014 ) .
" Ada yang kata sosok wanita di kerusi belakang kelihatan sedang membawa bayi , meniru kami dan tersenyum pada kamera . Kami menyedari bahawa kereta ini telah melewati sebuah perkuburan sebelumnya di malam hari , " tambahnya
Sumber: okezone.com
Pelbagai

Providence: Rangka sokongan yang runtuh ketika aksi lagak ngeri “gantung-rambut” dalam satu pertunjukan sarkas mengakibatkan lapan ahli akrobat jatuh.
Kelapan-lapan ahli akrobatik dan seorang penari di bawah, cedera teruk manakala yang lain hanya mengalami cedera ringan.
Kemalangan berlaku semalam ketika pertunjukan sudah berlangsung 45 minit.
Jurucakap syarikat sarkas itu, Stephen Payne berkata, kemalangan berlaku ketika aksi dilakukan oleh lapan ahli akrobat menggantung diri mereka untuk membentuk “candelier manusia” dengan menggantung diri menggunakan rambut mereka.
“Rangka logam itu tercabut dari kekuda. Lapan wanita itu jatuh dari ketinggian 12 meter dan menghempap penari di bawah.

“Semua penghibur sering melakukan aksi sama sebelum ini,” kata Payne.
Menurutnya, persembahan seumpama itu dilakukan sejak Januari lalu.
Pesuruhjaya Keselamatan Awam Providence, Steven Pare berkata, penyiasat belum memutuskan punca kemalangan.
Dia berkata kecederaan yang dialami semua mangsa tidak mengancam nyawa.
“Semua orang dalam keadaan baik. Mereka berada di hospital dan dalam keadaan sedar,” kata pengurus persembahan Legends, Roman Garcia
Sebelas mangsa dengan pelbagai kecederaan dimasukkan ke Hospital Rhode Island di bandar itu, termasuk seorang yang cedera parah.
Aksi gantung-rambut disifatkan laman web sarkas itu sebagai “aksi lagak ngeri terhebat,” menampilkan ahli akrobatik wanita.
Laman web itu menyatakan “Persembahan ‘aksi rambut’ membentuk kombinasi koreografi termasuk berpusing, tergantung dari gelung dan berpusing ke bawah, tergantung dari ketinggian 10.6 meter di udara dengan rambut mereka saja.” - Reuters
Pelbagai
Seorang isteri yang sedang sarat mengandung tujuh bulan, Rihana Shekh Dhafali telah dibakar hidup-hidup oleh suaminya selepas keluarga Rihana dikatakan gagal memberikan wang hantaran perkahwinan yang berupa sebuah motosikal dan seekor kerbau, baru-baru ini.
Disebabkan perbuatan kejam suaminya, Farid Sheikh, Rihana telah keguguran bayi yang dikandungnya selepas disimbah minyak tanah di badan.
Rihana yang tinggal di Miyapur, India kemudiannya telah dihantar ke hospital oleh ahli keluarga suaminya yang turut mendesaknya mengakui perbuatan membakar diri itu adalah hasil daripada kecuaiannya sendiri.
Rihana turut mendakwa sebelum ini suaminya pernah membakar alat sulit Rihana dengan menggunakan rokok malah kerap-kali menghinanya gara-gara kegagalannya menyediakan barang hantaran tersebut.
Bapa Rihana, Mohammad Samim Shekh Dhapali yang mengetahui mengenai insiden tersebut terus bergegas melawat anaknya di India dan kemudiannya membawa pulang Rihana ke Nepal, di mana anak perempuannya mengakui kebakaran itu dimulakan oleh suaminya selepas dia tidak berpuas hati kerana masih lagi tidak menerima barang hantaran berupa sebuah motosikal dan seekor kerbau seperti yang dijanjikan sebelum ini.
Rihana kini sedang dirawat di Kathmandu untuk rawatan lanjut berhubung kecederaannya dan pihak polis Nepal juga sedang menyiasat insiden tersebut untuk tindakan lanjut.
Global
Brickfields: Seorang wanita terpaksa bergelut dan ditumbuk berulang kali di dalam kereta hampir satu jam untuk mempertahankan kesucian dirinya daripada dinoda seorang lelaki tidak dikenalinya, petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.45 petang itu, mangsa berusia 32 tahun dikatakan sedang menunggu bas di perhentian berhampiran sebuah pasar raya sebelum dihampiri sebuah kereta Perodua Myvi.
Difahamkan, seorang lelaki memberhentikan kenderaan berkenaan tidak jauh dari tempat mangsa berdiri sebelum berpura-pura bertanyakan arah jalan.
Sumber polis itu berkata, suspek menarik dan menolak mangsa masuk ke dalam keretanya sebelum mengunci pintu kenderaan itu.
Katanya, suspek memandu kenderaannya menuju ke pusat bandar sambil memukul mangsa dengan menampar serta menumbuknya berulang kali di kepala.
“Suspek memberitahu kononnya dia sudah memerhatikan gerak-geri mangsa sejak sekian lama selain mengetahui rumah dan tempat kerja mangsa.
“Suspek memberhentikan kenderaannya di tempat letak kereta di sebuah pusat membeli-belah di Kepong sebelum cuba memperkosa mangsa,” katanya.
Menurutnya, suspek juga mengugut akan memanggil 15 orang rakannya untuk merogol mangsa..selain mendakwa kawasan Kepong adalah ‘jajahannya’.
“Suspek yang gagal membuka baju mangsa terus memandu kenderaannya meninggalkan lokasi terbabit sebelum meminta mangsa menyerahkan subang emas, rantai emas dan wang tunai RM1,500,” katanya.-HM
Isu Semasa
SECARA tiba-tiba foto pelakon Tasha Shila sedang memegang segelas minuman kesihatan menjadi ‘viral’ di laman sosial.
Selepas Astro Gempak telek dan baca komen-komen yang ditulis, rata-rata peminat telah memberi komen mengenai saiz payudara aktres itu yang kelihatan semakin bertambah saiznya.
Memang agak seksi foto Tasha bersama T-Shirt sendat berwarna putih yang dipakainya itu sehingga jelas menampakkan bentuk badannya yang terkini.
Jika sebelum ini kecoh tentang Tasha Shila ke negara jiran untuk membuat pembedahan plastik dan mengubah bentuk hidungnya, adakah kali ini dia melakukan rawatan yang sama, tetapi di bahagian yang dikatakan aset wanita itu?-MURAI
Hiburan

Betapa kejamnya individu yang tergamak melakukan perkara begini.
Jika dikira dan dihitung hukuman setimpal yang ada di dunia ini pasti tidak ada hukuman lain yang terlintas di minda kita selain hukuman mati sama seperti apa yang dilakukan kepada bayi tidak berdosa itu.
Bagaimanapun, itu adalah pemikiran marah kita sebagai manusia, namun perbuatan kejam begini hendak diselesaikan dengan peruntukan undang-undang yang ada di negara kita.
Harapnya pihak berkuasa akan menyiasat dan mendakwa individu bertanggungjawab ke muka pengadilan dan mendapat balasan yang setimpal.
Menurut laman itu lagi, bayi itu dikatakan sudah pun mati beberapa hari lalu.
Dalam ruangan komen yang diterima daripada status berkenaan menunjukkan rasa marah para pembaca ruangan Facebook itu yang begitu marah dengan dengan perbuatan itu.
Bayi yang dilihat cukup sifat itu sudah pun meninggal dunia dengan warna kulitnya yang sudah bertukar kebiruan kerana kesejukan ekoran badannya direndam di dalam air dalam jangka masa lama, lapor Mynewshub.
Isu Semasa
Pagi tadi, saya terbang ke Sabah melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Seperti sebelumnya, saya dan kru menuju ke kaunter check in di terminal B.
"Kalau belum check in lagi, gunakan mesin (kiosk) di sana," arah petugas wanita berdiri di laluan masuk ke kaunter MAS.
"Kalau kami terus check in di kaunter?," soal saya.
"Pergilah, nanti kakitangan kaunter akan suruh keluar dan pergi check in di mesin untuk mendapatkan boarding pass," balasnya.
Tanpa senyuman di wajah, kenyataan itu kedengaran bak satu cabaran.
Dia mendakwa menerima arahan dikeluarkan oleh pihak atasan, mewajibkan setiap penumpang check in menggunakan kiosk ditempatkan di hujung kiri kaunter MAS.

Saya menoleh ke kiosk dimaksudkan. Beberapa penumpang dibantu menggunakan kiosk. Senario itu jelas menunjukkan majoriti pelanggan MAS kekok berurusan dengan mesin berbanding manusia.
Di bawah, gambar suasana di kaunter MAS pada ketika itu, lengang.
Faktor itu mendorong kami mendapatkan khidmat kakitangan di kaunter, bukan beratur untuk menggunakan kiosk.
Mujur di sebaik tercegat di kaunter, kami disambut dengan senyuman manis kakitangan wanita MAS bertugas. Tidak pula dia bergegas mengarahkan kami untuk beredar menggunakan kiosk seperti didakwa oleh kakitangan wanita sebelumnya.

Tidak sampai 10 minit, urusan mendapatkan boarding pass, selesai.
Kami sempat mengungkapkan terima kasih kepada petugas itu. Wajahnya tidak lekang dek senyumanan, jauh berbeza berbanding penampilan wanita berbaju putih kami temui sebelum tampil di kaunter.
Barangkali saya terkeliru dengan maklumat diterima, lalu saya menghubungi pejabat MAS dan berbual dengan seorang daripada pegawai bertugas.
"Encik, kami dimaklumkan oleh kakitangan berbaju putih berdiri di laluan masuk ke kaunter MAS, penumpang wajib check in menggunakan kiosk tetapi tidak pula kelihatan papan tanda memaparkan arahan itu. Jadi penumpang tidak tahu sehinggalah mereka bergerak menuju ke kaunter," ujar saya.
"Oh! Mereka itu kakitangan vendor MAS. Tujuan penumpang diminta menggunakan kiosk, untuk megelakkan kesesakan di kaunter. Terima kasih kerana sudi menyalurkan teguran, memang tiada arahan dipaparkan di papan tanda," jelas beliau.
Maksudnya, penumpang mempunyai pilihan samada menggunakan kiosk atau terus berjumpa kakitangan MAS di kaunter, jika tidak sesak.
Selepas itu, saya juga mendapatkan penjelasan daripada pengurus bertugas, memperkenalkan dirinya sebagai Eugene.
"Ini arahan kami terima daripada pihak atasan," kata pengurus itu.
"Logiknya arahan itu harus dipamerkan secara jelas kepada setiap penumpang. Jadi mereka boleh terus ke kiosk, bukan ke kaunter. Kami datang awal tadi tetapi tanpa mengetahui arahan itu, kami menunggu untuk ke kaunter," balas saya.
Sebelum bergerak ke Pintu A9, saya sempat menemui kembali kakitangan vendor dan menerangkan kepadanya intipati perbincangan saya bersama dua pegawai MAS terbabit. Tidak sekalipun saya meninggikan suara, jauh sekali memaki hamun. Tujuan pertemuan kali kedua, memaklumkan, bukan mencerca.
Mengejutkan, penyelia kakitangan vendor itu, wanita bertudung, datang menghampiri saya dan memohon maaf di atas kekeliruan berlaku. Dia kemudian beredar bersama kakitangannya, kelihatan terusik dengan penerangan saya.
Tepat jam 10.45 pagi, kami terbang menggunakan pesawat MH2710.
Saya menganggap isu itu selesai sehingga kakitangan vendor sama didapati memaparkan status di bawah di laman sosial.
Adakah pelanggan MAS seperti saya dianggap SIAL hanya kerana cuba memperoleh fakta tepat daripada syarikat penerbangan negara? Fakta berkebarangkalian akan lebih memudahkan urusan penumpang.
Tira Misu, saya hanya seorang daripada jutaan pelanggan MAS dan tidak pernah berhutang dengan cik. Jauh sekali saya menuntut cik melutut di kaki saya.
Itu ternyata kenyataan cik sendiri bertujuan untuk mendorong rakan facebook cik membenci saya.

Tatkala MAS dilanda bahana, usah ditambah beban di bahu dengan kenyataan biadab kakitangan bertugas. Seperkara lagi, menghina pelanggan MAS secara terbuka di facebook, bukan jalan penyelesaian bijak dan terbaik.
Kepada pihak pengurusan MAS, jika benar dakwaan, semua penumpang mesti menggunakan kiosk, sila paparkan arahan JELAS ...
'SEMUA PENUMPANG WAJIB MENGGUNAKAN KIOSK SEBELUM KE KAUNTER'
Biarpun kakitangan vendor itu meluat dengan saya, saya tetap sayangkan MAS.
(M)azidul (A)kmal (S)idik.
Artikel Penuh di - MazidulAkmal.Com
Isu Panas

The Telegraph melaporkan , seniman Yahudi itu dinyatakan bersalah kerana mengikat seekor ayam di kemaluannya di tengah pameran aeroangkasa berhampiran Menara Eiffel .
Steven lalu lalang bertelanjang sambil membawa ayam yang diikat pada ' belalainya ' . Beberapa minit kemudian lelaki itu ditahan dan dibawa ke balai polis . '' Apabila saya menunjukkan bahagian tubuh saya yang paling rahsia , saya berteriak : Saya lelaki ! Saya Yahudi ! Saya Homo ! dan saya berkulit putih , '' kata Steven .
Ia menjelaskan bahawa ayam bernama Franck itu tidak disakiti selama pameran . '' Saya pilih ayam kerana menjadi simbol Perancis ' ujar seniman yang dikenali sering bikin pameran aneh.
'' Jika saya terbukti bersalah , maka hal itu sama dengan kegagalan sistem undang-undang di Perancis , '' kata Steven Cohen yang dituntut pendakwa dengan denda sebanyak 1,000 Euro.
Global

GADIS ini baru berusia 18 tahun tapi videonya di YouTube ditonton lebih ramai orang daripada klip video Lady Gaga.
Bukan itu sahaja, Bethany Mota, 18, yang mempunyai rangkaian fesyen berjenama sendiri turut mempunyai pengikut Instagram yang jauh lebih ramai sekali pun pengikut Instagram bagi jenama terkenal seperti Vogue, Elle, Marie Claire, Glamour dan Cosmo dikumpulkan sekali!
Remaja yang tinggal di Utara California ini, memulakan hobi mengepos video di YouTube sejak berusia 14 tahun sebelum berjaya menarik perhatian ramai pengikut.
Pelbagai
Subscribe to:
Posts (Atom)










Recent Comments