Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

Wowww!! Parah dan Parahhhh.. nampaknya seperti Sudah macam trend sekarang ni bila bergambar begini upload terus ke akaun facebook..Mana rasa malu awek-awek ini, facebook memang luas pengaruhnya yang boleh pergi satu dunia kalau ada yang tak berhati-hati.

SUDAH lama tidak mendengar cerita mengenai pelakon muda ini kecuali mengenai gosip percintaannya dengan seorang lelaki yang juga atlet muay thai.

Walaupun sebelum ini mengaggap lelaki berkenaan sekadar kawan, keintiman antara mereka sejak beberapa bulan kebelakangan ini akhirnya membuatkan Tasha Shilla tidak mahu berahsia lagi mengenai hubungan istimewa mereka.Bercakap mengenai hubungan cinta Tasha, timbul juga soksek-soksek mengenai tatu yang ‘melata’ di badan kekasihnya itu sehingga ada juga peminat yang menjadikannya bahan bualan di laman sosial.
Maklum sahajalah, Tasha sendiri pun tidak kisah berkongsi gambar bersama kekasihnya itu yang diketahui bukan beragama Islam dan meminati tatu.


Tidak pernah mengulas tentang perkara tersebut, baru baru ini Tasha Shilla menerusi majalah Media Hiburan memberitahu yang beliau sebenarnya tidak pernah ambil pusing dengan keadaan fizikal kekasihnya itu lebih lebih lagi tentang isu bertatu.
“Saya bukan jenis individu yang suka menilai orang lain dari luarannya. Jadi saya tidak mahu menilai dia berdasarkan perkara tersebut, jelas selebriti ini ringkas yang turut menolak dakwaan yang beliau hanya mahu bercinta dengan ahli sukan,” kata Tasha.



Mengulas tentang percutian beliau bersama kekasihnya ke Phuket baru baru ini, Tasha Shilla menjelaskan yang ianya dirancang oleh satu kumpulan produksi drama selepas tamat menjalani penggambaran selama enam bulan dan bukan pergi berdua sahaja. 

“Saya teruja dengan percutian ini kerana itulah pertama kali saya ke Phuket dan kami sempat pergi ke lapan pulau yang terdapat di situ. Saya juga berpeluang belajar muay thai selama tiga hari di sana,” tambah Tasha Shilla lagi.

MALANG bagi dua pelajar sekolah tinggi di Kansas apabila mereka digantung sekolah selama dua hari atas kesalahan ‘menggunakan alatan elektronik untuk tujuan tidak senonoh’, memetik laporan Huffingtonpost.
Hakikatnya, mereka hanya berkongsi gambar yang diambil sewaktu berlangsungnya kelas biologi yang dikendalikan oleh seorang guru.
Guru tersebut secara tidak sengaja mendedahkan laman porno yang dibukanya apabila dia menghidupkan projektor untuk sesi pembelajaran.
Dengan pantas, pelajar perempuan tersebut merakam gambar tersebut sebelum berkongsi dengan pelajar lelaki yang juga teman lelakinya.
Dalam masa beberapa jam, gambar tersebut tersebar di laman Facebook dan kedua-dua dipanggil oleh pihak sekolah.
Bagaimanapun, ibu salah seorang pelajar tersebut percaya pihak sekolah cuba menyembunyikan perbuatan guru tersebut.

Dalam kegembiraan penyanyi Farawahida Razali bergelar isteri kepada jejaka pilihan  hati, Abdul Shukur Mohd Zain, timbul pula kontroversi lain membabitkan dirinya yang tidak sedap didengar.
Kontroversi itu berkaitan dengan sekeping gambar Farawahida yang diambil dari akhar Kosmo telah menjadi bahan bualan mulut gatal penggiat-penggiat laman sosial.
Perkara yang dipertikaikan mereka ialah garis seluar dalam Farawahida yang ketara dilihat di sebalik skirt merah jambu yang dipakainya.
Susulan itu, ada peminat menyarankan agar penyanyi lagu Tanpamu itu memakai seluar dalam jenis g-string bagi mengelakkan kejadian sama berulang kembali.
Macam-macam pula dengan karenah dan kelakuan peminat di laman sosial.
Tak senang dibuat mereka hidup sebagai seseorang selebriti itu. Kesian pula dengan Farawahida yang baru berkahwin.
Kes1:

Sebuah kereta sport mewah Lamborghini tersangkut di kawasan berpasir di sebuah padang golf di sini.Salah seorang pemandu Lamborghini itu memandu kereta tersebut ke padang golf.Namun, dia tidak menyedari terdapat kawasan berpasir yang mempunyai cerun.




Sebuah trak tunda kemudian tiba untuk membantu mengeluarkan kereta tersebut dari kawasan tersebut dengan menggunakan peralatan mengangkat kenderaan.

 ________________________________________________________


Jika sebelum ini Fasha Sandha malu-malu dan menyorokkan kandungan keduanya, namun setelah dia mengaku hamil baru-baru ini, Fasha akhirnya mula memuat naik gambar imbasan bayinya. 

"Assalamualaikum. Hello little baby. We can see you chilling and sucking your thumb in ibu's tummy. Semoga membesar dengan sihat. To my followers, Thank you for the kind wishes and prayers. Amin," ujar Fasha melalui laman sosialnya. 

Jom tengok! 







IBARAT diluah mati emak, ditelan mati bapa, pelakon baru Lia Natalia, 22, takut untuk memberi komen apabila wataknya berkemban dalam drama Takhta 3 Ratu arahan Erma Fatima mendapat kecaman orang ramai.
Tambah pula sewaktu isu itu ditimbulkan, Lia yang memegang watak pembantu dayang Puteri Galoh Chandera masih menjalani penggambaran.
Isu itu menjadi lebih hangat apabila Erma memberi kenyataan di laman sosial, jika watak puteri dari Majapahit dan orang-orangnya ‘berkemban itu akan membawanya ke neraka, dia reda’.
Dalam artikel disiarkan Harian Metro baru-baru ini, Erma menjelaskan, kata-kata itu dimuat naik ke laman sosial Instagram miliknya selepas ada pihak mempertikaikan watak wanita berkemban tanpa mendengar penjelasannya terlebih dulu.
Perkara itu dibuat kerana cerita dihasil berdasarkan sejarah dan peristiwa sebenar berlaku pada zaman pemerintahan Sultan Mansur Shah sekitar 1456. Dia tidak pernah mempertikaikan hukum agama. -HM


NELAYAN di Teluk Mexico terkejut apabila pukatnya bukan saja penuh dengan hasil tangkapan udang, malahan turut memerangkap seekor jerung yang dikenali sebagaigoblin shark kerana rupanya yang buruk.
Dianggarkan sepanjang enam meter itu, spesis yang jarang ditemui sejak lebih 10 tahun lalu itu terperangkap dalam pukat udang di perairan barat Florida, Amerika Syarikat.
Berwarna merah jambu gelap, nelayan itu terkejut apabila pukat udangnya turut diselit dengan jerung zaman purba itu.
“Ia memiliki paruh panjang dengan gigi yang tajam, bagaikan fosil hidup.
“Saya tidak tahu apakah ia terutama apabila melihat rupa dan giginya,” kata nelayan, Carl Moore.
Bagaimanapun, saintis kecewa apabila Moore melepaskan jerung berkenaan selepas merakamkan gambarkan.
Berdasarkan gambar itu, saintis berpendapat ia spesis jerung betina yang hidup di laut dalam dan boleh berubah warna kepada hitam jika berhadapan ancaman.
Paruhnya dikatakan berupaya mengesan mangsa walaupun dalam situasi ia tidak dapat melihat atau mendengar.
Spesis jerung goblin ini memakan ikan, termasuk jerung dan pari, selain ketam, udang serta hidupan laut lain.



AKTRES Selena Gomez dikhabarkan telah keluar bersama dengan Orlando Bloom menghadiri konsert Chelsea Handler di Los Angeles pada 26 April lalu.

Menurut laporan Hollywood Life, baik Selena mahupun Orlando tidak memberikan sebarang pengesahan tentang perhubungan mereka itu namun kedua-duanya nampak begitu mesra ketika bersama.

"Orlando begitu memberi perhatian terhadap Selena malah turut mengundang wanita itu ke beberapa acara kerohanian agama Budha.," kata sumber.

Bekas suami kepada model Miranda Kerr itu sememangnya sudah lama menjadi ahli Soka Gakki International, sebuah organisasi yang menerapkan ajaran Budha dibawah sami Nichiren Daishonin.

Sao Paulo: Seorang peminat bola sepak maut dalam perkelahian di luar sebuah stadium di Brazil selepas kepalanya terkena mangkuk tandas yang dibaling dari tempat duduk penonton, lapor media semalam.
Laporan globoesporte menyatakan, kejadian berlaku selepas kelab Santa Cruz yang mewakili bandar Recife sekadar seri 1 -1 dengan pasukan pelawat Parana.
Kedua-dua kelab bertanding dalam bahagian dua liga bola sepak Brazil.
Sumber berkata, selepas perlawanan berlangsung penyokong kedua-dua pasukan bertempur di luar Stadium Arruda.
“Seorang daripada mereka mencabut mangkuk tandas dalam stadium dan melontarnya ke jalan di bawah,” katanya.
Ketika itu, kata sumber, berlaku pergaduhan sengit di depan Pintu 6.
Sementara itu pegawai polis Recife, Wilson Queiroz berkata, mangsa maut akibat kecederaan parah di kepalanya.
Kata Queiroz, mangkuk tandas itu jatuh betul-betul di kepala mangsa.

“Mangsa bersama seseorang ketika itu tetapi seorang orang lari sejurus selepas kejadian,” katanya.

Brazil bakal menjadi tuan rumah pesta bola sepak Piala Dunia mulai bulan depan dan masih bergelut dengan pelbagai isu, termasuk kelewatan menyiapkan stadium serta protes orang awam.

Pasir Puteh: Seorang bapa bukan saja trauma tetapi menyesal tak sudah apabila anak kesayangannya berusia dua tahun maut selepas digilis jentolak dipandunya di Kilometer 19, Jalan Pasir Puteh-Machang-Grik di Kampung Felcra Teratak Batu, Gaal, dekat sini, kelmarin.
Dalam kejadian 3.30 petang, Muhammad Harris Salihin Roemi meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala.
Mayat kanak-kanak itu dihantar ke Hospital Tengku Anis, di sini, untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarganya untuk dikebumikan.
Ketua Polis Daerah Pasir Puteh Deputi Superintendan Mohd Kamal Zainal berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku di depan rumah tidak bernombor ketika ayah mangsa mengundurkan jentolaknya selepas membuang pasir.
“Sebaik membuang pasir, ayah mangsa mengundurkan jentolak dipandunya, namun dipercayai tidak perasan anaknya di belakang lalu melanggarnya.
“Ini menyebabkan tayar belakang sebelah kiri jentolak menggilis kepala mangsa,” katanya.
Menurut Mohd Kamal berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Saya menasihatkan keluarga mempunyai anak kecil supaya berwaspada bagi mengelak kejadian seperti ini,” katanya.
Usaha Metro Ahad untuk menemu bual keluarga mangsa, terutama ayahnya gagal kerana dia enggan ditemu bual.

Machang: Walaupun berjaya menarik keluar mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sebuah bank di sini, semalam, dua lelaki bertopeng berputih mata apabila gagal memecahkan mesin mengandungi wang RM178,550 itu, dipercayai kerana kurang pengalaman selain kesuntukan masa.
Pemangku Ketua Polis Daerah Machang Asisten Superintendan Loo Lian Lai berkata, dalam kejadian jam 5.30 pagi, kedua-dua suspek menaiki Proton Waja sebelum turun dari kereta, mengikat mesin ATM dengan kabel dan menariknya menggunakan kereta itu.
Katanya, seorang saksi yang melihat kejadian itu segera menghubungi polis.

“Mesin ATM ditarik 50 meter dan kedua-dua suspek cuba memecahkannya untuk mengeluarkan peti wang, tetapi gagal sebelum mereka melarikan diri,” katanya.

Loo berkata, pemeriksaan terhadap mesin ATM itu mendapati tiada peti wang hilang dan ia disahkan pegawai operasi bank.