Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi



Makanan pedas atau berempah sememangnya menjadi kegemaran masyarakat di Malaysia. Tidak sah jika sesuatu jenis makanan tidak dihidangkan dengan cili ataupun bahan yang membuatkan makanan tersebut menjadi pedas.



Ada pula yang suka memakan cili seperti memakan ulam. Amalan memakan cili ini tidak digalakkan dijadikan sebahagian daripada tabiat pemakanan harian terutamanya bagi golongan wanita. 

Pakar gastroenterologist daripada India, Dr. SK Thakur berkata memakan makanan pedas boleh mengakibatkan seseorang itu mendapat beberapa penyakit yang serius.

Antara penyakit yang mungkin boleh dihidapi oleh mereka yang gemar memakan pedas berlebihan adalah seperti berikut : 

Meningkatkan asid perut
Rasa pedas pada cili di makanan pedas itu sebenarnya berasal dari kombinasi asam. Jika masuk dalam sistem pencernaan, dimana sebenarnya kadar asamnya pun tinggi, maka asam dalam masakan pedas akan menambah jumlah asid di perut.

Gangguan perut akut
Peningkatan jumlah asid perut yang drastik, jika berlaku terus-menerus akan mencetuskan gangguan lambung akut di lambung. Gejalanya mual, muntah-muntah, demam, diare, sakit kepala dan muntah.

Peradangan
Hal ini adalah berikutan dari gangguan lambung akut, yang menyebabkan perut terluka. Luka parah di perut ini membuat nanah muncul dan keluar dari luka tersebut.

Sukar tidur atau insomnia
Makanan pedas meningkatkan suhu tubuh dan menyebabkan keluarnya keringat. Ini menyebabkan anda sukar tidur.

Oleh itu, pengambilan makanan pedas ini disarankan adalah 3 atau 4 kali seminggu dengan kadar yang tidak terlalu tinggi.

Untuk menurunkan kadar asam lambung yang meningkat, maka pengambilan susu dan air kelapa muda akan membantu menurunkan, sehingga anda terhindar dari gangguan pencernaan.

SOUTH CAROLINA – Seorang wanita dihukum penjara 20 tahun selepas bayi yang disusunya meninggal dunia kerana pengambilan dadah berlebihan melalui susu badan.
Wanita itu yang juga bekas jururawat Stephanie Greene, 39, mengambil ubat termasuk ubat penahan sakit tanpa memaklumkan doktor bahawa dia sedang mengandung.
Keadaan itu menyebabkan bayinya yang berusia enam minggu, Alexis meninggal dunia pada November 2010.
Laporan forensik menunjukkan terdapat tiga jenis dadah dan morfin dalam sistem badan bayi malang itu.
Greene didapati bersalah oleh hakim kerana membunuh bayinya dan mengabaikan kebajikan bayi berkenaan.
“Dia lebih sayangkan dadah daripada bayinya sendiri,’’ kata hakim meskipun peguam bela Greene menyatakan bahawa bukti yang ada tidak mencukupi untuk menunjukkan bahawa dadah yang diambil oleh wanita itu disalurkan kepada bayinya menerusi susu.
Greene kini berdepan dengan 38 lagu tuduhan kerana menipu untuk mendapatkan ubat.

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan mengingatkan orang ramai supaya tidak menggunakan produk menurunkan berat badan yang diharamkan `Figure Up’ kerana disahkan mengandungi bahan racun sibutramine.
Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, Datuk Eisah Abdul Rahman berkata, siasatan pihaknya mendapati produk itu masih dijual menerusi internet meskipun larangan keatasnya pernah dibuat pada 8 November 2013.
“Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) masih menerima laporan kesan advers melibatkan produk ini. Antaranya dua pengguna berusia 14 dan 38 tahun mengalami sawan dan pendarahan ulser duodenal.
“Semakan mendapati produk ini banyak dipasarkan melalui internet. Label produk itu juga mengelirukan kerana mendakwa mengandungi ramuan semulajadi dan dihasilkan di kilang bertaraf Amalan Perkilangan Baik (AFB),” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Eisah berkata, siasatan juga mendapati nama syarikat yang tertera pada produk tersebut iaitu Biospecially Food Trading tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah.
Beliau menjelaskan, sibutramine adalah ubat terkawal untuk rawatan obesiti tetapi ubatan yang mengandungi bahan itu telah ditarik balik pendaftarannya di Malaysia pada 2012 disebabkan risiko serangan jantung dan strok.
Menurutnya, kesan lain adalah peningkatan tekanan darah dan denyutan jantung, kering mulut dan tekak, cirit-birit, pening, sakit kepala, sukar tidur, sawan dan pendarahan dalaman.
Sehubungan itu, beliau menggesa pihak terlibat supaya menghentikan jualan produk itu atau berhadapan tindakan dibawah Akta Jualan Dadah 1952 dan Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.
Jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya.
Justeru, belia menyeru orang ramai supaya berhati-hati dalam melakukan pembelian ubat-ubatan melalui internet kerana kualiti dan keselamatan kebanyakan produk terbabit sukar dipastikan.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung produk `Figure Up’ supaya menghubungi talian 03.78413200,” katanya.
Eisah turut memaklumkan dua lagi produk yang tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan iaitu `Collagen Slim’ dan Beautiful Slim Body’ turut mengandungi sibutramine.
Biodata Mirasih Tyas Endah atau Tyas Mirasih (lahir di Jakarta, 8 April 1987; umur 22 tahun) adalah seorang model video klip, presenter, dan pemain sinetron Indonesia. Memang tidak dinafikan pelakon yang sedang meningkat naik ini agak bersifat lebih terbuka dan tidak teragak-agak untuk kongsi gambar-gambar panas di media sosial









JOHOR BAHRU – Seorang pemandu treler Perodua yang membawa muatan kereta baru maut dirempuh dari belakang oleh sebuah kenderaan Perodua Alza.
Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengahari itu, mangsa sedang membuka tali untuk mengeluarkan kereta Perodua Myvi dari treler yang dipandunya sebelum dirempuh sebuah kereta Perodua Alza yang dipandu seorang lelaki.
Difahamkan, lelaki berkenaan didakwa memandu sambil bermain dengan telefon pintarnya sebelum merempuh mangsa.
Mangsa maut serta merta di tempat kejadian.
Pemandu Perodua Alza didapati cuba melarikan diri setelah kejadian tersebut, namun gagal apabila tayar keretanya tersangkut pada besi bahagian belakang treler.
Setelah percubaan demi percubaan, pemandu kereta tersebut akhirnya berlari keluar dari keretanya dan lari ke Bank Islam berdekatan dan dikejar oleh orang awam.
Lelaki itu berjaya ditangkap tetapi dia mengaku tidak bersalah dengan alasan dia sedang berjoging dan dia tiada kena mengena dengan kejadian itu katanya.








TELUK INTAN - Seorang wanita dan anak perempuannya maut selepas kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori di KM47 Jalan Teluk Intan-Sitiawan di sini petang semalam.
Dalam kejadian pada 5 petang itu, mangsa dikenali sebagai Nurzuraiyanie Habil, 30, dan Iman Nur Qurratunnisa Muhammad Syafie, 2, meninggal dunia di tempat kejadian.
Sementara seorang lagi anak mangsa Muhammad Iman Qashrin, 5, tidak mengalami sebarang kecederaan.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata kereta jenis Proton Saga BLM yang dipandu Nurzuraiyanie dari arah Teluk Intan menghala ke Sitiawan dipercayai cuba memotong kenderaan di hadapannya sebelum bertembung sebuah lori yang datang dari arah bertentangan.
“Kereta yang dipandu mangsa telah berpusing beberapa kali dan terbakar manakala lori itu telah terbabas ke bahu kiri jalan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Goh berkata pemandu lori berusia 37 tahun itu tidak sempat mengelak memandangkan jarak yang terlalu dekat dan mengakibatkan kedua-dua kenderaan itu bertembung.
Katanya ketiga-tiga beranak yang berada di dalam kereta itu berjaya dikeluarkan dengan bantuan pihak bomba dan orang ramai.
Goh berkata kedua-dua mangsa yang maut dibawa ke Hospital Teluk Intan untuk bedah siasat manakala pemandu lori dan anak mangsa yang terselamat dirawat di hospital sama.
“Hasil bedah siasat yang dilakukan, Nurzuraiyanie mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian anggota badan manakala anaknya mengalami kecederaan parah di kepala selain melecur teruk,” katanya.

Jika anda adalah seorang pemandu kenderaan, pastikan tahap keselamatan diri dan langkah berjaga-jaga diambil bagi mengelakkan diri anda daripada menjadi mangsa samun.




Taktik terkini yang dikesan digunakan penjenayah adalah dengan melarikan harta benda khususnya kenderaan anda dengan menggunakan taktik IKUT dan SAMUN.


Ikuti MO dan nasihat dari pihak polis bagi mengelakkan anda daripada menjadi mangsa seterusnya.
Modus Operandi:
Suspek terdiri daripada empat orang atau lebih dan menaiki sebuah kenderaan.
Kebiasaannya suspek akan menggunakan sebilah parang untuk menakutkan mangsa yang hendak disamun.
Ada juga menggunakan taktik dengan menyerang mangsa sama ada masuk atau keluar kenderaan
Suspek akan mengarahkan mangsa menyerahkan barang kemas atau harta benda milik mangsa dan meninggalkannya di dalam kereta mangsa.
Suspek akan bertindak menarik mangsa keluar dari kenderaan
Suspek akan melarikan kereta mangsa bersama-sama kenderaan yang dinaiki suspek yang lain.

Nasihat:
Sekiranya anda melihat atau diekori oleh kenderaan yang dinaiki mana-mana individu tidak dikenali terus menghubungi balai polis berdekatan atau berhenti di kawasan yang ramai orang.
Sekiranya berada di luar pagar, tunggu seketika dan tinjau keadaan sekeliling melalui cermin pandang belakang. Kenal pasti tiada kenderaan mencurigakan berhenti tidak jauh dari kenderaan anda.
Tidak panik dan kenal pasti nombor kenderaan yang dinaiki suspek seperti (jenis kenderaan, warna, nombor pendaftaran, bangsa, pakaian dan jantina).
Jangan menggadai nyawa sekiranya berlaku bergelutan dengan suspek untuk mempertahan harta benda.
Memasang sistem pengesan kenderaan di kereta bagi memudahkan pencarian pihak berkuasa (sekiranya mampu)


Pada 24 Disember tahun lalu, orang ramai di serata Malaysia dikejutkan dengan pendaratan ribuan ikan tamban di pantai Tambisan Lahad Datu, Sabah. 

Kejadian itu mendapat liputan media massa dan akhbar-akhbar tempatan malah turut hangat diperkatakan di laman-laman sosial. Maklumlah, ia pertama kali dilaporkan berlaku di Malaysia meskipun penduduk di kampung berkenaan memberitahu fenomena itu sudah beberapa kali berlaku. 

Terbaru, kejadian sama didakwa berlaku di pantai Miri, Sarawak. Beberapa keping gambar fenomena pelik ini telah dikongsikan dalam fanpage facebook I Love Sarawak. 

Bagaimanapun, kesahihan cerita ini masih belum disahkan kerana tiada sebarang video telah dimuatnaik di laman sosial mahupun di laman youtube bagi membuktikannya. 







KLIP video single antarabangsa Agnes Monica berjudul Coke Bottle dikecam oleh segelintir peminat berikutan penampilannya yang agak seksi.
Agnes telah menggayakan pakaian tradisional Indonesia dalam klip video itu.
Bagaimanapun Agnes memberi alasan dia tidak sempat untuk memberi ukuran baju kepada ibunya yang diminta membawa baju berkenaan sebelum penggambaran klip video dilakukan.
“Saya tidak sempat untuk memberi ukuran badan dan tidak sempat mencuba dahulu baju tersebut kerana sibuk dengan latihan.
“Saya akui ia agak seksi tetapi baju itu sangat cantik,” katanya.
Klip video tersebut mendapat perhatian beberapa media barat dan membuatkan  namanya mula dikenali pada peringkat antarabangsa.
“Saya suka lihat Twitter dan radio di sana, mereka banyak memberi liputan tentang lagu tersebut.
“Ia adalah satu permulaan yang baik, saya bersyukur kerana semua yang dirancang berjalan lancar,” katanya.-Mstar

KEENGANAN
 Hanez Suraya memohon maaf kepada isteri teman lelakinya sebelum ini menyebabkan pelakon itu dikecam hebat orang ramai di laman sosial termasuk akhbar-akhbar tempatan.

Lebih memburukkan lagi keadaan, Hanez cuba bertindak kurang bijak apabila mengugut untuk menyaman Liyana kerana telah memalukan dirinya kepada umum jika gagal memohon maaf.
Walau bagaimanapun, menyedari sokongan orang ramai terhadap nasib yang menimpa Liyana Manan termasuk beberapa rakan artis, ini mungkin sedikit sebanyak memaksa Hanez untuk mengambil pendirian memohon maaf dan bersemuka secara berdepan dengan Liyana.
Sememangnya ini merupakan satu perkembangan baik buat bekas kekasih Awi Rafael itu namun ramai peminat mendakwa ianya sudah terlambat. Apapun, jika Hanez benar-benar ikhlas dengan permohonan maaf serta mengundur diri, mungkin reputasinya dapat dipulihkan kembali.


DATUK Seri Anwar Ibrahim dilapor akan membuat pendedahan mengejutkan mengenai lokasi sebenar pesawat MH370 minggu depan, dengan syarat BN menerima usul untuk membahaskan perkara tersebut di Parlimen Khamis nanti.
Ini adalah lanjutan dari pengesahan Anwar kepada akhbar The Telegraph semalam bahawa Putrajaya sememangnya ada menyembunyikan maklumat penting dalam kes kehilangan MH370 ini.  Sudah tentu Anwar tahu apa yang Putrajaya cuba sembunyikan bila mengeluarkan kenyataan seperti itu.
Tujuan pendedahan itu dibuat kerana Anwar nak menjawab kritikan pemimpin-pemimpin UMNO kononnya kenyataannya kepada The Telegraph tidak berasas dan bertujuan nak memburukkan imej negara.
Persoalan seterusnya, kenapa di Parlimen, kenapa tidak sekarang, ketika usaha mencari sedang giat berjalan di Lautan Hindi?
Selain dari itu, dalam pendedahan tersebut yang akan dibuat khamis nanti, Anwar akan turut mendedahkan beberapa maklumat sulit mengenai keupayaan radar negara bagi menunjukkan sememangnya lokasi pesawat itu diketahui kerajaan selama ini.
Anwar memang mahu bercakap mengenai perkara ini kerana beliau mengaku mempunyai pengetahuan meluas mengenai radar tentera berbanding orang lain, mungkin radar tu dia yang cipta atau sengaja mahu menipu rakyat dan melaga-laga kan negara lain dengan Malaysia.
Apa-apa pun sama-sama kita nantikan pendedahan dari Anwar itu nanti.


Ramona Zam Zam yang bukan sahaja 'mantap', seksi, tetapi juga begitu sosial sekali gaya hidupnya. Sebenarnya, kalau diikutkan pada keadaan sekarang ini, tidak perlulah kita nak terkejut bagai, sebab berpeluk-pelukkan dengan lelaki, berpakaian seksi,dan bersosial dikelab-kelab malam, itu semua memang sudah menjadi kebiasaan buat remaja-remaja masa kini, lebih-lebih lagi mereka-mereka yang tinggal di kota besar seperti Kuala Lumpur ini.

Admin malas nak komen tentang dosa dan pahala bila berkelakuan begitu, itu semua hal diorang dengan Pencipta. Tapi, yang tak sedapnya, bila ada artis-artis yang tidak cerdik seperti Ramona Zam Zam ini, baru saja nak masuk dunia seni, dah mula cipta kontroversi.

Dah tahu diri tu baru sahaja nak popular, peminat pula belum ramai, pandai-pandailah cipta nama dengan baik, ini tidak, baru satu dua babak jadi pelakon pembantu, sudah mula keluar cerita-cerita kurang menarik, dan letak pula gambar-gambar sumbang dalam laman sosial. Untuk apa semua tu? saja nak popular bikin gempakkan?

Gambar-gambar yang Admin dapat ni (hasil dari ManggaOnline), memang jelas mempamerkan sisi gelap Ramona. Tak silap Admin, gambar ini baru sahaja tersebar di Internet, dan mungkin diambil oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab daripada laman sosial, Facebook milik Ramona ini sendiri.


Kenapa yer perlu letak gambar-gambar seperti ini di laman sosial? Bukankah ia seperti sengaja untuk menempah maut?

Daripada apa yang Admin nampak, gambar-gambar ini memang bukanlah diphotoshop ataupun di sabotaj oleh mana-mana pihak tertentu, jadi Admin tak sabar nak dengar apa agaknya penjelasan daripada Ramona.