Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
Persoalan "Cantik Tak Bontot Saya" Sharifah Sakinah perlukan Jawapan dan bukan Tomahan. Untuk menjawab perihal Bontot Sakinah ini dengan ikhlas, pastinya perlu amati dan menghayatiBentuk Bontot selebriti kontroversi itu terlebih dahulu. Berikut ialah Foto Koleksi Gambar Bontot Sharifah Sakinah sebagai rujukan ilmiah.

Badigol Soot bukannya teringin sangat nak tengok Foto Bontot Sharifah Sakinah, tapi terpaksa juga demi menjawab soalan Sharifah Sakinah iaitu Cantik Tak Bontot Saya. Badigol menjawab:Bontot Sharifah Sakinah Mantop 4 Bintang dan memenuhi kehendak industri tempatan.
Tabiat ambil Gambar Bontot Sendiri
Keghairahan Sharifah Sakinah dengan Tabiat mengambil Gambar Bontot sendiri semakin luarbiasa. Sekiranya dibiarkan berterusan dengan Hobi Aneh ini, amat membimbangkan sekiranya minat Sharifah Sakinah pada Bontotnya berubah ke anggota badan yang lebih sensitif. Ia satu Tragedi Biru sekiranya Gambar bahagian Sensitif itu di upload Sakinah ke Instagramnya. Jika Sharifah Sakinah perkara sebagini bukannya Mustahil.
Kemungkinan Sharifah Sakinah sangat Kagumi bentuk Bontot sendiri dan merasakan bontotnya itu terlalu istimewa sehinggakan merasa ia satu kerugian jika tidak dikongsikan bersama peminat-peminatnya. Bagaimana dengan Koleksi Gambar Bontot Sharifah Sakinah???
Penyakit Psikologi seperti ini bukannya sesuatu yang baru. Bersimpatilah! Hari ini Sharifah Sakinah dan mungkin esok hari kita pula. Harap Sharifah Sakinah tabah melaui dugaan ini. Semoga cepat sembuh.
Hiburan
Sepasang ibu bapa diselar di laman sosial selepas gambar anak mereka yang dibiarkan telanjang bulat di sekitar Changi Food Centre, Singapura tersebar.
Seorang pembaca memberitahu laman web Stomp, ibu bapa tersebut bukan sahaja membiarkan anak mereka berlari ke sana sini dalam keadaan telanjang malah membuang air kecil di lantai premis tempat makan tersebut.
Kata pengadu tersebut, pada mulanya si anak dilihat masih memakai seluar dalam namun tidak lama kemudian, bertelanjang bulat.
Rata-rata rakyat Singapura yang memperkatakan perkara ini di sebuah forum bagaimanapun tidak percaya kanak-kanak tersebut anak warga Singapura dan yakin ia dilakukan ibu bapa dari China. Salah seorang daripadanya memberi komen, mustahil rakyat Singapura akan berkelakuan begitu.
Kejadian dirakamkan pada malam 1 April, Selasa lalu
Isu Panas
Empat badan bukan kerajaan (NGO) hari ini menyerahkan memorandum bantahan terhadap dua agensi berita dari Amerika Syarikat (AS) yang didakwa membuat liputan berita tidak tepat serta tanggapan buruk terhadap Malaysia berkenaan tragedi pesawat MH370.
Empat NGO itu ialah Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Yayasan Media Malaysia (MMF), Persatuan Pengguna Islam Antarabangsa dan Batas Malaysia.
Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan mendakwa dua agensi berita iaitu Cable News Network (CNN) dan Fox News bukan sahaja mengeluarkan berita tidak tepat malah tidak mempunyai etika kewartawanan dalam liputan tragedi MH370.
“Media mempunyai kebebasan, tapi janganlah melampau sehingga menyebarkan pembohongan.
“Pengamal media perlu lebih bertanggungjawab dalam penulisan berita, kerana berita yang tidak benar boleh mencetus keadaan tidak tenteram dalam kalangan masyarakat,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum kepada wakil kedutaan AS di Kuala Lumpur, kira-kira 3.30 petang.
Beliau berkata, sebagai pengamal media yang profesional, kedua-dua agensi berita itu perlu membuat kajian sebelum mengeluarkan berita berkenaan.
Nadzim berkata, sebagai contohnya, wartawan CNN yang membuat liputan berita itu tidak mempunyai pengetahuan mengenai negara ini dan melaporkan Kuala Lumpur terletak di Indonesia.
Sementara itu, Presiden MMF Dzulkarnain Taib melahirkan rasa kesal terhadap agensi itu yang didakwanya gagal mematuhi etika kewartawanan.
“Kita (MMF) sedia menawarkan latihan asas kewartawanan secara percuma terutamanya kepada CNN dan Fox News,” katanya.
Beliau menambah, tindakan pengamal media terbabit diumpamakan sebagai “pelacur” kewartawanan.
Kira-kira 100 penyokong NGO itu berkumpul di hadapan bangunan kedutaan itu sambil memegang kain rentang tertera perkataan: “Malaysia is not a terrorist country, stop spreading lies about Islam and Malaysia” dan “CNN & Fox News Channel Boycott”.
Beberapa anggota polis berkawal di sekitar bangunan itu bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku.
Pesawat Malaysia Airlines MH370, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang pada 8 Mac lepas, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL di Sepang pada 12.41 tengah malam. – Bernama
Isu Semasa
Selfie atau mengambil gambar sendiri kini menjadi kegemaran semua orang tanpa mengira usia, di seluruh dunia.
Tapi siapa sangka, trend ini turut diikut oleh ‘makhluk lain‘. Tak percaya?
Saksikan gambar di bawah dan penerangannya:
Beberapa bulan lalu sepupu kepada kawan saya membeli sebuah telefon bimbit baru. Satu hari selepas balik kerja dia meletakkan telefon tersebut di atas meja lalu mula menonton televisyen.
Anaknya datang lalu meminta untuk bermain dengan telefon bimbit tersebut. Dia membenarkan dengan syarat jangan menelefon sesiapa atau membuka mesej.
Sekitar 11.20 malam dia mula berasa mengantuk lalu ke bilik anaknya untuk memeriksa. Ternyata anaknya tiada di situ.
Rupa-rupanya si anak tertidur dalam biliknya dengan telefon masih di tangan. Dia mula memeriksa jika ada perubahan dilakukan anaknya pada telefon bimbit.
Didapati, hanya perubahan kecil dilakukan seperti menukar gambar latar. Seterusnya dia membuka bahagian ‘Pictures’ dan mula memadam gambar-gambar yang diambil. Hinggalah apabila tiba di gambar terakhir, dia tersentak…
Gambar itu menunjukkan anaknya sedang tidur di atas katil tetapi diambil oleh ‘orang lain’. Separuh daripada wajah pengambil dapat dilihat dan menyerupai wajah perempuan tua!)
Seram tak?
Kewujudan makhluk selain manusia memang sesuatu yang tidak dapat dinafikan. Tapi sama ada gambar dan cerita di atas benar,
Misteri Sejarah

PETALING JAYA – Penerbangan Malaysia Airlines (MAS) ke London terpaksa dijadualkan semula pada Khamis kerana masalah teknikal yang melibatkan pesawat.
Dalam satu kenyataan, syarikat penerbangan itu berkata penerbangan MH004 yang dijadual berlepas ke London pada jam 10.10 pagi telah ditunda atas sebab-sebab keselamatan.
“Oleh kerana keselamatan penumpang adalah keutamaan kepada syarikat penerbangan ini, penjadualan semula masa adalah perlu untuk memudahkan kerja-kerja membetulkan pesawat,” kata kenyataan itu.
Penerbangan itu dijadualkan semula pada pukul 2.15 petang hari yang sama.
Sejak kehilangan MH370, terdapat beberapa siri kemalangan yang melibatkan pesawat termasuk kebakaran enjin dalam penerbangan Malindo, penerbangan MAS melanggar sekumpulan itik di Kathmandu dan penerbangan MAS ke Korea Selatan telah dialihkan ke Hong Kong selepas kegagalan generator pesawat. – Mstar.com.my
Isu Semasa

India – Seorang lelaki di sebuah perkampungan di Kartanaka menjadi terkenal hanya kerana dia ketagih makan batu bata, tanah serta selut dan mampu makan tiga kilogram, setiap hari.
Pakkirappa Hunagundi, 30, mula ketagih benda berkenaan sejak berusia 1o tahun dan mendakwa tidak mengalami sebarang penyakit akibat ketagihan luar biasa itu.
Setiap kali berasa lapar, dia akan merayau di kawasan jalan dan tembok untuk mencari batu bata yang sesuai.
Ketagihannya itu dikenali sebagai Pica, iaitu penyakit di mana penghidapnya akan berselera pada benda-benda yang tidak mengandungi khasiat.
Meskipun dia menggigit benda-benda keras, namun Pakkirappa mempunyai barisan gigi yang penuh dan tidak bercadang mencari ubat untuk merawat ketagihan luar biasa itu.
“Saya sudah makan batu bata ini selama 20 tahun. Saya suka makannya dan ia sudah menjadi sebahagian daripada hidup saya.
“Sejak menghidap ketagihan ini saya tidak mengalami sebarang penyakit malah gigi saya juga sihat. Saya boleh menggigit batu yang keras tanpa masalah,’’ katanya.
Ibunya telah menghabiskan masa selama 20 tahun menasihatkan anaknya itu supaya tidak makan rumah mereka atau batu bata di kampung berkenaan.
Jelas Pakkirappa, dia tidak mempedulikan nasihat ibunya itu walaupun dia menawarkan ayam goreng atau makanan lain .
“Saya akan tolak makanan itu kerana saya perlukan batu bata. Saya tidak boleh membuang tabiat ini,’’ katanya.
Global

China – Nampak kejam namun ia cara yang dilakukan oleh seorang bapa untuk mengajar anaknya daripada berhenti mencuri. Caranya ialah dengan merantai anaknya dalam bilik.
Bagi Wen Yuan, 47, dengan mengikat rantai di leher anaknya, Chuang, 24, ia bukan sahaja dapat menyedarkan anaknya itu mengenai tabiat buruk mencuri malah dapat mengelak keluarganya daripada terus mendapat malu.
Jelasnya ia juga dapat mengelak Chuang daripada masuk penjara.
Rantai yang diikat pada leher Chuang itu disangkutkan pada batu berat, dan ia ditempatkan di dalam bilik tidur anaknya, supaya dia tidak boleh bergerak dan hanya berbaring di atas katil.
“Setiap kali berlaku kecurian, orang ramai akan mencari kami. Saya sudah tidak mampu untuk membayar ganti rugi kepada mereka.
“Saya sudah bosan kerana terpaksa meminta maaf kepada mereka atas perbuatan anak saya, jadi ini sahaja cara untuk mengajarnya,’’ katanya.
Menurut Wen Yuan, dia tidak boleh lagi membayar pampasan itu dan saya juga yakin jika Chuang masuk penjara, dia tidak akan berubah.
“Saya tidak tahu berapa lama dia perlu dirantai seperti itu namun kami perlu memberinya pengajaran sebagai persediaan untuk menjadi anggota masyarakat yang bertanggungjawab,’’ katanya.
Global
AKIBAT membenarkan seorang wanita masuk menangkap gambar dalam Cockpit seorang juruterbang dan co-pilot syarikat penerbangan vietnam digantung kerja.
Juruterbang itu membenarkan Ly Na Khy yang juga merupakan pelakon/ model memasuki pit untuk melihat sendiri bagaimana cara untuk mengendali kapal terbang dan sememangnya itu salah sebagai juruterbang.
Mungkin sebenarnya ramai penumpang yang mahu tahu bagaimana mengendali pesawat dan lebih teruja apabila melihat dengan mata sendiri.

Isu Panas
SUNGAI BULOH: Akibat kesempitan hidup kerana dibelenggu hutang keliling pinggang, dua remaja warga Indonesia nekad berhijrah ke negara ini, kira-kira sebulan lalu bagi mendapatkan peluang pekerjaan.
Bagaimanapun, hasrat mereka yang masing-masing berusia 17 dan 18 tahun bertukar mimpi ngeri apabila ditipu kakak angkat yang sebenarnya menjual mereka kepada ejen rumah urut untuk dijadikan pelacur.
Penderitaan dua remaja berkenaan tidak berpanjangan apabila diselamatkan polis dalam serbuan dilakukan Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Bukit Aman di dua premis di Bukit Rahman Putra di sini, kelmarin.
Serbuan jam 10 malam yang diketuai Asisten Superintendan Shahrul Nizam Jaafar berjaya menahan 10 wanita Vietnam berusia 22 hingga 31 tahun yang turut dijadikan pelacur di premis berkenaan.
Menurut Shahrul Nizam, kedua-dua remaja berkenaan dijanjikan pekerjaan jurujual di sebuah kedai, namun sebaik tiba di negara ini mereka dipaksa menjadi pelacur.
“Mereka mendakwa terdesak mencari pekerjaan kerana dibebani hutang, malangnya sebaik tiba di sini, mereka dijual kepada ejen pelacuran.
Kedua-dua kes itu disiasat mengikut Akta Anti Pemerdagangan Orang (ATIP).
“Siasatan awal juga tidak menolak kemungkinan semua wanita ini dibekalkan ejen pelacuran,” katanya ketika ditemui.
Katanya, selain 12 wanita terbabit, polis turut menahan dua lelaki tempatan berusia 25 dan 30 tahun yang bekerja sebagai penjaga kaunter di premis berkenaan.-HM
Isu Semasa

Pittsburgh: Seorang tukang kebun bernasib baik kerana masih hidup selepas dia dikejarkan ke hospital dengan gergaji berantai tertusuk ke lehernya akibat satu kemalangan.
James Valentine, 21, sedang memotong dahan di atas pokok di Ross Township Isnin lalu apabila kejadian berlaku.
Pekerja lain terpaksa memanjat pokok berkenaan untuk menurunkan Valentine selepas dia cedera. Mereka bagaimanapun tidak berani menarik gergaji pada leher leher Valentine bagi mengelak pendarahan lebih teruk.
Menurut laporan, polis berjaya memisahkan gergaji itu daripada motornya dan doktor yang tiba beberapa minit kemudian dapat menstabilkan keadaan mangsa sebelum ambulans membawanya ke hospital.
Valentine menjalani pembedahan serta-merta di Hospital Allegheny dan doktor berkata, dia bernasib baik kerana gergaji itu tidak mengena saraf utamanya.
Majikannya, Dominic Migliozzi menyifatkan usaha menyelamat pekerjanya itu sebagai “menakjubkan”.
Menurut Valentine, kejadian berlaku ketika dua cuba mengelak menyentuh kabel elektrik yang melalui celah pokok itu, menyebabkan dia gagal mengawal gergaji berantai itu sebelum ia menembusi leher dan bahunya.
“Kesakitannya tak tergambar. Darah memancut keluar. Ia sangat menakutkan,” kata Valentine. - AP
Global

Hong Kong: Seorang pakar feng shui mati tertimbus dalam tanah runtuh di sebuah tanah perkuburan di sini, hanya beberapa saat selepas menunjukkan ‘tempat pengebumian paling sempurna’ kepada sebuah keluarga.
Anggota keluarga De Meng, 75, yang baru meninggal dunia meminta pakar feng shui berkenaan, Zheng Guoqiang, 55, menunjukkan tempat paling sesuai untuk menyemadikan De Meng.
Selepas membuat penilaian tanah perkuburan itu, Zheng yang dianggap antara pakar feng shui paling terkenal Hong Kong memberitahu keluarga berkenaan dia sudah menemui lokasi paling sempurna.
Menurut satu-satunya orang yang terselamat dalam kejadian itu, tanah runtuh berlaku sejurus selepas pengumuman itu, mengakibatkan enam daripada tujuh anggota keluarga itu maut bersama Zheng.
Hong Kong yang kekurangan tanah semakin banyak melihat kawasan bukit curam digunakan untuk tujuan pengebumian. - Agensi
Global

LAGU antarabangsa pertama penyanyi kelahiran Indonesia, Agnes Monica berjudul Coke Bottle secara rasmi dilancarkan pada September lalu.
Bagaimanapun, klip video lagu tersebut baharu sahaja diperkenalkan beberapa hari lalu.
Melalui laman web MTV di Most Popular Music Video klip video Coke Bottle berjaya menduduki tempat pertama.
Ia juga telah mengalahkan beberapa klip video beberapa artis ternama dunia termasuk klip video Miley Cyrus berjudul 4x4 dan Ellie Goulding Beating Heart.
Hiburan
Subscribe to:
Posts (Atom)











Recent Comments