Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
Georgetown : Polis mengesahkan lelaki ditemui mati di dalam longkang berhampiran asrama Desasiwa Restu, Universiti Sains Malaysia (USM) di sini, kelmarin, berpunca akibat kemurungan.
Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut Superintendan Ismail Idris berkata, berdasarkan siasatan mangsa adalah mahasiswa tahun empat universiti berkenaan dalam jurusan farmasi.
Beliau berkata, mangsa berusia 23 tahun dan berasal dari Lahat, Ipoh, Perak dan tinggal bersebelahan asrama lelaki berhampiran dengan lokasi mayatnya ditemui.
“Siasatan dijalankan mendapati tidak ada saksi melihat kejadian dan melainkan maklumat dari rakan asrama mengatakan mangsa kelihatan murung sejak empat hari lalu.
“Mangsa dipercayai mengalami masalah peribadi dan kerap memencilkan diri sebelum mayatnya ditemui dalam longkang berhampiran tempat letak motosikal,” katanya.
Ismail berkata, berdasarkan siasatan di tempat serta pemeriksaan oleh pakar Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP) mangsa dipercayai terjatuh dari ketinggian 22 meter.
Pihaknya tidak menolak kemungkinan mangsa jatuh di atas tanah berhampiran longkang sebelum tergolek ke dalam longkang berikutan kawasan berkenaan curam.
“Pemeriksaan dilakukan menemui lumut di kaki mangsa selain kesan tapak kaki di atas bumbung bangunan membuktikan mangsa terjun dari tempat berkenaan.
“Hasil bedah siasat mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat kecederaan teruk selepas jatuh di tempat tinggi dan tidak mempunyai sebarang unsur jenayah,” katanya.
Kes diklasifikasi sebagai kematian mengejut dan siasatan diteruskan untuk merakam percakapan rakan dan keluarga mangsa.
Dalam kejadian itu seorang pengawal keselamatan menemui mayat seorang lelaki tanpa identiti di dalam longkang di sebuah asrama lelaki berhampiran tempat letak motosikal.
Isu Semasa

Kuala Lipis: Tempoh lima hari tinggal di dalam ‘neraka buatan suami’ cukup menyeksakan bagi seorang suri rumah apabila dia disuruh menghisap syabu sebelum dipaksa melayan nafsu lima lelaki dengan bayaran RM100 hingga RM120 setiap seorang.
Dalam kejadian pada 26 Mac lalu, wanita berusia 25 tahun berkenaan dibawa suaminya berusia 30 tahun ke sebuah rumah sewa di Benta, dekat sini, sebelum bertemu dengan lima lelaki berusia lingkungan 20 hingga 30 tahun yang menunggu untuk menjamah tubuh mangsa.
Difahamkan, mangsa dipercayai dilacurkan suaminya sejak awal 2013 di Raub bagi menyara kehidupan termasuk menggunakan hasil pendapatan haram itu untuk membeli syabu.
Bagaimanapun, suaminya terpaksa beralih lokasi di daerah ini untuk meneruskan kegiatan haram itu berikutan lelaki berkenaan masih tidak mempunyai pekerjaan untuk menyara keluarga.
Ketua Polis Daerah Kuala Lipis Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, selama lima hari berada di rumah berkenaan, mangsa terpaksa melayan nafsu lima lelaki terbabit selepas mereka semua membuat pembayaran.
Menurutnya, pada masa sama, ketika mangsa ‘disajikan’ kepada lima lelaki terbabit suaminya menjadi penonton tanpa menghiraukan rayuan dan belas kasihan wanita itu yang meminta dilepaskan.
Katanya, bagaimanapun, pada 30 Mac lalu, mangsa akhirnya nekad melarikan diri, namun cubaannya gagal kerana seorang daripada suspek terbabit dikatakan menyedari tindakan wanita berkenaan.
“Mangsa merayu kepada suspek terbabit yang dikenali sebagai Gemuk supaya melepaskannya, namun lelaki itu bersetuju untuk berbuat demikian, tetapi dengan satu syarat iaitu melayani nafsunya.
“Mangsa yang sudah buntu mencari jalan untuk menyelamatkan diri terpaksa mengikut arahan suspek sebelum lelaki itu menidurinya secara percuma tanpa pengetahuan suami mangsa,” katanya.
Menurutnya, selepas melayani nafsu lelaki itu, wanita berkenaan kemudian dibawa keluar dari rumah terbabit tanpa disedari suspek lain termasuk suami mangsa sebelum dia dihantar ke Stesen Bas Bandar Katanya, selepas ditinggalkan seorang diri, mangsa kemudian menghubungi Balai Polis Kuala Lipis, di sini, untuk meminta bantuan sebelum dia membuat laporan berhubung kejadian itu, petang kelmarin.
Abdul Razak berkata, susulan laporan dibuat mangsa, sepasukan anggota polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Lipis menahan empat lelaki terbabit termasuk suami mangsa di sebuah rumah seorang daripada suspek di Benta, petang kelmarin.
“Siasatan awal mendapati mangsa mendakwa dilacurkan suaminya sejak awal 2013 di Raub dan wang yang diperoleh secara haram itu digunakan untuk menyara kehidupan termasuk membeli syabu,” katanya.
Katanya, siasatan turut mendapati sebelum ini wanita itu pernah merayu tidak lagi dilacurkan, namun suaminya berang sebelum memukul dan menerajang mangsa tanpa belas kasihan.
Menurutnya, mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lipis (HKL), di sini, untuk mendapatkan rawatan, manakala anak perempuannya yang berusia lima tahun kini dijaga ibu mentuanya.
Abdul Razak berkata, polis masih menjalankan siasatan berhubung kejadian itu dan akan bertemu dengan keluarga mangsa serta mentuanya.
Isu Semasa

Johor Bahru: Seorang lelaki yang mengelar leher rakannya sehingga mati ketika sama-sama menunaikan solat Maghrib berjemaah di sebuah masjid di Tampoi, di sini, sempat mencuci tangan berlumuran darah sebelum masuk semula ke saf dan meneruskan sembahyang bagi mengelak perbuatannya dikesan.
Dalam kejadian jam 7.15 malam kelmarin, Ahmad Syukri Abu Bakar @ Mohamed, 41, ditemui dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah di beranda masjid sebelum meninggal dunia beberapa minit kemudian.
Difahamkan, kedua-dua lelaki itu bekas pesakit mental di Hospital Permai, di sini, dan hanya mereka berdua berada di saf paling belakang ketika solat, menyebabkan apa yang berlaku tidak disedari jemaah lain.
Seorang saksi yang enggan nama disiarkan berkata, mangsa dan suspek mula bergaduh ketika menunaikan solat Asar dan pertelingkahan mereka turut disedari jemaah lain.
“Bagaimanapun, kami tidak menyangka ia berlarutan sehingga ke waktu solat Maghrib dan akhirnya menyebabkan kematian seorang daripada mereka,” katanya yang turut menunaikan solat Asar dan Maghrib berjemaah bersama suspek serta mangsa, sebelum kejadian.
Isu Semasa
KEBENARAN sudah makin hampir dijangkau dan sesungguhnya ALLAH SWT itu Maha Berkuasa dan Maha Menyayangi kita umat Bani Jawi dan umat Islam di Tanah Melayu kita ini.
CHECKMATE.
Sumber emel perisikan Amerika Syarikat yang telah digodam menunjukkan bahawa Amerika Syarikat secara aktif terlibat dalam merancang serangan terorisma keatas fasiliti ketenteraan di Ukraine untuk mengkambing hitamkan Rusia dengan menggunakan pesawat komersil yang telah dirampas dan kemudiannya diubah suai menjadi pesawat ”peluru berpandu”.
Oleh yang demikian nampaknya, pihak Amerika Syarikat sedang menggunakan senjata”serampang dua mata” di mana ia dapat melaksanakan bukan dua, malah tiga agenda serentak.
1. Menghuru harakan keadaan yang tegang di Ukraine dengan Rusia
2. Mencipta hura-hara di Malaysia di atas nama ”Peperangan keatas Terorisma”
yang kononnya melibatkan teroris Al Qaeda.
3. Mengeruhkan hubungan 2 hala antara Malaysia dengan China
Namun pada masa yang sama, keselamatan penumpang dan krew pesawat tidak-lah boleh dipastikan. Mungkin ia digunakan sebagai tebusan keatas Kerajaan Malaysia.
Sekarang tiada siapa boleh mempertikaikan dakwaandakwaan akan wujudnya konspirasi besarbesaran yang dirancang oleh pihak Amerika Syarikat dan sekutusekutu baratnya, khususnya keatas Malaysia.Setakat ini belum ada masa lagi untuk menterjemahkan kandungan asal naratif emel tersebut. Kalau ada di antara saudarasaudari sekelian yang boleh membantu melengkapkan, bantuan anda sangatlah dihargai.
Bagaimanapun teorinya, kita sama-sama berdoa agar ada petunjuk untuk mencari kebenarannya.
Isu Semasa

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan hari ini telah mengedarkan transkrip penuh komunikasi di antara pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dengan kawalan trafik udara di Kuala Lumpur.
Menurut kenyataan Pemangku Menteri Pengakutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, transkrip itu telah dikongsikan dengan ahli keluarga penumpang serta anak kapal pesawat tersebut.
“Transkrip ini telah dikongsi dengan keluarga, dan disertakan sebagai Lampiran kepada siaran akhbar ini. Tidak ada petunjuk apa-apa yang mengatakan ada benda tidak normal dalam transkrip.
“Transkrip ini pada awalnya telah disimpan oleh pihak polis sebagai bahan siasatan. Sebelum ini, Malaysia Airlines telah menyatakan bahawa siasatan awal telah menunjukkan bahawa suara terakhir adalah dari pembantu juruterbang. Polis sedang mengesahkan perkara ini, dan pemeriksaan forensik berhubung rakaman sebenar sedang dijalankan,” katanya dalam kenyataan kepada pihak media pada Selasa.
Katanya lagi, pasukan siasatan antarabangsa dan pihak berkuasa Malaysia masih berpendapat bahawa, sehingga saat pesawat meninggalkan liputan radar utama tentera, pergerakan MH370 itu adalah selaras dengan tindakan seseorang di dalam pesawat.
Pada hari Isnin, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) mengesahkan perbualan terakhir dalam transkrip antara pengawal trafik udara dan kokpit pesawat adalah “Good night Malaysian 370″ (Selamat malam Malaysia 370).
Perbualan terakhir itu berlaku pada 1.19 pagi waktu Malaysia.
Berikut merupakan transkrip penuh komunikasi di antara pesawat MH370 dengan kawalan trafik udara Kuala Lumpur:
Isu Semasa
KUALA LUMPUR – Penceramah antarabangsa terkenal Prem Rawat berkata penemuan berharga daripada tragedi yang menimpa pesawat Malaysia Airlines MH370 boleh dijadikan pengajaran dan garis panduan oleh penumpang dan syarikat penerbangan.
“Tragedi seperti ini ada pengajarannya, nyawa manusia yang hilang juga, ada pengajarannya dan boleh dijadikan iktibar untuk meningkatkan keselamatan penumpang pesawat pada masa akan datang,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Penceramah berasal dari India ini juga merupakan juruterbang berpengalaman yang telah melakukan 14,000 jam penerbangan. Prem berkata beliau tidak percaya ada juruterbang yang sanggup melakukan tindakan negatif ketika menerbangkan pesawat.
“Saya tidak dapat bayangkan keadaan yang dialami juruterbang berkenaan kerana apabila mengemudi pesawat, tidak ada juruterbang yang tergamak membahayakan dirinya, penumpangnya dan pesawat yang dipandunya, tetapi akan memastikan penerbangan kendaliannya berjalan lancar dan selamat,” katanya merujuk kepada spekulasi bahawa anak kapal MH370 mungkin melakukan sabotaj terhadap pesawat itu.
Prem dikenali ramai melalui kemunculannya dalam siri televisyen berjudul ‘Words of Peace’, yang telah memenangi pelbagai anugerah dan ditonton di 50 negara dalam 48 bahasa setiap minggu.
Melalui program selama 30 minit yang disiarkan ke seluruh dunia itu, Rawat memberi perspektif unik tentang cara yang boleh diamalkan oleh seseorang untuk menikmati kehidupan yang tenteram dan bahagia.
Prem sedang dalam siri jelajahnya ke Malaysia untuk menyampaikan ceramah di Segamat, Ipoh dan Putrajaya.
– BERNAMA
Isu Semasa
“Cium pipi je, mak tak marah pun” demikianlah penjelasan seorang gadis bertudung apabila ditegur seorang rakan. Dia tanpa segan silu memuatnaik fotonya sedang bercium di Facebook.
Bagi penulis, adalah sangat bahaya memuatnaik foto-foto kurang sopan di Facebook kerana ianya bukan sahaja memalukan diri sendiri tetapi juga bakal berdepan risiko gambar berkenaan disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Isu Panas
Pelakon Lindsay Lohan yang bakat lakonannya mula dicungkil sejak dari usia kanak-kanak lagi, membuat pengakuan berani apabila mendedahkan nama sebilangan besar jejaka popular Hollywood yang pernah menidurinya satu ketika dulu.
Antara yang ada dalam senarai nama tersebut ialah mendiang Heath Ledger, Adam Levine, Orlando Bloom, Ashton Kutcher, Zac Efron dan Benicio Del Toro.
Lindsay yang popular dengan filem Mean Girls walau bagaimanapun hanya mendedahkan sedikit sahaja senarai nama tersebut kerana kebanyakan lelaki yang pernah menidurinya kini sudah berkeluarga.
Lindsay sebelum ini pernah terlibat dengan banyak kes jenayah antaranya penggunaan dadah dan alkohol sehingga memaksanya memasuki pusat pemulihan sebanyak enam kali.
Hiburan
SEMENJAK semalam, sekeping gambar telah menjadi viral di media sosial. Gambar yang memaparkan sepasangan remaja sedang ‘melepaskan rindu’.
Pasangan remaja berkenaan dikatakan sedang melepaskan rindu di dalam tandas sebuah stesen minyak Petronas.
Gambar tersebut menjadi viral dan rata-rata mengecam tindakan pasangan terbabit di Twitter.
Mungkin pihak pengusaha stesen minyak perlu memantau tandas premis mereka. Jika boleh, kuncikan sahaja di waktu malam. Dan hanya buka jika ada permintaan pelanggan untuk menggunakan
Akaun Twitter itu bagaimana pun telah digantung oleh pihak Twitter.
Tidak lama selepas gambar tersebut menjadi viral, muncul pula sebuah salinan laporan polis yang dibuat untuk menghentikan penyebaran gambar tidak senonoh berkenaan.

Pada 30/3/2014 jam lebih kurang 9.30 pagi semasa saya berada di rumah saya di Puchong Prima, kawan-kawan saya telah memberitahu berkenaan gambar-gambar #lucah saya bersama teman lelaki telah tersebar dalam laman sosial iaitu Tweeter tertera nama saya . Tetapi saya bukan pemilik akaun tersebut dan saya telah melihat akaun tersebut ternyata semua gambar-gambar adalah milik saya. Dalam Facebook juga telah tersebar gambar-gambar saya bersama teman lelaki untuk mengaibkan diri dan teman lelaki saya serta menjadi tontonan pengguna Facebook yang lain. Untuk makluman saya syak perbuatan itu dilakukan oleh skandal teman lelaki saya yang dikenali dengan nama Y************
Tujuan saya membuat report untuk menghentikan dan menyekat pemilik akaun palsu supaya tidak menyebarkan gambar-gambar #lucah saya bersama teman lelaki dan untuk rujukan pihak yang berkenaan.
Dalam laporan polis yang dibuat, remaja perempuan itu seperti mengakui bahawa mereka telah terlanjur jauh dan masih tidak menganggap apa yang dilakukannya dengan pasangan tak bersalah.
Isu Panas

IRELAND – Seorang budak berusia lapan tahun menjadi sensasi internet. Semuanya kerana orang ramai meminati badannya yang tegap dan berketul-ketul.
Budak itu, Brandon Blake, kelihatan seperti Hercules kecil yang mempunyai badan yang menarik.
Dia hanya seberat 25 kilogram dan masih muda, namun Brandon tidak menggemari permainan yang dimainkan oleh budak sebayanya sebaliknya dia lebih suka berlatih di gim.
Brandon dikenali ramai selepas selebriti Frank Medrano memuat naik gambarnya tersebut di dalam Facebook.
Budak ini mengamalkan pemakanan sihat dan mengambil bijirin pada waktu pagi serta daging dan sayur-sayuran untuk hidangan makan tengahari dan malam.
Dia juga tidak mengambil makanan atau minuman manis, namun jika ingin sangat makan makanan berkenaan, Brandon hanya akan menikmatinya pada hari Jumaat.
Bapanya yang juga bekas pemain bola, Mark, 32, berkata, anaknya menjadi sensasi internet dan diperkatakan di Hong Kong serta Australia.
“’Brandon amat gembira selepas dinobatkan sebagai hero. Dia seorang budak yang aktif dan suka berlatih di gimnastik,’’ katanya.
Global
SEKITAR September tahun lalu, ada khabar angin timbul mengatakan Jue Aziz telah berkahwin dengan seorang jejaka Turki kerana dilihat tampil bergambar dengan seorang bayi lelaki di akaun Instagram beliau — dan itu hanya sekadar khabar angin.
Seperti biasa, itu cerita lama. Terbaru kami ada menerima khabar yang mengatakan pelakon yang pernah dikaitkan dengan beberapa selebriti lelaki sebelum ini telah pun bernikah dengan seorang jejaka seberang di Indonesia.
Sumber kami memberitahu yang Jue Aziz telah pun selamat bernikah sekitar awal Mac lalu dengan seorang jejaka bergelar pemuzik bernama Bayu Daniels yang kerap membuat persembahan di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur.
Namun sumber kami yang lain pula berkata yang pasangan ini sudah selamat bernikah pada tarikh yang sama namun lokasinya masih tidak pasti sama ada di Indonesia atau Pulau Pinang.
Jika khabar yang kami terima ini benar belaka, tahniah kami ucapkan buat pasangan ini dan tidak perlu rasanya perkara baik untuk disorok dari pengetahuan ramai. Berikut beberapa gambar Jue Aziz bersama Bayu Daniels yang kami terima. Enjoice!
Hiburan
Si Aslinda_Pit telah popular kat twitter. Tiba2 nama dia meletup angkara gambar kat bawah neh hah

Pada aku nama Aslinda Pit neh significant kepada tuan punya twitter kot. Kenapa dia pilih gambar ini? Dan kenapa dia sebarkan gambar ini? Dia nak balas dendam? Sakit ati? Ataupun acc Aslinda Pit kena hack? Andai benar tuan punya badan yang sebarkan gambar sendiri, kenapa? Sudah high ka? Mabuk? Overdos d@d@h? Angin sebab berpisah dengan pakwe? Ataupun nak upload gambar lain tapi terupload gambar lain? Tak kisah la apa pun yang pasti habislah mak bapak Aslinda Pit. Tak pasal2 aje kena maki kaw2 satu Malaysia. Hadoi..
Btw, account twitter Aslinda Pit kena suspended by twitter setelah terima mass report dari pengguna twitter. Sebab selain dari gambar di atas dia juga sebarkan gambar2 lain yang sangat sangat sangat sangat memalukan. Harap maklum.
Isu Panas
Subscribe to:
Posts (Atom)










Recent Comments