Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


Bangkok: Seorang guru wanita mati ditembak di selatan Thai sebelum mayatnya dibakar dalam kejadian serangan terbaru terhadap golongan pendidik.
Jurucakap polis berkata, mangsa berusia 42 tahun sedang menaiki motosikal ke tempat kerja di sebuah sekolah rendah di Mayo, Pattani ketika kejadian. 
“Lelaki bersenjata menembaknya dan membakar mayatnya,” kata jurucakap berkenaan. 

Mangsa adalah guru ke-171 yang maut dalam konflik di selatan Thai. Lebih 5,900 orang mati sejak konflik bermula sedekad lalu. Kebanyakan mangsa orang awam.

Serangan berlaku hampir setiap hari termasuk letupan bom selain ada juga mangsa dipancung. Golongan guru antara paling ramai menjadi sasaran kerana dianggap bekerjasama dengan kerajaan Thai. 

Menurut pakar, kejadian serangan semakin meningkat sejak kebelakangan ini mungkin disebabkan rundingan damai terpaksa ditangguhkan apabila kerajaan Thai berdepan tentangan dan tunjuk perasaan di Bangkok.- AFP 
SONIPAT (India): “YA, laporan ini adalah benar iaitu kami menyambut kelahiran bayi perempuan yang mempunyai dua kepala," kata Ketua Pegawai Eksekutif Cygnus JK Hindu Hospital, Dr Ashish Sehgal.
Beliau memberitahu ABCNews.com menerusi emel: “Bayi perempuan itu hidup dan sihat.”
Sehgal berkata, mereka menyambut kelahiran bayi perempuan yang mempunyai berat 5.3 paun atau 2.40 kilogram menggunakan kaedah pembedahan Caesarean, di hospital berkenaan, yang terletak kira-kira 20 kilometer dari Delhi, Rabu lalu.

The New York Daily News pula melaporkan ibu kepada bayi berkenaan, Urmila Sharma, tidak mampu untuk melakukan ujian ultrasound dan tidak tahu dia akan melahirkan anak kembar siam.


Dr Shikha Malik iaitu pakar perubatan yang menyambut kelahiran bayi berkenaan berkata: "Kami hanya tahu mengenai kandungan Urmila dua minggu lalu. Tapi, ketika itu kami tidak dapat berbuat apa-apa."

Sementara itu, mengikut Daily Mail, kembar siam itu mempunyai `dua kepala, dua leher dan dua tulang belakang' tetapi berkongsi satu badan. 


Berita kehilangan pesawat MH370 memberi tamparan hebat kepada teman wanita pembantu juruterbang pesawat MH370, Fariq Abdul Hamid, 27, dikenali Nadira Ramli, 26.

Nadira yang merupakan juruterbang pesawat AirAsia telah diberi cuti selama sebulan bagi menenangkan diri dalam menghadapi situasi kehilangan pesawat MH370 yang mana kekasihnya turut sama terlibat. Nadira merupakan anak bongsu kepada Ramli Ibrahim, salah seorang juruterbang kanan MAS.

Nadira dan Fariq dilaporkan telah merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat namun ia mungkin tertangguh seketika sementara menunggu kepulangan semula pembantu juruterbang itu.

Sebagai informasi, Fariq ialah anak kepada Timbalan Pengarah Kerja Raya (JKR) Selangor, Abdul Hamid Mad Daund. Berikut ialah dua lagi keping gambar Nadira Ramli, kekasih hati Fariq Abdul Hamid yang cantik dan amat jelita.




Gambar Hiasan
KOTA KINABALU: Pangkat lapan Ketua Polis Daerah (OCPD) di Sabah dinaikkan kepada Superintenden (Supt) dan Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP).
Pangkat bagi Ketua Polis Daerah Lahad Datu dinaikkan daripada Supt kepada ACP manakala pangkat bagi Ketua Polis Daerah Kunak, Kota Marudu, Kota Belud, Semporna, Kudat, Beluran dan Kinabatangan masing-masing dinaikkan daripada Timbalan Penguasa Polis (DSP) kepada Supt. 

Majlis pemakaian pangkat baru kepada lapan Ketua Polis Daerah berkenaan berlangsung di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah di Kepayan di sini hari ini.

Ia disempurnakan oleh Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib. 

Ketua Polis Daerah Lahad Datu Shamsudin Mat kini berpangkat ACP daripada Supt manakala M Radzali Mahmud Ketua Polis Daerah Kunak, Mohd Isa Yusof (Kota Marudu), Mohan S/O Nadasen (Kota Belud), Mazlan Mohamed Lazim (Semporna), Dawi Bin Ossen (Kudat), Shivananthan A/L R Velautham (Beluran) dan A Sahak Rahmat (Kinabatangan) kini masing-masing berpangkat Supt daripada DSP. 

Hamzah berkata, ini adalah sejarah bagi Sabah kerana tidak pernah begitu ramai OCPD dinaikkan pangkat.

Nama Adnan Januzaj saat ini sedang heboh-hebohnya menjadi pembicaraan publik sepakbola setelah penampilan istimewanya bersama Manchester United meski usianya baru menginjak angka 18 tahun.
Selain penampilan impresifnya, Januzaj juga menjadi perbincangan ketika dirinya digosipkan berpacaran dengan Tulisa Contostavlos yang merupakan penyanyi seksi asal Inggris.
Wanita yang sempat menjadi buah bibir karena skandal video seks penyanyi yang pernah menjadi juri The X Factor tersebut tersebar luas di dunia maya. Kini Tulisa kembali menjadi bahan perbincangan karena telah digosipkan sudah berpacaran dengan Januzaj yang mana keduanya memiliki perbedaan usia yang cukup jauh, yakni 7 tahun.
Tulisa yang kini berusia 25 tahun masih aktif dalam dunia hiburan, khususnya di bagian tarik suara. Sedangkan Adnan Januzaj sendiri masih memfokuskan diri untuk meningkatkan peformanya bersama Manchester United demi mendapat panggilan untuk memperkuat Timnas Inggris di Piala Dunia 2014 mendatang.









Ramai wartawan, jurugambar dan kru televisyen yang mengikut Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menjalankan operasi Mencari dan Menyelamat (SAR), dilaporkan mengalami mabuk laut.

Mengikut laporan akhbar The Malay Mail, seramai 13 anggota media telah dibawa menaiki bot menyusuri kira-kira 25 batu nautika lautan dari pantai Tok Bali, Kelantan semalam.
Bagaimanapun baru 10 minit ikut serta, beberapa anggota media mula berasa pening dan loya. Keadaan diburukkan lagi oleh gelombang kuat disebabkan air pasang.

Tidak lama kemudian, sebilangannya mulai muntah ke dalam beg plastik. Namun seorang jurugambar dikatakan terlalu lemah hingga termuntah ke atas pakaiannya sendiri.
Melihat keadaan ini, wakil APMM segera memindahkan pihak media ke atas dek kapal.
Juru cakap APMM turut memberi tip, salah satu cara anggota maritim mengelak mabuk laut adalah menyibukkan diri mereka di atas dek.

Sepanjang operasi yang memakan masa empat jam semalam, pihak media telah didedahkan tentang cara bagaimana operasi SAR dijalankan di lautan.
Antara yang ditunjukkan termasuklah penggunaan binokular bagi mengesan sebarang petanda berkaitan pesawat MH370.

Suasana dikatakan sempat kecoh seketika apabila salah seorang anggota media mendakwa ternampak objek menyerupai rakit atau jaket keselamatan namun selepas diperiksa, ia rupa-rupanya cuma kotak terbuang.

Ada segelintir masyarakat kita ini kadang-kala terlalu fanatik pasal agama sehingga memalukan agama kita sendiri.



Lihat printscreen di atas, tanpa usul periksa, tanpa tahu hujung pangkal, main hujah kepada anak gadis salah seorang anak kapal MH370 untuk pakai tudung sedangkan dia bukan seorang yang beragama Islam.

Gambar Maira Dan Ayahnya


Cara menegur punyalah kasar… siap nak buat si gadis itu rasa bersalah yang bapak dia tanggung dosa pasal dia tak tutup aurat… tanpa ambik tahu dulu dia muslim atau tidak. Dah dua silap kat situ… satu bahasa yang pada penulis adalah kasar, keduanya tidak melakukan sebarang usul periksa dahulu apa agamanya.

Sangat biadap dan memalukan sikap pemilik akuan twitter yang membuat teguran itu.

Faham tak wahai bahalol yang menegur… dah la dia mesti tengah runsing dan sedih dengan kehilangan bapanya… kau zahirkan kebodohan kau dengan tetiba bagi ceramah salah saluran.
Terpaksa guna istilah bahalol supaya yang guna akaun @xxAZRIxx sedar dari kebodohan dan lain kali tak perlu fanatik sangat.

Nanti orang kata Islam ni agama yang main sondol aje tanpa menghormati perasaan dan situasi orang lain berada.

Jangan nak cerita niat kau baiklah bila kau tanpa usul periksa siap bagitahu dosa Gorgxous ditanggung bapanya…pandai-pandai terus jatuh hukum.
Tolonglah jangan fanatik sangat… tolong la ok… lain kali usul periksa betul-betul sebelum buat teguran. 
 


http://www.blogbahni.com/

http://www.blogbahni.com/


 


Ipoh: Seorang murid tahun tiga sebuah sekolah di sini mendakwa dipukul guru pendidikan moral yang juga guru kelasnya dengan rotan sehingga menyebabkan lengan kanannya lebam dan berbekas.



Ibu murid lelaki, G.Neelalaawathi, 32, mendakwa, kejadian berlaku ketika anaknya sedang mengikuti mata pelajaran Pendidikan Moral di dewan sekolah itu dan diajak oleh rakannya bermain namun dia menolaknya kerana bimbang dipukul guru berkenaan yang ketika itu belum memasuki kelas. 

Katanya, selepas itu guru berkenaan tiba dan terus merotan anaknya sehingga menyebabkan lengan anaknya lebam dan berbekas.
"Apabila saya berjumpa guru berkenaan dan bertanyakan sebab dia memukul anak saya, guru itu memberikan alasan yang dia berbuat demikian hanya untuk melepaskan geram.  

"Selepas membuat laporan polis semalam, guru berkenaan menelefon suami saya pagi tadi serta memaklumkan dia mahu berbincang dan sanggup membayar berapa saja yang diinginkan," katanya dalam sidang media di Pejabat Pusat Aduan Barisan Nasional (BN) Ipoh, di sini.

Imej-imej berikut adalah sukar untuk di percayai, tetapi ia menunjukkan realiti penurunan berat badan yang melampau. Ksenia Bubenko seorang gadis 20 tahun wanita daripada Yekaterinburg (Rusia), yang mahu menurunkan berat badan, tetapi selepas penurunan beberapa kilogram dia menjadi taksub dengan penurunan berat badan.











PHILADELPHIA – Lebih 150 penumpang dipindahkan dari pesawat US Airways selepas bahagian depan kapal terbang itu tergelincir di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Philadelphia.

Kejadian berlaku ketika pesawat Airbus 320 itu hendak berlepas menuju Ford Lauderdale, Florida.

Ia membawa 149 penumpang bersama lima anak kapal.
Susulan itu, semua penumpang dipindahkan ke terminal dan penerbangan mereka dijadualkan semula.

Tiga daripada empat landasan lapangan terbang itu dibuka semula selepas beberapa jam kemalangan berlaku.

Seorang penumpanng memaklumkan angin bertiup dengan kuat sebelum pesawat itu secara tiba-tiba terhempas di atas landasan. – ABNXCESS.COM

Tahniah kepada pasangan Aidil Zafuan dan Zarema Zainal yang baru sahaja selamat bergelar suami isteri yang sah pada jam 10.50 pagi tadi dengan sekali lafaz.

Majlis pernikahan itu telah berlangsung di kediaman pengantin perempuan yang terletak di Pandamaran, Klang, Selangor.

Rombongan pengantin lelaki memberikan sembilan dulang hantaran beserta mas kahwin RM7,000 dan dibalas pula 11 dulang oleh pihak perempuan.

Antara selebriti yang turut hadir di majlis pernikahan pasangan itu ialah pasangan kekasih Nora Danish dan Nedim, Safee Sali dan Sharul Shiro.

-CKK







Siapa sangka, di sebalik kes kehilangan pesawat MH370 yang menggemparkan seluruh negara ada perkara lain yang tiba-tiba mengalih tumpuan masyarakat dunia terhadap Malaysia.
Gara-gara ritual pelik dilakukan bomoh Ibrahim Mat Zin di KLIA tempoh hari ketika media asing turut berada di sana, perkataan “bomoh” menjadi trending seluruh dunia apabila ia ditwit lebih daripada 200,000 kali.



Bagaimanapun menurut laporan BBC, kebanyakan status Twitter mengenai bomoh memperkatakan tentang tindakan itu telah memalukan Malaysia.

Twit-twit berkenaan merupakan respon terhadap tindakan Ibrahim Mat Zin yang muncul sebanyak dua kali di KLIA, selepas mendakwa dirinya dijemput individu tertentu untuk membantu mengesan pesawat MH370 yang hilang sejak awal pagi Sabtu lalu.

Antara aksi Ibrahim yang mendapat tumpuan ramai adalah mengenakan jampi menggunakan kelapa, teropong buluh dan bubu yang didakwanya  dapat mengesan kedudukan pesawat. Tak cukup dengan itu, Ibrahim kembali muncul dengan ‘tikar terbang’ dan buah kelapa dua hari kemudiannya.

Susulan liputan meluas tentang Ibrahim, banyak aksi parodi mula muncul di laman siber bagi mengejek perbuatannya.

Bukan itu sahaja, sebuah laman web parodi Bomoh Gadgets Malaysia yang menjual peralatan berbomohan turut diwujudkan.
Antara yang ‘dijual’ di situ adalah tikar terbang berharga RM99,900 selain bubu, payung dan rotan buluh.





Erm, kalau bab-bab parodi ni memang gigih sungguh rakyat Malaysia kan.
Apa pun, diharapkan perkara sebegini tidak melencongkan tumpuan kita terhadap nasib pesawat MH370 yang masih memerlukan doa seluruh rakyat Malaysia untuk ditemui semula.