Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
The Realblackdaggers pada 4 Mac lalu melalui facebook milik mereka itu, telah menyatakan kekesalan mereka terhadap pengubahan fesyen, pemakaian uniform dan penjualan kain yang menggunakan rekabentuk uniform tentera negara kita.
Sumber dari My Media Hub, jom baca luahan hati kekesalan mereka di bawah:
Berfesyen tak kena gaya!
Pasukan Tentera Darat Malaysia, sebagai tunjang utama kekuatan pertahanan negara kini sudah mencapai usia 81 tahun.
Kalau orang, dah nampak kedut dan bongkoknya. Namun kaya dengan pengalamannya.
Namun sebagai satu pasukan, usia 81 tahun makin mematang dan memantapkan TD sebagai satu pasukan yang mengalami evolusi penuh wibawa.
Dari satu nukleus pasukan kecil anak muda yang hanya bersenjatakan SLR, ia kini satu ketumbukan dengan kekuatan hampir 100,000 orang dengan 18 kor dan pelbagai aset strategik.
Kehebatannya, meski ditidakkan oleh warga sendiri teraku oleh pasukan² asing yang jauh dilabel lebih hebat.
Nak pula pasukan Gerak Khas yang menimpa nama sebagai satu pasukan strategik penting yang mengharumkan nama negara di pelbagai pelosok dunia.
Namun kecemerlangan itu tidak datang dengan harga yang murah.
Untuk menyarung uniform penuh kebanggaan itu bukanlah sesuatu yang mudah dan Uniform yang hanya dibuat dari kain berharga sekitar RM20 semeter, namun nilainya tak tergambar dengan kata².
Tanyalah mana² anggota sekalipun, walau sekadar di mulut mereka mengutuk tetapi dalam hati mereka telah terdidik dengan rasa hormat terhadap uniform tersebut. Terutamanya uniform loreng. Rasa bangga, rasa meremang bulu roma.
Semuanya termaktub dek kehormatan yang datang bersama² uniform tersebut.
Kenapa? Kerana di uniform itu tersimpan kepada rahsia yang takkan difahami oleh orang awam.
Kod disiplin yang membentuk jati diri dan tunjang kekuatan sebenar. Kod persaudaraan yang tidak terbentuk dari hubungan darah.
Sebaliknya hubungan akrab sesama pasukan. Takkan mungkin dapat difahami oleh mereka yang tiada pendedahan.
Sayangnya dalam kita menyambut ulangtahun yang menyaksikan kemantapan pasukan ini menginjak ke dimensi baru, ada golongan tidak bertanggungjawab dengan sengaja melacurkan warna ini dengan pelbagai alasan.
Antaranya adalah dalam menghasilkan fesyen dengan pelbagai corak pakaian baru direkabentuk menggunakan warna kebanggan kita ini.
Menjadi pakaian yang langsung tidak mencerminkan semangat jati diri yang terkandung dalam warna tersebut.
Kita diajar memakai pakaian ini dengan cara yang sangat tertib dan ketertiban itu membentuk disiplin diri kita.
Nak pakai uniform, mata MP dan RSM tajam memerhatikan setiap inci, samada ianya dipakai betul atau tak dan yang pakai, adalah mereka yang telah pun sain mati atau dalam erti kata lain, sain demi perkhidmatan kepada negara.
Uniform itu dipakai bukan untuk suka sebenarnya, Ia membawa bersamanya tanggungjawab yang amat besar.
Kalau ikut Konvensyen Geneva, yang pakai loreng ini dalam perang ada hak untuk ditembak tanpa soal atas andaian dia adalah anggota tentera. I
tu belum kira keperitan yang kita lalui demi pakaian itu, segala latihan, operasi, semuanya diikat pada warna loreng tersebut.
Tapi, dapat kepada makhluk-makhluk ini? Warna kebanggaan itu kini dah jadi legging ketat yang menampakkan lurah punggung atau baju ketat yang menampakkan lurah dada atau segala macam fesyen yang kadangkala tak masuk dek akal.
Kalau diperhatikan, macam nak tercabut jantung membayangkan. Warna itu digunakan sebagai sebahagian daripada uniform ciptaan baru. Anggota kita pakai legging masuk operasi? Atau pakai skirt dugong masuk pejabat? Aduhh..
Ianya satu trend yang dimulakan oleh golongan berpengaruh besar terutamanya artis.
Tanpa pemahaman, mereka menggunakan uniform tersebut dengan cara yang cukup janggal. Loreng dikenakan dengan kasut tumit tinggi misalnya. Semuanya dihalalkan atas alasan mereka adalah artis yang berpengaruh besar.
Ia kemudian dikembangkan pula dengan pak-pak pondan yang menggunakan uniform tentera dan pasukan keselamatan lain sebagai asas ciptaan fesyen mereka yang semakin lama semakin hilang akal bentuknya dan digayakan dengan galaknya pula oleh makin ramai artis. Ia berkembang dan sekarang, tanpa soal, ramai yang mengikut.
Mungkin pakaian ala tentera menjadi trend sekian lama. Tetapi kenapa dalam nak mencipta fesyen² tak tentu arah sebegini, warna pasukan negara yang dipilih? Terbaru, warna loreng Tiger Woodlands Camo 2000 dan digital loreng baru.
Anggota sendiri belum dapat edaran pakaian uniform digital baru tersebut serta fabriknya boleh didapati dengan selamba di pasaran terbuka. Yang menjual, jual tanpa 2 3 kali kira.
Yang design, suka-suka hati taruk rekabentuk ikut suka. Apakah begitu murahnya harga uniform kita?
Dimana ketirisannya? Apa yang sedang berlaku sebenarnya? Salah seorang rakan admin memberitahu, dia telah terjumpa lubuk fabrik uniform di sebuah kedai.
Semua warna ada. Dari pasukan TD hinggalah pasukan keselamatan lain. Malah yang belum dipublish pun sudah ada stoknya?
Amboi..mudahnya? Dan ia boleh dibeli dengan senang dan bawalah pergi ke designer² pondan yang tak tau tanggungjawab. Nak fesyen apa cakap saja. Perbuatan ini sudah semakin berleluasa.
Bila tidak dibendung, natijahnya mungkin kita tak terfikir. Ada di kalangan yang membuat rekaan sebegini tidak langsung rasa bersalah. Malah bermacam alasan diberikan demi menghalalkan tindakan mereka yang terang² menghina pasukan keselamatan negara.
Alasan utama? Mereka golongan berpengaruh, banyak duit, ada kedudukan. Maka mereka bebas melakukan apa saja. Walaupun meletakan maruah pasukan keselamatan di bawah tapak kaki mereka. Sedihnya, tindakan sebegini disokong pula oleh sesetengah golongan.
Adakah mereka ini merasa perit berjemur di tengah panas? Atau meninggalkan keluarga berbulan² demi bertugas? Atau merasakan peluru bersimpang siur di atas kepala? Aci lawan potong kepala ayam, taruk mereka bawah panas 5 minit dah ada yang terjerit² kata ianya adalah tindakan yang melanggar hak asasi.
Isu Panas
SEPERTI yang diluahkan The Realblackdaggers melalui facebook milik mereka itu yang menyatakan kekesalan mereka terhadap pengubahan fesyen, Wak Doyok juga dilihat seperti menghina uniform Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
.jpg)
Wak Doyok atau dengan nama sebenar beliau, Muhammad Azwan Mohd Nor, pernah mengaku seorang kerabat dengan menggunakan nama ‘Tengku Muhamad Azwan Shah’.
Benar atau tidak, persoalannya mengapa fesyen celoreng ini digunakannya sedangkan ada akta mengenai pengunaan celoreng tersebut yang terang-terang tidak boleh diguna pakai oleh orang awam.
Wak Doyok yang juga pengasas Butik The Garment, ada mencipta pakaian ala tentera, menggunakan celoreng tentera dan pakai oleh para artis, ini membangkit isu mengapa perlu mengunakan celoreng untuk dijadikan fesyen orang awam sedang banyak lagi corak lain yang lebih cantik.
Menurut sumber My Media Hub (MMH), Wak Doyok juga mengaku bahawa dia berkelulusan dalam bidang kejuruteraan dari salah satu universiti di Jerman.
“Tengok sajalah cara gayanya. Cuba kalau kita yang pakai gitu, mahu kena sumpah dengan RSM. Tapi mereka bebas, kenapa? Tidak adakah tindakan yang patut diambil kepada mereka?” petikan dari MMH.
Sebenarnya susah untuk menghalang kehendak manusia, jika seseorang itu tidak sedar tentang perkara yang dilakukan itu salah, malah merasakan ia nampak hebat.
Jika di katakan bodoh, mereka akan melenting dan menafikan, tetapi anda fikirlah sendiri, adakah betul atau salah tindakan sesetengah pihak yang berani mengunakan celoreng dan kadangkala dijadikan sebagai pakaian harian.
Warna celoreng uniform ATM adalah warna keramat yang telah menyaksikan tumpahnya darah anggota kita demi membina keamanan yang kita kecapi sekarang, mereka memakainya kerana berbakti kepada negara.
Pernah kita tanya, apa bakti kita pada negara apabila memakai baju ala tentera?
Sebenarnya bukan mahu menghemtam sesesiapa dalam hal ini, seharus kita lebih peka kerana ini bukan perkara remeh temeh, tetapi kadangkala jika tidak ditegur orang akan leka.
Isu ini melibatkan ramai pihak terutamanya mereka yang sanggup mengadai nyawa untuk menjaga keamanan negara, seharusnya kita menghormati imej dan maruah anggota tentera, bukan sambil lewa dikeji sedemikian rupa.
Isu Panas
PENDERITAAN NurLiyana Abd Manan atau dikenali sebagai Liyana dalam berdepan kontroversi membabitkan suaminya, Romie Razin Adilha dengan pelakon jelita, Hanez Suraya nampaknya tidak dilalui secara sendirian apabila puluhan ribu penyokongnya mula “berkumpul” di Facebook.
Atas dasar menunjukkan sokongan, sebuah fan page Facebook, “Kami Sokong Liyana Manan” telah diwujudkan oleh pengguna Facebook bagi mempertahankan tindakan Liyana dan menyelar perbuatan Hanez yang dianggap sebagai perampas.
Rata-rata pengguna Facebook yang menyatakan sokongan kepada Liyana memuatnaik kata-kata semangat kepadanya untuk berdepan dengan situasi tersebut.
Malah menurut mereka, rakyat Malaysia sentiasa bersama Liyana dan akan sentiasa menyokong beliau dalam menghadapi kontroversi tersebut.
Berdasarkan tinjauan, laman Facebook yang diwujudkan semalam itu telah mencecah 69, 046 like hingga jam 11.30 pagi ini.
Kontroversi mula tercetus selepas Hanez membuat pengakuan dia bakal berkahwin dengan seorang lelaki kononnya berstatus duda yang dikenali sebagai Mr.R sehingga menjadi punca keretakan rumah tangga pasangan berkenaan.
Situasi bertambah tegang apabila Liyana membuat kenyataan dalam rancangan Melodi dan sebuah akhbar pada Ahad lalu yang menuduh Hanez sebagai punca pergolakan rumah tangganya.
Bagaimanapun Hanez yang mengadakan sidang media menafikan sebagai punca keretakan rumah tangga pasangan berkenaan dan meminta agar Liyana memohon maaf setelah melemparkan fitnah ke atasnya. – SH
Isu Panas

GUNUNG SEMANGGOL – Gara-gara terlelap, dua lelaki maut dalam kemalangan ngeri membabitkan sebuah lori muatan ayam dan sebuah treler yang berlaku di Kilometer 185.9 Lebuhraya Utara Selatan (Plus) arah selatan, di sini, awal pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan berkata, dalam kejadian jam 3.25 pagi itu, mangsa, Abdul Halim Siron, 46, yang merupakan pemandu lori ayam dan kelindannya, Arshad Saad, 48, maut di tempat kejadian setelah kenderaan dinaiki mereka hilang kawalan sebelum merempuh bahagian belakang treler muatan besi yang sedang bergerak di laluan lorong perlahan.
Menurutnya, lori muatan ayam dinaiki kedua-dua mangsa ditemui remuk teruk apabila dipercayai berlanggar dan melekat di bahagian belakang treler terbabit, sebelum diseret sejauh 1.5 kilometer (km) dari lokasi kejadian.
“Berikutan kemalangan ngeri itu, pemandu lori ayam berkenaan dipercayai maut setelah tersepit pada bahagian tempat duduk pemandu.
“Manakala kelindannya yang sedang tidur, difahamkan tercampak keluar melalui bahagian cermin hadapan lori dan digilis tayar hadapan lori sebelum ditinggalkan di tengah jalan setelah lori terbabit melekat pada bahagian belakang treler,” katanya sewaktu ditemui media, semalam.
Mat Fauzi berkata, berdasarkan keterangan saksi kejadian, pemandu treler terbabit menyedari bahagian belakang kenderaannya itu seolah-olah dilanggar sesuatu dan segera memperlahankan treler.
Menurutnya, setelah treler itu diberhentikan sejauh 1.5 kilometer dari lokasi kejadian, pemandunya terkejut mendapati sebuah lori melekat pada belakang kenderaan itu, manakala pemandu lori terbabit tersepit pada stereng lori.
“Pemandu treler berkenaan segera melaporkan kejadian itu kepada polis dan hasil siasatan kami mendapati kedua-dua mangsa maut di tempat kejadian setelah cedera parah di bahagian dada, pecah tempurung kepala dan hancur sebahagian tubuh badan.
“Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Bagan Serai terpaksa mengambil masa lebih 10 minit untuk mengeluarkan mayat pemandu lori berkenaan yang tersepit di bahagian tempat duduk pemandu, manakala mayat kelindan lori hanya ditemui kira-kira 800 meter dari lokasi treler diberhentikan,” katanya.
Mat Fauzi berkata, kedua-dua mayat mangsa segera dihantar ke Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat dan dituntut ahli keluarga kira-kira jam 10 pagi semalam.
Menurutnya, berdasarkan keterangan ahli keluarga mereka, kedua-dua mangsa sedang dalam perjalanan menghantar bekalan ayam hidup dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang ke Kuala Lumpur, manakala treler muatan besi sedang menuju ke Taiping dari arah Pulau Pinang.
“Polis tidak menolak kemungkinan kedua-dua mangsa yang berasal dari Bukit Mertajam mungkin terlelap dan mereka hanya menyedari lori dinaiki melanggar bahagian belakang treler berdasarkan kesan geseran tayar yang berjarak tidak sampai satu meter dari lokasi kejadian.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987.
Dalam pada itu, Mat Fauzi menggesa pengguna jalan raya agar memandu dengan lebih berhemah di kawasan Lebuhraya Plus, terutamanya sewaktu melalui Kilometer 180 hingga Kilometer 190 dari kedua-dua arah yang dikenal pasti pihaknya sebagai laluan maut. – Sinar Harian Online
Isu Semasa
SETELAH membuat pencarian, barulah dapat menjengah isi kandungan buku ‘Ultraman The Ultra Power’ yang diharamkan penerbitannya oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam satu kenyataan semalam.
Baru penulis faham kenapa buku komik watak wira dari Jepun Ultraman berkenaan diharamkan.
Menurut Facebook seorang Pensyarah Kanan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Dr Zaharuddin Abdul Rahman, di dalam buku itu tertera kata-kata bahawa watak Ultraman King itu terlalu dihormati sebagai ‘Allah’ dan ia jelas mampu menggugat akidah.
Sejak semalam, tindakan KDN mengharamkan buku itu dijadikan bahan gurauan di laman sosial Twitter dan Facebook mempersoalkan mengapa KDN begitu serius dan beriya-iya mengharamkan buku itu.
“Ultraman King Adalah Ultra yang paling berkuasa dalam alam semesta di Papar garis Universe. Beliau adalah yang tertua Ultra, purba sebelum setiap Ultra lain yang diketahui dilahirkan. Dalam tahun 2006, filem Monster Mega Battler, Ultra Galaxy Legend The Movie, beliau dianggap sebagai, dan dihormati “Allah” atau Elder semua wira Ultra,” menurut tulisan dalam bahagaian buku yang mencetus kontroversi.
Selain itu, terjemahan terbitan Resign Publications yang dicetak oleh Network Printers ini begitu lemah kualiti Bahasa Melayunya kerana ia mungkin diterjemah oleh seseorang berbangsa lain ataupun hanya menggunakan aplikasi penterjemahan.
Dr Zaharuddin bersetuju dengan tindakan KDN yang mengambil langkah menghentikan penerbitan buku berkenaan.
“Buku itu diharamkan KDN disebabkan ayat-ayat, seluruh cerita dalam buku tersebut dan idea sebagaimana di dalam gambar. Jika benar ia disengajakan dan begitu ceritanya, saya bersetuju dengan pengharaman walaupun mungkin tidak popular dan dilucukan oleh orang ramai. Jika tidak sengaja, mungkin boleh ditarik balik sahaja,” kata beliau dalam Facebooknya.
Penulis rasa jika tiada pun perkataan “Allah” berkenaan, baik juga buku itu diharamkan juga kerana penggunaan bahasa dalam terjemahan yang lemah
Isu Panas
Gambar gambar berikut telah di ambil daily mail. di mana, mereka sangat mahir dan tangkas dalam seni pertahankan diri Kung Fu dan pedang.
Apa yang lebih mengagumkan perkara ini bukan baru di rantau ini, wanita di lihat banyak melibatkan diri dalam pembelajaraan pelbagi seni mempertahankan diri.
Sekolah muslimah islam dari pengajian tinggi Maaz di india juga mengamalkan, wushu seni mempertahankan diri di dalam kawasan sekolah di bandar selatan india Hyderbad .
Muslimah dari umur 10-16 mengambil bahagian dalam sesi mingguan semasa sesi persekolahan.
Seharusnya pelajar wanita di Malaysia juga mengikuti pembelajaran ini sedikit sebanyak dapat mengajar mereka menjaga keselamatan diri sendiri.
Pelbagai

Nama Hanez Suraya kini menjadi kontroversi di media sosial dan media cetak akibat tindakannya yang dikatakan merampas suami orang.
Diambil dari sumber sebuah blog, beberapa gambar telah tersebar di mana Hanez Suraya kelihatan sangat ghairah bersosial.
Kalau di lihat sekali imbas memang seperti Hanez, bagaimanapun anda lihat dan fikirlah sendiri.
Mungkin dia ataupun pelanduk dua serupa, maklumlah di dunia ini kita ada kembar masing-masing.
Hiburan

PENYANYI asal Singapura, Aliff Aziz mengakui hubungan cintanya dengan Anne Ngasri yang berakhir dua tahun lalu adalah serius, malah dia pernah merancang untuk mengahwini aktres tersebut tetapi tidak kesampaian sehingga menyebabkan hidupnya menjadi tidak keruan selama empat bulan.
“Saya menyesal mengambil tindakan untuk berkahwin pada umur 21 tahun. Sebabnya kesakitan yang saya rasai hampir memusnahkan seluruh hidup saya. Bukan sahaja karier, tetapi juga moral, mental dan fizikal saya hampir musnah.
“Ia kerana saya beri seluruh jiwa raga pada hubungan itu. Sampai ke tahap hendak bernikah. Selama empat bulan saya ambil masa untuk bangkit semula.
“Bagaimanapun perkara ini menjadi pengajaran buat saya untuk tidak memberi 100 peratus jiwa raga kepada pasangan,” ujarnya seperti dipetik daripada laporan Kosmo!.
Aliff, 23, memberitahu dia turut mencipta sebuah lagu mengenai Anne yang bakal dimuatkan dalam album keempatnya yang bakal berada di pasaran Jun nanti.
Baru-baru ini Aliff telah dikaitkan dengan seorang wanita bernama Shazleen selepas gambar mesra mereka disebarkan di internet.
Menganggap ia sebagai pengajaran buatnya, Aliff memberitahu dia mengenali wanita itu beberapa bulan lalu selepas ibu Shazleen memanggilnya menyanyi di sebuah majlis korporat tetapi menafikan mereka mempunyai hubungan istimewa.
Penyanyi lagu “Sayang Sayang” ini juga berkata dia akan lebih berhati-hati agar tiada lagi gambarnya bersama wanita tersebar di internet.
Dalam perkembangan lain, Aliff kini sedang terlibat dengan penggambaran drama bersiri “Jodoh 2″. -Tupai
Hiburan
Seorang pelumba basikal nyaris maut terkena perangkap kabel yang segaja di letakkan merentangi jalan hutan di sebuah taman.
Beliau berkata bahawa dia telah melalui sebuah taman Bitsevsky Park, Moscow, kemudian dia bertembung dengan kabel besi yang merentangi jalan di ketinggian kepala, menyebabkan luka di lehernya.
Dalam gambar ini anda akan melihat pelumba hampir dipenggal. Tali logam meninggalkan kesan tanda pada lehernya.
Pelbagai

Tapah: “Suami balik kampung di Kedah pada Khamis minggu lalu untuk menziarahi ibu yang sakit, tapi kini dia yang pergi lebih awal,” kata Nahiyah Mohd Salleh, 33, yang kematian suami dan abang ipar akibat nahas jalan raya, semalam.
Mohd Nadzrul Khairi Ishak, 34, dan abangnya Muhamad Nadzim, 39, yang juga Pegawai Penerangan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Perlis, maut di tempat kejadian dalam kemalangan di Kilometer 348.3 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), di sini, jam 5 pagi semalam.
Dua beradik itu terbunuh selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka dan dipandu Mohd Nadzrul melanggar belakang sebuah kenderaan lain sebelum dirempuh pula kereta model PROTON Satria GTI yang datang dari arah sama.
Ketika kejadian mangsa dalam perjalanan ke ibu negara dari kampung mereka di Kampung Baru Kuala Nerang, Kedah.
Nahiyah berkata, suaminya dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Bandar Jengka, Pahang dan menumpangkan Muhammad Nadzim yang mempunyai urusan di Kuala Lumpur.
“Suami ada menghantar mesej Whatsapp jam 10 malam tadi (kelmarin) tertanya-tanya kenapa masih belum menerima duit Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan bercadang menyelesaikan perkara itu sebaik sampai ke rumah,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Tapah, di sini, semalam.
Menurutnya, abang iparnya menumpang suaminya untuk membeli barang bagi memulakan perniagaan kedai makan di kampung mereka.
“Bagaimanapun, hajat mereka tidak kesampaian.
Arwah suami yang bekerja sendiri memang sering pulang ke kampung untuk melawat selain mempunyai perancangan menjalankan perniagaan kedai makan bersama abangnya.
“Saya reda dengan pemergian arwah dan akan berusaha menunaikan amanatnya supaya menjaga tiga anak kami berusia tiga hingga tujuh tahun,” katanya.
Sementara itu, isteri Muhammad Nadzim, Shazlina Ali, 38, yang bertugas sebagai Ketua Pendaftar Jabatan Kehakiman Syariah Perlis, turut terkejut dengan insiden itu.
Jenazah kedua-dua mangsa dituntut ahli keluarga sebelum dibawa pulang ke kampung halaman mereka jam 2 petang untuk dikebumikan di Kampung Baru Kuala Nerang, Kedah.
Ketua Polis Daerah Tapah Superintendan Som Sak Din Keliaw berkata, kenderaan dinaiki mangsa dipercayai melanggar belakang sebuah kenderaan lain sebelum berpusing dan melintang di tengah lorong kanan lebuh raya.
“Siasatan awal mendapati kenderaan Ford Ranger dinaiki kedua-dua mangsa dipercayai melanggar kenderaan lain sebelum PROTON Satria GTI yang datang dari arah sama merempuh bahagian sisi kiri pacuan empat roda yang melintang itu,” katanya.
Hmetro
Isu Semasa
Kota Depok: Ibu bapa Mesut Ozil mendakwa anak mereka dikhatankan makhluk halus apabila mendapati kemaluan kanak-kanak itu kelihatan seperti sudah dikhatankan walaupun anak mereka belum menjalani proses itu.
Mesut Ozil yang dimaksudkan bukanlah bintang bola sepak Arsenal yang juga pemain kebangsaan Jerman, sebaliknya kanak-kanak berusia empat tahun ang berasal dari daerah Bojongsari, Jawa Barat.
Dia mungkin diberikan nama sempena nama pemain berkenaan kerana ibu bapanya peminat bola sepak.
Perkara itu mula disedari ibu Ozil, Hariani apabila anaknya itu menangis kesakitan ketika dimandikan. - Agensi
Pelbagai
Sydney: Seorang lelaki Australia menyokong kempen kesedaran kanser kulit dengan cara yang tersendiri menjual janggutnya dengan harga A$1 juta (RM2.94 juta).
Scott Maggs atau lebih dikenali sebagai Jimmy Niggles, mula menyimpan janggut ‘luar biasanya’ selepas rakan karibnya, Wes Bonny meninggal dunia akibat melanoma (sejenis kanser kulit) di lehernya yang merebak ke otak ketika baru berusia 26 tahun.
“Kami selalu melakukan aktiviti bersama, pergi ke pantai, bermain bola sepak dan tenis bersama.
“Apabila dia mengetahui dia menghidap melanoma di lehernya, dia mencukur janggutnya dan menyangka dia akan merasa lebih baik untuk seketika. Semuanya berlaku begitu pantas,” kata Jimmy.
Walaupun kisah mengenai Wes digunakan dalam iklan kempen kesedaran kanser kulit di televisyen Australia, Jimmy mahu melakukan sesuatu yang lebih lagi untuk menyedarkan orang ramai mengenai penyakit berkenaan.
“Selepas Wes meninggal dunia, saya mengambil keputusan melakukan sesuatu bagi menyampaikan mesej mengenai kanser kulit yang boleh menyerang sesiapapun. “Sebelum ini, tidak ada sesiapa yang menyimpan janggut. Saya dan beberapa rakan membuat keputusan melakukannya dan apabila ada yang bertanya mengenainya, kami akan menceritakan kisah Wes,” kata Jimmy.
Inisiatif “This Is Beard”, mendorong Jimmy berkempen, termasuk di kawasan pantai, mengajak mereka berjanji melakukan pemeriksaan kulit sebelum bergambar bersama mereka.
Di samping itu, orang ramai di seluruh dunia menghantar gambar mereka menyimpan janggut dalam usaha menyokong kempen berkenaan.
Jimmy menyifatkan janggut sebagai ‘aset paling berharga buat lelaki.’ “Bukan sahaja sebagai lambang maskulin dan karya seni yang berada pada kelasnya yang tersendiri, janggut ini sudah dan akan terus menyelamatkan banyak nyawa,” kata Jimmy ketika dalam satu temu bual. - AFP
Pelbagai
Subscribe to:
Posts (Atom)






















Recent Comments