Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi

Shanghai: Seorang wanita terpaksa mendapatkan khidmat doktor untuk mengeluarkan telur rebus yang tersekat di kemaluannya selepas melakukan tabiat pelik bersama suaminya ketika mengadakan seks dengan suaminya.
Doktor di Shanghai berjaya mengeluarkan telur rebus itu baru-baru ini.
Suami wanita berkenaan berkata, dia memasukkan telur rebus yang telah dikopek kulitnya itu ke dalam kemaluan isterinya untuk mencuba sesuatu yang baru ketika mengadakan seks.
Namun, tidak lama selepas itu, isterinya mengadu mengalami sensasi yang luar biasa di bahagian berkenaan.
Pasangan dalam lingkungan usia 20-an itu berkata, mereka cuba mengeluarkannya menggunakan penyepit dan sudu, apabila usaha itu gagal, wanita itu cuba mengeluarkannya dengan melompat -lompat tetapi gagal juga.
Dr Guo Xinxin daripada jabatan sakit puan hospital berkenaan berkata, pasangan itu mengambil risiko yang tinggi.
“Apabila sudah berada dalam kemaluan, ia mengandungi campuran bakteria yang rumit dan telur rebus itu akan mereput. Pasangan harus berhati-hati tetapi jika mereka mempunyai masalah seperti itu, mereka harus cepat mendapatkan rawatan di hospital,” katanya. -Agensi
Pelbagai
Michigan: Seorang kanak-kanak perempuan sembilan tahun menarik perhatian dengan kebolehannya bermain dengan ular.
Krista Guarino, tinggal bersama 30 ekor reptilia itu termasuk anaconda dan ular sama sepanjang empat meter di rumahnya di Michigan, Amerika Syarikat.
Dia makan, tidur dan bermain dengan ular yang ada di antaranya dua kali ganda saiznya.
Krista mula tinggal bersama dengan ular sejak berusia dua tahun.
Kanak-kanak yang berani ini pernah beberapa kali dipatuk ular, tetapi semua ular berkenaan tidak berbisa dan Krista berkata dia tidak sakit.
“Saya tak pernah takut dengan ular. Ia minat dan kegilaan saya,” katanya.
Anak sulung tiga beradik itu mula diperkenalkan dengan reptilia itu oleh bapanya Jamie, 33, pakar ular.
“Ular adalah antara perkataan pertama yang disebutnya. Sejak itu saya merasakan reptilia itu akan menjadi minatnya.
Sejak kecil lagi, dia berbeza dengan kanak-kanak lain. Dia langsung tidak takut dengan ular. Dia mahu menjadikan haiwan itu peliharaannya,” kata Jamie.
Sewaktu cuti musim panas, Krista membantu Jamie di taman ular tempatan miliknya dan tidak menunjukkan sebarang ketakutan ketika mengendalikan haiwan berkenaan.
Dia juga membantu memberi makan buaya.
Pasukan ayah dan anak itu menikmati hujung minggu mereka dengan mencari ular orok-orok, satu daripada spesies ular paling berbahaya di dunia.
Mereka turut memuat naik video pengembaraan mereka yang ‘mengerikan’ di saluran SnakeHuntersTV milik mereka di YouTube.
Krista bercita-cita membuka zoo reptilia sendiri apabila dewasa dan mahu mengubah persepsi masyarakat mengenai ular.- AFP
Global
Alor Setar: “Engkau tak faham perasaan dan masalah aku. Duit aku dah banyak hilang.”
Itu antara kata-kata seorang lelaki yang mengamuk dengan menetak tiang elektrik menggunakan sebilah parang dalam kejadian di Tongkang Yard, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, warga emas dikenali sebagai Che Mat, 50-an, bertindak di luar kawalan kerana mengalami tekanan perasaan dipercayai akibat masalah keluarga selain turut memaki hamun penduduk kampung dengan perkataan kesat.
Malah, lelaki itu turut menimbulkan ketakutan apabila dikatakan berjalan mengelilingi kampung sambil mengacukan parang sepanjang 15 sentimeter kepada orang ramai.
Bimbang mendatangkan kecederaan, penduduk kampung membuat laporan polis sebelum lelaki terbabit berjaya ditahan sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar kira-kira jam 2 petang.
Isu Semasa

SEORANG wanita yang dikenali dengan nama Shanyna telah menghadpai sejenis penyakit yang pelik sehingga kajian masih dijalankan pakar untuk mengenal pasti apakah sistomnya.
Penyakit itu adalah sejenis alahan yang mana liang roma kulit badannya ditumbuhi kuku-kuku kecil.
Menurut sumber, seorang pelajar universiti telah menghidap satu penyakit yang mana ia dilabelkan sebagai berprofil tinggi dan penuh misteri.
Beliau menghidap sejenis penyakit pelik di mana seluruh liang roma kulit badannya ditumbuhi kuku-kuku kecil.
Sejenis alahan dialami Shanyna Isom, 28, sejak tiga tahun lalu itu menyukarkannya melakukan kerja-kerja harian kerana tidak selesa dan terpaksa memakai rambut palsu.
Menurut Shanyna, dia terpaksa melindungi kepalanya yang botak selepas ditumbuhi kuku dengan skarf dan rambut palsu selain menunggu penawar yang belum ditemui.
Doktor menjelaskan, kulit Shanyna menghasilkan 12 kali ganda sel-sel kulit biasa di setiap liang romanya sehingga menjejaskan keadaan kulitnya.
“Pada September 2009 lalu, saya mengambil ubat penahan sakit steroid kerana diserang asma, dan selepas beberapa jam saya seluruh tubuh saya berasa sangat gatal,” katanya kemudian menambah keseluruhan kakinya turut diselaputi benjolan kehitaman.
Kini, kumpulan pakar bertungkus lumus mengkaji penyakit misteri Shanyna dan hanya mampu mengawal simptom daripada merebak.
Pelbagai
AGAK keterlaluan apabila ada pihak sanggup memanipulasi gambar Perdana Menteri, Najib Razak.
Gambar yang diubah suai Najib mencium binatang haram itu sememang menunjuk tindakan orang yang tidak berotak.
Siapa, dari mana dan bila masih belum di ketahui siapakah yang bertanggungjawab atas perkara ini.
Berpolitik biar berpada-pada bukan ini caranya.
Sumber: http://newmalaysianpost.com/2014/02/27/najib-dihina-di-facebook
Isu Panas
KUALA LUMPUR – Seorang wanita yang juga kakitangan kerajaan berusia 24 tahun terselamat daripada dirogol pemandunya sendiri apabila alat sulit lelaki itu tiba-tiba tidak berfungsi, di sebuah klinik kesihatan di sini.
Bagaimanapun, dalam kejadian jam 6.45 pagi di sebuah sebuah klinik kesihatan di Kajang, Ahad lalu, lelaki berusia 34 tahun yang berang selepas empat kali cubaannya itu gagal memperkosa mangsa kemudian bertindak mencabul mangsa.
Menurut sumber, lelaki yang bekerja sebagai pemandu itu dikatakan menanggalkan pakaian mangsa walaupun wanita itu melawan hingga berlaku pergelutan.
“Selepas gagal merogol mangsa kerana alat sulitnya tidak berfungsi, lelaki terbabit kemudian mencabul wanita terbabit lebih 10 minit sebelum meninggalkan kawasan berkenaan,” katanya.
Katanya, mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Kajang, di sini, dan kurang 24 jam kemudian pemandu terbabit ditahan di rumahnya di kawasan berhampiran, lapor Hmetro.
Isu Semasa
PELIK tetapi itulah yang terjadi pada Nguyen Thi Phuong, apabila wajah bertukar menjadi seperti berumur 70 tahun walaupun usia sebenarnya 26 tahun.
Memetik kenyataan dari Dilansir OddityCentral, Thi Phuong menderita reaksi alergi dan meminum ubat untuk mengatasi alerginya. Tak disangka ternyata obat itu justru mengubah penampilannya menjadi seorang wanita tua.
Perkara ini terjadi apabila dia alahan pada makanan laut, karena tidak tahan, akhirnya kulitnya kemerahan dan gatal-gatal.
Thi Phuong kemudian secara tak sedar sering menggaruk dalam tidur dan kemudian suaminya, Nguyen Thanh Tuyen, membelikannya ubat dari klinik berdekatan.
Tapi malangnya ubat tersebut tidak berkesan malah menyebabkan alahan Nguyen lebih teruk.
Thi Phuong memutuskan untuk mendapat rawatan doktor dan kemudian diberi pil untuk dermatitis. Sekali lagi ubat tersebut membuat keadaannya makin parah.
Wajahnya bengkak-bengkak dan kulitnya seperti berkedut dan Ia menghentikan pengambilan ubat tersebut, kemudian beralih pada cara alternatif.
Pelbagai
Kuala Terengganu: Sukar untuk membayangkan kesengsaraan seorang budak lelaki berusia enam tahun Kampung Wakaf Beruas, di sini, kerana bukan saja kaki kirinya tersepit pada gegancu motosikal, malah sebahagian tapak kakinya itu putus, kelmarin.
Dalam kejadian jam 4.30 petang itu, Muhammad Farhan Haikal Aminudin Afandi baru keluar dari kedai bunga ibu saudaranya dan membonceng motosikal ditunggang bapa saudaranya yang berusia 31 tahun untuk pulang ke rumah di kampung sama.
Dalam perjalanan, Muhammad Farhan Haikal dikatakan menggerakkan badannya untuk menyimpan wang RM2 yang diberi ibu saudaranya ke dalam poket seluar.
Bagaimanapun tindakannya itu menyebabkan kaki kirinya termasuk ke dalam gegancu tanpa disedari menyebabkan dia terjatuh dari motosikal ketika bapa saudaranya membelok untuk ke satu gerai pisang goreng.
Menurut ibu mangsa, Aira Hartieny Mahad, 28, adik iparnya terkejut melihat anak sulungnya daripada dua beradik itu tiba-tiba terjatuh dari motosikal.
Katanya, adik iparnya yang panik melihat kejadian itu segera menghentikan motosikal dan mengangkat anaknya yang mengerang kesakitan.
“Ketika mengangkat Muhammad Farhan, adik ipar tambah terkejut apabila mendapati separuh kaki kiri anak saya sudah putus akibat tersepit pada gegancu motosikalnya.
“Dia yang panik terus mengambil cebisan daging kaki Muhammad Farhan yang terjatuh berdekatan motosikal dan membawanya bersama Muhammad Farhan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dengan bantuan ahli keluarga,” katanya ketika ditemui, semalam.
Surirumah itu berkata, ketika kejadian dia berada di rumah dan bergegas ke HSNZ sebaik dimaklumkan mengenai kejadian itu.
Menurutnya, setiba di hospital dia tidak dapat menahan sebak selepas melihat sendiri keadaan kaki kiri anaknya yang putus.
Katanya, harapan untuk melihat kaki anaknya pulih berkecai apabila doktor memaklumkan kaki anaknya gagal disambung kerana bahagian cebisan kaki itu sudah hancur.
Isu Semasa

WANITA memang akan melakukan segala cara untuk menjadi cantik, malah ada yang salah melakukan cara tersebut.
Salah satunya dengan memakai banyak kosmetik supaya kelihatan cantik dan dapat menarik perhatian lelaki khususnya.
Namun wanita satu ini mengumpulkan kosmetik bukannya untuk kecantikan tapi malah untuk dimakan .
Dalam sebuah tayangan TV ” My Strange Addition ” , seorang wanita dari Toledo, Ohio, bernama Brittoni mengaku bahawa ia ketagih makan eyeshadow .
Brittoni mengaku telah memakan lebih dari 10 ribu eyeshadow sejak umur 5 tahun .
Brittoni makan 15 eyeshadow setiap harinya dan menyukai warna kelabu metalik , coklat dan putih .
” Anda boleh membayangkan rasanya hanya dari lapisan warna apa yang anda makan , ” kata Brittoni . ” Rasanya sama saja seperti anda ketagihan makan gula – gula, ” jelasnya.
Sementara itu teman lelaki Brittoni, Josh, mendedahkan ketakutannya apabila mengetahui teman wanita mengidap ketagihan yang sangat aneh .
” Ketika dia mula makan kosmetik , dia seperti badut gila dan apabila menciumnya, aku merasakan bau kosmetik , ini sangat mengerikan .” kata Josh.
Wanita 22 tahun ini juga bercerita bahawa akibat ketagihan tersebut, dia pernah mengalami serangan jantung di usianya mencecah 12 tahun.
Meskipun begitu , ia tetap tidak boleh menghentikan kebiasaannya untuk makan eyeshadow .Dalam cara tersebut , seorang doktor juga didatangkan untuk memperingatkan Brittoni akan bahaya mengambil kosmetik .
Doktor itu menjelaskan bahawa bahan asas pembayang mata yang merupakan arsenik , timah dan nikel sangat berbahaya jika dimakan kerana boleh mengakibatkan penyakit jantung , kanser atau kematian .
Kenyataan doktor tersebut tentu menggugah hati Brittoni dan akhirnya dia bersumpah untuk mulai menghentikan kebiasaannya memakan eyeshadow lagi .
Pelbagai
Semalam, Mynewshub ada menyiarkan tentang iklan dalam pesawat Air Asia yang telah menyakiti hati para jururawat.
Iklan insurans yang ditampal pada bahagian belakang kerusi penumpang itu tertulis:
“You want your momma, because you are in the hospital with lousy nurses”
(Anda mahukan ibu, kerana anda berada di hospital bersama jururawat yang memberikan layanan buruk).
Kritikan terhadap iklan ini bukan sahaja dibuat melalui akaun Facebook Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Air Asia, Tan Sri Tony Fernandes malah Persatuan Kesihatan Malaysia (MMA) turut mendesak permohonan maaf daripada syarikat penerbangan ini kerana memberikan imej negatif terhadap profesion jururawat di negara ini.
Bagaimanapun hari ini, respon Tony pasti sedikit sebanyak mengubati hati jururawat yang telah terluka.
Menurut Tony, beliau secara peribadi turut berpendapat itu adalah iklan yang bodoh dan sudah mengarahkan Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia, Aireen Omar supaya memastikan ia dihentikan serta merta sambil mengambil langkah perlu bagi memastikan insiden sama tidak berulang.
Tony turut memberi jaminan, beliau sendiri akan bercakap tentang hal ini dengan Tune Insurance Holdings.
Difahamkan, insiden berlaku disebabkan ada proses yang tidak dipatuhi.
Sementara itu menurut jurucakap Air Asia, sepucuk surat memohon maaf sudah diutus kepada Persatuan Jururawat Malaysia (MNA) bagi menyatakan kekesalan Air Asia dan Tune Insurance di atas insiden yang tidak disengajakan ini.
Mengulas lanjut motif sebenar di sebalik iklan yang mencetuskan kontroversi itu, jurucakap Air Asia menyatakan ia sebenarnya cuba menggalakkan setiap oran agar menemani anggota keluarga yang sakit. – REM RAMZI
Sumber: YAHOO NEWS
Isu Panas
Seorang lelaki ditemui mati di kawasan siar kaki berdekatan dengan Kilang Jabil, Batu Maung, Pulau Pinang.
Gambar yang diperolehi dari Facebook Daily Traffic Report itu bagaimana pun tidak disertakan dengan laporan penuh mengenai kejadian itu.
Namun, menurut sumber tidak rasmi, lelaki berkenaan didakwa bergaduh dengan kekasihnya. Gagal mencapai elemen pendamaian, lalu lelaki berkenaan bertindak membunuh diri dengan mengantungkan dirinya di sebatang pokok di siar kaki.
Kekasihnya cuba membantu dan menyelamatkan lelaki tersebut. Malangnya sudah terlambat, lelaki berkenaan meninggal di tempat kejadian.
Isu Panas

KUALA LUMPUR: Filem The Journey tiada formula khas atau khusus bagi menjadikan filem ini meletup di pawagam serta menjadi filem terlaris di Malaysia.
Sebaliknya, misi utama orang-orang kuat di belakang tadbir adalah berusaha sedaya upaya untuk mewujudkan keseimbangan antara seni dan nilai komersial.
Naib Presiden Astro Shaw, Gayatri Su-Lin Pillai semasa menjadi tetamu dalam program bual bicara Agenda AWANI berkata, mereka sentiasa cuba untuk mewujudkan kedua-dua elemen ini dalam setiap filem yang diterbitkan oleh Astro Shaw.
Namun, kadang-kadang filem tersebut tidak berjaya mendapat tempat di hati penonton walaupun karya tersebut memenuhi kedua-dua elemen tersebut.
Kejayaan The Journey memang tidak disangka-sangka kerana menurut Gayatri, seluruh pasukan produksi hanya mahu menceritakan kisah kehidupan rakyat Malaysia dan tidak menjangka ia akan meletup di pawagam.
Sementara itu, Pengarah filem The Journey, Chiu Keng Guan pula menyifatkan perkara yang kecil boleh menimbulkan satu perasaan yang akan dapat meninggalkan kesan terhadap penonton.
Filem yang meliputi elemen kekeluargaan ini juga katanya adalah seimbang antara peranan seorang bapa dan anaknya dimana watak-watak ini juga bukanlah dilakonkan oleh pelakon yang profesional.
Ini menurutnya bagi membawa penonton rasa lebih dekat dengan jalan cerita The Journey ini.
[Wow] - Hiburan
Subscribe to:
Posts (Atom)


















Recent Comments