Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi

Sabak Bernam: Seorang budak lelaki berusia lapan tahun maut digilis sebuah kereta dipandu jirannya dalam kejadian di sebuah taman perumahan di Sekinchan, di sini kelmarin.
Dalam kejadian jam 8 malam itu, pemandu berusia 59 tahun berkenaan dikatakan baru keluar dari rumahnya sebelum memberhentikan seketika keretanya kerana mahu mencari sesuatu dari dalam kereta itu.
Namun, sebaik menemui apa yang dicari, lelaki itu meneruskan perjalanan sebelum tersedar seperti terlanggar sesuatu lalu keluar dari kenderaan untuk memeriksa.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Superintendan Noor Mushar Mohamad berkata, sebelum kejadian, lelaki berkenaan dikatakan sedang mencari dokumen tertentu dan sejurus menemuinya, dia terus memandu, namun terkejut apabila terdengar dentuman sebelum kenderaannya bergoyang seolah-olah terlanggar sesuatu.
“Sejurus keluar memeriksa keadaan kereta, dia terkejut apabila mendapati seorang kanak-kanak terbaring berlumuran darah di hadapan kenderaan dan kejadian turut disaksikan seorang jirannya yang segera mendapatkan ahli keluarga mangsa.
“Sejurus dimaklumkan, ahli keluarga mangsa segera membawanya mendapatkan rawatan di Hospital Tanjung Karang, namun dia disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala,” katanya.
Mangsa, Pua Yen An, 8, dipercayai mati dalam perjalanan ke hospital dan mayat mangsa sudah dituntut ahli keluarga.
Harian Metro difahamkan, laporan mengenai kejadian itu dibuat bapa mangsa yang berusia 37 tahun itu kira-kira jam 10 malam di Balai Polis Sabak Bernam dan polis sudah menahan pemandu kenderaan terbabit sebelum keterangannya diambil untuk membantu siasatan.
Sehubungan itu, Noor Mushar menasihatkan orang ramai agar memandu secara lebih berhati-hati bagi mengelak berlaku kemalangan yang boleh membawa kerosakan harta-benda atau kematian.
Hm
Isu Semasa

Kajang: “Saya sayang anak saya,” kata seorang bapa yang didakwa membunuh anak bongsunya menggunakan parang dan mencederakan dua lagi anak perempuannya, 30 Januari lalu.
Tertuduh, Norazman Mohammad, 43, berkata demikian dalam nada seakan-akan berbisik ketika jurubahasa mahkamah membacakan semula pertuduhan terhadapnya di hadapan Majistret Abdul Jalil Salam Muhamad di sini, semalam. Tertuduh yang bertubuh kecil dan kepalanya berbalut akibat kecederaan dipercayai dialaminya pada hari kejadian juga hanya menggeleng kepala seterusnya mengekalkan pengakuan tidak bersalah terhadap dua pertuduhan cuba membunuh anaknya, Maryam, 10, dan Liyana, 12, sehingga menyebabkan kecederaan.
Bagi pertuduhan itu dia didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun jika sabit kesalahan.
Sebelum itu, pertuduhan terhadap lelaki itu yang didakwa membunuh anak perempuan bongsunya, Zulaikha menggunakan parang dibacakan semula bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.
Dakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan membawa hukuman mati mandatori, jika didapati bersalah.
Norazman yang tidak bekerja didakwa melakukan ketiga-tiga perbuatan itu di Jalan 4/9G, Seksyen 4, Bandar Baru Bangi, di sini, jam 4 petang 30 Januari lalu. Tertuduh yang pertama kali dihadapkan ke mahkamah semalam sudah didakwa atas tiga pertuduhan itu di Wad 2 Lelaki, Hospital Kajang ketika dia mendapatkan rawatan akibat kecederaan di kepala 7 Februari lalu.
Terdahulu, peguam Norah Abu Bakar mewakili Norazman, memohon mahkamah membenarkan anak guamnya itu menjalani pemeriksaan psikiatri di Hospital Bahagia, Ulu Kinta, Perak supaya pihaknya boleh mengemukakan representasi kepada pihak pendakwaan bagi meminda pertuduhan Seksyen 302 Kanun Keseksaan sekiranya tertuduh didapati mengalami masalah mental.
Seorang lagi peguam mewakili tertuduh, Nasar Khan Mirbas Khan pula berkata, penilaian psikiatri sepatutnya dibuat secepat mungkin untuk menggambarkan keadaan mental tertuduh ketika kejadian. Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa S Abirami membantah permohonan itu dengan alasan kes itu akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi dan hanya Timbalan Pendakwa Raya di sana akan membuat permohonan untuk menghantar tertuduh menjalani pemeriksaan itu.
Abdul Jalil kemudian menegaskan keputusan pemeriksaan psikiatri terhadap tertuduh tidak akan diputuskan semalam sebaliknya menetapkan 26 Mac bagi mendapatkan laporan kimia, forensik dan bedah siasat.
Isu Semasa
Namun, ia berakhir apabila anggota penguat kuasa Farmasi Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKWPKL) dan Jakim membuat serbuan ke atas premis syarikat terbabit, semalam.
Ketua Cawangan Penguat Kuasa Farmasi JKWPKL Adnan Salimin berkata, serbuan itu dilakukan hasil maklumat orang awam serta risikan pihaknya selama sebulan.
Menurutnya, premis itu dipercayai dijadikan tempat memproses dan membungkus serbuk kopi untuk merangsang seks dan melangsingkan badan.
“Pemeriksaan mendapati serbuk kopi ini dipercayai mengandungi racun Sildenafil bagi kopi rangsang seks manakala Sibupralile dalam kopi pelangsing badan.
“Pengambilan racun ini sangat berbahaya, jika diambil secara berterusan dalam jangka masa panjang, ia boleh merosakkan hati,” katanya.
Adnan berkata, sekotak kecil serbuk kopi ini yang mengandungi di antara enam hingga 10 paket kecil dijual dengan harga sekitar RM11 sekotak.
Menurutnya, kopi ini dipaketkan untuk pasaran sekitar Lembah Klang.
Katanya, pihaknya merampas kira-kira 100 kotak besar serbuk kopi dan lima buah mesin memproses dan membungkus kopi berkenaan.
Kes disiasat di bawah Akta Racun 1952 iaitu sabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya.
Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak membeli sembarangan kopi yang dijual pasaran tempatan.
Isu Semasa
Tempoh 10 tahun berjuang membina nama dalam industri lakonan tanah air dengan penuh kesabaran dan nekad menggunakan laluan yang betul nyata memberi impak mendalam pada pelakon meningkat naik, Zara Zya.
Pada usia yang kini mencecah 29 tahun, Zara Zya mengakui sudah mampu tersenyum puas dengan segala pencapaian yang diraihnya dalam sekelip mata tanpa pernah diduga.
Mengakui bukan mudah baginya berada pada tahap sekarang, Zara Zya berkata, dia pernah dipandang rendah suatu ketika dulu. Apatah lagi, dengan sikapnya yang pemalu.
Di kala mengimbau kenangan lalu, Zara Zya mengakui pelbagai kesukaran pernah dihadapi dalam usaha mengetengahkan bakat lakonannya di persada industri hiburan tempatan.
“Dulu, mahu dapatkan tawaran berlakon bukan senang. Saya pernah ada pengalaman diajak berhibur ke karaoke sekiranya inginkan sesuatu watak. Namun, syukur saya waras berfikir dan tidak mahu mengambil jalan mudah.
-HM
Hiburan

Banting: Klinik yang menyediakan khidmat menggugur janin secara haram di daerah ini bukan saja menerima kunjungan pasangan kekasih termasuk remaja, malah lebih mengejutkan ada antara ‘pelanggan’ membabitkan budak perempuan berusia 12 tahun ditemani ibunya.
Itu pendedahan dibuat seorang bekas pekerja klinik berkenaan yang mengambil keputusan berhenti kerja selepas tidak mahu lagi terus bersubahat dengan perkhidmatan yang melanggar hukum Tuhan dan manusia itu.
Wanita itu yang mahu dikenali sebagai Ariana, 30-an, berkata, dia juga insaf kerana seakan-akan menerima ‘balasan segera’ daripada Allah apabila tiga kali keguguran serta sukar mendapatkan zuriat selepas lima tahun mendirikan rumah tangga.
“Sebagai seorang Islam, saya rasa seperti bersubahat ketika bekerja di situ, malah jika ditanya tempat bekerja, saya terpaksa menipu untuk mengelak daripada dipandang serong masyarakat sekeliling.
“Ini kerana kebanyakan penduduk di daerah ini sedia maklum yang klinik berkenaan amat dikenali kerana menawarkan khidmat menggugurkan janin secara haram,” katanya.
Isu Semasa
Sungai Buloh: Dua beradik lelaki berusia 18 bulan dan lima tahun dikelar hingga mati menggunakan pisau oleh pembantu rumahnya sebelum wanita itu membunuh diri dalam kejadian di sebuah rumah dua tingkat di Taman Sri Putra, di sini petang semalam.
Difahamkan, ketika kejadian, kedua-dua mangsa tinggal bersama pembantu rumah warga Indonesia itu ketika ibu bapa, datuk dan nenek mangsa keluar sejak jam 8 pagi untuk menguruskan perniagaan kedai kopi milik mereka.
Jiran yang mahu dikenali sebagai S Sivakumar, 34, berkata, biasanya seluruh keluarga berkenaan termasuk datuk dan nenek serta ibu bapa kanak-kanak berkenaan akan keluar rumah jam 8 pagi dan pulang semula jam 6 petang.
"Kejadian itu hanya disedari nenek kanak-kanak itu yang pulang ke rumah kira-kira jam 6 petang tadi (semalam) dan ketika itu, keadaan rumah agak sunyi.
"Selepas memanggil nama cucunya dari luar, nenek kanak-kanak itu masuk ke dalam rumah sebelum terkejut selepas ternampak cucunya yang berusia enam bulan berlumuran darah dan sudah tidak sedarkan diri manakala pembantu rumah yang berlumuran darah pula berada berhampirannya," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Beliau berkata, terkejut dengan penemuan itu, nenek kanak-kanak itu mencari seorang cucunya yang berusia dua tahun sebelum menemuinya dalam keadaan leher dikelar di tingkat dua rumah berkenaan.
Katanya, nenek kanak-kanak itu kemudian menghubungi polis dan ahli keluarga lain memaklumkan kejadian itu.
Berdasarkan sumber polis, kejadian berkenaan dilakukan pembantu rumah terbabit berikutan tiada kesan pecah masuk rumah malah tiga anjing jenis Rottweiler tidak menyalak sepanjang kejadian.
[Wow] - Jenayah
KEHADIRAN penerbit rancangan televisyen terkenal, Simon Cowell dan kekasihnya, Lauren Silverman beriadah di pantai bersama anak mereka yang berusia kira-kira dua minggu mengundang reaksi yang kurang menyenangkan daripada beberapa pihak.
Ada yang berkata, pasangan itu sebenarnya sengaja mahu menunjukkan kebahagian mereka sekeluarga kepada paparazzi sedangkan bayi sekecil itu sepatutnya berada di rumah.
Secara tidak langsung, Eric mungkin terdedah kepada penyakit akibat keadaan panas dan udara yang tidak sesuai untuknya.
Lebih membimbangkan, anjing peliharaan Simon dibiarkan berdekatan dengan bayi tersebut dan ramai yang khuatir akan tahap kebersihannya.
Melalui gambar-gambar di laman Daily Mail, beberapa pembantu mereka terpaksa bekerja keras bagi memastikan mereka bertiga berada dalam keadaan selesa.
Simon dan Lauren mungkin berseronok, tapi adakah Eric benar-benar selesa?
[Wow] - Selebriti
PETALING JAYA: Pelakon Nur Fathia tidak pasti apakah punca yang menyebabkan dia tidak sedarkan diri ketika pementasan teater Bidasari di Panggung Sari, Istana Budaya dekat sini minggu lalu.
Fathia atau nama sebenar Nur Fathia Latiff, 26, berkata dia hanya mengetahui apa yang berlaku selepas diberitahu oleh pelakon lain yang turut berada di tempat kejadian.
“Saya sendiri kurang pasti apa yang berlaku tetapi apa yang saya tahu saya pengsan dan tidak sedarkan diri dan apabila tersedar ada dua orang ustaz di hadapan saya.
“Saya tidak pasti apa yang terjadi sama ada saya dirasuk atau pun sebaliknya. Tapi, menurut kata kawan-kawan saya yang lain, mereka ada ternampak saya di lokasi berbeza ketika saya pengsan itu,” jelas kepada mStar Online.
Fathia berkata demikian ketika diminta mengulas apabila dia dikatakan dirasuk ketika pementasan Bidasari yang berlangsung 11 hingga 17 Februari lalu di Panggung Sari, Istana Budaya.
Disebabkan kejadian itu, tempat Fathia telah digantikan dengan seorang pelakon lain untuk beberapa babak sebelum dia kembali ke pentas.
Tambah Fathia, dia turut tidak menolak kemungkinan faktor kepenatan sebagai penyebab dia jatuh pengsan.
Sementara itu, pihak Istana Budaya menggalakkan mana-mana produksi supaya melakukan upacara tahlil dan bacaan doa terlebih dahulu sebelum memulakan sesuatu pementasan.
Ketua Pengarahnya Datuk Mohamed Juhari Shaarani berkata, ia bukan sahaja untuk mendapatkan berkat bagi melancarkan perjalanan pementasan tersebut, malah bagi mengelak daripada gangguan yang tidak diingini berlaku.
“Kita memang menasihatkan produksi untuk mengadakan kenduri atau bacaan doa bagi mengambil berkat dan memohon segala perjalanan pementasan lancar sebelum memulakan pementasan.
“Malah kita juga minta dijauhkan daripada sebarang gangguan yang tidak diingini berlaku yang melibatkan pelakon terutamanya apabila melakukan pementasan berkaitan kisah-kisah alam ghaib,” katanya.
Tambahnya, kejadian yang melibatkan makhluk halus boleh terjadi di mana-mana terutama apabila ia menggunakan dialog yang ada menyeru sesuatu atau menggunakan bahan-bahan yang selalunya dikaitkan dengan perkara berkenaan.
Katanya, beberapa kejadian sebelum ini melibatkan gangguan teknikal turut pernah terjadi kepada pementasan ‘P.Ramlee The Musical’ dan ‘Puteri Gunung Ledang’.-MS
Hiburan

KUALA LUMPUR: Pengarah Konsert Teaterikal Suara Kita Erma Fatima menghormati permintaan Erra Fazira agar adegan intim melibatkan dia dengan Awie dikurangkan dalam teater berkenaan.
Erma berkata, dia memahami situasi Erra yang sedang dalam tempoh edah selama tiga bulan selepas perceraiannya selain dia juga tidak mahu beraksi secara berlebihan pada pementasan itu nanti.
“Sebagai pengarah saya mahu melihat mereka ikut semua babak-babak daripada filem asal dalam pementasan ini termasuk adegan romantik supaya penonton dapat merasai seperti mana mereka menonton filem Sembilu 20 tahun lalu.
“Bagaimanapun dengan tempoh edah yang sedang dilalui Erra, saya hormati permintaannya untuk mengurangkan babak intim kerana ingin menjaga batas sepanjang tempoh itu,” katanya kepada mStar Online.
Erma ditemui ketika sesi latihan teater tersebut di Istana Budaya pada Selasa.
Selain Erra dan Awie, Konsert Teaterikal Suara Kita turut menampilkan Ziana Zain dan ia bakal berlangsung pada 3 hingga 9 Mac depan di Panggung Sari, Istana Budaya.
Pada 18 Februari lalu Erra, 40, mengejutkan peminat dunia hiburan apabila dia dan suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin, 39, bercerai dengan talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, dekat sini selepas tujuh tahun hidup bersama.
Dalam pada itu, Erra berkata, dia lega apabila Erma memahami keadaan itu walaupun pada mulanya dia sukar untuk berbuat demikian kerana bimbang permintaan itu akan menyusahkan semua pihak yang telah menyusun perancangan.
Jelas Erra, selain ingin menjaga batas selepas bercerai dia juga tidak mahu ada sesetengah pihak tersalah anggap berhubung aksinya dengan Awie di atas pentas nanti.
“Sebelum membuat keputusan itu kami duduk berbincang terlebih dahulu dan mujur Erma memahami,” katanya.
Dalam pada itu, Erra mengakui agak penat sepanjang menjalani latihan teater berkenaan kerana perlu mempersiapkan diri dari segi lakonan, nyanyian dan tarian.
Bagaimanapun dia yakin dapat memberikan persembahan terbaik untuk peminat mereka pada pementasan itu nanti.
“Paling saya bimbang kerana perlu menyanyi secara ‘live’ dan sudah lama tidak berbuat demikian membuatkan saya sedikit gementar,” ujarnya.
Antara lagu yang bakal dipersembahkan oleh Erra adalah Pasrah, Jendela, Cinta Abadi danYang Terindah Hanya Sementara.-Mstar
Hiburan
LA Pascualita atau Little Pascuala adalah peragawati baju pengantin yang telah “mati” dalam tetingkap kedai di Chihuahua, Mexico untuk 75 tahun yang lalu.
Masa yang lama untuk kedai gaun pengantin untuk mengekalkan peragawati, Sebenarnya ia mempunyai sejarah yang agak pelik di latar belakangnya. Menurut legenda bandar, La Pascualita adalah mayat sempurna yang dipelihara Dia adalah anak perempuan pemilik kedai gaun pengantin tersebut.
Cerita La Pascualita telah menarik begitu banyak pelawat, termasuk personaliti media, dari seluruh Mexico Chihuahua.
Kini, orang-orang dari Amerika Selatan, Amerika Syarikat dan Eropah juga telah mula melawatan ke pengantin mayat.Ramai daripada mereka melihat tingkap kedai, merenung “mayat” itu, cuba untuk memikirkan jika dia adalah benar atau tidak.
Kebanyakan orang penjalan kaki yakin bahawa dia adalah mayat sebenar berdasarkan tangannya (gambar bawah).
La Pascualita telah mula diletakan di tingkap kedai pada 25 mac 1930, lengkap berpakaian gaun pengantin musim bunga .
beliau yang telah meninggal dunia pada hari perkahwinannya selepas digigit oleh labah-labah Black Widow.
Perkara ini tidak sangat baik dengan penduduk tempatan, dan mereka mula untuk menyatakan bantahan mereka.
Tetapi masa berganti masa. Nama anak perempuan telah hilang dari masa ke masa, dan ‘La Pascualita’ terperangkap melalui cermin kaca.
Misteri Sejarah
FAKTA seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.
Di USA, kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan.
Di India, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya, para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. Jadi racun seranggalah pulak.
Anda juga boleh mencuba kajian ini :
1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 48 jam. Elok untuk yang berniaga sup tulang!
2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian ‘flush’. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan ‘citric asid’ yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?
3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!
4. Untuk menghilangkan kesan ‘corrosion’ atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuangkan sahaja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.
5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.
6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.
7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap. Mesti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin kerana ianya mahal!
Fakta
Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari.
Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.
Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran “Bahan Kimia Bahaya” atau”Bahan Penghakis : bahaya”. Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. . Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus dua sebab hakisan/karat.
Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun.
Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah tapi tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Tambah pula dengan ais!. Wahh! Rasa cam minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidak berapa manis. Lidah dengan otak pun kena tipu. Semua minuman ringan menggunakan asid yang sama. Tak kiralah Pepsi. 7-up, Drinho, Yeos, Milo, F&N dll.
Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta untuk meghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh. Macam candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalah ekstrak dari daun coca [cocaine] dan kacang Cola. Itu yang jadinya perkataan Coca Cola tu.
Cuba rendamkan gigi [gigi yang patah, tapi kalau nak rendam gigi dalam mulut tu pun boleh gak] dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu hilang/lebur dalamasa 24-49 jam.
Jadi, sambil-sambil kita minum Coke tu, bolehlah pada masa yang sama cuci cermin kereta, cuci baju, buka nat skru, cuci tandas , sembur serangga dll. Rupa-rupanya Coke ni boleh dibuat bahan gantian emergency jika bahan cuci/pelincir/penghakis habis kat rumah. Semua fakta diatas anda boleh cuba sendiri dirumah jika tak percaya. Terkejut dengan fakta yang menarik ini?
Informasi
KUALA LUMPUR – Bekas menteri besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini menang saman fitnah yang dikemukakannya terhadap stesen televisyen TV3 berhubung posting Twitter beliau yang mengatakan Sultan Johor menggunakan wang rakyat bagi membida nombor pendaftaran kereta WWW1.
Tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Datuk Mohamad Arif Yusof, membenarkan rayuan Nizar, berkata plaintif berjaya membuktikan kes kebarangkalian yang seimbang.
“Perintah Mahkamah Tinggi adalah dengan ini mengenepikan dan kes ini akan dirujuk ke Mahkamah Tinggi bagi penaksiran ganti rugi,”katanya.
Arif berkata Mahkamah Tinggi yang menolak saman Nizar tidak boleh dikekalkan dan TV3 bertanggungjawab.
Beliau berkata pembelaan justifikasi gagal dan TV3 tidak berjaya membuktikan kebenaran atau sebahagian kebenaran dalam laporan mereka.
“Malah, ada niat jahat oleh defendan dalam laporan mereka,” katanya.
Mahkamah juga memerintahkan bayaran RM30,000 sebagai kos.
Pada 12 April, Hakim Mahkamah Tinggi, Datin Yeoh Wee Siam menolak dakwaan Nizar bahawa TV3 memfitnah beliau.
Dalam penghakiman bertulis beliau, hakim memutuskan TV3 memperlihatkan justifikasi pembelaan terhadap semua fakta dan hujah yang dibangkitkan kedua-dua belah pihak.
“Saya berpendapat defendan berjaya dalam pembelaan mereka berdasarkan justifikasi. Pembelaan justifikasi adalah pembelaan yang lengkap. Oleh itu, berdasarkan faktor ini, tuntutan plaintif patut dibuang,” katanya dalam kenyataan penghakiman bertulis sebanyak 30 muka surat.
Bagaimanapun, Yeoh turut meneliti hak keistimewaan pembelaan dan pembelaan Reynolds yang digunakan oleh stesen penyiaran itu.
Menggunakan ujian kemunasabahan yang digariskan dalam kes di United Kingdom, Reynolds melawan Times Akhbar Ltd, Yeoh berkata, TV3 tidak mengamalkan amalan kewartawanan yang dipertanggungjawabkan kerana ia tidak mengesahkan tweet berkenaan dengan Nizar atau meminta sebarang komen daripadanya.
Beliau sebelum itu berkata, adalah jelas bahawa laporan berita TV3 itu mempunyai kepentingan awam dan bertanggungjawab untuk menyiarkannya.
Pada Julai 2012, Nizar memfailkan saman fitnah RM50 juta terhadap Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) dan penerbit TV3 Rohani Ngah di atas berita laporan 30 Mei 2012 yang didakwa boleh ditafsirkan dalam beberapa maksud, termasuk beliau melakukan hasutan, pengkhianat kepada Sultan Johor dan mengbangkitkan kebencian orang ramai kepada pemerintah Johor.
Nizar juga memfailkan saman fitnah RM50 juta terhadap penerbit Utusan Melayu (M) Berhad ke atas laporan mengenai tweet, di mana saksi daripada kedua-dua pihak telah memberi keterangan minggu ini, penghujahan lisan akan didengar di mahkamah pada 7 Jun. -MI
Isu Semasa
Subscribe to:
Posts (Atom)

















Recent Comments