Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi



PERAK – Seorang guru yang sedang menjamu selera di sebuah restoran makanan segera bersama keluarganya di sini petang kelmarin terkejut apabila menjumpai bulu pelepah ayam dalam hidangan ayam goreng dipesannya.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.50 petang itu, Muntaha Kamil Khalid, 35, mendakwa, dia berkunjung ke restoran terbabit bersama lima anaknya.

“Ketika makan ayam goreng, saya tergigit benda asing. Saya sangka plastik tetapi apabila diperhatikan betul-betul, saya terkejut apabila mendapati ia adalah bulu ayam.

“Selepas melihat bulu pelepah ayam itu, tekak saya mula rasa loya memikirkan pekerja restoran terbabit tidak mengutamakan kebersihan ketika menyediakan makanan,” katanya.

Tidak berpuas hati dengan situasi itu, Muntaha Kamil berkata, dia memanggil pekerja restoran makanan segera itu untuk mengadukan perkara tersebut.

Bagaimanapun katanya, pengurus dan penyelia restoran tidak mengendahkan perkara tersebut malah enggan memohon maaf kepadanya.

“Mereka menyedari ia satu kecuaian kerana menyediakan makanan tidak bersih itu tetapi mereka tidak ambil kisah dengan aduan saya malah, mereka tidak memohon maaf pun.

“Pengurus mahupun penyelia tidak keluar menemui saya sekeluarga dan tiada tindakan langsung terhadap aduan dibuat,” katanya.  

Muntaha Kamil berkata, dia kesal dengan insiden menimpanya itu kerana pekerja restoran makanan segera terbabit seharusnya menjamin kebersihan makanan disajikan.


TERNYATA, apa tertulis dalam bait lagu, Yang Terindah Hanyalah Sementara, nyanyian, Erra Fazira, ini lebih dekat untuk menggambarkan situasi dirinya.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul apabila rumah tangga yang dibina lebih enam tahun lalu berkecai akhirnya.

Tidak perlu menuding jari pada Erra mahupun bekas suami, Engku Emran Engku Zainal Abidin, kerana hanya mereka tahu apa yang berlaku di sebalik perpisahan ini.

Walaupun ia adalah keputusan bersama (bercerai), namun air mata juga yang menjadi jawapan kepada gelojak jiwa, Primadona Melayu ini.

Ketenangan yang dipamerkan ketika Engku Emran melafazkan cerai hanyalah pandangan luaran sahaja kerana yang pasti, jiwa wanita ini juga turut menangis.

Lebih memilukan, perpisahan ini juga menjadikan Erra sepi sendiri apabila hak jagaan untuk anak tunggalnya, Engku Aleesya, turut diserahkan kepada bekas suami.

Terpaksa berdepan dengan masyarakat yang sentiasa dahagakan penjelasan, kisah penceraian ini juga turut menjadi bahan cerita malah, ada yang cuba mempersendakannya di internet dan laman-laman sosial.

Akui Erra atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chek, 40, gelora, kecamuk, tenang atau gusar, hanya empunya diri yang rasai.

"Saya kecewa dengan sikap segelintir masyarakat yang sering membuat andaian tanpa mengetahui kebenarannya. Ianya amat keterlaluan!

"Sejak awal lagi, saya memang serba salah untuk bercerita. Ramai yang cuba menghakimi perasaan saya. "Mereka tidak lalui apa yang saya lalui, jangan mudah untuk menilai pada pandangan kasar. Tiada siapa yang tahu dalam hati saya," jelasnya.


Bibit cinta

Menyelak kembali kisah cinta bekas Ratu Cantik ini bersama Engku Emran, mereka dikatakan mula rapat ketika Erra menyertai rombongan persembahan Suria FM di Sabah.

Ketika itu, Engku Emran merupakan Ketua Pegawai Operasi Suria FM dan hubungan itu terus berputik sehingga mereka sepakat untuk bertunang pada 7 September 2007.

Tidak menunggu lama akhirnya, pasangan ini diijabkabulkan dalam majlis yang gilang gemilang pada 25 Oktober, tahun yang sama.

Perkahwinan itu sekali gus menamatkan kontroversi, di mana Erra dikatakan pernah mempunyai hubungan istimewa bersama pengarah dan penerbit, Hans Isaac sebelum ini.

Walaupun bintang filem Maria Mariana, ini sering menafikan hubungan yang terjalin bersama pengarah filem itu, namun mereka dikatakan mula rapat ketika bekerjasama dalam filem Persona Non Grata pada 2005.

Pernah berkahwin dengan penerbit terkenal, Yusry Abd Halim, pada 15 Jun 2003 namun, hubungan itu hanya bertahan tiga tahun sahaja setelah mereka sah bercerai pada 16 Jun 2006.

Pada tahun 1996, Erra juga pernah bertunang dengan penyanyi rock Awie, namun mereka memutuskan pertunangan itu pada penghujung 1998.
 

Kontroversi bermadu...

Panas yang disangka hingga ke petang tidak berlanjutan hingga ke siang hari apabila, rumah tangga pasangan ini mula menjadi berita sensasi.

Lumrah sebagai selebriti, walaupun pelakon, penyanyi dan pengacara ini tidak terlalu terbuka dalam berkongsi hal peribadi, namun desas-desus mengenai keretakan rumah tangga mereka mula bertebaran sejak 2011.

Malah, tidak kurang juga yang mula menyebarkan berita dan khabar angin bahawa Engku Emran telah berkahwin lain.

Namun, ketika itu Erra mengakui dia tidak mudah melatah dengan kontroversi yang mengaitkan rumah tangganya dan memberitahu bahawa ianya adalah sama sekali tidak benar.

Hampir setahun menjadi pemerhati, akhirnya Engku Emran tampil memberi penjelasan mengenai spekulasi berkenaan. Malah, dia mengakui bahawa tidak pernah terlintas untuk memiliki lebih daripada seorang isteri.

Walaupun ramai yang masih tidak berpuas hati dengan kenyataan itu, Erra bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai kontroversi yang dilihat sebagai 'pemuas nafsu' masyarakat.

Namun, spekulasi itu akhirnya terjawab apabila pasangan ini mengakui tidak lagi tinggal bersama sejak setahun enam bulan.


Hilang hak

Sepanjang tempoh perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan, Engku Aleesya, 5.

Dilahirkan pada Mac 2009, kisah puteri tunggal pasangan ini pernah menjadi bualan apabila Erra dikatakan 'menyorok' anaknya sepanjang tempoh berpantang.

Pada majlis cukur jambul Aleesya, Erra mengumumkan bahawa mereka akan muncul dalam rancangan realiti, Gugu Gaga Erra sekali gus menjadikan Erra sebagai artis Malaysia pertama yang mempunyai rancangan realiti mengenai anak.

Sebelum ini, Erra kerap kali memuat naik video dan gambar puterinya itu di laman sosial miliknya untuk berkongsi perkembangan Aleesya bersama peminat.

Namun, kini waktu yang ada untuk bersama Aleesya semakin terhad apabila Erra bersetuju untuk melepaskan hak penjagaan anak tunggalnya Engku Emran.

Malah, akui Erra, dia percaya bahawa itu adalah jalan yang terbaik buat Aleesya.


GEORGETOWN - Polis mengesahkan seketul daging yang ditemui di pekarangan Masjid Cherok Tokun, Machang Bubuk, Seberang Perai Tengah, adalah daging babi.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, pengesahan itu adalah berdasarkan laporan yang diterima dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar negeri.

Beliau berkata, polis juga sudah merekodkan enam keterangan daripada orang kampung dan ahli jawatankuasa masjid.

“Dalam kes ini, polis tidak akan bertolak ansur dengan tindakan mana-mana individu cuba mencetus provokasi yang boleh menggugat perpaduan kaum.

“Polis akan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan menimbulkan suasana menggugat ketenteraman awam dan keharmonian rakyat berbilang kaum,” katanya selepas Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina, Polis Pulau Pinang.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan iaitu membencana atau mencemarkan tempat sembahyang dengan niat hendak mengaibkan agama mana-mana golongan.

Ahad lalu, daging babi itu ditemui oleh seorang pembantu imam  yang ingin menunaikan solat Subuh.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, daging berukuran sebesar dua tapak tangan dewasa itu ditemui lelaki berkenaan yang ingin memasuki ruang masjid.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai insiden itu diminta menghubungi Rakan Cop di talian 04-2295900 atau mana-mana balai polis terdekat.

Jakarta: Julia Perez (Jupe) dilaporkan terlalu berang apabila didakwa menyuap hakim supaya mahkamah menyebelahinya untuk menghukum saingannya, Dewi Perssik, supaya dipenjara.
Media semalam melaporkan ada pihak menuduh Jupe merasuah hakim Mahkamah Agung sehingga Rp700 juta (RM196,119) bagi mendorong mahkamah menyabitkan kesalahan ke atas Dewi.
Peguam Jupe, Malik Bawazier berkata, pihaknya sedang mengesan individu yang bertanggungjawab menyebarkan fitnah berkenaan.


“Walaupun berita itu tidak benar, kami tetap mahu mencari pihak yang menyebarkan fitnah berkenaan.

“Ia sengaja dibuat untuk memburuk-burukkan imej Jupe,” katanya.
Jupe dan Dewi pernah menjadi rakan baik sebelum terbabit dalam pergaduhan ketika melakonkan aksi pergaduhan sebuah filem.
Mereka kemudian membawa kes berkenaan ke mahkamah.
Baru-baru ini hakim memutuskan Dewi bersalah mencederakan Jupe dan mengarahkan aktres terbabit dipenjara selama tiga bulan.
Malik berkata, jika fitnah berkenaan berlanjutan pihaknya tidak teragak-agak membawa kes itu ke mahkamah.
“Kami akan mengheret penyebar fitnah itu ke muka pengadilan,” katanya.- Agensi

London: Seorang remaja perempuan diperkosa oleh 30 lelaki, termasuk pasangan bapa dan anak lelaki, dalam serangan seksual berlanjutan selama enam jam.
Dalam inkues semalam, aktivis hak wanita, Shaista Gohir memperincikan penderaan seksual terhadap mangsa melalui laporan yang mengejutkan itu. 
Menurut Shaista, eksploitasi seksual terhadap remaja terbabit dilakukan sekumpulan lelaki daripada etnik sama sering berlaku dengan pengetahuan pihak berkuasa. 


Namun, katanya, pemimpin masyarakat, sekolah mahupun keluarga mungkin tidak menghiraukan serangan sedemikian atau dalam sesetengah kes turut membela penyerang.

Shaista menggunakan kes mengerikan di Birmingham itu sebagai contoh kes dikemukakannya dan menggesa pihak berkuasa menangani isu berkenaan dengan segera.

“Kejadian itu berlaku selama enam jam membabitkan penyerang termasuk seorang bapa serta anaknya yang masih bersekolah, selain pemandu teksi yang muncul secara berkumpulan,” katanya. 


Laporan diserahkan kepada Majlis Bandaraya Birmingham itu dibuat susulan daripada temu bual dengan 35 mangsa serangan seksual, selain beberapa penjenayah seks daripada masyarakat Islam di seluruh Britain. 

Shaista turut mencabar pendapat popular dalam eksploitasi kes berprofil tinggi di Rochdale dan Oxford khususnya yang membabitkan kumpulan lelaki Asia yang menyerang remaja kulit putih. 

“Ramai orang memberitahu saya, mereka tahu mengenai kejadian di Rochdale dan Oxford, tetapi ia turut berlaku di Birmingham dan di tempat lain,” katanya. 

Amaran itu dibuat pada selepas kumpulan pemangsa seks kanak-kanak dipenjarakan kerana mendera kanak-kanak perempuan. 

Hakim John Bevan berkata, empat lelaki dan remaja lelaki seorang lelaki Kurdis dihukum kerana memperkosa lima kanak-kanak perempuan semuda 12 tahun. 

Empat daripada ahli kumpulan itu berasal dari Republik Czech dan Slovakia. Dua daripada mangsa berketurunan Czech dan Slovak, manakala tiga lagi berbangsa Inggeris. 

Tahun lalu, tujuh lelaki dari Oxford - kebanyakannya keturunan Pakistan - dipenjara kerana terbabit dengan operasi rangkaian seks kanak-kanak. 

Kanak-kanak perempuan sering menjadi sasaran masyarakat daripada etnik dan latar kebudayaan yang sama. 

Mereka sering didera kerana mudah diancam agar menutup mulut atau berdepan risiko menanggung malu di kalangan masyarakat. 

Apabila kes penderaan seksual didedahkan, sesetengah keluarga menghantar mangsa ke luar negara atau mengatur perkahwinan untuk mengelak isu berkenaan berpanjangan.- Agensi

Sesiapa yang terbang melintasi Wilayah Utara, Australia mungkin dapat melihat binaan menyerupai seekor buaya yang berkeliaran di kawasan berkenaan.
Namun, ia sebenarnya sebuah hotel unik yang dibina membentuk reptilia yang di- geruni itu, terletak di tengah Taman Warisan Dunia.
Gagudju Crocodile Holiday Inn, hotel milik warga tempatan di Taman Negara Kakadu, berada kira-kira dua jam perjalanan dari Darwin.

Kakadu adalah taman negara terbesar di Australia meliputi kawasan seluas 19,000 kilometer persegi -sama dengan saiz Republik Slovenia - dan menawarkan semua pengalaman menarik di negara ‘Crocodile Dundee’ itu.

Reka bentuk hotel yang unik itu melambangkan ‘penduduk’ terkenal di Kakadu, buaya air masin.
Terletak di bandar Jabiru, hotel itu menjadi pilihan pelancong yang ingin meneroka kawasan utara Kakadu.

Taman negara itu menjadi habitat kepada lebih 10,000 buaya, bersamaan dengan 10 peratus daripada keseluruhan populasi reptilia itu di Wilayah Utara.

Lebih separuh kawasan di Kakadu yang diisytiharkan sebagai taman negara dalam tiga peringkat antara 1979 hingga 1991 adalah tanah masyarakat orang asli Australia.

Pemilik warga tempatan menguruskan perjalanan taman berkenaan bersama Parks Australia.

Kanvas seni Emma Maembong, 22, tidak pernah sepi kontroversi. Sejak mula dikenali melalui drama Kau Yang Terindah arahan Erma Fatima, dia berdepan cerita sensasi dan berlarutan hingga hari ini.
Bulan lalu, Emma dikecam berikutan dakwaan bercumbu dengan ‘teman rapatnya’, pelakon dan juga pengacara terkenal, Zizan Razak dalam penerbangan ke Amerika Syarikat. 
Tidak habis di situ, dia sekali lagi diasak apabila ada individu mendakwa dirinya jiran Zizan mendedahkan, pasangan ini bersekedudukan. 


Kecoh pula dengan isu tinggal serumah dan ia bukan perkara kecil, apatah lagi jelas melanggar syariat dan norma budaya Melayu. Bukan maruah si pelaku saja tercalar, bahkan keluarga turut terpalit sama.

Pun begitu, pelakon berdarah kacukan Melayu-Scotland ini bersyukur kerana keluarga, khususnya ayahanda tercinta, tidak melatah dengan tuduhan itu. Reaksi tenang keluarga secara tidak langsung mendorong kekuatan dalam diri­nya.


LANGKAWI: Tahun 2014 merupakan tahun Melawat Malaysia. Namun, salah satu destinasi tarikan utama pelancong ditutup kepada orang ramai.
Jambatan Gantung Panorama Langkawi yang merupakan antara jambatan paling menggerunkan di dunia telah ditutup hampir 20 bulan kerana kelewatan dalam mendapatkan dana dan perunding luar untuk menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan.
Penutupan itu mengecewakan kebanyakan pelancong sama ada di dalam mahupun luar negara yang ingin merasai sendiri pengalaman berada di atas jambatan gantung sepanjang 700 meter di atas paras laut dari Gunung Mat Chinchang.
Jambatan tersebut yang merupakan sebahagian daripada projek kereta kabel bernilai RM80 juta dijangka hanya dibuka pada lewat tahun ini.
Friends of Langkawi Geopark atau FLAG berkata kebanyakan pelancong asing khususnya amat kecewa kerana mereka sanggup terbang ke negeri itu untuk merasai pengalaman melalui jambatan gantung tersebut.
Timbalan Presidennya, Pishol Ishak berkata; "kami tahu apa yang mereka katakan kerana mereka sentiasa mengadu kepada kami."
Orang ramai menandatangani petisyen bagi menuntut pemansuhan sistem PBS dalam satu bantahan yang dianjurkan oleh Suara Guru-Masyarakat Malaysia.


BANGI: Sekumpulan guru berhimpun bagi membantah sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di mana kebanyakan di antara mereka menyatakan rasa tidak takut dengan kesan yang bakal diterima selepas menyertai bantahan tersebut.
Dua ketua yang membantah sistem tersebut telah dihukum baru-baru ini kerana menyertai program yang dianjurkan Suara Guru-Masyarakat Malaysia (SGMM).
Ketua Jawatankuasa Kerja SGMM, Mohd Nor Izzat Mohd Johari mendakwa dia telah menerima arahan untuk berpindah ke sebuah sekolah yang terletak 80km daripada tempatnya mengajar ketika ini.
Manakala seorang guru bahasa Inggeris, Razak Badri mendakwa dia telah dipecat menerusi satu surat yang dihantar kepadanya bertarikh 6 Februari lalu.
Ketiadaan saluran untuk menyuarakan suara mereka bagi membantah sistem yang dianggap kontroversi itu, seorang guru muncul pada Sabtu menyifatkan situasinya sebagai 'berada di penghujung jalan'.
Mohd Nor Izzat berkata, beliau sudah penat mencari jalan untuk mengadu mengenai sistem PBS sebelum memutuskan untuk bersemuka dengan Kementerian Pendidikan secara terbuka.
"Bukan kita tidak cuba untuk bertemu dengan kementerian, aduan telah difailkan menerusi sistem aplikasi PBS secara online dan kami telah bertemu dengan (Menteri Pendidikan II) Datuk Seri Idris Jusoh tetapi mereka enggan mendengar keluhan kami," katanya.
Pada Jumaat, Mohd Nor Izzat, seorang guru Seni dari Pahang, menerima notis perpindahan berkuatkuasa serta-merta.
"Kami telah menunggu selama tiga tahun sejak PBS pertama kali dilaksanakan. Namun (masalah lain) sistem aplikasi PBS secara online masih beroperasi pada kelajuan yang amat perlahan," katanya.
Sistem PBS diperkenalkan di sekolah rendah bermula dengan murid-murid Tahun Satu pada 2011 dan di peringkat menengah dengan pelajar Tingkatan Satu pada 2012.
Beliau berkata walaupun guru mengeluh kerana terpaksa menyediakan banyak data 'bukti' hasil pembelajaran pelajar mereka selain memasukkan ke dalam sistem PBS, kementerian hanya berjanji akan mengurangkan bilangan data bukti yang dikehendaki.
"NUTP tidak melakukan apa-apa untuk memperjuangkan guru-guru yang dibebani sistem PBS. Bagaimana mereka mendakwa bahawa kami adalah kumpulan yang tidak diiktiraf apabila kami telah dijemput untuk menghadiri mesyuarat dengan kementerian pada tahun lepas," katanya.
Bantahan itu berakhir dengan resolusi untuk mendesak pemansuhan sistem PBS dengan menggariskan lima perkara utama dalam memorandum tersebut yang digelar sebagai 'Deklarasi Bangi' yang ingin diserahkan kepada kementerian dan Parlimen.


PIHAK polis terpaksa membuat rondaan sekerap mungkin di rumah sewa Justin Bieber di Atlanta, Georgia bagi memastikan bintang pop itu tidak diganggu peminat.
Bieber berpindah ke rumah agam milik bintan R&B Dallas Austin minggu lepas selepas menandatangani perjanjian sewa selama tiga bulan.
Seperti dilapor contactmusic.com, kawasan elit itu berada dibawah bidang kuasa Jabatan Polis Sandy Spring.
Jabatan polis tersebut telah meletakkan pegawai rondaan khas untuk menjaga privasi bintang pop bermasalah ini.


PETALING JAYA: Penyanyi Maya Karin mendedahkan pernah jatuh hati dengan seorang lelaki yang sudah berpunya.
Bagaimanapun, Maya atau nama sebenar Maya Karin Roelcke, 34, berkata, perasaan tersebut terpaksa dilupakan dan diabadikan di dalam sebuah lagu bertajuk Hanya Sebentar yang dicipta oleh Omar K.
"Lagu Hanya Sebentar dalam album terbaharu saya ini sangat istimewa kerana ia merupakan cerita sebenar tentang perasaan saya terhadap seorang lelaki.
"Perasaan jatuh hati kepada seorang yang sudah menjadi milik orang lain dan saya terpaksa mengambil tindakan menjauhkan diri kerana prinsip saya tidak akan menganggu hubungan tersebut," katanya kepada mStar Online ketika ditemui pada majlis pradengar album Teka Teki bersama peminat yang berlangsung di Talent Lounge, di sini, Sabtu.
Tambah Maya, pada asalnya dia sekadar bercerita kisah yang berlaku beberapa tahun lalu kepada komposer tersebut.
Namun, dia tidak menjangka apabila kisah tersebut dijadikan sebuah lagu untuk dimuatkan dalam album ketiganya ini.
Sementara itu, bercerita tentang album tersebut, Maya berkata, dia mengambil masa hampir 11 tahun untuk kembali menyanyi semula.
"Saya sudah lama ingin buat album dan lima tahun lalu saya ada merakam lima buah lagu, namun tiada rezeki untuk diterbitkan.
"Selepas mendapat tawaran daripada Warner Music barulah impian ini tercapai.
"Bagaimanapun, lima lagu yang telah dirakam lalu tidak dimasukkan dalam album ini kerana berlainan genre," katanya.
Tambah Maya, album Teka Teki akan berada di pasaran pada Mac depan.

mSTar


Sehari demi sehari semakin banyak kes dera terhadap kanak-kanak , walaupun bermacam hukuman berat telah dikenakan kepada pesalah-pesalah yang lalu namun perkara terkutuk ini masih berlaku .

Begini lah nasib adik Ahmad Fateh 5 bulan yang didera pengasuhnya dengan memberi susu panas , mengakibat kan mulut dan saluran tekak adik Ahmad Fateh melecur  , kesan daripada itu Adik Ahmad Fateh terpkasa minum susu dengan menggunakan tiub .

Apa lah salah Adik yang sekecil ini sehinggakan diperlaku sedemikian , kes dera ini berlaku 9 Oktober lalu di Saujana Utama Sungai Buluh , kes ini dalam sisasatan pihak berkuasa , semoga si pelaku dikenakan  hukuman yang setimpal dengan apa yang dia lakukan .

Sama-sama kita doa semoga adik Ahmad Fateh cepat sembuh , semoga menjadi pengajaran kepada para ibu bapa supaya menyelidik terlebih dahulu para pengasuh mereka sebelum meninggalkan anak untuk di jaga .