Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi

SUSULAN kes pasangan Malaysia yang dibicarakan di Sweden, sudah timbul desakan dari beberapa kumpulan hak asasi manusia menuntut supaya undang-undang mirip Sweden dikuatkuasakan di Malaysia.
Sebuah pertubuhan, Protect And Save Children mahu agar perbuatan menghukum anak dengan cara fizikal seperti merotan dan lain-lain diharamkan sama sekali kerana ia didakwa melanggar hak asasi kanak-kanak tersebut.
Pengarah Eksekutifnya P Nagasayee Malathy berkata, hukuman sebegitu rupa mencabul hak asasi seorang kanak-kanak yang masih kecil dan ia dikhuatiri akan menjejaskan keperluan hak asasi lain, katanya memetik laporan dari The Malay Mail Online.
Perkembangan ini sebenarnya sudah boleh dijangka kerana di Malaysia turut terjadinya kes penderaan kanak-kanak yang melibatkan kecederaan malahan ada yang sehingga melibatkan kematian.
Bagaimanapun, untuk menghalang terus perbuatan menghukum anak-anak ia adalah satu perkara yang mustahil kerana didikan sebegitu kadangkala diperlukan memandangkan anak-anak yang masih kecil serta masih perlu banyak bimbingan.
Ekoran umur yang masih kecil, mereka mungkin terdedah kepada pengaruh yang luas tidak kira negatif atau positif. Tanpa didikan yang tegas, pemikiran mereka bimbang akan tercemar dengan unsur negatif yang boleh menggugat kehidupan sosial.
Anak yang tidak dididik dengan tegas akan menyemai rasa bebas untuk melakukan sesuatu tanpa dihalang dan ia akan menjadi semakin buruk apabila kanak-kanak itu semakin meningkat dewasa.
Beberapa pihak di Sweden sendiri sudah mula merasa kekesalan ekoran penguatkuasaan undang-undang sebegitu di Sweden yang dilihat banyak melahirkan anak-anak yang biadab dan kurang ajar kepada orang dewasa.
Menurut satu buku bertajuk “How Children Took Power” Seorang pakar psikiatri David Eberhard berkata keluarga di Sweden sendiri tidak berminat dalam mendisiplinkan anak-anak mereka.
Pada tahun 1979, Sweden menjadi negara pertama untuk mengharamkan sama sekali perbuatan memukul anak.
“Kita sekarang hidup di dalam budaya yang mana pakar berkata kanak-kanak juga setaraf dengan orang dewasa sehingga satu kesimpulan kanak-kanak perlu diberi kuasa sepenuhnya menentukan apa yang boleh dimakan, apa yang perlu dipakai serta bila untuk masuk tidur,” kata David.
Jika dilihat dari aspek lain pula, ramai pemimpin dan cerdik pandai di negara ini dididik dengan ketegasan yang kuat disertakan sekali dengan perbuatan merotan dan memukul mereka untuk tujuan disiplin.
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri mengakui bapanya seorang yang garang dan beliau hanya berbual dengan bapanya jika ada perkara yang betul-betul penting.
Berapa ramai pula doktor, peguam dan jurutera yang kini mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa mereka yang mendidik mereka dengan rotan sehingga mereka boleh berjaya seperti hari ini.
Kebanyakan mereka membayangkan mereka akan menjadi individu berbeza jika ibu bapa mereka tidak memukul mereka.
Isu Panas

Dipetik AFP, menurut pihak berkuasa, suspek berumur 29 tahun tersebut diberkas ketika dia cuba menaiki penerbangan antarabangsa di Melbourne.
Difahamkan, siasatan lanjut sedang dilakukan dan lelaki tersebut akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Cairns pada hari ini.
Global

ROMPIN – Tiga lelaki termasuk seorang remaja berusia 16 tahun dicekup penguatkuasa Pejabat Agama Islam Daerah (Paid) Rompin dipercayai sedang meminum arak di kawasan letak kereta baharu Pantai Hiburan, di sini kira-kira jam 12 tengah malam kelmarin.
Kadi Daerah Rompin, Adnan Mamat berkata, penahanan tersebut hasil rondaan berkala di sekitar bandar Kuala Rompin yang dilakukan anggota penguatkuasa Paid Rompin.
Menurutnya, rondaan berkala membabitkan tujuh penguatkuasa itu telah pun melalui kawasan berkenaan tetapi ketika itu tidak ada sesiapa berada di kawasan parkir berkenaan.
“Mereka kemudian meronda ke kawasan berhampiran dan ketika berpatah balik di laluan yang sama, mereka terlihat sebuah kereta memasuki kawasan parkir dan intipan dibuat kerana curiga dengan tindak tanduk individu berkenaan,” katanya.
Adnan berkata, serbuan mendapati mereka sedang minum minuman keras di kawasan terbabit.
“Mereka dibebaskan dengan bon jaminan penguatkuasa,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2013 atas kesalahan minum minuman yang memabukkan.
Dalam pada itu, Adnan menyeru masyarakat Rompin tampil bekerjasama dengan Paid Rompin bagi membanteras kegiatan tidak bermoral yang semakin meruncing. – Sinar Harian Online
Isu Semasa

Aktres Nora Danish tidak mementingkan soal barang hantaran untuk hari perkahwinannya. Sebaliknya dia mahu melaksanakan yang wajib sahaja iaitu cukup dengan acara akad nikad. Kemudian dia berhasrat mengadakan sebuah majlis secara sederhana untuk meraikan hari bahagianya itu di sebuah pulau di luar negara.
“Memandangkan saya pernah berkahwin sebelum ini, jadi bagi saya tak perlu lagi dah nak barang-barang hantaran. Kalau ditakdirkan saya berkahwin lagi satu hari nanti, sebolehnya saya nak buat yang wajib sahaja iaitu cukup dengan majlis akad nikah di Kuala Lumpur. Kemudian saya nak adakan majlis secara kecilan di pulau, kemungkinan di Bali.
“Lagipun saya memang dah lama teringin nak buat majlis ala ‘beach wedding’. Saya suka berkunjung ke Bali malah ia dah seperti rumah kedua saya. Saya sukakan tempat-tempatnya dan makanan di sana sedap-sedap”, kata Nora Danish kepada Malaysia Digest ketika ditemui pada majlis Doa Selamat sempena penggambaran filem terbaru terbitan MIG, ‘Hantu Bungkus Ikat Tepi’, bertempat di Wisma Metrowealth, Petaling Jaya, semalam.
Empunya nama sebenar Nora Mohd Danish Hanif, 31, ini berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai gosip di sebuah akhbar tempatan baru-baru ini yang menyebut, dia kononnya sudah membeli barang-barang hantaran. Sekaligus membuat persiapan sedikit demi sedikit untuk mengahwini teman lelakinya, Nedim Nazri, dalam tahun ini.
Menafikan hal tersebut, Nora berkata dia tidak membuat sebarang persiapan untuk perkahwinan termasuklah membeli barang-barang hantaran seperti yang didakwa.
“Saya tak pernah beli barang-barang hantaran. Saya tak tahu bagaimana cerita itu boleh timbul sebab saya memang tak ada langsung membuat persiapan.
“Malah kami tak pernah berbincang soal kahwin. Apa yang penting, kami fokus pada kerjaya dan anak masing-masing. Itu yang buat kami selesa antara satu sama lain. Kami sebenarnya lebih suka bergelar kawan biasa. Memang lah kahwin ni satu perkara yang baik. Tapi Allah belum tetapkan lagi jodoh kami. Harap semua orang dapat mendoakan yang terbaik untuk saya”, tuturnya.
Perkembangan lain, Nora bakal sibuk di lokasi penggambaran filem komedi seram berjudul ‘Hantu Bonceng Ikat Tepi’. Filem arahan Hashim Rejab itu akan memulakan penggambaran di sekitar lembah Klang pada 23 Februari ini.
Selain Nora antara barisan pelakon lain yang turut menjayakan filem ini seperti kumpulan Jambu iaitu Taukeh dan Yus, Abam (Bocey), Farid Kamil, Kartina Aziz, Zalif Sidek, Atikah Suhaime, Ruminah Sidek, Niezam Zaidi dan ramai lagi. – Malaysian Digest
Hiburan

Penyanyi dangdut terkenal Indonesia Camelia Panduwinata Lubis atau lebih akrab disapa Camel Petir diketahui gemar ambil foto panas. Kini foto toplessnya ramai tersebar di Media siber.
Dalam foto itu, penyanyi dangdut yang sedang hits dengan lagunya CKC, Cuma Kamu Cin, tengah berada di tempat tidur, berpose tanpa mengenakan bra. Bahagan dadanya ditutupi rambutnya yang panjang. Sedangkan kedua kakinya diangkat ke tembok.
Foto lainnya, Camel berpose setengah berjongkok. Camel tampak seksi di mana tangan kirinya memegang dadanya yang tertutup rambut panjangnya.
Terkait foto-foto yang beredar tersebut, Camel tidak mahu beri sebarang komen. Saat dikonfirmasi melalui pesan BlackBerry Messengernya, Camel tak mau membalas. Dia hanya membaca pesan para pewara yang hendak mengonfirmasi hal tersebut.
Camel sendiri kini berstatus sebagai calon legislatif (Caleg) Partai Keadilan dan Persatuan Indonesia (PKPI). Partai besutan mantan Gubernur DKI Jakarta, Sutiyoso itu, menempatkannya di Dapil DKI Jakarta II.
Dia akan bersaing dengan Wakil Ketua MPR Melani Leimena Suharli, Ketua DPP Demokrat Kastorius Sinaga, Ketua Fraksi PKS Hidayat Nur Wahid , Ketua DPP PDIP Eriko Sotarduga B.P.S., Biem Benyamin dan lain-lain.
Sakit Mata
Mangsa, N Vaniswari, 35, berkata, dia diseret keluar dari rumahnya dan dipukul menggunakan wayar kabel dan rotan selain alat sulit diraba.
Menurutnya, hampir empat jam dia ditahan sekumpulan lelaki berkenaan selepas dituduh bersubahat melakukan kes pecah masuk rumah jiran beberapa hari sebelumnya.
“Mereka paksa saya mengaku melakukan kegiatan itu walaupun berulang kali menafikannya. Saya tak pasti sebab apa mereka tuduh saya berbuat demikian.
“Saya turut diminta menyediakan RM11,000 sebagai ganti rugi dan diugut bunuh jika buat laporan polis,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Katanya, sejurus dilepaskan, dia segera membuat laporan polis di Ipoh dan ditahan sehari dalam wad kecemasan untuk pemeriksaan.
“Bimbang dicederakan, saya dengan bantuan beberapa NGO tinggalkan rumah dan pergi ke Kuala Lumpur untuk tujuan perlindungan.
“Nama beberapa individu yang menyerang saya telah dimasukkan dalam laporan polis dan berharap siasatan serta tangkapan dapat dilakukan kerana ia meninggalkan kesan trauma dalam diri saya,” katanya.
Isu Semasa

Seorang penyelidik di Sepanyol baru - baru ini mendakwa bahawa najis
bayi mempunyai bakteria sihat yang boleh dicampurkan ke makanan . Dia
juga menjelaskan bahawa bakteria ini merupakan sumber probiotik yang
boleh meningkatkan kesihatan bagi usus kita .
Hal ini turut diperkuatkan dengan kajian di Buck Institute , California . Mereka mengatakan bahawa sosej najis bayi ini juga membantu untuk mencegah penuaan . Bakteria ini mempunyai sumber keseimbangan yang boleh membuat tubuh menolak virus penyakit seperti kanser dan diabetes .
Cara pembuatan sosej ini juga cukup mudah . Bakteria sihat yang diperolehi dari najis bayi ini ini akan dicampurkan dalam daging mentah . Setelah melalui beberapa peringkat , sosej ini sudah boleh dimakan .
Hasil kajian ini tentu membuat heboh para netter , kebanyakan merasa jijik dengan sosej najis bayi tersebut . " Masih banyak makanan sihat lain , kenapa harus najis bayi ? " ujar salah seorang netter . " Mendengarnya saja membuatku ingin muntah , " sambung netter lain
Hal ini turut diperkuatkan dengan kajian di Buck Institute , California . Mereka mengatakan bahawa sosej najis bayi ini juga membantu untuk mencegah penuaan . Bakteria ini mempunyai sumber keseimbangan yang boleh membuat tubuh menolak virus penyakit seperti kanser dan diabetes .
Cara pembuatan sosej ini juga cukup mudah . Bakteria sihat yang diperolehi dari najis bayi ini ini akan dicampurkan dalam daging mentah . Setelah melalui beberapa peringkat , sosej ini sudah boleh dimakan .
Hasil kajian ini tentu membuat heboh para netter , kebanyakan merasa jijik dengan sosej najis bayi tersebut . " Masih banyak makanan sihat lain , kenapa harus najis bayi ? " ujar salah seorang netter . " Mendengarnya saja membuatku ingin muntah , " sambung netter lain
Pelbagai
MELAKA TENGAH - Walaupun negara dilanda musim kemarau sejak beberapa
minggu lalu, namun air di Perigi Hang Tuah dekat Kampung Duyong, di
sini, tetap tidak terjejas.
Penduduk, Junaidah Mamat, 39, berkata, sehingga ke hari ini, air Perigi Hang Tuah tidak pernah kering meskipun berlaku musim kemarau.
Menurutnya, ketika krisis air melanda Melaka pada 1991, perigi berkenaan tetap mempunyai air yang mencukupi malah tidak terjejas langsung.
“Pada masa itu, lebih 20 keluarga di kampung ini mendapatkan bekalan air dari Perigi Hang Tuah setiap hari.
“Ada juga mereka dari luar kawasan ini datang ambil air selain ada juga yang mandi di sini,” katanya.
Warga emas, Kintan Yon, 73, turut tidak menyangkal keistimewaan pada air Perigi Hang Tuah yang didakwa tidak pernah kering sehingga kini.
"Sejak dulu lagi, air Perigi Hang Tuah tetap sama dan tidak berubah, malah kejernihannya turut tidak terjejas selain pernah dijadikan air minuman kerana bersih.
“Sehingga kini pun, pelancong yang datang tidak ragu-ragu ambil air perigi terbabit dengan basuh muka mereka disebabkan airnya dingin dan menyegarkan,” katanya.
Berdasarkan maklumat, perigi ini dipercayai digali sendiri oleh Hang Tuah yang pada asalnya agak kecil tetapi lama-kelamaan ia menjadi besar.
Sumber: Sinar Harian
Penduduk, Junaidah Mamat, 39, berkata, sehingga ke hari ini, air Perigi Hang Tuah tidak pernah kering meskipun berlaku musim kemarau.
Menurutnya, ketika krisis air melanda Melaka pada 1991, perigi berkenaan tetap mempunyai air yang mencukupi malah tidak terjejas langsung.
“Pada masa itu, lebih 20 keluarga di kampung ini mendapatkan bekalan air dari Perigi Hang Tuah setiap hari.
“Ada juga mereka dari luar kawasan ini datang ambil air selain ada juga yang mandi di sini,” katanya.
Warga emas, Kintan Yon, 73, turut tidak menyangkal keistimewaan pada air Perigi Hang Tuah yang didakwa tidak pernah kering sehingga kini.
"Sejak dulu lagi, air Perigi Hang Tuah tetap sama dan tidak berubah, malah kejernihannya turut tidak terjejas selain pernah dijadikan air minuman kerana bersih.
“Sehingga kini pun, pelancong yang datang tidak ragu-ragu ambil air perigi terbabit dengan basuh muka mereka disebabkan airnya dingin dan menyegarkan,” katanya.
Berdasarkan maklumat, perigi ini dipercayai digali sendiri oleh Hang Tuah yang pada asalnya agak kecil tetapi lama-kelamaan ia menjadi besar.
Sumber: Sinar Harian
Isu Semasa

Kuala Lumpur:
tiada tolak ansur dan langsung tidak berjiwa masyarakat selain tidak
berhati perut dengan hanya mengaut keuntungan semata-mata yang dapat
menyifatkan rasa tidak berpuashati sekumpulan pelajar Institut Pengajian
Tinggi terhadap syarikat penerbangan tambang murah Air Asia.
Perkara itu disebut sebaik sekumpulan pelajar tersebut berjaya pulang sejurus lawatan mereka ke Medan, Indonesia dengan menggunakan perkhidmatan penerbangan tambang murah Air Asia dekat sini, LCCT kelmarin.
Jelas mereka, penerbangan mereka ke Medan pada 12 Februari yang lalu
tergendala seketika apabila kelewatan yang hanya seminit dijadikan
alasan untuk tidak membenarkan mereka melepasi pintu untuk menaiki
pesawat AK1350 yang dijadualkan berlepas pada jam 7.45 pagi waktu Malaysia.
Tambah mereka lagi, pintu penerbangan tersebut ditutup dihadapan mereka
ketika sebahagian darinya berjaya melepasi pintu tersebut dan pegawai
bertanggungjawab langsung tidak memberikan budi bicara dan tolak ansur
untuk membenarkan sebahagian yang lain menaiki pesawat.
Menurut mereka seramai 15 penumpang gagal menaiki pesawat atas alasan
yang sama dan dinasihatkan pegawai yang menjaga pintu berkenaan untuk
membeli tiket perjalanan seterusnya pada jam 1.50 petang.
"Mereka langsung tidak bertolak ansur, kata mereka tak nak ganggu jadual
perjalanan..tapi kami masih menghubungi kawan yang berjaya menaiki
pesawat dan mereka cakap pesawat sehingga jam 7.55 pagi pun masih belum
berlepas.
Kumpulan pelajar tersebut yang kemudiannya akur dengan tindakan tidak
bertimbang rasa tersebut mengambil keputusan untuk menaiki penerbangan
seterusnya. Kini, lain pula ceritanya apabila mereka menyedari bahawa
mereka tidak boleh mengurangkan harga tambang yang baru daripada
penerbangan sebelumnya.
"Mereka kata tiket kami tiket promosi dan kami perlu bayar penuh kerana
tak boleh buat pengurangan harga tiket daripada tiket sebelumnya.
Akur dengan kenyataan tersebut, kumpulan pelajar itu terpaksa
mengeluarkan duit mereka sendiri bagi menampung kos penerbangan
seterusnya yang menelan belanja sebanyak RM200 setiap seorang tidak
termasuk bagasi tambahan.
Namun, kekecewaan pelajar tersebut tidak berakhir begitu sahaja apabila
menyedari bahawa beg mereka tersalah tagging selain mendapati bahawa beg
rakan mereka yang berjaya melepasi pintu penerbangan turut dihantarkan
ke bahagian lost and found.
Setelah berbincang dengan pegawai di kaunter khidmat pelanggan Air Asia,
mereka dikejutkan bahawa bayaran bagasi terdahulu tidak boleh
dikehadapankan bagi penerbangan seterusnya selain mereka terpaksa
mengeluarkan wang tambahan bagi menampung kos bagasi tersebut.
Pelajar pelajar tersebut ketika ditemui wartawan UNC sempat mencadangkan
agar semua mahasiswa di Institut Pengajian Tinggi menjadikan Air Asia
sebagai perkhidmatan penerbangan pilihan terakhir memandangkan syarikat
itu yang semakin teguh dilihat semakin angkuh dan tidak bertimbang rasa.
Hati-hati dengan promosi murah AirAsia!
Ini teguran ikhlas aku kepada semua orang supaya lepas ni taklah korang
pun terkena tipu dengan perniagaan KOTOR AirAsia ni. Walaupun aku bangga
dia sebagai company tempatan yang Berjaya di pesada dunia tapi bagi aku layanan pelanggan yang TERANIAYA tak wajar berlaku!
Begini kisahnya, aku dan lapan orang kawan-kawan dah membeli sebuah
tiket promosi AirAsia ke Medan. Nak dijadikan cerita kami dah tiba awal
dekat LCCT untuk naik flight tapi punyalah ramai orang beratur tambah
pula dengan pekerja AirAsia sendiri yang layan kteorang lambat nak masuk
luggage terhegeh-hegeh. Tak pe boleh sabar lagi ye la excited first
time nak pergi Medan.
Lepas melepasi Kastam, kami pun berjalan ke pintu kaunter 3 untuk ke
Medan pada 12 Februari 2014. Depan mata aku seorg mamat staf AirAsia ni
tutup pintu setelah 4 daripada kami Berjaya masuk. Terkejut beruklah
kami berlima yang tertinggal ni eh kenapa dah tutup pintu kami dahlah
datang berkumpulan bagilah masuk. Alasannya masa dah tamat mereka akan
menutup pintu 20 MINIT SEBELUM PENERBANGAN dan waktu penerbangan pukul
6.45 pagi dan masa tu jam pukul 6.25 pagi. Consider la sikit tak
payahlah nak RIGID sangat.
Kejadah giler! Nego punya nego dia kata “Maaflah encik kami tak boleh bukak sebab ini akan menganggu schedule penerbangan”.
Aku mcm tak boleh terima sebab depan mata kami dia tutup pintu. Nak
dijadikan cerita bukan kami berlima je ada lagi 10 orang yang menimpa
nasib yang sama macam kami. KIRANYA ADA 15 ORANG DIA TAK BAGI MASUK
DENGAN SENGAJA!
Daripada runding elok2 sampailah bergaduh kami kat situ sebab jawapan
yang dia berikan sangat KURANG AJAR DAN TAK MASUK AKAL. Akhirnya dia
suruh kami beli tiket baru di kaunter servis. Senang je kan nak kaut
untung.
Tak cukup dengan tu kawan kami yang Berjaya naik flight kata, “Eh flight
tak gerak pun pukul 6.45 TEPAT. Flight delay!!! Sebab apa plak delay.
So apa masalah tak nak bagi kami masuk. NOT MAKE SENSE AT ALL!
Selepas urusan dengan kastam selesai kami pun pergi ke kaunter servis.
Kami disuruhlah ambil bagasi kami kembali, menurut staff AirAsia tu
kalau kami MISS FLIGHT, bagasi pun takkan naik sekali. OK LAA.. so masa
ambil bagasi, kami terperasan pula ada dua beg bagasi kawan kami yang
dah berlepas fly ke Medan tertinggal sekali.
Eh apalah pulak ni kan. Check punya check rupanya dia letak nama
berbeza-beza setiap beg. Beg aku nama kawan aku, beg kawan aku nama
aku.. BERCELARU!
SENANG JE KAN!!
Kalau kami tak perasan beg kawan kami tu macam mana? Kalau ada harta
berharga dalam bagasi kemudian ada orang ambil macam mana? Macam mana
staff dorg kerja letak nama beg lain2. Bila report kat kaunter servis
dia kata kami kena beli luggage baru sebab tak ada insurans cover… Dah
makan duit orang lagi!!!
Disebabkan tak nak mengecewakan impian nak pergi juga Medan, ditambah
pula rasa tanggungjawab nak kena tanggung lagi beg kawan kami yang dah
berlepas ke Medan tu, kami pun beli je la next flight yang kos RM200
seorang(termasuk luggage BARU).. melayang macam tu je duit kan!!
Flight seterusnya pukul 1.10 tengahhari. Tak nak perkara sama berulang
pukul 12.30 kami dah mula tunggu depan pintu kaunter. Ok MAMAT AIRASIA
KURANG AJAR YANG SAMA PAGI TADI JUGA JAGA KAUNTER… yang kelakarnya punya
penat kami tunggu dan beratur, dalam tiket tertera kuanter buka pukul
1.10 tapi pukul 1.20 baru dia buka dan flight kata nak terbang pukul
1.45. Kiranya pukul 1.25 dia akan tutup pintu..
HANYA ADA 5 MINIT JE KITA NAK BEREBUT MASUK DALAM FLIGHT OTHERWISE AKAN
JADI MACAM KES AKU TADI DIA TERUS TUTUP PINTU DAN SURUH BELI TIKET
BARU!!!
Bayangkan betapa bengang ye aku sebagai seorg pelangan rasa sangat
sangat teraniaya dengan layanan sebegini seakan-akan sengaja je nak kaut
untung lebih lagi-lagi tiket promosi yang tidak menawarkan insurans
jadi sebab tu dia rigid tapi bila nak buka pintu tak ikut masa yang
ditetapkan pula!
So nasihat aku, plzzz la kawan-kawan lepas ni lebih berjaga-jaga.
Mungkin salah aku juga kot sebab tak tunggu pukul 5 pagi depan kaunter
tu kan..!!
Semoga Tony Fernandes boleh baca dan plzz laa improve servis AirAsia ni
sebelum kami rakyat Malaysia sendiri beralih ke penerbangan murah yang
lebih berkualiti dan BERHATI PERUT.
Yes Now Everyone can fly but not necessary with you AIRASIA..!!! #BYE #HateAirAsia
p/s: ayat kelakar masa gaduh dengan mamat AirAsia kaunter tu kawan aku
cakap ingat NASI LEMAK KORG DAH LENGKAP KORANG DAH CUKUP BAGUS.. #ehh
rare giler hahaha #suddenly
*Post ini pun atas keizinan mamat staf AirAsia yang kurang ajar tu. Dia
kata kalau nak masukkan kat media pun SILAKAN.. (masa bergaduh mulut
dengan dia)
Isu Panas

DUA orang wanita mengejutkan orang ramai di sebuah kelab malam di Clarke Quay, Singapura selepas bergaduh ala-ala gust WWE biarpun berhampiran sebuah kenderaan polis.
Gambar pergaduhan itu disebarkan melalui sebuah blog dan disiarkan di laman websingaporesessn.stomp.com.sg.
Menurut laman blog yang mula-mula memuatnaik gambar itu,wzhxn.blogspot.com, kedua-dua wanita yang sedang ‘bertarung’ itu dilihat seperti berasal dari Mongolia.
Selain Facebook, gambar pergelutan itu turut tersebar di laman media sosial lain seperti Twitter dan juga dalam forum internet seluruh Singapura.
Pergaduhan itu berlaku pada 7 Februari lepas di kelab malam Fashion TV.
“Kedua-dua wanita itu terus saling tampar-menampar, menendang dan juga menjerit begitu kuat antara satu sama lain.
“Wanita biasa berkelakuan luar biasa apabila mereka mabuk,” kata penulis blog itu.
Tidak diketahui dengan jelas, apakah yang menyebabkan pergaduhan itu.
Isu Panas
KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengesan seorang lelaki berusia 82 tahun yang dilaporkan hilang pada 30 September lalu.
Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dalam satu kenyataan memberitahu, lelaki itu dikenali sebagai Ong See Young.
“Alamat terakhirnya di Pangsapuri Permai, Jalan Landai Permai, Sungai Besi, Kuala Lumpur,” kata kenyataan itu hari ini.
Sehubungan itu, PDRM meminta orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi talian Hotline Rakan Cop Polis Kuala Lumpur 03-21159999 atau SMS kepada 32728 hadir di mana-mana balai polis berhampiran.
Isu Semasa
AirAsia India nampaknya terus berdepan “halangan” untuk memulakan operasi penerbangannya di New Delhi dengan yang terbaharu daripada syarikat penerbangan swasta yang mahu pihak berkuasa menyekat kemasukan syarikat penerbangan tambang rendah itu.
Syarikat penerbangan India, iaitu Jet Airways, GoAir, Indigo dan SpiceJet, dikatakan menentang kemasukan AirAsia.
Syarikat-syarikat itu dikatakan membantah pengeluaran lesen penerbangan kepada AirAsia India, demikian lapor Media India yang memetik sumber yang enggan dikenali daripada Director-General of Civil Aviation (DGCA).
AirAsia India, usaha sama 49:30:21% antara AirAsia, Tata Sons dan Arun Bhatia of Telestra Tradeplace, dilancarkan pada Februari tahun lepas dan kemudiannya diluluskan oleh Lembaga Penggalakan Pelaburan Asing (FIPB) dan Kementerian Penerbangan Awam.
Ia juga menerima Persijilan Tiada Bantahan daripada Kementerian Penerbangan Awam.
“Kami merupakan syarikat penerbangan asing pertama yang dibenarkan untuk pergi lebih jauh setakat ini di India. Ramai yang mahukan kami. Ada juga segelintir yang tidak mahukan kami,” kata Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Bhd, Tan Sri Tony Fernandes, baru-baru ini.
DGCA juga meluluskan semua kemudahan latihan AirAsia India.
AirAsia India, syarikat penerbangan pertama dilancarkan sejak kerajaan India pada September 2012 membenarkan pelaburan langsung asing sebanyak 49% oleh syarikat penerbangan asing dalam sektor penerbangan awam, menyasar untuk memulakan operasi dalam tempoh enam bulan selepas pelancarannya.
Bagaimanapun, laporan membayangkan ia hanya boleh bermula kemungkinan September tahun ini.
Terdahulu pada tahun ini, kerajaan India meminta orang awam untuk membuat bantahan baharu, sekiranya ada, terhadap langkah membenarkan syarikat penerbangan itu memulakan operasi di negara yang memiliki jumlah penduduk seramai 1.3 bilion, yang mana hanya kira-kira 1% menggunakan perkhidmatan penerbangan.
Tindakan ini diambil meskipun hakikatnya AirAsia India telahpun melalui proses yang sama tahun lepas.
Seorang ketua parti politik, Subramanian Swamy, juga membawa kes ke mahkamah tahun lepas, membantah kelulusan diberikan kepada AirAsia India untuk melancarkan syarikat penerbangan.
Nampaknya, industri penerbangan India, yang menanggung hutang kira-kira AS$12.6 bilion dan kerugian kumulatif AS$8.6 bilion takut dengan persaingan baharu yang akan menyebabkan mereka menanggung lebih banyak kerugian. – Bernama
Global
Subscribe to:
Posts (Atom)





Recent Comments