Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi



KOTA BHARU – Balasan buat seorang remaja berusia 19 tahun apabila dihukum penjara dua tahun oleh mahkamah majistret di sini, semalam, akibat perlakuan jijik menunjukkan aksi lucah pada ibu sendiri, tahun lalu.

Hukuman diputuskan Majistret, Nik Habri Muhamad ke atas tertuduh, Mohammed Nor Alief Abdul Maleq Ab Manan, selepas dia mengaku bersalah.

Tertuduh didakwa pada tuduhan dengan maksud hendak mengaibkan kehormatan ibunya itu dengan perkataan dan beraksi lucah di hadapan mangsa di bilik tidur sebuah rumah di Taman Intan, Lorong LPP, Lundang di sini, pada jam 8 malam, 20 Disember.

Dia juga dihukum penjara dua tahun selepas mengaku menyebabkan cedera ke atas ibunya yang juga seorang guru berusia 55 tahun itu dengan menggunakan batang kayu penyapu pada jam 6.30 petang, 21 Disember.

Hukuman diarah berkuat kuasa serentak daripada tarikh dia ditahan. Nik Habri dalam keputusannya turut memberi amaran kepada tertuduh bahawa dia akan dikenakan sebat jika perkara sama berulang.

“Perbuatan kamu sangat teruk. Seperti kata pendakwa, tidak tahu apa yang kamu fikirkan sampai sanggup menunjukkan perbuatan yang pelik (lucah) kepada ibu sendiri.
“Kamu wajib meminta maaf dengan ibu kamu. Walaupun dia yang mahukan hukuman penjara ini tetapi dia masih melantik peguam bagi mewakili kamu dan itu bermakna dia masih sayang kamu,” katanya.

Tertuduh diwakili peguam bela, Latifah Ariffin yang memohon hukuman penjara minimum dikenakan berikutan tertuduh sudah menunjukkan rasa insaf dan kesal terhadap kesalahan itu dengan mengaku bersalah.

Mohammed Nor Alief Abdul Maleq ditahan pada 21 Disember 2013 dan kali pertama dihadapkan ke mahkamah pada 24 Disember serta berada dalam tahanan sepanjang tempoh tersebut. Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Noor Dayana Mohamad.

Sinar Harian sebelum ini, melaporkan seorang guru menempuh detik hitam dalam hidupnya apabila menjadi mangsa pukul dan gangguan seksual oleh anak sendiri. Akibatnya, dia mengalami lebam bahagian kiri paha, lengan dan belakang badan. – Sinar Harian


London: Seorang wanita dipenjara tiga tahun selepas didapati bersalah mengebumikan secara rahsia suaminya di kawasan berbukit berbatu.

Rebekah Sturdey dituduh berbuat demikian kerana mahu terus memperoleh faedah saraan suaminya yang berjumlah £57,000 (RM314,712) selama lebih empat tahun.

Wanita berkenaan yang berusia 56 tahun mengebumikan suaminya secara rahsia dengan bantuan dua rakan.

Pegawai mengesyaki sesuatu tidak kena apabila elaun hilang upaya dan bayaran pencen berjumlah £77,318 (RM426,893) kepada Geoffrey sedangkan kali terakhir dia dilihat ialah pada 2008.

Mahkamah dimaklumkan bahawa Rebekah memberitahu penyiasat bahawa suaminya bercuti mengelilingi Eropah.

Pendakwa raya Huw Rees berkata: “Ketiga-tiga wanita itu mengebumikan mayat Geoffrey di ladang mereka. Rebekah dan rakannya Boqer-Ore Adie masih menuntut bayaran saraan Geoffrey sehingga perbuatan mereka terbongkar tahun lalu.” Boger-Ore ialah penjaga Geoffrey yang berdaftar dan dia dibayar elaun untuk menjaga lelaki berkenaan. Pasukan forensik menghabiskan kira-kira £20,000 (RM110,399) untuk menyiasat dari udara dan darat bagi mengesan tempat Geoffrey dikebumikan.



Balik dari luar negara atau selepas menaiki penerbangan jauh, masalah gangguan ritma harian biasa berlaku. Gangguan itu bukan sehari, sebaliknya ada yang berlarutan sehingga seminggu lamanya. Bagaimana pula untuk menyelesaikannya? MURSHID EUNOS ada jalannya.

Apabila bercuti ke luar negara, terutama yang berbeza zon waktu, ramai mengalami masalah menyesuaikan masa tidur dengan waktu tempatan (negara dikunjungi). Seseorang itu boleh berjaga sepanjang malam dan mengantuk pada waktu siang sehingga mengganggu rancangan percutian.
Jet lag’ atau bahasa tempatannya, ‘gangguan ritma harian’ boleh berlaku pada bila-bila masa apabila kita merentasi dua atau lebih zon masa. Lebih banyak zon masa direntasi, lebih tinggi kemungkinan kita mengalami masalah ini.

Ia juga adalah gangguan tidur bersifat sementara. Namun bagi kebanyakan orang, ia mengambil masa lama (ada kalanya sehingga seminggu) untuk reda. Ia bergantung kepada tahap kesihatan dan kekuatan diri seseorang individu itu.

Apa punca ‘jet lag’? Ia berlaku kerana ritma sirkadian iaitu jam biologi yang membantu kawalan bangun dan tidur kita terganggu akibat pertukaran lokasi dalam masa yang sangat singkat. Tanda seperti terdedah kepada cahaya, waktu makan, temu janji dan aktiviti sosial juga membantu memantau ritma sirkadian kita.

Apabila kita merentasi zon waktu, jam biologi (dalam badan) tidak lagi seirama dengan waktu sebenar di satu-satu lokasi. Badan kita perlu melakukan perubahan agar jam biologi selaras dengan waktu sebenar lokasi berkenaan. Dalam proses penyesuaian ini, kita mengalami sedikit gangguan yang dipanggil ‘jet lag’.

Ini kerana badan kita mengambil masa sehingga sehari untuk melakukan penyesuaian dengan waktu tempatan bagi setiap zon masa direntasi. Antara masalah ‘jet lag’ yang kerap dialami ialah sukar tidur pada waktu malam, rasa lesu dan mengantuk sepanjang siang, sukar menumpukan perhatian dan berfikir serta perut meragam.

Biasanya masalah ‘jet lag’ lebih teruk jika kita ‘kehilangan masa’ iaitu apabila beralih lokasi dari barat ke timur. Ia tiada kaitan dengan tempoh penerbangan tapi jarak perjalanan merentasi garisan meridian (garisan longitud dari Kutub Utara ke Kutub Selatan).

Jika anda pergi ke negara di utara atau selatan walaupun tempoh penerbangan hampir 10 jam, ia tidak akan menyebabkan ‘jet lag’. Namun penerbangan lima jam dari barat ke timur boleh mengakibatkan gangguan ini.


KURANG OKSIGEN

Selain itu ada aspek lain yang boleh menyebabkan masalah ‘jet lag’ lebih ketara. Kajian diterbitkan dalam Jurnal Perubatan England 2007 mendapati tekanan udara dalam kabin pada ketinggian 2,439 meter dari aras laut merendahkan kandungan oksigen dalam darah yang menyebabkan penumpang berasa tidak selesa dan mengalami masalah kurang air (dehidrasi).

Malah, duduk terlalu lama dan kurang bergerak dalam kapal terbang juga didapati boleh menyebabkan masalah ‘jet lag’ bertambah buruk dan mengganggu proses penyesuaian ritma sirkadian selaras dengan waktu tempatan (lokasi dikunjungi).

Masalah ‘jet lag’ sering dialami sebahagian besar pelancong yang melakukan perjalanan ke luar negara di mana perbezaan waktu yang amat ketara di antara negara asal dengan negara yang dituju.

Akibatnya, pergeseran waktu tidur, waktu makan dan waktu berehat akan terus berubah sehingga badan kita tidak biasa dengan keadaan itu. Tubuh terasa lemah, kepala terasa berat dan pening, hilang nafsu makan, mengantuk pada siang hari dan berjaga pada waktu malam.

Ramai eksekutif muda atau mereka yang bekerja dalam lapangan yang memerlukan banyak tugasan luar negara kebiasaannya mengalami masalah ini. Malah ada kebanyakannya hingga terpaksa meminta cuti pada keesokan harinya kerana gangguan ini masih belum berakhir.

Mana tidaknya, mata masih bulat terbuka walaupun sudah jam lima pagi. Tapi belum pun lagi masuk waktu rehat tengah hari, badan sudah lesu dan mata mula rasa mengantuk. Ia sememangnya mengganggu fokus untuk bekerja.

Apa penyelesaian terhadap masalah ini?

Gen Y mencadangkan agar anda melakukan latihan penyesuaian masa sebelum terbang. Fahami perbezaan waktu negara yang akan dikunjungi dan cuba ubah suai waktu tidur anda mengikut waktu di negara itu selama beberapa hari. Anda juga boleh mengubah waktu makan mengikut negara berkenaan.


Atur jam mengikut destinasi

Apabila anda menaiki pesawat, atur jam tangan anda mengikut zon waktu destinasi anda. Sesuaikan dengan jadual makan dan tidur dengan zon waktu yang baru. Sebagai contoh, apabila jam anda menunjukkan waktu tidur, cuba untuk tidur walaupun anda belum mengantuk.

Jika anda tidak mengubah jam anda mengikut zon waktu destinasi yang dituju, aktiviti anda akan terganggu. Waktu siang yang sepatutnya anda keluar berjalan tapi anda tidur pula. Apabila anda terjaga pada waktu malam dan ingin keluar berjalan, kebanyakan bangunan sudah tutup.

Cuba tidur ketika dalam penerbangan waktu malam dan berjaga jika terbang pada waktu siang. Jika sukar, cuba berehat sebanyak mungkin. Pilih penerbangan satu atau dua hari lebih awal agar anda boleh membiasakan diri dengan waktu tempatan, terutama jika anda mempunyai urusan rasmi.


Banyakkan cecair dalam tubuh

Banyakkan meminum air kosong sekurang-kurangnya dua liter setiap jam walaupun anda tidak berasa haus. Kelembapan udara yang rendah di dalam pesawat akan membuat tubuh kekurangan cecair.

Adalah penting untuk menggantikan cecair dalam tubuh yang semakin berkurangan. Jangan lupa bawa botol kosong untuk diisi semula daripada dispenser yang disediakan di dalam pesawat.

Lebih baik kalau anda minum air secukupnya sebelum, semasa dan selepas penerbangan untuk mengelakkan dehidrasi. Elak minuman beralkohol atau mengandungi kafein beberapa jam sebelum anda tidur kerana ia boleh mengganggu tidur serta mempunyai kesan diuretik yang akan membuat anda kerap buang air kecil yang boleh menyebabkan dehidrasi.

Jika anda dihidangkan makanan, pilih menu tinggi protein kerana akan menstimulasi tubuh menjadi aktif. Menu tinggi karbohidrat pula akan menstimulasi tubuh untuk tidur.

Kemudian, apa kata bangun dan berjalan dari semasa ke semasa atau lakukan senaman statik bagi menggerakkan otot (caranya ada pada kad panduan senaman dalam kapal terbang). Ini penting bagi mengurangkan risiko trombosis (pembentukan darah beku). Usah malu kerana semua orang maklum kepentingannya.

Makan secukupnya. Namun, jangan makan sehingga terlalu kenyang kerana ia boleh mengganggu tidur.

Mandi air suam sebelum tidur boleh membantu merehatkan otot dan memudahkan anda tidur. Pengurangan suhu badan selepas anda mandi juga akan membuat anda mengantuk.

Minimumkan gangguan tidur termasuk matikan radio, TV dan malapkan lampu.


Ambil udara dan bersiar-siar

Selepas melakukan segala usaha untuk mengurangkan gangguan ini sebelum dan ketika di dalam pesawat, anda masih ada lagi alternatif yang perlu dilakukan sebaik tiba di destinasi yang anda tuju.

Setelah sampai ke destinasi dituju, cubalah keluar berjalan-jalan dengan menghabiskan waktu di bawah sinar matahari. Aktiviti ini dapat membantu tubuh anda menyesuaikan diri dengan waktu dan suasana baru.

Ramai juga yang beranggapan untuk memilih tiket penerbangan pada waktu malam agar anda boleh tidur saja di dalam penerbangan berbanding penerbangan waktu siang. Sebenarnya, terpulang pada kekuatan mental dan fizikal anda.

Apa yang pasti, anda tidak sepatutnya terlepas saat indah ketika melancong. Jika pramugara dan pramugari boleh mengatasi masalah ‘jet lag’, anda juga boleh melakukannya jika mengikut setiap langkah yang kami kongsikan.


Seorang wanita bogel dilaporkan menghabiskan satu setengah jam duduk di atas tebing rumah pangsa HDB pada tingkat enam di Toa Payoh Ahad lepas, manakala lebih daripada 100 penduduk berkumpul menonton.

Wanita 45 tahun itu akhirnya ditarik oleh pihak polis dan pegawai-pegawai SCDF dan dihantar ke Hospital Tan Tock Seng untuk pemeriksaan.

Polis itu turut menahan wanita itu untuk siasatan.

Seorang jiran memberitahu wartawan yang wanita itu kelihatan tidak stabil, dan sering memekik pada orang lain tanpa sebab.






Ampang: Seorang wanita bukan saja dimaki hamun dan dibelasah, malah seorang kenalan lelakinya turut merakam gambar separuh bogelnya sebelum memuat naik di dalam Facebook (FB) hanya kerana mangsa enggan menjadi kekasihnya.

Itu azab terpaksa ditanggung seorang wanita berusia 35 tahun selepas bertindak menolak cinta lelaki itu yang tidak berpuas hati selepas usahanya memikat mangsa gagal. 

Mangsa yang bimbang dengan keselamatan diri kemudian membuat laporan di Balai Polis Ampang, di sini, Sabtu lalu.
Sumber berkata, sebelum kejadian, lelaki berusia 30-an itu beberapa kali memujuk mangsa supaya menerimanya sebagai teman lelaki, namun mangsa enggan dan menolak secara baik kerana lebih selesa sebagai kawan.

“Bagaimanapun, tindakannya itu mengundang rasa tidak puas hati lelaki terbabit.

“Pada hari kejadian, lelaki itu sekali lagi datang ke rumah mangsa di Bandar Baru Ampang dan memujuk mangsa menjadi kekasihnya,” katanya.
“Usahanya itu tetap tidak berhasil menyebabkan lelaki itu naik angin dan terus menghamburkan kata-kata kesat kepada mangsa,” katanya.



Florida: Seorang lelaki berasal dari Tampa berdepan tuduhan membunuh rakannya selepas mereka bergaduh kerana berebut kaki ayam. 

James Jugo, 52, didakwa menyerang Benjamin Calderon, 56, selepas rakannya itu mengambil kaki ayam yang dimasaknya di kuali.

Bedah siasat yang dijalankan ke atas mayat Benjamin menunjukkan ada tanda pendarahan dalaman selepas dia dipukul berkali-kali di muka, leher dan beberapa tempat lain.

Seorang saksi memberitahu polis dia melihat James memukul Benjamin dengan papan.

Adik Calderon, Bolivar memberitahu media tempatan abangnya menetap di rumah James selepas keluar dari rumah perlindungan.

Bolivar berkata, abangnya berusaha mengumpul duit untuk mengambil lesen supaya dapat bekerja sebagai pengawal keselamatan.

“Tiada siapa yang patut mati semata-mata kerana berebut kaki ayam,” katanya.

Pihak berkuasa Tampa berkata James ditahan atas tuduhan membunuh selepas memukul rakannya sehingga mati baru-baru ini.

Jugo ditahan di penjara selepas gagal membayar ikat jamin. Rekod menunjukkan dia masih belum mengambil peguam untuk membelanya di mahkamah.

Dia pernah ditahan sebanyak 19 kali sebelum ini. - AFP



Subang: : “Kepala anak saya berdarah dan ada kesan lekuk dengan saiz sebesar syiling 10 sen di dahi manakala bibirnya pula terkoyak dan lebam.” Itu kata seorang wanita yang kematian anak perempuannya dipercayai akibat dipukul di sebuah apartmen di Bandar Sunway, di sini, malam kelmarin.

Maimunah Abdullah, 49, berkata anaknya Pakizah Raja Khan, 27, disahkan meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di Petaling Jaya, lima jam selepas menerima rawatan.

Menceritakan semula kejadian, Maimunah berkata, sebelum itu anaknya yang bekerja di bahagian khidmat pelanggan sebuah bank pergi ke rumah teman lelakinya di apartmen berkenaan.

“Dia menjalin hubungan dengan teman lelakinya setahun lalu dan saya juga mengenali lelaki itu. Anak saya juga selalu ke rumah lelaki itu,” katanya, semalam.


Melalui akaun instagramnya, Jasmin Hamid memuat naik foto beliau menggayakan sepasang pakaian yang ditaja oleh My Precious Wish untuk drama terbaru di Slot Akasia, 'JIKA ITU TAKDIRKU' .

Seperti biasa, bagi pelakon wanita yang berusia 40-an ke atas, watak sebagai 'Mak Datin' akan menjadi pilihan penerbit untuk diberikan kepada mereka. Jasmin Hamid tidak terkecuali untuk melakonkan watak 'cliche' berkenaan.

Dengan menggayakan pakaian yang ditaja khas untuk watak tersebut, Jasmin jelas menonjolkan bentuk badannya yang masih lagi bergetah untuk memperagakan mana-mana pakaian. Bijak menjaga kesihatan dan mengamalkan cara hidup sihat menjadi rahsia tubuh beliau kekal montok seperti anak dara


Dari hari ke sehari, pelakon muda, Sara Ali, 24, dilihat semakin akrab dengan pelakon yang lebih berpengalaman daripadanya iaitu Nur Fazura Sharifuddin.

Sara dan Fazura, 31, sering kali bertemu dan hang out bersama sekiranya tiada sebarang komitmen kerja seperti yang dikongsikan mereka di laman Instagram masing-masing.

Sara juga mengakui dirinya mula rapat dengan pelakon jelita itu sejak sama-sama membintangi filem Kami Histeria yang dirakamkan pada 2012.

Pelakon genit ini juga mengakui Fazura mahukan dirinya jadi seperti idolanya itu dari segi pembawakan diri dan berfesyen.

“Saya dah anggap Fazura seperti akak saya dan dia pun begitu kerana Fazura nampak saya dalam diri dia kerana saya seorang yang kasar dan temper dan dia lihat sama seperti dia muda dulu.

“Malah, Fazura sendiri ada cakap dia mahu saya jadi macam dia, maksudnya dari segi pembawakan diri dan sebagainya,” katanya memetik portal Murai.
Sebelum ini kecoh mengatakan Fazura mengecam pelakon Hanez Suraya yang dikatakan ingin meniru gayanya.

Namun, dengan Sara, dia okay pula..
Mungkin orang yang rapat dengannya kot dibenarkan meniru gaya dan fesyen yang dibawakannya.



SANDAKAN – Bancian yang dilakukan pihak berkuasa di empat kawasan perkampungan air di sini mendapati sebanyak 58 peratus rumah di kawasan tersebut dihuni oleh warga asing.

Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Datuk Mohammad Mentek berkata, bancian mendapati 2,847 rumah terbabit didiami penduduk bukan warganegara manakala baki 42 peratus atau 2,081 rumah dihuni rakyat negara ini.

“Sebanyak 4,928 rumah dengan sejumlah 24,931 penghuni berjaya dibanci sepanjang tempoh operasi bancian Esscom di empat kawasan perkampungan air di sini bermula Sabtu lalu,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Post-Mortem Program Banci Perkampungan Air Sandakan di sini hari ini.

Mohammad berkata, Kampung Mangkalinau mencatatkan jumlah rumah setinggan milik bukan warganegara terbanyak iaitu 70 peratus atau 1,291 rumah berbanding 30 peratus atau 566 rumah warga tempatan.

Manakala, jumlah rumah yang dihuni bukan warganegara juga agak tinggi di Kampung Forest (termasuk Good View) iaitu 55 peratus atau 653 rumah berbanding 45 peratus (536 rumah) milik rakyat tempatan.

“Rumah yang didiami warganegara di Kampung Muhibbah dan Cahaya Baru pula melebihi rumah bukan warganegara,” katanya.

Beliau bagaimanapun menjelaskan, tiada tangkapan dibuat sepanjang tempoh operasi bancian itu kerana ia bertujuan mengetahui jumlah rumah, penduduk serta demografi penduduk warganegara dan bukan warganegara.
Katanya, operasi bancian itu berjalan dengan lancar dengan penduduk kampung termasuk pemimpin masyarakat memberikan sokongan dan kerjasama yang baik.

Namun, beliau mengakui petugas banci menghadapi cabaran kerana keadaan cuaca tidak menentu dan kemudahan infrastruktur yang tidak baik termasuk jambatan sempit atau jeti kecil yang tidak kukuh.

“Seramai 171 pembanci dan 258 anggota daripada pelbagai jabatan dan agensi kerajaan negeri dan persekutuan, termasuk anggota pasukan keselamatan terlibat operasi bancian itu,” katanya.

Hasil bancian akan diteliti oleh Esscom dan Jabatan Perangkaan sebelum dikemukakan kepada kerajaan untuk tindakan susulan, termasuk menentukan sama ada penduduk kampung air terbabit dipindahkan atau sebaliknya.

Esszone merangkumi 10 daerah iaitu Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.


ALMATY – Kaum wanita di Kazakhstan mengadakan tunjuk perasaan selepas mendapat berita mengenai larangan memakai seluar dalam berenda oleh kerajaan.

Menurut mereka, pakaian adalah hak individu justeru mereka membantahnya.

Tunjuk perasaan itu diadakan dengan tema `seluar dalam untuk Presiden’. Bagaimanapun tiga wanita telah ditahan ketika cuba meletakkan seluar dalam berenda di atas tugu negara.
Larangan itu telah wujud sejak 2012, namun ia tidak dikuatkuasakan sebelum ini.

“Kerajaan sudah melampau kerana membuat larangan itu. Ia adalah isu peribadi dan patut diserahkan kepada wanita untuk membuat keputusan.

“Kenapa mereka tidak melarang perkara lain yang memberikan keburukan kepada kesihatan seperti rokok dan alkohol,’’ kata seorang wanita.
Seorang pengurus bank, Iryna Davydenko, pula berkata, keputusan yang dibuat oleh kerajaan itu adalah satu kesilapan.

“Ia menyakitkan hati saya kerana kerajaan yang menentukan apa yang kita akan pakai. Dalam banyak isu negara yang tidak selesai , isu seluar dalam wanita juga menjadi pilihan,’’ katanya.


SEORANG lelaki yang dikenali sebagai Kenneth Haskins tergamak membakar unit kediaman apartment yang didiaminya selain menghancurkan empat lagi kediaman jirannya di Tampa, Florida, baru-baru ini.

Menurut Tampa Bay Times, Haskins, 58, mengambil keputusan membakar bangunan apartment tersebut kerana bengang dengan pengurusannya yang melarang dirinya daripada melakukan onani secara terbuka.

Ini kerana sebelum ini dilaporkan dia gemar melakukan perbuatan terkutuk itu di tingkap serta di pintu rumahnya sehingga menggangu ketenteraman penduduk di situ.

Walau bagaimanapun, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian tersebut.
Suspek dipercayai sudah tinggal di apartment itu sejak 10 tahun lalu dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah sebelum ini.

Wajah Haskins juga hampir tidak dapat dikenali selepas dia melepaskan tembakan ke arah wajahnya sendiri selepas insiden itu.
Suspek yang tidak dibenarkan diikat jamin telah ditahan di Penjara Orient Road.