Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi



MEMBAKUT: Seramai 16 penumpang cedera ringan apabila bas membawa 48 penumpang terbalik selepas cuba mengelak kenderaan pacuan empat roda di hadapannya yang berhenti secara tiba-tiba di Kilometer 27, Jalan Papar-Beaufort, dekat sini, petang tadi.

Dalam kejadian jam 5.20 petang, semua yang cedera dipercayai akibat terhantuk masih belum dikenal pasti dan sudah dikejarkan ke Hospital Papar untuk rawatan lanjut. 

Bas membawa 33 penumpang lelaki, 10 wanita dan lima kanak-kanak itu dalam perjalanan dari bandar raya menuju ke Sipitang dipercayai mengelak dari merempuh sebuah kereta di hadapannya lalu terbabas ke kiri jalan dan terjunam ke dalam parit dan terbalik.
Kejadian menyebabkan penumpang terpaksa memecahkan cermin bas untuk keluar dari bas berkenaan. 

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah Mohd Affendy K Ramin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.02 petang sebelum mengarahkan sepasukan bomba ke tempat kejadian.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah Superintendan Ismadi Borhan ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Seorang kanak-kanak perempuan di Stanley, County Durham, England nyaris buta apabila botol bir tiba-tiba dilempar ke tingkap kereta yang sedang dinaiki kanak-kanak ini bersama keluarganya.
Lemparan kuat itu membuatkan cermin kereta pecah lalu terkena Abbey Keers, 9, yang duduk di kerusi belakang.
Pada kejadian Jumaat minggu lalu, Abbie mengalami kecederaan di dahi, tangan dan hidung selain sekitar mata kanan hingga membuatkannya terpaksa menjalani pembedahan.
Menurut ibu Abbie yang berada bersamanya dalam kereta Punto ketika insiden berlaku, anaknya kini trauma untuk melihat wajah sendiri di cermin kerana ia mengingatkannya detik-detik menyakitkan itu.
Pihak polis menyifatkan kejadian ini dilakukan pihak tidak bertanggung jawab dan kini sedang menyiasat pelakunya.
Bagaimanapun, ibu Abbie serta nenek dan adiknya yang turut berada dalam kereta ketika kejadian tidak mengalami sebarang kecederaan. 

SEORANG wanita dari Colchester, Essex, England mempunyai cara tersendiri (dan menyakitkan) untuk memberitahu perasaan bengang pada teman lelaki yang telah menipunya.
Torz Reynolds, 26, terkedu selepas diberitahu seorang rakan bahawa teman lelakinya, Stuart ‘Chopper’ May,24, yang mendakwa perlu meninggalkan United Kingdom kerana mendapat tawaran kerja di Alaska, Amerika Syarikat rupa-rupanya menipu.
Selepas disiasat Chopper sebenarnya masih ada di UK, cuma dia menggunakan alasan itu untuk memutuskan hubungan dengan Reynolds seterusnya berpindah ke rumah perempuan lain.
Sedangkan menurut Reynolds, Chopper siap menangis di lapangan terbang pada ‘hari perpisahan’ mereka kononnya bersedih.
Dek kerana terlalu sakit hati, Reynolds tidak mahu menunggu lama untuk pergi mendapatkan rawatan laser sebaliknya terus bertindak membuang sendiri tatoo di lengannya yang tertulis ‘Chopper’s Bitch’ menggunakan pisau bedah, tanpa ubat bius.
Dia memerlukan masa selama satu setengah jam untuk menoreh keseluruhan kulit yang bertatoo, sebelum menanggalkannya daripada daging dengan penyepit pembedahan.
Kulit bertatoo itu kemudian dimasukkan Reynolds ke dalam botol lalu dibalut rapi seperti hadiah seterusnya dikirim kepada Chopper pada Hari Valentine lalu.
Ditanya relevan di sebalik tindakannya itu, Reynolds menyatakan itu adalah satu mesej jelas kepada Chopper supaya tak main-main dengan dia lagi di masa hadapan.
“Lagi pun itu cuma kulit dan ia akan tumbuh semula,” kata Reynolds yang menganggap kesakitan semasa menoreh sendiri kulitnya tidak sesakit mana jika dibandingkan dengan kesakitan sementara menunggu parut di lengan (dan hatinya) sembuh.

SELEBRITI terkenal dan jutawan, Paris Hilton dengan bangganya bergambar sambil menunjukkan ‘bukti’ yang dia tidak memakai seluar dalam di majlis hari jadinya yang ke-33 pada hari Sabtu lepas.
Paris mengadakan majlis tersebut di Greystone Manor di Hollywood.
Setibanya di majlis itu, para jurugambar berebut-rebut merakamkan kehadirannya yang ketika itu memakai gaun pink rekaan Alon Livne.
Menyedari puluhan lensa mengambil fotonya, Paris terus ‘menyelak; sedikit belahan gaun tersebut untuk membuktikan yang dia tidak memakai ‘apa-apa’ di sebalik gaunnya itu.

BAYANGKAN anda seorang wanita yang ditumbuhi janggut dan jambang sama seperti lelaki.
Adakah anda mampu melalui ‘keanehan’ ini tanpa rasa malu seperti Harnaam Kaur, 23, yang berasal dari Slough, Berkhshire ini?
Dilahirkan normal, Kaur mula ditumbuhi jambang seawal usia 11 tahun lagi.
Mengakui pernah berasa tertekan akibat diejek rakan-rakan, dia mencuba pelbagai cara untuk menghilangkan jambang tersebut termasuklah dengan mencabut dan melunturkan warnanya.
“Saya dibuli dengan teruk. Di sekolah, mereka memanggil saya ‘Si Jambang’ dan ‘pondan’,” katanya.
Bagaimanapun, selepas dibaptiskan sebagai Sikh pada usia 16 tahun, dia berhenti membuang jambang tersebut biarpun ia sudah mula merebak hingga ke dadanya.
Ini kerana, agama tersebut melarang mereka daripada mencabut atau memotong sebarang rambut yang terdapat pada tubuh.
“Saya tak akan lakukannya lagi kerana Tuhan sudah menciptakan saya sebegini. Saya rasa lebih feminim dan seksi sekarang.
“Saya cuba untuk mencintai diri saya dan tiada apa yang dapat menggoyahkan saya kini,” ujarnya.
Tambah Kaur lagi, abangnya merupakan penyokong utama keputusannya dan berkata dia tetap cantik dengan jambang tersebut.
Bagaimanapun, ia menimbulkan kebimbangan ibu-bapanya yang khuatir jika anak mereka tidak dapat berkahwin dan mendapat pekerjaan akibat jambangnya itu.

Dengan keyakinan itu, Kaur yang kini seorang pembantu pengajar di sebuah sekolah tidak lagi teragak-agak untuk melakukan aktiviti yang biasa dilakukan oleh gadis lain seperti membeli-belah dan bersiar-siar.
Saya harap gadis lain di luar sana dapat menemui kekuatan seperti yang saya ada sekarang. Jalanilah hidup yang anda mahukan kerana ia milik anda,” katanya.

KUALA LUMPUR – Sarawak berkemungkinan berdepan ancaman gerakan Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) pimpinan Nur Misuari yang baru saja mengumumkan akan mewujudkan Republik Bangsamoro.
Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Tan Sri Zulkefli Mohd Zin berkata, ekoran perkembangan tersebut, Kawasan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) dijangka dikembangkan ke negeri Sarawak.
Jelas beliau, walaupun tahap ancaman itu masih rendah namun ATM tetap waspada dalam memastikan kedaulatan negara terjamin.
“Republik Mindanao (Bangsamoro) itu termasuk Pulau Pahlawan termasuk pulau di Sabah dan Sarawak, sebab itu kemungkinan Sarawak akan diancam keselamatannya, maka kita akan perluaskan ESSCOM ke Sarawak sebab kita tidak mahu apa yang berlaku di Sabah Febuari lalu berlaku kepada Sarawak.
“Kita sebagai anggota tentera tidak mahu dipersalahkan pada masa akan datang kerana tidak melihat kemungkinan ancaman itu akan berlaku dan kita melihatnya dengan begitu serius,” kata Zulkefli.
Bagaimanapun Zulkefli berkata, ESSCOM Sarawak dijangka tidak akan melibatkan penggunaan aset utama milik angkatan tentera namun ia akan bergantung kepada keadaan kewangan kerajaan.
Beliau berkata demikian dalam satu sidang media mengenai Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia 2014 yang akan berlangsung 14 hingga 17 April di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Kelmarin Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata bagi memperkuatkan lagi kawalan keselamatan di perairan Sarawak, kerajaan sedang menimbangkan cadangan untuk memperkenalkan kawasan keselamatan khas menyamai Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah (ESSCOM), di bumi Kenyalang itu.
Katanya, kawasan keselamatan khas di Sarawak itu akan meningkatkan kawalan keselamatan terhadap operasi minyak dan gas di perairan Sarawak itu yang amat penting kepada ekonomi negara.
Sarawak merupakan diantara pengeluar terbesar minyak dan gas Malaysia.
“Ia akan melibatkan kerjasama dengan syarikat-syarikat minyak dan gas yang beroperasi di perairan Sarawak. Petronas, Shell dan Esso memiliki pelantar-pelantar minyak yang beroperasi di tengah-tengah lautan.
“Mereka membelanjakan berbillion ringgit untuk memastikan keselamatan kakitangan mereka,” katanya. - news.abnxcess.com

SERAMAI 18 orang berpakaian celoreng dan lengkap bersenjata ditahan di Ladang Kelapa Sawit Jementah, Johor
Menurut sumber, siasatan awal yang dijalankan mendapati mereka adalah dari PERTUBUHAN PEMAIN AIRSOFT NEGERI JOHOR.
Dikatakan yang permohonan lesen senjata tiruan telah dibuat pada bulan Disember 2013 di IPD Johor Bahru Selatan tetapi ia masih dalam proses.
Polis kemudiannya merampas 14 laras senjata pelbagai jenis disyaki tiruan, 20 magazine, pelbagai aksesori senjata dan 1 baju celoreng.
Hasil soal siasat senjata dibeli secara online ( internet.)
Senjata tersebut menggunakan bateri dan gunakan pellet plastik sebagai peluru.
Mereka juga tidak mendapat kebenaran daripada polis untuk tujuan tersebut.


MIAMI – Seorang pondan mengalami kesengsaraan hidup selepas pakar bedah plastik palsu telah menggunakan simen konkrit untuk pembedahan implan di bahagian muka dan punggung.
Keadaan yang dialami itu menyebabkan Rajee Narinesingh, 46, terpaksa bersembunyi dan tidak mampu berdepan dengan orang ramai.
Pakar bedah palsu itu, Oneal Ron Morris kini menjalani hukuman penjara selama setahun kerana menjalankan perniagaan tanpa lesen. Dia juga berdepan tuduhan membunuh seorang lagi mangsa, Shatarka Nuby.
Dalam pada itu, Narinesingh masih berdepan dengan trauma akibat penipuan Morris.
Dia membayar sebanyak $3,000 kepada Morris selama 10 bulan pada 2005, namun malangnya doktor palsu itu menyuntik simen konkrit ke pipi, bibir, payudara dan punggung, hinggakan wajahnya umpama makhluk asing.
“Selepas mendapat suntikan itu, semuanya ok. Namun kemudian mimpi ngeri bermula.
“Sebelah muka saya berasa seperti mendidih dan ia membengkak serta amat sakit sebelum gelembung yang muncul di pipi saya pecah, mengeluarkan cecair berwarna hijau dan kuning yang bercampur dengan darah,’’ katanya.
Dia yang dilahirkan sebagai lelaki berkata, tujuan dia menemui Morris adalah untuk mendapat bentuk wajah seperti wanita.
Disebabkan tidak mempunyai wang untuk menemui pakar pembedahan plastik lain, maka dia tiada pilihan kecuali mendapatkan Morris.
“Dia amat baik dan jujur. Semasa melakukan prosedur itu, dia mula menangis,’’ katanya.
Nasib baik dengan bantuan pakar bedah kosmetik, Dr. John Martin, Narinsingh melalui proses pemulihan dengan menggunakan terapi laser dan dapat mengecutkan ketulan di pipinya.

KUALA TERENGGANU – Dek kerana amarah, seorang remaja lelaki tergamak memukul ibunya sendiri dengan batang besi dalam satu kejadian pada 12 Februari lalu.
Bagaimanapun, tindakannya itu akhirnya membawa padah apabila berjaya ditangkap dan didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, di sini, semalam.
Berdasarkan pertuduhan, remaja berusia 16 tahun itu didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera kepada ibunya yang berusia 45 tahun dengan sebatang besi, kira-kira jam 2.10 petang di sebuah rumah di Kampung Pengadang Baru, di sini.
Dengan itu, dia didapati telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
Jika sabit kesalahan, dia boleh dipenjarakan selama tempoh sampai tiga tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu.
Majistret, Rozianti Mohamed Hanaphi kemudiannya membenarkan tertuduh dijamin RM2,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu laporan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat pada 23 Mac depan.
Pendakwaan dikendali Pegawai Pendakwa, Inspektor L Rathna. – Sinar Harian Online

LOVE scam atau Afrika scam yang didalangi warga Afrika pernah memperdayakan seorang wanita sebanyak RM6.5 juta sebelum ini.
Dalam kes itu, seorang ibu tunggal berusia 63 tahun mula tertarik dengan pelawaan seorang lelaki kulit putih yang mendakwa dirinya jeneral tentera Amerika Syarikat untuk berkenalan melalui kiriman email.
Sejak menerima email pertama daripada lelaki terbabit, wanita yang mempunyai tiga firma audit dan bergelar jutawan mula menaruh kepercayaan kepada lelaki berkenaan yang mendakwa berusia 55 tahun.
Sejak itu, mereka menjadi kekasih dan sering berbual di laman sosial seperti ‘Asia chating’. Dalam tempoh dua bulan berkenalan, lelaki terbabit berjanji untuk berkahwin dengan wanita yang mempunyai tiga anak itu.
Pada masa sama, lelaki itu mendakwa akan menetap di Malaysia kerana bakal menjalankan perniagaan dengan syarikat petrolium iaitu Petronas yang akan membawa pulang hingga ratusan juta dolar Amerika.
Akibat kekurangan modal untuk memulakan perniagaan, ‘jeneral tentera’ itu meminta kekasihanya meminjamkan wang bagi menyelesaikan urusan dengan Petronas dan mempercepatkan lagi proses perkahwinan mereka.
Kerana terlalu kemaruk dalam percintaan, wanita terbabit mula memindahkan wang berjumlah RM150,000 kepada satu akaun wanita tempatan lain yang dikatakan sebagai perunding perniagaan.
Sejak bulan ketiga hingga keenam mereka berkenalan, wanita itu telah memberikan wang berjumlah lebih satu juta kepada lelaki itu, sebelum menjual sebuah banglo miliknya di Bangsar bernilai RM3.5 juta dan beberapa bidang tanah yang kesemuanya berjumlah RM5 juta.
Setelah habis kesemua wang simpanan dan aset, anak wanita tersebut kemudian membuat laporan polis kerana percaya ibu mereka telah ditipu.
Siasatan polis selepas itu mendedahkan, jeneral tentera terbabit sebenarnya ialah 15 lelaki warga Afrika yang bersilih ganti menipu wanita berkenaan dalam tempoh lapan bulan.
Walaupun polis mendedahkan jeneral itu ialah warga Afrika yang tinggal di Puchong, namun ibu tunggal tersebut masih mempercayai kekasihnya dan memberikan wang berjumlah RM50,000 untuk kali terakhir.
Selain wang, wanita berkenaan turut memberikan gambar dirinya yang boleh digunakan sebagai bahan untuk melakukan ugutan.
Hasil serbuan polis di sebuah kondominium di Puchong itu, seramai 15 lelaki warga Nigeria berusia antara 25 hingga 30 ditahan termasuk seorang wanita warga tempatan yang merupakan pemilik akaun ditahan.
Turut dirampas 14 unit komputer riba, 20 telefon bimbit, 11 buku akaun bank dan 11 pelbagai jenis kad ATM.
Wanita itu akhirnya kehilangan keseluruhan wang simpanan dan aset yang dikumpul sejak 40 tahun dalam tempoh 10 bulan kerana diperdaya oleh warga Afrika itu. – mStar

Petra Jaya – Ibarat menjerut leher sendiri begitulah nasib bakal diterima pengadil, Sukri Abdul Rahman apabila Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) membuat laporan kepada FAM berikutan tindakannya mengeluarkan kata lucah ke atas seorang pemain Sarawak, kelmarin.
Sukri menyebut perkataan Hokkien ‘L****U Lu’ kepada pemain tengah Joseph Kalang Tie sejurus tamat perlawanan yang menyasikan skuad Bujang Senang menang 1-0 ke atas Perak di Stadium Negeri.
“Sebaik bersalam dengannya (Sukri), saya mahu mendapat penjelasan mengenai keputusan pengadilan yang mengecewakan sepanjang perlawanan namun dia tiba-tiba mengeluarkan perkataan lucah itu. Saya terkejut dan bertanya kenapa bercakap seperti itu namun dia hanya berdiam diri.
“Kalau saya yang mengeluarkan perkataan itu kepada dia atau pemain lain atau pegawai perlawanan, sudah tentu saya akan dikenakan tindakan.
“Malah dua pembantu pengadil juga mendengar perkataan lucah itu, tapi berdiam diri apabila saya cuba bertanya kepada mereka.
“Saya tahu dia tertekan, tapi sebagai pemain saya ada hak untuk meluahkan kekecewaan terhadap keputusan yang dibuat. Saya bukan mahu menyalahkan dia, tapi kita ada hak (untuk meluahkan rasa tidak puas hati),” katanya.
Kata Joseph lagi, walaupun tertekan sekali pun pengadil tidak sepatutnya mengeluar perkataan lucah itu bukan saja kepada dirinya malah pihak lain.
Perlawanan yang menyaksikan Bujang Senang melakarkan kemenangan kedua berturut-turut itu dibayangi 10 kad kuning termasuk satu kad merah ke atas Junior Eldstal selepas menerima kad kuning kedua.
Sarawak kini menduduki tangga ketiga liga selepas mengumpul sembilan mata hasil tiga kemenangan berkongsi mata dengan Kelantan – satu mata di belakang pendahulu, Terengganu.
Sementara itu, jurulatih Sarawak Robert Alberts akan membawa perkara itu kepada pengurusan FAS untuk tindakan selanjutnya.
Beliau jelas terkilan mengenai tindakan membabitkan pengadil berkenaan.
“Perkara ini akan saya bawa kepada FAS dan mereka akan mengadakan mesyuarat untuk tindakan susulan. Tugas saya hanya melaporkan perkara ini kepada mereka (FAS) dan saya tidak mempunyai hak terhadap tindakan selanjutnya.
“Bagi saya, dalam perlawanan seperti ini, pengadil perlu bijak mengawal emosi dan bukannya bertindak seumpama itu. Ia amat memalukan apatah lagi perkara itu membabitkan pemain saya.
“Saya hanya mengetahui apabila dia (Kalang) datang kepada saya dan memaklumkan pengadil mengeluarkan perkataan lucah ke atasnya,” katanya. – Harian Metro


Tahukah anda terdapat beberapa makanan yang boleh membantu anda melawan selesema? Kami senaraikan makanan yang perlu anda makan apabila terkena serangan sejuk/selesema.

Bawang Putih

Sebagai antibiotik semulajadi, bawang putih membantu dalam melawan jangkitan. Selain itu, ianya mempunyai beberapa ciri-ciri anti-virus dan juga menghasilkan antioksidan. Untuk memastikan anda mendapat manfaat yang sepatutnya cuba makan mentah.

Kunyit

Ia bukan rahsia bahawa kunyit boleh membantu dalam merawat jangkitan virus dan bakteria. Kunyit membuktikan ianya benar-benar membantu jika anda menambah kunyit ke dalam makanan anda apabila anda mempunyai selesema. Anda juga boleh menambah kunyit untuk susu panas untuk membantu melegakan selesema.

Halia

Anda boleh menambah halia dan limau untuk air panas dan minum dua kali sehari untuk mendapatkan jika mengalami sejuk badan.

Madu

Madu mentah mempunyai beberapa polifenol antibakteria dan antivirus yang boleh membantu dalam berjuang dengan jangkitan bakteria. Malah, madu bermanfaat jika anda mengalami sakit tekak.

Ikan

Ikan seperti tuna, salmon, ikan kembung amat kaya dengan Omega-3 asid lemak, sebatian yang membantu dalam mengurangkan keradangan di dalam badan. Anda akan lebih terdedah kepada selesema dan selesema jika anda mempunyai keradangan kronik.

Tiram

Tiram sangat kaya dengan zink, mineral penting yang amat berkesan dalam memerangi selesema biasa.

Anise Seeds

Jika anda mengalami masalah batuk dan kesesakan dada, maka anise seeds boleh membantunya. Ianya mempunyai ciri-ciri antibakteria dan menawarkan bantuan dari batuk dan kesesakan dada dalam saluran pernafasan. Apa yang perlu anda lakukan hanya tambahkan anise seeds dihancurkan bersama-sama dengan bawang putih, gula, dan kayu manis dalam air panas dan lakukannya tiga kali sehari.

Beri Biru

Menurut kajian baru-baru ini, beri biru mempunyai antioksidan yang paling aktif dalam mana-mana buah-buahan segar. Ianya mengandungi tahap antosianin yang merupakan salah satu antioksidan yang paling kuat. Beri biru membantu dalam meningkatkan imuniti anda dalam menentang sejuk dan selesema.

Sayuran Hijau


Sayuran hijau sangat baik untuk kesihatan, sayuran seperti arugula dan kale mempunyai kandungan nutrien yang tinggi. Inia akan membantu melawan sejuk dan selesema. -