Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi



Tokyo: Sekumpulan wanita melancarkan mogok seks terhadap lelaki yang mengundi gabenor baru bandar raya ini yang memenangi pilihan raya kelmarin.

Kumpulan itu bertindak demikian selepas Yoichi Masuzoe mendakwa wanita tidak layak memegang jawatan kerajaan kerana tidak boleh membuat keputusan kritikal ketika haid memandangkan mereka tidak normal ketika itu. 

Kempen di Twitter itu yang menggesa ‘wanita bersatu untuk tidak melakukan seks dengan lelaki yang mengundi untuk Masuzoe’ memperoleh 3,000 pengikut sejak dilancarkan minggu lalu.
Bagaimanapun, bekas menteri kesihatan yang disokong parti pemerintahan berkenaan memenangi pilihan raya gabenor, menewaskan dua calon yang berjanji untuk mengakhiri kuasa nuklear.  
Pengasas kumpulan itu yang tidak dikenali berkata dalam profil mereka: “Kami sudah berusaha untuk menghalang Masuzoe yang mengeluarkan kenyataan menghina wanita, daripada dipilih. Kami tidak akan melakukan seks dengan lelaki yang mengundinya.”

Dalam wawancara 1989, Masuzoe berkata, wanita menjengkelkan apabila datang haid.

“Wanita tidak stabil ketika datang bulan. Kita tidak boleh mengharapkan mereka membuat keputusan kritikal ketika itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Laman web kedua yang turut dilancarkan Rabu lalu oleh sekumpulan wanita yang cuba untuk menghalangnya daripada menjadi Gabenor Tokyo menarik 75,000 pengikut, lapor media.- Agensi
PEROSAK BAHASA !

Dulu bangla tak ada sekarang bangla sudah ada dimana-mana semua kerja sudah dia sapu majikan suka ambil bangla sebab gaji murah dan rajin berbanding rakyat malaysia. Tapi kali ini bangla sudah nak jadi kontraktor sendiri dengan bakat yang ada dia telah buat business card ini.



Dilema Guru Zaman Sekarang.

Kalau dapat pelajar macam ni, Tidak boleh rotan nanti ibu bapa saman, Tidak boleh marah nanti ibu bapa buat laporan polis,
Tidak boleh suruh berdiri atas kerusi nanti ibu bapa jumpa dengan pengetua.

Jadi guru terpaksa tangkap gambar dan upload ke facebook, harap ibu bapa tidak ambil sebarang tindakan. Kalau zaman persekolahan saya budak-budak ni memang dah kena bantai dengan guru disiplin, dan ibu bapa tidak akan bising. Tetapi itu zaman dulu,zaman sekarang lain.
 
Kat malaysia admin rasa mcam nih juga keadaannya cuma diorang tak snap picture ja, so sapa2 yang pernah stay kat hostel mesti diorang tahu keadaan sebenar. Admin sendiri pernah stay kat hostel, memang pelbagai ragam penghuni-penghuni hostel tapi itu yang anda akan ingat sepanjang hidup. Gelagat rakan sebilik yang ada bikin panas, bikin ketawa dan bikin kesian. Well, sebagai penghuni hostel nih, CONFIRM ada kenangan pahit manis. 



So kali ini, admin akan kongsikan anda beberapa gambar gelagat PENGHUNI ASRAMA WANITA yang rata-ratanya seksi, atau saja nak seksi. LAYAN.. zaazzzzzzz..


















Siapa masih ingat kes pembunuhan seorang paragawati terkenal, Noritta Samsuddin di sebuah kondominium mewah di kuala lumpur?

Meskipun kejadian itu sudah 10 tahun berlalu namun masih terus diingati orang ramai sehingga hari ini. Menurut cerita penduduk kampung, roh hantu Noritta yang mati dibunuh di atas katilnya pada bulan Disember 2003 didakwa berkeliaran di tanah perkuburan jejawi, perlis.

Akibatnya ramai peniaga takut untuk berniaga hingga lewat malam, manakala pekerja-pekerja kilang takut untuk pergi kerja atau pulang dari kerja pada lewat malam atau lewat pagi. Ini disebabkan mereka akan terserampak dengan hantu Noritta samada di perhentian bas atau tempat menunggu van kilang mereka.

Lagi menarik, gerai burger juga hanya berniaga siang kerana takut hantu tersebut ingin membeli burger. Difahamkan, kuku Norita dicabut semasa jenazah dimandikan dan ini menyebabkan hantu berkenaan mencari kukunya di waktu malam.

Selain itu, ada pendapat mengatakan Noritta memakai susuk hingga menyebabkan rohnya tidak tenteram dan keluar di waktu malam. Penduduk telah meminta kebenaran dari pihak polis untuk menggorek kubur mangsa bagi membuang susuk yang dipakainya.

Sewaktu menggali kubur itu pula timbul cerita lain yang mendakwa roh hantu Noritta pandai membuat panggilan telefon. Macam-macam versi cerita yang didengar namun semuanya hanya khabar angin yang seperti sengaja direka untuk menakutkan orang.


SHAH ALAM - Seorang pelajar kolej mengaku di Mahkamah Tinggi hari ini, mengikat kaki bapa pensyarah bahasa Inggerisnya, Omar Peter Abdullah, 56, sebelum mulut dan hidung ditekup dengan menggunakan kemeja T oleh tertuduh lain.
Fadhil Rushdan Rahman, 20, yang menjadi saksi pendakwaan memberitahu dia menggunakan tali dan memakai sarung tangan ketika melakukan perbuatan itu selepas diarahkan oleh tertuduh iaitu rakan baiknya, Mohamad Sharafe Mat Noh, 21, pada malam 9 Mac, dua tahun lalu.

Fadhil Rushdan memberitahu mahkamah dia melihat keadaan Omar Peter seperti meminta pertolongan sebelum badan pesara itu sejuk.

"Mat Rof (Mohamad Sharafe) yang memeriksa keadaan badan Omar Peter dan mendapati ia sejuk serta tidak bernafas," katanya ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Aidatul Azura Zainal Abidin.

Pelajar jurusan Perbankan Islamic Kolej Antarabangsa Cybernatic Taman Maluri itu juga memberitahu, tertuduh Azizi Aizat Ibrahim, 22, atau dikenali sebagai Boy mengikat tangan lelaki itu dengan menggunakan tali.

"Tali dan sarung tangan itu diberikan oleh salah seorang tertuduh, tapi saya tidak mengingati siapa yang memberikannya," katanya.

Sebelum itu, dia dan empat tertuduh yang lain dijemput oleh pensyarahnya, Zara Eleena, 23 untuk menuju ke rumah wanita itu yang terletak di Kinrara, Puchong, Selangor.

Aidatul Azura      : Apa tujuan kamu ke sana?
Fadhil Rushdan   : Saya dan yang lain diajak oleh Mat Rof untuk mengubati Miss Zara ( Zara Eleena)
Aidatul Azura.     : Ada kamu dimaklumkan Miss Zara sakit apa?
Fadhil Rushdan.  : Tidak.
Aidatul Azura      : Setelah sampai, apa yang berlaku.
Fadhil Rushdan   : Kami iaitu saya, Mat Rof, Boy, Mohamad Zul Shahril Suhaimi, 20,
                            atau Shah serta Miss Zara memasuki rumah itu dan nampak
                            bapanya yang sedang menonton televisyen di ruang tamu.
Aidatul Azura      : Selepas itu apa yang berlaku?
Fadhil Rushdan   : Lebih kurang lima minit selepas itu Zara dan Shah keluar untuk
                           mengambil Muhamad Safwan Muhamad, 20, yang dikenali
                           sebagai Chap dan ustaz di lapangan terbang.

Fadhil Rushdan memberitahu semasa ketiadaan Zara Eleena, mereka bertiga ke dapur selepas bapa pensyarah itu menyuruh mengambil air minuman di dapur.

Selepas keluar dari dapur, Fadhil Rushdan berkata, Boy ke tandas dan keluar dengan memakai sarung tangan serta menekup mulut Omar Peter sebelum lelaki itu ditarik ke dalam bilik hadapan.

"Mat Rof mengacukan pisau dan menekup mulut serta hidung Omar Peter dengan menggunakan kemeja T yang berada di dalam bilik berkenaan sementara saya dan Boy diarahkan untuk mengikat kaki serta tangan dengan menggunakan tali," katanya.

Dia memaklumkan lebih kurang 30 minit selepas itu, Zara Eleena sampai dan mahu berjumpa dengan ayahnya namun dihalang oleh Shah.

Fadhil Rushdan memberitahu, Dia terdengar bunyi tulang patah datang daripada bilik belakang yang mana Shah dan Zara Eleena berada.

"Boy memasuki bilik itu selepas Shah meminta tolong untuk menutup muka Miss Zara yang terbaring dengan menggunakan bantal.

"Ketika terbaring, saya nampak Miss Zara meronta-ronta sebelum tidak bergerak," katanya.

Ketika pemeriksaan balas peguam tertuduh pertama Shah, Afifuddin Ahmad Hafifi, dia berkata mengenali Zara Eleena sebagai pensyarah di kolejnya, Mat Rof sebagai rakan serumahnya manakala tiga lagi tertuduh sebagai kenalan biasa.

Selain itu, ketika sesi pemeriksaan balas itu juga, Fadhil Rushdan menafikan dia yang mencuri kad bank dan mengeluarkan wang milik Zara Eleena.

Afifuddin dalam soalannya berkata, sebenarnya Fadhil Rushdan yang merancang serta melakukan pembunuhan itu namun dinafikan.

"Saya tidak bersetuju," katanya.

Kesemua tertuduh yang juga pelajar kolej tersebut didakwa membunuh Zara Eleena di rumah nombor 28 Jalan TK 1/11, Taman Kinrara, Puchong, di antara jam 1.30 dan 2.30 pagi, 9 Mac 2012.

Mereka juga menghadapi tuduhan kedua, membunuh bapanya, pesara syarikat kewangan, Omar di tempat sama, antara jam 11.30 malam 8 Mac dan 1.30 pagi keesokannya.

Bagi kesalahan itu, kesemua tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Perbicaraan bersambung esok.

SH


Moscow: Kejadian amuk di sebuah sekolah di Moscow semalam tercetus apabila seorang pelajar tidak berpuas hati kerana mendapat markah rendah dalam peperiksaan.


Sumber berkata, Sergey Gordeev mengalami gangguan emosi selepas gagal memperoleh markah yang diharapkan baru-baru ini.

Katanya, Gordeev kemudian menyerbu bangunan sekolahnya dan melepaskan 11 das tembakan menyebabkan seorang guru dan anggota polis terbunuh. Gordeev turut menahan 20 pelajar lain selepas membunuh guru geografi, Andrey Kirillov, 37, yang memberikan markah rendah kepadanya.

Jurucakap polis berkata, Gordeev, 16, mengamuk dan berdepan dengan Kirillov menggunakan dua laras raifal milik bapanya.

Katanya, Gordeev menembak perut Kirillov dan memeriksa sama ada gurunya itu masih hidup atau tidak.

“Dia kemudian menembak kepala Kirillov,” katanya. Pelajar dikenali sebagai Ivan Fodokin, 17, berkata mereka terdengar seseorang menjerit mengarahkan pintu dibuka sebelum bunyi tembakan dilepaskan Gordeev akhirnya ditahan apabila bapanya yang memakai jaket kalis peluru berjaya memujuknya

KUANTAN - Seorang lelaki maut apabila motosikal yang ditunggangnya merempuh pembahagi jalan di Km67 Lebuh Raya Pantai Timur, Kuala Lumpur-Karak dekat Bentong hari ini.
    
Ketua Polis Daerah Bentong Supritenden Mohamad Mansor Mohd Nor berkata mangsa yang dikenali sebagai Sulaiman Nordin, 56, mati di tempat kejadian dalam kemalangan pada jam 7.40 pagi.
    
"Mangsa yang berasal dari Kerinchi Pantai Dalam, Kuala Lumpur sebelum itu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menghala ke Kuantan.
    
"(Di tempat kajian) motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan lalu terbabas dan merempuh pembahagi jalan di sebelah kanan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
    
Beliau berkata akibat rempuhan itu mangsa tercampak di tengah jalan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
    
Mayatnya kemudian dihantar ke Hospital Daerah Bentong untuk dibedah siasat. - Bernama


SH


Tidak dinafikan bahawa bisnes makanan segera KFC adalah antara restoran francais paling terkenal bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia. KFC memang terkenal, tapi tahukah anda kisah di sebalik kejayaan KFC?

Selama ini kita hanyalah tahu menikmati ayam goreng KFC itu tanpa mengetahui asal usulnya. Yang kita tahu ialah pengasasnya ialah seorang lelaki berambut putih, bermisai putih dan berjanggut putih, berkacamata, dan memakai bowtie hitam serta berpakaian sut putih.


Dalam entri ini, kami ingin berkongsi beberapa fakta sejarah KFC yang jarang diketahui oleh rakyat Malaysia.
Colonel Sanders

1. Pengasas KFC bernama Colonel Harland D. Sanders lahir pada 9 September 1890.

2. Pada tahun 1896, ketika berumur 6 tahun, ayahnya telah meninggal dunia dan Colonel mengambil alih tugas memasak untuk keluarganya manakala ibunya keluar bekerja.

3. Pada sekitar tahun 1930an, Colonel telah melakukan banyak jenis pekerjaan sebelum dia mula memasak untuk para pengembara yang kelaparan di pusat servisnya di Corbin, Kentucky, ketika berusia 40 tahun. Ayam gorengnya sangat bagus. Dia kemudiannya membuka satu restoran di sepanjang jalan Corbin.

4. Ketika berusia 50 tahun, Colonel menyempurnakan ayam Resipi Originalnya dengan menggunakan kombinasi 11 herba dan rempah ratus dan kemudian memasaknya dengan teknik pressure-cooked. Dia kemudiannya menerima pengiktirafan “Kentucky Colonel”.

5. Pada sekitar tahun 1950an, Colonel Sanders mengembara ke seluruh Amerika dan Canada dengan menggunakan kereta. Dia bergerak dari restoran ke restoran untuk membina cawangan bisnes ayam gorengnya.

6. Di Malaysia, restoran KFC pertama dibuka di Jalan Tunku Abdul Rahman pada tahun 1973. Kini terdapat lebih 500 cawangan KFC di selurh negara dan berpuluh ribu lagi di seluruh dunia.
Ipoh:  Kehadiran ramai pelanggan lelaki warga asing di sebuah kedai gunting rambut di Jalan Holy di sini, terjawab apabila premis itu didapati menawarkan khidmat tukang gunting wanita seksi yang hanya memakai seluar pendek dan baju dalam.

Kegiatan tidak bermoral itu berjaya dibongkar apabila sepasukan anggota Jabatan Imigresen Perak melakukan serbuan di premis itu yang terletak di Jalan Dato Onn Jaafar, di sini, semalam.



Dalam serbuan jam 12.30 tengah hari, anggota Jabatan Imigresen Perak diketuai Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Perak, Irwan Zahid melakukan pemeriksaan mengejut di tujuh premis yang menjadi lokasi warga asing Myanmar berkumpul di sini.

Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Perak, Wan Mahmud Zuhdi Wan Hassan berkata, operasi tertumpu di empat kedai runcit dan tiga kedai makan popular kalangan warga Myanmar menjamu selera dan membeli pelbagai barangan harian.


Menurutnya, lokasi berkenaan menjadi ‘koloni’ pendatang asing terutama dari Myanmar menjamu selera dan berkumpul terutama pada hari hujung minggu.

Sebahagian warga Myanmar yang ditahan anggota imigresen Perak.

“Ketika serbuan dilakukan kebanyakan warga asing terbabit sedang menggunting rambut dan menjamu selera di dalam premis yang disewa khas.

“Hasil serbuan dilakukan, seramai 23 lelaki warga Myanmar, tiga wanita Myanmar, satu wanita Indonesia dan seorang lelaki Bangladesh berjaya diberkas.

“Semua mereka berusia antara 16 dan54 tahun didapati tidak mempunyai sebarang dokumen sah memasuki negara ini,” katanya.

Beliau berkata, ada antara lelaki ditahan mendakwa sebagai pelarian dengan menunjukkan surat khas Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNHCR).

“Bagaimanapun pihak imigresen akan menyiasat ketulenan surat itu bagi memastikan sama ada individu yang diberkas itu benar-benar pelarian atau sebaliknya.

“Ada juga lelaki warga asing ditahan memberi alasan sudah membeli tiket untuk pulang ke Myanmar namun gagal menunjukkan bukti dokumen dan pasport,” katanya.

Menurutnya, semua 28 warga asing yang diberkas itu kini ditahan di Ibu Pejabat Imigresen Perak untuk tujuan siasatan sebelum dihantar ke Pusat Tahanan Imigresen Langkap.

“Mereka akan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Operasi seumpama ini akan dijalankan setiap hari bagi membersihkan negeri ini dari warga asing,” katanya.

PETALING JAYA – Penyanyi Black Hanafiah tidak menyangka keadaan isterinya, Naquia Yasirah yang mengalami demam panas dan muntah-muntah sejak beberapa hari lalu adalah disebabkan demam denggi sehingga terpaksa ditahan di Columbia Asia Hospital, Setapak, dekat sini sejak Sabtu lalu.
Black atau nama sebenarnya, Hanifah Hanafiah, 27, berkata, pada mulanya dia menyangka keadaan yang dialami isterinya itu adalah simptom wanita mengandung selepas disahkan doktor ketika membuat pemeriksaan kehamilan di sebuah klinik.
“Pada mulanya saya sangka isteri mengandung kerana sebelum itu doktor memberitahu terdapat simptom Naquia hamil tetapi kami perlu tunggu sebulan lagi untuk mendapatkan kepastian.

“Bagaimanapun keadaannya semakin buruk sejak dua hari lalu apabila demamnya tidak kebah dan sentiasa muntah-muntah membuatkan saya cemas dan membawanya ke hospital,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Isnin.
Tambah Black, dia bernasib baik kerana bertindak cepat untuk mendapatkan rawatan apabila diberitahu isterinya itu menghidap dengki, iaitu penyakit yang boleh membawa maut.
Dalam pada itu, Black berkata, keadaan isterinya kini tidak membimbangkan malah pihak hospital membenarkan Naquia untuk berehat di rumah.
“Doktor membenarkan di keluar tetapi saya minta dia berehat di hospital bagi memastikan dia betul-betul sihat tambahan pula dalam masa dua hari ini dia perlu hadir untuk membuat pemeriksaan susulan,” katanya.
Black dan Naquia bernikah pada 13 September 2013.
Sementara itu, menurut laporan Bernama pada 6 Februari lalu, sebanyak 17 kes kematian akibat denggi dilaporkan di seluruh negara bagi tempoh Januari hingga 2 Februari tahun ini, meningkat 240 peratus atau 12 kematian berbanding hanya lima kes untuk tempoh sama tahun lepas.
Sepanjang tempoh itu juga sebanyak 9,453 kes demam denggi dilaporkan di seluruh negara, meningkat 269 peratus atau 6,894 kes, berbanding 2,559 bagi tempoh sama tahun lalu. - mStar Online

Rupa-rupanya bukan nama Neelofa saja yang berjaya mencuri tumpuan ramai ketika berlangsungnya Anugerah Meletop Era, Sabtu lalu.
Pelakon cantik manis, Tasha Shilla turut dikritik sesetengah pihak di luar sana berhubung tubuh badannya yang dikatakan tak ‘original’.
Tubuhnya yang kelihatan sangat menonjol lebih-lebih di bahagian punggung telah membuatkan peminatnya mengatakan dia menggenakan padding untuk menunjukkan tubuhnya yang cantik itu.
Mengulas mengenai perkara itu, Tasha menjelaskan, “terpulanglah orang nak cakap apa. Apa yang ada di badan saya memang original sebab saya selalu amalkan senaman. Saya tak perlukan padding”.
“Kalau orang kat luar sana nak bentuk badan macam saya, pergilah buat senaman. Kawan saya, Sakinah pun dah buat kelas senaman, boleh ikut serta untuk miliki badan yang cantik dan sihat,” katanya yang dipetik Ohbulan.

Dalam pada masa yang sama, pelakon berusia 27 tahun ini juga dilihat semakin terbuka mempamerkan hubungan mesranya dengan peninju Muay Thai yang dikenali sebagai Hans apabila hadir berpegangan tangan di red carpet anugerah tersebut.

Walau bagaimanapun, Tasha lebih selesa mengatakan jejaka itu sebagai kawan lelaki yang paling rapat dengannya buat masa kini kerana baginya selagi belum berkahwin, dia tidak selesa membuat pengakuan bercinta dengan mana-mana jejaka yang dikaitkan dengannya.