Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi

Penyanyi remaja Selena Gomez dimasukkan ke pusat pemulihan bulan lepas, lapor sebuah majalah hiburan antarabangsa.
Bintang berusia 21 tahun itu dimasukkan ke pusat pemulihan The Meadows di Arizona pada 5 Januari selama dua minggu.
Pusat pemulihan berkenaan merawat remaja berusia 18 hingga 26 tahun yang
mengalami masalah trauma, gangguan emosi, ketagihan atau dalam
pemerhatian untuk rawatan.
Jurucakap Selena memberitahu media, penyanyi itu secara sukarela mendapatkan rawatan di pusat tersebut dan bukan kerana penyalahgunaan dadah.
Jurucakap Selena memberitahu media, penyanyi itu secara sukarela mendapatkan rawatan di pusat tersebut dan bukan kerana penyalahgunaan dadah.
Walaupun dinafikan oleh wakilnya, media menyatakan penyanyi berkenaan
mengalami ketagihan dadah yang teruk dan memerlukan rawatan bagi
masalahnya.
Mereka yang rapat dengan bekas bintang kanak-kanak Disney itu menggesanya mendapatkan rawatan memandangkan tabiat suka berparti Selena semakin di luar kawalan.
Sementara itu, satu lagi media hiburan antarabangsa menyatakan, Selena menyalahkan bekas kekasih–nya, Justin Bieber atas apa yang berlaku kepadanya.
Sumber lain memberitahu “Rakan dan keluarganya, terutama ibu bapa penyanyi itu bimbang keadaan Selena menjadi lebih buruk. Tabiat suka berparti itu kadangkala menjadi liar”
Mereka ingin membantunya dan menggalakkan Selena mendapatkan rawatan di pusat pemulihan.
“Perlu diingat yang Selena bekerja tanpa henti di Hollywood selama enam tahun. Tentunya dia kepenatan dan Selena cukup bijak dan menyedari dia perlu mengawal hidupnya,” kata individu lain yang rapat dengannya.
“Sampai ke satu tahap, Selena perlu keluar dari Los Angeles, keluar dari “penggambaran” dan tekanan di Hollywood dan lari daripada mereka yang dikatakan membawa pengaruh buruk terhadapnya. Selena perlu mengambil peluang ini untuk membaiki dirinya dan dia menyedari dia perlukan bantuan” katanya.
Selena yang dilaporkan “selalu” menghisap ganja bersama Bieber membatalkan siri jelajah Australia yang dijadualkan bulan ini untuk memberi ruang kepada dirinya “dipulihkan”.
Bintang muda itu dilaporkan menjalani pemulihan dengan baik.
Satu sumber memberitahu Selena kini gembira dan berada pada tahap kesihatan yang terbaik serta bersedia untuk kembali bekerja.
Pada masa Selena membatalkan siri jelajahnya, dia dilaporkan dijangkiti Lupus sejenis penyakit yang mengganggu sistem imunisasi manusia namun dinafikan wakil Selena.
Dalam kenyataannya kepada peminat berkenaan pembatalan siri jelajah itu, Selena memberitahu di memerlukan masa untuk memulihkan dirinya untuk berada pada tahap terbaik.
“Pada saya, peminat sangat penting dan saya tidak mahu mengecewakan mereka, tetapi setelah bertahun-tahun mendahulukan kerja, tiba masanya saya meluangkan masa untuk diri sendiri,” kata Selena.
[Wow] - Selebriti

Seorang wanita sanggup memberi susu badannya kepada seekor anak anjing yang hampir mati akibat enggan makan.
Wanita yang enggan dikenali itu berkata, dia tidak sampai hati melihat anak anjing itu terlalu lemah kerana enggan makan.
“Melihat keadaannya saya rasa seolah-olah anjing itu akan mati dalam sejam jika tidak makan kerana terlalu lemah dan tidak mampu bergerak.
“Saya tidak tahu apa lagi nak buat. Rasanya tidak sanggup nak duduk
saja dan melihat anjing itu mati perlahan-lahan,” katanya kepada
rangkaian berita tempatan KRDO-TV.
Menurutnya, haiwan itu yang paling kecil dalam sekumpulan anak anjing yang ditemuinya.
Wanita itu yang mempunyai anak perempuan berusia 15 bulan mengakui rasa ‘pelik’ ketika pertama kali membiarkan anak anjing itu menyusu badannya.
Namun dia tidak menyesali perbuatannya itu kerana yakin haiwan berkenaan pasti mati jika tidak mendapat susu.
Malah, anak anjing itu kini semakin sihat dan tidak lagi perlukan susunya.
Menurut KRDO, gambar wanita itu menyusukan anak anjing itu disebarkan
di Internet selepas dia menyiarkan gambar di laman Facebook miliknya
menjelaskan alasannya berbuat demikian.
Walaupun ramai yang mempertikaikan tindakannya, ada juga yang memujinya.
“Saya rasa dia sangat hebat kerana sanggup membantu seekor anak anjing yang lemah,” kata seorang pengguna Internet di laman web KRDO.
Pelbagai

Beijing: Seorang wanita berusia 58 tahun terpaksa melakukan
pembedahan membuang perutnya yang ‘meletup’ selepas makan dan minum arak
(terlalu banyak) ketika Festival Musim Bunga.
Portal web Modern Express memetik, seorang pakar nutrisi di Hospital
Friendship Beijing sebagai berkata, wanita berkenaan dihantar ke sebuah
hospital di Suzhou, wilayah Jiangsu, sejam selepas mengalami bengkak
teruk pada perutnya akibat terlebih makan dan didiagnos menghidap
gastrektasia.
Ketika pembedahan dilakukan, gas mengandungi alkohol etil dilepaskan dari perutnya dan terkena pisau pembedahan elektrik pakar bedah mengakibatkan kebakaran kecil berlaku. Ketua doktor di Hospital Nanjing Drum Tower Wang Hao berkata, kes seumpama itu ada kalanya berlaku sehingga 12 kali setahun di hospital tertentu.
Katanya, kejadian perut terbakar amat jarang berlaku, namun tidak
mustahil disebabkan kadar alkohol yang tinggi di dalam organ mangsa.
“Lazimnya seseorang berhenti makan apabila rasa kenyang.
“Bagaimanapun, seseorang mungkin tidak mampu peka terhadap amaran badannya jika mencampurkan minuman beralkohol ketika makan besar mengakibatkan pemakanan berlebihan,” katanya. - Agensi
Global
Ipoh: Seorang warga emas maut selepas terjatuh ketika menyertai
ekspedisi memanjat Gunung Sugu 35 kilometer dari Simpang Pulai, dekat
sini, petang semalam.
Dalam kejadian itu, mangsa Lee Kar Giap, 61, dari Petaling Jaya,
Selangor menyertai ekspedisi memanjat gunung berkenaan bersama 27
rakannya yang lain bermula jam 9 pagi sebelum turun jam 3 petang.
Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, mangsa bersama rakannya menyertai ekspedisi memanjat gunung berkenaan sejak pagi sebelum keluar dari gunung pada sebelah petang.
“Ketika menuruni bukit berkenaan mangsa terjatuh lalu pengsan.
Rakan mangsa seorang doktor membuat pemeriksaan terhadapnya mendapati
mangsa sudah meninggal dunia.
“Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan. “Mangsa dikeluarkan sebelum dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh untuk tindakan lanjut,” katanya.
Anggota bomba menerima panggilan jam 3.50 petang sebelum tiba berhampiran kaki bukit Gunung Sugu setengah jam kemudian bersama satu jentera serta satu unit motosikal RRV dengan 11 anggotai diketuai Ketua BBP Simpang Pulai, Rozmie Hamat.
Mangsa berjaya dikeluarkan dari gunung berkenaan sebelum diserahkan
kepada polis untuk tindakan lanjut sementara rakan mangsa yang
menyertai ekspedisi itu tidak mengalami sebarang kecederaan.
[Wow] - Berita Tempatan

Banting: Seorang penagih dadah ditahan selepas cuba mencuri wang
daripada tabung sebuah masjid di Telok Datok, di sini, tengah malam
kelmarin.
Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam itu, lelaki berusia 39 tahun
yang dipercayai berasal dari Shah Alam itu dikesan anggota Skim Rondaan
Sukarela (SRS) yang melakukan rondaan di kawasan Masjid As Syariff
berkenaan apabila melihat kelibat seorang lelaki dalam keadaan
mencurigakan dalam masjid itu.
Menurut sumber, sebaik saja anggota SRS terbabit masuk dalam masjid itu
untuk memeriksa, lelaki terbabit dilihat leka ‘memancing duit’ dalam
tabung menggunakan sebatang lidi yang dilekatkan dengan gula-gula getah
tanpa menyedari kehadiran anggota berkenaan.
“Sebaik saja disergah, lelaki terbabit melarikan diri, namun berjaya ditahan kira-kira 100 meter dari masjid hasil tindakan pantas anggota bertugas,” katanya
“Sebaik saja disergah, lelaki terbabit melarikan diri, namun berjaya ditahan kira-kira 100 meter dari masjid hasil tindakan pantas anggota bertugas,” katanya
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintendan Azman Abdul
Razak berkata, hasil pemeriksaan awal mendapati suspek yang ditahan
mempunyai dua rekod jenayah lampau.
[Wow] - Jenayah
Kaherah: Menteri Dalam Negeri sementara Mesir Muhammad Ibrahim
dilaporkan mengarahkan pemecatan 10 anggota polis negara itu kerana
enggan mencukur jambang masing-masing.
Styesen televisyen kerajaan melaporkan, Ibrahim membuat ketetapan itu berdasarkan keputusan Majlis Tertinggi Kepolisian Mesir.
Menurutnya, tindakan ke atas 10 anggota polis it dibuat mengikut klausa dalam peraturan polis yang melarang anggotanya berjambang dan berjanggut kerana didakwa mencemarkan kewibawaan pasukan berkenaan.
Menurut peraturan itu, seorang anggota polis tidak dibenar memelihara janggut kerana akan mencemarkan kewibawaan mereka.
Anggota polis berkenaan tidak menghiraukan teguran dan surat amaran yang dikeluarkan kepada mereka menyebabkan Kementerian Dalam Negeri mengambil keputusan untuk memecat mereka.
Semakin ramai anggota polis Mesir memelihara janggut sejak Revolusi 25 Januari 2011 yang menumbangkan kerajaan Hosni Mubarak.
Tindakan mereka memelihara janggut bagaimanapun tidak diendahkan ketika pemerintahan kerajaan Presiden Muhammad Mursi.
Bagaimanapun, Mursi digulingkan dalam rampasan kuasa tentera tahun lalu dan kini berdepan dengan pelbagai tuduhan jenayah. - Agensi
Global

Selebriti seperti Adriana Lima dan Megan Fox sangat terkenal dengan bentuk badan mereka yang mengiurkan. Tetapi adakah anda tahu bahawa mereka telah mengamalkan cara diet yang keterlaluan untuk mendapatkan badan yang diimpikan sebegitu? Jangan risau, kami tidak akan mengesyorkan anda untuk mencuba diet cara mereka di rumah namun, kalau anda hendak mencubanya, dipersilakan.
Dianggap sebagai kebanggan Victoria’s Secret , ia seolah-olah seperti pekerjaan yang sukar untuk model terkenal ini. Adriana Lima mendedahkan bahawa sembilan hari sebelum persembahan fesyen tahunan, dia hanya mengambil air dan 12 jam sebelum dia berhenti minum air hanya untuk menyeimbangkan berat air dalam badan. Eh, kita pasti berharap dia tidak akan berpeluh banyak.
Madonna
Si diva Madonna kadang-kala mengamalkan diet yang dipanggil 'Diet Udara'. Caranya dengan memegang makanan tetapi menentang daripada memakan makanan tersebut. Pelik, bukan?
Jennifer Aniston
Jennifer Aniston kadang-kadang meninggalkan sarapan pagi, sebaliknya hanya minum segelas jus limau diperah segar pada waktu pagi. Dia yakin bahawa ia adalah cara yang terbaik untuk menghilangkan lemak. Kedengaran seperti cara yang baik untuk memulakan pagi.
Beyonce
Beyonce pernah diminta untuk mengurangkan berat badan untuk menjayakan filem "Dreamgirls". Jadi selama 14 hari, dia hanya mengambil air, cili merah dan sirap maple untuk berdiet. Sepanjang 14 hari itu, dia semakin mengecil dan mengecut. Ramai bertanyakan "Adakah anda OK?", "Tak, saya tidak berasa baik,” katanya.
Reese Withersspoon
Reese Witherspoon dikenali sebagai peminat makanan bayi. Makanan untuk sarapan pagi dan makan tengaharinya cumalah makanan bayi. Namun begitu, dia akan mengambil makanan ruji pada sebelah petang.
Megan Fox
Megan Fox pernah menyatakan bahawa satu-satunya cara untuk dia mendapatkan bentuk badan yang mengiurkan adalah dengan meminum cuka epal dan air setiap kali sebelum makan berat.
Nicole Kidman
Nicole Kidman hanya memakan telur rebus untuk menjayakan wataknya dalam filem 'Cold Mountain'. Dia mengambil satu biji telur rebus pada waktu pagi dan dua biji telur rebus untuk makan malam. Jika terasa lapar lagi, dia akan menambah tiga biji telur. Hanya makan telur mesti sangat mmbosankan, bukan?
Katie Holmes
Katie Holmes pernah membuat keputusan untuk mengurangkan berat badan dengan hanya memakan sup lobak merah untuk sarapan pagi dan brokoli mentah untuk makan tengah hari serta makan malam. Mampukah kita mengikut cara diet ini?
Ashley Greene
Ashley Greene sengaja melaparkan dirinya semasa penggambaran "Twilight Saga: New Moon ". Dia bekerja selama 12 jam sehari dan tidak mempunyai masa untuk makan menyebabkan dia kehilangan berat badan yang agak banyak.
[Wow] - Selebriti
Pencipta Flappy Burung mengumumkan beliau akan menghapuskan permainan
mudah alih popular kerana ia telah ' hancur kehidupan mudah beliau '
Menurut laporan , permainan ini telah dimuat turun lebih daripada 50 juta kali. Walaupun Apple telah disambut peningkatan permainan, dengan akaun rasmi Twitter App Store Tweeting skor sebanyak 99 awal minggu ini
Keputusan Nguyen untuk mengeluarkan app datang selepas satu siri tweet menjelaskan kekecewaan beliau dengan permainan.
"Saya boleh memanggil ' Flappy Burung ' satu kejayaan saya. Tetapi ia juga runtuhan kehidupan ku. Jadi sekarang saya tidak suka , "katanya menulis sebarang tweet awal hari ini.
Awal minggu ini dia telah menulis " orang akhbar boleh overrating kejayaan permainan saya. Ia adalah sesuatu yang saya tidak mahu . Sila berikan saya damai. "
Nguyen berkata langkah itu mempunyai apa-apa kaitan dengan apa-apa tuduhan mengenai persamaan apl untuk permainan mudah alih sedia ada , Piou Piou vs Cactus , sambil menambah : "Ia tidak apa-apa yang berkaitan dengan isu-isu undang-undang. Saya tidak boleh menyimpan lagi. Saya juga tidak menjual ' Flappy Bird ', sila jangan tanya . Dan saya masih membuat permainan. "
Menurut laporan , permainan ini telah dimuat turun lebih daripada 50 juta kali. Walaupun Apple telah disambut peningkatan permainan, dengan akaun rasmi Twitter App Store Tweeting skor sebanyak 99 awal minggu ini
Keputusan Nguyen untuk mengeluarkan app datang selepas satu siri tweet menjelaskan kekecewaan beliau dengan permainan.
"Saya boleh memanggil ' Flappy Burung ' satu kejayaan saya. Tetapi ia juga runtuhan kehidupan ku. Jadi sekarang saya tidak suka , "katanya menulis sebarang tweet awal hari ini.
Awal minggu ini dia telah menulis " orang akhbar boleh overrating kejayaan permainan saya. Ia adalah sesuatu yang saya tidak mahu . Sila berikan saya damai. "
Nguyen berkata langkah itu mempunyai apa-apa kaitan dengan apa-apa tuduhan mengenai persamaan apl untuk permainan mudah alih sedia ada , Piou Piou vs Cactus , sambil menambah : "Ia tidak apa-apa yang berkaitan dengan isu-isu undang-undang. Saya tidak boleh menyimpan lagi. Saya juga tidak menjual ' Flappy Bird ', sila jangan tanya . Dan saya masih membuat permainan. "

KAJIAN terbaru menunjukkan spesies tikus berkemungkinan boleh menjadi lebih besar daripada lembu.
Ahli geologi di Universiti Leicester, Dr Jan Zalasiewicz memberitahu
senario menakutkan itu boleh menjadi realiti jika haiwan mamalia lebih
besar mengalami kepupusan.
“Haiwan akan berkembang dari semasa ke semasa dan ia akan berubah
dalam apa jua bentuk untuk memastikan spesiesnya terus hidup dan
membiak,” katanya.
Menurutnya lagi, tikus mungkin boleh membesar sehingga 80 kilogram
(kg) seperti capybara yang merupakan spesies tikus terbesar di dunia.
“Ia juga boleh menjadi seperti tikus gergasi,” jelasnya.
Difahamkan, spesies tikus telah pupus, Josephoartegasia monesi yang
hidup tiga juta tahun lalu berukuran lebih besar daripada lembu jantan
dan seberat kira-kira 1,000 kilogram. – DailyMail
Global
Tak sampai sebulan pulang ke tanah air selepas menyambung pengajiannya di New York, nama Neelofa Mohd Noor kembali hangat diperkatakan peminat industri hiburan seni tempatan.
Ini gara-gara fesyen pakaian pelik yang digayakannya semasa mengacarakan Anugerah Meletop Era yang bersiaran langsung dari Stadium Bukit Jalil, semalam.
Rata-rata ramai mempersoalkan keberanian Neelofa
menggayakan dua pakaian berwarna merah jambu dan hijau tersebut yang
dilihat seakan menyerupai kostum watak animasi popular suatu ketika
dahulu.


Pakaian fit berwarna pink ala power rangers dan pakaian renang itu
difahamkan direka oleh Wanpa sementara yang berwarna hijau hitam direka
oleh Hatta Dolmat.
Adakah Neelofa memang sengaja mahu membuat kelainan dalam memenuhi
tema majlis tersebut ataupun pereka fesyen itu memang saja mahu
‘memalukan’ Neelofa?
Hai, memang tak patutlah..
Hiburan

Sebelum ini dua selebriti terkenal, Zizan Razak dan Emma Maembong pernah beberapa kali menafikan mereka adalah pasangan kekasih seperti didakwa media hiburan dan akhbar-akhbar tempatan.
Ini memaksa sekumpulan peminat mendedahkan bukti-bukti mereka sedang hangat bercinta menerusi beberapa status sweets yang diambil dari laman Twitter Zizan Razak dan Emma Maembong. Bukan senang nak tipu peminat, tak gitu?
Meskipun reda seketika hubungan pasangan artis itu daripada terus diperkatakan orang ramai namun kontroversi mereka bercumbuan di kapal terbang yang disiarkan sebuah akhbar bulan lalu telah menghangatkan kembali gosip cinta mereka.
Ini memaksa sekumpulan peminat mendedahkan bukti-bukti mereka sedang hangat bercinta menerusi beberapa status sweets yang diambil dari laman Twitter Zizan Razak dan Emma Maembong. Bukan senang nak tipu peminat, tak gitu?
Meskipun reda seketika hubungan pasangan artis itu daripada terus diperkatakan orang ramai namun kontroversi mereka bercumbuan di kapal terbang yang disiarkan sebuah akhbar bulan lalu telah menghangatkan kembali gosip cinta mereka.
Tidak lama selepas kontroversi tersebut, Zizan dan Emma dipaksa pula berhadapan dengan tuduhan salah seorang jirannya yang mendakwa mereka bersekedudukan.
Rasanya, dunia artis memang tidak boleh lari dari dihambat kontroversi lebih-lebih lagi kepada mereka yang sedang meniti kemuncak populariti. Sabarlah jela Zizan dan Emma.
Mari layan beberapa keping gambar romantik mereka dalam acara Karpet Merah Anugerah Meletop Era 2013. Ibarat macam pinang dibelah dua pula, padan sangat.
Hiburan
Hanya seminggu lalu pasangan meletop, Pekin Ibrahim dan Uqasha Senrose telah mendedahkan akan berkahwin hujung tahun ini dan bersedia untuk menerima sebarang tajaan dari pihak tertentu.
Bagaimanapun, kedengaran pula gosip baru yang mendakwa hubungan mereka kini sudah berakhir dan rancangan untuk berkahwin dibatalkan. Menariknya, Uqasha Senrose sendiri melalui Berita Harian hari ini mengaku perpisahan tersebut adalah atas permintaan Pekin sendiri dengan alasan tiada persefahaman.
“Dia (Pekin) yang minta putus dua hari lalu (3 Februari). Kami tiada persefahaman dan itu keputusan dia. Kalau nak tahu lebih tanyalah sendiri padanya. Hasrat kami untuk berkahwin tahun ini juga nampaknya tidak akan menjadi kenyataan.”
“Saya hanya mampu berserah dan reda dengan keputusan ini. Semuanya soal takdir dan jodoh itu sendiri adalah rahsia Tuhan.”
Tidak mahu terus mempercayai gosip yang tersebar minggu lalu, wartawan Berita Harian bertindak menghubungi Pekin bagi mendapatkan penjelasan dari pihaknya.
Menurut aktor berusia 31 tahun itu, hubungan mereka memang tiada masalah setakat ini dan merasa hairan bagaimana khabar angin mereka putus cinta dan rancangan perkahwinan dibatalkan boleh timbul.
“Hubungan kami masih OK. Pelik juga kalau ada yang cakap kami sudah putus. Hal untuk berkahwin pun masih dalam perbincangan dan tarikh kahwin juga masih belum ditetapkan lagi.”
Hiburan
Subscribe to:
Posts (Atom)





















Recent Comments